Khamis, 23 Disember 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


PAPA GOMO:FITNAHNYA KETERLALUAN?

Posted: 23 Dec 2010 09:27 AM PST

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.
Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.
"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.
"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.
Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.
Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu.
"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.
Ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.

TOKOH POLITIK POPULAR 2010

Posted: 23 Dec 2010 06:54 AM PST

.

NONE

MANUSIA INI MENGGERHANAKAN POLITIK TANAH AIR DENGAN ISU PERKAUMAN? BETULKAH BEGITU?

CHEGUBARD WAJAR SELAMATKAN PARTI DARI EMOSI DIRI DAN EGO!!!

Posted: 23 Dec 2010 05:21 AM PST

SELAMATKAN PARTI DAN TUMPUKAN USAHA UNTUK PRU DENGAN MENUTUP RUANG UNTUK MUSUH TERUS MEMPORAK PORANDAKAN PARTI DENGAN MENERIMA LANTIKAN JAWATAN TERSEBUT... KORBAN SEDIKIT EGO DIRI UNTUK KEPENTINGAN BERSAMA... JANGAN TERUS DIBUAI EMOSI OLEH MUSUH


Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) diminta menolak tawaran jawatan Timbalan Setiausaha Agung parti yang ditawarkan kepadanya baru-baru ini.
Ketua AMK Cabang Tenggara, Azlan Ishak berkata, permintaannya itu selari dengan kenyataan Chegubard sebelum ini bahawa beliau akan menolak semua jawatan sehingga penyiasatan dan tindakan terhadap penyelewengan dalam pemilihan parti diselesaikan secara telus.
Menurutnya, pandangan beliau itu dirasakan turut dikongsi dengan ramai pemimpin muda pelbagai peringkat dalam parti yang didakwa memerlukan kepimpinan anak muda berprinsip seperti Chegubard.
"Ramai mengetahui apa yang terjadi (dalam pemilihan parti) mula kecewa. Namun kekecewaan ini sedikit tertangguh dan terubat apabila masih ada tokoh dalam parti yang dilihat gigih mendesak siasatan dan tindakan telus diambil seperti Chegubard.
"Pendapat ini juga saya rasa turut dikongsi dengan ramai pimpinan muda pelbagai peringkat dalam parti ini. Kami memerlukan pimpinan anak muda berprinsip," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman blog http://suarajohoronline. blogspot.com.
Setelah tewas kepada penyandang, Shamsul Iskandar Mohd. Akin untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), PKR menawarkan jawatan timbalan setiausaha agung kepada Chegubard meskipun beliau pernah menyatakan akan menolak semua lantikan selagi bantahannya tidak diberi penjelasan bertulis

SELAMATKAN PARTI DAN TUMPUKAN USAHA UNTUK PRU DENGAN MENUTUP RUANG UNTUK MUSUH TERUS MEMPORAK PORANDAKAN PARTI DENGAN MENERIMA LANTIKAN JAWATAN TERSEBUT... KORBAN SEDIKIT EGO DIRI UNTUK KEPENTINGAN BERSAMA... JANGAN TERUS DIBUAI EMOSI OLEH MUSUH

JANJI UMNO TERBALIK KRONI YES RAKYAT BAYAR?

Posted: 23 Dec 2010 01:06 AM PST

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hairan dengan sikap Perdana Menteri serta Timbalannya yang mendakwa 'janji 100 hari Pakatan Rakyat' tidak berpijak kepada realiti.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib itu, Tuan Ibrahim berkata janji Pakatan bukannya kosong malah sudah menilai kemampuan sebenar dari segala aspek termasuk kemampuan ekonomi negara.

"Kita pelik bagaimana Perdana Menteri dan timbalannya mengatakan bahawa janji Pakatan ini diluar kemampuan kerajaan.

"Untuk memberikan imbuhan RM500 kepada guru-guru tidak ada kemampuan, tetapi membina menara warisan berharga RM5 bilion mereka mampu. Malah memberi RM500 juta seorang kroni sebagai komisyen pembelian kapal selam BN mampu lakukan.

"Begitu juga BN mampu berikan subsidi sehingga RM20 bilion untuk IPP (penjana tenaga bebas), tetapi untuk rakyat dikurangkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

WANITA MALAYSIA BOLEH BERPOLIGAMI?

Posted: 22 Dec 2010 11:03 PM PST

PUTRAJAYA, 22 Dis – Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Beliau berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000.

Semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara. Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Nor Mohamed berkata laporan terperinci mengenai bancian itu merangkumi kedudukan demografik, kelahiran, umur, jantina, etnik, bandar dan luar bandar pula akan dimaklumkan mulai Julai tahun depan.

Katanya Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus) setelah mencatat kadar pertumbuhan penduduk 3.17 peratus.

Putrajaya yang mempunyai 67,964 penduduk mencatat pertumbuhan penduduk paling pesat iaitu 17.77 peratus akibat perpindahan kebanyakan pejabat kerajaan serta perpindahan penduduk ke kuarters kerajaan di situ.

Labuan, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan adalah antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk.

Nor Mohamed berkata penurunan kadar pertumbuhan penduduk adalah sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk di negara maju lain disebabkan beberapa faktor termasuk tumpuan kepada kerjaya.

Mengenai kadar kesuburan penduduk, beliau berkata ia menurun kepada 2.3 peratus pada tahun lepas berbanding tiga peratus pada tahun 2000.

"Pada tahun 2015 terdapat kemungkinan kadar kesuburan penduduk di Malaysia turun kepada 2.1 peratus seperti juga di negara maju," katanya. – Bernama

PENGHARGAAN BUAT ZETI KAMI SETUJU!!!

Posted: 22 Dec 2010 10:05 PM PST

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz diberi penghormatan dianugerahi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada majlis Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam Tahunan yang diadakan di Dubai.

Semasa menyampaikan ucapan penerimaannya, katanya Kewangan Islam adalah salah satu segmen di dalam sistem kewangan global yang pantas berkembang.

"Industri itu kekal berdaya tahan semasa krisis kewangan global baru-baru ini. Ia terus berdaya saing, sambil menyediakan produk kewangan dan perkhidmatan, terhadap keperluan perniagaan dan para pelabur," katanya.

zeti akhtar with bank negara reportDalam keadaan persekitaran yang lebih mencabar dan berdaya saing sekarang ini, katanya masa depan kewangan Islam akan bergantung kepada keupayaan inovasi dan pelaburan dalam pembangunan bakat bagi industri itu.

"Agenda akan menjadi kunci memastikan pertumbuhan dan kemampanan berterusan," kata Zeti.

Teks ucapan penerimaannya dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.

"Kami telah menjelajahi perjalanan yang jauh untuk sampai ke tahap sekarang ini.

"Dalam memajukan industri itu, usaha dan kerjasama berterusan pihak industri dan pihak berkuasa akan terus menyumbang terhadap pembentukan kewangan Islam.

"Dengan berbuat demikian, ia juga akan meningkatkan peranannya yang berpotensi bagi menyumbang terhadap pertumbuhan dan kestabilan kewangan global," katanya.

Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam itu, yang kini memasuki tahun kelimanya, disifatkan sebagai salah satu acara paling menonjol di dalam industri kewangan di seluruh rantau Teluk.

Majlis tahunan itu dikhususkan bagi menonjolkan, menggalakkan dan memberi ganjaran terhadap prestasi dan pertumbuhan perniagaan dan komuniti kewangan yang luar biasa.

Anugerah itu kini disifatkan sebagai penanda aras kecemerlangan di dalam industri itu.

--Bernama

1001 JANJI UMNO MEMINGGIRKAN MELAYU?

Posted: 22 Dec 2010 08:00 PM PST

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Umno BN lain berkenaan program 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat yang diumumkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat lalu dilihat seolah-olah 'amat terdesak' untuk menyembunyikan suatu kebenaran dari pengetahuan rakyat.

"Mengapa perlu PM dan TPM bersungguh-sungguh membidas andai selama ini pentadbiran Umno BN cukup cemerlang seperti yang dicanang?" tanya ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Inilah, katanya bukti bahawa Buku Jingga telah menggugat Umno BN, menakutkan PM dan menggentarkan TPM.

Tambahnya, andai Program 100 Hari Pakatan dikatakan sebagai 'politik janji' semata-mata, bagaimana pula dengan janji-janji kerajaan Umno BN selama 53 tahun mentadbir Malaysia.

"Sejak era Tunku Abdul Rahman, semua tahu 1001 janji telah dibuat tetapi adakah semua dilaksanakan?" soal Ketua Wanita PKR itu lagi.

Baginya, kenyataan Najib itu seolah-olah menampar mukanya sendiri kerana kejadian janjinya di Sibu, Batu Sapi dan Hulu Sealangor pun masih belum tertunai sehingga kini.

Menurutnya lagi, janji sewaktu Bajet 2010 agar tiada kenaikan harga barang, nampaknya didustai Najib sendiri.

"Janji Projek Terminal Puduraya juga sudah menjadi janji Gajah Putih akhirnya. Janji Jambatan Labuan sehingga ke hari ini dilupakan.

"Inilah bukti, konsep 1Malaysia - keuntungan Syabas, Plus dan Uda Mall diutamakan, rakyat dipinggirkan," ujarnya.

Malahan, katanya untuk rekod tiada satu pun projek Gajah Putih sepanjang hampir 3 tahun pentadbiran Kerajaan Pakatan, berbanding 3 tahun pentadbiran Pusat Kerajaan BN.

"Andai PM kata Program 100 hari Pakatan tidak berpaksi realiti, inilah realiti apabila semakin banyak janji Umno BN yang tertimbun," katanya.

Sebaliknya, kata beliau sejak pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di 4 buah negeri, dan Perak buat seketika telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah melaksanakan agenda merakyatkan ekonomi dengan jayanya.

LUBUK MELAYU BERZINA AKIBAT KEBODOHAN UMNO?

Posted: 22 Dec 2010 06:58 PM PST

memandang serius kenyataan Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan bahawa remaja yang tinggal di kawasan flat kos rendah adalah berisiko tinggi terdedah kepada perbuatan zina dan pembuangan bayi. Menurut beliau, faktor jarak rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain boleh mendorong kepada perbuatan tersebut.

DPPWP berkongsi kebimbangan dengan jumlah flat kos rendah atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Kuala Lumpur yang agak banyak. Dalam keadaan begini, bagaimanakah gejala seks bebas atau zina serta gejala pembuangan bayi dapat dibendung dalam masyarakat.

Faktor jarak rumah yang terlalu dekat sebagai penyumbang kepada gejala zina perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Mungkin kerajaan boleh memikirkan bagaimana agar jarak sesuatu rumah flat kos rendah tidak terlalu padat seperti sekarang dengan mengambil kira keselesaan dan kesesuaian penghuni rumah flat.

Selain itu, faktor rumah yang terlalu sempit serta bilik yang kecil dan tidak mencukupi menyumbang kepada gejala ini. Bagi keluarga yang mempunyai ramai anak, kepadatan rumah menyebabkan anak-anak remaja mereka sering keluar rumah kerana tidak tahan dengan suasana sempit dalam rumah.

FITNAH DAN BLOG ORANG GILA?

Posted: 22 Dec 2010 06:32 PM PST

Kerja orang blog ini tak reti dosa pahala," demikian kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai pendedahan sebuah blog berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad ditangkap kerana berzina dengan isteri seorang guru di atas kereta api.
Beliau berkata, blog juga yang telah membuat laporan tidak betul dan mengarut bahawa rumah menantunya, Abdul Ariffhami Ab. Rahman diserbu oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada waktu malam dan anak perempuannya pula bertindak memaki-hamun anggota suruhanjaya berkenaan.
Katanya, SPRM kemudiannya membuat keputusan menutup fail kes berkenaan setelah mendapati tiada kes untuk pertuduhan membabitkan Nik Abdul Aziz dan menantunya itu yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
"Malaysia ini suasana dia, suasana tak reti dosa pahala. Inilah yang menyebabkan hakim syarie ditangkap rasuah.
"Hakim syarie ini belajar syariah dan dia bertugas di mahkamah syariah, adakah masuk akal orang macam ini ditangkap rasuah.
"Inilah suasana Malaysia, macam tak ada agama, baik sikit daripada komunis, komunis tak ada tuhan langsung, tapi kita ada tuhan, buat apa," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz diminta mengulas pendedahan blog papa gomo menerusi klip video di mana seorang lelaki dikenali sebagai Ustaz Saidi Hussin mendakwa telah menangkap Saipul Bahrin di dalam koc orang kenamaan (VIP) kereta api bersama seorang wanita yang didakwa isteri seorang guru ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

RM4,498,949.99JUTA DIBAZIRKAN UNTUK BINI PM? RAKYAT TERUS MERANA BARANG NAIK...

Posted: 22 Dec 2010 05:49 PM PST

Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta.

NONEDalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99.

Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia - kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Africa - berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober.

Ekoran penjelasan itu, senator Syed Husin Ali daripada PKR membangkitkan persoalan kewajaran Rosmah dianjurkan oleh isteri perdana menteri sedangkan menurutnya dalam negara ini wanita pertama adalah Permaisuri Agong.

NONEDalam sidang media hari ini, Syed Husin yang juga bekas timbalan setiausaha agong mempertikaikan asas peruntukan sebanyak itu diberikan sedangkan tiada peranan oleh Permaisuri Agong.

Tiada ulasan: