Sabtu, 20 November 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MUSUH PARTI BUKAN ZAID SAHAJA, JPP JANGAN JADI `JIN PEMUSNAH PARTI'

Posted: 20 Nov 2010 10:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

DS Anwar di dalam Rapat Perdana di MBSA semalam menegaskan tumpuan parti sekarang adalah untuk menentang `musuh di dalam parti'. Kita harus kenal, musuh di dalam parti bukan Zaid seorang sahaja yang pada saya terang-terang menjalankan kerja yang tidak membina maruah parti, sebaliknya mengambil langkah yang songsang untuk menjejaskan parti. Tetapi, adakah Zaid sahaja musuh parti?

Ada musuh yang kita tidak nampak, tidak kurang bahayanya kepada parti. Mereka ini seolah-olah menjalankan kerja untuk menaikkan seseorang yang mereka suka melalui cara halus. Jika Zaid sahaja musuh parti, paling tidak pun selepas 16 Dis parti kita dikira selamat. Tetapi, saya rasa kita masih belum selamat kerana mungkin terdapat lagi musuh yang lebih hebat dari Zaid dan peranan mereka lebih efektif dari Zaid untuk menghancurkan parti. Mereka ini sukar untuk dikatakan musuh kerana mereka dilihat berada di bawah pentadbiran PKR Pusat.

Saya tidak tahu samada PKR Pusat sedar atau tidak peranan mereka ini. JPP yang mengendalikan proses pemilihan parti semakin dibimbangi peranan mereka. Mungkin tidak adil untuk kita mendakwa keseluruhan JPP bertindak sebagai musuh `halimunan' di dalam parti, namun dakwaan demi dakwaan beserta bukti dan fakta menyebut ada kakitangan JPP yang menjadi ejen pemusnah parti. Mereka tidak melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh parti dengan telus, adil dan profesional.

Melalui surat atau laporan yang dikemukakan oleh calon AMK, Chegu Bard kepada Presiden Parti memohon agar siasatan dilakukan secara adil dan menyeluruh. Chegu Bard bukan hanya menyebut adanya berlaku penipuan atau keraguan di dalam beberapa pemilihan di Cabang, malahan beliau mengemukakan bukti dan fakta. Ini lah yang amat saya puji dan sepatutnya kita semua puji apa yang dilakukan oleh Chegu Bard. Beliau bertindak waras, berhemah dan penuh profesional. Anda boleh baca laporan yang dibuat oleh Chegu Bard di sini, bukan untuk anda percaya seratus peratus tetapi yang penting kita mahu siasatan dilakukan segera.

Memang tepat sekali apabila Presiden Parti memuji tindakan calon Ketua AMK itu kerana melakukan teguran atau protes secara penuh berhemah dan bertanggungjawab. Memadaikah dengan hanya memuji tindakan Chegu Bard? Chegu Bard tidak perlu kepada pujian sebaliknya beliau mahu PKR dibersihkan dari `musuh halimunan' seperti ini. Adakah perbuatan Chegu Bard itu sebagai pengkhianat parti? Terlalu jauh bezanya tindakan Chegu Bard dari apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim.

Seperti yang Chegu Bard katakan kepada saya melalui SMS, beliau tidak takut kepada undian yang beliau terima tetapi beliau lebih takut kepada penipuan yang berlaku secara terang dan sengaja. PKR tidak harus menghalalkan penipuan kerana pemimpin yang lahir hasil dari penipuan tidak akan mendapat keberkatan dan pastinya pemimpin itu nanti akan bersikap penipu sepanjang masa.

Sudah pasti calon yang sekarang mungkin selesa dengan undi yang mereka perolehi setakat ini seperti Azmin, Nurul Izzah, Shamsul Iskandar dan beberapa yang lain tidak akan merasa seronok jika mereka menang secara penipuan atau melalui proses yang tidak demokratik. Kita juga tentu sekali tidak senang dan redha jika pemimpin kita dipilih melalui cara kotor sedemikian.

Parti mesti bertindak ke atas semua laporan yang dikemukakan dengan fakta dan bukti seperti laporan yang dibuat oleh Chegu Bard di atas. JPP adalah Jawatankuasa Pemilihan Pusat mesti mengelakkan dirinya menjadi `Jin Pemusnah Parti' (JPP). Jangan kerana adanya beberapa ahli atau ejen yang dilantik oleh JPP bertindak merosakkan parti, maka keseluruhan nama JPP menjadi busuk umpama bangkai. JPP mesti bersihkan namanya segera, dan buktikan bahawa JPP sebenarnya bertindak menjadi wakil suara kepada semua ahli parti. Jika itu mampu dilakukan oleh JPP, maka JPP akan dihormati.

Saya amat setuju jika pemilihan dlakukan semula ke atas mana-mana Cabang yang terbukti berlakunya penipuan atau salah laku. Tidak perlu melakukan pemilihan semula kepada semua yang tidak terlibat. Tetapi adakah parti bersedia untuk melakukannya? Hanya komitmen dan kesedaran dari pimpinan parti sahaja yang boleh akukan demi untuk keadilan. Saya yakin, Presiden dan juga kesemua pimpinan pusat mahu melihat parti ini diterajui oleh mereka yang bersih dan jujur. Kebersihan dan kejujuran tidak akan wujud dari punca yang tidak bersih dan jujur.

Laporan seperti yang dibuat oleh Chegu Bard bukan laporan yang dihantar kepada Utusan Malaysia atau TV3. Laporan ini dikemukan kepada parti dan parti perlulah bertindak segera dengan adil. Chegu Bard tidak mengadu kepada media pencacai seperti yang Zaid Ibrahim lakukan. Apakah parti tidak malu atau segan dengan tokoh muda ini?/wfauzdin.blogspot.com

KEBENARAN APA ? - DR SYED HUSIN ALI

Posted: 20 Nov 2010 09:00 PM PST

Syed Husin: Siapa nak keluar PKR, keluarlah

Abdul Rahim Sabri
Nov 20, 10

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali tidak risau dengan sekiranya terdapat anggota parti itu bercadang untuk keluar parti dan menyertai parti baru yang dicadangkan oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Tokoh PKR itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pembersihan dalam parti itu yang ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu.

NONE"Bagi saya mudah sahaja. Siapa yang nak keluar... keluarlah. Ini bagi saya (satu) proses pembersihan dalam parti.

"Saya selalu katakan, bila sampah sarap berlalu, sungai akan menjadi jernih... Saya tidak risau dan ramai pemimpin tidak risau," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini semalam.

Menurutnya, situasi tersebut bukan dialami oleh PKR sahaja, malah sebelum ini PAS dan DAP turut mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu.

"Ini bukan pengalaman PKR (sahaja). Parti yang tua, yang kelihatan lebih kuat, sudah mengalami (perkara ini). (Dalam) PAS sendiri apabila presidennya sendiri (Datuk) Asri (Muda tinggalkan parti)," katanya senator itu.

Hak Zaid

Syed Husin mengulas mengenai kenyataan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam sidang media pagi semalam yang tidak menolak kemungkinan ramai anggota PKR akan menyertainya keluar parti.

Dalam sidang media di kediamannya, Zaid memilih 16 Disember depan sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu setelah menghantar surat peletakkan jawatannya semalam.

Beliau juga memutuskan untuk menubuhkan parti baru dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas mengenai keputusan Zaid tersebut, Dr Syed Husin yang juga bekas tahanan ISA berkata, ia merupakan hak Zaid untuk berbuat demikian.

"Rakyat yang akan menentukan sama ada parti itu mempunyai masa depan (atau tidak). Tapi dia konsisten bahawa dia mahu bertanding dan masuk ke dalam parlimen. Terserah (kepada) rakyat (untuk menetukannnya)," katanya.

Ditanya sama ada PKR dan Pakatan Rakyat mahu berkejasama dengan parti baru itu, Dr Syed Husin berkata parti itu akan melihat perkembangannya terlebih dahulu.

Sekejap nak, sekejap tak nak

"Dalam masa sekarang bukan kita (PKR) akan putuskan," katanya.

Dr Syed Husin yang turut mempersoalkan sikap Zaid "yang tidak tetap pendirian" dan "sekejap berubah-ubah".

"Perkara kecil sahaja, (contohnya) sekejap nak ada sidang akhbar, sekejap tak nak. Sekejap nak adakan balik.

"Sekejap nak bertanding presiden, sekejap nak bertanding timbalan. Sekejap kata nak berundur sekira seorang itu mengambil bahagian. Bila orang itu mengambil bahagian, dia tak mahu berundur.

"Jadi perkara seperti ini menimbulkan banyak tanda tanya. Kebenaran apa?" katanya ketika mengulas kenyataan Zaid yang mahu menubuhkan parti baru "berteraskan kebenaran"./Malaysiakini

USTAZ AZHAR IDRUS DI MASUKKAN KE WAD ICU ?

Posted: 20 Nov 2010 08:00 PM PST

Ustaz Azhar Idrus, Pendakwah yang gigih serta mempunyai ramai peminat..

Oleh: WFAUZDIN NS

BETULKAH berita yang saya terima ini? Saya terima maklumat dari Tranungkite dalam ruangan forum yang menyebut bahawa Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus kini berada di Wad ICU Hospital K.Terengganu.

Mudah-mudahan ada yang dapat memberi pengesahan. Sekiranya benar, marilah kita bersama berdoa agar Allah memberikan kesihatan dan kesejahteraan yang baik buat Ustaz Azhar. Wallahu Aklam.

Hadi: Memali berdarah kerana takut berhujah

Posted: 20 Nov 2010 07:00 PM PST

Nov 20, 10 12:41pm

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan peristiwa berdarah Memali yang berlaku 25 tahun lalu menggambarkan kemuncak 'ketakutan' Umno untuk berhujah dengan PAS.

Katanya, semuanya bermula apabila PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno, seterusnya membawa kepada cadangan perdebatan antara kedua-dua wakil parti, lapor Harakahdaily.

hadi awang 010807 "PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima. Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.

"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga ahli parlimen Marang ketika merasmikan sambutan ulang tahun memperingati peristiwa Memali di Baling, malam tadi.

NONEBermula semalam, Pemuda PAS menganjurkan sambutan tiga hari jubli perak memperingati peristiwa pada tahun 1985 itu, yang menyaksikan 14 orang terbunuh ketika menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ibrahim dan pengikutnya kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menggugat keselamatan negara.

Pengisian sepanjang program itu, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.

NONE Abdul Hadi mendakwa, kerajaan kemudiannya memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan menggunakan akta ISA untuk menahan pemimpin parti Islam itu.

Menurut akhbar web PAS juga, Abdul Hadi berkata, ramai pemimpin PAS ditahan polis ketika itu walaupun Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya masih bebas.

"Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah. Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.

"Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," dakwa Abdul Hadi lagi./Malaysiakini

PILIH SIAPA SAHAJA ASALKAN BUKAN YANG GUNAKAN MEDIA MILIK UMNO - ANWAR

Posted: 20 Nov 2010 05:00 PM PST

Amanat Anwar bidas 'sahabat' lama

S Pathmawathy
Nov 20, 10

Amanat penting Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinanti-nantikan penyokong PKR beberapa minggu sebelum kongres PKR minggu depan nampaknya berkisar soal calon timbalan presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

selangor pkr gathering 201110 swearing Memberitahu enggan mengulas mengenai tindakan Zaid yang mahu meninggalkan PKR 16 Disember depan, Anwar bagaimanapun ketika menyampaikan ucapannya di hadapan 1,500 hadirin di Shah Alam berkata:

"Kenapa saya perlu cakap tentang Zaid? Ini bukan tugas saya. Tugas saya untuk mengukuhkan parti," kata ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu.

Bagaimanapun, Anwar berkata tidak akan sesekali "bertolak ansur" dengan mana-mana pihak yang memburukkan perjuangan lebih sedekad PKR dan "mengejek" pemimpinnya.

"Sesetengah pramg berkata saya tidak neutral, menuduh saya memihak, tetapi biar saya beritahu sekarang, pilih siapa sahaja, tapi bukan orang yang mengkritik kita menggunakan media milik Umno," katanya./Malaysiakini

KARPAL PERNAH BERITAHU ANWAR, ZAID TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

Posted: 20 Nov 2010 04:00 PM PST

Zaid Tak Boleh Dipercayai : Karpal
20/11/2010


PULAU PINANG 20 NOV : Pengerusi DAP Karpal Singh menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan menegaskan Pakatan Rakyat bersedia menghadapi sebarang cabaran daripada parti yang bakal ditubuhkan oleh Zaid.

Karpal lahirkan rasa simpati dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim atas tindakan Zaid mengkritik pimpinan PKR bertalu-talu sebelum bertindak keluar dari parti itu. "Apabila Zaid menyertai PKR (pada 2008), saya ada menyatakan pada Anwar Ibrahim (bahawa) orang ini tidak boleh dipercayai. Ini boleh disahkan oleh Anwar (sendiri)," Karpal memberitahu pemberita di Pulau Pinang.

Karpal berkata tindakan Zaid membuat pelbagai tuduhan dan kritikan terhadap Anwar amat dikesali memandangkan jasa Ketua Pembangkang itu menerima Zaid ke dalam PKR dan memberikan beliau ruang untuk menyerlah. "Anwar memberi "perlindungan" kepada Zaid ibrahim. Tetapi apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim (dengan) perkataan-perkataan yang digunakan ke atas Datuk Seri Anwar adalah satu perkara yang tidak boleh dipertahankan", tegas Karpal.

Selain diangkat oleh Anwar untuk menjadi calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Zaid turut dipilih menganggotai Biro Politik selain menjadi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Zaid kemudian menuduh Anwar dan pimpinan PKR lain sebagai kononnya tidak mendokong amalan demokrasi, malah meminta Anwar untuk meninggalkan parti itu.

Karpal berkata Zaid bebas untuk menubuhkan parti baru namun ia tidak sekali-kali akan mengusarkan Pakatan Rakyat. "Jika Zaid Ibrahim mahu tubuhkan satu parti politik dia boleh, Pakatan Rakyat bersedia untuk menghadapi apa-apa cabaran dari zaid Ibrahim," kata beliau.

Ketika mengumumkan hasrat menubuhkan parti baru, Zaid tidak menolak kemungkinan parti itu bekerjasama dengan Umno atas isu-isu tertentu. /TVNews

PEMILIHAN PKR - AZMIN, NURUL IZZAH DAN FAUZIAH MASIH SELAMAT?

Posted: 20 Nov 2010 10:30 AM PST

Minggu penentu pemilihan PKR bermula

Nov 20, 10 4:02pm
Minggu penentu bagi calon-calon majlis pimpinan pusat (MPP) PKR bermula apabila 57 lagi cabangnya melangsungkan pemilihannya di seluruh negara bermula pagi tadi.

Hari ini, anggota PKR di sekurang-kurangnya 15 cabang lagi - enam di Selangor, enam di Sarawak dan tiga di Johor - akan membuat pilihan masing-masing.

Manakala esok sebanyak 37 cabang lagi akan melangsungkan proses berdasarkan konsep "satu anggota satu undi" di Sarawak (16 cabang), Johor (17), Selangor (7), dan Sabah (1 cabang).

azlanLima lagi cabang yang sebelum ini belum mengadakan pemilihannya (Parit Sulong, Penampang, Silam, Kimanis, Kuala Langat) turut mengadakannya dalam dua hari ini.

Setakat ini belum dapat dipastikan cabang-cabang itu akan mengadakannya hari ini atau esok.

Dalam pemilihan minggu terakhir, tumpuan kini beralih daripada kerusi timbalan kepada jawatan naib presiden yang mana persaingan antara 17 nama-nama besar dalam parti itu masih sengit.

Tiada sesiapa yang dilihat betul-betul selamat buat masa ini ekoran hanya empat tempat sahaja yang diperuntuk dipertandingkan.

Setakat ini, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masih di depan dengan 11,042 undi, diekori Pengarah Strategi PKR Tian Chua (9,542), Fuziah Salleh (7,878) dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (7,448).

Di belakang mereka, dua calon berbangsa India - ahli parlimen Padang Serai N Gobalakhrisnan dan exco Selangor Xavier Jayakumar - mengekor rapat, masing-masing dengan 5,288 dan 4,840 undi.

Manakala, bagi kerusi timbalan presiden pula, persaingannya dilihat kurang menarik lagi selepas calon heavyweight Datuk Zaid Ibrahim menarik diri, malah membaut keputusan keluar daripada PKR pada 16 Disember depan.

Pengunduran itu terus melonjakkan majoriti Azmin Ali kepada lebih 11,000 undi apabila pencabarnya yang tinggal Mustaffa Kamil Ayub dilihat gagal menarik undi daripada penyokong Zaid setaka ini.

Azmin kini mendapat 14,751 undi manakala Mustaffa pula mendapat 3,401 sahaja. Kedua-dua mereka naib presiden PKR./Malaysiakini

MUSUH PARTI BUKAN ZAID SAHAJA, JPP JANGAN JADI `JIN PEMUSNAH PARTI'

Posted: 20 Nov 2010 07:59 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

DS Anwar di dalam Rapat Perdana di MBSA semalam menegaskan tumpuan parti sekarang adalah untuk menentang `musuh di dalam parti'. Kita harus kenal, musuh di dalam parti bukan Zaid seorang sahaja yang pada saya terang-terang menjalankan kerja yang tidak membina maruah parti, sebaliknya mengambil langkah yang songsang untuk menjejaskan parti. Tetapi, adakah Zaid sahaja musuh parti?

Ada musuh yang kita tidak nampak, tidak kurang bahayanya kepada parti. Mereka ini seolah-olah menjalankan kerja untuk menaikkan seseorang yang mereka suka melalui cara halus. Jika Zaid sahaja musuh parti, paling tidak pun selepas 16 Dis parti kita dikira selamat. Tetapi, saya rasa kita masih belum selamat kerana mungkin terdapat lagi musuh yang lebih hebat dari Zaid dan peranan mereka lebih efektif dari Zaid untuk menghancurkan parti. Mereka ini sukar untuk dikatakan musuh kerana mereka dilihat berada di bawah pentadbiran PKR Pusat.

Saya tidak tahu samada PKR Pusat sedar atau tidak peranan mereka ini. JPP yang mengendalikan proses pemilihan parti semakin dibimbangi peranan mereka. Mungkin tidak adil untuk kita mendakwa keseluruhan JPP bertindak sebagai musuh `halimunan' di dalam parti, namun dakwaan demi dakwaan beserta bukti dan fakta menyebut ada kakitangan JPP yang menjadi ejen pemusnah parti. Mereka tidak melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh parti dengan telus, adil dan profesional.

Melalui surat atau laporan yang dikemukakan oleh calon AMK, Chegu Bard kepada Presiden Parti memohon agar siasatan dilakukan secara adil dan menyeluruh. Chegu Bard bukan hanya menyebut adanya berlaku penipuan atau keraguan di dalam beberapa pemilihan di Cabang, malahan beliau mengemukakan bukti dan fakta. Ini lah yang amat saya puji dan sepatutnya kita semua puji apa yang dilakukan oleh Chegu Bard. Beliau bertindak waras, berhemah dan penuh profesional. Anda boleh baca laporan yang dibuat oleh Chegu Bard di sini, bukan untuk anda percaya seratus peratus tetapi yang penting kita mahu siasatan dilakukan segera.

Memang tepat sekali apabila Presiden Parti memuji tindakan calon Ketua AMK itu kerana melakukan teguran atau protes secara penuh berhemah dan bertanggungjawab. Memadaikah dengan hanya memuji tindakan Chegu Bard? Chegu Bard tidak perlu kepada pujian sebaliknya beliau mahu PKR dibersihkan dari `musuh halimunan' seperti ini. Adakah perbuatan Chegu Bard itu sebagai pengkhianat parti? Terlalu jauh bezanya tindakan Chegu Bard dari apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim.

Seperti yang Chegu Bard katakan kepada saya melalui SMS, beliau tidak takut kepada undian yang beliau terima tetapi beliau lebih takut kepada penipuan yang berlaku secara terang dan sengaja. PKR tidak harus menghalalkan penipuan kerana pemimpin yang lahir hasil dari penipuan tidak akan mendapat keberkatan dan pastinya pemimpin itu nanti akan bersikap penipu sepanjang masa.

Sudah pasti calon yang sekarang mungkin selesa dengan undi yang mereka perolehi setakat ini seperti Azmin, Nurul Izzah, Shamsul Iskandar dan beberapa yang lain tidak akan merasa seronok jika mereka menang secara penipuan atau melalui proses yang tidak demokratik. Kita juga tentu sekali tidak senang dan redha jika pemimpin kita dipilih melalui cara kotor sedemikian.

Parti mesti bertindak ke atas semua laporan yang dikemukakan dengan fakta dan bukti seperti laporan yang dibuat oleh Chegu Bard di atas. JPP adalah Jawatankuasa Pemilihan Pusat mesti mengelakkan dirinya menjadi `Jin Pemusnah Parti' (JPP). Jangan kerana adanya beberapa ahli atau ejen yang dilantik oleh JPP bertindak merosakkan parti, maka keseluruhan nama JPP menjadi busuk umpama bangkai. JPP mesti bersihkan namanya segera, dan buktikan bahawa JPP sebenarnya bertindak menjadi wakil suara kepada semua ahli parti. Jika itu mampu dilakukan oleh JPP, maka JPP akan dihormati.

Saya amat setuju jika pemilihan dlakukan semula ke atas mana-mana Cabang yang terbukti berlakunya penipuan atau salah laku. Tidak perlu melakukan pemilihan semula kepada semua yang tidak terlibat. Tetapi adakah parti bersedia untuk melakukannya? Hanya komitmen dan kesedaran dari pimpinan parti sahaja yang boleh akukan demi untuk keadilan. Saya yakin, Presiden dan juga kesemua pimpinan pusat mahu melihat parti ini diterajui oleh mereka yang bersih dan jujur. Kebersihan dan kejujuran tidak akan wujud dari punca yang tidak bersih dan jujur.

Laporan seperti yang dibuat oleh Chegu Bard bukan laporan yang dihantar kepada Utusan Malaysia atau TV3. Laporan ini dikemukan kepada parti dan parti perlulah bertindak segera dengan adil. Chegu Bard tidak mengadu kepada media pencacai seperti yang Zaid Ibrahim lakukan. Apakah parti tidak malu atau segan dengan tokoh muda ini?/wfauzdin.blogspot.com

PEMILIHAN PKR - PEMIMPIN UMNO BIMBANG JIKA IA BERJAYA

Posted: 20 Nov 2010 01:00 AM PST

Sistem Pemilihan PKR....UMNO Mahu Ianya Gagal

Oleh: Iqbal

"Seprti biasa umno bergerak menggunakan media2 serta agensi-agensi milik kerajaan. Ini kerana mereka merasakan kemudahan-kemudahan ini nenek moyang mereka punya. Setiap kali bila musim pemilihan barisan pemimpin parti-parti dalam PR berlangsung maka liputan yang luar baisa diberikan sama ada media cetak mahupun media elektronik.

Sebenarnya di alaf baru ini, alaf maklumat dihujung jari dimana maklumat tiada sempadan. Malah majoriti masyarakat hari ini bukannya seperti zaman Pak Pandir. Masyarakat hari ini lincah bukan saja dari segi gerak gerinya malah lincah dalam menilai sesuatu maklumat.

Di Malaysia budaya politknya masih bersifat ortodok ( yang masih dikekal diamalkan oleh parti umno ).Hari ini dimana ganjaran ,laba dan wang ringgit menjadi taruhan maka budaya politik yang bersifat ortodok ini memberi natijah yang buruk. Oleh kerana memiliki kekuasaan mak ini memberi peluang yang tanpa sempadan untuk para pemimpin tertinggi umno untuk mengumpul dan menghimpun seberapa banyak harta dan wang ringgit. Projek-projek mereka boleh ada-adakan. Kelulusan ditangan mereka. Maka sebab tiap kali datang musim pemilihan dalam umno , ini ialah saat keemasan bagi para perwakilan umno mengumpul 'sedikit ' wang dan habuan. Para calon pula tidak teragak-agak melabur untuk memastikan perwwakilan mengundi mereka.

Oleh sebab itu apabila PKR memperkenalkan sistem pemilihan baru , ianya memberi tamparan kepada umno. Kebimbangan umno ialah sekiranya sistem pemilihan secara terbuka kepada semua ahlinya berjaya, maka tidak dapat tidak akan kedengaranlah suara dari ahlinya atau bekas pemimpinnya supaya memperkenalkan sistem seperti PKR. Sistem ini tentunya tidak akan dipersetujui sama sekali poleh para pewakilan dan dalam kalangan pemimpin tertinggi umno.

Para pemimpin umno bukannya jenis reti berusaha dan berkerja keras. Mereka dibesarkan dengan budaya JANGAN PINTAS. Nak kaya ada jalan pintas. Begitu juga nak jadi ketua ada jalan pintasnya iaitu MEMBERI SOGOKAN kepada para perwakilan. Rasuah adalah sindrom yang tidak dapat diubati dalam umno.

Oleh itu kita dapati umno melalui media yang mereka kuasai dan juga melalui ejen2 upahan yang berpura menjadi ahli PKR , berusaha keras dalam percubaan mereka menggagalkan proses pemilihan PKR.

Kepada PKR teruskan langkah anda melakukan perubahan bukan saja dalam parti tetapi juga perubahan di Putrajaya . Jangan bimbang dengan rintangan dan halangan. Ingat bukan satu yang mustahil untuk menyingkirkan umno dari tampok pemerintahan. Umno seperti manusia juga ada had umurnya./Tranungkite

Tiada ulasan: