Sabtu, 20 November 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kak Minah ronggeng cerita CD lagi ... CD apa pula kali ni Kak Minah ai? ... hahaha

Posted: 20 Nov 2010 10:11 PM PST

Kak Minah bersama Dr Mansor di hari penamaan calon PRK Penanti

Hangpa ingat tak lagi kak Minah Ronggeng di PRK Penanti hari tu ... kak Minah ni bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang. ... entah macamana lari keluar dari PKR dan bertanding sebagai calon bebas menentang Dr Mansor ... semasa kempen macam-macam dia buat cerita ... nak edar CD lah ... ada tawaran dari pimpinan PKR P.Pinang supaya dia menarik diri lah dan macam-macam lagi. Tup-tup kalah terkelepok (kata orang penang, jatuh terduduk la tu) ...


Bila dah kalah kak Min sunyi sepi, Sapa pun dah tak ingat kat dia dah. Apa sangat nak duk ingat bukan sapa-sapa pun .... Tiba-tiba Minah ronggeng muncul kembali ... ada lagi rupanya ... dan macam biasa, kali ni CD baru pula kak Min nak dedahkan ...

CD apa kak Min nak dedahkan tu? Jangan CD blue kak Min dah la ya ... orang tak mau tengok dah pun kak Min ai kalau tara-tara kak Min tu ... hahahaha

Ala kak Min, duk rumah diam-diam jaga cucu lagi baik la, apa yang hang nak duk sibuk-sibuk lagi dalam hal-hal politik ni ... dah terlewat dah .... bagi orang-orang muda saja lah ... sibuk-sibuk pun hang tak dapat apa pun dah ...

Satu pertanyaan pada kak Min ... kak Min, dah join Umno ker ???

- ni ha pendedahan CD kak Min, baca di sini

Menteri bakar jambatan, hang tolong buktikan sat macamana Melaka lebih proaktif dari P. Pinang dalam mempromosi seni dan warisan - Guan Eng

Posted: 20 Nov 2010 09:49 PM PST

Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 21.11.2010

Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim should provide evidence that backs his claims that Melaka has been more proactive than Penang in promoting heritage conservation since 2008, instead of making baseless attacks that are politically motivated to run down the PR state government. If true, Penang is willing to learn from Melaka's successes. However, even Rais' Ministry's officials have lauded Penang for the work done in advancing heritage since George Town was listed as a UNESCO World Heritage site.

At no time did any of Rais' Ministry officials suggested certain practices that Penang could adopt from Melaka. Rais should not forget that Penang was unfairly deprived of the promised RM25 million funding for being jointly listed with Melaka as a UNESCO World Heritage. Whilst Melaka state government received RM 30 million, Penang state government got nothing. And yet we are criticized by Rais himself for not doing enough for heritage conservation.

Despite such discrimination, Penang has made progress in five key heritage areas. Firstly, establishing George Town World Heritage Incorporated(GTWHI), a specialized body to tasked to preserve, protect and promote heritage conservation. Penang state government has also appointed professionals who are architects and town planners in the GTWHI. The General Manager of GTWHI, Puan Maimunah binti Sharif's expertise has been recognized until she was selected by Rais Ministry to represent Malaysia in UNESCO conferences.

Secondly, Penang has also commenced the the country's first annual Heritage Festival in July. The inaugural month-long Festival this year was a tremendous success at a cost of only RM 1.1 million. Thirdly the Heritage Technical Review Panel to vet planning approvals to ensure that it conforms to heritage guidelines, comprised mainly members from professionals bodies, has been functioning for a year.

Fourthly, the state government had given full co-operation to Rais Ministry and invited them to participate jointly in our heritage conservation initiatives. At the same time, GTWHI have been instructed to participate in Rais Ministry events and Puan Maimunah be in attendance for Rais when he visits Penang. Fifthly, the state government is allocating RM 3 million for heritage conservation for 2011 Budget.

For this reason, Rais' allegations of lack of commitment to heritage conservation from the Penang state government and also lack of co-operation and with the Federal government is groundless. Rais should listen to his own advice by not politicizing heritage conservation but treat Penang equally with Melaka in terms of funding. Rais should co-operate rather than confront, respect each other's expertise rather than try to bully, as well as seek truth from facts and not distort truth and ignore facts.

Rais should realize that heritage conservation is an important symbol of our country's national pride and dignity. It is this national consideration that has caused Penang state government to refrain from complaining to UNESCO about such discriminatory and unfair treatment by the Federal government, when we have every justification in doing so.
MS: Sekarang ni yang baik, yang elok hanya negeri BN orang UmNO/BN, negeri Pakatan Rakyat buat lah apa pun semua tak baik, semua tak kena semua tak betul. So sekarang LGE tanya pada menteri bakar jambatan ni minta dia buktikan macamana yang Melaka tu elok sangat lebih sangat dari P.Pinang.
Hahaha kita tungguapa dia nak kata ...

Pemilihan PKR - Tercapaikah sasaran?

Posted: 20 Nov 2010 07:14 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Nov — "(Ia) jumlah tertinggi berbanding lain-lain parti dalam negara," kata Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesej Twitter menjawab soalan seorang pengikutnya yang bertanya mengapa peratusan keluar mengundi terlalu sedikit iaitu sekitar lapan peratus.

Peratusan keluar mengundi setakat minggu ketiga iaitu seminggu selepas Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada terus bersaing jawatan timbalan presiden adalah 8.4 peratus. Sebelum itu kadarnya sekitar lapan peratus, demikian menurut Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail.
Persoalan mengenai aspek itu berterusan ketika PKR sudah berada di penghujung untuk mengakhiri pemilihan pusat, yang menggunakan sistem pemilihan langsung yang dilihat bersejarah dalam arena politik negara ini.

Hari ini adalah hari terakhir cabang-cabang PKR mengadakan proses pengundian.

Baki 37 cabang melangsungkan proses pengundian iaitu 13 di Johor, tujuh di Selangor, satu di Sabah dan 16 lagi di Sarawak. Proses pengundian yang bermula 10 pagi akan berakhir 4 petang nanti ,,, seterusnya di The Malaysian Insider

Dahaga di awal usia

Posted: 20 Nov 2010 04:16 PM PST


KUALA LUMPUR: Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur.

Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya 'mendapat ilmu' hal berkaitan seks.

Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.

Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.

Berikut kisah dua pelajar yang 'dahaga di awal usia'.

KES 1 - ADILAH, 13:

"SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.

Ketika itu teman lelaki 'cinta monyet' saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.

Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.

Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.

Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.

Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.

Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.

Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.

Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana 'kesilapan' pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.

Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.

Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.

Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.

Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.

Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.

Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.


KES 2 - RAHMAN, 15:

"SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.

Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).

Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.

Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.

Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.

Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.

Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.

Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).

Dalam keluarga, ayah memang 'sporting'. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.

Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.

Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang 'senior' beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.

Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.

Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).

Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.

Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.

Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.

Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar 'bekerja'. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.

Di rumah saya, 'line tak clear'. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.

Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.

Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.

Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.

Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan.

Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan." - myMetro

Apabila suami mendapat tahu isterinya curang, maka ...

Posted: 20 Nov 2010 08:41 AM PST

Apabila suami mendapat tahu bininya curang, maka seluruh badannya akan mengeletar memikirkan apa patut dilakukan.
Persoalan demi persoalan bermain di benak pemikiran si suami. Si suami mula memikirkan apakah dosanya sehingga diperlakukan sebegini oleh isterinya.

Mampukah rumah tangga ini bertahan?, sekiranya bertahan, adakah si suami dapat memaafkan si isteri? Mungkin ada yang berpendapat hidup sudah tidak bermakna lagi, ada juga si suami yang bertindak di luar dugaan ... seterusnya DI SINI

Iklan pewangi Beyonce - Pihak berkuasa iklan TV UK kata HOT - agak2 kalau kat Malaysia lepas tak?

Posted: 20 Nov 2010 03:49 AM PST




LOS ANGELES, Nov 20 – US recording artist Beyoncé's sultry ad for her new Heat fragrance is too sexy for UK daytime TV, according to an announcement by the UK Advertising Standards Authority (ASA) on November 18.

The Hollywood Reporter reports that the ad has been moved to only airing after 7.30pm.

The clip shows Beyoncé (picture) lounging in a bathtub and slipping into a low-cut red dress. "We considered that Beyoncé's body movements and the camera's prolonged focus on shots of her dress slipping away to partially expose her breasts created a sexually provocative ad that was unsuitable to be seen by young children," the ASA said in an annoucement.

Beyoncé Knowles is one of the most honoured artists by the Grammy Awards, and third among female artists, with 16 awards – 13 as a solo artist and three as a member of Destiny's Child. She ranks as one of Forbes' most powerful celebrities, with earnings of US$87 million (RM270.83 million) last year thanks to her growing entertainment and fashion empire.

Other celebrities with their own signature scents include Katy Perry and Kim Kardashian. Taylor Swift also promises to release a new fragrance next year.

Heat, billed as an "overtly sexy fragrance," was originally released in the US last February. In February 2011, Knowles will unveil a sister scent, Heat Rush, which is intended to be more of a daytime fragrance - TMI

Hilang mykad? ... Jom jumpa UmNO, depa boleh tolong

Posted: 20 Nov 2010 12:51 AM PST


Korang tengok lah notis di atas, dan faham lah sendiri, aku tak nak cakap banyak sebab dalam notis tu dah cakap semua dah. Tak tau lah nasi kandar pelita kat mana, tapi yang pasti bukan kat jalan ampang kat KLCC lah, sebab kat situ atasnya tak ada ofis. Bukan kat ampang point, sebab atas ampang point punya pelita adalah hotel. Kat auto city perai aras tak ada ofis ... hangpa cari lah sendiri kat mana ya ...

Tapi yang aku musykil, apa sangkut paut UmNO ni dengan JPN?

Hahahaha macam tu lah UmNO ... semua depa boleh buat ... semua depa ada, macam-macam depa ada ... macam astro juga lah ... kahkahkah.

Nak kaki kencing ada, nak kaki raba ada, nak kaki minum ada, nak kaki karaoke, nak yang bini ramai pun ada .... iskh banyak la, hangpa tolong tambah la na yang lain-lain tu .....

Pemilihan PKR : Lagi laporan penipuan

Posted: 20 Nov 2010 12:37 AM PST

Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Satu lagi laporan penipuan pemilihan akan diserah kepada Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.

Laporan yang dialamatkan kepada Presiden PKR tersebut akan diserahkan oleh calon Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amizudin Ahmat.

Menurut Amizudin, yang juga merupakan bekas Ketua AMK Pulau Pinang, laporan penipuan yang bakal diserahkan tersebut turut mengandungi bukti-bukti kukuh terhadap penyelewengan yang telah dilakukan sepanjang pemilihan berjalan.

Bagaimanapun menurut beliau kemungkinan beberapa nama saksi tidak dapat didedahkan kepada media ekoran kebimbangan terhadap ugutan dan gangguan lain.

Beliau turut menjelaskan laporan tersebut akan diserahkan kepada ibu pejabat terlebih dahulu sebelum perbincangan diadakan sama ada untuk mendedahkan kepada media atau sebaliknya.

"Kita akan putuskan sama ada akan dedahkan kepada media atau tidak selepas bertemu JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) nanti.

Cuma untuk pengetahuan anda, yang pastinya laporan ini bukan mengandungi satu atau dua kepincangan tetapi berderet," ujar beliau.

Antara isu penipuan

Dipercayai beberapa isu yang dijangkakan bakal disentuh dalam laporan tersebut termasuk kewujudan pengundi hantu di beberapa cabang yang telah selesai mengundi sebelum ini.

Sebelum ini kekecohan berlaku di pusat pengundian Libaran apabila semakan buku kehadiran pengundi sehingga jam 2.00 petang yang mencatatkan 20 orang, naik mendadak sehingga 900 orang ketika pengundian ditutup, satu peningkatan yang tidak munasabah.

Manakala dalam satu kejadian di Kubang Pasu, PACA (agen pengundian dan agen pengiraan) yang dilantik oleh seorang calon bertanding dilaporkan berjaya 'menangkap' buku kehadiran yang mencatatkan kehadiran pengundi sekitar 70 orang.

Sebaliknya sebaik peti undi dibuka, PACA tersebut terkejut apabila mendapati hampir 200 kertas undi berada di dalam peti undi tersebut.

Anggota JPP tawar jumlah undi dibahagi dua

Lebih mendukacitakan apabila anggota JPP yang bertugas ketika itu menawarkan penyelesaian kepada wakil-wakil calon bertanding dengan cara membahagikan dua jumlah undi yang terdapat di dalam peti undi.

Dijangkakan turut dimuatkan dalam laporan tersebut ialah kegiatan gengsterisme dalam parti yang didakwa mendapat perlindungan pemimpin tertentu dalam parti.

Kaedah pengiraan undi secara menurun bagi tujuan mengurangkan jumlah undi calon tertentu dijangka turut mendapat perhatian dalam laporan ini.

Kejadian yang pernah dilaporkan oleh beberapa blogger ini dikatakan berlaku ketika pengiraan undi sedang dijalankan di Cabang Teluk Intan.

Tembelang tersebut pecah apabila seorang wakil calon menyedari jumlah undi yang telah dikira didapati semakin berkurangan berbanding sebelumnya.

Akhirnya anggota JPP yang bertugas terpaksa membuka semula peti undi setelah didesak wakil calon tersebut dan mendapati jumlah undi untuk calon terbabit telah dikurangkan dengan jumlah yang banyak.

Selain itu kegiatan menukar nama pencalonan seperti yang berlaku di Cabang Tampin turut dijangka mendapat perhatian dalam laporan yang bakal diserahkan ini.

Peti undi "dilarikan"

Kejadian peti undi "dilarikan" hingga ke beberapa tempat untuk pengiraan undi seperti yang berlaku di Tuaran dijangka turut dibangkitkan.

Hingga kini, dianggarkan lebih dari 200 aduan telah dibuat oleh ahli-ahli PKR di sepanjang pemilihan yang didakwa sebagai peneraju demokrasi oleh pepimpin PKR apabila memberi kuasa memilih pemimpin ke tangan ahli akar umbi.

Bagaimanapun keindahan niat parti ini hilang begitu sahaja apabila pelbagai penipuan berlaku demi untuk memberi kemenangan kepada calon tertentu tetapi memburukkan imej PKR sendiri.

Dalam laporan FMT sebelum ini, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Muhammad Agus Yusof berkata, kemelut berpanjangan yang berlaku dalam PKR kini disebabkan kelembapan JPP yang tidak bertindak tegas di peringkat awal lagi.

"Kalau pemimpin parti dan JPP segera bertindak tegas, sudah tentu PKR tidak perlu menghadapi kemelut yang semakin parah ini," kata beliau kepada FMT - FMT
MS: Awat la jadi macam ni .... ??????????????

Tiada ulasan: