Jumaat, 12 November 2010

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KETAWA SEKARANG SEBELUM KETAWA DI HARAMKAN

Posted: 12 Nov 2010 07:15 PM PST





INI BUKAN ZON SIPLIS



nota:
sila rujuk lebai google
untuk tahu berapa lama
kuman siplis tidoor
dalam badan manusia kah kah kah

GEROMBOLAN AJAK MAIN BOLA - PADANG SUDAH SEDIA !

Posted: 12 Nov 2010 07:08 PM PST




PADANG MAIN BOLA PRU 13 TELAH SEDIA


nota:
refree orang gerombolan
penjaga garis dibayar gerombolan
satium milik gerombolan
tarikh di tetapkan oleh gerombolan
masa di tetapkan oleh gerombolan

nah ! padang pun dah sedia kah kah kah



UNDI POS: PEMUDA PAS MASIH PERCAYA DEMO
– mkini

Dewan Pemuda PAS masih berpendapat, demonstrasi masih merupakan jalan yang berkesan bagi menyampaikan tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil.

Ketua penerangannya Suhaizan Kaiat berkata, walaupun kempen baru NGO - dinamakan BERSIH 2.0 - tidak berhasrat menggerakkan rakyat ke jalan raya seperti sebelum ini, parti politik boleh mengambil alih peranan itu.

"Kalau tuntutan tidak ada hasil, apa penyelesaian?

"Kita turun ke jalan raya kembalilah," katanya sambil menyifatkan pendekatan baru BERSIH 2.0 dan peranan parti politik bergerak seiring.

Suhaizan yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS berkata, pihaknya menghormati kaedah baru BERSIH 2.0 bawah pimpinan pengerusi sekarang Ambiga Sreenevasan.

nota:
dasar pemuda pas ini tepat dan betul
tidak ada jalan lain hanya ke jalan raya
kalau orang degil perlu di herdik
kalau tak dengar juga perlu di tempeleng

semua rancangan telah, sedang dan akan dibuat
semuanya untuk memastikan gerombolan dan suku
sakatnya menang - padang bola berat sebelah telah
disediakan:
undi rela sedang diatur untuk jadi undi pos
undi isteri juga akan menjadi undi pos
bangla , indon, myamar, vietnam sedang mendaftar
secara senyap senyap nama di alaih ke tempat lain

tolong jangan mimpi pru 13 akan membuat apa apa
perubahan – kalau pilihanraya ini boleh mengubah apa apa pilihan raya ini telah lama di haramkan.


FATWA MAT BISUL

Posted: 12 Nov 2010 07:04 PM PST




MAT BISUL




ANWAR SATU BEBANAN – ZULKIFLI NOORDIN
- melayau

Anwar Ibrahim perlu akur dengan desakan supaya beliau segera berundur daripada dunia politik tanah air kerana Ketua Pembangkang itu bukan lagi seorang pemimpin yang relevan sebaliknya lebih merupakan liabiliti kepada rakyat dan negara.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, permainan politik Penasihat PKR itu didapati semakin hari semakin berbahaya khususnya kepada kestabilan negara.

Beliau pada masa sama turut meminta Anwar segera bertaubat mengambil kira usianya yang disifatkan sebagai 'zon maut' itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… MAT BISUL INI CUKUP HEBAT…. kah kah kah…

woit… MAT BISUL TAHU…MONGOLIAN SIPLIS BOLEH TAHAN LAMA…. kah kah kah…

kah kah kah… MAT BISUL PERLI MAT MONGOL YANG DALAM ZON MAUT… kah kah kah..

kah kah kah… MAT BISUL INI HEBAT… BERCAKAP TENTANG ANWART…TAPI MENEMBAK MAT MONGOL… kah kah kah..

woit… INI POLITIK NAMANYA… TEMBAK KIRI YANG MATI DI KANAN…. kah kah kah


nota:
yang pasti maut kalau pakatan
mentabir negara ialah zul nordin
majlis peguam telah menerima
laporan tentang bagaimana malaon
ini telah membuat cap mohor spr
untuk backdated laporan keewangan
pilihanraya 2004 dimana malaoan ini
tidak hantar kah kah kah


DASAR DAN TINDAKAN BETUL

Posted: 12 Nov 2010 10:15 AM PST




BERSEDIA DAHULU SEBELUM TENGGELAM




GUAN ENG ARAH HENTI KERJA LANDASAN BERKEMBAR, BIMBANG BANJUR
- melayau

Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengarahkan MMC Corporation Berhad-Gamuda Berhad (MMC-Gamuda JV) memberhentikan dengan segera kerja projek landasan kereta api berkembar Ipoh ke Padang Besar melibatkan tanah di negeri itu bagi mengelak banjir.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri pagi tadi membuat keputusan agar kerja projek itu dihentikan sehingga syarat baru yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dipenuhi.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, kerajaan negeri meminta MMC-Gamuda JV bersedia untuk memecahkan apa-apa landasan yang dibina supaya air tidak akan bertakung dan bertanggungjawab untuk menanggung segala kos kewangan akibat banjir.

"Kami berharap MMC-Gamuda JV dapat memberikan satu jaminan bertulis kepada pihak kerajaan negeri untuk memenuhi dua syarat baru yang ditetapkan," katanya.

Guan Eng berkata, arahan henti kerja itu akan berkuatkuasa dengan serta merta dan wakil daripada MMC-Gamuda JV seharusnya berjumpa dengan wakil kerajaan negeri untuk berbincang tentang syarat baru itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI BARU SATU TINDAKAN TEPAT… kah kah kah..

kah kah kah… INI NAMA NYA RAKYAT DIDAHULUKAN… kan kan

kah kah kah… RAKYAT DI DAHULUKAN… ANAK RAJA GOPAL DI KETEPIKAN…. kah kah kah..

kah kah kah ...RAKYAT DIDAHULUKAN…. BUKAN BAJIR DI GALAKKAN…. kah kah kah..

woit… RAKYAT DI DAHULUKAN… BUKAN CUKONG DIDAHULUKAN…. kah kah kah

woit… JANGAN CAKAP SAJA RAKYAT DIDAHULUKAN… TAPI RAKYAT TENGGELAM MATI LEMAS…. kah kah kah

nota:
buat perjanjian baru
ikat ketat ketat jangan
sampai tanah rakyat kena rembat
kah kah kah



nota:

tunggu esok mesti ramai
puak gerombolan meloncat mengambur
tudh kerajaan pakaran di pp sebagai
anti pembangunan kah kah kah

nota:
nak cakap lim guan eng anti melayu tak boleh
kerana yang nak diselamatkan ialah orang melayu
mungkin akan tuduh lim guan eng panggil hujan
untuk bawa banjir
dan bila ada banjir
boleh dapat simpati
kah kah kah



SURAT UNTUK PKR

Posted: 12 Nov 2010 10:05 AM PST




SURAT TERBUKA



Puan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Saya ingin membuat rayuan terakhir kepada Puan demi masa depan Parti kita. ‬

Perkembangan-perkembangan mutakhir di KEADILAN amat membimbang dan menyedihkan. Bukan sahaja ahli-ahli Parti, malah penyokong-penyokong kita amat hampa dengan cara pemilihan parti dijalankan.

Memang kita mempunyai niat yang murni apabila kita bercadang untuk mengadakan pemilihan terus di mana setiap ahli diberikan hak demokratik untuk memilih pucuk pimpinan.

Walaubagaimanapun, kita harus ingat, kita tidak akan dinilai dengan niat tetapi dengan hasil usaha kita. Kita mesti melakukan perkara yang betul dengan cara yang betul.

Justeru, suka atau tidak, kredibiliti dan imej KEADILAN kini telah jatuh merudum. Ini merupakan satu krisis kepada Parti.

Saya faham amat sukar untuk Puan menggantung pemilihan parti yang sedang berlangsung. Tetapi, tak kira siapa yang memenangi peraduan, yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang. Kita semua akan rugi akhirnya. Setelah membuat pertimbangan mendalam, saya ingin membuat satu cadangan kepada Puan.

Kini, banyak keraguan telah timbul tentang integriti proses pemilihan Parti. Saya percaya kita berupaya membuktikan keikhlasan kita untuk memperbetulkan apa jua kejangalan, sama ada benar atau tidak, dengan mengambil langkah pertama untuk menyelamatkan maruah KEADILAN yang telah tercalar.

Saya bercadang untuk mengambil insiden yang paling meragukan sebagai ujian litmus untuk membuktikan bahawa pemilihan Parti bebas dari kepincangan. Saya merujuk kepada keputusan pemilihan di Libaran yang mempunyai 60 peratus ahli keluar mengundi.

Jika mendapat persetujuan dari Puan Presiden, saya secara peribadi akan mendapatkan biaya untuk melantik sebuah firma audit yang profesional dan bebas untuk menyemak keputusan pemilihan di Libraan. Saya percaya ramai penyokong KEADILAN yang mengharapkan kita untuk membuat perkara yang betul akan menyumbangkan wang untuk menjalankan tugas yang mustahak ini.

Jika keputusan di Libaran disahkan sebagai bebas dari sebarang kepincangan dan salahlaku, saya akan menerima semua keputusan keseluruhan pemilihan Parti tanpa berbelah-bagi. Saya percaya calon-calon lain juga akan berbuat sedemikian. Tetapi, jika keputusan audit membuktikan sebaliknya, satu resolusi harus diluluskan pada Kongres Kebangsaan yang akan datang untuk membatalkan keseluruhan keputusan pemilihan Parti.

Kita sekarang berada di ambang yang paling kritikal dalam sejarah Parti. Kita mesti menunjukkan KEADILAN benar-benar dilaksanakan seperti dalam nama parti. Keadilan bukan sahaja mesti dilakukan, tetapi mesti dilihat sebagai dilaksanakan.

Puan Presiden, Parti kini amat memerlukan tindakan dan pimpinan Puan dalam mengharungi tempoh yang mencabarkan ini.

Terima kasih.
JONSON CHONG
Keahlian No. B130001542



ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

Posted: 12 Nov 2010 12:26 AM PST




ANAK MUDA BANGUN MELAWAN



Embargo sehingga jam 3 ptg

10 November 2010
9.00 malam - 11.50 malam
Dewan Perhimpunan Cina Selangor,
Jln Dato Maharajalela,
Kuala Lumpur



RESOLUSI RAPAT ANAK MUDA MALAYSIA


Perkembangan mutakhir seolah-olah menggambarkan parti menuju krisis. Perkembangan ini menjadikan anggota parti khasnya dan rakyat amnya agak gelisah kerana dalam keadaan regim pemerintah yang makin rakus, rakyat gusar kiranya harapan yang tinggi kepada Parti KEADILAN Rakyat (Pakatan Rakyat) tidak mampu tergalas kerana kekecohan yang berlaku ketika pemilihan parti kali ini.

Namun atas kesedaran ini juga, jika ada kepincangan ia tidak seharusnya disapu ke bawah permaidani. Selaku parti masa depan yang bakal menerajui negara, kita harus berjiwa besar mengakui sebarang kepincangan (jika ada) dan sentiasa sedia untuk memperbaiki kelemahan diri.

Menginsafi harapan rakyat dan perlunya memperbaiki keadaan parti maka hari ini 213 orang dari seluruh negara yang berkumpul dalam Rapat Anak Muda KEADILAN telah meluluskan 6 resolusi penting:


1. MEDIA TIDAK HARUS DIGUNAKAN SEBAGAI MEDAN PERDEBATAN.
Rapat Anak Muda mengambil pendirian sesiapa juga; selepas ini yang menyerang atau menjawab serangan menggunakan media dianggap khianat dan pembawa masalah kepada parti. Menjawab serangan juga akan dilihat sebagai usaha untuk memanjangkan isu. Demi anggota dan rakyat, seharusnya selaku pemimpin besar kita juga mampu memilih isu untuk dijawab atau diabaikan.

2. PEMILIHAN PARTI SEHARUSNYA BERASASKAN IDEA SEGAR, NILAI DAN REKOD KE ARAH MEMPERKASA ANGGOTA DAN RAKYAT.
Rapat Anak Muda menyarankan anggota parti seharusnya memilih calon berdasarkan perkara ini; menolak calon yang menyerang lawan; menolak calon yang tidak punya idea; malah menolak calon yang hanya "bergantung atau bergayut" kepada individu tertentu sahaja.

3. RAPAT ANAK MUDA MEMPERAKUI BAHAWA SESUNGGUHNYA PEMILIHAN PARTI KALI INI MEMPUNYAI BANYAK MASALAH.
Oleh yang demikian rapat ini mendesak agar parti (yang berjiwa besar) memperakui wujudnya masalah ini. Sejarah besar yang kita ingin cipta melalui sistem pemilihan yang diperkenalkan akan lebih unggul dan dihormati jika kita sanggup memperakui kelemahan diri (termasuk berhenti menuding jari) dan bersama-sama memperbaiki kelemahan tersebut.

4. PARTI MESTI DENGAN SEGERA MEMBERHENTIKAN PROSES PEMILIHAN YANG SEDANG BERLANGSUNG SEHINGGA SEMUA ADUAN DISIASAT. Satu Jawatankuasa Penyiasat Bebas yang turut dianggotai wakil calon bertanding mesti dibentuk serta merta untuk mencari jalan terbaik memperbaiki keadaan. Rapat Anak Muda mendesak Presiden agar bertindak segera dengan kuasa yang ada padanya agar mengarahkan pemilihan yang sedang berlangsung dihentikan serta merta. Pemilihan semula harus dilakukan dengan sistem yang telah diperbaiki dan dipersetujui bersama. Rapat Anak Muda mencadangkan Dato' Fauzi Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa tersebut.

5. RAPAT ANAK MUDA JUGA MEMUTUSKAN AGAR SEMUA CALON DAN/ATAU PEMIMPIN DI SEMUA PERINGKAT TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN MELETAKKAN JAWATAN DAN/ATAU MENARIK DIRI DARI BERTANDING BERIKUTAN KRISIS YANG MELANDA. Rapat ini menyeru agar semua calon dan pemimpin berlapang dada bersatu menggunakan semua kedudukan sedia ada sepenuhnya untuk mendesak resolusi ini dilaksanakan oleh parti.

6. ATAS SIFATNYA SEBAGAI SEORANG TOKOH YANG DISEGANI DAN TIDAK BERTANDING, RAPAT ANAK MUDA BERSETUJU AGAR DATO' FAUZI ABDUL RAHMAN, PENGERUSI MPN, KEADILAN PAHANG, MENJADI JURUCAKAP DAN MEMBAWA RESOLUSI INI UNTUK DISERAHKAN KEPADA PRESIDEN PARTI. Rapat Anak Muda meminta Presiden Parti memberikan maklumbalas pertama terhadap resolusi ini dalam tempoh 24 jam selepas penyerahannya. Presiden juga dituntut agar memainkan peranan utama di dalam menangani krisis yang sedang melanda; bersikap adil kepada semua pihak yang bertanding dan seluruh anggota parti.

Semua perkara yang terkandung di dalam Resolusi ini dicapai setelah semua yang hadir di dalam Rapat Anak Muda berbincang, berhujah dan berdebat memikirkan masa depan parti dan harapan rakyat terbanyak. Rapat Anak Muda Keadilan hari ini merayu semua pihak mengenepikan ego masing-masing demi memikirkan kepentingan parti, rakyat dan negara.

Salam perjuangan
10 November 2010
9.00 malam - 11.50 malam
Dewan Perhimpunan Cina Selangor,
Jln Dato Maharajalela,
Kuala Lumpur



BETUL KE NAK DEBAT INI ?

Posted: 11 Nov 2010 09:44 PM PST





BOLEH LAH KENCING



nota:
sapa pun berani kencing zaid
zaid sudah nak celah

jangan lupa ada jemputan
dari anak muda bukan untuk kencing
tap
i untuk debat kah kah kah







KEMELUT PKR: SHAMSUL CABAR ZAID BERDEBAT - minsider

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim kerana menggunakan media untuk menyerang kepimpinan parti itu.

Berikutan itu, beliau mencabar Zaid untuk berdebat secara terbuka mengenai kepimpinan Keadilan dengannya.

"Tetapkan tempat dan tarikh, pilih mana-mana medium yang dia suka, saya bersama pimpinan Angkatan Muda akan hadir bagi menceritakan perkara sebenar kepada beliau.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… ORANG SUDAH TARIK DIRI… SENANGLAH NAK KENCING…. kah kah kah..

kah kah kah… BOLEH LAH AJAK DEBAT DEBAT… kah kah kah..

woit… INI ADA JEMPUTAN DEBAT UNTUK AMK…kah kah kah..

kah kah kah… NAPA TAK JAWAB JAWAB…. kah kah kah..

woit… NAK DEBAT DENGAN ZAID BUAT TAIK APA?... kah kah kah…

kah kah kah… ZAID NAK BUAT PARTI BARU…. kah kah kah..

kah kah kah… PARTI BARU BERSAMA DR ASRI BEKAS MUFTI…. kah kah kah..

kah kah kah… PARTI BARU BERSAMA ONG TEE KIAT… kah kah kah

woit… DEBAT LAH DENGAN CIKGU BADRUL… kah kah kah..


BACA INI: ULANGAN JEMPUTAN DUA HARI DAHULU UNTUK BERDEBAT DEBAT

Sebulan lalu, saya mewakili cheGuBard dan pasukan Penerus Perjuangan Reformasi telah menghantar perlawaan debat kepada Calon Ketua AMK, Saudara Shamsul Iskandar. Pelawaan ini bertujuan untuk menarik pertandingan ini ke arah politik baru yang berasaskan idea, nilai dan lampiran rekod terdahulu.

Hasil dari debat ini diharapkan dapat membekalkan anggota parti muda dengan maklumat 'manifesto' yang sewajarnya sebelum membuat keputusan. Debat ini perlu untuk menarik pertandingan ini kepada politik baru dan bukan medan mengutuk dan menyerang peribadi individu tertentu. Seorang calon yang bakal menerajui AMK harus tampil dengan idea segar dan praktikal untuk mengemudi AMK itu sendiri bukan sekadar bergantung dan 'berpayung' dalam label kumpulan tertentu juga sentiasa bersenggayut dengan individu tertentu yang bertanding jawatan tinggi.

Namun sehingga kini malangnya tiada sebarang respon diperolehi, kecuali sindiran - sindiran penyokong Shamsul yang mengatakan debat harus diadakan dalam Bahasa Inggeris sebab che'GuBard tak pandai berbahasa Inggeris. Ureka sebuah organisasi yang diasaskan di Perak yang menjadi penganjur Debat Calon Ketua AMK di Taiping baru lepas telah menyatakan kesediaan menganjurkan debat, namun berdasarkan maklumat penganjur pelawaan sudah dibuat tetapi masih tiada respon konkrit dari saudara Shamsul.

Mutaakhir ini kelihatan pemilihan KEADILAN seperti kecoh sedikit ini peluang anak muda keluar sebagai kuasa penyatu. Persaingan harus dari aspek pertembungan idea bukan aspek peribadi. Respon dikalangan massa juga sudah sedikit menggusarkan. Jangan salahkan rakyat jika melihat KEADILAN juga sama seperti parti tua lapok apabila berlaku pertembungan jawatan.

Mewakili pasukan Penerus Perjuangan Reformasi yang menawarkan diri dalam pemilihan AMK KEADILAN 2010 ini sekali lagi mempelawa saudara Shamsul berdebat dengan cheGuBard dan Saudara Khairul Anuar berdebat dengan YB Lih Kang.

Zulkifli Ibrahim
Penyelaras Kempen
Pengerus Perjuangan Reformasi

10 November 2010


SUARA KEADILAN MUNCUL KEMBALI

Posted: 11 Nov 2010 08:50 PM PST




POLITIK BUDAYA EKONOMI DAN SATIRE



nota:
tukar tiub menyambung kembali
kolumn: dari brickfield
kolumn ini telah di hentikan kerana
suara keadilan berpindah ke shah alam
lebih dari setahun dahulu

dapatkan akhbar SUARA KEADILAN
yang sedang dalam pasaran dari hari ini
cari dan cari sampai dapat
kalau kedai itu tak ada SK
minta tuan kedai pukul talipon dan tanya PKR
kalau kedai itu jual basikal
minta tuan kedai jual SK
katakan naik basikal sambil baca SK adalah paling coool kah kah kah

Tiada ulasan: