Jumaat, 12 November 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


PKR bakal diharamkan seperti Umno lama?

Posted: 12 Nov 2010 07:04 PM PST

Tidak mustahil Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima nasib seperti Umno lama yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram pada tahun 1988 sekiranya tiada tindakan segera diambil untuk mengatasi kemelut dalam pemilihan yang sedang berlangsung.

Demikian pandangan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Che Norliah Mustafa kepada FMT hari ini berhubung kecelaruan yang berlaku dalam Pemilihan PKR.

Menurut beliau, setiap individu dalam negara ini bebas berpersatuan seperti yang dijamin dalam perkara 10/1C Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menjelaskan, bagaimana pun setiap individu yang berpersatuan itu, tertakluk pula kepada Perlembagaan Pertubuhan yang disertainya.

Tindakan undang-undang boleh diambil

"Tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya ada berlaku perlanggaran Perlembagaan Parti PKR itu sendiri ketika pemilihan.

"Jika pihak yang ingin mengambil tindakan undang-undang ini berjaya memperolehi bukti dan saksi apa yang dikatakan pengundi hantu, penipuan dan sebagainya, maka ia boleh terjadi.

"Jika mahkamah mendapati terdapat unsur-unsur penipuan ketika pemilihan berlangsung maka PKR akan menghadapi masalah ketika itu," kata beliau lagi.

Kemungkinan PKR diisytiharkan pertubuhan haram

Dr Che Norliah tidak menolak kemungkinan PKR bakal menghadapi nasib seperti yang menimpa Umno lama yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram pada tahun 1988.

Sebelum ini, terdapat desas-desus kuat mengatakan sekumpulan ahli PKR dari beberapa cabang PKR seluruh negara mengadakan pakatan sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap apa yang didakwa penipuan dalam Pemilihan PKR.

Kumpulan yang mendakwa diri mereka daripada ahli-ahli tidak kurang dari 25 cabang setakat ini dikatakan sedang giat bergerak di Sabah, Kelantan dan dua negeri lagi di utara tanah air bagi mengumpul bukti.

Kumpulan yang dikatakan melibatkan beberapa peguam tanah air ini dijangka akan 'keluar dari kubu' mereka apabila semua bahan bukti dan saksi telah berjaya dikumpulkan.

Kes pengharaman Umno 1988

Untuk rekod, pada Jun 1988, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 ahli Umno yang dinamakan sebagai 'Umno 11′.

Kumpulan ini telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung Umno April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal serta tidak mempunyai kesan.

Akibat daripada tindakan kumpulan Umno 11 tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu, Harun Hashim telah mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan haram.

Gobala Berpaling Tadah Kembali Menyokong Azmin!

Posted: 12 Nov 2010 06:58 PM PST

Kemunculan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishan ketika sidang media di rumah Datuk Zaid Ibrahim beberapa minggu lalu waktu belum lagi beliau umum nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR…mencetuskan andaian beliaulah 'Panglima Zaid'.

Apa lagi lepas itu Gobala terang-terang menghentam Azmin Ali kerana mendakwa pernah panggilnya 'pariah' semasa satu mesyuarat PKR.

Terbaru Selasa lalu beliau muncul seketika di rumah Zaid tetapi tidak menyertai sidang akhbar dimana bekas calon Timbalan Presiden PKR itu belasah sakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin. Namun, pagi Rabu ketika sekumpulan wartawan yang bertugas di Parlimen mahu mendapatkan komen Gobala berhubung kenyataan Zaid yang mahu Anwar dan Azmin berundur daripada PKR, beliau agak berat mulut mengulas. Dengan muka agak cemas beliau antara lain hanya kata tiada Anwar bermakna tidak ada PKR.

Perubahan sikap Gobala yang tiba-tiba mempertahankan Anwar disedari beberapa orang wartawan termasuk Agendadaily. Kenapa Gobala tiba-tiba 'korner baring' daripada menyokong Zahid kepada tiba-tiba mempertahankan Anwar? Jawapannya, Gobala mungkin sudah tahu, karier politik Zaid diakhir hayat dalam PKR ekoran keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua itu bersama Azmin dan Mustafa Kamil Ayub.

Cara terbaik, Gobala kena 'rujuk' semula dengan PKR dan Agendadaily difahamkan, beliau sudah berjumpa Azmin pada malam Rabu untuk berdamai. Pertemuan hampir 45 minit di tepi Lebuh raya Persekutuan menghala ke Klang itu berlaku selepas beliau menghubungi Azmin dan merayu untuk bertemu dengannya. Barangkali selepas pertemuan itu dan 'mengakui kesilapannya menyokong Zaid', Gobala keesokannya kembali memuja Anwar dengan kenyataan tanpa Anwar tiadalah PKR.

Itu adalah sebahagian contoh bagaimana pemimpin PKR yang menyokong Zaid sebelum ini terpaksa berpatah ke belakang kerana bimbang kedudukan mereka dalam parti atau pilihan raya akan datang terjejas.

Pada Khamis, Biro politik PKR telah menerima keputusan bekas pengerusi Wilayah Persekutuan, itu menarik diri daripada persaingan jawatan timbalan presiden. Maka dengan itu sahlah nama Zaid dikeluarkan dari senarai calon yang bertanding. Perkara itu disahkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan pusat PKR, Dr Molly Cheah. Keputusan itu, terus bermakna Zaid kini hanya ahli biasa PKR dan sebagai ahli, siapa lagi mahu menyokong beliau.

Apa yang tidak kurang menarik perhatian ialah Mustafa juga sudah menjelaskan pendirian agar orang tidak keliru tentang isu beliau mahu pemilihan dibatalkan dalam 48 jam masa cakap di sidang akhbafr bersama Zaid. Katanya Khamis,"saya ingin menyatakan bahawa sokongan penuh saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden Keadilan tidak pernah berubah. "Pendirian tersebut memang sedia diakui oleh kebanyakan ahli parti berdasarkan rekod saya yang sentiasa konsisten mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang 12 tahun saya terlibat dalam perjuangan reformasi.

Baca selebihnya di Agendadaily.com


p/s: Gobala... jgn lupa lunas (kulim)???

Dosa-Dosa Yang Kita sengajakan...

Posted: 12 Nov 2010 06:20 AM PST


"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (Riwayat Ahmad)



"Hai anak-cucu Adam! Jangan sampai kamu dapat diperdayakan oleh syaitan, sebagaimana mereka telah dapat mengeluarkan kedua orang tuamu (Adam dan Hawa) dari syurga, mereka dapat menanggalkan pakaian kedua orang tuamu itu supaya kelihatan kedua auratnya." (al-A'raf: 27)



IBU BAPA TIDAK AKAN TERLEPAS DARI SOAL JAWAB ALLAH SWT,DI PADANG MAHSYAR KELAK, JIKA KITA MELAKUKAN MAKSIAT DI DUNIA.

........................remember you're accountable.



D'PERBATASAN

Gimik Mustafa Kamil Tidak Menjadi...

Posted: 12 Nov 2010 06:14 AM PST

SAYA hanya mampu tersenyum mengenangkan politik Mustapa Kamil Ayub yang membuat gimik Wak Long (badut dalam wayang kulit) dalam PKR tetapi tidak menjadi. Hari ini dia membuat sidang akhbar memberitahu sekalian rakyat yang dia meneruskan hasrat perebutan jawatan timbalan presiden. Walaupun dia protes pemilihan itu yang dianggap tiak adil, tetapi dia teruskan juga.

Pelik bunyinya.. tetapi itulah politik. Mulanya Mustapa Kamil bukan main lagi melepaskan geli gelemannya dengan pemilihan itu yang dianggap tidak adil dan penuh dengan tipu daya. Dia memberi masa 48 jam untuk PKR memperbetulkan kepincangan dalam pemilihan itu kalau tidak dia akan melakukan sesuatu yang mengejutkan. Nada dan bunyi suara Mustafa Kamil sangat tegas, kalau tidak sama dengan suara Malik Zabaniah pun tetapi dekat-dekatlah dengan suara itu.

Dia mengeluarkan kenyataan itu saat dia mendamping Zaid Ibrahim yang membuat penjelasan berhubung tindakannya menarik diri dari bertanding dan meletakkan semua jawatan dipegangnya. Kenyatan itu dibuat di rumahnya (Zaid) di Tropicana. Ini bermakna Mustafa Kamil sengaja melangkah ke rumah Zaid untuk mendampingi Zaid. dan bersekongkol dengan kesucian dan kekudusan politik Zaid.

Jika dilihat kepada kesungguhan itu, Mustafa Kamil semacam turut berkerat rotan dan berpatah arang dengan PKR. Dia akan mengikut jejak langkah Zaid. Tetapi tidak begitu rupanya. Sebaliknya dia dorong ke belakang semula. Belum sempat ayam berkokok dia sudah memalingkan semula niatnya. Mulanya dia membuat kenyataan memberi isyarat masih sokong kepada penasihat dan presiden PKR. Selepas itu beliau...membuat pula kenyataan tetap akan bertanding walaupun menganggap proses pemilihan itu pincang.

Apakah erti kata-kata Mustafa Kamil itu? Budak kecil pun faham mengenai kesongsangan kenyataan itu. Tetapi koner baring Mustafa itu mudah untuk difahami. Dia sudah dapat mengangak bila Zaid lontar bom tetapi tidak meletup maka dia kena cari jalan selamat secepat mungkin. Caranya undur balik ke belakang.

Dalam pengamatan saya, cara Mustafa Kamil mendampingi Zaid itu di sidang akhbar itu dan mengangkat kertas memorandum satu kesilapan besar. Beliau senaga 'mendempetkan' dirinya dengan kebusukan yang ada kepada Zaid. Ingin saya beri tahu Mustafa Kamil beliau tidak akan terlwan dengan cara politik Zaid. Zaid boleh bergerak dengan wang. Mustafa jangan harap kalau hendak menumpang tuah Zaid.

Walhasilnya tindakan Mustafa Kamil bersama Zaid tidak sampai tiga hari itu telah merosakkan reputasi dirinya. Baik-baik dirinya dikenali sebagai seorang ahli politik berpotensi, cendekiwan tetapi julangan itu jatuh bercelabak apabila beliau tidak bijak memilih kawan atau tempat untuk membuat kritikan kepada parti. Dan apabila Mustafa tidak jadi membuat gimik Wak Long itu maka orang pun akan dapat mengukur sejauh mana kebestarian politik seorang Mustafa Kamil Ayub.


-msomelayu

Kem Zaid mahu Wan Azizah ganti Anwar

Posted: 12 Nov 2010 06:09 AM PST

Kem Datuk Zaid Ibrahim mendesak presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk benar-benar memainkan peranannya sebagai pemimpin tertinggi yang sah parti itu.

Dalam satu kenyataan oleh bekas pengarah komunikasi parti, Johnson Chong di laman pro-Zaid Free Malaysia Today, Wan Azizah digesa menangani masalah yang berlaku dalam parti sekarang ini termasuk masalah pengundian pimpinan pusat.

Kebelakangan ini usaha mendesak Wan Azizah mengambil peranan kepimpinan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin ditingkatkan, antaranya untuk menangani pengaruh kuat Anwar dan Azmin Ali dalam parti.

Wan Azizah dikatakan tidak sehaluan dalam banyak perkara dengan Anwar dan Azmin. Sejak penubuhan parti sebagai Parti Keadilan Nasional, Azmin didakwa menggunakan pengaruhnya dalam menentukan agenda parti.

Zaid dalam kempennya menggunakan hujah mengukuhkan peranan presiden bertujuan mengurangkan peranan Anwar yang mendominasi setiap keputusan parti secara individu dan dipengaruhi Azmin.

Usaha Zaid ini kelihatan mendapat sokongan ramai, termasuk individu seperti Chong, N Gobalakrishnan dan dipercayai juga Nurul Izzah Anwar.

Walau bagaimanapun, kempen Zaid melawan Anwar ini dikatakan menjadi punca perpecahan dalam parti dan melemahkan parti menjelang pilihan raya umum akan datang, sehingga dituduh pengkhianat parti.

Kontroversi Zahid: Balasan dosa Umno

Posted: 12 Nov 2010 06:06 AM PST

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadapi kritikan banyak pihak termasuk kawan dan lawan ekoran kenyataannya yang mengaitkan bukan Melayu dengan kurang semangat patriotisme.

Selepas laporan di beberapa media, Zahid dikritik ahli parti komponen dan juga Pakatan Rakyat sehingga memaksanya mempertahankan diri segera.

Zahid mungkin tidak menyangka kenyataan itu boleh dibaca dengan negatif sekali, sehingga menjejaskan gagasan 1 Malaysia perdana menteri.

Mungkin benar Zahid tidak bermaksud begitu, dan sesetengah media sengaja menjadikan kenyataan itu sangat negatif.

Kalau perkara ini berlaku semasa Umno dan BN masih menguasai seluruh media satu masa dulu, tindak balas seperti ini tidak mungkin berlaku. Zahid boleh bercakap dan kemudian melupakan sahaja ucapannya itu.

Tetapi, pada zaman media baharu kini, setiap ucapan pada hampir setiap masa boleh diperhatikan, dilapor dan dipanjangkan dalam dunia internet.

Kini, Umno merasakan bagaimana diserang dari segenap sudut dan betapa sukarnya untuk mempertahankan diri, dengan media miliknya yang semakin ditolak.

Satu masa dulu, Umnolah yang melakukan kerja-kerja seperti ini, malah masih lagi dilakukan pada masa tertentu.

Kenyataan ahli politik pembangkang sering dimanipulasi dan dinegatifkan sehingga ramai terpaksa menerima hakikat asalkan ada publisiti, walaupun publisiti negatif.

Hari ini realiti sebaliknya melanda Umno, yang sentiasa terdedah kepada bermacam-macam laporan dan ulasan negatif di portal berita, blog dan jaringan sosial di internet.

Pada masa yang sama, keupayaan Umno melalui medianya untuk menangkis serangan-serangan ini semakin terhad.

(Siasah)

Umno-BN Kini Cuba Sabotaj KEADILAN Dari Dalam Parti

Posted: 12 Nov 2010 05:49 AM PST

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional menerusi agen propagandanya, Utusan Malaysia kini cuba mencetuskan krisis dan suasana tegang dalam parti setelah segala usahanya untuk memfitnah dan mentohmah pemimpinnya menemui kegagalan.

Kata Anwar antara usaha tersebut adalah seruan agar beliau dan Naib Presiden, Azmin Ali mengundur daripada parti yang dibuat oleh individu tertentu dalam KEADILAN atas dakwaan beliau dan Ahli Parlimen Gombak itu punca kepada segala masalah dalam parti.

"Kalau saya umum hari ini,'dengan ini saya Anwar mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN' Umno akan buat kenduri besar-besaran esok. Malah mereka akan sambut perayaan korban lebih awal daripda Hari Raya Haji," Anwar berseloroh di depan lebih 1,000 penyokong di majlis ramah mesra anjuran KEADILAN Cabang Simpang Renggam semalam.

Dalam nada yang lebih serius Anwar yang juga Ketua Oposisi menyakinkan kepada anggota parti bahawa segala usaha dan komplot tersebut tidak akan berjaya.

"Semasa saya dalam kerajaan dan pernah memegang jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri, semua tokoh-tokoh kaya yang berpangkat daripada Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Tun mengelilingi saya dan angguk kepada semua kata-kata saya tetapi selepas saya dipenjarakan, dipukul setengah mati, ditelanjangkan satu satu panggilan kepada Azizah untuk bertanyakan khabar anak-anak pun tidak ada daripada orang seperti ini.

"Siapa yang bantu perjuangan saya, mereka yang tinggal Kampung Kerinci yang setiap malam memasak nasi dan memberi air kepada penyokong, pemandu teksi yang membawa penyokong ke rumah saya tanpa meminta wang tambang dan rakyat biasa yang berkorban tanpa meminta apa-apa pembalasan. Mereka inilah sebenarnya tunggak kekuatan menegakkan keadilan di negara ini.

"Tokoh korporat yang kaya, bekas menteri yang kaya boleh datang dan pergi dalam parti kita tapi yakinlah kalau parti ini menjaga hak dan kebajikan rakyat bawahan kita akan berjaya, insyaAllah.

"Yakinlah kejayaan adalah hampir jangan kita lupa pada PRU-12 Pakatan Rakyat menang di Semenanjung denga 51 peratus undi, Umno-BN hanya dapat 49 peratus, mereka dah kalah. Kita hanya perlukan 5 peratus lagi dan insyaAllah kita akan ambil alih Putrajaya dan buat perubahan untuk rakyat. Jadi saya menyeru semua anggota parti, pendokong pakatan Rakyat serta rakyat berusaha sikit lagi da bersabar," tegas Anwar bersemangat sambil disambil tepukan gemuruh para hadirin.

Anwar (gambar)berkata media Umno seperti Utusan Malaysia tidak berhenti-henti menyerang KEADILAN dan juga pemimpin Pakatan Rakyat kerana mereka mengetahui potensi besar yang ada pada Pakatan Rakuyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan selepasd PRU-13 nanti.

"Apa yang mereka tidak serang. Utusan kata saya mula-mula agen Amerika, lepas tu agen Yahudi, kemudian agen Hindu, lagi agen Cina. Jadi sekarang ni Anwar dah jadi macam agen 007 James Bond," beliau ketawa.

Beliau menambah Umno-BN melalui jentera media mereka juga memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu, juga Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kerana memberi geran tanah kepada rakyat Cina miskin dan seterusnya menuduh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan rasuah.

"Apabila Umno tuduh Tok Guru Nik Aziz rasuah, saya tahu Umno-BN sudah sampai ke penghujung modal mereka untuk memfitnah. Sudah tidak ada apa lagi yang mereka ada jadi mereka cuba sabotaj KEADILAN sekarang dari dalam," jelas Anwar.

Menyentuh mengenai keperibadian yang perlu ada kepada anggota KEADILAN, beliau memuji sikap bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang tidak meminta-minta sebarang jawatan dalam parti setelah menyertai perjuangan lebih setahun lalu.

"Saya tanya Datuk Chua samada beliau ingin bertanding, Kata beliau beliau masih baru dalam parti dan mahu membantu mengukuhkan jentera parti terutamanya di Johor sebab kita yakin pada pilihan raya umum akan datang kita yakin mampu mengambil alih Johor. saya lihat beliau menjelajah seluruh negeri Johor dan negara membantu parti tanopa meminta jawatan, kedudukan dan sebagainya. Inilah sikap yang baik
sebagai seorang ahli parti. Jadi tidak semua bekas Menteri tidak baik dan ambil kesempatan," sindir Anwar.

Anwar juga sempat menyentuh mengenai Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 dan menggesa agar anggota parti menggunakan hak yang ada pada mereka dengan bijaksana.

"Saya mahu semua anggota parti keluar mengundi. Gunakan hak dengan sebaik mungkin dan jangan cuai. Sekarang kita ada dua calon Timbalan Presiden iaitu Azmin dam Mustaffa, jadi mereka boleh pilih antara kedua-dua calon ini," kata beliau lagi.

Sebelum ini seorang lagi calon bagi jawatan tersebut, Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan Selasa lalu bahawa beliau menarik diri daripada pertandingan serta melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan.
Anwar sebelum itu mengadakan sidang akhbar bersama Persatuan Koresponden Asing Singapura dan kemudianya mengadakan pertemuan dengan Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor pada sebelah petang dan diikuti dengan majlis dialog bersama anggota KEADILAN di Pulai.

Baiknya Azmin nak Zaid kekal dengan PKR

Posted: 12 Nov 2010 05:39 AM PST

Azmin Ali mahu pencabarnya bagi jawatan timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim untuk meneruskan perjuangan dari dalam dan tidak menubuhkan parti baru.

Naib presiden PKR berkata, ketika menyertai PKR tahun lalu, Zaid berjanji berjuang membawa agenda reformasi dan menjana perubahan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Zaid telah menarik diri dari meneruskan bertanding jawatan timbalan presiden atas dakwaan ketidaktelusan dalam proses pemilihan.

Beliau juga meletakkan semua jawatan parti iaitu pengerusi PKR Wilayah Persekutuan da Penyelaras Pakatan Rakyat.

Beliau turut mendakwa Azmin tidak layak kerana menipu dan meminta Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan.

Zaid dalam satu majlis di Sungai Petani berkata, beliau tidak menolak kemungkinan menubuhkan parti baru jika dipecat.

Azmin bagaimanapun, menasihatkan bekas menteri undang-undang itu supaya berhati-hati dalam tindakan seterusnya.

Ahli Perlu Faham Intipati Perjuangan Parti

Posted: 11 Nov 2010 10:51 PM PST

Para ahli dan rakyat perlulah memahami intipati perjuangan PKR bukan kerana pengaruh pemimpinnya tetapi hasil perjuangan 12 tahun lalu oleh ahli-ahlinya.
Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sesi dialog bersama rakyat di Pulai Springs Resort semalam,

Katanya para pemimpin sentiasa silih berganti tetapi kesinambungan PKR adalah kerana PKR didirikan di atas keringat, darah dan airmata para ahlinya.

"Bukan soal Anwar seorang, saudara ingat Anwar seorang kena pukul? Anwar seorang kena penjara? yang menentang ISA kerana Anwar kena ISA? Ribuan, para pejuang, ulama, dan guru agama, dosa mereka apa? mempertahankan prinsip perjuangan," tegas beliau kepada kira-kira 300 peserta dialog.

Menjelaskan berkenaan pendirian beliau terhadap kenyataan dan dakwaan bekas calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang baru-baru ini mendesak Anwar dan calon Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali untuk berundur dari PKR, Anwar berkata parti sudah memberikan peluang yang lebih dari mencukupi kepada Zaid.

"Saya terima dia (Zaid) masuk, baru masuk dua minggu hantar dia jadi Biro Politik. Baru masuk beberapa bulan jadi calon (pilihanraya kecil) Hulu Selangor. Apa ini, tak beri ruang? tak beri kesempatan? Di mana forum besar, (kita) tonjolkan (Zaid)," jelas beliau.

Kata beliau lagi, pembentukan insan seorang pemimpin dan ahli yang baik sudah pasti mengambil masa dengan memberikan contoh, walaupun Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kelihatan lemah dan mudah disakiti tetapi Azizah merupakan seorang yang tegas dalam pendiriannya dan tidak goyah, maka amat sesuai menyandang jawatan Presiden parti.

"Kita melalui liku-liku yang susah, daya tahan itu kena ada. Nak jadi utama, tak mudah," katanya lagi.

Anwar menjelaskan, tindakan Zaid itu dilihat sebagai satu bentuk desakan dari pihak tertentu untuk mengugurkan beliau dari arena politik tempatan kerana sebelum ini beliau sudah beberapa kali ditangkap, diugut serta dihina semata-mata untuk menghalang perkembangan perjuangan beliau dan PKR.

"Saya nak ulang, satu-satunya cara anda fikir anda boleh, persulitkan kedudukan kita ini hanya dengan serang gunakan orang dalam. Orang kata, tengok, siapa duduk dengan Anwar tak boleh lama?

"Tapi saudara, kekuatan saya ini tidak daripada Tan Sri dan Datuk-Datuk Seri yang kaya. Kekuatan saya selama ini yang memajukan dan mempertahankan saya ialah sokongan dari akar umbi rakyat," jelas beliau.

Mustaffa terus tanding Timbalan presiden

Posted: 11 Nov 2010 08:16 PM PST

Naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub akan terus bertanding dalam pemilihan jawatan timbalan presiden parti itu yang sedang berlangsung.

Sidang media hari ini, diadakan selepas kata-dua 48 jam yang diberikannya kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berakhir semalam yang menuntut supaya menangguhkan pemilihan kerana mendakwa berlaku penyelewengan.

"Tetapi selepas berjumpa dengan Dr Molly Cheah (pengerusi JPP) semalam, beliau memberikan tiga komitmen kepada saya dan saya memutuskan untuk mengambil jalan tengah.

"Saya akan terus bertanding walaupun dalam protes," katanya sambil menambah bahawa beliau bukan seorang "pengacau".

Tiada ulasan: