Jumaat, 3 Disember 2010

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


TRANSFORMASI FIKRAH, BERTINDAK DAN KEPIMPINAN [2]

Posted: 03 Dec 2010 03:11 PM PST

FIKRAH JIM vs FIKRAH PAS

[1]

Islam agama sekelian alam. Ia tidak dibataskan kepada muslim sahaja, tetapi menjangkaui seluruh alam, termasuk mereka yang tidak beragama islam. Islam tidak mungkin salah, kerana ia diturunkan oleh Allah, tuhan yang mencipta langit dan bumi.

Adapun fikrah bagi sesuatu persatuan atau kelompok, ia tidak lebih sekadar ijtihad; yang kadangkala betul dan tidak boleh menafikan wujud sebarang kemungkinan kesalahan. Mengatakan sesuatu fikrah itu sahaja yang betul, sedangkan yang lain adalah salah, adalah sama seperti orang yang bermazhab As-Syafie mengatakan Imam As-Syafie sahaja alim, seterusnya menafikan kealiman ulama-ulama mazhab lain.

Tindakan menafikan kealiman ulama-ulama mazhab yang lain, tidak salah jika mahu diistilahkan sebagai "Ta'assub mazhab". Maka begitujuga bagi mereka yang menafikan ijtihad-ijtihad persatuan lain, disamping mengatakan bahawa ijtihad persatuan yang didokong sahaja adalah betul.

[2]

Sebilangan ahli-ahli PAS amat elargic dengan istilah JIM. Orang JIM yang telah masuk PAS, amat diwaspadai. Berbagai-bagai dakwaan yang bertiup; seperti mendakwa golongan JIM dalam PAS ini mempunyai usrah tersendiri [tidak ikut manhaj usrah PAS], mereka memberi wala' kepada JIM lagi berbanding PAS, golongan JIM dalam PAS adalah usaha secara saraf bahawa mereka mahu membawa PAS kepada UMNO, JIM ini adalah golongan "munafiq" dalam PAS dan sebagainya.

Tidak diketahui kebenaran dakwaan yang tersebar dalam usrah-usrah, tamrin-tamrin, Mukhayyam-mukhayyam PAS dan sebagainya. Jika hendak menafikan kewujudan sebaran saraf ini, ia adalah satu perkara yang mustahil, kerana ia amat terbukti bagi mereka yang terlibat dalam usrah-usrah PAS.

[3]

Secara peribadi, aku pernah berdialog dan memprovokasikan terhadap salah seorang bekas pimpinan tertinggi JIM dengan beberapa persoalan yang berkaitan pertembungan PAS dan JIM.

Apabila ditanya, "mengapa JIM? Kenapa tidak PAS?" Dinyatakan, ia semua terkesan dengan pengaruh gerakan islam dari luar negara, khususnya Ikhwan Muslimin [Mesir] yang ditubuhkan oleh Hasan Al-Banna dan Jamaat Islami yang ditubuhkan oleh Maulana Abu 'Ala Al-Maududi di pakistan.

Idea penubuhan JIM yang pada mulanya dikenali sebagai IRC itu, didakwa tertubuh ketika PAS masih lagi bersama-sama dengan UMNO dalam kerajan Perikatan [kemudian menjadi BN]. Memandangkan terkesan dari hukuman gantung terhadap Sayed Qutub yang dilakukan oleh Kerajaan mesir ketika itu, menyebabkan golongan JIM tidak dapat menerima tindakan PAS yang bergabung dengan UMNO, kerana pada mereka, UMNO adalah taghut sepertimana kerajaan mesir yang membunuh Sayeq Qutub.

Ekoran itu, mereka mengasingkan diri dari PAS sehingga bermula era kepimpinan ulama dalam PAS. Diceritakan juga, "ikon Ikhwan" yang cukup berpengaruh dalam PAS ketika itu adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Lantaran itu, tidak hairan ada sebilangan pimpinan JIM amat kagum dengan Tuan Guru Haji hadi pada tahun 80an dahulu, yang kini adalah Presiden PAS.

"Ana sanggup bermalam satu family di masjid Rusila selama 4 hari 4 malam, semata-mata nak dengar ceramah haji hadi" ujar salah seorang bekas pimpinan JIM.

Apabila ditanya, dimanakah aura sebegitu hebat sekali? Dijawabnya, "anta tak dengar haji hadi tahun 80an.. Dia punya ceramah, terus boleh taip dan buat buku"

[4]

Cuma agak memelikkan sikit adalah, apabila JIM berjaya ditubuhkan secara rasmi pada 27 Julai 1990[sila Klik]. Namun, apabila ditanya sebilangan bekas pimpinan JIM, mereka mendakwa bahawa penubuhan JIM adalah bertujuan untuk membantu PAS. Cuma, mereka tidak menggunakan aliran politik sepertimana PAS, tetapi mereka mementingkan dakwah berbanding lainnya.

Didakwa juga, PAS dilihat agak perlahan dari sudut dakwah dan dalam penyediaan manhaj dakwah dan usrah. Lantaran itu, tidak hairan bahawa sehingga kini PAS tidak mempunyai buku-buku usrah tersendiri yang bersifat konfrehensif, kecuali 'mencilok' beberapa buah usrah dari luar, seperti terjemahan bagi tulisan Fathi Yakan, Mustafa Masyhur, Abu 'Ala Al-Maududi, Bapak Natsir dan sebagainya.

Apabila keadaan ini berlaku, menyebabkan JIM mengambil inisiatif yang serius dalam menyediakan manhaj usrah dalam membantu PAS. Maka lahirnya risalah usrah tulisan bekas Presiden JIM, [YB] Syaari Sungip atau dikenali sebagai Abu Urwah. Risalah usrah ini, amat mudah didapati di kedai-kedai yang mempunyai kaitan rapat dengan PAS. Malahan kini, jika mahu koleksi risalah-risalah usrah tersebut, boleh didapati di kedai buku yang berada di bawah pejabat harakah [Surat Khabar PAS] di Jalan Pahang.

[5]

Dalam keadaan sebegitu baik pun, unsur curiga mencurigai antara dua gerakan islam ini tetap berlaku. Pertembungan antara dua ini di peringkat Universiti amat ketara kelihatan. Perebutan keahlian pula, merupakan bukti yang paling nyata bahawa pertembungan antara dua gerakan islam ini sememangnya berlaku.

Sukar untuk merungkai pertembungan antara dua gerakan Islam ini. Tidak diketahui, apa sebenarnya yang PAS dan JIM mahu, sehingga berlaku pertembungan antara satu dengan yang lain ini diperingkat Universiti sebegitu hebat sekali.

Di pihak PAS, ada mendakwa bahawa JIM satu aliran dengan UMNO di negeri yang UMNO kuat, dan menjadi PAS di tempat yang PAS kuat; JIM tidak lebih sekadar lalang yang ditiup angin. Dakwaan sebegini, sering kali aku dengar dari sebilangan pimpinan PAS yang cukup anti dengan JIM.

Dari pihak JIM pula, ada yang mendakwa bahawa PAS tidak lebih sekadar parti politik. Dari sudut tarbiah, didakwa PAS tidak kemana. Dakwaan ini bersifat idealis, tetapi tidak mustahil ia sukar dilaksanakan PAS secara ideal, kerana Ustaz Idris Ahmad pernah berkata, "Ahli PAS ini; bermula dari orang yang ada Phd, sampai orang yang tak gosok gigi".

[6]

Dahulu, aku amat anti dengan JIM. mungkin faktor keluargaku pada asalnya dari UMNO, dan terasa betapa susahnya untuk menukar fikrah mereka kepada PAS, menyebabkan aku agak elargic dengan UMNO. Lalu, apabila didakwa bahawa JIM ini bersifat lalang dan berusaha hendak mengUMNOkan PAS, menyebabkan aku amat anti dengan JIM sebelum ini.

Namun begitu, penilaianku ketika itu lebih kepada sentimen, bukan dengan rasional yang sihat. Justeru, apabila aku berfikir secara rasional, aku masih tertanya-tanya tentang pertembungan antara dua gerakan islam ini.

Aku masih tidak mendapat jawapan yang jitu tentang pertembungan antara dua gerakan islam ini. namun, selepas era 8 mac 2008, aku meletakkan tanggapan bahawa Islam yang diperjuangkan oleh PAS, bukan sekadar mahu diterima oleh orang islam, tetapi mahu diterima juga oleh Non Muslim.

Jika dengan Non Muslim, kita mengharapkan sokongan dan dokongan dari mereka, inikan pula dengan sesama gerakan islam yang bernama JIM. tetapi, keadaannya adalah sebaliknya; dengan maksud, curiga mencurigai antara PAS dengan gerakan islam lain ini masih tetap berlaku. Perkara ini yang sedang aku fikirkan, tetapi sehingga kini belum ada lagi dapat memberikan kepadaku jawapan yang jitu dan diterima akal secara rasional.

Bersambung…. Fikrah JIM vs Fikrah PAS [2]

HARGA DAN NILAI BAGI SATU MAKLUMAT

Posted: 03 Dec 2010 12:46 PM PST

Hari ini, aku ikut seorang wartawan untuk mengambil kenyataan media satu badan kerajaan di ibu kota. Sedihnya, kami sesat jalan sehingga sampai agak lewat; iaitu kenyataan media sudah selesai.

Keadaan wartawan terbabit agak kesedihan. Dia bimbang tidak dapat menyediakan berita tentang isu yang agak hangat juga dibincangkan dengan cepat pada hari ini. Makanya, kelihatan dia seperti ibu kucing yang kehilangan anak untuk mendapatkan maklumat tentang kenyataan media yang boleh dijadikan berita.

Dia menelefon tokoh-tokoh tertentu, tetapi tetap mereka tidak mahu melayan. Lalu, dia teringat kepada seorang kawan sesama wartawan untuk mendapat sedikit maklumat untuk dijadikan berita. Setelah menekankan butang off Handphone, kelihatan wajahnya sayu.

Apabila ditanya, dijawab bahawa wartawan yang merupakan kawannya yang hadir awal itu seperti meminta habuan yang agak lumayan, walau kenyataan tokoh terbabit tidaklah lama; sekadar dalam beberapa minit sahaja. Mendengar penerangannya, aku terkejut dengan dunia kewartawanan ini. Aku tidak mengetahui langsung pembudayaan sebegini, malah inilah pertama kali aku melihat situasi ini.

"Ko nak bayar ker?" soalku.

"aku ada maruah. Aku tak akan buat kerja macam tu" jawabnya ringkas tapi membanggakan.

Mendengar jawapan itu, aku mula teringat dengan kisah seorang kawan yang menjadi penasihat syariah di salah sebuah bank di Malaysia. Dimaklumkan bahawa dia kesangsian dalam beberapa isu fiqh berkaitan dengan sistem kewangan islam. Ekoran itu, dia telah menelefon seorang "Prof" dalam bidang kewangan islam, untuk mendapat sedikit pencerahan.

Soalan pertama dijawab dengan baik. Begitujuga pada soalan kedua. Tetapi, apabila masuk ke soalan ketiga, "prof" terbabit terus berkata, "apa? awak ingat ini free ker?" lalu terus dimatikan handphone tanpa sebarang ucapan salam.

Fuh.. inilah nilai satu maklumat. Tidak hairan seorang kawan yang sering berwacana denganku, ada sekali dia berkata, "aku baca buku banyak-banyak. Aku habis banyak duit untuk beli buku. Tiba-tiba, ko nak maklumat aku mudah dan free.. sori la beb"

Mendengar kata-kata kawanku itu, hati kecilku terus berkata, "Ya Allah, Aku minta berlindung dengan-Mu, agar tidak menjadikan aku kedekut ilmu yang dibaca dan dipelajari semata-mata untuk mendapatkan habuan dunia"

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] sg Buloh
4 Disember 2010 * 4:32 pagi

Johor, N Sembilan, Melaka diramal tumbang ke tangan PR

Posted: 03 Dec 2010 12:41 PM PST

PAS dan Pakatan Rakyat mungkin menawan Johor, Negeri Sembilan, Melaka serta beberapa negeri lain pada pilihan raya umum akan datang, lapor Harakahdaily.

Portal berita rasmi parti itu memetik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam temubual khas di parlimen baru-baru ini.

"Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya," katanya.

Menurut Hadi, tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun ia tidak mudah kerana mereka terpaksa bertanding di padang yang tidak sama rata.

"Media massa dan jentera kerajaan dikuasai oleh parti pemerintah. Namun jika dilipatgandakan usaha dan kekuatan jentera, kita mampu mendapat kemenangan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN mungkin menawan kembali dua atau tiga negeri Pakatan Rakyat.

"Jika beliau katakan mungkin, kita juga hendak katakan mungkin juga PAS dan Pakatan akan kuasai Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Hari ini PAS sudah mempunyai dua ADUN di Johor, dan sokongan rakyat juga bertambah, petanda-petanda perubahan juga sudah dilihat," ulas Hadi yang juga ahli parlimen Marang.

Ketika mengulas kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi baru-baru ini, Mahathir berkata ia satu isyarat perubahan kepada BN dan mereka mungkin tawan dua atau tiga negeri Pakatan.

Namun bagi Hadi, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan isyarat sokongan rakyat kepada BN sudah beralih, sebaliknya merupakan isyarat kepada Pakatan supaya mengemaskini jentera dan memperbaiki kelemahan.

Menurut beliau, tidak dinafikan ada kelemahan di pihak PAS dan Pakatan yang perlu diperbaiki.

***

sebagai ahli PAS, aku bangga klu ada kenyataan media seperti ini... walau agak lewat dan selepas dikritik [melalui SMS kpd pimpinan tertinggi terbabit dan blog], tetapi ia tetap membanggakan..

Tiada ulasan: