Khamis, 30 Disember 2010

Biaqpila

Biaqpila


Perlantikan Khusrin Langkah Pertama Umno-BN Rampas Selangor

Posted: 30 Dec 2010 02:00 PM PST


SHAH ALAM 30 DIS: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan mengulangi tindakan jahatnya merampas kuasa di Perak, apabila meletakkan dirinya sendiri sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor serta melantik seorang yang tidak layak menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) ke jawatan tersebut.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata dalam satu sidang media petang tadi di Shah Alam, perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK merupakan tindakan pertama Najib dalam usaha merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Tindakan melantik Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah diantara tindakan-tindakan yang pertama dilakukan oleh Najib untuk melaksanakan perancangan nak jatuhkan kerajaan negeri Selangor ini," dakwa beliau.

Tegasnya, ini merupakan satu petanda bahawa Umno di bawah pimpinan Najib akan menggunakan apa jua cara sekalipun untuk merampas kembali kuasa di Selangor.

"Ini merupakan satu petanda kepada kita bahawa Umno nak rampas kuasa kembali di negeri Selangor dengan apa jua cara sekalipun. Dia nak ulangi apa yang dilakukan di Perak," katanya.

Beliau menambah, perlantikan Khusrin adalah semata-mata untuk menimbulkan kekecohan hingga Dewan Undangan Negeri Selangor berjaya dibubarkan.

"Apabila didapati bahawa kerajaan-kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan mungkin tidak akan turut sama dalam pilihanraya yang akan diumumkan di peringkat federal kerana kita ada hak untuk kekal selama lima tahun, maka dia nak wujudkan satu suasana yang akan memaksa kerajaan negeri untuk bubar secepat mungkin lalu dia lantik seorang yang tidak layak menjadi setiausaha negeri sebagai setiausaha negeri," jelasnya.

Beliau turut mendakwa Umno telah mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam permainan politik sehingga sanggup melibatkan Sultan dalam perlantikan Khusrin.

"Seperti biasa, Umno-BN nak mencemar institusi kesultanan Melayu dengan mengheret masuk institusi Sultan dalam persoalan ini dan apabila mendapat restu daripada Sultan, maka digunakan kembali isu derhaka kepada Sultan dan sebagainya sekiranya kerajaan negeri Selangor menolak Khusrin sebagai calonnya," tegas beliau lagi.

Khalid seterusnya menjelaskan, tindakan kerajaan pusat merupakan satu tindakan yang membelakangkan rakyat negeri Selangor, kerajaan Selangor dan mencemar serta mencalar institusi kesultanan itu sendiri sambil memastikan segala perancangan kerajaan Selangor gagal dilaksanakan.

"Jahat dan buruknya sikap kerajaan pusat jelas terbukti melalui tindakan ini dan ianya tidak akan berhenti di situ, seperti mana yang disebutkan tadi, ianya merupakan tindakan awal untuk menentukan bahawa apa yang dikehendaki dan diusahakan oleh kerajaan negeri Selangor akan digagalkan," jelas beliau lagi.



tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Hamba Seks Guru Yoga Diselamatkan

Posted: 30 Dec 2010 04:00 AM PST

KUALA KUBU BARU: Seorang pengajar yoga berusia 54 tahun ditahan kerana didakwa menahan tiga gadis di rumahnya selama kira-kira sebulan sebagai hamba seks.

Lelaki tersebut ditahan selepas polis membuat serbuan pada petang Rabu, untuk menyelamatkan dua mangsa yang berusia 16 tahun manakala seorang lagi berusia 20 tahun.

Difahamkan, suspek telah merogol mangsa berulang kali, selain didera secara seksual.

Ketiga-tiga mangsa yang dilaporkan hilang sejak akhir November lalu juga dipercayai diikat dan dirantai pada katil di rumah berkenaan.

Suspek dikatakan telah menggoda mangsa untuk datang ke rumah tersebut sebelum dirogol.

Pasukan khas polis ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan selepas ibu bapa salah seorang mangsa, penoreh getah berusia 38 tahun membuat laporan polis pada 30 November lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah mengesahkan penahanan tersebut.

"Polis menjumpai dua paket dadah yang dipercayai syabu di rumah tersebut," katanya.

Turut dijumpai ialah alat permainan seks.

Tun Hisan memberitahu, suspek dikhendaki oleh polis dan mempunyai rekod jenayah.

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya.

mstar


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

FESYEN PAKAIAN KETUANAN MELAYU ALA UMCO

Posted: 30 Dec 2010 02:00 AM PST



Oleh: Krai Utara

Holla! macam dah biasa dah...kat negaraku ni kan, kau orang bukan tak penah tengok benda2 macam ni...cumanya mungkin kita tak penah amik pusing nak pikior benda2 camni, ala dah jenuh sangat jumpanya dari pepasor malam sampai la kat gedung-gedung berkualitas hi kelas gitu ya tak...kalau korang xnak ngaku jugak yang korang penah terserempak ngan adegan adegan panasss cam ni aku cabar la korang pegi je pasarmalam yang berada di kejiranan anda malam ni jugakkk...atau lepas baca entri ni korang terus capai wallet, amik kunci motor buruk korang tu dan pi laaa mana2 supermarket atau mall yang dekat ngan umah korang...PASTI, korang mesti uumpa aksi-aksi camni kan...tapi aksi ni lagi baaaaik punya la di bawa khas utk anda dari izyan dot cam heeee3 korang baca apo kato penulis tersebut yer...yang pompuan yang terbaca n3 ni dan tergolong lam saiz ni korang jangan marah aku pulak, tu si izyan yang kata ki3

petikan dari izyan dot com
Tak tahu lah nak kata apa dah kalau bab-bab fesyen ni. Ini adalah gambar yang diambil ketika ASK 2010 baru-baru ni. Nak dijadikan isu adalah pemakaian. Memang masa itu artis mempunyai fesyen tersendiri ketika datang. Tapi yang ni dibawanya emak kesayangan dengan fesyen yang berlainan yang sukar untuk dikomen. Hehe. Mungkin emak mereka ni 'open mind', sebab tu len macam jerk. Ni kalau emak penulis, penulis wat macam ini dah sah kena lempang pisang goreng hangus dah.

bulatdusun

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Umno pentingkan politik, ketepi rakyat

Posted: 29 Dec 2010 11:00 PM PST



Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor membuktikan bahawa Umno lebih pentingkan politik mereka dari menjaga kepentingan rakyat negeri itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) ketika diminta mengulas isu perlantikan itu berkata, semua orang yakin dan percaya bahawa kemasukan Khusrin tidak ada maksud lain melainkan untuk menggagalkan segala usaha yang dirancang oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.

Menurutnya, selain membelakangi semangat faderalisme, perlantikan itu juga merupakan percubaan Umno mensabotaj kerajaan negeri dalam usaha merampas kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut akan berlaku awal tahun hadapan.

"Perlantikan itu bukan sahaja tidak menghormati rakyat Selangor, malah nak sabotaj usaha kerajaan Pakatan Rakyat.

"Ini menunjukkan betapa tidak demokrasinya kerajaan BN yang telah mengancam faderalisme," katanya ketika ditemubual Harakahdaily.

Khusrin yang kini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

Beliau menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Perlantikan itu bagaimanapun dipertikai pihak kerajaan negeri yang mendakwa tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam pada itu, Khalid Samad yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam secara peribadi menasihatkan Khusrin agar menolak perlantikan tersebut jika beliau bermaruah.

Menerima jawatan itu katanya, hanya akan menjadikan diri beliau sebagai musuh rakyat negeri itu yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri.

"Islam ajar kita, macam kenduri lah, kalau orang tak jemput, tak payah la nak datang.

"Jadi kalau orang tak nak kat kita, tak payah la nak kedepan juga seperti, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," katanya sinis.

Khalid sebelum ini antara yang sering mempertikai tindakan Khusrin sebagai pengarah Jais khususnya dalam isu orang bukan Islam memasuki masjid yang pernah menghangatkan politik tanah air baru-baru ini.

Khusrin dakwanya dilihat berpihak kepada Umno BN dalam banyak tindakannya khususnya berkaitan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal agama di negeri itu.

Dalam isu orang bukan Islam memasuki masjid, Khalid mendakwa Khusrin bermati-matian mendakwa tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu salah, namun berdiam diri bila perkara sama berlaku kepada Umno BN.

"Saya rasa itulah sebab kenapa dia dilantik oleh Umno sebagai SUK walaupun dari segi kelayakan, dia tidak penuhi kreteria," katanya.

HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Saya bukan lesbian..

Posted: 29 Dec 2010 08:00 PM PST

Gambar 'panas' ini tersebar menyebabkan pengacara 8TV Quickly tercalar

Saya tidak hairan dan pelik jika hal ini terjadi kepada orang bukan Islam tetapi saya geram jika ada Melayu yang mengaku Islam secara terang-terangan mengaku gay/lesbian malah berani dan bangga dengan slogan, "Saya gay, saya ok". Mungkinkan mereka ini mewaris perangai umat Nabi Lut???

Saya petik:

[Mstar] PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, (gambar) menolak tuduhan kononnya dia mengamalkan hubungan sejenis lesbian berikutan penyebaran gambarnya sedang bercium dengan seorang wanita di internet.

Mengaku wanita dalam gambar tersebut adalah dirinya, pengacara 8TV Quicky itu malu dengan penyebaran gambar tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

"Saya dapat tahu tentang gambar itu daripada rakan saya, Qi dan tak tahu siapa yang menyebarnya.

"Apa-apa pun diakui itu adalah saya dan gambar tersebut diambil ketika di zaman sekolah. Ia berlaku secara tidak langsung dan suka-suka sahaja bersama kawan-kawan wanita saya. Di sini saya ingin menegaskan yang saya bukan lesbian.

"Kerana gambar itu juga, saya sudah dicop sebagai wanita lesbian dan ramai wanita lesbian yang mula menghantar SMS kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Julie, dia kesal dengan perlakuannya itu dan ia sebagai peringatan untuknya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

"Saya pun tak tahu apa yang saya fikirkan ketika perkara itu berlaku kerana ia agak melampau walaupun ia sekadar suka-suka sahaja.

"Perkara itu membuatkan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang baik dari segi pemakaian, percakapan serta cara pengambilan gambar kerana sebagai seorang selebriti, masyarakat akan melihat baik buruk saya," jelasnya.

Sementara itu, Julie yang telah putus cinta dengan pelakon Blogger Boy, Qi atau Qushairi Razali, pada Mei lalu kini masih lagi belum menemui cintanya.

Katanya dia kini ingin fokus dengan karier pengacaraannya dan pada tahun depan, Julie akan aktif berlakon semula.

"Saya ada keluar dengan seseorang tetapi belum ke tahap serius lagi. Tapi saya masih berkawan baik dengan Qi. Tambah pula kami merupakan rakan perniagaan bagi syarikat kami, Popcorn Studio bersama seorang lagi rakan kongsi lain.

"Memang ada beberapa isu yang membuatkan kami tidak boleh bersama tapi kami mempunyai keserasian dalam berkawan," katanya.



kafesantai

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Terima Kasih Khairul Fahmi Kerana Kembalikan Keseksian Bola Sepak Malaysia

Posted: 29 Dec 2010 05:00 PM PST



KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.



Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan 'Support Timnas', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.



Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.



Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.






Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.



"Terima kasih kerana mengembalikan 'keseksian' dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.



Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.



Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi Facebook.



Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat hit 17,000 "Like" dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa perlawanan.



Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol.



Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya, @rioferdy5.



"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus," katanya.



Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta 'tweeters', ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat Malaysia mempunyai 'friends' Facebook paling ramai dengan purata 230 setiap pengguna.



-- BERNAMA



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: