Khamis, 23 Disember 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tindakan Selangor halang guna logo 1 Malaysia canggah Perlembagaan?

Posted: 23 Dec 2010 08:46 AM PST

Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim larangan penggunaan logo 1 Malaysia di Selangor adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, Beliau berkata kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Dan beliau menegaskan lambang 1Malaysia itu bukanlah lambang parti politik.

Haaa.. korang tengok, bila sesuatu isu itu melibatkan kepentingan UMNO/BN maka mereka akan merujuk kepada perlembagaan.

Memang mengikut Perkara 10 di dalam Perlembagaan Persekutuan, kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan tapi adakah kita yang menyokong Pakatan Rakyat merasainya selama ini?


Apabila kita berkumpul secara aman dan tidak bersenjata, hak kita sering dinafikan oleh Polis yang menerima arahan dari kerajaan UMNO/BN.

Tapi yang aku musykil ialah bila Rais Yatim berkata larangan penggunaan logo 1 Malaysia di Selangor adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, sedangkan kalau korang baca Perkara 10 yang aku pastekan dibawah tak adalah pulak disebut menjadi kesalahan kalau menolak lambang 1Malaysia Najib tu..

Jika dikata tindakan Selangor itu bercanggah dengan kebenaran yang diberikan oleh perlembagaan iaitu "memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan".. sejak bila pulak 1Malaysia tu menjadi pertubuhan?

Jika lambang 1Malaysia itu dikatakan bukanlah lambang parti politik atau mewakili parti politik, habis tu lambang apa?


PERKARA 10. KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);

(a)tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
(b)semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata
(c)semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;

(2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:

(a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.


Berita Berkaitan..

Larangan Selangor guna logo 1 Malaysia canggah Perlembagaan

SANDAKAN, 23 Dis – Larangan penggunaan logo 1 Malaysia di Selangor adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Larangan itu adalah tidak sah dan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mungkin tidak memahami dan menyedari peruntukan yang terdapat di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kenduri Rakyat di Kampung Air dekat sini hari ini.

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan logo 1 Malaysia di papan iklan dan kain rentang yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor dan dipersetujuai pada mesyuarat Exco.

Rais berkata beliau mempertikaikan keputusan larangan itu kerana penggunaan lambang parti politik masih dibenarkan di negeri tersebut sedangkan lambang 1Malaysia bukan lambang parti politik.

Katanya kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor itu membuat keputusan tersebut kerana terasa terhimpit dan tidak mahu konsep 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diterima rakyat secara berleluasa di seluruh negara termasuk di negeri itu.

Beliau percaya rakyat khususnya di Selangor boleh membuat penilaian kepada keputusan itu dan Menteri Besar Selangor itu dan akan kecewa jika meneruskan larangan tersebut.

Rais berkata lambang 1 Malaysia tidak perlu dikhuatirkan oleh parti pembangkang kerana ia membawa kepada prinsip kenegaraan, penerimaan dan keadilan sosial kepada rakyat di negara ini serta mewujudkan perpaduan.


Bernama

Konvensyen PR: Apa yang dicapai, dan apa yang terlepas

Posted: 23 Dec 2010 06:25 AM PST


Konvensyen Pakatan Rakyat hujung minggu lalu telah berjaya mempersembahkan gabungan itu sebagai pesaing paling jelas kepada Barisan Nasional dan paling mampu menggantikan BN sebagai kerajaan pusat.

Buku jingga Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia yang diedarkan menyenaraikan program PR untuk dinilai, menegaskan persediaan PR untuk melaksanakan tugas sebagai pemerintah dengan lebih berkesan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan perasmian (Video ucapan sila lihat di SINI) telah menggariskan usaha kerjasama yang realistik dan cadangan praktikal meletakkan calon-calon yang bersih.


Kepentingan usaha itu dapat dilihat berdasarkan cabaran daripada kumpulan-kumpulan yang dianggap kuasa ketiga dalam politik Malaysia seperti Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) dan kumpulan seperti Hindraf.

MCLM dalam satu kenyataannya menegaskan pencalonan calon bersih, dan pada masa sama mahu bertanding di bawah tiket PR.

Berdasarkan perkembangan ini, PR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti perlu menyenaraikan calon-calon terbaik, yang sekiranya diletakkan bersebelahan calon-calon lain akan jelas kelebihan mereka, sekiranya PR tidak mahu kerusi mereka disaingi juga oleh pihak lain.

Buku jingga yang dikemukakan mungkin satu kelebihan, kerana berbanding kumpulan lain, PR telah memperincikan progam dengan jelas dan secara kolektif sebagai sebuah pakatan pilihan raya.

Satu perkembangan menarik ialah parti-parti PR, terutama PAS dan DAP telah menunjukkan kompromi dalam hal ideologi, melibatkan isu negara Islam.

Ini walau bagaimanapun tidak boleh dilihat sebagai satu kemuncak kerjasama parti-parti PR melainkan satu proses yang masih berjalan dan dirundingkan. Tawar-menawar dalam hal ini masih berjalan dan boleh berubah secara dramatik pada bila-bila masa.

PAS sama sekali tidak boleh membaca dengan berlebihan kenyataan Karpal Singh itu dan menganggap debat isu tersebut sebagai sudah selesai dan DAP menerima ide negara Islam PAS.

Apa yang berlaku hanya satu kompromi, dan menunjukkan PR ialah satu usaha sama parti-parti pembangkang dalam hal yang dipersetujui sahaja.

Ungkapan popular Putrajaya masih kedengaran, walaupun tidak sekerap sebelum ini. Dalam hal ini, kesepakatan dan program yang lebih terperinci yang dipersembahkan mungkin lebih mendalam dan berkesan serta menjanjikan berbanding ungkapan Putrajaya yang sudah terlalu banyak digunakan.

Ucapan-ucapan pemimpin, termasuk oleh Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan lebih kepada untuk menarik sorakan dan membina sentimen feel good tanpa menjelaskan sebarang isu baharu.

Lim mempromosikan lagi kerajaannya sebagai mengutamakan Melayu dengan mengemukakan satu daripada banyak data yang ada, yakni penganugerahan kontrak kerajaan (Video ucapan sila lihat di SINI). Isu-isu seperti tapak perniagaan di kawasan percutian, penggunaan bahasa Melayu dan banyak lagi isu kerajaan tempatan tidak disentuh.

Anwar pula menarik khalayak dengan isu Apco dan Israel, menumpukan perhatian terus kepada Umno dan Apco tanpa menjawab laporan kenyataan pemimpin Singapura Lee Kuan Yew mengenai dakwaan liwat terhadapnya (Video ucapan sila lihat di SINI).

Persembahan dramatik Anwar telah mengalihkan tumpuan konvensyen kepada Apco dan Umno.

Ucapan Karpal pada akhir konvensyen menjadi satu lagi ucapan menarik sorakan hadirin, dengan serangan peribadi terhadap bekas-bekas ahli PKR dengan kasar dan tidak bersopan, termasuk menggunakan perkataan "celaka."

Apa yang ingin disampaikan boleh dijelaskan dengan lebih berkesan tanpa sebarang usaha mensensasikan isu tersebut oleh Karpal.

DAP boleh dianggap sebagai pihak yang mendapat manfaat terbesar daripada konvensyen yang diadakan di negeri di bawah pentadbirannya itu.

Ketua Menteri Lim telah mengambil kesempatan memberikan sumbangan kepada rakyat negeri itu pada waktu rehat, selepas menyenaraikan kebaikan-kebaikan kerajaan negeri pada ucapan awal.

Ucapan presiden PAS mungkin yang paling tidak mendapat perhatian, kerana nada serius dan bersifat introspektif terhadap pakatan pembangkang itu, ketika sebahagian besar ahli dan penyokong PR masih menagih retorik-retorik, termasuk pujian-pujian dan kecaman terhadap musuh.

Budaya politik PR masih memerlukan penambahbaikan yang menyeluruh supaya tidak hanya mengulang dan meneruskan apa yang disaksikan selama ini.

PR tidak lagi boleh hanya menggunakan hujah ia lebih baik berbanding BN dalam semua perkara.

PR masih memerlukan maklum balas daripada rakyat berhubung buku jingga yang dikemukakan itu, kerana agenda tersebut bukan satu kitab suci yang perlu diterima semua rakyat Malaysia.

Tambahan pula, banyak perkara di dalamnya yang perlu diperincikan lagi dan ditegaskan, supaya tidak wujud tafsiran yang pelbagai.

Satu contoh ialah isu tempat ibadat yang sesuai untuk semua agama. Hal ini akan terdedah kepada pertikaian seperti yang telah berlaku di Shah Alam, Selangor.

Begitu juga dengan isu perumahan dan "satu keluarga, satu rumah." Berdasarkan penerusan sistem ekonomi neoliberal yang diterima oleh parti-parti PR, sukar untuk dijangka apa yang telah berlaku selama ini dikawal atau dihentikan di bawah kerajaan PR, kerana kuasa pendesak golongan kapitalis yang sering lebih berjaya berbanding rakyat biasa.

Isu ini melibatkan satu dasar yang sangat besar. Masa akan menentukan sama ada kerajaan PR benar-benar serius dengan janji ini.

Rakyat masih perlu menuntut janji sejak 2008 ditunaikan oleh PR. Agenda dalam buku jingga yang dilancarkan itu masih perlu kepada penambahbaikan, untuk benar-benar menjadikan agenda PR sekiranya berjaya memerintah negara akan memulihkan sistem sedia ada dan bukan hanya menukar pemain lain.

Dan yang lebih menuntut keikhlasan PR ialah usaha mencapai agenda-agenda tersebut walaupun tidak berjaya membentuk kerajaan pusat pada pilihan raya akan datang.


Posted by SiasahDaily

Harga Minyak : UMNO/BN menipu lagi..

Posted: 23 Dec 2010 05:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sering memberi alasan yang tidak rasional apabila mengambil keputusan untuk menaikkan harga minyak hingga mencetuskan kenaikan harga barang keperluan harian dan membebankan rakyat terbanyak.

Alasan yang diberi untuk merasionalkan kenaikan harga minyak ialah, ianya bukan kenaikan tetapi penyelarasan, mengelak penyeludupan minyak ke negara jiran, harga minyak lebih murah dari Singapura dan Thailand, subsidi minyak dihapuskan untuk kerajaan memajukan pengangkutan awam dan naik lima sen seliter sahaja.

Berikut cuba lihat perbandingan harga minyak antara Malaysia dan negara-negara pengeluar minyak dunia.


United Arab Emirates ~ RM1.22/liter

Bahrain ~ RM0.89/liter

Qatar ~ RM0.72/liter

Kuwait ~ RM0.69/liter

Libya ~ RM0.46/liter

Arab Saudi ~ RM0.39/liter

Iran ~ RM0.36/liter

Nigeria ~ RM0.33/liter

Turkmenistan ~ RM0.26/liter

Venezuela ~ RM0.16/liter

MALAYSIA (RON95) ~ RM1.90/liter

Jika BN terus memerintah negara, subsidi minyak, gas, tepung, gula dan barangan keperluan lain terpaksa dikurangkan bagi mengelak negara jatuh bankrap pada 2019. (sumber Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala).


Free Malaysia Today

Muhyiddin memang Bodoh rupanya..

Posted: 23 Dec 2010 03:54 AM PST

Sebelum ini dalam mengulas mengenai tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu Muhyiddin berkata "Dia (kerajaan Selangor) takut dengan logo 1 Malaysia yang sudah menjadi ikonik di kalangan rakyat Malaysia," sepenuhnya sila baca di (SINI)

Dia terlupa sebenarnya suatu masa dulu Petronas telah diarahkan menukar logonya yang kelihatan seperti lambing PAS atas arahan kerajaan UMNO/BN.

Rupa-rupanya bukan kerana Kerajaan Negeri Selangor gentar melihat popularity 1Malaysia itu tapi sudah termaktub dalam undang-undang kecil PBT bahawa mana-mana papan iklan gergasi dan bunting yang diluluskan PBT tidak boleh diletakkan mesej atau logo politik.

Apalah malang rakyat Malaysia mendapat Timbalan Perdana Menteri yang begitu bodoh, hinggakan tidak tahu tentang keujudan undang-undang sebegitu…

Ronnie: Undang-undang Kecil Larang Iklan Bermesej Politik

SHAH ALAM 23 DIS: Larangan penggunaan logo 1Malaysia bagi papan iklan dan bunting yang memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Selangor sudah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dua minggu lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, mesyuarat memutuskannya kerana logo tersebut mempunyai mesej politik memandangkan ia dilancarkan Barisan Nasional (BN).

"Dia keputusan Exco kerana Exco rasa itu satu simbol politik," katanya.


Menurutnya lagi sudah termaktub dalam undang-undang kecil PBT bahawa mana-mana papan iklan gergasi dan bunting yang diluluskan PBT tidak boleh diletakkan mesej atau logo politik.

"Memang tak boleh, memang dia ada undang-undang kecil untuk iklan, memang tak boleh buat iklan yang ada unsur politik selain daripada masa pilihanraya," jelasnya kepada Tv Selangor.

Beliau turut berkata, pemilik kedai serbaneka sepatutnya tahu berkenaan larangan ini kerana garis panduan telah dikeluarkan.

Kenyataan Ronnie ini, berikutan demonstrasi secara aman yang dilakukan di hadapan salah sebuah premis di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, bagi membantah tindakan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengeluarkan notis supaya menurunkan papan tanda kedai yang mempunyai logo 1Malaysia, semalam.

Kira-kira 100 orang berkumpul bersama pemimpin politik Umno-Barisan Nasional bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka kerana premis berkenaan sebelum ini telah mendapat lesen daripada pihak berwajib.

Menurut salah seorang rakan kongsi kedai berkenaan, K Thiyagarajan, berkata, pihaknya menerima notis arahan selama tujuh hari supaya menanggalkan logo 1Malaysia yang tertera di papan tanda mengikut arahan daripada Exco Selangor dan Ahli Majlis Daerah Kuala Langat.


TVS

WikiLeaks : Pak Lah tidur ketika Menterinya merogol?

Posted: 23 Dec 2010 03:28 AM PST

Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Pendedahan WikiLeaks berhubung kejadian rogol terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang Menteri Kabinet era mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat mampu menggugat hubungan Malaysia-Indonesia dan menjejaskan imej negara.

"Walaupun laporan WikiLeaks ini boleh diragui kesahihannya, namun sekiranya kejadian rogol ini benar-benar berlaku, ia akan memberi imej buruk kepada negara sekaligus mengugat hubungan Malaysia-Indonesia.

"Tambahan pula semenjak kebelakangan ini, begitu banyak kejadian-kejadian yang menyebabkan perselisihan faham rakyat antara kedua-dua negara berjiran ini," demikian menurut Naib Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha ketika dihubungi hari ini.


Beliau yang telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya tokoh wanita negara ini yang menduduki kerusi Timbalan Speaker turut memberitahu FMT, kejadian seperti ini haruslah ditangani dengan telus.

"Saya bukan mengulas tentang laporan ini tetapi secara umumnya, kita tidak boleh mengamalkan budaya yang membezakan layanan undang-undang terhadap orang kenamaan dan rakyat biasa.

"Walau siapa pun yang dituduh, ia perlu menjalani proses perundangan yang sama seperti orang lain dengan telus. Apatah lagi jika membabitkan seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin dan merupakan pemimpin di peringkat pembuat dasar," katanya lagi.

"Undang-undang sama untuk semua. Kalau tidak bagaimana kita hendak memastikan orang yang berpengaruh dan ada kedudukan ini lebih bertanggungjawab sekiranya mereka mendapat layanan yang istimewa apabila mereka melanggar undang-undang," katanya lagi.

Beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian seumpama ini dan tindakan undang-undang haruslah diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan dan pihak yang melindungi perbuatan seperti ini.

Penganiayaan terhadap wanita

"Kalaulah laporan WikiLeaks ini sahih, saya mengutuk sekeras-kerasnya dan tindakan undang-undang harus diambil terhadap sebarang kejadian penganiayaan terhadap wanita lebih-lebih lagi jenayah rogol dan termasuklah yang melindunginya," ujar beliau.

Sebelum ini dalam satu laporan blog Rocky Bru yang nama sebenarnya Ahirudin Atan hari ini menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri ketika era Abdullah menerajui pentadbiran kerajaan telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.

Menurutnya, kejadian tersebut turut diketahui oleh Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut.

Bagaimanapun menurut blog itu lagi, menteri terbabit hanya digugurkan sebagai menteri dalam satu rombakan kabinet yang dibuat oleh Abdullah tidak berapa lama selepas beliau mengetahui berita itu.

Beliau turut mencatatkan, pada masa ini menteri tersebut kembali aktif dari persaraannya apabila dilantik semula sebagai pengerusi sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk pula.

Rocky Bru yang juga terkenal sebagai blogger proUmno juga menjelaskan, cerita tersebut telah sampai ke pengetahuannya semenjak tiga tahun lalu namun hanya dapat disahkan apabila pendedahan dibuat oleh WikiLeaks baru-baru ini.

Susulan peristiwa yang berlaku pada tahun 2007 ini, ketika mangsa ditemuramah di kampungnya di Jawa Tengah pada Julai tahun yang sama, mangsa telah membuat pengakuan terhadap kejadian itu.

Akhirnya laporan kejadian yang berlaku ketika tempoh perkhidmatan mangsa tersebut bersama bekas menteri terbabit menjangkau lapan tahun telah dibuat dan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat, Indonesia dan juga Pejabat PM sendiri.

Menurut sebuah badan NGO pula, kejadian yang menimpa amah yang mempunyai dua orang anak itu turut diketahui oleh suaminya tetapi disebabkan perasaan takut dan malu, tiada usaha yang serius dijalankan untuk mendakwa menteri terbabit.


Free Malaysia Today

PR Selangor ketar melihat Polulariti 1Malaysia - Muhyiddin

Posted: 23 Dec 2010 02:55 AM PST

Tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu menggambarkan kegentaran pembangkang terhadap populariti gagasan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Ooooh.. patutlah dulu logo Petronas yang menyerupai lambang PAS diarahkan ditukar.. UMNO/BN dah takut melihat poluliriti PAS rupanya..


TPM: Pakatan Selangor gentar populariti 1 Malaysia

LAWAS, 23 Dis – Tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu menggambarkan kegentaran pembangkang terhadap populariti gagasan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri (gambar) berkata populariti 1 Malaysia yang dilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjadi semakin meluas dan diterima oleh rakyat Malaysia.

"Dia (kerajaan Selangor) takut dengan logo 1 Malaysia yang sudah menjadi ikonik di kalangan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di sini selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Lawas.


Muhyiddin berkata gagasan 1 Malaysia mempunyai tujuan murni antaranya untuk merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu dilaporkan berkata pengharaman penggunaan logo 1 Malaysia itu dibuat kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional.

Muhyiddin berkata pembangkang akan terus cuba untuk memutarbelitkan fakta tentang 1 Malaysia untuk terus mengelirukan rakyat biarpun kerajaan telah memberikan penjelasan berkenaan dengan konsep itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan pendedahan dua dokumen bagi membuktikan konsep 1 Malaysia tiada kaitan langsung dengan "One Israel" seperti didakwa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dokumen itu berupa surat penafian Apco Worldwide (APCO) mengenai pembabitannya dengan gagasan 1 Malaysia dan One Israel serta kenyataan bersumpah penasihat kanan kempen "One Israel" pada 1999, Robert M Shrum.

Salinan kedua-dua dokumen itu didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di lobi Parlimen semalam.


Bernama

Swasta kendali 6 juta saman ekor

Posted: 23 Dec 2010 02:43 AM PST

Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoal bentuk saman ekor yang baru dengan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta.

Katanya, dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, timbalan menteri pengangkutan menjelaskan, urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.

"Ia bukan dikendalikan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) atau polis. Betul kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan, (kerana) mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini.


"Tetapi syarikat ini akan mendapat habuan mereka daripada jumlah saman yang dikeluarkan," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu itu hari ini.

Menurut sistem ini, AES - sistem penggunaan kamera - akan mengambil gambar kenderaan yang melakukan kesalahan, memprosesnya dan kemudiannya mengeluar dan menghantar saman kepada pesalah trafik.

Mahfuz berkata enam juta saman yang dikeluarkan, seperti disebut dalam parlimen baru-baru ini, sejumlah 35 peratus hasilnya akan diperolehi oleh kedua-dua syarikat tersebut.

"Itu baru enam juta saman, (berapa) kalau 10 hingga 14 juta saman. Maknanya, saya tidak nampak bagaimana hendak mendidik rakyat (untuk) mencapai 'zero' saman.

"(Maknanya) saman mesti kena ada, kalau tidak, syarikat itu akan rugi lah. Dia pasang kamera, tapi tak dapat habuan untuk dia (syarikat itu)," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan kontrak pengendalian kepada Beta Tegap dan Commercial Circle sebelum pindaan RUU itu diluluskan.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS, turut mempertikaikan masalah saman ekor yang dikekalkan dalam pindaan undang-undang itu terutama sekali kepada pesalah trafik yang telah disenaraihitam.

"Walaupun mahkamah memutuskan tidak boleh disenaraihitam, tetapi akta ini, masih mengekalkan penyenaraihitam," katanya sambil mendakwa amalan itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan berhubung kebebasan menggunakan harta milik sendiri.


Malaysiakini

Price Hike III - what is going on? BN must explain

Posted: 22 Dec 2010 10:49 PM PST

Written by Tony Pua

The proposed 20 sen increase in beverage prices by the Kuala Lumpur & Selangor Coffee Shop Association in 2011 debunks the Prime Minister's claim that the Government's cut in subsidies will have "minimal impact" on households in Malaysia
In July, the Government launched a surprise "5-in-1" price hike programme, raising the prices of RON95 and RON97 petrol, diesel, white sugar and liquified petroluem gas (LPG) including cooking gas cyclinders by at least 2.8% and as much as 15.2%.

Then on 3 December 2010, less than 5 months later, another series of hikes is announced - the price of RON95 will increase by five sen to RM1.90 per litre, diesel by five sen per litre to RM1.80 and liquefied petroleum gas (LPG) by five sen to RM1.90 per kg. Sugar will also cost 20 sen more at RM2.10 per kg.

In fact for white sugar prices, inclusive of a 20 sen hike in January on top of the 25 sen and 20 sen hike in July and December, prices have increased by more than 55% this year alone.

The Prime Minister, Datuk Seri Najib Abdul Razak had in July claimed that the price increases will have "minimal impact" on households in Malaysia. This is further reiterated by the Minister in Prime Minister's Department and CEO of Pemandu, Datuk Seri Idris Jala more recently on 4 December via its Subsidy Rationalisation Factsheet that the 2nd round of price hikes "will result in minimal impact to consumers".


In July, Pemandu "demonstrated" that the new teh tarik price taking into the impact of subsidy reduction of fuel and upward price adjustment would be around RM1.0155, or an increase of less than 2 sen in full page advertisements across all major mainstream newspapers.

After the December hikes, the new Subsidy Rationalisation Factsheet1 rationalised that a glass of "teh tarik" and "kopi susu" costing RM1.20 is expected to increase in price by 0.8 sen and hence will not cost more than RM1.21 or a tiny 0.83% hike in prices. (The fact sheet actually says 0.6% increase for "teh tarik" and 0.5% for "kopi susu" – somebody in Pemandu failed their mathematics).

Firstly, there is a clear contradiction in "teh tarik" prices between the fact sheet issued in July which was only RM1.00 as compared to the new base price of RM1.20 in the December fact sheet. The 20% "mysterious" 20% increase in the base price between July and December remains unexplained.

Secondly, and more importantly, Barisan Nasional and Pemandu lives in a parallel imaginary universe of price hikes involving increases of 1.55 sen or even 1 sen. I had issued a statement in July arguing that Pemandu should be "commended" for the audacity to publish such numbers which are at best applicable only in a fictitious and theoretical universe, and at worse, showing the complete lack of understanding of real world market dynamics on the price of goods and services.

And to prove my point, it was reported yesterday in all major Chinese newspapers that the Kuala Lumpur & Selangor Coffee Shop Association has announced the proposal to increase all beverage prices by 20 sen starting 1st January 2011. "Kopi susu" and "teh susu" prices will be increased from RM1.20 to RM1.40 translating to a massive 16.7% increase in prices!

Even the price of everyone's coffee shop favourite "herbal tea" will be increased from RM1.10 to RM1.30 or a hike of more than 18%. And Pemandu had the audacity to claim that "herbal tea" prices will only increase from RM1.00 to RM1.012 or just a 1.2% increase!

In fact, out of the 70 everyday food and drink items listed on the Subsidy Rationalisation fact sheet, no item is expected to increase by more than 1.9% after the most recent round of price hikes!

The Star has also reported on 20th December that evaporated milk and sweetened creamer is also expected to increase by 30 sen next year, after a 5 sen and 10 sen increase in April and October this year, marking an overall increase of up to 20% within a year.

What is perhaps most embarrassing is for the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Deputy Minister, Datuk Tan Lian Hoe to argue that a 10 sen increase in beverage prices "will be more reasonable". A 10 sen increase will still result in a 8.3% increase for the price of "teh tarik" and "kopi susu", 10 times higher than the 0.83% increase claimed by Pemandu. If the BN government even believes in its own policies, Datuk Tan Lian Hoe should openly insist that only a 1 sen increase is justifiable.

The government should instead stop spewing these ridiculous and out-of-these-world hypothetical data which demonstrate at best its sheer incompetence and irrelevance, or worst, its blatant attempts at misleading the rakyat with preposterous falsehoods in order to justify the continued price increases. We are disappointed that the BN government has prioritise its "subsidy rationalisation" efforts on items which will worsen the living conditions for the man-on-the-street, but has not lifted a finger to "rationalise" the more substantial RM8 – 10 billion of subsidies given to independent power producers who are already making billions of ringgit in profits annually despite repeated promises to do so.

The above makes a complete mockery of the Prime Minister's slogan of "people first", for it demonstrates that the people's interest don't come first under the BN government, but instead the people's subsidies get cut first.

WikiLeaks dakwa bekas Menteri ROGOL amah

Posted: 22 Dec 2010 09:52 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 Dis: WikiLeaks bukan sahaja menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara dari politik.

Penulis bebas sebuah akhbar pro Umno, Rocky's Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Atan , menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.


Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.

HarakahDaily

PR lebih bahaya daripada BN - Perkasa

Posted: 22 Dec 2010 09:23 PM PST

"Mereka (pemimpin PR) berjanji akan buat macam-macam perubahan sekiranya diberi peluang memerintah selama 100 hari, mereka kata boleh rombak dasar-dasar dan tidak keterlaluan saya katakan negara akan menjadi 'padang jarak padang tekukur' nanti," katanya.

Kah.. kah.. kah.. nampak sangat dia bercakap tapi tak tahu apa yang dia cakapkan.. Dasar apa yang kalau dirombak akan menjadikan negara padang jarak padang terkukur Pak Brahim?


Pakatan lebih bahaya daripada BN: Perkasa

KOTA BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih berbahaya berbanding Barisan Nasional (BN), sekiranya diberi peluang memerintah negara kerana pemimpinnya menunjukkan reaksi awal akan mengubah dasar dalam Perlembagaan.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, membuat pandangan berkenaan dengan merujuk kepada perkembangan terbaru PR, termasuk kenyataan yang dikeluarkan sepanjang tempoh Konvensyen PR kali kedua, baru-baru ini.

Menurutnya, dasar-dasar kebangsaan dipertahankan sejak negara mencapai kemerdekaan akan runtuh sekiranya pemimpin daripada PR mendapat kuasa.


"Pemimpin Parti Keadilan Rakyat membawa fahaman Pluralisme yang menekankan kesamarataan, tidak mustahil semua bangsa akan menjadi bangsa resmi dan semua agama akan menjadi agama resmi negara suatu masa nanti.

"Mereka (pemimpin PR) berjanji akan buat macam-macam perubahan sekiranya diberi peluang memerintah selama 100 hari, mereka kata boleh rombak dasar-dasar dan tidak keterlaluan saya katakan negara akan menjadi 'padang jarak padang tekukur' nanti," katanya.

Ibrahim berkata, hasrat menghapuskan ISA juga berbahaya kerana ia akan menyebabkan tunjuk perasaan berleluasa serta menyemarakkan isu perkauman.

Beliau berkata demikian kepada media sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, tengah hari semalam, selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Ampang Puteri, sejak dua bulan lalu.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu disambut kira-kira 1,000 penyokongnya dari seluruh Kelantan.


Sinar Harian

Tuduhan Berzina : Dedahkan Bukti kalau ada - ADUN Selising

Posted: 22 Dec 2010 09:08 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti jika ada kononnya beliau pernah ditangkap 'berzina' dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

"Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.


"Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.

"Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.

"Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti)," ujarnya kepada The Malaysian Insider.

Pada 8 Mac 2008, Saipul Bahrin menewaskan calon Umno-BN Hashim Ismail dengan kelebihan 783 undi.

Naib Yang Dipertua PAS kawasan Pasir Puteh itu berkata, iltizam politik Umno memfitnahnya mungkin disebabkan tapak sokongan parti teras Barisan Nasional itu sejak kebelakangan ini kian rapuh apabila ahli dan penyokong mereka menyertai PAS dan menyokong Pakatan Rakyat.

"Banyak sebab mungkin mendesak mereka mahu menjatuhkan saya, (antaranya) sebelum saya ke Mekah, dua tiga orang PPM (Penyelia Pembangunan Mukim) yang dilantik Umno terbuka hati untuk meninggalkan Umno dan menyokong PAS.

"Lebih 100 ahli Umno di Selising bersama bekas ketua pemuda Umno (Selising) menyertai PAS sebelum saya ke Mekah, dua tiga hari ini saya diberitahu (bahawa) beberapa PPM dan pemimpin Umno tempatan menyerahkan borang sertai PAS," ujarnya lagi.

Bahkan katanya, fitnah yang dihadapinya itu mungkin disebabkan krisis dalaman dalam Umno Bahagian Pasir Puteh sendiri.

"Umno (cawangan) Selising sendiri mungkin resah dan melenting apabila pemimpin masyarakat tempatan menolak perjuangan Umno sehingga mereka terpaksa import pemimpin luar (bahagian Umno) Pasir Puteh untuk menjadi ketua bahagian dengan beberapa pindaan perlembagaan (Umno peringkat bahagian)," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan turut senada dengan Saipul Bahrin mencabar Umno negeri dan pusat supaya mengemukakan bukti tanpa menyebarkan fitnah.

"Umno tak habis-habis fitnah PAS, kemukanlah bukti jangan sekadar buat dakwaan 'kosong'," ujar Fadzli yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Kata Adun Temangan ini lagi, tindakan Umno itu adalah strategi mahu membunuh imej pemimpin-pemimpin PAS setelah mereka percaya bahawa ideologi perkauman parti mereka tidak mampu mengalahkan ideologi Islam yang dipopularkan PAS.

"Itulah strategi Umno, termasuk membunuh karakter individu dalam PAS kerana mereka tak boleh nak lawan ideologi kita, maka mereka pilih jalan fitnah untuk memburukkan wakil rakyat kita (PAS) dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sendiri," katanya.

Melihat pada tindak tanduk tersebut, kata beliau, PAS negeri sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pengendali Umno Online dan beberapa pihak yang akan dinamakan kemudian jika wajar.

"Kita sedang meneliti beberapa pendedahan itu, kalau ada asas untuk dibuat pendakwaan kepada (pengendali) blog Umno itu, kita akan umumkan kemudian... nama-nama yang lain pun akan diumumkan kemudian selepas kita mengenal pasti mereka yang terlibat," ujarnya.

Kelmarin, Umno Online turut melaporkan pengakuan saksi utama kes skandal tersebut iaitu Saidi Husin yang kini kononnya menjadi isu kontroversi dalam dunia blog, Youtube dan Facebook.

Saidi, lapor portal rasmi itu merupakan Ketua Keselamatan PAS Semarak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-Pondok Negeri Kelantan sebelum meninggalkan PAS.

Blog itu turut mendesak Saipul Bahrin supaya tidak berdiam diri dan mengambil tanggungjawab menjelaskan isu skandal kontroversi tersebut.

Namun, laporan tersebut tidak mendedahkan klip video, gambar atau laporan bertanggungjawab mengenai skandal tersebut.


The Malaysian Insider

Khairy Perli Najib?

Posted: 22 Dec 2010 10:20 AM PST

Ditujukan kepada siapakah sebenarnya ayat Ketua Pemuda UMNO ini?

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.

"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.

"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya.


Mengenai kes tuduhan liwat keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim, ianya masih sedang dalam perbicaraan jadi mana mungkin ianya digunakan oleh pihak luar untuk mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengikut telunjuk mereka..

Tapi… ayat ini "Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita." mengingatkan aku kepada perjanjian pertukaran tanah membabitkan tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura yang telah dimeterai oleh Najib dan Lee Hsien Loong di Republik itu pada 20 September yang lalu.

Yang kemudiannya kedua-dua pemimpin menguar-uarkan kononnya perjanjian itu sebagai kejayaan besar dan pembaikkan keatas "Point Of Agreement (POA)" dan ianya adalah "win-win situation" padahal yang jelas kelihatan sebagai pemenang ialah Singapura..

Cuba baca implikasi perjanjian tersebut yang telah dicatat oleh A.Kadir Jasin dibawah

1. Dulu tanah KTM di Singapura adalah milik penuh dan mutlak Malaysia, walaupun kegunaannya terhad kepada operasi kereta api dan kekal hak Malaysia selagi operasi kereta api berjalan;

2. Sekarang tiga keping tanah KTM telah ditukarkan dengan sembilan keping tanah lain dan operasi kereta api akhirnya akan ditamatkan;

3. Menurut kenyataan bersama Mohd Najib-Lee Hsien Loong yang saya baca dari laman web kerajaan Singapura, bidang-bidang tanah gantian serta deskripsinya adalah seperti berikut:-

(A) Empat bidang tanah di Marina South dikenali sebagai TS30-361T, TS30-362A, TS30-363K dan TS30-364N serta dua bidang di Ophir-Rochor dicamkan sebagai TS13-1115N dan TS13- 1116X sebagai ganti kepada tiga keping tanah KTM di bawah Point of Agreement (POA) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah yang dikenali sebagai Lot 76-2 Mk 16, Lot 249pt Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16);

(B) Empat keping tanah di Marina South itu terletak di tengah-tengah gugusan (cluster) kewangan dan perniagaan bagi Marina Bay manakala dua di Ophir-Rochor terletak di kawasan bersejarah Kampong Glam (Kampong Glam Historic District) yang berupa koridor baru pembangunan yang sedang dimajukan sebagai sambungan kepada Daerah Perdagangan Pusat (Central Business District); dan

(C) (Sembilan) Keping tanah di Marina South dan Ophir-Rochor (itu) akan diamanahkan kepada M-S Pte Ltd untuk dibangunkan secara usaha sama apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengosongkan Stesen Tanjong Pagar. Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands ("WTCP") menjelang 1 Julai 2011 bilamana Malaysia akan memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantinnya ("CIQ") di WTCP.

4. Tanah gantian itu akan dimajukan oleh syarikat usaha sama Malaysia-Singapura M-S Private Limited yang dimiliki 60 peratus oleh syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan firma pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.

5. Kalau dulu tanah KTMB dimiliki penuh dan mutlak Malaysia, kini tanah gantian kepada tanah KTMB itu dikongsi dengan Singapura melalui M-L Pte Ltd di mana Temasek memegang 40 peratus saham. Dalam bahasa yang mudah, Singapura dapat "percuma" 40 peratus daripada aset gantian itu.

6. Walaupun isu tanah KTMB ini dikatakan selesai, tetapi isu-isu tertangguh yang lain seperti pembekuan simpanan rakyat Malaysia dalam CPF, Perjanjian Bekalan Air serta penentangan Singapura terhadap projek Jabatan Bengkok masih berterusan.

7. Malaysia dan Singapura gagal bersetuju mengenai cukai pembangunan (development charges) yang dikenakan oleh kerajaan Singapura ke atas tanah gantian itu sehingga memaksa perbalahan itu dirujukkan kepada Mahkamah Timbang Tara Tetap (Permanent Court of Arbitration – PCA) di The Hague, Balanda.

8. Kenyataan bersama Mohd Najib-Hsien Loong mengenai hal itu berbunyi: "Both countries have different views relating to the development charges payable on the three parcels of POA land in Tanjong Pagar, Kranji and Woodlands. Both Leaders have agreed to settle this issue amicably through arbitration under the auspices of the Permanent Court of Arbitration. They have further agreed to accept the arbitration award as final and binding."

[Kedua-dua negara mempunyai pandangan yang berbeza mengenai cukai pembangunan ke atas tiga keping tanah POA di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands. Kedua-dua pemimpin bersetuju menyelesaikan isu ini secara aman melalui timbang tara di bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Tetap. Mereka seterusnya bersetuju menerima keputusan timbang tara itu sebagai muktamad dan terikat.]

9. Sengaja diingatkan yang kali terakhir Malaysia dan Singapura membawa perbezaan mereka ke muka pengadilan antarabangsa, ia berakhir dengan Malaysia kehilangan pemilikan ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.

10. Melalui kolum "Other Thots" dalam majalah Malaysian Businesskeluaran 16-31 Julai lalu, saya telah memberi amaran kepada perunding Malaysia agar berhati-hati mengenai kemungkinan pemerintah Singapure mengenakan cukai pembangunan atau premium tanah yang melangit.

Saya memetik sumber-sumber yang arif mengenai POA sebagai berkata kerajaan Singapura mungkin mengenakan cukai pembangunan sekitar S$1.5 bilion (kira-kira RM3.05 bilion) selain premium tanah. Saya tidak tahu sama ada premium dikenakan atau tidak.

Tetapi sumber-sumber yang sama kini mengatakan cukai pembangunan mungkin mencecah S$2 bilion (RM4.6 bilion).

11. Andainya anggaran ini tepat dan keputusan PCA memihak kepada Singapura, maka Khazanah terpaksa menyeluk poket untuk mengeluarkan S$1.2 bilion (RM2.76 bilion) dan jumlah ini akan mengalir dari Malaysia ke Singapura.

12. Temasek perlu membayar S$800 juta tetapi tidak ada pengaliran keluar modal. Ia sekadar pemindahan dana dari poket Temasek ka poket perbendaharaan Singapura.


Dari ulasan A.Kadir Jasin diatas yang telah di siarkan dalam "The Scribe A Kadir Jasin" kita telah diperlihatkan dengan jelas bahawa Najib telah diperbodohkan oleh Lee Hsien Loong..

Kenapa agaknya?

Adakah hal-hal peribadi Najib telah diketahui pihak Singapura dan ianya mereka gunakan untuk memperbodoh-bodohkan Pentadbiran Najib?


Berita Berkaitan.

Negara tergadai jika Anwar jadi PM - Khairy

PONTIAN 21 Dis. - Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, hubungan negara dengan negara luar juga akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan menerajui negara ini.

"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.

"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya pada majlis Jelajah One Malaysia (JOM) di Simpang Parit Makasar/Parit Madirono, di sini malam tadi.

Sempena program tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian melancarkan kenderaan JOM BN Pontian dengan tugasan pertama bagi membantu jentera BN menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti.

Turut hadir Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Fadil Muskon dan Ketua Pemuda BN Pontian, Nasrihat Turiman.

Khairy berkata, Pemuda BN akan memastikan parti itu terus mempertahankan Putrajaya daripada dikuasai oleh pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Pemuda BN berikrar dan berjanji akan berjuang untuk memastikan cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri akan tinggal impian sahaja," tegasnya.

Beliau berkata, pembohongan demi pembohongan yang dilakukan Anwar di dalam dan luar luar negara, menunjukkan beliau memang ingin melihat negara ini berada dalam keadaan tidak menentu.

"Ini termasuklah isu 1Malaysia yang dikaitkan dengan Apco Israel tetapi yang sebenarnya Anwar tidak mempunyai sebarang bukti terhadap dakwaan itu," katanya.- Media UMNO


Tiada ulasan: