MIMPI SENJA |
- Husam nafi laporan Bernama PAS sedia terima Zaid
- Pemuda ditahan cuba rogol ibu
- Bini Najib bimbang rakyat Malaysia gemuk? ... kah kah kah
- Remaja 14 thn dirogol bergilir-gilir
- PAS Selangor pula pelawa UmNO sertainya
- PAS bersedia terima Zaid
- ... itu la yang susahnya "Semua pemimpin PKR mahu bernaung di bawah DSAI" - SU PKR Pahang
| Husam nafi laporan Bernama PAS sedia terima Zaid Posted: 15 Nov 2010 10:28 PM PST KUALA LUMPUR, 16 Nov — Datuk Husam Musa menafikan beliau ada mengatakan bahawa PAS sedia menerima sesiapa sahaja termasuk Datuk Zaid Ibrahim, yang memutuskan untuk keluar PKR, sebagaimana dilaporkan oleh Bernama semalam. Kata Husam, apa yang dilaporkan oleh Bernama kononnya memetik beliau, selaku ahli jawatankuasasa kerja PAS pusat, adalah tidak benar dan rekaan semata-mata. "Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka. "Saya amat kesal dengan laporan itu dan mendesak Bernama menarik balik berita yang dikeluarkan itu," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini. "Saya merujuk kepada laporan Bernama bertajuk 'Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid' dan akhbar lain yang menggunakan laporan yang sama," kata Husam (gambar). Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, kebelakangan ini Bernama atas kapasitinya sebagai agensi berita rasmi negara telah membuat laporan "rasmi" untuk kegunaan media lain seolah-olah laporannya adalah betul dan rasmi sedangkan isinya adalah rekaan dan tidak benar. - TMI MENYUSUL LAGI |
| Posted: 15 Nov 2010 10:14 PM PST LONDON: Seorang pemuda ditahan kerana disyaki cuba merogol ibunya dan mencungkil mata wanita itu tidak lama selepas polis memeriksa kediaman mereka. Mangsa, 53, hilang deria penglihatan akibat kejadian itu. Pemuda berusia 22 tahun itu ditahan ketika melarikan diri dari rumah dalam keadaan berbogel sambil melompat di atas kereta. Dua jam sebelum itu beberapa pegawai polis memeriksa kediaman dua beranak itu selama 30 minit selepas menerima aduan jiran bahawa pemuda itu melontar objek seperti komputer dan televisyen ke luar rumahnya. Pemuda itu tinggal bersama ibunya, seorang jururawat dan adik perempuannya di kediaman empat bilik di Slough, Berkshire. Dua jam kemudian, pemuda itu berlari keluar dari rumah dalam keadaan berbogel dan melompat ke atas kereta jiran yang membelok di simpang jalan. Seorang saksi berkata, pemuda itu melompat dari sebuah kereta ke kereta lain sebelum dirempuh hingga melambung lalu tercampak di tepi jalan. Polis mendapati ibunya mengalami kecederaan di mata dan kemungkinan diserang secara seksual. - Agensi/Metro Maya |
| Bini Najib bimbang rakyat Malaysia gemuk? ... kah kah kah Posted: 15 Nov 2010 09:01 PM PST Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pernah mengadakan lawatan ke sebuah ladang organik di New York bersama Michelle Obama, yang berkempen bagi tabiat pemakanan sihat bagi melawan kadar obesiti yang meningkat di Amerika. Kenapalah dibawaknya Rosmah ke lading organik? Banyak lagi isu lain yang boleh dikemukakan, kenapa pulak isu obes? Macam perli Bigmama aje? Lawatan ke Stone Barns Center, sebuah pusat pendidikan berasaskan ladang seluas 32 hektar terletak 40 kilometer ke utara bandar raya New York, sambil memerhatikan pelajar gred tiga menuai, memasak dan menikmati hidangan sayur segar, telur dan produk ladang lain. Rosmah, yang mengakui beliau tidak gemar makan sayur ketika muda berkata, program seumpama ini amat berguna bagi menggalakkan kanak-kanak makan sayur-sayuran yang ditanam di laman sendiri, menyedia dan memasak dan khususnya tanpa bahan kimia dan pengawet. Rosmah menyuarakan kebimbangan mengenai obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia yang mungkin disebabkan peningkatan pengambilan makanan segera dan kurangnya senaman. Bagi anda yang merasa latihan olahraga yang dilakukan sudah mencapai tahap tepu dan sudah tidak menghasilkan kemajuan, anda memerlukan bentuk senaman baru. Apa kata lari menggunakan paracut. Menurut Murat Gecmen, pelatih dan pemilik FitInFitness, England kaedah ini amat efektif untuk memberi kejutan pada sistem otot. Melakukan sprint dengan mengikatkan paracut kecil di belakang sangat efektif dan meningkatkan heart rate dan menambah kekuatan otot khususnya meningkatkan otot-otot kaki, paha dan tubuh. Amacam? Sanggup ke? Apa salahnya ikut nasihat isteri PM tu…nak jaga permasalahan obes rakyat semakin teruk kini. - HD |
| Remaja 14 thn dirogol bergilir-gilir Posted: 15 Nov 2010 03:29 PM PST 'Main gitar' bergilir-gilir Oleh Hadzlihady Hassan AMPANG: Pertengkaran dengan kakak angkat membawa musibah kepada seorang gadis apabila dia dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki yang kononnya cuba untuk memberi perlindungan kepadanya dalam kejadian di Taman Cahaya, Rabu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 14 tahun pada mulanya bertengkar dengan kakak angkatnya sebelum dia keluar rumah dan pergi ke taman permainan berhampiran kawasan perumahan itu. Menurut sumber polis, ketika berada di kawasan taman itu, mangsa yang menangis didatangi dua lelaki bertanyakan keadaannya sebelum mereka memberitahu mahu membantu jika mangsa bermasalah. "Mangsa menceritakan apa yang berlaku dan pada masa sama mangsa bertanya dua lelaki terbabit sama ada mereka mempunyai gitar dengan alasan mahu bermain alat muzik itu untuk menghilangkan tekanan," katanya. Menurutnya, dua lelaki itu memberitahu mereka mempunyai gitar, tetapi mangsa perlu mengikut mereka pulang rumah di kawasan berhampiran. "Mangsa mengikut lelaki terbabit pulang ke rumah mereka sebelum diberikan gitar. "Selepas mendapat gitar, mangsa mengajak keluar semula, namun kedua-duanya meminta mangsa berehat kerana mendakwa mangsa tidak bermaya," katanya. Beliau berkata, ketika itu terdapat lebih sembilan lelaki lain dalam rumah terbabit sebelum mangsa disuruh masuk ke dalam satu bilik untuk menghilangkan penat. "Mangsa mengikut arahan mereka dan dia diberikan seluar pendek untuk disalin kerana mendakwa tidak selesa memakai jeans. "Tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit masuk dan cuba menggoda mangsa dengan mengurut belakang badannya kerana mendakwa bersimpati melihat keadaannya yang ketika itu dalam keletihan," katanya. Menurutnya, seorang lagi rakan kemudian masuk ke bilik sama sebelum dia menyuruh mangsa menukar seluar pendek dengan memakai kain pelekat, namun remaja terbabit enggan menuruti kata-katanya. "Tidak puas hati dengan itu, dua lelaki terbabit memegang tangan dan membuka baju mangsa sebelum merogolnya bergilir-gilir. "Mangsa yang kepenatan tertidur sebelum meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya," katanya. Sumber berkata, mangsa ditemui kakak angkatnya di taman permainan itu sebelum membuat laporan polis. "Susulan itu, dua lelaki terbabit masing-masing berusia 20-an dan bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan. "Mereka direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya - myMetro |
| PAS Selangor pula pelawa UmNO sertainya Posted: 15 Nov 2010 06:26 AM PST Oleh Dzulfikar Mashoor KUALA LUMPUR, 15 Nov – PAS Selangor pula mempelawa Umno negeri menyertai parti tersebut daripada terus mengajak agar komponen Pakatan Rakyat itu menjalin kerjasama dengannya bagi memperkukuhkan Barisan Nasional (BN). Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Ghazali membuat pelawaan ini menjawab pendirian Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang terus mengajak PAS agar menyertai BN dan meninggalkan Pakatan Rakyat. "Ahli-ahli Umno dan pimpinan Umno meninggalkan wadah perjuangan mereka yang usang itu dan bersama PAS dalam mengejar cita-cita perubahan dan kebaikan buat umat," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. "Arus perubahan ini, syaratnya mereka perlu bersama PAS dan Pakatan Rakyat," jelas Roslan. Ekoran itu, Roslan menganggap pelawaan Ahmad itu sebagai sesuatu yang janggal bagi PAS negeri. "PAS Selangor merasakan janggal apabila Datuk Ahmad mempelawa PAS menyertai BN dan meninggalkan Pakatan Rakyat," jelas Roslan. Dalam pada itu, Roslan berkata Umno negeri sepatutnya menyertai Pakatan Rakyat sekiranya pemimpin serta akar umbi parti itu ikhlas memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. "PAS Selangor menawarkan agar ahli-ahli Umno termasuk pimpinan mereka berfikir semasak-masanya dan menginsafi bahawa untuk maju ke hadapan PAS lah alternatif terbaik untuk mereka. "Inilah masanya demi memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negera," kata beliau yang merujuk kepada seruan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya PAS menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13 kelak. Tambah Roslan, Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali telah pun menggerakkan jentera pilihan raya parti agar saki baki kerusi Umno di negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu berupaya diganti oleh wakil rakyat PAS kelak. - The Malaysian Insider |
| Posted: 15 Nov 2010 04:17 AM PST Bernama Monday, November 15th, 2010 18:29:00 KUALA LUMPUR: Pas will always open its door to former members of other political parties, including former Parti Keadilan Rakyat (PKR) Federal Territory chief Datuk Zaid Ibrahim, to join the Islamist party. Pas vice-president Datuk Husam Musa, who said this, revealed that Pas had previously offered Zaid a place in the party but he preferred to be with PKR. "He (Zaid) is in a position to join any party...we did invite him to join Pas before but he declined, so it's up to him now to join which party," Husam told Bernama after he was interviewed by Bernama TV on its 'Hello Malaysia' programme at Wisma Bernama, here, today. Zaid, who is former minister in the Prime Minister's Department, had on Nov 8 made the shocking decision to quit all his party posts and to withdraw from the contest for the deputy president post, citing cheating in the party elections as his reason. He also called on PKR advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim and its vice-president Mohamed Azmin Ali to withdraw from the party, blaming them for the problems in PKR. On Pas' defeat by Barisan Nasional (BN) in the Galas state seat by-election on Nov 4, Husam said Pas accepted the result with an open heart, but the party would from now on pay more attention to BN. "BN seemed very happy with the victory but what is more important is how BN draws up its strategy for the next general election. That is what Pas is more concerned about," said the Kelantan state executive councillor for Economic Planning, Finance and Welfare. In the Galas by-election, Pas' candidate Dr Zulkefli Mohamad lost to BN's, Abdul Aziz Yusoff by 1,190 votes. Asked on PAS' preparations for the next general election, Husam said the party would step up efforts to get more people, especially youths, to register as voters and to strengthen cooperation among the Pakatan Rakyat component parties. "We have other strategies which we will discuss later, to ensure Pakatan Rakyat does even better in the 13th general election," he said - BERNAMA |
| ... itu la yang susahnya "Semua pemimpin PKR mahu bernaung di bawah DSAI" - SU PKR Pahang Posted: 15 Nov 2010 02:31 AM PST Oleh Muda Mohd Noor PETALING JAYA: Setiausaha PKR Pahang Razali Alias berkata kemelut dalam PKR telah menjejaskan sokongan rakyat kepada parti itu. Menurutnya, kemelut itu berlaku kerana semua pemimpin PKR mahu bernaung di bawah "restu" Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ini politik yang tidak sihat. Semua berpunca daripada politik naungan kerana masing-masing mahu duduk di bawah ketiak Anwar. Semua mahu menjadi orang Anwar, menjadi orang yang dinaungi Anwar," katanya ketika dihubungi hari nini. Beliau mengulas kemelut PKR yang menyaksikan calon timbalan presiden yang juga Pengerusi Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dan meletakkan semua jawatan parti. Razali menambah, masa depan PKR kini bergantung kepada sejauh mana pimpinan parti menangani kemelut itu. Zaid, bekas menteri undang-undang juga dikatakan akan bertindak untuk keluar PKR. "Kemelut PKR ini berpunca daripada pemilihan secara langsung yang menyebabkan terdedah pelbagai kemungkinan. Pemilihan secara langsung, ada baik dan ada buruknya. (Tetapi) yang buruk telah tersebar keluar, kini orang membuat persepsi buruk terhadap PKR, orang lihat PKR lemah. "Apa yang berlaku sekarang ialah wujud suasana tidak sihat dalam PKR. Sedikit sebanyak terjejas untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang," katanya. PKR dalam pemilihan pucuk pimpinan dari cabang (bahagian) hingga presiden melaksanakan satu ahli satu undi - di mana setiap ahli boleh memilih. Zaid yang menyertai PKR Julai tahun lalu menarik diri dari pertandingan timbalan pesiden kerana mendakwa berlaku ketidaktelusan dan penyelewengan jumlah pengundi. Beberapa pemimpin lain turut menyuarakan perkara sama. Naib Presiden PKR Azmin Ali kini mendahului seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub. Bagaimanapun, keputusan penuh akan diumumkan dalam kongres parti akhir bulan ini. Bagaimanapun, Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman berkata kemelut dalaman adalan perkara biasa bagi parti politik dan persatuan. "Dalam isu PKR saya tidak nampak PKR kurang sokongan. Sokongan rakyat macam dulu juga. Saya yakin PKR akan berjaya dalam pilihanraya umum akan datang," katanya. |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan