Selasa, 2 November 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Sabah Maju dibawah UMNO/BN... (Video)

Posted: 02 Nov 2010 06:08 AM PDT

Saksikanlah kemajuan yang dibawa oleh UMNO/BN selama lebih 50 tahun memerintah Sabah.. lihat betapa mewahnya rumah-rumah penduduk kampong Mangkalinau, Batu Sapi ini..

Lihat juga betapa mewahnya mereka.. dengan titi yang diperbuat dari kayu jati.. yang kelihatan amat teguh, sukar untuk runtuh biarpun dilalui oleh 'Big Show' penggusti dari WWF itu..

Lihatlah juga rumah-rumah mereka yang berdiri megah setanding dengan mahligai pemimpin UMNO..


Kalau Boleh Percaya Janji ni.. Esok Babi Boleh Terbang..

Posted: 02 Nov 2010 04:45 AM PDT

Itu pepatah Cina yang aku belajar dari sahabat-sahabat aku yang berbangsa Tionghua.. maksudnya lebih kurang tak boleh dipercayai lah tu..

Selepas berjumpa dengan Clinton, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berikrar bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya..

Kalau boleh dipercayai kata-kata Menteri dari UMNO itu.. nescaya esok kita akan melihat babi-babi berterbangan diangkasaraya..


Selepas jumpa Clinton, M'sia ikrar keadilan bagi Anwar

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini selepas perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berikrar bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya.

"Adalah menjadi kepentingan saya dan negara untuk memastikan Anwar dapat perbicaraan yang adil," kata Anifah ketika persidangan akhbar bersama, - merujuk terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar yang boleh menyaksikan beliau dihumban ke penjara sehingga 20 tahun.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dipecat dan dipenjarakan atas beberapa dakwaan seks dan rasuah sedekad yang lalu berkata beliau sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik dan melahirkan kebimbangan tidak mendapat keadilan sewajarnya berhubung dakwaan terbaru dengan seorang lagi pembantunya.


Pakatan pembangkang yang diterajuinya membuat kejutan pada pilihan raya umum 2008 lalu dengan menafikan kerajaan BN kemenangan dua pertiga di Dewan Rakyat, - sesuatu yang tidak diduga sejak BN memerintah negara ini lebih separuh abad.

Anwar, yang didakwa mengadakan perhubungan sejenis dengan pembantunya berkata semua tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan menamatkan kerjaya politiknya dan melemahkan Pakatan Rakyat.

Badan Hak Asasai Manusia menggesa Malaysia menggugurkan dakwaan ke atas Anwar dan membidas kes itu sebagai "charade of justice," atau 'keadilan kepura-puraan' dan Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa ia sedang memerhati dengan teliti peristiwa berkenaan.

Meliwat walaupun di kalangan golongan dewasa atas dasar kerelaan kedua-dua pihak adalah satu kesalahan jenayah di Malaysia.

Perbicaraan Anwar bermula pada Februari lalu tetapi tergendala akibat penangguhan dan tidak mencapai banyak kemajuan.


- AFP

Pasal UMNO buat, ianya bukan Rasuah...

Posted: 02 Nov 2010 04:36 AM PDT

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan bahawa bayaran RM20 itu bertujuan membeli undi sukar dibuktikan.

Dah ada Video pun sukar dibuktikan.. tak apa.. ramai yang faham, bila ianya dilakukan oleh UMNO itu tidak menjadi kesalahan..

Aku berminat dengan kata-kata dia yang ini "Undi kita rahsia, jadi bagaimana kita nak tahu parti mana yang dipangkah oleh orang yang menerima wang itu?

Siapa Percaya?? Siapa percaya Undi kita rahsia?.. kalau percaya e-mail kat aku No. IC korang (Pengundi Permatang Pauh saja) aku akan bagitahu pada PRU yang lepas korang undi siapa..

Sebabnya dalam daftar pemilih yang dikeluarkan .. siapa kita undi tertera disitu.. pengundi Pembangkang namanya diwarnakan dengan warna merah dan pengundi Barisan Nasional pula diwarnakan dengan warna hitam manakala pengundi baru berwarna biru.. itulah perlunya nombor siri pada kertas undi...

Rahsiakah undi kita??? poodah!!

SPR: Bayaran RM20 bukan rasuah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.

Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.

"Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan," katanya dengan panjang lebar melalui telefon.


Lagipun, kata Aziz kesalahan seumpama itu sukar dibuktikan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mereka perlu menunjukkan bahawa penerima habuan berkenaan telah mengundi parti yang memberi.

"Undi kita rahsia, jadi bagaimana kita nak tahu parti mana yang dipangkah oleh orang yang menerima wang itu? Saya tidak dapat melihat hubungan itu.

"Terdapat ramai peguam hari ini dan mereka boleh memutar daripada hitam kepada putih, jadi kamu kena ada bukti yang jelas dan pasti 100 peratus perkara itu berlaku. Jika tidak, usaha itu jadi sia-sia."

Malaysiakini sebelum ini telah melaporkan bahawa Wanita Umno dikesan menyerahkan wang RM20 kepada mereka yang sanggup memberikan butiran peribadi dan juga mendedahkan parti mana yang disokong mereka.

Malah, perkara itu juga berjaya dirakamkan oleh seorang wartawan. Seseorang yang perlu menunjukkan myKad mereka bagi membuktikan mereka adalah pengundi di kawasan itu.

Menurut seorang wanita yang berbaris: "Ini untuk pengundi. Tunjukkan myKad untuk buktikan kamu pengundi dan mereka akan berikan wang."

Kebanyakan yang beratur pada hari berkenaan adalah rakyat Malaysia keturunan Cina meskipun majlis berkenaan didakwa untuk sayap pekerja Wanita Umno.

Malah, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sendiri mengesahkan wang itu adalah untuk pekerja parti yang ke Sabah untuk membantu kempen BN.

Bagi membuktikan perkara itu, wartawan Malaysiakini juga beratur dan juga diberikan wang RM20 itu. Malah identiti pengenalan juga tidak lagi diminta.

Aziz kemudian diminta membaca laporan berkenaan dan melihat klip video tersebut. Selepas berbuat demikian pengerusi SPR itu menghantar mesej teks kepada Malaysiakini bahawa beliau yakin bahawa wang RM20 itu adalah hanya untuk pekerja parti dan bukannya untuk pengundi.

"Selepas baca (laporan berita) saya percaya bahawa pekerja parti adalah dari seluruh Sabah dan yang penting mereka bukan pengundi Batu Sapi.

"Wang tunai RM20 diberikan sebagai bayaran pengangkutan dan malah wartawan Malaysiakini juga dapat, baiknya...Apa ini?"

Namun, katanya, beliau akan menyerahkan laporan dan video berkenaan untuk penasihat undang-undang SPR supaya mengjkajinya dan mengambil tindakan jika perlu.

Malaysiakini akan menyerahkan wang tersebut kepada pihak SPR bagi membantu siasatan.


Malaysiakini

Permatang Pauh!! Siapa pernah dengar JANJI ini??

Posted: 02 Nov 2010 02:36 AM PDT

"Saya berjanji kepada rakyat Batu Sapi saya akan berpindah ke sini supaya rakyat saya dapat bertemu dengan rakyat sekerap mungkin. Saya mahu berdamping dengan rakyat Batu Sapi bagi menyelesaian sebanyak mungkin masalah yang mereka hadapi dan menjadi suara mereka di Parlimen.

Hmm... rasanya macam pernah aku dengar saja janji macam tu.. Orang Permatang Pauh! Siapa pernah dengar janji itu..

Janji dari seorang Calon ketika PRK yang lalu.. janji yang mengatakan perkara yang sama iaitu "Saya berjanji kepada rakyat disini saya akan berpindah ke sini supaya rakyat saya dapat bertemu dengan saya sekerap mungkin..."

Kini janji tinggal janji.. dan ianya diulang pula oleh pemimpin dari parti yang sama kini...

Ansari: Saya Janji Pindah Ke Batu Sapi Kalau Pakatan Rakyat Menang
Oleh Dzulkarnain Taib

SANDAKAN 2 Nov - Calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Batu Sapi, Ansari Abdullah berjanji akan berpindah ke kawasan ini sekiranya beliau diamanahkan oleh rakyat untuk mewakili mereka di Parlimen pada 4 November nanti.

Ansari berkata inilah komitmen yang beliau berikan kepada pengundi Batu Sapi bagi memastikan mereka akan mendapat perkhidmatan terbaik dari beliau serta menguatkan hubungan dengan pengundinya di kawasan parlimen ini.


"Saya berjanji kepada rakyat Batu Sapi saya akan berpindah ke sini supaya rakyat saya dapat bertemu dengan rakyat sekerap mungkin. Saya mahu berdamping dengan rakyast Batu Sapi bagi menyelesaian sebanyak mungkin masalah yang mereka hadapi dan menjadi suara mereka di Parlimen.

"Saya tinggal di Kota Kinabalu sekarang tetapi ini tidak menghalang ramai rakyat Sabah dari kawasan jauh datang berjumpa saya berhubung pelbagai masalah yang mereka ingin saya bantu. Jadi kalau saya berpindah ke Batu Sapi ini akan memudahkan lagi rakyat terutamanya rakyat miskin datang berjumpa saya," kata Ansari kepada Suara Keadilan.

Berhubung Debat Perdana anjuran Parti Keadilan Rakyat yang diadakan Ahad lalu, Ansari membidas sikap yang ditunjukkan oleh calon Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin serta calon Parti Maju Sabah (Sapp), Datuk Seri Panglina Yomng Teck Lee yang mengelak diri untuk mendebatkan isu-isu berhubung masalah rakyat di Batu Sapi.

"Tindakan mereka sebenarnya menafikan hak rakyat Batu Sapi untuk mendapat maklumat apakah rancangan dan agenda mereka untuk membangungkan keadaan hidup mereka. Malah pada masa yang sama Teck Lee berada di Dewan Hakka untuk berdebat dengan Ketua Menteri.

"Oleh kerana beliau tidak datang di tempat kami adakan debat saya sendiri ke Dewan Hakka untuk menawarkan diri berdebat dengan beliau setelah Musa Aman tidak muncul. Itu pun Teck Lee tidak mahu berdebat dengan saya. Jadi sekarang jelas kepada rakyat Batu Sapi
kedua-dua calon tidak berminat untuk berjuang hak-hak rakyat tetapi hanya mahukan undi rakyat dan tidak pedulikan masalah mereka," tegas beliau lagi.

Beliau juga mengkritik tindakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menganjurkan sesi latihan askar Wataniah sepanjang pada hari Ahad lalu di tengah-tengah bandar Sandakan.

"Saya nak tanya Zahid apa tujuan buat latihan sepanjang hari di tengah-tengah bandar? Adalah beliau mahu menakut-nakutkan pengundi Batu Sapi? Kalau askar Wataniah tidak ada kerja lebih baik arah mereka ke kampung-kampung Melayu yang miskin membaiki jembatan dan jeti yang sudah uzur. Mereka boleh minta kayu balak dari Yayasan Sabah untuk baiki infrastruktur di Batu Sapi.


Suara Keadilan

Beruk-beruk berdemo lagi...

Posted: 01 Nov 2010 08:55 PM PDT

Aku cuma meminjam kata Khairy yang telah menyifatkan penyokong PR sebagai beruk kerana membuat berdemo..



Sekumpulan kira-kira 100 orang yang mewakili peniaga di Komtar dan ahli Parti Cinta Malaysia mengadakan bantahan di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi ini.

Mereka membantah kenaikan tarif air dan isu pengambilan tanah di Balik Pulau. Penunjuk perasaan juga menuntut untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi dihalang oleh dua pagar yang berkunci di luar bangunan itu.


Laungan "pengecut" dan "Allahu Akbar" bergema sambil penunjuk perasaan menggoncang pagar berkenaan.

DUN Pulau Pinang mula bersidang semalam.

Seorang daripada penunjuk perasaan merantaikan dirinya di pintu pagar sambil diberi tepukan gemuruh oleh rakan-rakannya yang lain.

Tidak kurang juga yang membawa sepanduk dan kain rentang yang mencaci kerajaan Pakatan rakyat. Antaranya berbunyi "Kami tidak rela tanah kami dijadikan 'business' kerajaan negeri" dan Jangan perbodohkan orang kampung. Kami ada maruah!"

Azian Ariffin, yang mewakili pemilik tanah di Balik Pulau, mendakwa kumpulannya ingin berjumpa dengan Lim secara baik.

Katanya, tujuan mereka ke mari hari ini adalah untuk menyerahkan memorandum bantahan secara peribadi kepada ketua menteri dan bukannya melalui wakilnya.

Azian berkata 29 lot tanah yang dimiliki oleh masyarakat Melayu dan 12 lot yang dimiliki oleh masyarakat Cina telah diambilalih bagi pembinaan sebuah institusi pendidikan tinggi.

Namun, dakwanya, tidak ada pemilik tanah yang berhasrat untuk berpindah kerana tanah kepunyaan mereka itu adalah sebahagian daripada warisan mereka.


Malaysiakini

PRK DUN Galas: Sokongan BN dahului PAS

Posted: 01 Nov 2010 08:08 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

GUA MUSANG, 2 Nov — Ketika tinggal dua hari lagi menjelang hari pengundian, seramai 93 peratus pengundi telah menetapkan pilihan masing-masing dengan Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului pesaingnya dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Sekitar tujuh peratus pengundi masih belum membuat pilihan mereka sehingga semalam.

PAS yang pertama kali menguasai kerusi Galas, yang terletak dalam bahagian Parlimen Gua Musang dua tahun lalu, menerima sokongan 42 peratus berbanding BN yang menjadi pilihan 51 peratus.

Sebelum ini, PAS berkata ia memulakan kempennya dengan asas sokongan pada tahap 48 peratus dan menganggapnya 'underdog' dalam mempertahankan kerusi tersebut.

Tiga hari lalu ia berkata sokongan itu meningkat sedikit kepada 49 peratus.

Dan, kumpulan pengundi 'atas pagar' ini dilihat akan menentukan bakal keputusan DUN Galas - pilihan raya kecil kedua di Kelantan sejak 8 Mac 2008.

Kempen pilihan raya kecil yang sudah masuk hari ketujuh hari ini menyaksikan perubahan yang ketara dari segi sokongan pengundi terhadap parti yang bertanding.


Walaupun kedua-dua parti mempunyai pendekatan yang berbeza untuk mendekati pengundi, namun dilihat pengundi lebih cenderung kepada BN yang meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff berbanding PAS yang memilih pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.

Bagi Dr Zulkefli cabaran di DUN Galas merupakan percubaan keempat dalam pilihan raya.

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Tinjauan The Malaysian Insider, yang dilakukan dengan mengambil kira komposisi pengundi mengikut kaum, menunjukkan BN dan PAS masih hampir seimbang dalam mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

Seramai 46 peratus dikatakan akan memilih BN manakala 42.6 peratus lagi akan memberikan sokongan kepada PAS dengan 11.4 peratus masih belum membuat sebarang keputusan.

Pada hujung minggu lalu PAS mengatakan bahwa pengundi Melayu akan menjadi penentu kemenangan di Galas kali ini.

Di kalangan pengundi Cina pula, yang kebanyakannya tinggal di kawasan bandar, BN menjadi pilihan mereka apabila 57 peratus mengatakan akan memilih Abdul Aziz manakala 43 peratus pula memihak kepada PAS.

Sokongan Orang Asli dilihat masih kekal dengan BN dengan 63 peratus mengatakan bahawa akan memberikan sokongan kepada BN manakala selebihnya 37 peratus memihak kepada PAS.

Pandangan sebelum ini menyebut hampir tiga perempat akan menyokong BN memandangkan ia merupakan kubu kuat BN dan atas kepimpinan personaliti Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang.

Sementara itu, bagi sokongan pengundi India pula nampaknya ia masih sama rata apabila 50 peratus memihak kepada BN dan 50 peratus lagi akan mengundi PAS.

Kajian juga mendapati perubahan pilihan banyak berlaku di kalangan pengundi Melayu ekoran dakwaan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan banyak masalah seperti isu tanah, perumahan dan air.

Malah terdapat juga rungutan di kalangan pengundi Cina, yang tinggal di kawasan luar bandar, yang mana mereka mengatakan banyak permintaan mereka tidak dipenuhi.

Bagi Orang Asli pula, walaupun BN masih mendapat sokongan lebih, namun sekiranya tiada usaha-usaha dilakukan kemungkinan besar ia boleh menjejaskan arah aliran sokongan kepada BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Kerusi DUN Galas mempunyai 13 daerah mengundi termasuk Lojing (606 pengundi), Sungai Ber (411 pengundi), Belatim (160 pengundi), Balar (232 pengundi), Bihai (278 pengundi), Hau (254 pengundi), Kampung Pulai (471 pengundi), Kampung Baru (2,150 pengundi), Bandar Lama Gua Musang (1,562 pengundi), Bandar Baru Gua Musang (1,058 pengundi), Kampung Batu Papan (1,739 pengundi), Lepan Tupai (593 pengundi) dan Sungai Terah (1,912 pengundi).

Kawasan Orang Asli melibatkan enam daerah mengundi iaitu Lojing, Sungai Ber, Belatim, Balar, Bihai dan Hau.

Bagi kawasan bandar pula melibatkan tiga daerah mengundi termasuk Kampung Baru Gua Musang, Bandar Lama Gua Musang dan Bandar Baru Gua Musang.

Sementara itu, kawasan luar bandar pula melibatkan empat daerah mengundi iaitu Kampung Pulai, Kampung Batu Papan, Lepan Tupai dan Sungai Terah.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, yang meninggal dunia akibat barah usus pada 27 September lepas.

Che Hashim menewaskan calon BN Mohamed Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum 2008.


The Malaysian Insider

21 gunung lagi dikhuatiri meletus

Posted: 01 Nov 2010 08:03 PM PDT

YOGYAKARTA: Indonesia pada masa ini bukan saja memantau Merapi yang memuntahkan gas dan debu panas semalam tetapi juga 21 gunung berapi lain yang menunjukkan tanda-tanda semakin aktif termasuk Galunggung, Dempo, Sinabung dan Anak Krakatau.

Letusan baru itu dilaporkan ketika Indonesia turut bertungkus lumus menangani kesan tsunami dengan dua bencana itu mengorbankan hampir 500 penduduk menyebabkan tentera turut membantu.

Merapi adalah antara 129 gunung berapi aktif di Indonesia. Letusannya menyebabkan 38 kematian sejak seminggu lalu. Lebih 69,000 penduduk sudah dipindahkan daripada kaki gunung itu yang kini diselaputi debu.


Penduduk yang berada di khemah perlindungan sementara beberapa kilometer jauhnya turut lari mencari tempat lebih selamat selepas Merapi meletus lagi diikuti letupan kuat, kata Subrandrio, pegawai pemantau Merapi.

Gunung itu banyak kali meletus sejak dua abad lalu. Pada 1994, 60 orang maut manakala 1,300 terbunuh dalam letusan pada 1930 yang memusnahkan lebih 24 kampung.

Kerajaan juga meningkatkan tahap berjaga-jaga membabitkan 21 gunung berapi lain yang menunjukkan peningkatan aktiviti termasuk gegaran dan muntahan debu hitam sejak dua bulan lalu, kata pakar gunung berapi, Syamsul Rizal.

Seorang lagi pegawai, Gede Swantika berkata adalah biasa tahap berjaga-jaga ketiga tertinggi ditetapkan lima hingga 10 kerana sesebuah gunung berapi itu mungkin meletus dalam tempoh dua minggu.

Katanya, pegawai yang memantau aktiviti gunung berapi mengesan lebih banyak tempat menunjukkan aktivisi seismik lebih tinggi.

"Kita akui ini suatu yang luar biasa kerana membabitkan lebih 20 gunung berapi pada satu masa. Kami perlu terus memantau tetapi saya tidak boleh kata atau ramal mana satu akan meletus. Kami hanya dapat kesan coraknya," katanya lagi.

Bantuan tersadai di pelabuhan

Di PADANG, pihak berkuasa menafikan laporan bahawa bantuan tersadai di elabuhan menyebabkan mangsa tsunami yang terselamat erpaksa mencari tumbuhan liar selepas bencana alam yang membunuh eratus-ratus orang.

Ketika Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata bahawa negaranya enerima bantuan asing untuk pembinaan semula kampung ang terjejas, ada laporan menuduh kerajaan merancang untuk enempatkan semula penduduk jauh dari kawasan pantai.

Mangsa yang terselamat dalam kejadian tsunami setinggi tiga meter di ulau Mentawai, barat Sumatera mengadu bahawa bantuan terlalu erlahan tiba kepada mereka manakala pekerja bantuan berkata oordinasi adalah terlalu lemah.

Tsunami berikutan gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter itu eranapkan kira-kira 10 kampung, memusnahkan sekolah, masjid dan umah tradisional di kawasan pedalaman dan pantai yang popular di alangan peluncur asing.

"Penangguhan disebabkan keadaan cuaca buruk. Tetapi sekarang kami udah tiba ke kawasan terjejas dan bantuan dihantar walaupun ia gak terbatas," katanya.


– AFP/AP

Pemilihan PKR : Wujudkah elemen manipulasi dalam kiraan undi?

Posted: 01 Nov 2010 07:59 PM PDT

Oleh Rahmah Ghazali

PETALING JAYA: Pertarungan untuk jawatan timbalan presiden PKR mencipta senario baru apabila para penyokong Dato' Zaid Ibrahim mendakwa kemungkinan wujud elemen manipulasi dalam pengiraan undi terbaru yang dikeluarkan oleh ibu pejabat PKR semalam.

Firdaus Christopher, pembantu khas Zaid, berkata, untuk semata-mata menyalahkan "kesilapan manusia" atas kesalahan pengiraan undi yang pertama tidak menjamin ketepatannya.

Sebelum keputusan rasmi diumumkan, pihak media tersentak dengan maklumat dari ibu pejabat bahawa Ketua PKR Wilayah Persekutuan Zaid sedang mendahului dengan selesa dalam perlumbaan merebut jawatan nombor dua itu.


Zaid memperoleh 3,683 undi, meninggalkan pencabar terdekatnya Naib Presiden Azmin Ali dengan 3,051 undi dan calon ketiga, yang juga Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub (1,271 undi).

Bagaimanapun, keputusan itu dipinda oleh Setiausaha Agung Saifuddin Nasution petang semalam dan sebaliknya mengumumkan Azmin yang sebenarnya mendahului dalam perlumbaan itu dengan Azmin mendapat 3,051 undi berbanding Zaid (2,529) dan Mustaffa (1,149).

Saifuddin menyalahkan faktor "kesilapan manusia" (human error) dan berkata pengiraan semula telah dibuat berikutan protes dari kedua-dua kem.

Aduan rasmi

Firdaus, yang tidak yakin dengan penjelasan itu berkata aduan rasmi akan dibuat di ibu pejabat PKR di sini.

"Kami mahu sekretariat parti atau JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) memastikan kesilapan seperti ini tidak berulang pada minggu-minggu yang akan datang," katanya.

Sementara itu, agen pilihan raya Zaid, Rashid Azad Khan memberitahu FMT bahawa angka-angka itu menunjukkan Zaid sedang mendahului tetapi angka-angka itu berbeza dengan apa yang disediakan oleh ibu pejabat sebelum diubah.

"Saya sedang menyiasat perkara ini dengan ahli-ahli kami di peringkat akar umbi. Jika kami betul, kami akan buat aduan di ibu pejabat.

Biar kami periksa dulu dan saya akan beritahu esok (hari ini)," katanya.

Bagaimanapun sumber yang rapat dengan Azmin mempertahankan keputusan rasmi dengan menegaskan ia tidak sepatutnya dipertikaikan dan pembetulan yang dibuat oleh ibu pejabat adalah wajar.


Free Malaysia Today

Video : Khas Buat Ahli UMNO Penang yang tak reti membaca..

Posted: 01 Nov 2010 10:10 AM PDT

Videoclip ini disiarkan khusus buat Ahli-Ahli UMNO Pulau Pinang termasuk pemimpin-pemimpin mereka sekali yang masih tidak faham (kategori bodoh melampau) akan penerangan yang telah diberikan tentang Isu Sumber Wang Ehsan.. Yang reti membaca sila baca di SINI




Media Permatang Pauh, Penanti Bangkit dan N11 dialu-alukan untuk copy video ini.. he.. he..

Khas Buat Ahli UMNO Penang yang tak reti bahasa..

Posted: 01 Nov 2010 09:24 AM PDT

Kebodohan milik anda semua (Ahli UMNO Pulau Pinang) jangan diserlahkan sangat.. tak tahu tanya.. jangan menyondol membabi buta laksana babi yang telah buta..

Tidak benar sekali dakwaan UMNO bahawa Kerajaan Negeri membayar duit judi sumbangan Kelab Lumba Kuda kpd orang Islam

Kumpulan Wang Amanah Kebajikan membolehkan Kerajaan Negeri menerima sumbangan dari orang awam, syarikat, persatuan dan sebagainya. Kumpulan Wang Amanah Kebajikan mengandungi dua (2) Sub Lejar iaitu Sub Lejar Kebajikan dan Sub Lejar Kemiskinan.

Bagi Sub Lejar Kebajikan, sejak tahun 2004 adalah tidak aktif (dormant) dengan baki berjumlah RM 394,281.20. Sub Lejar ini diaktifkan semula setelah Kerajaan Negeri menerima sumbangan RM 1.5 juta pada 12 Mei 2010 dan RM 0.5 juta pada 23 Julai 2010 dari Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang. Ini menjadikan baki terkumpul sub lejar kebajikan berjumlah RM 2.39 juta sehingga kini. Akaun ini masih tidak digunakan dan wang RM 2.39 juta belum disentuh lagi.


Perlu ditegaskan bahawa sistem perakaunan Kerajaan Negeri mengikut Akta Tatacara Kewangan 1957 yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Bukan seperti Kerajaan Persekutuan yang masuk semua hasil cukai judi kepada satu akaun yang kemudiannya digunakan untuk membayar gaji anggota pentadbiran, keagamaan dan pembangunan.

Manakala Sub Lejar untuk Kemiskinan yang diaktifkan pada tahun 2009 mula menerima sumbangan dari individu, syarikat dan Kerajaan Negeri dan sehingga Sept 2010 jumlah sumbangan yang diterima ialah RM 3,450,300.00. Jumlah yang dibelanjakan / pengeluaran kepada penerima bantuan kemiskinan sehingga akhir Sept 2010 ialah RM 3,418,070.00 menjadikan baki Sub lejar kemiskinan berjumlah RM 32,230.00.

Sub lejar kemiskininan inilah yang digunakan untuk membasmi miskin tegar untuk orang Islam dan bukan Islam. Tidak benar sekali dakwaan UMNO bahawa Kerajaan Negeri membayar duit judi sumbangan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada orang Islam. Inipun disahkan oleh Pegawai Kewangan Negeri Dato' Farizan Bin Darus.


Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang
Y.A.B. Lim Guan Eng di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
pada 1 Nov 2010

Tiada ulasan: