:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
- Tarif air Johor naik: Kenapa puak gerombolan tidak bising?
- PAS tawar Zaid: "Dalam terang atau gelap, tolong jangan janji apa-apa"
- VIDEO: Apabila orang agama masuk Umno...
- ETP Najib-Rosmah: Majoriti pembaca Utusan Umno TIDAK YAKIN ia dilandasan yang betul
| Tarif air Johor naik: Kenapa puak gerombolan tidak bising? Posted: 15 Nov 2010 10:01 PM PST ![]() Oleh: Pria Malaya Berita ini agak lewat, tp penulis nak post jugak utk info bersama.. Ketika negeri Kedah mengumumkan kenaikkan tarif air sebulan yang lalu, punyalah heboh satu negara..media pro-Umno seperti biasa ditugaskan utk menghangatkan isu ini di ruang2 media.. Tidak cukup dgn itu, di'upah'nya beberapa penyokong Umno bawahan untuk berdemontrasi, para blogger jumud Umno pula berhempas siang dan malam merangka artikel utk dipublishkan di dalam blog2 mereka... Hari ini (beberapa minggu yg lalu), apabila kerajaan negeri Johor mengumumkan kenaik tarif air di Johor, semua pemimpin Umno ini jadi bisu dan pekak..satu habuk pun tak komen, media perdana dimandulkan..rakyat khususnya pembaca Utusan Malaysia (contohnya) menjadi semakin sempit dan jahil maklumat... Rasional kenaikan di Kedah.. Sedangkan negeri Kedah adalah antara negeri yang termurah tarif airnya, dan terakhir semakan harga dibuat adalah pada tahun 1993, iaitu hampir 17 tahun lamanya... "Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Darulaman (SADA) Dato' Adzmi Haji Din mengumumkan kenaikan tarif air di Kedah mulai 1 Oktober 2010. Secara puratanya kenaikan tarif air hanyalah RM0.10 bagi setiap meter padu air.*Baca selanjutnya di SINI... Perenggan terakhir di atas membuktikan kenyataan Ketua Pegawai SADA di atas adalah benar..negeri Johor akhirnya telah mengumumkan kenaikannya, dan penulis yakin selepas ini negeri2 lain akan menyusul... Korang bayang la, Kedah naikkan tarif air dari RM0.53/m3 kepada 27%, tetapi Johor naikkan dari RM0.98/m3 kepada 60%...kenaikan mana yang lebih tinggi?..sudah la negeri Johor negeri yang tertinggi tarif airnya, dinaikkan lagi sehingga 60%..korang fikirlah sendiri... Akhir kalam..ternyata pemimpin Umno termasuklah pencacai2 bawahannya adalah manusia yang hipokrit dan bermuka2..ini termasuklah barisan bloggernya...mohon disebarkan berita ini kpd seluruh rakyat...wallahua'lam.. Pelarasan tarif air Johor JOHOR BAHRU - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini semalam mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja. Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau. ![]() (Di atas adalah senarai tarif air yang diambil dari website rasmi Jabatan Bekalan Air malaysia..klik utk paparan lebih jelas...) "Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor. "Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter. Bagi pengguna yang menggunakan 25,000 liter air sebulan pula, peningkatan bil bulanan adalah amat minima iaitu sebanyak RM1.45 sahaja," katanya. Menurut Abdul Wahab lagi, dengan pelarasan ini juga sebagai program tanggungjawab korporatnya dalam memberi rebat-rebat percuma bagi golongan miskin tegar dan miskin. Golongan miskin tegar katanya, akan menerima rebat percuma air sebanyak 20,000 liter sebulan manakala golongan miskin diberikan rebat percuma sebanyak 10,000 liter sebulan. Golongan ini dikenal pasti melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA). Program ini juga adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberi bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar. "Pelarasan ini sudah melalui beberapa forum perbincangan sebelum ianya diputuskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan seterusnya direstui pihak Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)," katanya. Pelarasan tarif itu juga mewajarkan pulangan yang setimpal bagi memperbaiki perkhidmatan SAJ Holdings kepada pelanggan-pelanggannya serta untuk berdaya maju dalam jangka masa yang panjang ke arah kemampanan jangkapanjang dalam industri. Ini bermakna instalasi bekalan air di negeri ini harus terus dibangunkan dan pembangunan itu berupaya menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berdaya maju untuk kesejahteraan orang ramai. - SH |
| PAS tawar Zaid: "Dalam terang atau gelap, tolong jangan janji apa-apa" Posted: 15 Nov 2010 09:27 PM PST Oleh: Pria Malaya Artikel di bawah di cilok dari blog 'cenangau.blogspot.com'...penulis setuju apa yang diperkatakan..pada kepimpinan PAS, sila take note...bukan shj kpd Zaid, juga pada sesiapa sahaja ahli2 baru... Moga menjadi pengajaran berguna bukan sahaja kepada PAS, malah juga pada parti PKR sendiri...fikir2kan... Dalam terang atau dalam gelap, tolong jangan janji apa-apa ![]() mKini melaporkan.. Ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa berkata parti itu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli parti lain, termasuk Datuk Zaid Ibrahim yang mengesahkan akan keluar daripada PKR.mStar pulak melaporkan Salahuddin Ayub kata.. "Jika Zaid mahu, beliau boleh mohon. PAS mengambil sikap terbuka maka siapa-siapa pun boleh memohon.Kalau tengok dari 2 laporan media tu memang nampak sikit bercanggah. Husam nampak jelas semacam mengalu-alukan kalau Zaid nak masuk PAS. Mungkin dia ada plan sendiri atau pun mungkin jugak dia bercakap mengikut kemahuan PAS Kelantan. Salahuddin pulak nampaknya tak begitu mengalu-alukan. Sambil mengungkit kontroversi yang dikaitkan dengan Zaid dia kembalikan kuasa untuk menerima keahlian kepada mesyuarat PAS Pusat dan memang pun kuasa tu milik Jawatankuasa PAS Pusat yang perlu bermesyuarat dan meluluskan semua permohonan keahlian masuk PAS. Persoalannya, patut atau tidak PAS terima kalau Zaid memohon masuk PAS. Kalau ikut hati aku, memang aku kurang bersetuju Zaid masuk PAS. Pada aku akan lebih banyak mudharat dari kelebihan kalau Zaid ada dalam PAS. Tapi kalau tanya kau, aku akan jawab jawapan standard. "PAS For All" maksudnya PAS terbuka kepada semua jika dia cukup syarat untuk jadi ahli PAS macam yang digariskan oleh Perlembagaan PAS. Moga-moga kalau dia masuk PAS, PAS Kelantan akan dapat "tarbiah" Zaid Ibrahim jadi seorang yang hebat. Cumanya kalau dia diterima jadi ahli PAS aku harap PAS terima dia tanpa sebarang syarat atau janji, tak kira dalam terang atau dalam gelap. Kalau dia rasa dia layak untuk jadi pemimpin dalam PAS biar ahli yang tentukan. Biar ahli yang tentukan sama ada dia layak atau tidak jadi pimpinan dalam pemilihan. Aku harap jangan ada "syura" di mana-mana peringkat untuk bagi dia jawatan dalam PAS, walaupun di peringkat kepimpinan cawangan. Pasainya, proses pemilihan pimpinan dalam PAS jugak adalah sebahagian dari "tarbiah." Sumber: cenangau.blogspot.com |
| VIDEO: Apabila orang agama masuk Umno... Posted: 15 Nov 2010 02:16 AM PST ![]() ![]() VIDEO 1 : Agenda Besar Ummu Hadhari VIDEO 2 : Nasihat Dr Mashitah Soal jawab 'Ustazah' Masyitah di dalam Metro Ahad ,27 Jun 2010 ![]() Jawapan Islam sebenar berdasarkan Hadith riwayat Muslim... ![]() |
| ETP Najib-Rosmah: Majoriti pembaca Utusan Umno TIDAK YAKIN ia dilandasan yang betul Posted: 15 Nov 2010 01:57 AM PST ![]() Bancian: 47.6% tidak yakin dengan ETP Najib Sebahagian besar perserta undian di laman web Utusan Malaysia tidak yakin bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan meletakkan Malaysia di landasan yang betul ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi. Daripada 1,611 peserta yang mengundi, sebanyak47.6 peratus mengakui tidak yakin dengan porgram yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Lebih mengejutkan lagi, sebanyak 19.2 peratus mengaku tidak tahu apa itu ETP. Berdasarkan semakan pada jam 5.53 petang itu di laman web akhbar milik Umno itu, hanya 33.2 peratus yakin dengan program itu. Kerajaan mengumumkan pelaksanaan ETP - peranannya yang mirip dengan fungsi Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) - bertujuan menyediakan satu jentera penyampaian lebih berkesan antara pihak awam dan swasta dengan rakyat. Najib sebelum ini dilaporkan berkata, ia juga merupakan komitmen kerajaan untuk merealisasikan program transformasi iaitu sebahagian daripada elemen penting Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). - MK |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan