Jumaat, 12 November 2010

shalehudin

shalehudin


Kerajaan Umno berani ka buat camni?

Posted: 12 Nov 2010 05:31 AM PST

Ini baiknya punyai kerajaan negeri yang tak boleh dipaksa sebagai pak turut pada kerajaan pusat. Ini bagusnya punyai kerajaan negeri yang pentingkan rakyat dari kroni yang sedang mengira keuntungan. Ini kelebihannya punyai kerajaan negeri yang berani putuskan yang terbaik pada rakyat sendiri.

Kerajaan negeri Pulau Pinang yang dibawah tadbir Pakatan Rakyat hari ini telah mengarahkan pembinaan landasan berkembar diberhentikan. Syarikat pengendali landasan berkembar tersebut, MMC Corporation Berhad-Gamuda Berhad (MMC-Gamuda JV) diarahkan memberhentikan dengan segera kerja projek landasan kereta api berkembar Ipoh ke Padang Besar membabitkan tanah di negeri itu bagi mengelak banjir.

Ini bukan satu lagi kerenah dari ketua menterinya, Lim Guan Eng. Tapi ia hasil dari mesyuarat Exco kerajaan negeri yang membuat keputusan tersebut berdasarkan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bahawa banjir buruk yang melanda Kedah awal bulan ini disebabkan oleh kerja pembinaan landasan kereta api berkembar yang sedang berjalan. - sumber Bernama.

Berpuloh dah yang terlepas...

Posted: 12 Nov 2010 04:27 AM PST

PAS harap SPRM berani tangkap 'jerung'

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Nov: Rakyat sekali lagi sedang memerhati apakah akan ada sebarang tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pesalah 'jerung' seperti yang didedahkan Ketua Audit Negara dalam laporan audit 2009 baru-baru ini.

Bagi PAS, mereka mahu SPRM berani berani bertindak khususnya terhadap 15 kes penyelewengan termasuk di Kementerian Pertahanan yang melibatkan sejumlah RM310,000 wang rakyat digunakan untuk persiapan bilik VVIP.

Ianya termasuk kos set lampu (chandelier) RM10 000, home theatre RM12,000, kertas dinding (wallpaper) RM95,800 dan set sofa RM13,000.


"Setiap kali laporan audit dikeluarkan menyebabkan rakyat yang prihatin sesak dada kerana memikirkan bagaimana wang negara dibelanjakan semacam harta emak bapa mereka, tanpa memikirkan rakyat yang masih ramai menderita.

"Kita tentu masih ingat bagaimana Pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

Tambahnya, ramai terkejut bagaimana harga set screw driver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), set tea 6 kerusi RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).

Lebih menarik lagi katanya apabila pihak audit tahun 2006 tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan 6 buah kapal peronda (Petrol Vessel – PV) Tentera Laut Diraja Malaysia yang berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan.

"Kos membina 6 buah PV ini ialah RM5.35 bilion. Baucer yang hilang bukan bernilai RM10, tetapi hampir RM1 bilion. Jika pegawai kerajaan yang buat tuntutan tol sebanyak RM 3 pun perlukan dokumen, tiba-tiba wang rakyat sebanyak RM 1 bilion diberi kepada kontraktor tanpa dokumen. Apa sudah jadi dengan negara kita?," soalnya.

"Apa makna laporan audit yang saban tahun melaporkan cukup baik, malangnya yang memimpin negara tidak sensitif untuk memperbaiki penyelewengan," tambahnya lagi.

Pada laporan audit negara 2008 juga melaporkan berlaku ketirisan sebanyak RM 28 bilion.

Sehubungan itu, PAS tegasnya mengharapkan SPRM bertegas dan mengheret mereka yang bertanggungjawab atas kewangan awam mesti ke muka pengadilan, termasuklah jerung yang bertaraf menteri.

Tahniah Sultan Selangor

Posted: 12 Nov 2010 04:14 AM PST

Belanja besar: Sultan S'gor batal hadiri majlis jamuan

Sultan Selangor membatalkan keberangkatan ke majlis jamuan tengahari anjuran Yayasan Selangor Isnin ini kerana dukacita dengan kosnya yang terlalu tinggi.

Baginda menyifatkan jumlah perbelanjaan sebesar itu bagi majlis makan tengahari sempena sambutan ulang tahun ke-40 penubuhan Yayasan Selangor sebagai satu pembaziran.

Majlis itu dijadualkan di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.- Malaysiakini

Macam cerita koboi laa...

Posted: 12 Nov 2010 01:00 AM PST


Beberapa anggota polis menguruskan mayat peniaga emas Fong Chung Sing, 49, yang mati ditembak oleh dua lelaki bertopeng di Pasar Buah Pekan Cina di sini, Khamis. Ketika kejadian mangsa membawa dua buah beg yang mengandungi barang kemas dan mangsa dihampiri dua lelaki bertopeng yang menaiki kereta proton Waja telah melepaskan satu das tembakan yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. - Foto BERNAMA

Gila babi... wakaka...

Posted: 12 Nov 2010 12:40 AM PST

ORANG `GILA BABI' TUDUH PAS HALALKAN MAKAN BABI

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG sah MP Kulim Bandar Baru yang dikenali sebagai YB Zul @ Firaun Besar kini dijangkiti penyakit `gila babi'. Semalam di Parlimen, penyakit itu datang menyerangnya. Mangsa akibat serangan penyakit gila babi yang dibawa oleh Zul firaun adalah MP dari PAS. Gara-gara menegur sikap si penyakit gila babi yang membangkitkan isu 'sosej babi', Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS- Kuala Selangor) dihalau keluar dewan.

Insiden bermula apabila Zulkifli membangkitkan isu seorang pelajar membawa sosej babi yang dimasak oleh ibunya, ke sekolah dalam satu kes yang berlaku di Kuching. Isu tersebut semalam dibangkitkan Chong Chieng Jen (DAP-Kuching). Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat kemudiannya membantah dengan mendakwa tidak wajar ruang perbahasan bajet Jabatan Perdana Menteri diguna membangkitkan isu agama yang boleh mencetuskan ketegangan.

Lantaran itu, Zulkifli yang juga bekas ahli PKR, kemudian menanyakan pendirian PAS berhubung perkara itu lalu menuduh PAS berdiam diri dalam isu tersebut dan mendakwa parti itu menghalalkan orang Islam makan babi.

Lihatlah betapa penyakit gila babi Zul Kulim ini bertambah kronik semenjak ditendang keluar oleh PKR. Malang sungguh pengundi-pengundi di Kulim Bandar Baru mempunyai Wakil Rakyat yang berpenyakit seperti ini. Tetapi mahu buat macam mana, pengundi-pengundi tidak redha beliau jadi Wakil Rakyat pun firaun besar ini bukan tahu malu. Sayang mahu tinggalkan gaji dan elaun Wakil Rakyat, mahu jadi Peguam pun siapa mahu lantik peguam bodoh jadi peguam?

Penyakitnya tidak berhenti di dalam Parlimen sahaja. Di luar Parlimen, penyakitnya masih menyerang. Secara tiba-tiba beliau menyuruh DS Anwar pergi menunaikan Haji ke Mekah dan bertaubat. Firaun besar ini tidak tahu bahawa setiap orang Islam memang disuruh bertaubat setiap hari walau di mana sahaja. Lebih-lebih lagi orang yang kuat menipu seperti Zul Kulim ini. Beliau pun mengaku sepanjang berada di dalam PKR beliau selalu `kelentong' orang. Kita lihat beliau lebih kuat `kelentong' apabila berada di luar PKR.

Beliau sepatutnya sedar diri bahawa kerusi yang beliau duduki di dalam Parlimen itu tidak diredhai oleh pengundi-pengundinya. Kalau Imam sembahyang yang Makmum tidak redha, apa hukumnya? Melainkan Imam itu muka tebal atau jahil terlebih bodoh.

Hakikatnya, beliau merasa terpinggir semenjak diterajang keluar dari PKR. Harapkan PAS mahu pelihara firaun besar ini, lebih baik PAS jaga orang-orang Asli di Gua Musang. Sekarang menunggu kalau-kalau Umno mahu tawarkan dia apa-apa yang patut asalkan boleh kasi makan anak bini dia.

Zul Kulim ini hanya berani menyalak di dalam dewan sahaja. Apabila dicabar berdebat oleh YB Khalid Samad, MP Shah Alam dari PAS kecut perut langsung tidak berbunyi. Tetapi di dalam media atau TV3 pencacai, suara dia mengalahkan suara dajal. Kita lihat nanti rakyat di Kulim Bandar Baru akan kuburkan firaun besar ini tanpa nesan./wfauzdin.blogspot.com

Mabuk lagi kaa...

Posted: 11 Nov 2010 06:00 PM PST

Usah Peduli Orang Mabuk

Murai tidak termakan buah 'megeding' - jadi Murai tidak mabuk. Suara Murai juga nyaring dan jelas seperti ritu-ritu - dulu-dulu, konsisten gitu. Kalau Murai mabuk sudah pasti Murai tidak dapat berkicau dengan mengenalkan nada dan irama semulajadi. Dan tentu juga akan berkawan dengan orang yang mabuk.

Kalau Murai mabuk sudah tentu kicauan mMurai juga akan songsang menyebabkan orang dengar tidak berapa betul atau dirasakan ganjil dan pelik. Jadi confirm Murai tidak mabuk.

Maka Murai dapat membaca segala laporan dengan siuman. Memahami maksudnya dan dapat ke mana hujung jatuhnya. Termasuk yang tersirat dan tersurat. Murai tidak berfikiran songsang, naik ke rumah orang nak halau tuan rumah dan kita pula jadi tuan rumah. Pada Murai itu sikap orang mabuk dan biadab. Kalau sudah mabuk dunia jadi terbalik dan tunggang langang. Sebenarnya orang mabuk merasakan dia betul dan orang lain salah.

Semua orang tidak betul, semua orang tidak bersih, semua orang tidak adil. Yang betul dan bersih hanya diri dia saja. Orang mabuk dia tidak faham apa yang dibuat. Cakapnya merapu-rapu dan mulutnya berlenja dengan air mulut.... macam orang mengidam anak pertama. Cuba tanya sifit kali-kali dua kepada orang mabuk apakah jawabannya betul?

Orang mabuk sudah hilang tumpuan, hilang segala arah. Orang mabuk juga tidak boleh dilantik jadi imam sembahyang. Hatta syahadatnya juga tidak dapat diteriam kerana meragukan apakah benar atau tidak. Sumpah, janji dan ikrar orang mabuk tidak akan diterima (valid).

Makanya kalau jumpa orang mabuk kena sejukkan dulu. Mandikan dia. Sebaik-baiknya aimbil air sejuk atau air hujan jirus sampai dia menggeletar. Kalau dia nak jadi baik dia akan kebah. Kepalanya akan jadi dingin dan dia akan hilang merapu. Tetapi kalau selepas jirus air dia masih merapu, nak buat itu dan ini maka si mabuk itu sudah payah untuk pulih. Elok panggil polis atau bomba tangkap dan kurung saja dalam lokap. Orang ramai juga tidak digalakkan berdekatan dengan orang mabuk.

Seperkara Murai hendak pesan sesiapa pun jangan buat berkira dengan orang mabuk. Orang mabuk dia tidak gila, tetapi pemikirannya sudah jadi macam orang gila. Cuma bezanya orang mabuk akan pulih selepas dosa mabuknya berkurangan. Manakala orang gila sukar untuk dipulihkan kerana kebanyakannya mereka menjadi gila kerna genetik atau baka.

Jadi usahlah dengar dan kecewa dengan rapuan orang mabuk. Anggap saja dia tidak siuman atau dia tidak sedar. Dia sendiri tidak faham apa yang dia cakap sebenarnya. Apabila dia masuk rumah orang tiba-tiba beperasaan dia adalah tuan rumah, jelas dia mabuk. Mabuk.... adik beradik dengan babuk. Perlukah dikesiankan kepada orang mabuk kerana kenapa dia jadi begitu kerana pilihannya sendiri.

Murai: Pernah mabuk pinang kosi.

Woii lebai... wakaka...

Posted: 11 Nov 2010 05:13 PM PST

GEMPAR - ZUL KULIM KOSONGKAN KERUSI DAN ZAID WAKILI DIRINYA BERTANDING DI SITU ?

LAGI sekali penyakit `gila babi' Zul Kulim menyerang. Kali ini dia meroyan cabar DS Anwar lawan Zaid bagi jawatan Presiden PKR. Sebelum kita ulas panjang, mahu tanya `firaun besar' Kulim ini berani ke dia kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru dan dia pilih seseorang atau letak Zaid bertanding bagi pihaknya, kita tengok apa keputusannya. Agak-agak berani ke Zul Kulim ini buat?

Jika Zul Kulim berani, itu bukan Zul Kulim namanya. Zul Kulim terkenal dengan sikap pengecutnya, beliau hanya berani terhegeh-hegeh depan TV dan media pencacai sahaja. Bila YB Khalid Samad, MP Shah Alam dari PAS cabar beliau berdebat tentang isu Kalimah Allah, `Ustaz' kaki temberang ini terus jadi bisu.

Tentang cabaran Zul Kulim kepada DS Anwar agar menentang Zaid Ibrahim sebagai Presiden PKR, itu hanya cabaran bodoh dari Zul Kulim. Jika adanya pertandingan sekali pun, sudah pasti akan timbul dakwaan dari Zaid bahawa pemilihan itu tidak adil sepertimana yang beliau dakwa sekarang apabila tertinggal jauh oleh Azmin. Itu baru Azmin, budak yang Zaid kata perlu belajar banyak lagi.

Jadi untuk lebih lojik, kita cabar Zul Kulim kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru dan letakkan Zaid sebagai `lambang' dirinya. PKR akan letakkan calon di situ dan kita lihat siapa yang menang. Berani ke Zul? Biar saya jawab dulu, mampus Zul tidak akan berani.../wfauzdin.blogspot.com

Depa kot mana pun tak pa... piiraahh...

Posted: 11 Nov 2010 02:00 PM PST

Mufti kata Zambry tidak syirik!

Harakahdaily
IPOH, 11 Nov: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria didakwa cuba menghalalkan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata Harussani sebenarnya belum menjawab apa yang dipersoalkan oleh pemuda PAS Perak, mengenai upacara itu sama ada bercanggah dengan Islam atau tidak.

"Jawapannya juga saya lihat untuk menyelamatkan Zambry. Namun bagaimana mereka yang hadir pada hari itu," katanya.

Harussani seperti dilapor Berita Harian berkata, Zambry, tidak melakukan syirik dan khurafat kerana tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik.

Dewan Pemuda PAS baru-baru ini menghantar memorandum kepada Harussani mendakwa Zambry melanggar ajaran Islam dengan menghadiri upacara meletakkan ancak pada tiang seri rumah.

"Sesudah ini adakah bermakna siapapun boleh hadir dalam apa sahaja yang bercanggah dengan hukum Islam, asalkan tidak mempunyai niat melakukan perkara itu?," soalnya lagi.

Khalil yang juga Adun Titi Serong berkata, apa yang aneh apabila Zambry beria-ia mempertahankan tindakannya dengan mengungkit perbuatan beliau dan Datuk Seri Muhammad Nizar yang memegang lilin pada sidang akhbar berkaitan kematian Teoh beng Hock.

"Saya menafikan dengan keras bahawa kami melakukan upacara sembahyang. Seingat saya ianya sebagai tanda protes kepada kezaliman sehingga menyebabkan kematian seorang warganegara Malaysia yang sepatutnya tidak berlaku.

"Namun dalam soal ini Harussani ternyata tidak adil dengan berpandukan kepada gambar semata-mata dan soalan yang dikemukan oleh wartawan dia terus mengatakan tindakan kami itu haram," katanya lagi.

Harussani sebelum ini berkata tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama.

Perbuatan itu juga ujarnya menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.

"Kalau begitulah kenapakah tindakan Zambry tidak dikatakan oleh Harusssani adalah menggambarkan ajaran agama Hindu dan juga hukumnya haram.

"Sebenarnya memegang lilin dalam masyarakat cina tidak sekadar merujuk kepada pemujaan, atau berkabung.

"Sebaliknya, dalam masyarakat cina, memegang lilin tidak sekadar dilakukan dikala berlaku kematian, bahkan ia digunakan sebagai satu symbol dalam melakukan sesuatu protes," katanya.

Sehubungan itu, disebabkan perbuatan Zambry tersebut dakwanya serius dan menyangkut akidah umat Islam, beliau turut mencadangkan agar Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan fatwa.

Tiada ulasan: