Khamis, 23 Disember 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Jom Sertai Konvoi Anak Muda Malaysia

Posted: 22 Dec 2010 06:45 PM PST

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama dengan United Sharks dan DACS Shah Alam dengan kerjasama AMK Rembau, AMK Pulau Pinang dan dengan sokongan Yayasan Aman juga Unit Ehsan Pulau Pinang akan mengadakan Konvoi Anak Muda (Reformasi) Malaysia. 24 - 26 Disember dari Rembau ke Permatang Pauh.

Satu sidang media telah diadakan pada 18 Disember 2010, jam 3 petang di Restoran Sup Utara Power di Shah Alam. Seramai hampir 80 orang anak muda dari perbagai kelab motor hadir.

Selain che'GuBard, YB ir Khalid Samad, wakil YB Rodziah, Setiausaha United Sharks dan Pengerusi DACS Shah Alam juga telah hadir dan bercakap. Kemeriahan sidang media akan memberi gambaran kemeriahan program yang akan berlansung.

Tentatif program ialah jam 6.00 petang anak muda akan mula berkumpul di Dataran Senawang untuk memulakan Konvoi. Selepas solat Maghrib dan taklimat kira - kira sebelum jam 8malam akan bertolak ke hentian pertama di PJS. che'GuBard akan bersama dengan pasukan konvoi dan pelepasan dijangka akan dibuat bersama oleh YB Antony Loke dan YB Taufek Abd Ghani.

Di Petaling Jaya Selatan akan berlansung malam anak muda bermotorsikal anjuran bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Destinasi Anak Muda (DAM) akan dilancarkan Perlancaran Kelab Motor DAM.

Majlis akan berlansung jam 8.30 malam di Pejabat ADUN Taman Medan. Dijangka hadir malam tersebut ialah YB Nurul Izzah, YB Haniza disamping persembahan MEL Wings dan Blank GAMMA.

Kumpulan konvoi bermotorsikal bersama che'GuBard dijangka akan sampai sekitar 9.30 malam. Selepas berehat dan Pelancaran Kelab Motor DAM konvoi dijangka dilepaskan semula sekitar jam 10.30 malam.

Serentak dengan itu konvoi DACS dari Shah Alam akan bertolak dan akan bergabung di hentian R & R Sungai Buloh. Di sini dijadualkan peserta akan dipecah-pecahkan dalam kumpulan 30 - 50 motorsikal bagi kelancaran dan keselamatan konvoi.

Di hentian Tapah dan Sungai Perak Konvoi ini akan disertai peserta dari Perak. Sekitar jam 5.30 pagi dijangka Konvoi dijadualkan sampai di Perkarangan Yayasan Aman, Penanti. Di utara serentak dengan itu dengan kerjasama SAMM dan AMK Pulau Pinang akan berlansung EXPO ANAK MUDA pada 24-26 Disember 2010 di tapak Expo Seberang Jaya selain perbagai aktiviti masyarakat dan sukan bersama penduduk tempatan.

Kumpulan anak muda yang dijangka sekitar 500 orang ini akan dipecahkan separuh akan ke Yayasan Aman, Merbok, Kedah untuk bersama dengan aktiviti masyarakat bersama ikon juara cub prix Asia, Yaser Said.

Program konvoi motorsikal ini dijangkakan akan disertai oleh 500 anak muda dan malam kemuncak 25 Disember, 9mlm di Tapak Expo Seberang jaya dijangka tidak kurang dari 1000 anak muda akan berkumpul. Program ini akan men jadi program anak muda terbesar dengan imej reformasi.

Tujuan SAMM melalui program ini ialah untuk menggabungkan dan 'mengorganize' anak muda dari perbagai latar untuk menjadi pemimpin dan menguruskan anak muda itu. Konvoi ini bukan anjuran mana - mana parti politik atau pihak kerajaan tetapi ia 'dikerjakan' oleh anak muda untuk anak muda sendiri.

Program - program dalam konvoi ini juga secara tidak lansung akan menerapkan nilai perjuangan dan semangat kecintaan negara melalui kesedaran betapa anak muda perlu menjadi kumpulan pendesak untuk perubahan.

Keseluruhan program ini menelan belanja yang agak besar, namun masih rendah kerana anak muda yang sama berkonvoi ini hadir atas kesedaran. Mereka mengeluarkan belanja sendiri termasuk membayar yuran. Namun belanja pengurusan seperti lori pengiring, alat ganti dan seumpamanya tetap menelan belanja yang bukan sedikit.

Alhamdulillah ramai yang tampil membantu tetapi tanpa penyumbang besar dana masih diperlukan. Kepada sesiapa yang prihatin diharap dapat membantu. Kepada yg ingin menyumbang, bolehlah menghubungi Yaser (0126794704) atau bank in terus ke akaun Maybank atas nama Angkatan Muda Keadilan Rembau~555126105482. Bantuan semua amat dihargai.

Kepada anak muda yang mahu menyertai konvoi masih ada kekosongan kuota sila hubunig Yaser 0126794704 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jemput mai beramai-ramai ke Expo Anak Muda! Dari anak muda untuk anak muda!

Bagaimana Dengan Siasatan Pemilihan PKR

Posted: 22 Dec 2010 06:40 PM PST

Pemilihan Parti sudah berlalu hujung November lalu. Memang banyak aduan dan rungutan sepanjang pemilihan keadilan 2010.

Namun semuanya dinafikan begitu sahaja, sehinggalah beberapa aduan mendapat perhatian media. Itupun Pihak JPP tidak ke depan menjawab persoalan, hanya Setiausaha Agong (SUA) parti yang menjawab bagi pihak JPP.

Namun apabila diasak oleh pelbagai pihak, ketika di Kongres Nasional 2010 dalam satu kenyataan terbuka SUA menyatakan semua aduan akan disiasat dan diselesaikan dalam masa dua minggu.

Namun sehingga kini sunyi dan sepi. Malah muncul pula persepsi jawatan lantikan diumumkan baru - baru ini seolah-olah cuba menutup mulut pihak tertentu.

Seperti kita mahu menyapu semuanya di bawah permaidani indah. Persoalannya tiada bukti adalah karut !! Di Johor ada satu Cabang dengan jelas JPP terlibat membenarkan orang yang tidak ada dalam senarai pemilih mengundi dengan menambah nama mereka dengan tulisan tangan. Bukti ini disertakan laporan polis dan gambar dihantar kepada ibu pejabat tetapi sampai hari ini senyap.

Ramai yang mengetahui apa yang terjadi mula kecewa. Namun kekecewaan ini sedikit tertangguh dan terubat apabila masih ada tokoh dalam parti yang dilihat gigih mendesak siasatan dan tindakan telus diambil seperti che'GuBard.

Kenyataan che'GuBard yang bertarikh 8 Disember 2010 yang tersiar dalam blog beliau sedikit memberi sinar kepada anak muda.

Terbaru Che'gubard ditawarkan jawatan Timbalan Setiausaha Agong. Selaku orang politik memang ada kewajaran untuk menerima jawatan tersebut sebagai tiket untuk terus aktif di arena politik nasional. Namun saya selaku Ketua AMK Cabang Tenggara dengan ini meminta pertimbangan che'GuBard agar terus berpegang dengan kenyataannya sebelum ini menolak semua jawatan sehingga penyiasatan dan tindakan terhadap penyelewengan dalam Pemilihan 2010 diselesaikan secara telus.

Pendapat ini juga saya rasa turut dikongsi dgn ramai pimpinan muda pelbagai peringkat dalam parti ini. Kami memerlukan pimpinan anak muda berprinsip. Tanpa jawatan pun saya lihat che'GuBard boleh terus bergerak kerana jawatan bukan syarat pengiktirafan.

Akhirnya sekali lagi ditegaskan harap che'GuBard menolak lantikan sebagai usaha perhebat desakan ke arah menjadikan KEADILAN lebih dihormati dan mantap.

Azlan Ishak
Ketua AMK Cabang Tenggara

PM bawa bencana nuklear

Posted: 22 Dec 2010 06:39 PM PST

Exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak keliru apabila kerajaan pimpinannya merancang membina loji janakuasa nuklear ketika rakyat Malaysia terus membantahnya.

"Ini akan mengakibatkan bencana ekonomi dan alam sekitar. Najib ingin membazirkan RM21.3 bilion walaupun kita sepatutnya memandang ke arah tenaga suria," katanya.

Menurut Elizabeth lagi, panel solar antarabangsa seperti Q-Cells dan FirstSolar sudah mula bertapak di dua negeri Pakatan Rakyat, Selangor dan Kedah.

"Kita sepatutnya memperkuatkan sektor (tenaga hijau) ini dan bukan terperangkap dalam jalan mati yang (dipenuhi) toksik," katanya yang bertanggungjawab dalam pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar di Selangor.

Kelmarin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata, Malaysia merancang untuk membina dua loji nuklear - masing-masing menjana 1,000 megawat - sebagai sebahagian daripada rancangan mengimbangi bekalan tenaga.

Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian.

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Elizabeth juga menyuarakan kebimbangannya terhadap "kekurangan ikhtiar dari kerajaan pusat" dalam isu-isu alam sekitar.

"Walaupun pada tahun lalu di persidangan iklim Copenhagen, perdana menteri telah menyuarakan janji-janji untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 40 peratus pada tahun 2020, kami belum melihat sebarang tindakan bermakna dari kerajaan pusat," katanya.

~MK~

Selangor tanya PM hasil kajian menyeluruh

Posted: 22 Dec 2010 06:36 PM PST

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengulangi pendiriannya membantah projek tenaga nuklear yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan pusat kerana ia akan mengakibatkan bencana ekonomi dan alam sekitar.

Dalam satu kenyataan hari ini, sekretariat akhbar kerajaan negeri itu juga mendakwa perdana menteri "kurang jujur kepada rakyat mengenai rancangan nuklear itu".

"Beliau berjanji dalam blognya awal tahun ini, bahawa satu kajian menyeluruh akan dijalankan sebelum projek nuklear ini diteruskan. Teknologi hijau seperti tenaga angin, suria dan biomass sepatutnya dikaji bersama.

"Dimanakah kajian tersebut? Lebih membimbangkan lagi, kini projek nuklear Najib ini digandakan menjadi dua stesen penjanakuasa nuclear setelah dimasukkan ke dalam Rancangan Transformasi Ekonomi (ETP) beliau," kata sekretariat itu.

"Apakah alasan untuk keputusan ini? Siapakah yang akan untung? Rakyat berhak mendapat jawapan," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, sekretariat tersebut menyeru Najib supaya menerbitkan kajian menyeluruh yang kononnya dijalankan, ataupun memberi penjelasan mengapa kajian tidak pernah dibuat.

Ia juga penjelasan mengenai di mana sumber RM21.3 bilion untuk dua stesen penjanakuasa nuklear tersebut.

Menurut sekretariat itu, ketika mula-mula dicadang pada Oktober 2008, kerajaan Pakatan Selangor menyuarakan bantahan terhadap tenaga nuklear di negeri ini.

"Kami ingin menyatakan pendirian kami sekali lagi. Tiada rakyat Malaysia yang perlu didedahkan kepada bahaya sebegini. Bukan sahaja di Selangor, tetapi seluruh Semenanjung. Sabah dan Sarawak.

"Kami mendesak negara Malaysia kekal sebagai Zon Bebas Nuklear," tambahnya.

Kini, kata sekretariat itu lagi, sudah jelas perdana menteri berhasrat memaksa rakyat Malaysia menerima projek tenaga nuklearnya.

"Sepertimana projek Empangan Bakun diteruskan walaupun ditolak oleh rakyat, pendirian Najib membuktikan cara angkuh BN masih tidak berubah.

"Kedua-dua projek tersebut juga mempunyai persamaan yang lain, iaitu mengakibatkan bencana ekonomi dan alam sekitar di Malaysia," kata sekretariat itu lagi.

Ia mendakwa BN tidak boleh diharap untuk mengurus dengan selamat teknologi sebahaya ini.

Malangnya, tambah sekretariat itu, Menteri Tenaga Datuk Seri Peter Chin hanya mengumumkan "lebih kempen perhubungan awam untuk memperdayakan rakyat."

"Ini bukan pentadbiran yang bertanggungjawab dan telus. Pentadbiran Najib tidak ada rancangan jangka panjang yang selamat untuk membuang sisa-sisa nuklear yang toksik.

"Sebenarnya, tiada negara di dunia yang ada penyelesaian kepada masalah ini. Negeri manakah di Malaysia yang akan dijadikan tapak pembuangan sisa-sisa nuklear?

"Kerajaan negeri Selangor akan berjuang untuk melindungi negeri dan rakyat kami dari sisa-sisa nuklear," katanya lagi.

Menurut sekretariat itu lagi, isu-isu keselamatan negara dan kedamaian antarabangsa juga perlu dipertimbangkan.

"Perlindungan stesen penjanakuasa nuklear ini dari unsur-unsur pengganas tidak pernah dibangunkan oleh pihak BN. Bolehkah kita menghalangkan bahan nuklear dari dicuri dan dijual apabila enjin kapal terbang kita pernah dicuri sebelum dijumpai di Uruguay?

"Negara Malaysia bakal menjadi pengeluar panel solar ketiga besar di dunia. Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baru telah dibaca di Parlimen
baru-baru ini.

"Macam manakah projek yang berisiko tinggi ini dipertimbangkan sedangkan kita mempunyai pilihan yang lain?" tambahnya.

Menurutnya, menyelesaikan masalah tenaga Malaysia bukan sekadar membina stesen penjanakuasa dan "ini hanya menguntungkan pemilik stesen-stesen tersebut".

Pengurusan tenaga secara bertanggungjawab, tegas sekretariat itu, memerlukan penggunaan tenaga dengan lebih cekap, mengurangkan subsidi melampau yang diberi kepada penjana tenaga bebas (IPP).

"Dan memastikan sambungan kepada masyarakat-masyarakat luar bandar yang terpinggir, khususnya Orang Asli dan Sabah dan Sarawak.

"Penggunaan sumber tenaga yang hijau juga penting untuk mengurangkan kesan perubahan iklim," tambahnya.

Menurut sekretariat itu lagi, kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya:

1. Membuat kajian menyeluruh bagi menyelesaikan masalah tenaga Malaysia secara menyeluruh, melibatkan kesemua pihak yang terlibat, bukan sahaja Tenaga Nasional dan penyokong nuklear;

2. Menerbitkan keputusan kajian tersebut untuk semua;

3. Mengadakan perbincangan bersama rakyat, badan bukan kerajaan, kerajaan negeri, agensi kerajaan, wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan;

4. Membuat keputusan yang telus setelah menimbang baik-buruk. Malangnya, keputusan meneruskan projek nuklear ini dibuat secara tertutup, dan janji kosong kajian menyeluruh tidak ditunaikan.

"Keputusan untuk bergantung pada tenaga nuklear amat tidak bertanggungjawab dan membazirkan, sedangkan tiada usaha untuk membetulkan kelemahan sektor tenaga elektrik di Malaysia.

"Jika BN tidak dapat menyelesaikan masalah Malaysia secara bertanggungjawab, rakyat perlu menolak mereka melalui peti undi," tambahnya.

~MK~

Tarik balik surat dan nasihatmu

Posted: 22 Dec 2010 06:34 PM PST

Persatuan Pemilik Hartanah Terbengkalai Malaysia (PPHTM) meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menghalangnya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah.

Pengerusinya Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman berkata, PPHTM - turut dikenali sebagai Victims - mendakwa permohonan mereka ditolak oleh Jabatan Pertubuhan Pendaftar Malaysia (JPPM) susulan 'bantahan' daripada kementerian berkenaan melalui surat dan "nasihat".

Dakwanya, bantahan itu berlaku kerana KPKT bimbang pembeli, melalui NGO baru itu, akan menekan agensi yang bertanggungjawab atas projek perumahan dan pemulihan projek terbengkalai itu.

"Jika benar KPKT tidak mempunyai halangan dan menerima usaha persatuan itu dengan baik, saya mencadangkan agar KPKT menarik balik surat yang di keluarkan oleh mereka melalui rujukan dihantar kepada persatuan itu," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, hari ini.

Merujuk isu daftar pertubuhannya, Rafick mengakui, dakwaaan bahawa keputusan terletak di tangan JPPM itu ada benarnya tetapi dalam sistem sekarang ramai yang tidak berani membelakangi nasihat kementerian.

Malah, dakwanya, surat yang di keluarkan oleh bahagian dasar KPKT kepada mereka menyatakan 'bantahan keras' yang menyebabkan kesukaran kepada pegawai JPPM bagi menerima permohonan PPHTM.

"Dalam kes ini, pegawai JPPM tidak boleh dipersalahkan kerana mereka 'terpaksa akur' kepada beberapa 'pandangan keras' yang di keluarkan oleh KPKT.

"Mengapa JPPM harus dipersalahkan apabila isu ini timbul akibat dari pandangan dengket dari KPKT," ujarnya.

Sementara itu, Rafick mengulangi gesaan supaya KPKT menerima dan bekerjasama dengan mereka bagi mencari penyelesaian untuk masalah rumah terbengkalai di Malaysia.

"Jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada Rakan Cop, mengapa KPKT tidak boleh menerima kami sebagai Rakan JPN?" soalnya.

~MK~

Mahfuz pohon campurtangan Agong

Posted: 22 Dec 2010 06:33 PM PST

Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase) akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara jam 10 pagi esok.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata memorandum itu bagi memohon campurtangan tuanku terhadap kelulusan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 oleh kerajaan.

Kelulusan itu juga menurutnya dibuat secara tergesa-gesa dan melalui undi berbelah bahagi pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu.

"Pihak istana sudah pun menyatakan persetujuan untuk menerima memorandum kita.

"Kase, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan beberapa senator kita, akan turut serta pada penyerahan esok," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Pada 15 Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan pindaan rang undang-undang itu yang antara lain akan membolehkan pendaftaran kereta elektrik, pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) bagi membanteras pemanduan berbahaya, dan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Darat (Span).

Bagaimanapun, kelulusan rang undang-undang itu terpaksa melalui proses undi belah bahagi pada bacaan kedua yang menyaksikan 70 menyokong, manakala 40 lagi menentang. Rang undang-undang itu menurut Mahfuz mengandungi beberapa perkara yang tidak adil untuk rakyat khususnya pelaksanaan sistem AES yang disifatkanya sebagai saman ekor cara baru.

Menurut Mahfuz, apabila undang-undang itu dilaksanakan, ianya hanya akan menguntungkan syarikat kroni dan pada masa sama membebankan rakyat. Selain itu juga pindaan undang-undang baru itu juga masih mengekalkan saman ekor dan senarai hitam yang sememangnya dibantah rakyat.

Malah turut dibantah, hukuman penjara kepada mereka yang gagal memberi mahlumat pertukaran alamat.

"Kita ingin memperjelas kepada pihak tuanku dan meminta tuanku menitahkan agar rang undang-undang tidak dijadikan undang-undang dan dibentang semula di Dewan Rakyat untuk dibahaskan sekali lagi," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Mahfuz, sebelum ini juga telah menghantar surat kepada Dewan Negara meminta untuk tidak meluluskan rang undang-Undang tersebut. Difahamkan, bacaan rang undang-undang itu akan dibentang dan diputuskan oleh Dewan Negara hari ini.

~harakah~

PUM lancar Kelab Penyokong Dinar

Posted: 22 Dec 2010 06:33 PM PST

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dengan rasminya pada hari ini melancarkan Kelab Penyokong Dinar.

Pelancaran itu dilakukan oleh Datuk Al-Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, Yang Dipertua PUM sempena Seminar Seminar Minisiri Dinar Emas di Putra World Trade Centre (PWTC).

Menurut Abdul Halim, penubuhan Kelab Penyokong Dinar ini merupakan sebahagian daripada usaha PUM memberi kesedaran kepada orang ramai tentang dinar emas.

"Untuk merealisasikan usaha memberi kesedaran dan kefahaman menyeluruh kepada masyarakat awam, mengenai peri pentingnya mengembalikan kebangkitan dinar emas dalam muamalah ummah, dan menggerakkan kesedaran tersebut secara dinamik dan berkesan, maka Kelab Penyokong Dinar ini dilancarkan," ujarnya semasa menyapaikan ucaptama pada seminar itu.

Seminar sehari ini menampilkan beberapa pembentang iaitu Dr Zahimi Chik (Al-Qafilah International), Khalid Noorshah (Gold Dinar Research Group, Universiti Sains Malaysia),Khairudden Hussin (Muamalah Council), Mazli Alias (Penganalisis Pasaran Ekuiti), Redhuan Oon (Pengasas Adempiere), Abdullah Zaidi Hassan (Penyelidik Perpustakaan Islam Nur Az-Zahrah), Haji Ann Wang Seng (Setiausaha MACMA), Rafidi Hashim (Pendakwah) dan Dr Luqman Abdullah (Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya).

Isu penggunaan dinar emas ini mula menarik perhatian umum apabila Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika menyebutnya secara tidak langsung pada tahun 2003.

Walaupun beliau ketika itu tidak bermaksud dinar dijadikan sebagai matawang, namun langkah-langkah proaktif telah dimulakan oleh Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pelbagai usaha seperti seminar, forum dan perbincangan telah diadakan. Langkah PAS tersebut mendapat publisiti dan pandangan yang berbeza-beza.

Usaha tersebut tidak terhenti setakat itu, pada 20 September 2006, kerajaan Kelantan telah mencatat sejarah apabila mula menjual kepingan-kepingan dinar dan dirham dan telah digunakan di Pasar Besar Siti Khadijah dan Bazar MPKB, Kota Bharu.

Oleh hal yang demikian, penubuhan Kelab Penyokong Dinar ini merupakan langkah yang wajar disokong agar penggunaan dinar dan dirham kembali diterima dalam masyarakat hari ini, di samping menjadi alternatif kepada sistem matawang kapitalis.

~harakah~

Kos sidang wanita pertama RM4.5 juta

Posted: 22 Dec 2010 06:32 PM PST

Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99.

Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia - kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Africa - berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober.

Ekoran penjelasan itu, senator Syed Husin Ali daripada PKR membangkitkan persoalan kewajaran Rosmah dianjurkan oleh isteri perdana menteri sedangkan menurutnya dalam negara ini wanita pertama adalah Permaisuri Agong.

Dalam sidang media hari ini, Syed Husin yang juga bekas timbalan setiausaha agong mempertikaikan asas peruntukan sebanyak itu diberikan sedangkan tiada peranan oleh Permaisuri Agong.

~MK~

Zeti diberi anugerah sepanjang hayat

Posted: 22 Dec 2010 06:31 PM PST

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz diberi penghormatan dianugerahi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada majlis Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam Tahunan yang diadakan di Dubai.

Semasa menyampaikan ucapan penerimaannya, katanya Kewangan Islam adalah salah satu segmen di dalam sistem kewangan global yang pantas berkembang.

"Industri itu kekal berdaya tahan semasa krisis kewangan global baru-baru ini. Ia terus berdaya saing, sambil menyediakan produk kewangan dan perkhidmatan, terhadap keperluan perniagaan dan para pelabur," katanya.

Dalam keadaan persekitaran yang lebih mencabar dan berdaya saing sekarang ini, katanya masa depan kewangan Islam akan bergantung kepada keupayaan inovasi dan pelaburan dalam pembangunan bakat bagi industri itu.

"Agenda akan menjadi kunci memastikan pertumbuhan dan kemampanan berterusan," kata Zeti.

Teks ucapan penerimaannya dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.

"Kami telah menjelajahi perjalanan yang jauh untuk sampai ke tahap sekarang ini.

"Dalam memajukan industri itu, usaha dan kerjasama berterusan pihak industri dan pihak berkuasa akan terus menyumbang terhadap pembentukan kewangan Islam.

"Dengan berbuat demikian, ia juga akan meningkatkan peranannya yang berpotensi bagi menyumbang terhadap pertumbuhan dan kestabilan kewangan global," katanya.

Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam itu, yang kini memasuki tahun kelimanya, disifatkan sebagai salah satu acara paling menonjol di dalam industri kewangan di seluruh rantau Teluk.

Majlis tahunan itu dikhususkan bagi menonjolkan, menggalakkan dan memberi ganjaran terhadap prestasi dan pertumbuhan perniagaan dan komuniti kewangan yang luar biasa. Anugerah itu kini disifatkan sebagai penanda aras kecemerlangan di dalam industri itu.

~Bernama~

Najib dan Muhyiddin gentar BUKU JINGGA

Posted: 22 Dec 2010 06:29 PM PST

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Umno BN lain berkenaan program 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat yang diumumkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat lalu dilihat seolah-olah 'amat terdesak' untuk menyembunyikan suatu kebenaran dari pengetahuan rakyat.

"Mengapa perlu PM dan TPM bersungguh-sungguh membidas andai selama ini pentadbiran Umno BN cukup cemerlang seperti yang dicanang?" tanya ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Inilah, katanya bukti bahawa Buku Jingga telah menggugat Umno BN, menakutkan PM dan menggentarkan TPM.

Tambahnya, andai Program 100 Hari Pakatan dikatakan sebagai 'politik janji' semata-mata, bagaimana pula dengan janji-janji kerajaan Umno BN selama 53 tahun mentadbir Malaysia.

"Sejak era Tunku Abdul Rahman, semua tahu 1001 janji telah dibuat tetapi adakah semua dilaksanakan?" soal Ketua Wanita PKR itu lagi.

Baginya, kenyataan Najib itu seolah-olah menampar mukanya sendiri kerana kejadian janjinya di Sibu, Batu Sapi dan Hulu Sealangor pun masih belum tertunai sehingga kini.

Menurutnya lagi, janji sewaktu Bajet 2010 agar tiada kenaikan harga barang, nampaknya didustai Najib sendiri.

"Janji Projek Terminal Puduraya juga sudah menjadi janji Gajah Putih akhirnya. Janji Jambatan Labuan sehingga ke hari ini dilupakan.

"Inilah bukti, konsep 1Malaysia - keuntungan Syabas, Plus dan Uda Mall diutamakan, rakyat dipinggirkan," ujarnya.

Malahan, katanya untuk rekod tiada satu pun projek Gajah Putih sepanjang hampir 3 tahun pentadbiran Kerajaan Pakatan, berbanding 3 tahun pentadbiran Pusat Kerajaan BN.

"Andai PM kata Program 100 hari Pakatan tidak berpaksi realiti, inilah realiti apabila semakin banyak janji Umno BN yang tertimbun," katanya.

Sebaliknya, kata beliau sejak pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di 4 buah negeri, dan Perak buat seketika telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah melaksanakan agenda merakyatkan ekonomi dengan jayanya.

~harakah~

Pengubahsuaian Rumah Rehat Bentong Melampau

Posted: 22 Dec 2010 06:28 PM PST

Pakatan Rakyat Negeri Pahang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung perbelanjaan melampau dan amat meragukan dalam projek pengubahsuaian Rumah Rehat Bentong sehingga disyaki berlaku penyelewengan dana kerajaan.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Pahang yang dikeluarkan baru-baru ini, di mana didapati terlalu banyak item-item tuntutan yang tidak munasabah kerana harga yang terlalu tinggi berbanding di pasaran.

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang, Roslan Zainal yang mewakili Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyerahkan laporan memohon diadakan siasatan segera itu kepada Penolong pengarah SPRM Pahang Cawangan Temerloh Abdul Malik Mohd Yusof.

Turut mengiringi ialah Penasihat Undang-undang PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Setiausaha Penerangan PAS Pahang Hashim Abdullah, Timbalan Ketua Cabang PKR Temerloh Abdul Kadir Abdul Manap serta kira-kira 30 orang penyokong.

Roslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Pahang dalam sidang medianya selepas itu berkata, Abdul Malik telah berjanji untuk membawa laporan tersebut ke atas untuk disiasat.

"Dalam laporan Ketua Audit Negara menyebutkan tentang pemasangan papan tanda tandas di Rumah Rehat Bentong dituntut dengan jumlah RM871 sedangkan audit menjelaskan pada harga pasaran barang tersebut hanya berharga RM65.

"Begitu juga dengan tuntutan set sofa yang pada nilaian pasaran cuma berharga RM990 telah dituntut sebanyak RM3,530. Lebih mengejutkan dalam laporan itu ialah tuntutan set lampu yang pada harga pasarannya cuma RM9,200 tetapi telah dituntut terlalu tinggi sehingga berjumlah RM38,700. Dan banyak lagi item lain," jelasnya.

Roslan juga dalam laporannya menggesa SPRM menyiasat bagaimana kerajaan negeri membuat syarat perjanjian pinjaman yang tidak menjamin kepentingan kerajaan melalui terma perjanjian pinjaman kepada syarikat-syarikat kerajaan negeri seperti Aspa dan PKNP.

"Kelemahan ini telah mendapat teguran keras Ketua Audit Negara. Bayangkan tidak ada syarat yang melindungi kepentingan kerajaan negeri sedangkan itu amanah rakyat. Bagi kami, apa yang berlaku merupakan kelemahan pengurusan mega yang boleh menjerumuskan kerajaan negeri kepada suatu keadaan yang terdedah kepada penyelewengan dan kebankrapan," tambahnya.

Roslan juga turut membangkit bahawa betapa perlunya SPRM bertindak demi memulihara persepsi umum terhadap agensi tersebut.

Katanya, sebelum ini banyak laporan telah dibuat tetapi hasil siasatannya tidak kedengaran termasuk isu penyelewengan balak oleh bekas Menteri Besar Pahang Tun Khalil Yaakub yang telah dilaporkan oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman 10 tahun lalu.

~harakah~

Perlu laksana MBE secara efisyen

Posted: 22 Dec 2010 06:26 PM PST

Malaysia perlu melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE) secara efisien bagi membantunya menghadapi kesan ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan pada tahun depan, kata RAM Holdings Bhd.

Agensi penarafan itu mengekalkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 5.4 peratus pada tahun depan kerana teruja dengan pelan rancangan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), yang merupakan komponen utama MBE.

Ketua Pakar Ekonominya, Dr Yeah Kim Leng berkata Malaysia masih berupaya mencatatkan pertumbuhan positif dan bagi menghadapi kesan buruk berikutan pelaksanaan langkah-langkah perubahan di bawah MBE.

"Ianya satu cabaran. Tahun depan, kita akan melaksanakan satu transformasi yang akan menetapkan langkah bagi mencapai pertumbuhan jangka panjang," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Yeah berkata 2011 akan menjadi tahun mencabar apabila Malaysia bergerak untuk meletakkan asas laluan ke arah menjadi satu ekonomi berpendapatan tinggi melalui pelan perancangan ETP serta Pelan Transformasi Kerajaan.

Katanya perundingan dan perbincangan perlu digantikan dengan tindakan yang membolehkan negara ini mengekalkan pertumbuhan ekonomi 6.0 peratus setahun untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Jika tiada tindakan berterusan, ia akan menyebabkan kehilangan kepercayaan," katanya.

Sedang kerajaan telah menetapkan hasilnya, Yeah berkata pelaksanaannya akan dipantau dengan rapi pada tahun depan kerana pencapaiannya akan menentukan hala tuju bagi dekad ini.

"Jika pelaksanaannya tidak mengikut prestasi yang diharapkan, ia bakal memberikan reaksi yang kurang baik daripada para pelabur dan mereka akan terus meminggirkan Malaysia," katanya.

Walau pun terdapat permintaan domestik yang kukuh dan peningkatan sentimen pengguna dan perniagaan, cabaran utamanya ialah untuk mengekalkan keyakinan dan tinjauan pada segi pengambilan pekerja yang stabil dan pertumbuhan pendapatan.

Selain tumpuan terhadap ekonomi, katanya perhatian kemungkinan beralih terhadap kemungkinan diadakan pilihanraya mengejut kerana keadaan ekonomi yang baik.

"Keadaannya kini sebenarnya kondusif bagi pentadbiran sekarang untuk mengadakan pilihanraya mengejut bagi mendapatkan mandat baharu bagi melaksanakan penstrukturan semula atau pembaharuan dan mencapai wawasan di bawah MBE," katanya.

Yeah berkata sektor swasta akan dicabar untuk mencari cara mengekalkan pertumbuhan dan mendapatkan peluang baharu, terutama sekali yang diwujudkan di bawah Bajet 2011, Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) DAN ETP.

Katanya fokus kerajaan untuk memantabkan sektor swasta akan membantu mengekalkan pertumbuhan permintaan domestik.

"Sektor swasta diberi lebih banyak galakan dengan persekitaran dan insentif dasar yang sesuai untuk melabur di Malaysia," katanya.

Di segi negatifnya pula, kata Yeah Malaysia perlu mengakui pertumbuhan yang lemah di dalam ekonomi maju, khususnya di AS dan Eropah.

"Saya rasa keadaan itu akan berterusan bagi tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Yeah berkata Malaysia perlu bergantung pada ekonomi baharu muncul yang besar seperti China, India, Brazil dan Rusia.

Katanya walau pun eksport kemungkinan menjadi perlahan, permintaan domestik mencukupi bagi memastikan pertumbuhan Malaysia terus meningkat pada tahun depan.

Yeah berkata inflasi pada tahun depan kemungkinan pada kadar 2.5 peratus berbanding -2 peratus pada 2010, yang sebahagian besarnya disebabkan rasionalisasi subsidi.

"Permintaan domestik dijangka kekal kukuh pada tahun depan sejajar dengan keadaan ekonomi secara keseluruhannya berikutan pertumbuhan pendapatan yang stabil dan pengambilan pekerja, aliran kredit yang kukuh dan tiada potongan perbelanjaan kerajaan," katanya.

Katanya perbelanjaan awam akan diteruskan terhadap projek di bawah ETP yang akan bermula pada tahun depan.

Yeah berkata cabaran utama sekarang ini ialah bagi menguruskan "wang panas" dengan menyandarkan aliran masuk ini bagi amembiayai projek jangka panjang.

"Jika kita boleh menunjukkan bahawa prospek pertumbuhan Malaysia bagi tempoh beberapa tahun akan datang kukuh dan mampan, mereka akan terus kekal," katanya.

Mengenai ringgit, Dr Yeah berkata ia kemungkinan melepasi paras 3.00 berbanding dolar US menjelang pertengahan tahun depan sejajar dengan mata wang Asia yang lain yang akan turut meningkat secara perlahan-lahan.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan menjangka KDNK akan berkembang pada kadar 5.0 peratus pada tahun depan, yang sebahagian besarnya kerana faktor luaran yang akan melembapkan eksport.

"Secara keseluruhan, kami percaya ekonomi dijangka perlahan sehingga separuh pertama 2011 dan boleh meningkat pada separuh kedua," katanya.

Katanya kebimbangan awal ialah inflasi kerana AS mengeksport inflasinya.

"Dengan mencetak dolar, akan boleh melihat "wang panas" menyerap ke dalam komoditi.

"Ia masih belum membimbangkan lagi tetapi ia menyerap dengan pantas," katanya.

Nazri berkata inflasi kemungkinan besar dicetus oleh tolakan kos.

Katanya inggit kemungkinan melepasi paras 3.00 berbanding dolar US menjelang separuh pertama tahun di tengah-tengah kelembapan dolar US kerana cetakan dolar yang akan menyusutkan nilai mata wang itu.

Katanya ringgit yang lebih kukuh akan membolehkan rakyat Malaysia menggunakan produk diimport pada harga lebih murah dan mengecilkan jurang antara Malaysia dan seberang laut yang secara tidak langsung akan menarik ahli profesional tempatan yang bekerja di seberang laut untuk pulang.

--Bernama

Umno jangan berlakon bela agama

Posted: 22 Dec 2010 06:26 PM PST

Pemimpin Umno BN digesa agar jangan sesekali suka berlakon kononnya membela agama kepada rakyat dalam setiap perkara yang berlaku yang ada kaitan dengan agama.

"Rakyat kini semakin cerdik menilai mana intan dan permata," tegas Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Mohamad Abd Rahman selepas balik daripada Baiah (Majlis Mengangkat Sumpah) sebagai Penyelaras Dun Taman Templer di Shah Alam, semalam.

Beliau yang juga Penyelaras Dun Taman Templer mengulas demonstrasi Umno kononnya membantah kemungkinan Surau Al-Hidayah dirobohkan.

Katanya, demonstrasi tersebut adalah satu provokasi yang didalangi oleh Umno BN yang mencari populariti murahan untuk menghasut rakyat supaya membenci pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor kononnya tidak prihatin tentang masalah agama islam.

Tambahnya, Umno BN membuat provokasi demonstrasi bantahan dengan mewar-warkan kepada rakyat terutamanya penduduk sekitar Rawang seolah-olah berlaku kelemahan dan ketidakcekapan kerajaan negeri sekarang menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di Pekan Rawang jatuh ke tangan syarikat swasta.

"Kita bukan sekadar mempertahankan tanah tetapi lebih dari itu yang kita pertahankan adalah Islam.

"Kenyataan tersebut adalah tidak berasas langsung, kerana yang menggadainya maruah orang Melayu dan Islam adalah Umno BN. Demonstrasi yang dibuat adalah memakan diri. Sekarang daripada rakyat tidak tahu, ia sebenarnya telah memecahkan tembelang mereka sendiri," katanya.

Beliau menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin bahawa kerajaan negeri langsung tidak terlibat dengan pelan pembangunan tapak seperti mana yang dituduh oleh Umno yang mengadakan demonstrasi kelmarin.

"Tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki oleh SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama syarikat swasta, Mahumas Sdn Bhd dan rekod menunjukkan SAP Holding Sdn Bhd bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor semenjak 2002 lagi," jelasnya.

Sebenarnya, jelas beliau bukan setakat Surau Al-Hidayah sahaja yang PAS sentuh tetapi ada beberapa isu lain berkaitan dengan tanah dan agama Islam di Rawang.

"PAS Selayang akan cuba bongkarkan dan sedang mengumpul bukti termasuk tergadainya sebahagian tanah Masjid Nurul Iman yang untuk pembinaan jalan oleh Mahumas, tanah surau dan rezab kubur di Taman Rawang Perdana yang sudah digezetkan telah bertukar statusnya. Semuanya itu berlaku semasa Umno BN memerintah," jelasnya.

Tambahnya, mungkin tidak ramai penduduk sekitar Rawang yang tahu sejarah Surau Al-Hidayah di Kg Melayu, Rawang termasuk bagaimana berlakunya kronologi surau tersebut.

Oleh itu, pihaknya meminta agar rakyat dan penduduk sekitar Rawang tidak cepat melatah dan mudah percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Umno BN dan diminta merujuk kepada Nazir dan Jawatankuasa Pentadbir Masjid Nurul Iman Rawang sebagai penaung untuk semua surau-surau di dalam pentabirannya.

Beliau juga Penasihat Pemuafakatan Nazir-Nazir Masjid Selayang mengajak rakyat membuka minda dan mengingati setiap peristiwa yang telah berlaku dalam aspek menjaga rumah ibadah seperti surau dan masjid bukan cara seperti yang diamalkan oleh Umno.

Mohamad juga menggesa agar rakyat berfikir dan menilai dengan sebijak-bijaknya kerana sepanjang Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah tidak pernah berlaku lagi peristiwa meroboh masjid atau surau.

Ini, katanya jelas terbukti, hampir 3 tahun PR memerintah, masjid dan surau sentiasa diimarahkan oleh rakyat.

Tambahnya, amat berbeza semasa zaman pemerintahan kerajaan Umno BN di mana surau dan masjid tidak mendapat sambutan rakyat kerana tiada pengurusan yang tulus dan majlis ilmu tidak dijalankan secara sempurna.

"Rumah ibadah boleh dikatakan seperti kubur yang sunyi kerana tiada majlis-majlis ilmu dan zikrullah semasa di bawah pengurusan Umno BN," ujarnya.

~harakah~

Notis perobohan surau tak spesifik

Posted: 22 Dec 2010 06:21 PM PST

Usaha perobohan surau Al-Hidayah pekan Rawang yang mencetuskan bantahan penduduknya Ahad lalu hendaklah dibatalkan kerana notis pengosongan tapak daripada peguam tidak terperinci dan spesifik menyatakannya.

Nazir Masjid Nurul Iman Rawang Ilham Akhbar Harun berkata, berdasarkan surat bertarikh 10 Oktober, isu perobohan surau itu yang bernaung di bawah pentadbiran MNIR tiada langsung dibangkitkan.

"Pendirian Masjid Nurul Iman dalam isu ini, bahawa surau tersebut haruslah dikekalkan seperti sedia ada.

"Sehubungan itu, isu perobohan surau tiada kaitan ataupun terbatal," kata Ilham Akhbar.

Surau Al-Hidayah antara surau yang bernaung bawah Masjid Nurul Iman di kawasan tersebut.

Pada 19 Disember lalu, Badan Bertindak Surau Al-Hidayah (BBSAH) Kampung Melayu Rawang mengadakan perhimpunan bantahan membantah pengambilan tapak surau itu.

Penasihatnya Datuk Ir Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata ketidakcekapan kerajaan negeri sekarang menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di pekan Rawang yang luasnya tidak seberapa, jatuh ke tangan swasta.

'Abaikan agenda tersembunyi'

Bagaimanapun setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin berkata kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapaknya.

Dalam kenyataan hari ini, Ilham Akbar juga berkata, berdasarkan dokumen di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, tanah tersebut (berkeluasan 1 rud dan 11 poles) telah direzabkan sebagai tapak masjid sejak 12 Mac 1920 lagi.

Sehubugan itu, Ilham Akhbar, pihak masjid berpendapat ia perlu dikekalkan atas alasan berikut:

•Sebagai simbol dan warisan kecemerlangan indentiti umat Islam di Rawang sejak 100 tahun yang lalu.
•Tapak ini juga merupakan kawasan yang strategik untuk perkembangan Islam setempat.
•Pengekalan rezab ini juga dapat memilihara kesejahteraan tujuh tapak kubur penduduk awal Rawang di kawasannya.
Beliau juga mendakwa pengekalan tapak masjid itu telah dipersetujui dalam pertemuan antara pentadbir masjid, ADUN Rawang Gan Pei Nie, ahli majlis terlibat dan wakil syarikat pemaju pada 20 Disember lalu (kelmarin).

"Kami berpendapat sebarang usaha untuk mempertahankan maruah dan juga kepentingan umat Islam di Rawang seperti isu perobohan surau ini haruslah dirujuk kepada pentadbir masjid yang telah diberi mandat dan amanah oleh DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

"Sebarang tindakan yang meminggirkan peranan masjid dan mempunyai agenda-agenda yang tersembunyi haruslah diabaikan," katanya lagi.

~MK~

PAS bidas Najib

Posted: 22 Dec 2010 06:20 PM PST

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hairan dengan sikap Perdana Menteri serta Timbalannya yang mendakwa 'janji 100 hari Pakatan Rakyat' tidak berpijak kepada realiti.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib itu, Tuan Ibrahim berkata janji Pakatan bukannya kosong malah sudah menilai kemampuan sebenar dari segala aspek termasuk kemampuan ekonomi negara.

"Kita pelik bagaimana Perdana Menteri dan timbalannya mengatakan bahawa janji Pakatan ini diluar kemampuan kerajaan.

"Untuk memberikan imbuhan RM500 kepada guru-guru tidak ada kemampuan, tetapi membina menara warisan berharga RM5 bilion mereka mampu. Malah memberi RM500 juta seorang kroni sebagai komisyen pembelian kapal selam BN mampu lakukan.

"Begitu juga BN mampu berikan subsidi sehingga RM20 bilion untuk IPP (penjana tenaga bebas), tetapi untuk rakyat dikurangkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Pakatan Rakyat yakin berkemampuan melaksanakan janji 100 hari Pakatan memerintah negara kerana ianya telah dibuat melalui kajian terperinci melibatkan tenaga pakar pelbagai bidang.

Keyakinan itu juga jelasnya berasaskan kepada perubahan pengurusan kewangan negara yang akan dilakukan dengan menghapuskan amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan salah urus pentadbiran kerajaan BN.

Perkara tersebut tegasnya telah berjaya dibuktikan dalam pemerintahan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak ketika Pakatan memerintah negeri itu.

"Di Kedah, ketelusan pengurusan kewangan negeri menyebabkan hasil balak meningkat daripada RM7 juta zaman BN kepada RM35 juta dibawah pemerintahan Pakatan.

"Di Pulau Pinang, bajet negeri berlebih sebanyak RM77 juta pada tahun 2009 dan RM88 juta pada tahun 2008 dalam keadaan negeri dibawah BN difisit teruk dalam perbelanjaan negeri," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ujarnya lagi, rakyat perlu mengetahui, bahawa sebahagian besar janji Pakatan ini hanya melibatkan perubahan polisi yang selama ini hanya menguntungkan BN sahaja dan memangsakan rakyat.

"Antaranya usaha kita untuk menghapus Felda Plantation bagi melibatkan peneroka dikalangan generasi kedua Felda memang sesuatu yang mampu dilakukan. Selagi Umno BN memerintah, ianya memang tidak boleh dilaksanakan.

"Rakyat tidak perlu bimbang untuk menukar kerajaan kepada Pakatan, kerana mereka tetap diberi hak untuk mengubah kerajaan dimasa akan datang, sekiranya janji Pakatan tidak ditunaikan," katanya.

~harakah~

Tiada ulasan: