Biaqpila |
- Jangan tuduh pengkhianat, siasat dulu dakwaan Felda bankrap
- Rasukan toreh kemaluan anak
- Online Forex Senjata Kekayaan Terhebat Dunia?
- Panas!! Pendedahan WiliLeaks: Siapa Dalang Singapura???
- Anak Dara Maghribi
- Wikileaks: SB Malaysia-Singapura Bersekongkol?
Jangan tuduh pengkhianat, siasat dulu dakwaan Felda bankrap Posted: 13 Dec 2010 02:00 PM PST KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kerajaan Barisan Nasional (BN) harus menyiasat terlebih dahulu dakwaan yang dibuat terhadap Felda sebelum menuduh pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, selepas dakwaan Felda bankrap akibat penyelewengan yang berlaku, tiada sebarang siasatan dilakukan terutamanya dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Adakah mereka mereka telah melakukan penyiasatan terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat selama ini? "Saya tidak nampak SPRM menyiasat semua dakwaan yang dibuat di Parlimen dan media alternatif," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, adalah sesuatu yang menghairankan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduh demikian sedangkan tiada penyiasatan terhadap dakwaan penyelewengan yang cukup besar itu. "Adalah sesuatu yang pelik apabila dia (Najib) menuduh orang lain yang cuba membangkitkan isu Felda ini sebagai pengkhianat. Sepatutnya mereka harus melakukan satu penyiasatan. Ini soal penyelewengan yang sangat besar," katanya. Menyentuh mengenai dua kes saman terhadap akhbar alternatif yang dimenangi Felda, beliau berkata, ianya tidak membuktikan dakwaan terhadap Felda itu salah selagi siasatan tidak dilakukan. "Kerajaan hanya menang saman terhadap akhbar tapi adakah siasatan dilakukan? Segala artikel akhbar berkenaan mengneai Felda memerlukan satu siasatan. Tidak guna mennag saman tapi tiada siasatan dilakukan," tegasnya. Sementara itu, bercakap mengenai isu sama dalam sidang media di lobi Parlimen, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, dakwaan najib bahawa Felda mempunyai pendapatan sebanyak RM4.3 bilion tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan ianya bersifat subjektif. "Nilai aset ini subjektif, cuma atas buku. Mungkin dia tulis RM4 bilion tapi bila nak dijual mungkin orang nak beli RM2 bilion sahaja," katanya. Beliau juga mempertikaikan kenyataan Najib yang sewenang-wenangnya menuduh pihak-pihak tertentu sebagia pengkhianat. "Penggunaan istilah pengkhianat digunakan dengan mudah oleh Umno BN kerana dia nak naikkan semangat Melayu dan patriotisme. Kalau nak kata orang yang kata Felda bankrap sebagai pengkhianat, apa pendirian dia terhadap Idris Jala yang kata negara akan bankrap? Itu bukan sekadar Felda tapi satu negara," katanya. Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar pula berkata, tugas utama Felda ialah memastikan nasib peneroka dan generasi mereka terbela, bukan membuat pelaburan korporat. Pertama kali semalam kita dengar dia sebut Felda ada saham dalam korporatlah dan sebagainya. Adakah ini kerja Felda melabur dalam saham?Ini benda baru. Yang kita pentingkan kedudukan peneroka dan anak-anak mereka serta kehidupan mereka," katanya. Najib ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di Putrajaya semalam menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat. Jun lalu, sebuah akhbar alternatif dikenakan tindakan undang-undang kerana mengeluarkan artikel 'Felda Bankrap'. HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 13 Dec 2010 05:13 AM PST Di surau di Kampung Lanjut Manis, Kuala Pilah inilah Mohd. Nazimi ditemui selepas ditinggalkan bersendirian oleh bapanya Jumaat lalu. SEREMBAN – Entah apa yang merasuk fikirannya, seorang tukang kebun sanggup bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila dia tergamak menoreh kemaluan anak lelakinya yang berusia empat tahun dengan sebilah pisau Jumaat lalu. Kejadian pada waktu pagi itu dikatakan berlaku di rumah yang didiami mereka di Taman Desa Dahlia, Senawang di sini. Ketika itu, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tersebut dikatakan berada di situ bersama anaknya yang masih belum berkhatan. Isterinya pula sedang berpantang di rumah keluarganya di Jempol dekat sini selepas melahirkan anak ketiga mereka beberapa hari sebelum kejadian. Selepas menoreh kemaluan anaknya, dia kemudian bertindak membawanya dengan menaiki motosikal ke rumah saudara perempuannya di kawasan berhampiran. Wanita itu dipercayai pengasuh kepada kanak-kanak itu. Sepanjang perjalanan, kanak-kanak itu sentiasa menangis. Sebaik meninggalkan anaknya di situ pada pukul 12 tengah hari, dia tergesa-gesa mengambil seorang lagi anak lelakinya, Mohd. Nazimi Norazmi, satu tahun, di rumah wanita itu sebelum membawanya menaiki motosikal ke Kuala Pilah. Jarak antara dua lokasi itu sejauh 22 kilometer. Dia kemudian meninggalkan anaknya bersendirian di tempat mengambil wuduk di sebuah surau di Kampung Lanjut Manis, Kuala Pilah tanpa mencederakannya. kosmo KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Online Forex Senjata Kekayaan Terhebat Dunia? Posted: 13 Dec 2010 02:00 AM PST Segelintir masyarakat sanggup menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer demi mendapatkan keuntungan mudah melalui Online Forex. Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB MINAT penulis yang suka mengembara ke luar negara memerlukan setiap wang perbelanjaan perlu ditukarkan dengan mata wang negara yang ingin dilawati. Banyak kaunter menyediakan khidmat pertukaran wang asing namun ia boleh mengelirukan berikutan masing-masing menawarkan kadar jualan berbeza. Ternyata bukan mudah untuk mendapatkan nilai jualan yang menguntungkan pengembara berikutan kadar mata wang asing sentiasa berubah pada setiap masa. Dalam kekusutan menyelubungi fikiran penulis itu mengingatkan kepada penceritaan seorang rakan, Adam mengenai perihal mata wang asing yang lebih merumitkan. Adam sebelum ini pernah menghadiri satu taklimat yang menawarkan program latihan mengenai pelaburan dalam tukaran wang asing dalam talian. Topik perbualan itu berjaya mengalihkan perhatian penulis apabila serta-merta bertanyakan tentang kehebatan pelaburan yang dikenali sebagai Online Forex itu. "Aku tak melabur pun. Sekadar datang ke taklimat itu sebab nak tahu apa sebenarnya apa itu Online Forex yang ramai kata boleh cepat jadi kaya. "Dengar cerita, syarikat tu dah tidak beroperasi lagi apabila banyak cerita keluar dalam akhbar tentang skim urus niaga mata wang asing secara haram," katanya. Adam menyambung cerita kepada penulis berkata, fungsi Online Forex itu menyamai dengan operasi yang dilakukan aktiviti pertukaran mata wang. Perbezaannya apabila mata wang ringgit Malaysia dan mata wang negara lain menunjukkan komisen yang bakal diperoleh si pedagang. Online Forex tidak dilakukan secara fizikal dan semuanya melalui operasi secara maya dan operasinya lebih besar sama ada berkaitan dengan risiko, untung atau rugi. Tidak sah di Malaysia Penulis difahamkan Online Forex merupakan pemasaran kewangan terbesar di dunia dengan nilai dagangan AS$4 trilion sehari atau kira-kira RM12.61 trilion. Nilai tersebut begitu besar sekali gus menjawab mengenai kehebatan pelaburan yang jauh lebih menarik daripada skim cepat kaya. "Menarik, tapi kenapa kau tak melabur dalam Online Forex?" soal penulis kerana Adam seolah-oleh terlepas lubuk emas di hadapan mata. "Aku tak ada duit masa tu. Tapi kawan aku, Shah ada join. Berjam-jam duduk di hadapan komputer. Tapi dalam masa dua hari sahaja keuntungan yang dia dapat berganda lebih 100 peratus. "Mula-mula dia laburkan sebanyak AS$1,000 (RM3,170) tetapi 48 jam terus melonjak kepada untung AS$3,450 (RM10,876). "Aku macam tak percaya bila dia dapat duit sebanyak itu dalam masa dua hari saja, jumlah yang menyamai gaji tiga bulan," katanya. Bagaimanapun Adam berkata, ia tidak sah untuk beroperasi di Malaysia kerana Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengiktiraf aktiviti perdagangan itu di negara ini. Jelasnya, setiap operasi Online Forex memerlukan server dan broker. Jika server tersebut dibawa masuk ke Malaysia maka ia akan 'terikat' dengan pengawasan BNM. "Online Forex ibarat aktiviti dagangan di luar negara tetapi operasinya seolah-olah dijalankan di Malaysia," katanya. Selagi seseorang itu dihubungkan dengan kemudahan internet maka dia boleh melakukan transaksi pelaburan maya itu di mana-mana pada bila-bila masa. Penting pilih broker terbaik Difahamkan, terdapat beribu-ribu broker di dunia bagi Online Forex mempunyai server tersendiri yang dihubungkan kepada akses internet dan antara bank. "Broker ada beribu, kita boleh pilih mana-mana broker yang kita hendak. Dengan dunia tanpa sempadan ini membolehkan masing-masing memilih yang terbaik. "Online Forex sememangnya tidak menggunakan wang orang lain untuk didagangkan bagi mendapatkan pulangan. Ramai yang salah faham," kata Adam. Jelasnya, mereka yang berminat untuk menyertai Online Forex memerlukan pengetahuan asas mengenai perdagangan tukaran asing secara berperingkat. Ini termasuk kepada pilihan broker terbaik yang diiktiraf bagi memastikan ia benar-benar tulen dan berkeupayaan untuk memberikan sokongan kepada dagangan. Ketulenannya boleh dikenal pasti menerusi portal kewangan seperti Penguatkuasa Khidmat Kewangan (FSA), Pertubuhan Masa Depan Nasional (NFA) dan Pertubuhan Rakan Pasaran Kewangan Rusia (RAFMM). "Selepas itu barulah seseorang itu boleh melaburkan sejumlah wang untuk diperdagangkan bagi mendapat keuntungan berlipat ganda," katanya lagi. Adam berkata, pedagang kemudiannya dinasihatkan untuk menghubungi sokongan kepada broker di Malaysia yang berkhidmat sebagai perunding bagi Online Forex. "Difahamkan terdapat ratusan penyokong broker luar negara yang menjalankan kursus bimbingan. Taklimat yang aku pergi tu mungkin salah satu antaranya," katanya. Penulis membayangkan mungkin pedagang perlu melaburkan sejumlah wang besar untuk menjadi kaya seperti yang banyak dilaporkan di dalam blog. Cuba membuat carian berdasarkan perkataan Forex, pasti banyak senarai laman web dan blog yang menawarkan khidmat perguruan bagi mendalami ilmu Online Forex. Namun apa yang diberitahu kepada penulis, tiada nilai dagangan tetap atau pulangan apatah lagi mewajibkan penambahan modal sepanjang urus niaga didagangkan. Adam menjelaskan bahawa setiap dagangan diuruskan oleh pedagang itu bagi mendapatkan keuntungan serta bersedia menanggung segala risiko dan kerugian. "Tiada paksaan dalam perdagangan elektronik ini sama ada melibatkan panggilan margin atau penambahan modal bagi mengaktifkan kelancaran dagangan. "Ini kerana nilai modal yang boleh didagangkan adalah serendah AS$5 berbanding segelintir sindiket yang menetapkan syarat berjumlah ribuan dolar," katanya. Penipuan dan penganiayaan yang berlaku sebenarnya telah 'merosakkan' industri Online Forex itu sehingga menjejaskan keyakinan para pedagang. Justeru, mereka perlu rajin membuat kajian bagi mendalami selok-belok 'permainan' Online Forex bagi memudahkannya menganalisis pasaran bagi mengelakkan daripada ditipu. Tiada untung luar biasa Adam berkata, belajar mengambil masa dan bukan boleh difahami dalam masa sehari atau dua hari kerana orang yang berpengalaman pun masih belajar mengenainya. "Kejayaan Online Forex yang dicanang dalam blog? Sesiapa pun boleh mengiktirafkan dirinya sendiri boleh menjanjikan keuntungan luar biasa. Itu katanya. "Mereka yang berlagak hero boleh tunjukkan bukti hasil keuntungannya berdasarkan paparan dagangan tetapi tidak pula diberitahu berapa banyak kerugiannya. "Paparan dagangan yang menunjukkan keuntungan sebagai bukti kekayaan itu pula belum tentu milik dia, berkemungkinan kepunyaan orang lain," katanya. Adam menambah, hero itu sebenarnya mengharapkan orang lain akan terpengaruh dengan kata-katanya dan kemudian datang menuntut ilmu Online Forex. "Selepas itu, dia akan mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tinggi kepada peserta, itulah keuntungan yang dia dapat," katanya. Bagaimanapun tidak dinafikan Online Forex memerlukan pengetahuan dan kemahiran mengenainya, pasaran serta risiko dagangan pada peringkat permulaan. Selepas itu pula menyusuri fasa seterusnya dengan mendalami tentang bagaimana untuk melakukan dagangan, mendapatkan keuntungan dan menganalisis pasaran. Adakah mereka yang terlibat dalam Online Forex perlu ada asas pengetahuan dalam pasaran atau mereka yang terdiri daripada golongan profesional sahaja? "Tidak. Sesiapapun boleh terlibat tidak kira apa jenis pekerjaan atau latar belakang sekalipun kerana keutamaan adalah pengetahuan. Petani juga boleh buat. "Yang penting adalah kemahuan, ada masa untuk belajar dan melakukan dagangan serta modal untuk diperdagangkan," katanya. Adam berkata, dia dan peserta taklimat lain dipesan berkali-kali oleh penganjur bahawa Online Forex bukan satu skim cepat kaya kerana ia tidak menjanjikan pulangan lumayan semata-mata kerana risiko dan rugi tetap ada. "Ramai yang melihat ia sebagai lubuk duit namun harus diingatkan takkan dengan modal hanya RM100 tetapi mahu dapat untung RM100 juta? "Semuanya dalam Online Forex masih berasaskan logik, jika nak dapat RM100 juta sudah tentu kena laburkan RM10 juta. Tiada keuntungan luar biasa," katanya. mstar KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Panas!! Pendedahan WiliLeaks: Siapa Dalang Singapura??? Posted: 12 Dec 2010 11:00 PM PST KEADILAN memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim. Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai. Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai. Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat. Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew (gambar kanan) dan agensi perisikan negara itu. Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam ASEAN, Jepun, China dan India. Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta. Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan oleh Wikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura: Bilahari Kausikan Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, Kausikan (kiri) memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina "meninggalkan" Malaysia dan "menyusahkan" Singapura. Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa", secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Shaaribu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa "Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu". Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan "rasuah", "sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand". Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin "membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu". Katanya, putera itu "tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi". Komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau "lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear". Beliau juga mengkritik Russia, yang menurutnya "berekonomi dunia ketiga dan sistem kesihatan Russia pula kucar-kacir". Peter Ho Dalam Mac 2008, Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad kerana "membaling batu" kepada penggantinya, Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar. Menurutnya, "Khairy Jamaludin (gambar kanan) akan ditikam di dalam UMNO kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga". Seperti juga rakan sekerjanya, Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Katanya, "Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)". Tommy Koh Seorang lagi diplomat kanan Singapura, Koh (kiri) yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009. Dia menggelarkan Jepun sebagai "orang gemuk yang kalah dan merajuk" apabila membandingkan hubungan China dan ASEAN yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada "kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan". Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa "kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN". Justeru, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang. KEADILAN mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung di dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh Wikileaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka. Jika tidak, Perdana Menteri Najib Razak sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung di dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Akhirnya, kita kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan. Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Anwar Ibrahim diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik; agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus. Fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak tahun 1998 lagi. Igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan. Makanya, KEADILAN akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta. Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura. *Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agung KeADILan, dengan tajuk asal Laporan Sydney Morning Herald dan Kandungan Kabel Diplomatik Singapura: KeADILan menolak pendapat peribadi yang disensasikan. jalanpulang1978 KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 12 Dec 2010 08:00 PM PST KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000. Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum 'tercemar' dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya. 'Trend' yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak. Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya. BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun. "Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu. "Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar. "Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham," katanya. Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan. "Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit. "Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik," katanya. Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum 'tercemar' kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat. "Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar 'berdating' kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka. "Tak perlu 'dating' kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami," katanya. Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk 'menghangatkan' suasana. Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata. Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin. "Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya. "Ada yang 'sangkut' sehingga bergelar suami isteri," katanya. Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar. "Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu. "Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri," katanya. Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga. "Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand. "Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang. "Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah. "Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal," katanya. HM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Wikileaks: SB Malaysia-Singapura Bersekongkol? Posted: 12 Dec 2010 05:00 PM PST KUALA LUMPUR 12 DIS: Pendedahan Wikileaks bahawa fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah rekayasa Polis Cawangan Khas Malaysia tidak boleh dipandang ringan dan mengesahkan hakikat bahawa pertuduhan itu membabitkan konspirasi peringkat tertinggi. Menurut Parti Keadilan Rakyat(PKR) lebih memeranjatkan adalah pendedahan Wikileaks, bahawa pimpinan Singapura dan agensi perisikan negara itu sengaja mengiyakan fitnah itu kepada agensi perisikan Australia atau Office of National Assessment (ONA). Menurut Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, pendedahan itu menimbulkan persoalan sama ada polis Malaysia mendapat kerjasama Singapura untuk menghakis bantahan Ahli Parlimen Australia bersabit perbicaraan Anwar yang dianggap berat sebelah dan tidak adil. Nik Nazmi berkata penglibatan Cawangan Khas Malaysia dan agensi perisikan Singapura bersekongkol memfitnah Anwar menguatkan curiga rakyat tentang sebab sebenar kerjasama itu. Ini kerana Ahli-Ahli Parlimen Australia, seperti ramai lagi anggota masyarakat antarabangsa, lantang mempersoalkan kebebasan pendakwaan terhadap Anwar. "Apa yang perlu dipersoalkan ialah adakah wujud persekongkolan antara agensi perisikan Singapura dan pihak berkuasa di Malaysia dan kenapa pula dimaklumkan kepada Australia apabila kita tahu banyak wakil rakyat Australia yang selama ini mengecam perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim? "Jadi bagi kita itu isunya yang jelas, kalau ada perkara lain mereka boleh bawa ke mahkamah. Sebab kita tahu perbicaraan selama ini ia satu pendakwaan dan membuktikan konspirasi politik tertinggi. Jadi bagi kita ini sekadar menguatkan lagi kita punya pandangan," kata ADUN Seri Setia itu. Nik Nazmi mengingatkan bahawa Wikileaks mendedahkan maklumat pihak ketiga yang dikutip oleh pihak perisikan Australia dan disampaikan kepada pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat. Ini membabitkan pelbagai jenis maklumat termasuk pandangan peribadi dan khabar angin dikutip menerusi kabel-kabel diplomatik itu. Nik Nazmi berkata Singapura harus mendedahkan risikan teknikal yang disebut oleh Wikileaks sebagai asas pihak perisikan negara itu dalam membuat kesimpulan mereka. "Wikileaks melaporkan maklumat yang dikutip jabatan negara. Dia membebaskan kabel-kabel jabatan negara Amerika Syarikat. Jadi itu menurut wikileaks, Lee Kuan Yew maklumkan kepada agensi perisikan Australia, jadi maklumat itu kita tak mempertikaikan Lee Kuan Yew berkata demikian. "Tapi itu tak menjejaskan apa-apa, tak mengalihkan terhadap soal perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tempang dan pendakwaan politik yang kita dakwa selama ini," jelasnya. Nazmi berkata apa yang jelas ialah pendakwaan kali kedua terhadap Anwar mengekalkan acuan sama dengan pendakwaan pertama. Beliau menegaskan ketempangan proses perbicaraan serta kenyataan pakar perubatan yang lemah untuk pihak pendakwa, membuktikan bahawa tuduhan terhadap Anwar adalah konspirasi pihak tertinggi.-TVS KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan