Senyum Tangis Sendu |
| Siapa Rosmah Mahu Baca Semua Ni? Posted: 02 Nov 2010 04:02 AM PDT ![]() Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong membidas tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang membaca ucapan Datuk Seri Najib Razak bagi pihak kerajaan Malaysia di majlis sambutan perayaan Deepavali peringkat nasional. Dr Tan menegaskan perbuatan Rosmah telah melanggar protokol kerajaan dan membelakangkan Kabinet Malaysia seterusnya urusan pentadbiran kerajaan yang bukan dalam bidang tugasnya sebagai seorang isteri pemimpin negara. "Ini adalah majlis rasmi kerajaan Malaysia peringkat kebangsaan mengapa Rosmah masuk campur? Mengapa Najib membenarkan isterinya membaca ucapan rasminya pada satu majlis rasmi anjuran kerajaan. "Semasa saya dalam kerajaan, jawapan di Parlimen umpamanya hanya boleh di jawab oleh Menteri, kalau Menteri tidak ada tugas itu diberi kepada Timbalan Menteri atau pun Setiausaha Parlimen. "Kita faham Najib tidak sihat tetapi mengapa tidak diwakilkan kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin atau Menteri Kanan. Oleh kerana ini perayaan Deepavali sepatutnya diwakili oleh Datuk Dr S Subramaniam bukannya hantar Rosmah yang tidak ada kena mengena dengan pentadbiran kerajaan. Justeru Dr Tan yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat menasihati Rosmah supaya sedar akan kedudukan beliau sebagai hanya isteri Perdana Menteri dan jangan memandai-mandai berlagak seolah-olah wakil rasmi Perdana Menteri. "Sekarang ini sahlah apa yang dikatakan oleh rakyat sejak Najib memegang jawatan, sebenarnya Rosmah yang menjadi 'Perdana Menteri" dan bukannya Najib. "Amat malang bagi seorang Perdana Menteri daripada Umno yang takutkan isterinya," kata beliau lagi. Rosmah dibidas kerana dilihat gilakan kuasa membaca ucapan Perdana Menteri di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield Ahad lalu. | ||
| Posted: 01 Nov 2010 04:06 PM PDT
Pertandingan ratu cantik dunia di China dicemari kontroversi selepas negara tuan rumah dituduh menggunakan tekanan untuk menyekat kemaraan peserta pilihan dari Norway, Marian Birkendal kerana pertikaian diplomatik antara Beijing dan Oslo. Acara tersebut yang berlangsung di Pulau Hainan pada Sabtu lepas dimenangi peserta dari Amerika Syarikat (AS), Alexandria Mills berusia 18 tahun. Namun, sebuah akhbar melaporkan, beberapa sumber dalaman terkejut selepas Birkendal, 23, gagal menduduki lima tempat teratas pertandingan itu yang ditonton oleh satu bilion orang di seluruh dunia. "Sebelum ini, saya yakin dia (Birkendal) akan menang," kata seorang personaliti televisyen Norway, Kathrine Sorland. Dia pernah menduduki tempat keempat dalam pertandingan ratu cantik dunia pada 2002. "Mereka (tuan rumah) mencampurkan politik dengan urusan pertandingan ratu cantik ini. Ketika ini, hubungan antara China dan Norway agak tegang," tambahnya. Sebelum keputusan ratu cantik itu diumumkan, Birkendal merupakan antara pilihan utama untuk memenangi gelaran tersebut dengan mengatasi peserta dari AS itu. Menurut beberapa laporan kelmarin, para pemerhati mendakwa barisan juri ratu cantik dunia itu terpaksa akur dengan tekanan Beijing supaya mengetepikan Birkendal sebagai pemenang. China didakwa berang setelah jawatankuasa Hadiah Nobel di Norway menganugerahkan Hadiah Nobel Keamanan kepada banduan China, Liu Xiaobo yang dipenjarakan kerana menentang dasar-dasar pemerintah. Xiaobo, 54, yang merupakan seorang profesor mendesak supaya demokrasi dikembalikan di China. Sumber: Agensi |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan