Khamis, 16 Disember 2010

AdukaTaruna

AdukaTaruna


RAKAMAN DEBAT Wan Ji VS Fathul Bari.

Posted: 16 Dec 2010 12:17 AM PST





sila mahu dengar rakaman debat "menegur pimpinan terbuka" sila klik di sini

Tukar Hadi Awang untuk strategi politik Islam adalah berdosa?

Posted: 15 Dec 2010 11:35 PM PST

Oleh : AdukaTaruna

Pada mulanya, dan sudah lama begitu, gua mengambil jalan begini. Gua tidak mengambil pusing terhadap hujah penegak Hadi termasuk mereka yang bacul tidak beridentiti seperti Ali Zaidan, Batu Api, etc. Kerana gua mahu berdepan dengan Hadi secara nyata. Gua nak tengok kalah atau menangnya Hadi dalam hujah, adakah petanda Hadi beriman atau tidak.

Penegak Hadi hanya akan mengikut arus yang berlaku sama ada Hadi berjaya digulingkan atau terus terpahat kukuh. Orang bodoh, lemah, bacul dan penakut hanya duduk di rumah dan menunggu peluang mengundi. Kemudian, apa sahaja berlaku, mereka hanya menyesuaikan diri dengan pihak yang menang.

Namun, hari ini, rakan PAS gua memberi amaran bahawa mentaliti SFH adalah majoriti dalam perwakilan. Perwakilan adalah pembolehubah. Perwakilan adalah pengundi. Pembolehubah adalah sunnah Allah. Format alam Allah. Tunduk kepada pembolehubah Allah, bermakna tunduk kepada Allah. Tunduk kepada ketetapan yang Allah create alam ciptaanNya.

Sekarang, mari kita rakam jawapan dalam kapsul masa. Kapsul masa ni kita akan rujuk kemudian nanti. Insyaallah. Lu orang rakam dulu jawapan A atau B. Then nak memekak macam gua, dipersilakan. Hidop Rosmah!

[1.]
"walaupun PAS dalam sistem Undi.. PAS mahu tonjolkan Perjuangan Aqidah ISLAM itu sendiri" - Penegak Hadi.

Menukarkan jawatan Presiden PAS yang dipegang oleh Hadi Awang bagi tujuan strategi politik Islam, dalam sistem undi, adalah mengubah hukum-hukum Islam, dan membatalkan akidah. Oleh sebab itu, hukumnya berdosa.

A. Benar.
B. Tidak benar.


[2.]
tetapi KAEDAH sekarang..
PEJUANG ISLAM.. hanya percaya dalam keadaan perjuangan apa sekalipun..
pedang ke.. pensel ke.. bila cukup syarat keimanan dan ketaqwaan..
ALLAH janji beri kemenangan!!! - Penegak Hadi.

Yang mana satu ijtihad lu orang?

A. Janji Allah itu HANYA merujuk kepada golongan yang mengikut sunnah atau ketetapan perjuangan Nabi2; serta mengikut pembolehubah alam.

B. Janji Allah itu TURUT merujuk kepada golongan yang TIDAK mengikut sunnah atau ketetapan perjuangan Nabi2, dan TIDAK mengikut pembolehubah alam. Sebagai contoh, sistem undi pensel.


[3]
persepsi awam memang perlu dilihat..tapi kalau persepsi itu tidak megambarkan mahu kepada ISLAM secara menyeluruh.. tak perlu Ikut..

FIRMAN ALLAH kepada Nabi SAW""

jika kamu banyak mengikut Zonn (ppersepsi) orang ramai.. nescaya mereka akan menyesatkan kamu"" - Penegak Hadi.

Yang mana ijtihad lu orang?

A. Mengikut zon persepsi, sesuai dengan pembolehubah alam, DENGAN menukarkan Presiden, TETAPI TIDAK memansuhkan Sistem Syura Ulama yang berkuasa mengawal Presiden, TIDAK AKAN MENYESATKAN. Dengan menukar Hadi Awang mengikut persepsi orang ramai TIDAK AKAN membatalkan akidah.

B. Mengikut zon persepsi, sesuai dengan pembolehubah alam, DENGAN menukarkan Presiden, TETAPI TIDAK memansuhkan Sistem Syura Ulama yang berkuasa mengawal Presiden, AKAN MENYESATKAN. Dengan menukar Hadi Awang mengikut persepsi orang ramai AKAN membatalkan akidah.

[4]

berapa banyak ayat ALLAH, nyatakan golongan sedikit mengalahkan yang banyak.. (ALLAH tak kata hanya melalui pedang sahaja)

Yang mana satu ijtihad lu orang?

A. Allah memberi kemenangan kepada 300 tentera beriman vs 3000 tentera munafik dalam keadaan 10 juta golongan bodoh, bacul, lemah dan takut mendedahkan identiti HANYA menanti nasib mereka di rumah. Mereka akan mengikut pihak yang menang.

B. Allah memberi kemenangan kepada 300 tentera beriman vs 3000 tentera munafik dalam keadaan 10 juta golongan bodoh, bacul, lemah dan takut mendedahkan identiti, menanti di rumah menggunakan kuasa pensel mereka.

[5.]


cuba lihat ketika zaman Umar.. semasa perang di iraq.. perang berlarutan lama tanpa siapa yang menang..
kemudian mereka mengadu kepada saidina Umar..

apa kata Umar:: kamu telah meninggalkan sunnah rasul.. bersugi dan solat malam..

kemudian tentera muslimin Menang!!!


Hukum Alam perjuangan ISLAM.. ALLAH janjikan kemenangan bila pejuang2 dan Penyokong2nya betul bertaqwa kepada ALLAH.." - Penegak Hadi.

Yang mana satu ijtihad lu orang?

A. Ketika PAS Terengganu menang untuk memerintah Terengganu 1999 melalui undi pensel, tentera PAS termasuk Hadi Awang dalam keadaan beriman. Semua mereka menggosok gigi menggunakan kayu sugi.

B. Ketika PAS Terengganu kalah 2004, bedah siasat mendapati Panglima Perang Undi Pensel mereka, Hadi Awang menggogok gigi menggunakan Colgate. Menggunakan Colgate tidak beriman dan berdosa.

C. PAS Kelantan menang PRU sehingga sekarang adalah sebab kesemua mereka tidak menggunakan Colgate dan tidak pernah meninggalkan solat malam. Setakat AbangHensem menggunakan ubat gigi Thailand, tidak mengapa. Kerana beliau bukan tentera Islam.

D. Err... gua dah kompius.

Gua dah kompiusss!!!



Tiada ulasan: