alkerohi |
WikiLeaks : Serang Iran, kata Raja Lanun Arab Posted: 03 Dec 2010 04:11 PM PST Raja Abdullah berulang kali meminta tuannya Amerika Syarikat menyerang Iran. Demikian seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks. "Potong kepala ular itu" kata Abdullah merujuk pada Iran. Bukan setakat menyerang, malah Raja penyamun ini juga meminta "tuhannya" Amerika melaksanakan sekatan terhadap negara Islam berkenaan. Seperti yang pernah dikatakan oleh Muammar Gaddafi, tanah haram iaitu Makkah dan Madinah perlu ditadbir oleh semua negara-negara Islam dan bukan hanya oleh Arab Saudi. Saya sangat-sangat bersetuju dengan cadangan Libya itu. Pada hemat saya, pemimpin Arab seringkali berfikir dan bertindak menggunakan kepala lutut. Itu sebabnya isu Palestin masih tergantung. Saddam Hussin salah seorang dari komuniti pemimpin Arab pernah mengatakan, bukan sahaja pemimpin Kuwait malah beberapa pemimpin negara Arab gemar bertukar-tukar wanita setiap malam Jumaat. Wanita ketika bersama - dipuja mereka selepas Amerika disanjung dan dituhankan. Untuk menghapuskan Iran - adalah lebih baik hapuskan Raja-Raja dan pemimpin- pemimpin Arab yang tidak berbuat apa-apa terhadap bangsanya sendiri malah Mubarak dari Mesir saban hari bersekongkol dengan Israel dan tangannya berlumuran dengan darah rakyatnya. Saudi King Wants a U.S. Military Strike on Iran Saudi Arabia's King Abdullah repeatedly pushed the U.S. to attack Iran, according to the U.S. ambassador there. "Cut off the head of the snake," the king said in 2008, requesting a military strike against Iran's burgeoning nuclear program. The Saudi government also called for "severe U.S. and international sanctions on Iran." Israel also urged action, labeling 2010 a critical year. A June 2009 message describes Israeli Defense Minister Ehud Barak outlining a "window between 6 and 18 months from now in which stopping Iran from acquiring nuclear weapons might still be viable." After that, said Barak, "any military solution would result in unacceptable collateral damage" Other cables show that the U.S. believes Iran has received advanced missiles from North Korea capable of striking Moscow and Europe. |
Syarikat air Israel baik untuk bangsanya Posted: 02 Dec 2010 10:33 PM PST Di England, seorang pekerja yang makan gaji secara bulanan boleh membeli satu set komputer peribadi dengan satu pertiga gaji bulannya. Pekerja biasa di Malaysia terpaksa menggunakan tiga bulan gajinya untuk membeli sebuah komputer. NUBE (Kesatuan Sekerja Bank Malaysia) pula berkata, jurang perbezaan gaji eksekutif bank dan kakitangan biasanya di Malaysia sangat ketara. Di Selangor jumlah penduduk negeri itu adalah 4,850,000 orang. Ada yang bekerja sebagai nelayan, petani, penternak, operator kilang, penjawat awam, pekerja pelbagai kategori swasta dan sebagainya. Perkhidmatan pembekalan air di Selangor disediakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang ditubuhkan pada tahun 1996 demi untuk kesejahteraan penduduknya. Namun apa yang kelihatan dan didengar adalah disebaliknya. Keperitan hidup masyarakat pengguna seperti ini hanya dapat dirasakan oleh seorang pemimpin berjiwa rakyat dan bukan oleh ketua-ketua parti politik dan pengampu mereka. Yahudi di Israel yang memerintah negara kecil itu tidak pernah menzalimi bangsanya. Tidak pernah menekan dan membunuh zuriatnya. Tidak melakukan penganiayaan terhadap bangsa mereka biar di atas nama penderitaan, kemiskinan atau perkhidmatan. Khabarnya, Rozali Ismail Pengerusi Eksekutif SYABAS menerima gaji RM425,000.00 sebulan. Dia boleh membeli 141 buah komputer sebulan dengan gaji sebanyak itu berbanding penduduk biasa atau pekerja biasa yang hanya mampu membeli sebuah komputer dengan tiga kali bayaran (tiga bulan). Jurang prestasi sejauh itu sudah menimbulkan tandatanya masyarakat di Malaysia. Apakah Rozali Ismail dilahirkan oleh UMNO untuk terus bermaharajalela sebagai dewa berkelulusan fantastik dari dunia misteri semata-mata bagi menekan 4.85 juta pengguna air di Selangor. Jika 4.85 juta penduduk khabarnya tidak gembira dengan kerja-kerja berkarat Rozali dan SYABAS, salahkah kita mengatakan Yahudi lebih baik untuk bangsa dan negaranya berbanding anak Melayu bernama Rozali dari Syarikat SYABAS. Berbaloi dan berkatkah jumlah RM425,000.00 itu ? |
You are subscribed to email updates from alkerohi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan