Anak Sungai Derhaka |
- Dah Lima Tahun Koma.. Tak Mampus lagi?
- Saya bukan benci Azmin.. Saya Benci dengan PENIPUAN!
- Parti Baru? .. Jangan buat kerja gila Dato..
- Demi Maruah Perjuangan dan Parti Saya Tetap Bertanding
- Blogger PKR hantar memorandum
- Open Letter to Dato' Seri Dr. Wan Azizah, President of Parti Keadilan Rakyat
- PR bimbang kemelut PKR
- Sam Cabar Zaid Debat..
- Video : Bagaimana yang dipanggil 'Beruk UMNO' itu merantai dirinya..
| Dah Lima Tahun Koma.. Tak Mampus lagi? Posted: 12 Nov 2010 05:51 AM PST AP melaporkan bekas Perdana Menteri Regim Yahudi Ariel Sharon 82, telah dipindahkan keluar dari Hospital ke rumahnya setelah hampir lima tahu berada didalam keadaan koma berikutan serangan angin Ahmar.Pemindahan itu juga berikutan rungutan sesetengah pihak bahawa kos penjagaan Ariel begitu tinggi dan kos itu pula ditanggung oleh pembayar cukai. Seorang pegawai hospital, Dr Shlomo Noi, memberitahu Radio Israel bahawa bekas pemimpin itu dipindahkan awal hari ini dengan ambulans ke kediaman di ladang biri-biri milik keluarganya di selatan Israel. Bangkai bernyawa Sharon ini akan dijaga oleh dua orang anak lelakinya, iaitu Omri dan Gilad. Sharon ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Tel Hashomer sejak mengalami serangan angin ahmar pada awal 2006. Selepas serangan penyakit itu, tempatnya telah diambil alih oleh Ehud Olmert. Ariel Sharon laknatullah ini cukup dikenali kerana kekejamannya membunuh penduduk Palestine yang tidak berdosa di Kem Shabra dan Shatila pada tahun 1982. Pembantaian yang tidak berperikemanusiaan itu mengorbankan hampir 3000 nyawa rakyat Palestine. Kisah kekejaman Ariel Sharon laknatullah itu boleh anda baca di sini, di sini, dan di sini. Comatose ex-Israeli PM moved home from hospital By MATTI FRIEDMAN Associated Press Writer Israel's comatose former prime minister, Ariel Sharon, was moved home to his ranch Friday, nearly five years after being incapacitated by a series of strokes while still in office. Medical teams took the former leader, who has been in a coma since early 2006 and is attached to a respirator, from his room in the long-term care unit of a hospital outside Tel Aviv at dawn Friday. Security crews erected screens so he would not be visible when he was wheeled out of the building and into a waiting ambulance. From the hospital, security guards in SUVs escorted the ambulance to Sharon's family ranch in southern Israel. There has been no change reported in Sharon's condition, and the move is the result of modern medical thinking that prefers to see long-term patients treated "in the community" rather than in hospitals, said Dr. Shlomo Noi, an official from Tel Hashomer Hospital. While Sharon, 82, showed "minimal responses," there was no indication he would emerge from the coma, Noi told Israel Radio on Friday. "Beyond that, we have only hope," he said. ![]() An ambulance that transported former Israeli prime minister Ariel Sharon parks next to his home on his ranch, Havat Hashikmim, or Sycamore Farm near the Negev town of Sderot, southern Israel, Friday, Nov. 12, 2010. A hospital official said Israel's comatose former prime minister was moved early Friday home, more than four-and-a-half years after he was incapacitated by a series of strokes. Sharon was accompanied by a full medical team and remains in a coma. (AP Photo/Tsafrir Abayov) Terjemahan oleh : Duniacacamarba Sumber berita : AP |
| Saya bukan benci Azmin.. Saya Benci dengan PENIPUAN! Posted: 12 Nov 2010 04:19 AM PST Dalam Rapat Umum Anak Muda yang dianjurkan oleh Chegubard di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur baru-baru ini.. YB Nurul Izzah berkata "Saya bukan benci Azmin, saya bukan benci Zaid, saya bukan benci Mustaffa, saya bukan benci Pak Lah, saya bukan benci Mahathir tetapi saya benci dengan PENIPUAN." By Zefry Dahalan KUALA LUMPUR: The leading candidate in the PKR vice-presidential race Nurul Izzah Anwar said she does not hate Azmin Ali, the deputy presidential contender."I don't hate him but I hate cheating," she said at a dialogue session organised by PKR Youth at the Selangor Chinese Assembly Hall last night. The dialogue was moderated by PKR Youth chief candidate, Badrul Hisham Shaharin, or popularly known as Chegu Bard. Nurul, who is Lembah Pantai MP, wanted to clear the air over allegations by some party members that she hated Azmin in the wake of the acriminous ongoing party election. PKR was thrown into turmoil when Zaid Ibrahim withdrew from the race for the number two post, alleging malpractices and irregularities in the voting process. He also blamed de facto leader Anwar Ibrahim and Azmin for the current troubles plaguing the party. Nurul acknowledged the anger of PKR members over the way the election was conducted, but said she has nothing against Azmin. She said that what was important now was for all party members to get on with the reformation. "Don't stop the reformation work. The people are supporting us even though things are getting tough. They have very high expectation of us." Clearly annoyed Nurul, who looked stressed and not her usual jovial self, was clearly annoyed over reports of alleged fraud in the party polls. "I'm here not as Anwar's or Wan Azizah (Wan Ismail's) daughter. I'm here as Nurul. I'm here as a fellow PKR leader and member just like everybody else here."These past few weeks I have been verbally abused at the many divisions that I have visited over the manner the election is being conducted," she said. "Many unhappy members have asked me to tell my daddy or my mummy about (conduct of the election)," she added. Although Nurul didn't elaborate much, it is clear that grassroots members were angry that Anwar and Wan Azizah were not doing anything over reports and complaints of alleged malpractices. Almost all the 300 participants in the dialogue session were given a chance to speak and ask questions about the troubled election. Many of them, including women, from Penang, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negri Sembilan, Malacca, Johor and Pahang did not mince their words when they criticised the PKR leadership and its central election committee (CEC) for the current state of affairs. Although they did not mention names, they were clearly expressing their frustration at Anwar for keeping quiet over questionable practices in some divisions such Libaran, Sabah, and a few other places. It was highlighted in the online media that the voter turnout for Libaran was fewer than 100 members. But the official result showed Azmin obtained 881 votes, Mustafa Kamil Ayub (the other contestant) eight and Zaid six. A youth leader from Perak highlighted the discrepancies in the number of ballot papers printed and the actual membership of a division. "Why was it that in some divisions only 15% of the ballot papers were printed when the actual numbers of members could be higher? "But in Libaran about 900 ballot papers were printed but how did the CEC know in advance that there would be a high voter turnout?" he asked. Free Malaysia Today |
| Parti Baru? .. Jangan buat kerja gila Dato.. Posted: 12 Nov 2010 01:32 AM PST Tidak dapat kita nafikan.. jumlah yang mengundi Dato Zaid dalam Pemilihan PKR ini adalah tinggi, beliau diundi kerana beliau adalah pemimpin PKR yang turut bertanding membawa wawasannya yang tersendiri.. Tapi rasanya untuk turut menyertai 'PKR Baru' yang dicadangkan oleh beliau adalah sesuatu yang tidak mungkin bagi yang telah lama bersama dengan PKR .. Kita berperang dalam rumah saja.. kalau sampai nak melompat keluar rumah menjadi Panglima Perang Anwar Ibrahim yang ke 45 melompat keluar.. (ada orang kata yang ke 51) kemudian menyerang.. saya rasa itu kurang bijak.. dan bagi yang telah diistiharkan kalah dalam pemilihan yang lalu.. he..he.. lagi 3 tahun kita berperang lagi.. Teliti semula hasrat tubuh parti baru, Azmin nasihati Zaid SHAH ALAM, 12 Nov — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang mendahului persaingan jawatan timbalan presiden menasihatkan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim meneliti semula sebarang hasrat untuk menubuhkan parti baru sekiranya beliau dipecat atau disingkirkan daripada parti itu.Menurut Azmin, cadangan itu diharap tidak akan berlaku kerana mengikut fahamannya, Zaid menyertai PKR dengan semangat untuk bersama-sama dengan pimpinan dan anggota PKR bagi meneruskan agenda reformasi serta melakukan perubahan. Zaid, bekas pemimpin Umno, menyertai PKR pertengahan tahun lalu dan kini beliau juga merupakan penyelaras Pakatan Rakyat. "Dalam konteks ini, kita berharap beliau dapat meneliti semula keputusan itu dan dapat meneruskan perjuangan dalam semangat muafakat untuk bersama-sama dengan PKR bagi meneruskan agenda perubahan," katanya di sini hari ini. Azmin mengulas kenyataan Zaid yang tidak menolak kemungkinan menubuhkan parti baru sekiranya dipecat daripada PKR kerana membuat saranan supaya penasihat parti itu Datuk Anwar Ibrahim dan naib presiden itu sendiri supaya berundur. Ditanya mengenai tindakan yang bakal dihadapi Zaid berikutan kenyataannya itu, Azmin dipetik Bernama berkata, perkara itu akan diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti untuk menentukan bentuk tindakan kepada mana-mana anggota PKR yang telah melakukan kesalahan berdasarkan perlembagaan dan peraturan parti. "Jawatankuasa disiplin kena buat cadangan pada Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat untuk diputuskan dan setakat hari ini kita belum terima sebarang cadangan daripada jawatankuasa disiplin. Kita akan teliti sebaik sahaja kita terima," katanya. Isnin lalu, Zaid mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan juga melepaskan semua jawatan dalam parti itu dengan alasan "terdapat penipuan dalam pemilihan". Berikutan keputusan Zaid itu, pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR kini melibatkan Azmin dan Mustaffa Kamil Ayub. Berdasarkan pengundian lima hari pertama, Azmin telah mengumpulkan 6,467 undi manakala Zaid di tempat kedua dengan 3,988 undi manakala Mustaffa pula 1,215 undi. Zaid memutuskan untuk menarik diri atas dakwaan proses pemilihan diselubungi kecacatan dan manipulasi. The Malaysian Insider |
| Demi Maruah Perjuangan dan Parti Saya Tetap Bertanding Posted: 12 Nov 2010 01:13 AM PST KENYATAAN MEDIA MUSTAFFA KAMIL AYUB NAIB PRESIDEN DAN CALON TIMBALAN PRESIDEN 12 NOVEMBER 2010 DEMI MARUAH PERJUANGAN DAN PARTI SAYA TETAP MENAWARKAN DIRI BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN WALAUPUN DI DALAM PROTES Sejumlah anggota-anggota parti di peringkat akar umbi terus meminta parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk mengambil tindakan terhadap memorandum yang dihantar pada 9 November 2010 yang lalu bagi memastikan Pemilihan 2010 yang telah dan sedang berlangsung sekarang benar-benar bersih, bebas dan adil mengikut etika Pemilihan 2010 yang dikeluarkan oleh JPP.Sesungguhnya saya ingin menegaskan bahawa 'demi mempertahankan prinsip keadilan' saya dan rakan-rakan meletakkan keyakinan dan harapan kepada Pengerusi JPP agar segera membuat siasatan terhadap manipulasi pemilihan melalui aduan dan bantahan daripada cabang-cabang yang telah diterima dan yang akan menghantar bantahan seterusnya untuk tindakan praktis daripada JPP. Sebagai sebuah parti yang berhasrat untuk mewujudkan Politik Baru, Budaya Baru seperti yang pernah dinyatakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, pemimpin dan anggota parti 12 tahun yang lalu, ianya hendaklah benar-benar dihayati dan dilaksanakan dalam Parti Keadilan Rakyat termasuklah dalam proses Pemilihan 2010 yang berlangsung kini dengan meletakkan sistem demokrasi yang tulen berlaku dalam parti dan di negara ini. Kekuatan dan prestasi Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat (PR) terus diintai oleh Barisan Nasional (BN) dan mereka sentiasa mencari usaha-usaha yang berterusan untuk memecah dan melemahkan parti kita dari semasa kesemasa. Saya ingin mengingatkan anggota dan penyokong KEADILAN dan PR supaya jangan terpengaruh dengan manupulasi media tertentu yang sentiasa mencari jalan untuk terus menjatuhkan kredibiliti pemimpin rakyat iaitu Anwar Ibrahim. Saya sebagai Naib Presiden KEADILAN ingin menegaskan bahawa jasa, sumbangan dan kesan Anwar Ibrahim dalam politik negara ini sangat besar khususnya menggerakkan perubahan rakyat sehingga berlakunya 'Tsunami Politik 2008'. Keupayaan beliau memperjuangkan isu-isu penyelewengan pemerintah dan penyedaran rakyat terhadap perubahan kepimpinan negara amat diperlukan oleh KEADILAN dan PR di negara ini. Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak sekian lama dan semua rakyat mestilah mendokong kepimpinan beliau. Sekaligus saya ingin membuat penyataan bahawa tanggapan sebahagian anggota parti mengenai kehadiran saya bersama Zaid Ibrahim meminta Anwar Ibrahim berundur adalah tidak benar sama sekali. Kehadiran saya bersama Zaid Ibrahim seperti termuat didalam akhbar adalah atas prinsip bersama yang meminta JPP berlaku adil dalam proses Pemilihan 2010 ini dan menyekat unsur-unsur manipulasi yang berlaku dalam pemilihan. Saya sedar dan faham bahawa kehadiran saya itu telah diambil kesempatan oleh pelbagai pihak termasuk sesetengah pimpinan parti untuk menjatuhkan kredibiliti saya. Jangan biarkan politik adu domba, fitnah berlaku dalam parti kita. Jangan kerana saya selaku anggota parti memberikan pandangan berbeda, senang untuk pihak yang tidak bertanggungjawab menfitnah saya dan akar umbi yang menyokong saya. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN dan Pengerusi JPP yang telah membuat penelitian mendalam terhadap memorandum yang diberikan dan dibawa ke dalam mesyuarat khas Biro Politik KEADILAN. Hasil pertemuan khusus selama sejam pada tengahari Khamis 11 November 2010 bersama Pengerusi JPP, merumuskan muafakat 3 komitmen utama:- 1.JPP akan diangkat sebagai sebuah badan yang benar-benar berautonomi. 2.Sebuah panel pemantau pakar akan diwujudkan bagi memantau tahap ketelusan dan integriti JPP dalam Pemilihan 2010. 3.Melaksanakan tindakan-tindakan berdasarkan cadangan-cadangan yang di buat didalam memorandum terutamanya mengenai pengendalian aduan-aduan dan bantahan-bantahan yang telah dikemukakan samada diperingkat pemilihan cabang mahupun pusat bagi membaiki kesilapan lalu. Berasaskan kepada situasi serta bersesuaian dengan "Politik Nilai" sebagai cagaran dan misi saya yang menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden KEADILAN, saya menegaskan :- 1.JPP hendaklah segera meneliti dan membuat semakan terhadap aduan dan bantahan yang di terima. 2.JPP hendaklah menjalankan siasatan terhadap ketidakadilan, ketidaktelusan yang berlaku sejak pemilihan MATC dan pemilihan MPP kini. Sememangnya saya amat memahami rintihan dan keluhan anggota dan pimpinan akar umbi mengenai masalah yang berbangkit serta ketidakpuasan hati yang berlaku, lantas mahu memboikot atau menarik diri dari proses pemilihan, atau memohon menangguhkan Pemilihan 2010, namun demi kepentingan parti jika Pemilihan 2010 tetap diteruskan, saya akan kekal bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden walaupun didalam protes. Tindakan ini juga sebagai menghormati pandangan dan keyakinan anggota-anggota di peringkat akar umbi, yang menginginkan saya terus bertanding bagi Timbalan Presiden KEADILAN. Saya dengan penuh komitmen mengajak semua anggota parti bersama dengan saya mempertahankan survival dan maruah parti. Sesungguhnya saya merayu kepada semua anggota parti yang mengundi nanti supaya memberikan saya peluang untuk memenuhi harapan rakyat ini. Sekiranya saya diberi peluang, saya akan melaksanakan polisi rakyat dalam parti dengan mengangkat semula suara rakyat akar umbi, anggota parti dan golongan Reformis sebagai suara utama parti. Saya juga akan memastikan kelangsungan politik nilai dalam parti seperti sederhana,toleransi, kasih sayang serta menolak politik fitnah dan politik wang dalam parti. "KESINAMBUNGAN PERJUANGAN" "KEMBALIKAN SUARA RAKYAT" MUSTAFFA KAMIL AYUB Naib Presiden KEADILAN Calon Timbalan Presiden KEADILAN |
| Posted: 11 Nov 2010 10:34 PM PST Alhamdulillah.. ramai lagi sahabat-sahabat aku yang masih mampu berfikir secara rasional dan tidak bersikap seperti 'Sokong yang membawa rebah'.. Dalam Rapat Umum Anak Muda yang dianjurkan oleh Chegubard di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur baru-baru ini.. YB Nurul Izzah berkata "Saya bukan benci Azmin, saya bukan benci Zaid, saya bukan benci Mustaffa, saya bukan benci Pak Lah, saya bukan benci Mahathir tetapi saya benci dengan PENIPUAN." Fikirkan secara Rasional.. bukan Emotional.. ayat Nurul itu.. Blogger PKR hantar memorandum KUANTAN – Blogger Pahang Daily, Shukri Mohd Ramli akan menghantar satu memorandum kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan membantah pemilihan PKR sehingga prosesnya lebih bersih dan telus.Memorandum yang dipersetujui kira-kira 100 blogger pro PKR itu akan dihantar secepat mungkin bagi mendapatkan persetujuan semua pihak berhubung proses pemilihan parti berkenaan. Shukri yang mendakwa memperjuangkan PKR sejak 11 tahun lalu melalui tulisannya di laman web Pahang Daily Online kecewa kerana masalah dalaman parti menjejaskan pemilihan itu. "Sebagai pemerhati bebas dalam pilihan raya itu, ada pemimpin dalam parti itu yang sudah terbabit dalam politik wang, lobi melobi dan bergaduh untuk merebut jawatan penting," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar berkenaan perkara itu di sini, semalam. Beliau berkata, pemilihan itu mesti ditangguhkan supaya tidak berhadapan dengan masalah besar membabitkan dua orang kuat parti itu iaitu Anwar dan Naib Presiden parti itu, Azmin Ali. "Sememangnya PKR wajar menangguhkan pemilihan dalam parti itu bagi mengelakkan tsunami yang boleh mencemarkan parti itu "Saya lihat apa yang dituduh kepada Barisan Nasional sebelum ini sudah berlaku dalam Pemilihan 2010 PKR dan saya berpendapat proses itu juga gagal," katanya. Beliau turut menyarankan supaya Anwar lebih neutral apabila berlaku krisis dan tidak memihak kepada Azmin semata-mata. Sebelum ini, katanya, Datuk Zaid Ibrahim sudah membuat teguran mengenai isu pemilihan itu sebelum pemilihan. "Anwar tidak boleh menuduh Zaid dihantar oleh UMNO untuk menyiasat parti," katanya. Katanya, dalam tempoh bersama parti itu, Shukri mendakwa dia berjuang atas dasar percaya kepada pemimpin namun keadaan pemimpinnya yang masing-masing mempunyai impian memegang jawatan. "Itu adalah kesilapan Anwar sendiri yang menguar-uarkan mahu menakluki Putrajaya menyebabkan masing-masing bermimpi mahu memegang jawatan dalam parti ini," katanya. Bercakap mengenai pendiriannya, beliau masih menerima pandangan rakan-rakan lain dalam parti dan akan membuat keputusan sama ada mahu terus bersama parti itu atau tidak mahu terikat dalam parti. PKR kini dikatakan mengalami masalah dalaman parti selepas Zaid meminta Anwar dan Azmin berundur kerana didakwa menjadi punca masalah dalam parti. Sinar Harian |
| Open Letter to Dato' Seri Dr. Wan Azizah, President of Parti Keadilan Rakyat Posted: 11 Nov 2010 10:20 PM PST We must remember that we are not judged by our intentions but by the results of what we set out to do. We must do the right thing the right way. By Jonson Chong (Member No. B130001542) Dear Madam President,Please allow me to make one final plea to you for the sake of our Party's future. KEADILAN's current state of affairs, to say the least, is profoundly disturbing and sad. Indeed, not only party members but all our supporters are extremely disappointed by the manner in which our party election is conducted. No doubt, we had very good intentions when we first mooted the idea of direct elections, where each and every member will be given the democratic right to vote for their leaders. However, we must remember that we are not judged by our intentions but by the results of what we set out to do. We must do the right thing the right way. Now, whether we like it or not, the credibility and image of KEADILAN is at an all-time low. This is nothing less than a crisis for the Party. I understand that it is difficult for you to suspend the ongoing party election. However, no matter who wins the contest, we are all losers in the end. Hence, after some serious thought, I would like to make a humble suggestion to you. Currently, there are many doubts about the integrity of our Party's electoral process. I believe that if we can show the public that we are sincere in rectifying whatever irregularities, perceived or otherwise, then we will have taken the first step to salvage KEADILAN's tattered reputation. Hence, I humbly suggest that we take the most dubious incident as a litmus test to show, once and for all, that our Party election is free from irregularities. I am referring to the Libaran results, which shows an impressive but incredulous 60 percent turnout of voters. If agreed by you, Madam President, I will personally help raise the necessary funds to engage an independent and professional audit firm to scrutinise the polling results of Libaran. With the large number of generous KEADILAN supporters who are still hoping that we will do the right thing, I am confident that resources can be arranged to carry out this important task. If the Libaran results are certified to be free from irregularities, then I will unequivocally accept the Party's overall election results. I believe all other contestants will do the same. However, if the audit results show otherwise, then a resolution must be passed at the upcoming National Congress to nullify the results of the Party election. We are now at a critical point in our Party's history. We must show that KEADILAN is true to its own name. Not only must justice be done but it must also be seen to be done. Madam President, right now, the Party needs you to take charge and lead us through this challenging period. Thank you. |
| Posted: 11 Nov 2010 10:08 PM PST KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) bimbang dengan kemelut dalaman yang melanda Parti Keadi:lan Rakyat (PKR) yang kini dilihat hampir mencetuskan perpecahan dalam kalangan ahli parti itu. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara ini harus diatasi oleh pucuk pimpinan PKR agar ia tidak berlarutan dan boleh menimbulkan perpecahan bukan sahaja dalam kalangan ahli malah turut membabitkan Pakatan sedia ada."Bagaimanapun, saya yakin dengan kepimpinan PKR dan bagi mengatasi kemelut yang berlaku dalam kalangan ahli mereka, pasti perkara ini tidak akan berlarutan sehingga boleh menimbulkan kejadian tidak diingini," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Mahfuz berkata, perang dingin yang berlaku dalam PKR ini turut memberikan kesan kepada PR, perkara sebegini akan terjadi terhadap mana-mana pihak jika salah satu parti gabungan mereka bertelingkah sesama sendiri. "Apa jua pertubuhan atau parti yang bergabung akan bimbang jika sekiranya perkara sebegini terjadi dalam pakatan mereka, ia memberikan kesan dan menjadi perhatian ramai, kerana banyak pihak termasuk ahli parti ingin mengetahui perkembangan mengenainya," katanya. Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai cara tersendiri menangani kemelut dalaman tanpa melibatkan campur tangan luar. Seorang lagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti meminta PKR menyelesaikan kemelut secepat mungkin kerana ia turut memberi kesan kepada pakatan pembangkang. "Sebagai satu keluarga besar dalam pakatan sudah pasti apa yang berlaku dalam PKR ini akan memberikan implikasi terhadap masa depan dan juga keyakinan rakyat terhadap keupayaan Pakatan Rakyat," katanya. Sementara itu, calon naib presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar berkata, PKR bermesyuarat bagi menangani perkara itu dan mengenal pasti beberapa langkah segera. "Kita mengamalkan perbincangan secara tertutup. Kita rasa dalam mana-mana parti yang melangsungkan pemilihan tidak ada yang berani mengamalkan sistem terbuka. Kita sedang memperbaiki dan menghalusi sistem yang kita akan gunakan dan saluran yang ada," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mahu PKR segera menyelesaikan masalah dalamannya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Mengenai gesaan pelbagai pihak agar pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) ditangguhkan, Nurul Izzah berkata, keputusan untuk berbuat demikian perlu dirujuk kepada Biro Politik parti itu. Sinar Harian |
| Posted: 11 Nov 2010 07:41 PM PST Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim kerana menggunakan media untuk menyerang kepimpinan parti, lantaran itu beliau mencabar Zaid untuk berdebat secara terbuka mengenai kepimpinan Keadilan dengannya. Debat.. mengenai debat ni bagi aku ianya satu cadangan yang bagus... tapi cuba korang baca apa yang ditulis oleh Din Binjai kat SINI pasal debat ni sebelum baca berita kat bawah.. he.. he.. Dia komen tu.. lebih kurang aku komen la.. Kemelut PKR: Shamsul cabar Zaid berdebat JOHOR BARU, 12 Nov — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim kerana menggunakan media untuk menyerang kepimpinan parti itu.Berikutan itu, beliau mencabar Zaid untuk berdebat secara terbuka mengenai kepimpinan Keadilan dengannya. "Tetapkan tempat dan tarikh, pilih mana-mana medium yang dia suka, saya bersama pimpinan Angkatan Muda akan hadir bagi menceritakan perkara sebenar kepada beliau. "Tiada guna jika perkara ini dihebahkan kepada media," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam. Beliau menyifatkan tindakan Zaid itu mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan kepimpinan PKR yang sedia ada. Pada Isnin lepas Zaid mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada pemilihan parti dan juga melepaskan semua jawatan dalam PKR dengan alasan "terdapat penipuan dalam pemilihan". Beliau kemudian meminta Anwar berundur dari parti itu. Zaid berkata menjadi tanggungjawab kepimpinan parti untuk menyiasat laporan mengenai dakwaan penyelewengan dalam pemilihan dan bukan dirinya yang harus membuktikan kepada Anwar mengenai penyelewengan itu. Mengenai gesaan Zaid agar Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Anwar keluar PKR untuk menyelamatkan parti itu, Azmin berkata keputusan itu terletak pada tangan semua anggota parti dan bukannya mana-mana individu. Sementara itu, Anwar memuji prestasi pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sehingga kini. Menurutnya, Chua berjaya membuktikan kepimpinannya dengan menarik 23 daripada 24 cabang PKR Johor ke majlis perjumpaan tersebut. Ketika ditanya, Chua berkata wakil cabang Sri Gading tidak hadir ke perjumpaan itu walaupun notis telah diberikan. Katanya, beliau tidak tahu mengapa wakil cabang itu tidak hadir, namun akan meminta penjelasan dari mereka kemudian. Kelmarin, lima ahli dari cabang Sembrong bertindak meletak jawatan dalam parti kerana dikatakan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Chua dan pemilihan parti. Mereka adalah Ketua Cabang, Saiman Marjuki; Naib Ketua, Abdul Aziz Abdul Kadir; Ketua Wanita, Noraini Abdul Kadir; dan dua ahli jawatankuasa. Bernama |
| Video : Bagaimana yang dipanggil 'Beruk UMNO' itu merantai dirinya.. Posted: 11 Nov 2010 05:51 PM PST Video ini disiarkan setelah ada pihak telah mengatakan bahawa ADUN dari Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak memberikan layanan yang baik buat para peserta demonstrasi.. Cuba perhatikan bagaimana mereka telah dilayan biarpun mereka hadir tanpa diundang.. hadir dengan tidak memberi salam tapi menggoncang pagar dan perhatikan juga bagaimana lelaki bersongkok itu memberitahu YB Ng Wei Aik bahawa dengan satu arahan darinya saja para peserta demonstrasi itu akan meruntuhkan pagar DUN.. Dan jangan lupa juga untuk memerhatikan bagaimana yang digelar 'Beruk UMNO' itu merantai dirinya.. |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan