Isnin, 13 Disember 2010

Addin

Addin


PAS Ramal BN Adakan Rampasan Kuasa Jika Tewas PRU 13

Posted: 13 Dec 2010 06:37 AM PST

Pemimpin PAS menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menggerakkan rampasan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum ke-13 tergempar, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan rakyat tidak mengundi parti lain selain BN menunjukkan perdana menteri sangat terdesak untuk kekal memegang kuasa.

"Pada Sabtu lalu, perdana menteri mengatakan jika BN tidak boleh menang, tiada pihak lain yang boleh atau harus menang. Ini satu kenyataan bahaya... apa yang akan berlaku jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan dating?" katanya lagi. "Adakah ini bermakna akan ada rampasan kuasa? Satu ugutan telah pun dibuat oleh perdana menteri, sebahagian daripada persediaan ke arah pilihan raya, seolah-olah Najib sendiri tidak yakin dengan peluang partinya untuk menang," kata Mahfuz kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Mahfuz merujuk kepada laporan Sabtu lalu memetik Najib berkata, pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.Justeru, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.

"Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan. "Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka," katanya.

"Ini menunjukkan bahawa perdana menteri tidak percaya pada konsep pilihan raya. Beliau mengatakan bahawa beliau tidak akan membiarkan orang lain menang jika BN kalah. Ini satu tamparan kepada pengundi," kata Ahli Parlimen PAS dari Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendesak Najib agar menjelaskan maksud kenyataan beliau, yang menurutnya sebenarnya ia satu bentuk ugutan.

"Najib perlu memberi penerangan yang jelas, jadi kita semua boleh faham. Kami mahukan satu respons terus. "Jika beliau tidak memberikan respons, ia menunjukkan bahawa beliau tidak sedia untuk melepaskan kuasa (jika kalah)," kata Khalid. Kini BN memiliki 138 kerusi Parlimen yang memperuntukkan 222 kerusi manakala PR pula 76 manakala enam adalah anggota Bebas dan dua lagi dimiliki Parti Progresif Sabah.

Sumber

Tiada ulasan: