Ahad, 14 November 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


KEMUNCAK isu banjir: Sultan Kedah pertahan kerajaan negeri, murka media pro-Umno!

Posted: 14 Nov 2010 06:04 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Nah, satu persatu kebenaran akhirnya muncul dlm isu banjir di Kedah..satu pukulan maut utk pemimpin dan utusan (media) Umno...

Ternyata amaran dan titah sultan Kedah sebelum ini agar mana-mana pihak tidak mempolitikkan isu banjir tidak diendahkan para pemimpin Umno..mereka semakin galak merangka kenyataan dan laporan yg berat sebelah untuk memburuk2kan kerajaan negeri..

Hari ini, sultan Kedah telah melahirkan perasaan dukacita dan murkanya terhadap pihak yg mempertikaikan dan tidak menghargai sumbangan serta perngorbanan dari kerajaan negeri Kedah dlm membantu mangsa banjir..

Siapa lagi kalau bukan ditujukan kepda barisan pemimpin Umno dan media2nya yg saban hari menghina, menfitnah dan memburuk2kan kerajaan negeri..



(Sekadar gambar hiasan: Sifat Umno sebenar, media perdana diperkuda semaksimum mungkin utk memperbodohkan penyokong2nya...)

Kepada seluruh pencinta kebenaran, penulis mohon agar berita ini disebarkan..bersama pertahankan kebenaran dari dilacurkan oleh 'regim' Umno dan sekutunya..

Utk yg terakhirnya, sila baca dan sebarkan berita/artikel yg berkaitan di bawah..wallahua'lam..


1. Banjir: Dr Asri selar pemimpin Umno/BN - "Jangan salahkan kerajaan Kedah, kerajaan Perlis pun sama"
2. Banjir: Gambar bukti media dan Umno sepakat memperbodohkan rakyat
3. Menteri setuju Azizan Razak: Akui projek landasan keretapi berkembar punca banjir
4. [Mesti tengok]Samad Majid: Wartawan RTM yang tak reti bahasa..(video inside)
5. [TERBARU]Isu bantuan banjir: Pengakuan JKM Kedah bukti pembohongan Umno dan media perdana!


Nafi sumbangan negeri, Sultan Kedah dukacita

ALOR SETAR, 14 Nov: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.

"Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah baginda.


(Gambar terbaru 14 November: Gambar ceria MB ketika mengiring sultan Kedah..)

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga, dekat sini, pagi tadi.

Gambar: Pemeriksaan perbarisan PDRM oleh Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika perasmian Sidang Dun Kedah.

Sementara itu, baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dana, saling membantu dan bekerjasama memberi bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik semasa negeri menghadapi bencana banjir terburuk itu.

"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana, titah baginda lagi.

Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.

"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda. - Hrkh

Berita terdahulu 1..

MB KEDAH sumbang RM10 ribu setiap keluarga mangsa mati lemas

ALOR SETAR, 13 November – YAB Dato' Seri Ustaz Azizan meluangkan masa menziarahi dua keluarga kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di kawasan sawah padi di Tanjung Bendahara di sini petang tadi.


(Gambar MB Kedah melawat dan menghulurkan sumbangan kpd keluarga mangsa kematian banjir..)

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa Nur Irshah Rosli, 9, dan rakannya Awwad Hakimi Rudaini, 7, dikatakan sedang bermain-main di kawasan sawah tersebut yang dipenuhi air.

Bapa Nur Irshah, Rosli Ismail, 45, berkata anak ketiga daripada empat beradik itu pada mulanya bermain bersama beberapa rakan di halaman rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Tanjung Bendahara dekat sini.

Mayat Nur Irshah telah dijumpai manakala Awwad Hakimi yang dipercayai turut lemas masih belum dijumpai.

YAB Menteri Besar melahirkan rasa simpati dan menasihati kedua-dua keluarga supaya bersabar. Seterusnya YAB Menteri Besar menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Kedah sebanyak RM10 ribu setiap keluarga.

YAB Dato Seri Ustaz Azizan seterusnya menziarahi satu lagi keluarga yang kehilangan dua anak sekaligus di Kampung Telaga Emas, Daerah Pokok Sena.

Dua beradik yang dikhuatiri lemas terseut telah dijumpai oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 1 tengah hari dan 2 petang hari berikutnya.

Mayat Sharifah Syukor, 8, dijumpai kira-kira pukul 1 tengah hari manakala mayat kakaknya, Siti Nadia Syukor, 13, dijumpai sejam kemudian.

Dalam kejadian tersebut, dua beradik itu dikatakan membonceng motosikal yang ditunggangi oleh kawan mereka, Intan Malik, 14.

Ketika mereka melalui jalan batas ban tali air di kampung itu, tiba-tiba air beralun kuat menyebabkan Intan yang membawa motosikal tersebut tidak dapat mengawal kenderaan itu menyebabkan mereka terjatuh ke dalam tali air dan dihanyutkan arus.

YAB Menteri Besar turut malahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan menyampaikan sumbangan RM10 ribu kepada bapa mangsa daripada Kerajaan Negeri.

Keluarga terakhir yang di ziarahi adalah keluarga seorang lelaki kurang siuman dikhuatiri lemas selepas dikatakan terjun ke dalam sebuah sungai berhampiran wat Siam di Jitra.

Mangsa, Ahmad Hamizan Ahmad Suhaimi, 24, dari Taman Seri Utama di sini dikatakan terjun ke dalam sungai itu kira-kira 12.15 tengah malam dan dilihat oleh orang awam.

Orang awam terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu kerana mereka tidak sempat menyelamatkan mangsa disebabkan arus sungai tersebut deras.

YAB Ustaz Azizan meluangkan masa bersama keluarga mangsa yang masih bersedih diatas kehilangan ahli keluarga. YAB Menteri Besar seterusnya menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri sebanyak RM10 ribu.

Berita terdahulu 2

Kenduri Rakyat selepas banjir

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri akan menganjurkan kenduri kesyukuran kepada rakyat di setiap daerah terbabit banjir minggu lalu, sebagai tanda penghargaan kepada semua sukarelawan yang menghulur bantuan selain bersyukur musibah telah berakhir.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kenduri itu dicadangkan setelah terdapat lebihan bekalan makanan yang disumbangkan pelbagai pihak untuk mangsa banjir.


(380 ekor lembu diagihkan untuk ibadah korban sumbangan kerajaan negeri tahun ini..)

"Kita masih ada stok bekalan makanan itu dan saya syorkan buat kenduri rakyat sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan kepada semua pihak. Kita akan arahkan Pejabat Daerah Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu adakan kenduri ini pada masa yang sesuai," katanya selepas penyerahan 380 lembu sumbangan Kerajaan Negeri kepada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), agensi dan jabatan kerajaan sempena sambutan Aidiladha.

Azizan berkata, penyatuan yang ditunjukkan semua pihak ketika menghadapi bencana banjir baru-baru ini harus dijadikan iktibar dan perpaduan itu harus didukung dalam semua aspek.

"Semua pihak termasuk keluarga diraja sehingga ke peringkat bawahan bersatu hati menangani isu banjir di negeri ini, kita telah buktikan perpaduan di Kedah adalah unik dan tidak seperti yang digambarkan," katanya.

Rakyat juga diminta mengambil iktibar daripada peristiwa banjir dan mengingati semula kisah Nabi Nuh. - SH

Isu bantuan banjir: Pengakuan JKM Kedah bukti pembohongan Umno dan media perdana!

Posted: 14 Nov 2010 05:04 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Jelas dari pengakuan JKM Pendang, kerajaan Negeri telah awal-awal lagi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, malah telah dikeluarkan sejak beberapa minggu yg lepas...

Bukan itu sahaja, dilaporkan juga bantuan yang diberikan kerajaan negeri jauh melebihi cukup, dan langsung tidak timbul masalah kekurangan bantuan sepertimana dilaporkan media ampu Umno...

Namun amat mendukacitakan, berita ini tidak langsung keluar di dada2 akhbar media perdana, tidak keluar dalam kaca televisyen pro kerajaan, tidak direncanakan dalam siri2 rakaman bantuan mangsa banjir Kedah..

Akibatnya, rakyat khususnya penyokong dan blogger Umno menjadi semakin dungu dan kurang bermaklumat...mereka semakin galak menghentam dan menfitnah kerajaan negeri..

Sungguh kejam pemimpin Umno dan talibarut (media) nya memainkan isu politik tatkala rakyat Kedah diuji dengan musibah banjir, arahan Sultan Kedah supaya tidak mempolitikkan isu banjir tidak diendahkan mereka..

Kita doakan supaya Allah membalas perlakuan hina pemimpin Umno dan media2nya...semoga menjadi pengajaran...wallahua'lam...


RM 50,000 disalur bantu mangsa bah

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Pendang, Azhar Ismail berkata, hampir RM50,000 bantuan di salurkan Kerajaan Negeri melalui jabatan terbabit untuk membantu mangsa banjir di daerah itu.

Menurutnya, peruntukan itu disalurkan Kerajaan Negeri untuk membantu semua mangsa banjir ketika ditempatkandi pusat Kompleks Sukan Pendang hampir seminggu. Selain itu, peruntukan berkenaan juga di gunakan untuk membantu mangsa rebut.

"Bantuan itu disalurkan melalui JKM untuk membantu mangsa banjir seperti keperluan makanan, kelengkapan tidur dan beberapa barang lain.

"Seramai 244 mangsa banjir ditenpatkan di sini menerima sumbangan barang keperluan makanan melalui wang peruntukan yang diberikan itu dengan masing-masing memperoleh sumbangan bernilai lebih RM100," katanya kepada Sinar harian.

Beliau berkata, mangsa banjir di sini tidak mengalami masalah kekurangan bantuan kerana bantuan Kerajaan Negeri melalui jabatannya mencukup.

"Bukan sahaja bantuan dari Kerajaan Negeri juga badan bukan kerajaan (NGO) turut membantu mangsa banjir dengan memberi pelbagai bentuk sumbangan kepada mangsa banjir," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, kini JKM sedang menyiasat mana-mana rumah yang mengalami keroskan teruk untuk dibaiki melalui peruntukan Kerajaan Negeri.

"Siasatn permohonan itu akan dihantar kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan dan diluluskan untuk membantu mangsa banjir," katanya. - SH

Anwar dan Tok Guru Nik Aziz Diiktiraf Antara Individu Muslim Berpengaruh Di Dunia

Posted: 13 Nov 2010 11:38 PM PST



SHAH ALAM 13 Nov - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi tersenarai antara 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.

Buku ' The Most Influential Muslims 2010' yang diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre turut menyenarai Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada edisi kali ketiga buku itu.

Dalam laporan itu, Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda.


(Buku Edisi terbaru 2010 dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre ...)

"Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
"His excellency Dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former Deputy Prime Minister of Malaysia, former Finance Minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013."
Buku itu turut mengiktiraf Nik Abdul Aziz pula yang disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli.

"Nik Abdul Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli".
"Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS).

As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Aziz's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."
Buku 'The Most Influential Muslim 2010' turut dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal.

Penyenaraian tersebut membuktikan kepimpinan politik dan peranan besar ketiga-tiga pemimpin dalam gagasan Pakatan Rakyat yang mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa. - SK

Berita terdahulu:
- TGNA Tersenarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia 2009

Tiada ulasan: