Jumaat, 31 Disember 2010

Biaqpila

Biaqpila


Gambar Mangsa Rogol Menteri Didedah

Posted: 31 Dec 2010 02:00 PM PST

Gambar ini diperoleh dari Sabahkini.net..mungkin ya, mungkin tidak..


Kisah tentang menteri yang didakwa merogol pembantu rumahnya tidak boleh disembunyikan lagi apabila sebuah laman web menyiarkan gambar mangsa rogol tersebut semalam.



Laman web itu, Sabahkini.net, juga turut menyiarkan kenyataan seorang pemimpin PKR Sabah agar menteri berkenaan meletakkan jawatan. Laman itu juga menyiarkan nama menteri berkenaan serta laporan bertulis yang dibuat oleh sebuah NGO yang menjaga kepentingan pekerja Indonesia, Migrant Care yang menyiasat kes ini sejak Julai 2007 lalu.



Blogger Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahiruddin Atan pula membandingkan negara Yahudi Israel pernah memenjarakan menterinya yang didapati bersalah merogol pembantunya.



Namun, tulis Rocky, laporan yang dibuat pada tahun 2007 itu dipercayai diperap sahaja oleh Perdana Menteri ketika itu.



"Tak boleh biar orang tuduh pemimpin kita melakukan jenayah terkutuk tanpa siasatan. Tapi pasal kita dah tak siasat dan kes tu dah terpendam, sekarang ni tampak macam kita telah cuba mengabui mata rakyat," tulis Ahiruddin dalam blognya.



Sebelum ini, Ahirudin pernah disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SCMM) ekoran tindakannya mendedahkan dalam blognya anak seorang menteri mendapat projek dari kementerian yang dijaga oleh menteri berkenaan.



Sementara itu, Ketua Unit Media Baru Pemuda Umno, Tun Faisal mahu menteri yang merogol pembantu rumahnya itu diambil tindakan.





Tun Faisal yang menjawab pertanyaan seorang rakan twitter berkata, "ambik tindakan, apa masalah." apabila ditanya "@tunfaisal mcm mana dgn menteri rogol.apa cer?"



Harakahdaily sebelum ini sudah empat kali menyiarkan cerita ini termasuk tiga pendedahan mengenainya.



Ini kerana, selepas didedahkan oleh WikiLeaks dan laporan oleh Ahiruddin Atan melalui blog Rocky Bru nya, Harakahdaily menebual sendiri Country Coordinator Migrant Care, Alex Ong mengenai penyiasatan Migrant Care.



Alex mengesahkan laporan itu dan mengesahkan Migrant Care telah membuat siasatan terperinci mengenainya pada bulan Julai 2007.



Pada 1 Ogos 2007, Alex bersama dua lagi pemimpin Migrant Care telah menandatangani satu kenyataan media mengenai kes mangsa rogol yang bernama Robengah ini.



Kenyataan ini kemudiannya didedahkan semula oleh NGO Tenaganita pada 27 Disember lepas apabila kes ini timbul semula ekoran pendedahan WikiLeaks.Hrkh



malaysiaberih


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MALAM MENJANA ANAK LUAQ NIKAH

Posted: 31 Dec 2010 08:00 AM PST

Biaq beruk je yang terkejut

Posted: 31 Dec 2010 04:00 AM PST

Oleh: Faekah Husin


Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah menunjukkan betapa cetek semangat beliau terhadap kepedulian kepada rakyat apabila beliau membayangkan Malaysia akan jatuh bankrap jika program 100 Hari Pakatan Rakyat dilaksanakan.  Ia juga menunjukkan betapa beliau tidak yakin dengan kemakmuran hasil mahsul Negara yang dikurniakan Allah SWT.




Apa-apa pun, saya tidak terperanjat apabila beliau berpendirian sedemikin walau sedikit kecewa kerana orang No. 2 negara gagal meletakkan kebajikan rakyat sebagai asas mentadbir Negara.  Ini menunjukkan UMNO-BN sememangnya akan meneruskan corak pemerintahan sejak 52 tahun dahulu yang tidak meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan walau terpukul teruk pada 2008 yang lalu.



Kerana kedangkalan pemikiran pemimpin BN terhadap keperluan rakyat, Pakatan Rakyat mempersembahkan program 100 hari untuk rakyat Malaysia bagi melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pentadbiran; perundangan, ekonomi dan pendidikan.  Sebagaimana yang dijangka, tanpa berfikir panjang Muhyiddin melahirkan keraguan terhadap kemampuan Negara dan mempersenda pula jasa para guru apabila menyatakan Negara akan bangkrap jika imbuhan RM500 diberikan kepada mereka.  Dengan gelojoh pula mencabar negeri Pakatan melaksanakannya.

Terbukti Muhyiddin (gambar kanan) dan BN telah menjadi mangsa kepada perbuatan mereka sendiri yang menggunakan arus perdana alat propaganda untuk memutar belit fakta sehinggakan mereka jelas tidak tahu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telahpun melaksanakan lebih daripada 60% daripada sembilan program yang disenaraikan di dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.  Bajet Selangor Hasil Negeri Untuk Rakyat begitu komprehensif telah melaksanakan agenda Pakatan tersebut.



Pakatan Rakyat Selangor telahpun menjaga kebajikan kakitangan awam khusus profesion perguruan.  Bukan sahaja kita mengikhtiraf kewujudan dan kepentingan peranan mereka, kita telah menaikkan elaun guru KAFA sebanyak RM500 menjadikannya RM1,000 sebulan dalam tempoh setahun mentadbir Selangor.  Kakitangan kerajaan pula diberikan sumbangan musim perayaan sebanyak RM500 dan RM500 lagi untuk bonus hujung tahun.  Inilah yang dikatakan rakyat didahulukan, bukan sekadar slogan murahan.

          

Selangor telah memperkemas urusan pentadbiran negeri yang lebih telus dan bertanggungjawab dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang telah berjaya mengadakan beberapa siri sesi pendengaran awam berhubung dakwaan penyelewengan dana awam dan salah urus tadbir.



Selangor telah menjangkau ke hadapan apabila meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat untuk membolehkan rakyat tahu bagaimana negeri Selangor ditadbir termasuk tatacara perbelanjaan hasil negeri.  Selangor mahu pembayar cukai turut serta dalam pembangunan, pada masa yang sama mewujudkan proses timbangtara dalam penggunaan hasil negeri.  Untuk itu Selangor menjadi negeri pertama yang melaksanakan pendengaram awam di kesemua Pihak Berkuasa Tempatan.  Melalui Pelan Tiga Tahun Selangor seluruh rakyat Selangor berpeluang berbincang bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan kerajaan berkaitan permasalahan rakyat baik dari segi mutu perkhidmatan yang ditawarkan, masalah keselamatan hinggalah masalah domestik.  Penyelesaian menyeluruh juga telah dicadangkan dalam sesi tersebut.


Visi melindungi dan menyelamatkan Khazanah Nasional.  Di Selangor, kita telah memperkasa Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) yang membolehkan MBI mengambil alih kesemua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya pentadbirannya selari dengan matlamat penubuhan dan menyelamatkan aset milik kerajaan Selangor dari disalahguna samada atas tiket penswastaan mahupun oleh pemimpin dan syarikat kroni yang tamak.


Dalam tempoh kurang tiga tahun memerintah, MBI telah Berjaya mengenal pasti dan mengutip semula hutang lapuk dari syarikat Talam Corporation Berhad (Talam) berjumlah RM392 juta yang ditinggalkan kerajaan BN.  Hasilnya, sebanyak RM50 juta dari kutipan hutang ini kita kembalikan semula kepada rakyat menerusi Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) untuk membantu golongan miskin luar bandar manakala RM20 juta diperuntukkan untuk membantu rakyat miskin di Bandar menerusi skim yang sama.



Mengenai Felda yang tersimpang jauh dari matlamat asal penubuhan; yakni memberi peluang peneroka memiliki tanah yang telah mereka usahakan maka terdapat banyak tanah Felda di Selangor tergadai kepada pihak ketiga.  Malang sungguh kerana terdapat juga tangan-tangan pemimpin UMNO yang turut terpalit.  Kerajaan Selangor sedang berusaha keras menyelamatkan tanah-tanah milik peneroka Felda termasuk tanah-tanah peserta program Revolusi Hijau yang telah tergadai kerana penyelewengan yang dilakukan kroni-kroni BN.  Kita telah berjaya menyelamatkan ribuan ekar tanah dan menyelesaikan ribuan unit rumah terbengkalai menerusi program pembangunan semula projek terbengkalai antaranya di Bukit Botak, Ukay Perdana dan Alam Perdana.


Penstrukturan semula syarikat GLC telah membolehkan Selangor melaksanakan program pemberian air percuma sejak Jun 2008.  Pemberian air percuma ini bukti kita mengurus harta rakyat dengan cekap dan bijaksana.  Dengan kebijaksanaan inilah maka hari ini kita telah mengenal pasti asset milik rakyat bernilai lebih RM10.9 bilion yang digunakankan syarikat kroni yang tamak.  Pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan lebih efisien dan berfaedah kepada rakyat sekiranya kerajaan negeri berjaya mengambil alih semula pengurusan air, malangnya mendapat kekangan dahsyat dari Kerajaan Persekutuan.


Pakatan Rakyat Selangor juga telah mereformasikan suruhanjaya bebas supaya adil dan tidak dikawal oleh parti-parti atau pemimpin politik tertentu.  Kita menawarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka pejabat cawangan di Pejabat Menteri Besar dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).  Malah, SPRM dan KSSB telah menubuhkan jawatankuasa bersama bagi menghalang jenayah rasuah.



Program yang dinyatakan ini tidak termasuk program kebajikan yang kita laksanakan seperti Skim Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang, Tabung Warisan Anak Selangor, Ujian Kesihatan Untuk Wanita, Tuisyen Rakyat, dana kesihatan, bantuan untuk sekolah agama rakyat, sekolah Cina serta Tamil dan banyak lagi.



Kesemua program yang kita laksanakan ini tidak pula menyebabkan Selangor jatuh bankrap.  Malah, Selangor mencatatkan lebihan pendapatan sepanjang 2010 dan berjaya membentangkan belanjawan berimbang untuk 2011.


Ini jauh lebih baik berbanding sesetengah negeri di bawah BN yang membentangkan belanjawan defisit.  Malah Malaysia sendiri membentangkan bajet defisit sejak 10 tahun yang lalu.  Manifesto yang dibuat Pakatan Rakyat tidak akan menjadikan Malaysia sebuah negeri bankrap jika diurus dengan baik, jujur, telus dan bertanggungjawab seperti diamalkan di Selangor.


Program kebajikan ini kita gunakan 100% hasil negeri tanpa mengharapkan satu sen pun bantuan dari Kerajaan Pusat.  Menerusi pentadbiran yang amanah, jujur dan iklas, kewangan Selangor masih kukuh dan lebih baik berbanding negeri-negeri bawah BN.



Walaupun tanpa slogan perpaduan yang diciplak daripada Kerajaan Zionis dengan bayaran RN78 juta, Kerajaan Selangor telah melaksanakan program tersebut yang telah memanfaatkan semua bangsa.  Malah, orang UMNO juga menerima manfaat daripada program berkenaan.


Muhyiddin boleh mengulangi komitmennya terhadap "Melayu dulu" serta mengulangi retorik mahu membantu rakyat di bawah lembayung slogan 1Malaysia tetapi Pakatan Rakyat akan terus melakukan apa yang diperjuangkan sejak mula lagi iaitu  melakukan reformasi dengan telus dan kebertanggungjawaban.


*Kenyataan media oleh Faekah Husin (gambar atas) selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.




loveperak


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Guru rangsang murid kekal dipenjara 20 bulan

Posted: 31 Dec 2010 02:00 AM PST



SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman penjara 20 bulan terhadap seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah di sini yang didapati bersalah melakukan kelucahan melampau terhadap murid lelakinya tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati Hakim Mahkamah Majistret telah membuat keputusan yang tepat dan menyeluruh.

Menurut Ahmad Nasfy, dalam kes tersebut ada saksi yang melihat kelakuan tertuduh selain pihak pendakwa mempunyai beberapa keterangan sokongan daripada saksi-saksi lain.

Tertuduh, Mohd. Harith Mohd. Nor, 42, didapati bersalah merangsang seorang murid lelaki yang ketika itu berusia 11 tahun untuk melakukan kelucahan melampau di dalam pejabatnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 di sini pada November dan Disember 2007.

Bapa kepada seorang anak perempuan berusia tujuh tahun itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan sebatan jika bersabit kesalahan.
kosmo

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Hangpa tau pasai apa BN pertahan undi pos?

Posted: 30 Dec 2010 11:00 PM PST







PERSOALAN sekarang mengapa pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beriya-iya benar mempertahankan sistem pengundian pos.



Mereka seolah-olah bermati-matian bagi memastikan sistem itu terus relevan, biar pun negara sudah lama keluar dari status darurat. Komunis yang pernah menggugat negara sudah lama meletak senjata.



Contoh mudah dapat dilihat berlaku di Galas pada 4 November lalu. Undi pos yang diterima PAS hanya 26 undi (17.68 peratus) berbanding dengan BN (82 peratus).



Begitu juga di mana-mana sahaja pilihan raya undi pos menjadi penyelamat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) kecuali pilihan raya umum 1999.



Di Jeli undi pos di kalangan askar wataniah di Kem 301 dan Kem 302 berjaya menyelamatkan karier politik Datuk Seri Mustapa Mohamed bagi mempertahankan kerusi parlimen Jeli masuk penggal kedua.



Begitu juga Datuk Mohd Alwi Che Ahmad diselamatkan undi pos di Kem Desa Pahlawan untuk meneruskan penguasaan Umno di Dun Kok Lanas.



Ramai menyebut undi pos menjadi penyambung hayat kerajaan BN dan menyelamatkan maruah Umno.



Maka bagi memastikan kubu tersebut tidak dirobek Pakatan Rakyat dalam misi melangkah ke Putrajaya, kerajaan BN merancang mewujudkan satu kompeni askar wataniah di semua 222 kawasan Parlimen.



Malah kerajaan BN tanpa berselindung menyebut hampir mencapai sasaran apabila 172 kawasan parlimen telah diisi dengan pasukan itu.



Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr Ismail Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, kementerian itu menjangka askar wataniah akan ditempatkan di 50 kawasan lagi menjelang tahun hadapan.



Malah kementerian itu mensasarkan seramai 66,600 anggota dalam tempoh lima tahun akan datang, di mana kini difokus di Sarawak dan Perak.



Tahun lepas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penubuhan satu kompeni askar wataniah di 222 kawasan Parlimen bagi memantapkan sistem pertahanan negara.



Difahamkan satu kompeni mengandungi sekurang-kurang tiga plakton atau 105 anggota. Jumlah itu tidak termasuk isteri setiap askar wataniah yang turut didaftar sebagai pengundi pos.



Ini bermakna seramai 210 pengundi pos dari kalangan askar wataniah terdapat di setiap kawasan parlimen. Kalau didarab 222 bermakna terdapat 46,620 pengundi pos baru di seluruh negara.



Sedangkan sasaran kerajaan mempunyai 66,600 askar wataniah di seluruh negara. Dan jumlah itu kalau didarab isteri setiap anggota menjadikan jumlah undi pos seramai 133,200 orang.



Bermotif politik



Seorang bekas pegawai tentera ketika ditemui berkata, penubuhan satu kompeni askar wataniah di setiap kawasan parlimen sebenarnya lebih bermotif politik dan bukan semata-mata bagi memantapkan pertahanan negara.



Katanya, setiap anggota wataniah akan didaftar di bawah undi pos sebagai strategi bagi menyelamatkan Umno dan BN.



”Itu belum lagi dicampur dengan isteri setiap anggota askar wataniah. Kewujudan kem askar wataniah merupakan pakej penyelamat kerajaan BN,” katanya di sini.



Difahamkan bilangan anggota tentera termasuk unit infantri, Askar Melayu Diraja dan renjer sebelum ini berjumlah lebih 130,000 orang.



Bagaimanapun daripada jumlah tersebut anggota tentera yang benar-benar berkhidmat di luar kem termasuk di sempadan hanya dalam jumlah agak kecil.



Selebihnya anggota bahagian sajian dan perkhidmatan yang bertugas di unit gaji dan perbekalan. Mereka tidak dikerah berkhidmat di luar kem untuk melayakkan disenarai sebagai pengundi pos.



Namun kerajaan BN tetap menyenaraikan setiap anggota tentera dan polis sebagai pengundi pos biar pun mereka tidak berkhidmat di tempat yang kritikal.



”Malah pegawai tentera yang berpangkat Jeneral tidak pernah bertugas di perbatasan untuk disenaraikan sebagai pengundi pos.



”Mengapa mereka dibolehkan keluar bermain golf, sedangkan untuk keluar mengundi sebagai pengundi biasa tidak boleh,” kata bekas pegawai tentera terbabit.



Seorang lagi bekas pegawai tentera, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman turut mempersoalkan mengapa kerajaan BN beriya-iya benar mahu mempertahankan undi pos kalau tidak bermesej politik.



Katanya, undi pos sudah tidak sesuai lagi digunakan sekarang memandangkan keadaan negara sudah aman dan bukan kacau bilau seperti zaman darurat.



Menurut beliau anggota tentera yang hanya berkhidmat di kem boleh keluar mengundi seperti pengundi awam.



”Lebih menghairankan lagi mengapa isteri anggota tentera juga disenarai sebagai pengundi pos. Ini sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali.



”Tengok sedikit masa lagi setiap kawasan parlimen akan mempunyai kompeni askar wataniah. Tidakkah itu semua memberi undi percuma kepada Umno dan BN,” katanya yang juga anggota Exco kerajaan negeri.



Persempadanan baru



Persempadanan baru kawasan pilihan raya memerlukan undian dua pertiga anggota Dewan sebelum diluluskan.



BN tidak memiliki dua pertiga daripada 141 anggota parlimennya. Biar pun dibantu lima anggota parlimen Keadilan yang belot, BN belum mempunyai kekuatan untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan persempadanan pilihan raya diadakan.



Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Wee Chong Keong (Wansa Maju) yang menggelarkan diri mereka sebagai blok Bebas belum mampu membantu BN memiliki kuasa dua pertiga.



Kalau mengikut ayunan sejarah pilihan raya di negara ini sejak merdeka, BN akan bangkit semula selepas lemah. Misalnya pada PRU-8 (1990) BN kehilangan Kelantan.



Namun pada PRU-9, BN bangkit semula biar pun gagal dalam misi merampas semula Kelantan. Kemudian pada PRU-10 (1999) menyaksikan BN merosot ekoran gelombang reformasi.



Namun pada PRU-11 (2004) BN bingkas semula dengan kedudukan paling selesa dalam sejarah pilihan raya. BN mendapat undi popular sehingga 90 peratus. Ketika itu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai jentera BN.



Apakah sebenarnya faktor menyebabkan kedudukan BN paling selesa pada pilihan raya tersebut. Selain momokan ’Mr Clean’ yang disinonimkan dengan Pak Lah, namun faktor persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003 turut menjadi penyumbang penting.



Di bawah Perkara 113(2), Perlembagaan Persekutuan tanggungjawab bagi menjalankan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri diberikan kepada SPR.



Persempadanan hanya boleh dibuat setelah tamat tempoh lapan tahun selepas selesai kajian semula persempadanan sebelum itu.



Prinsip mengagihkan wajaran di kawasan luar bandar dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, di mana variasi saiz (jumlah pemilih) di antara mana-mana dua kawasan haruslah tidak melebihi 15 peratus.



Sejak 1952 persempadanan semula dilakukan sebanyak lapan kali. Malangnya wajaran 15 peratus yang dipersetujui tidak digunakan selepas beberapa pindaan kepada Perlembagaan sejak 1973.



Persempadanan semula perlu disiapkan dalam tempoh dua tahun. Kali terakhir dibuat pada Mei 2003. Dan sepatutnya persempadanan dilaksanakan pada tahun 2011.



Dan sekiranya persempadanan menjadi kenyataan, kalau mengikut teori ayunan, BN akan bangkit semula pada PRU-13.



Namun, dengan kekurangan majoriti dua pertiga proses ke arah persempadanan semula kawasan pilihan raya masih tidak kedengaran.



Undi pos selamatkan Najib



Tanpa faktor itu BN tentunya lebih gundah bagi menghadapi PRU-13. Ini kerana faktor persempadananlah yang pernah memenangkan Dato’ Seri Najib Razak di parlimen Pekan Dalam pilihan raya 1999.



Ketika itu beliau menang dengan majoriti hanya 241 undi. Sedangkan di Pekan ada 2,400undi pos.



Kemudian pada persempadanan semula 2003, Kem Batu 10, Kuantan dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Pekan.



Maka tidak salah kalau dikatakan undi pos menjadi penyelamat karier politik Najib di Pekan, Mustapa di Jeli dan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang.



Bagi mendepani isu berkenaan, Pakatan Rakyat seperti tidak banyak pilihan. Kalau dalam isu saman ekor ada NGO yang dikenali sebagai KASE, manakala bagi menentang ISA atau GMI.



Isu undi pos perlu ditangani secara berterusan. Gerakan kesedaran bagi mendedahkan keburukan sistem pengundian tersebut perlu dijaja dari mulut ke mulut. Natijahnya bagi memastikan mereka yang mengundi akhirnya menjadi malu, kerana tanpa sedar mereka merosakkan demokrasi.



Biar pun ada sedikit ruang membolehkan wakil calon yang bertanding memasuki kawasan kem, namun mereka hanya mampu memerhati dari jarak jauh. Alasan pegawai tentera bertugas, kem merupakan kawasan keselamatan.



Calon PAS di Dun Bukit Bunga, Jeli, Sufely Abdul Razak pernah mendakwa peti undi pos disimpan di dalam kem tanpa ada jaminan kawalan keselamatan selepas pengundian dijalankan.



Sekarang apa yang mampu diharapkan dengan sistem demokrasi alaMalaysia. Undi pos boleh menjadi penghalang impian Pakatan Rakyat menghayung langkah ke Putrajaya.



Sejak merdeka sehingga sekarang gelanggang pilihan raya dibina di lantai yang senget. Mangsanya pembangkang yang kini bernama Pakatan Rakyat. Akhirnya impian Pakatan hanya sekadar retorik sekiranya gelombang kesedaran rakyat masih di tahap lama.



pencacai-semalaysia


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Yuran Sekolah 1Malaysia : Menteri sudah hilang kuasa

Posted: 30 Dec 2010 08:00 PM PST

Oleh: ning

"Assalamualikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,

Sebagai rakyat 1Malaysia, ana cuma boleh mengeluh dan sudah bertahun tahun lamanya mengeluh kerana angkara yuran sekolah. Ingatkan ada perubahan besar akan berlaku tahun ini setelah mendengar amaran menteri pelajaran yang mahukan sekolah sekolah tidak mengenakan yuran tambahan yang membebankan rakyat tetapi kecewa sungguh ketika mendaftarkan anak untuk ke tahun satu kelmarin.

Kecewa kerana terdapat beberapa item yang dikenakan bayaran yang pada hemat ana tidak perlu dan patut dimansuhkan terus dari senarai item berbayar.Fail peribadi dikenakan bayaran RM4-00, name tag juga RM4-00 serta beberapa item lain yang boleh dimansuhkan bagi mengurangkan beban ibu pada malah bayaran PIBG sebanyak RM10-00 untuk satu keluarga juga tidak perlu sama sekali.

Bayaran buku kerja dan buku tulis  juga masih tinggi di mana masih ada ruang untuk dikurangkan sesuai dengan slogan kerajaan "rakyat didahulukan".Di mana suara dan mandat menteri pelajaran seandainya pihak sekolah tidak langsung mengendahkan amarannya?Dan di mana menteri pelajaran ketika sekolah masih lagi mengenakan yuran yang masih tinggi kepada rakyat pada ketika tanggungjawab penuh untuk menyediakan pendidikan kepada warganegara yang membayar cukai sepatutnya dipikul oleh kerajaan?

Kenapa rakyat perlu membayar sedangkan sepatutnya pendidikan dinikmati secara percuma serta kenapa perlu PIBG mencari dana mereka sendiri menerusi perahan wang rakyat sedangkan kerajaan yang perlu menjalankan tugas membantu sekolah  dari semua aspek termasuk kewangan?

Rasanya menteri pelajaran sudah tidak lagi berkuasa dan sudah tidak lagi mampu menguruskan pendidikan rakyat menurut kefahaman umum sistem bernegara.Menteri ini turut mewakili kerajaan 1Malaysia yang juga sudah tidak mampu menguruskan keperluan rakyat keseluruhannya.Sebab itu menteri pelajaran yang juga TPM didengari berkata, Malaysia akan bangkrap sekiranya gaji kakitangan awam dinaikan sebanyak RM500-00.Ini menggambarkan menteliti seorang yang tidak layak memimpin negara kerana kegagalan untuk menguruskan wang rakyat dengan baik.

Bercakap mengenai kelayakan menguruskan negara, secara umumnya kesemua menteri dan kuncu kuncunya yang ada hanya bijak tentang satu perkara, ia itu bagaimana untuk mengambil wang yang ada dalam kocek rakyat tetapi langsung tidak tahu bagaimana mahu membelanjakan wang tersebut bagi faedah rakyat.Yang mereka tahu ialah membahagikan wang yang dicuri dari kocek rakyat sesama mereka sehingga ditubuhkan PERMATA atas alasan pendidikan, ditubuhkan tabung 1Malaysia atas nama kebajikan rakyat dan berbagai bagai NGO serta agensi lagi.

Selain itu, para menteri dan kuncu kuncu mereka berlibur dan bergembira sambil terus menipu rakyat dengan slogan seperti negara akan bangkrap kalau terus subsidi diberi kepada rakyat, negara juga akan bangkrap kalau kaji kakitangan awam dinaikan.Produktiviti kerajaan sudah menghampiri kosong bilamana tiada langsung peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan rakyat yang keluar dari IPT disediakan oleh kerajaan malah ada forecast yang menyebut jawatan doktor akan penuh menjelang 2013(kalau tak silap) di mana kalau forecast ini tepat, bermakna pada tahun 2013 kita akan melihat ada graduan doktor akan mengganggur seperti ramai jurutera dan arkitek sekarang. 

Inilah tipikal para menteri 1Malaysia sekarang sehingga satu demi satu pembongkaran mengenai perangai buruk mereka terdedah.Terbaru terdedahnya kisah menteri yang perkosa amahnya pada ketika dihebohkan tuduhan perzinaan ADUN Selising yang tidak diketahui hujung pangkalnya.Akhbar pengampu kerajaan pula sibuk dengan kes liwat DSAI sedangkan kes pembunuhan Altantuya dan perkosaan amah oleh menteri semacam tidak dibaca mereka.

Tipikal para menteri ini boleh disimpulkan dengan yuran sekolah yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dan tidak sedikitpun mampu meringankan beban rakyat.Wajarkah kerajaan sebegini dikekalkan?

"


TKO

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Islam Tentukan Adab Sambut Tahun Baru

Posted: 30 Dec 2010 05:00 PM PST



BERASASKAN peredaran bulan dan matahari

manusia mencipta kalendar Hijriah dan Masehi. Bagaimanapun, kalendar Masehi

lebih banyak digunakan dalam pelbagai urusan, manakala kalendar Hijriah

sesekali saja dan itu pun untuk tujuan keagamaan.





Apa pun, kedua-dua sistem kalendar itu atas ketentuan Allah. Ayat 5, surah

Yunus bermaksud: *Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan

bulan bercahaya. Dialah yang menentukan perjalanan setiap satu itu (berpindah-randah)

pada tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan

tahun dan kiraan masa....*




Rasulullah menetapkan umat Islam mesti mengikut peredaran bulan bagi

menentukan bulan dan tahun mereka, bukannya peredaran matahari. Ia

bertepatan dengan sabda baginda yang menjelaskan setiap bulan sama ada 29

atau 30 hari.




Jika mengikut kalendar Masihi, kita kini berada di tahun baru. Bagi manusia

yang waras, ketibaan tahun baru ini sudah tentu menjadi satu kebanggaan,

tidak kira mereka hamba yang taat, suka melakukan maksiat, kufur terhadap

Allah atau langsung tidak mempunyai ideologi.




Kebanggaan ini dapat dilihat apabila pelbagai acara sambutan diadakan dan

dalam kepelbagaian acara ini, ada yang menjurus kepada keredaan Allah dan

tidak kurang pula terjebak dengan unsur maksiat.



Hamba yang takut terhadap Allah menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan dan

menyesal atas kesilapan tahun lalu, malah berazam untuk tidak melakukannya

lagi. Mereka juga istiqamah pada landasan pengabdian.




Mereka yang lalai lazimnya menyambut kedatangan tahun baru dengan pesta yang

boleh mendatangkan unsur syirik dan maksiat. Golongan ini, sama ada dalam

keadaan sedar atau tidak memekik seperti dirasuk.




Kepelbagaian acara sambutan tahun baru menyebabkan sesetengah masyarakat

keliru, yang mana berunsurkan Islam, kebaratan dan langsung menyimpang

daripada sebarang ajaran agama di dunia?



Dalam hal ini, Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof

Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata walau apa pun cara sambutan ia

perlu diawasi supaya tidak terkeluar daripada adab keislaman.




Menurutnya, semua masyarakat perlu menyambut tahun baru dengan penuh

keinsafan, melihat kembali apa yang dilakukan setahun lalu dan cuba berfikir

mengenainya supaya menjadi pengajaran dalam menjalani kehidupan.




*Menyambutnya bukan dengan memekik dan melolong. Kita kena bersyukur dan

bermunajat, iaitu berdoa supaya mendapat kebaikan pada tahun baru,* katanya,

sambil menambah, tiada tegahan dalam Islam terhadap acara menyambut tahun

baru masehi, malah mengiktirafkannya.




*Benda macam itu, tiada masalah. Tidak semestinya kena solat hajat. Cuma

acara sambutan itu hendaklah ada batasannya,* katanya.




Dr Mahmood Zuhdi berkata, sambutan yang dihiasi dengan pekikan dan sorakan

berlebih-lebihan sehingga melalaikan bukan saja dari sudut ajaran Islam,

malah langsung tidak disebut dalam agama lain, termasuk Kristian.




*Sambutan seperti itu cara orang terpesong daripada agama. Kristian sendiri

ada caranya. Aliran macam itu terjadi disebabkan arus pemodenan. Tamadun

Barat sendiri, mereka tinggal agama,* katanya.




Katanya, walaupun hampir keseluruhan orang Barat menganuti

Kristian,kebanyakannya memisahkan agama itu daripada kehidupan mereka, malah

memperlekehkannya. Justeru, menurutnya, tidak wajar umat Islam di negara ini

meniru cara orang Barat khusus mengenai cara sambutan tahun baru, kerana

cara mereka itu sendiri terkeluar dari ajaran agama mereka. Dari satu sudut

kedatangan tahun baru secara langsung membawa makna usia seseorang itu

semakin meningkat dan jangka hayat semakin pendek, menunjukkan kita semakin

hampir dengan maut. Walau apa pun aspek ini jarang diambil peduli, melainkan

golongan muqarrabin (hamba mendampingi Allah).




Kedatangan tahun baru Masehi ini juga diharap melakarkan detik sejarah yang

menggembirakan, bukan lagi peristiwa pahit dengan pelbagai tragedi memilukan

seperti tahun lalu yang tidak henti-henti mengejutkan masyarakat. Dalam

mengimpikan lakaran manis ini, tekad dan usaha semestinya


dipertingkatkan. Kejayaan sekali-kali tidak datang bergolek. Begitu juga

dengan kebaikan, tanpa azam dan pegangan kukuh pada nilai murni tidak dapat

dicapai.



Bagi mencorakkan perjalanan hidup sepanjang tahun ini, asas utama perlu

ditekankan ialah tujuan hidup, iaitu semata-mata untuk beribadah, bukan

untuk berseronok atau sebarang kepentingan lain.


Ini sesuai dengan kejadian manusia seperti dihuraikan Allah melalui sepotong

ayat daripada surah al-Dzariyat yang bermaksud: "Tidak Aku jadikan jin dan

manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku." Merujuk kepada maksud ayat itu,

kehidupan manusia tidak lain bertujuan beribadah pada Allah. Pengertian

ibadah itu bukan dalam konteks sempit, setakat solat dan puasa, malah meluas

sesuai dengan ungkapan *Islam adalah cara hidup.*



Ibadah yang sempurna lahir apabila akidah betul, iaitu mengesakan Allah dan

mentaati syariat dibawa Rasulullah. Ini membawa makna ibadah yang dilakukan

dengan tidak menetapi kehendak itu sia-sia. Justeru, apabila tindak-tanduk

menyimpang dari asas utama itu kehidupan seseorang itu menjadi sia-sia dan

tiada makna, walaupun bersama-sama orang lain melangkah ke tahun baru dan

mendapat limpahan kesenangan duniawi.



Cabaran dan dugaan menunggu di depan, sama ada dalam rupa keseronokan atau

kesedihan dan kesenangan atau kealpaan. Tiada yang mengetahui, selain Allah.

Bagi menghadapinya, kita perlu muhasabah diri dan seboleh-bolehnya melakukan

yang terbaik setiap hari.



Umat Islam juga harus menjadikan tahun baru ini sebagai titik tolak untuk

memperelokkan akhlak, dengan mencontohi peribadi Rasulullah. Baginda contoh

terbaik, sehingga diiktirafkan melalui firman Allah, bermaksud: "Sesungguhnya

engkau (wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang paling mulia." (Al-Rum:4)

Saidatina Aisyah apabila ditanya mengenai akhlak Rasulullah, berkata: "Akhlak

baginda itu adalah al-Quran".



Aspek ini merangkumi terhadap Pencipta seperti cinta, taat atau patuh yang

tidak terkira, malah bersifat sabar, reda, syukur, takwa, wara', zuhud dan

ikhlas dalam setiap amalan. Sesama manusia perlu adil, jujur, suka menolong

dan tidak berdengki khianat supaya dengan asas ini dapat menikmati kehidupan

dalam harmoni sepanjang tahun.

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: