Jumaat, 31 Disember 2010

.

.


Suara Pagi

Posted: 30 Dec 2010 04:33 PM PST

Ziarah Kawan Dan Kenduri Mini

LEWAT petang semalam Adun Limbongan, Pasir Puteh Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat bersama isteri Kak Yah dan dua anak datang ke rumah. Berkunjung kerana tidak sempat untuk hadir semasa majlis kenduri menyambut menantu 25 Disember lalu.

Mereka bawa cendera hati untuk pengantin. Di bawa sama sebuah 'gado' kiriman seorang Datuk dari Kelantan. Sama ada benar datuk itu yang kirim atau pandai-pandai Zainuddin yang membawa sukar dikatakan. Tapi terima kasih atas ingatan itu. Begitulah adat dan cara berkawan kalau tak dapat datang dikirimnya salam. Ataupun ditolong sampaikan salam bagi menhubungkan persahabatan secara spritual.

Kebetulan juga semalam saya diserang gaout kelas 1A (bukan 1 Malaysia). Tidak boleh berjalan. Ke pejabat dipapah dan bekerja sambil meniarap demi menyiapkan Siasah baru. Terpaksa ke opis juga walaupun sakit dan seksanya Tuhan saja yang tahu.

Kunjungan kawan itu sebagai menziarahi saya. Biasalah bila bercakap sewaktu sakit macam-macam cadanga ikhtiar yang diperkatakan. Ubat itu dan ubat ini. Zainuddin sendiri sudah lebih dari tiga jenis ubat termasuk dari Cina dibawanya. Tetapi sayangnya saya tidak amal memakannya kerana tidak percaya ataupun bimbang ianya menimbulkan mudarat lain.

Saya sudah jemu mendengar ubat gaout ini. Dalam analisis saya ada dua jenis ubat saja yang boleh menyembuhkan. Pertama, isteri muda kedua wang lebih 1 juta. "Tak usah cakap mengenai ubatlah, bagi isteri muda atau ada orang suruh pergi ambil wang dua tiga guni sembuh penyakit ini,"seloroh saya. Kak Yah isteri Zainuddin ketawa tidak tahan menahan lucu dengan gurauan saya.

Tetapi yang jelas gout saya akan reda atau hilang terus bila ada pilihan raya kecil. Saya sudah kerap mengecami perkaraan ini. Semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor gaout juga hebat menyerang saya. Tetapi diharungi begitu saja kerana semangat untuk berpilihan raya. Saya sendiri kagum dan anih ketika itu kerana boleh berulang alik siang malam dari KL ke Hulu Selangor demi mengikuti pilihan raya berkenaan.

Demikian juga semasa di Galas, gaout menyengat di kaki. Jalan macam ayam tempang kerana kaki kena pukul dengan pengalung. Heycah...heycah macam beruk makyeh makan pisang sambil berjalan. Tetapi bila diumukan calon saja gout pun hilang. Macam cabut buang.

Lebih teruja lagi bila ikut Tok Guru Nik Aziz berkempen di Galas gaout terus. Apakah ini keramat Nik Aziz? Tidak... ini kerana semangat bersamanya. Teruja dengan kepimpinannya, terlalu kasih kepadanya menyebabkan segala penyakit yang melanda diri terlupa. Inilah sebab musabab dan rahsianya.

Bukan saja saya, orang lain...orang Umno juga. Kalau yang sayang kepada Mahathir itu, demam macam mana pun kalau Mahathir buat program akan hadir. Begitu juga dengan yang sayangkan Najib sanggup datang beratus batu untuk sambut atau hantar Najib pulang dan pergi ke luar negeri. Saya percaya orang Umno juga ada yang kena gaout macam saya. Harap-harapnya bila tiba hari penamaan calon di Tenang nanti gaout akan pulih sepenuhnya.

Sedang asyik bercakap Sallahudin Ayub telefon melaporkan dia sudah berada di Tenang, Johor. Dia menyatakan keterkilann kerana tidak dijemput ke kenduri di rumah saya. Saya sudah bilang saya tidak jemput orang politik. Mereka bergelar datuk atau wakil rakyat saya tak jemput.

Saya jemput dan SMS kawan terdekat dan mereka yang nak jadi wakil rakyat atau mereka yang kalah dan dianiaya saja. Sebab itu ada Apandi Mohamad, Sobree Shafee, Wan Suhaimi, ada juga Arifffahmi Abdul Rahman, ada juga Md Awalwi Che Amat dan lain-lain termasuk blogger.

Pada saya mereka ini orang teraniaya dan terbiar. Jadi mereka yang selamat, berkuasa dan tidak ada masalah saya tidak jemput. Bagaimana pun terima kasih atas ingatan kepada saya itu. Saya menerima ingatan itu sebagai rahmat dan keutuhan dalam bersahabat.

Berbalik kepada kunjungan Zainuddin semalama. Duduk tidak berapa lama selepas itu tibalah pula Wan Suhaimi Wan Daud. Dia bergegas dari Damansara. Katanya ketika itu dia sedang menyiapkan (clearing) barang-barangnya di pejabat. "Hari ini hari akhir saya di sini Haji, jadi mana-mana patut bawa saya bawa balik. Semalam bersih opis di Putraya," katanya. Lain macam saja kata-kata Wan Suhaimi. Apakah sudah berhijrah?

Apakah dia sudah berhenti ataupun kontaraknya ditamatkan selepas beliau menjadi tetamu dalam kongres PKR baru lalu? Saya tidak kira sekejam itu pihak tertentu dilakukan kepadanya. Atau pun perubahan itu atas kesedarannya betapa rugi dan tidak laba dia berada dalam parti yang dianutinya kini.

Sewaktu Suhaimi tiba nasi tengah hari dihidangkan. Dalam serba ringkas dan tidak ada persediaan isteri masak juga mana-mana yang ada. Nasib baik daging kijang masih ada. Sebenarnay sudah sebulan daging itu disimpan tak berani masak kerana takut senrang gaout. Jadi dengan serba ringkas kami makan tengah hari di rumah secara santai. Habis juga sepinggan seorang.

Sewaktu Rushdan datang nasi sudah habis. Sekejap kemudian sampai pula Md Radzi Mustafa lawyer peribadi saya. Selalunya kalau saya ditimba musibah atau dikala saya kesusahan orang-orang inilah yan tiba awal. Kami berkawan dengan sesama marhain kerana marhain yang memahami merhain. Dalam hidup ini kita memerlukan sekurang-kurang empat orang sahabat.

Zainuddin yang berhajat untuk jumpa Disman di pejabat Harakah mengubah fikiran panggil Dinsman datang ke rumah. Tanpa banyak kerenah Dinsman suasah-susah datang. Jadi macam kenduri minilah di rumah saya lewat petang semalam. Itulah penyakit saya akan berhenti dengan sendirinya kalau dilawati kawan dan teman. Kuasa dan erti persahabatan sangat penting dalam hidup. Ia kadang kadang melebihi dari kuasa ubat dan doktor.

Kawan minta untuk hantar ke klinik. Saya menolak sebab denyut dan ngilu sudah tiada. Tetapi anihnya selepas mereka pula sakit mendeyut kembali dan akhirnya saya terpaksa aku juga untuk ambil ijak di klinik.

Masa datang semalam Dinsman bawa buku terbaru mengenai Tok Guru Nik Aziz yang ditulis Prof Shahir Mat Zain. Buku ini diberi kata penghantaranya yang berjudul; "Kepimpimpin Tok Guru Nik Aziz - Mengikut Pandangan Sarjana Kepimpinan Besar Sepanjang Zaman."

Buku ini menarik dan agak istimewa kerana ia tulis oleh seorang sarjana yang membandingkan kepimpinan Nik Aziz dengan kepimpinan dunia lampau berpandukan beberapa teori kepimpinan. Cuma malang seidkit bahasa dan subjekt yang dibawa terlalu tinggi menyukarkan pembaca. Mereka yang malas dan lemah dalam pemikiran (thinking) tidak dapat mengecapi nikmati buku ini.

Bagaimana pembaca harus memaksa diri membaca buku ini. Buku-buku mengenai Nik Aziz sebelum ditulis dalam bahasa yang mudah dan tidak ada perbandingan global. Dengan munculnya buku ini ia meletakkan Nik Aziz setanding dengan pemimpin dunia sebagai pemimpin penting dan akan dijadikan perbahasan di masa akan datang.

Kepada pembaca diharap cubalah baca dan hayati tulisan Prof Shahrir Mohamad Zain ini. Buku ini telahpun dilancar di Penang dan akan dulang lancar di Kota Bharu, Kelantan. Sesuatu yang baru akan ditemui mengenai Nik Aziz dalam buku ini. [wm.kl.11:00 am 31/12/10]

Sesudah Subuh

Posted: 30 Dec 2010 01:58 PM PST

Merdekakan Longkang Fikir Kita

POSTING saya dalam baring semalam ramai yang tidak faham. Anak-anak muda yang baru tergila politik selepas dibaham slogn 1 Malaysia terkial-kial mencari makna. Tulisan sembolik itu menyebabkan mereka tersesat dalam pemikiran sendiri. Itulah kena belajar menyelami erti mankna dan mantik politik dalam penulisan. Tulisan saya juga tidak boleh difaham secara leteral (harpiah).

Tetapi ada juga yang tersenyum dan telah maklum. Mereka yang rajin mencari dan terus mencari dan menjumpai blog atau Fb "celaka" (pinjaman istilah Tok Guru Nik Aziz) sehingga merasai apa yang saya bayangkan dalam tulisan itu.

Ada pula yang dapat memahami tetapi meleset huraiannya. Dia menerima bahawa banyak syaitan dalam politik Umno tetapi meminta saya tidak sama menjadi syaitan. Jelas penjenguk muda ini tidak memahami konotasi dalam cacatan semalam.

Bagi saya sesuatu perkara itu tidak perlu, atau cantik (sesuai) dijelaskan secara nyata tetapi indah dan suspen kalau berkias. Biarlah kita belajar berfikir (kreatif) dalam mencari sesuatu. Ertinya kalau kita ingin mengatakan kepada seseorang biarlah dalam bahasa simbolik atau berkias untuk mengelakkan kita mengaibkan seseorang. Pastinya kalau dinyatakan secara terus terang ia boleh menimbulkan keaiban. Kita bukan Dr Mahathir Mohamed.

Apa yang saya hendak jelaskan dalam tulisan itu, ialah mengenai kerakusan manusia dalam menilai apa yang saya lontarkan. Kerana kejumudan dan kebencian, dan bermaharaja lelanya prejudis di dalam diri mereka, mereka ini tidak nampak kebaikan di hujung destinasi. Mereka ini juga jenis suka membuat lontaran dan adanian yang berpaut diekor syaitan.

Saya sangat benci kepada munafik. Si munafik cuba menggambarkan dia adalah pejuangan suci. Pejuang tulus dan bersih dari segala maksiat, segala jenayah. Pejuang kudus. Walhal dialah yang sedia menerima wang pemberian dari musuhnya. Terima lembu, tiga ekor setahun, dan ringgit berpuluh ribu. Menjual sokongan dan dokongan dengan ringgit hingga RM60,000 dalam pilihan raya umum. Dialah juga penyeludup video lucah ataupun tukang pengedar video lucah.

Munafiknya bukan saja setakat itu. Di kepala ada kain putih menujukkan dia seorang warak, tetapi kalau keluar saja dari kampung halaman dialah jaguhnya. Dengan rakyat berjanji itu dan ini tetapi tidak ditunaikan. Kononnya peserta ladang rakyat akan diberikan hak milik tetapi habuk pun tidak ada. Dialah jenis pemimpin mulut busuk. Gara-gara janji kosong yang ditaburkan itulah menyebabkan Galas kalah.

"Bapak itu sudah, Pak...!" Apa ertinya semuanya ini. (Saya akan dedahkan rombongan ke Bandung 15 tahun lepas).

Saya tidak menyalahkan merka (penjenguk) kalau mahu tafsir apa yang saya lontarkan. Tetapi janganlah tafsir mengikut naluri dan kebencian kita. Lihat kepada realiti. Membuat andaian yang boleh memburukkan keadaan dan menyakiti hati orang lain adalah dosa besar. Saya tidak tahu apakah dalam anutan dan pegangan beragama mereka membenarkan demikian.

Saya tenguk mereka ini bercakap berbueh dengan ayat-ayat Cinta Quran dan petikan-petikan hukama, tetapi dalam masa sama menabur fitnah macam menabur benih padi gundal di bendang gersang. Apakah erti ini semua.

Kepada yang sesat untuk memikir apa yang saya tulisan itu, sila baca Siasah terbaru yang keluar semalam. Hari ini mungkin sudah ada di pasaran. Dalam cacatan itu akan menjelaskan kekelabuan yang tersumbat dalam kepala mereka. Apakah di situ wujud apa yang diperkatakan itu. Spekuslasi itu meleset sama sekali.

Posting saya yang ditafsir dengan rasa cemburu, hasad itu adalah dijelaskan dalam catatan Arus Bawah dalam Siasah. Baca sebaik mungkin dan rasanya mereka yang sesat dalam pentafsiran akan faham kalaupun tidak mahu membuat ralat memaafkan diri sendiri. Dalam drama itu tidak ada pengarah gelap atau pengarah terang tetapi ia adalah live, tanpa inisiatif sesiapa yang boleh memburukkan keadaan. Janganlah melakukan fitnah kering.

Janganlah cuba memperpanjang pemikiran yang sesat dan jahat kepada umum. Kita semua ditugaskan untuk bertanggungjawab dan menjaga amanah Allah untuk melakukan kebaikan. Kita perlu sedar, apa yang kita fikir baik hari ini, mungkin jahat hari esok. Hidup ini penuh dengan putaran. Pendapat mengatakan hanya kita terbaik dan betul adalah salah.

Dalam politik pula penyelesaian bukan dengan satu cara saja. Berkeras sampai ke sepanjang zaman mungkin tiak sesuai, begitu juga kalau sikap baik sepanjang masa. Apa salahnya kalau startegi perjuangan ditukarganti. Bukankah itu kebijaksanaan dalam perjuangan. Dendam si miskin lebih dahsyat dari dendam si kaya!

Apa nak ditegaskan janganlah cuba memburukkan orang yang kita tidak suka dengan apa juga keadaan. Itu bukan seorang pemikir yang baik. Pemikir yang baik yang senantiasa berusaha dan berfikir membawa kebaikan. Sesungguhnya apa yang kita rasakan baik itu kadang-kadang satu kejahatan dan kemudaratan besar untuk ummah kita yang berlaku di bawah minda sedar kita kerana kita sudah jadi macam longkang tersumbat, al jumud. Merdekakan longkang fikir kita [6:10 am 31/12/10]

Tiada ulasan: