Ahad, 14 November 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Alahai pulak dah ... Zaid nafi keluar PKR

Posted: 14 Nov 2010 08:45 PM PST

KUALA LUMPUR, Nov 15 — Datuk Zaid Ibrahim has now denied he has quit PKR but did not discount the possibility soon.

"Not yet, maybe soon," he told Bernama in a text message today.

The maverick politician was quoted by The Star daily as saying that he was leaving the party.


- Malaysian Insider

MS : hahahaha tak faham aku ... ini lah dia orang politik ... macam-macam depa boleh buat boleh kata ... dah tu nafikan ... sama saja lah siapa pun kalau dalam politik ni.

TERKINI : Zaid keluar PKR

Posted: 14 Nov 2010 04:48 PM PST


KUALA LUMPUR, 15 Nov — Datuk Zaid Ibrahim akhirnya keluar Parti Keadilan Rakyat (PRK) — sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini, seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Isnin lalu, beliau mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden atas alasan diselubungi kepincangan dan kecacatan.

Malah ketika itu beliau juga mengumumkan akan melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan hari ini memutuskan untuk meninggalkan PKR.

"Saya tahu hari saya dalam parti (PKR) sudah dihitung kerana pemimpin — pemimpinnya secara terus-menerus menyerang saya," kata Zaid yang menyertai PKR 18 bulan yang lalu.

Kata Zaid, beliau mengambil keputusan keluar PKR kerana mahu memutuskan hubungan dengan pembohong dan penipu.

Minggu lalu, Zaid turut meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Zaid, penyelaras Pakatan Rakyat, menyertai PKR pertengahan Jun 2009 selepas dipecat oleh Umno beberapa bulan sebelum itu, di mana beliau juga kritikal dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Kelmarin, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak akan menerima beliau kembali.

Dalam temu bual dengan The Star edisi hari ini, Zaid berkata, "saya tidak jelek dengan parti tetapi jelek dengan pemimpin-pemimpin yang sakit dalam parti."

Zaid mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang.

Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil - TMI

Macam-macam ada di Malaysia ni ...Kahwin guna wali 'poster' pun ada...

Posted: 14 Nov 2010 03:29 PM PST


KUALA LUMPUR: Satu lukisan wajah seorang lelaki yang didakwa seorang daripada Wali Songo digunakan seorang jurunikah haram sebagai pengganti kepada wali pengantin perempuan yang dinikahkannya.

Dikenali sebagai Ustaz Hashim, lelaki warga Indonesia terbabit mendakwa lukisan berkenaan simbolik kehadiran ulama Islam terkenal di Pulau Jawa pada kurun ke-17 itu yang kononnya sentiasa berdampingan dengannya secara ghaib.

Setakat ini, ustaz temberang itu dipercayai sudah melakukan banyak upacara akad nikah termasuk lelaki yang ingin berpoligami dan dia akan membawa lukisan dalam bentuk poster itu ke rumah setiap pengantin yang akan dinikahkannya.

Bagaimanapun, kegiatannya terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyerbu sebuah rumah setinggan di Jalan Kubur, Pantai Dalam, di sini, ketika lelaki itu hendak menikahkan satu pasangan, malam kelmarin.

Ketika serbuan pada kira-kira jam 8 malam, sepasang bakal mempelai yang lengkap berpakaian pengantin dicekup bersama dua wanita dan 21 lagi lelaki dipercayai rakan dan saudara pasangan berkenaan.

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali, berkata ketika serbuan semua yang ditahan berada di dalam rumah berkenaan dan menyaksikan upacara pernikahan yang dilakukan jurunikah haram itu.

"Bagaimanapun, jurunikah yang dikenali dengan panggilan Ustaz Hashim itu melarikan diri dengan memanjat siling rumah. Pemeriksaan sekitar kawasan rumah gagal menemui jurunikah itu.

"Sehubungan itu, kami memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ustaz terbabit menghubungi Jawi," katanya.

Che Mat berkata, ketika disoal siasat 25 orang di dalam rumah berkenaan termasuk bakal pengantin pada mulanya memberi alasan mengadakan kenduri doa selamat.

Bagaimanapun, pasangan bakal mempelai itu tidak mampu berdalih apabila ditanya mengapa mereka lengkap berpakaian pengantin, lantas mengaku mereka mengadakan majlis pernikahan.

Menurutnya, bayaran yang dikenakan Ustaz Hashim kepada mereka yang menggunakan khidmatnya adalah antara RM5,000 hingga RM 6,000.

"Siasatan awal juga mendapati kebanyakan pasangan yang menggunakan khidmat ustaz palsu itu adalah mereka yang ingin berpoligami kerana tidak perlu mendapatkan kebenaran isteri pertama.

"Selain itu, sijil nikah yang diberikan sekadar menggunakan kertas biasa yang ditulis tangan dan ditandatangani lelaki digelar Ustaz Hashim itu," katanya.

Che Mat berkata, pasangan bakal pengantin itu akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini manakala 23 yang lain dibebaskan selepas diambil keterangan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. - metro

Kerana nama, Mat Said - MB Ganu - sanggup 'kencing' 1Malaysia

Posted: 14 Nov 2010 06:34 AM PST

Kuala Terengganu : Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dilaporkan sanggup membohongi rakyat Terengganu dan Malaysia amnya, dengan program berkhatam al-Quran beramai-ramai hingga memecah rekod Negara dan dunia.

Kononnya, ramailah anak-anak Terengganu ini berkhatam al-Quran hingga dalam satu masa mencecah hampir 17,000 orang diadakan serentak.

Skuad Buletin, bukan cuba menafikan tanpa sebab tetapi didedahkan maklumat ini oleh para guru dan murid-murid sendiri yang terlibat dengan majlis khatam Quran itu.

Ianya, dibuat semata-mata inginkan nama tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagaimana yang pernah dibuat oleh mantan Menteri Besarnya, Dato' Seri Idris Jusoh.

Hari ini, MB Mat Said juga meraikan kejayaannya apabila menjadi negeri pertama perkenalkan khatam al-Quran menggunakan buku elektronik atau e-Book yang diagihkan kepada para pelajar tahun enam sejak dua tahun lalu.

Sekaligus, katanya tercatatlah dalam Malaysia Book of Records program tersebut berlangsung serentak di seluruh daerah di negeri ini menyaksikan seramai 2,170 murid khatam menggunakan e-Book.

Bahkan, katanya seramai 16,929 orang murid tahun lima dan enam di seluruh negeri terlibat dengan program khatam al-Quran tersebut.

Tinjauan Skuad Buletin pada majlis khatam al-Quran yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu telah melihat sendiri ada sesuatu yang tidak kena serta bermotif politik.

Ibubapa dan orang ramai dapat melihat sendiri dengan jelas sebahagian besar para pelajar khatam al-Quran yang sepatutnya menggunakan e-Book tidak berbuat demikian.

Sebaliknya, murid-murid terbabit membaca dengan berpandukan kitab kecil yang dibekalkan kepada setiap peserta.

Buku elektronik (e-Book) yang diletakkan dihadapan pelajar itu sekadar hiasan sahaja dan apa sebab tidak diketui.

Selain itu, pemilihan murid yang terlibat dengan khatam al-Quran turut diragui kerana terdapat ramai di kalangan pelajar berkenaan sebenarnya belum lagi khatam sepenuhnya.

Menurut sumber dalaman pemilihan para pelajar terbabit adalah termasuk mereka yang boleh membaca al-Quran meski pun belum khatam sepenuhnya.

Malah, apa yang melucukan terdapat juga di kalangan para pelajar terbabit yang terpilih ke program khatam al-Quran kerana mengikut kawan sahaja.

Seorang guru pengiring yang enggan disebut namanya mendakwa pemilihan pelajar ke program khatam al-Quran dibuat secara angkat tangan.

"Kelakar juga kali ini, pemilihan pelajar untuk program khatam al-Quran ini dibuat secara angkat tangan.

"Guru akan tanya anak muridnya sesiapa yang telah khatam Quran angkat tangan dan beri nama untuk menyertai majlis berkhatam beramai-ramai di Stadium," ujarnya.

Menurutnya, jika diselidiki betul-betul jumlah pelajar yang benar-benar khatam al-Quran tidak seramai yang diumumkan Menteri Besar Terengganu.

Seorang pelajar, Mohd Firdaus (bukan nama sebenar) mengakui belum 'tamat' (khatam) Quran tetapi terpilih kerana mengangkat tangan ikut kawan.

"Saya belum tamat (khatam) lagi Quran 'besar' tetapi boleh membacanya. Bila ustaz tanya dalam kelas siapa tamat Quran angkat tangan. Saya pun angkatlah ikut kawan," jelasnya dari sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu.

Katanya, tindakan berbuat demikian dilakukan oleh ramai lagi kawan-kawan yang lain kerana pemilihan terbuka.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan kes pelajar yang belum tamat al-Quran tetapi 'dikhatamkan' usaha terdesak kerajaan Barisan Nasional mencari nama.

Katanya, demi mengejar nama untuk dibanggakan kerajaan Umno-BN Terengganu boleh buat apa sahaja walau pun dengan cara menipu.

"Ini bukan perkara baru, banyak kes yang berlaku di negeri ini dibuat hanya untuk cari nama dan dibanggakan walau pun secara tidak betul.

"Pencapaian UPSR setiap tahun diragui, kejayaan mengatasi kemiskinan diragui, khatam Quran diragui dan banyak lagi pencapaian di bawah kerajaan Umno-BN diragui," ujarnya.

Menurutnya, PAS bukan menentang usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri jika benar-benar terjadi tanpa 'pembohongan'.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung berkata akan membangkitkan beberapa isu yang meragukan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan datang. - Bulletin Online.
MSENJA : Jangan terkejut pula, ini adalah sebahagian dari 'pakej' yang ada dalam pemimpin-pemimpin UmNO ni ... ala kalau Bos besar diaorang pun kaki kencing, apa ada hal dengan anak-anak buahnya .... begitu lah UmNO

Zaid Ibrahim vs Anwar Ibrahim : Siapa menang, siapa kalah?

Posted: 14 Nov 2010 04:25 AM PST


oleh A Kadir Jasin

November 14, 2010 — Kalau Zaid lawan Anwar, siapa akan menang? Anwar dan Zaid belum tentu menang. Yang akan menang tanpa menggerakkan sepuntung jari pun adalah parti-parti dan pihak-pihak yang bersaing atau bermusuh dengan PKR.

Hakikatnya bukan soal kalau lagi. Perlawanan Zaid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim sudah pun bermula.

Apa tidaknya, Zaid secara terbuka, termasuk melalui media massa arus perdana yang tidak diyakini oleh pembangkang, telah mencabar Anwar dan orang kanannya, Mohd Azmin Ali, supaya memberi laluan kepada kepemimpinan baru.

Dan Zaid tentu tidak berjenaka, sinis atau skeptis apabila dia berkata, dia layak memimpin PKR. Yang malang adalah Zaid telah menarik dari daripada pertandingan timbalan presiden dan meletakkan semua jawatan parti.

Jadi, peluangnya memimpin PKR atau mengambil bahagian dalam proses kepemimpinan telah berakhir melainkan dia cuba memimpin parti itu dari luar melalui kaedah perang gerila atau pemberontakan.

Kemungkinan Zaid merampas kuasa melalui pemberontakan pasti tidak dipandang ringan oleh Anwar dan penyokongnya kerana bukan semua elemen dalam kepemimpinan dan keahlian PKR setia kepada Anwar.

Inilah bahana hasrat dan taktik Anwar cuba memperbesar dan memperkuatkan PKR dengan membawa masuk atau membenarkan kemasukan sesiapa saja tanpa menilai latar belakang serta kesesuaian mereka dengan aspirasi dan perjuangannya. Akhirnya keasyikan dia menambah ahli menjadi senjata makan tuan.

Adakah mampu bagi Anwar dan para penyokong setianya mengatasi pemberontakan yang sedang dianjurkan oleh Zaid ini?

Jawapannya ya, kalau dia belajar sesuatu daripada bekas mentornya Dr. Mahathir Mohamad dalam menangani keadaan sebegini.

Anwar sudah pun menjadi orang kesayangan Dr. Mahathir apabila Musa Hitam meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986 dan pada tahun berikutnya berpakat dengan musuh ketatnya, Tengku Razaleigh Hamzah, untuk menjatuhkan Dr. Mahathir dalam pemilihan parti.

Musa kalah dan Ku Li tidak menang. Ku Li bawa kes ke mahkamah dan Umno diisytiharkan pertubuhan tidak sah. Dalam perebutan mendaftarkan semula Umno, Ku Li kalah lagi dan akhirnya keluar untuk menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Kalau Anwar belajar daripada pengalaman Dr. Mahathir dan mahu terus menerajui PKR, dia terpaksa bertindak tegas. Dia terpaksa menyeluk pekasam hingga ke pangkal lengan atau dia berkemungkinan tersingkir daripada menjadi ketua parti yang diilhamkannya sendiri.

Tetapi, Anwar nampaknya tidak belajar daripada peristiwa lalu. Kalau dia belajar, tentulah dia lebih berhati-hati sebelum menanam modal yang besar mengalu-alukan kemasukan Zaid serta pelarian Barisan Nasional (BN) lain ke dalam PKR.

Kesilapan Anwar kini dan dahulu berpunca daripada keyakinan yang melampau terhadap dirinya sendiri. Bukan Anwar tidak kenal Zaid dan pelarian-pelarian BN, tetapi dia begitu yakin dia boleh mengubah dan mengawal sesiapa saja yang berpayung di bawah naungannya.

Silap

Ternyata dia silap. Zaid berani mencabarnya kerana dia yakin dia mempunyai sokongan sebahagian elemen Melayu dan majoriti elemen Cina dan India dalam PKR. Anasir-anasir ini tidak terlalu setia atau taksub kepada Anwar, tetapi kepada matlamat menjatuhkan BN dan menakluki Putrajaya.

Kalau Anwar berasa dirinya Perdana Menteri dalam pembikinan, Zaid pula tidak menyembunyikan matlamat dan cita-citanya menyertai PKR. Dia mahu memimpin parti itu. Justeru, walaupun belum dua tahun melompat dari UMNO ke PKR, dia sudah bertanding jawatan kedua tertinggi dalam parti itu dan sekali gus mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai ketua yang tidak dipilih.

Dia tahu masa dan keadaan tidak memihak kepadanya setelah dia gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor bagi pihak PKR/Pakatan Rakyat (PR).

PKR/PR sangat menaruh harapan bahawa Zaid dengan namanya yang begitu tersohor dapat mempertahankan kerusi strategik itu.

Kegagalan itu bukan sahaja memberi tamparan hebat kepada Zaid, tetapi menghakis harapannya untuk mara dalam kepemimpinan PKR. Maka dia terpaksa bertindak pantas dan tegas untuk membina semula imej dan prestijnya, dan jalan terbaik, dalam perkiraannya, adalah bertanding jawatan timbalan presiden.

Dia tahu dengan mencabar Azmin, dia berdepan dengan Anwar, dan dia juga tahu kalau dia menyerang Azmin, dia tidak dapat lari daripada menyerang Anwar.

Maka dia memilih untuk sekaligus menyerang Mohd Azmin dan Anwar apabila dia secara terbuka berkata, Azmin dan Anwar adalah punca masalah PKR.

Strategi Mohd Zaid ini secara tidak langsung menyeret presiden parti, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ke dalam gelanggang pergaduhan dengan memberi gambaran bahawa walaupun Wan Azizah ketua parti yang dipilih (tidak dicabar), tetapi kuasanya tidak sehebat kuasa Anwar yang tidak dipilih.

Setelah gagal dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, Zaid tidak mampu kalah dalam pemilihan parti. Harapan masa depannya dalam PKR dan arena politik negara serta prestijnya sebagai aktivis politik akan musnah kalau dia gagal memenangi kerusi timbalan presiden.

Tetapi trend pengundian tidak memihak kepadanya dan tercetuslah tuduhan dan dakwaan bahawa proses pengundian tidak telus serta meragukan lantas dia pun menarik diri dan meletakkan semua jawatan parti yang diberikan kepadanya.

Sejak itu, bukan saja pekasam yang di seluk, malah meminjam ungkapan Inggeris berlakulah washing dirty linen in public.

Kesimpulannya, apa agaknya kesudahan kepada tendang terajang politik PKR ini? Hal-hal berikut boleh difikirkan dan dianalisis dengan lebih terperinci:

1. Buat permulaan, semua yang terbabit sudah calar-balar dan kalau gagal dibendung segera akan terlondeh baju dan seluar, PKR mungkin berakhir dalam lipatan sejarah dengan menerima nasib yang sama seperti parti-parti pelbagai kaum yang lain, antaranya Malayan Independent Party, Parti Negara, Pekemas dan Parti Sosialis Rakyat Malaysia.

2. PKR akan menjadi lebih kuat dengan peminggiran dan boleh jadi juga, penyingkiran watak-watak yang menyebabkan krisis yang berlaku sekarang.

3. PKR akan menjadi ibarat kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu.

4. Seandainya PKR kembali kuat, harapannya kekal sebagai pemangkin PR adalah cerah dan PR mungkin boleh mengekalkan cabaran yang kuat terhadap BN pada pilihan raya umum akan datang.

5. Pendaftaran PR sebagai pakatan politik yang sah mungkin tergendala atau menghadapi masalah kerana Zaid adalah pengerusi penaja yang mengepalai proses pendaftaran pakatan itu. — Mingguan Malaysia

Luahan hati seorang ahli PKR kepada DSAI

Posted: 14 Nov 2010 01:22 AM PST

Ini adalah luahan rasa seorang sahabat yang pernah rapat dengan keluarga DSAI sendiri, beliau menulis berdasarkan pengalaman dan bukannya menulis berdasarkan pandangan dari jauh.. .dan menulis sebagai Ahli PKR bukannya menulis sebagai penyokong PR

Assalamualaikum

Kehadapan dato seri saya sentiasa mengharapkan (saya tak mahu kata berdoa sebab saya jarang berdoa untuk orang lain) Dato Seri sihat , tabah, menghadapi tekanan , dugaan, waaemah apa pun dosa dato seri itu antara dato seri dgn tuhan, saya atau sesiapa pun di dunia ini tidak layak menghukum sesiapa pun, juga saya mengharapkan keluarga Dato Seri dalam keadaan aman sentiasa. waaemah apa pun tuduhan terhadap dato seri tak kira benar atau tidak hanya allah sahaja yg tahu dan menentukanya. saya selagi tiada bukti-bukti yg nyata depan mata tak ada sesiapa pun boleh mengubah hati saya pada perjuangan keadilan.walaupun bekas boss boss saya yg besar besar tu.

Dato seri, sejak Dato Seri bebas dan menjadi penasihat ataupun de facto PKR macam-macam perkara berlaku , jamil sentiasa memandang walaupun jamil tak secara langsung sebab jamil bukan gila jawatan atau pangkat , dan jamil pegang pada sumpah jamil dato seri bebas sahaja jamil akan undur diri dan jamil pegang pada janji jamil.

Seperti yg jamil kata tadi buat apa jamil dalam politik lagi perjuangan jamil ialah membebaskan dato seri supaya dato seri boleh mendapatkan keadilan untuk semua rakyat malaysia. bukan kerja jamil untuk dapatkan keadilan untuk rakyat malaysia .

Siapalah jamil? tapi jamil sentiasa mengikuti perkembangan di internet, dan sentiasa update .apabila sdr onn bakar di beri tanggungjawab untuk menjadi ketua cabang putrajaya beliau telah menjemput jamil ,dan di sebabkan yg menjemput itu sdr onn bakar yg jamil kenal sejak reformasi dan dialah yg memberi tunjuk ajar banyak semenjak jamil memasuki politik, di mana beliau dahulu adalah ketua bahagian ceras sebelum di ketepikan oleh permainan kotor group group azmin ali. walaupun tiada bukti tapi kami tahu.

Dato seri semenjak dua menjak ni berbagai perkara yg berlaku, dalam parti kesayangan kita , parti yg kami ( bukan dato seri ) hidupkan sebab dato seri dalam penjara. kami bertungkus lumus berjuang , penghinaan , kutukan, ada yg putus sdr mara karana ini, ada yg di buang kerja , ada yg di tangkap di penjara di lokap kerana ini ,malah saya sendiri hampir 12 kali di buang kerja sehingga saya sudah tidak minat nak berkerja dgn orang lagi. lebih baik berkerja dengan BINATANG lebih bagus dan mulia dari berkerja dengan orang, kalau kita kena ampu,kipas jilat orang untuk hidup sorry that no my way, saya ada maruah dan harga diri.

Jadi bila ada apa-apa kejadian dalam parti kami akan terasa. sebab kami yg naikkan, Apabila timbul kejadian, tuduhan, kecacatan dato seri akan buat kenyataan itu kenyatan ini dan kami percaya. tapi perlu di ingatkan kami dah kena tipu dengan parti umno berpuluh tahun so tentu perasaan berhati hati akan ada dalam diri kami.

Dato seri bila orang dalam parti buat kritikan di katakan penghianat, balaci umno, barua umno, malah langsung tiada sesiapa pun pemimpin parti berminat nak dengar atau ambil kisah, semuanya tuduhan , kritikan tak betul tohmahan, fithnah, Tapi bila orang itu keluar dan buat kritikan ,tuduhan kita kata mereka di bayar umno, di beli umno ya yg ini memang kita tahu benar tapi kenapa bila ahli buat kritikan banyak pulak songel.. tak mahu dengar.. adakah Dato seri dan pimpinan nak buat PKR macam umno cabuk tu. sampai bila pimpinan nak buat ahli PKR jadi bodoh . cukup cukup cukup kami tak mahu di perbodohkan seperti kerajaan barisan nasional ,

Dato seri saya sendiri banyak kali komen di blog dato seri , yang mana saya puji puja dato seri keluar , yang mana saya kritik hilang entah ke mana tulisan itu , saya sms dato seri langsung tak jawab. saya taip di facebook dato seri tak balas. nampak gaya dato seri sama sahaja dengan pemimpin umno, contohnya dato seri hishamuddin sendiri bekas boss saya , kata pemimpin rakyat , pemimpin melayu bila orang pakatan bertanya , beri pendapat buat tak nampak. itu nama pemimpin melayu ke. pemimpin melayu kepala bapak die orang.

UMNO ke, PAS ke , PKR ke semua Melayu so kalau nak jadi pemimpin Melayu kena ambil tahu semua. saya rapat dengan keluarga dato seri sejak reformasi.

Saya bukan bekas pengampu dato seri di waktu dato seri jadi timbalan perdana menteri. bukan, saya kenal Nurul Hana tu dari dato seri di tangkap. dia selalu keluar main dgn kucing saya bila saya di rumah dato seri. jadi sudah semestinya orang seperti saya dato seri balas komen, sms atau apa sahaja. ini tak orang macam Saiful , Rahimi , bekas banduan yg kami tak kenal langsung Dato seri jaga... ini di namakan pemimpin melayu?

Dato Seri cuba fikir sejenak, kenapa semua orang marah kan Azmin Ali. tentu ada sebab . ingat kejadian di Sungai Petani , ingat konvensyen di Kemaman, ingat lagi tak? dua tempat ini berlaku beberapa perpecahan dalam parti kita. dan seperti biasa pemimpin akan buat berbagai kenyataan, kami diam jugak, saya sediri kenapa saya marahkan Azmin.

Beberapa tahun Dato Seri dalam penjara Azmin tak ambil peduli pun keselamatan rumah dato seri, beberapa kali raya dia tak ambil tahu pun. sehingga tahun tahun ,bulan bulan akhir sebelum dato seri nak bebas , orang dha tak minat nak datang rumah dato seri , malah setiap hari khamis malam jumaat dah makin kurang orang.

Saya tahu kerana beberapa tahun saya yg menjaga makan minum malam jumaat , bulan puasa dan hariraya. orang hariraya balik kampong tapi kami ikhlas berkerja di kediaman dato seri kerana kami fikir dato seri tiada. tapi bila dato seri balik nak menikahkan nurul izzah kami yg selalu bertungkus lumus tidak di benarkan masuk kononya atas arahan azmin,orang yg kami tak kenal tapi kami tahu balaci-balaci azmin jaga pintu. nak panjat pagar ambil gambar pun di herdik.punya celakanya mereka . tak mengapa kami terima.

Bila Dato Seri bebas rumah itu dah jadi macam penjara. hanya orang tertentu je yg boleh masuk, terutamnaya puak puak kaki ampu ponggong azmin. saya pernah dengar dari beberapa orang kenalan dato seri , dulu waktu dato seri TPM kalau dapat pegang azmin dapatlah jumpa dato seri ataupun dalam kata lain ada bahagian azmin dapatlah jumpa dato seri. tapi saya tak percaya. dan saya tak akan ampu azmin untuk rapat dgn dato seri.

Hariraya pertama dato seri di rumah semuanya di kawal oleh azmin. kalau beberapa tahun malam raya saya datang gantung kad kad hariraya. kali ini dah tak boleh masuk, arahan siapa? azmin. apa salah saya dan kawan kawan. adakah kerana kami tak pandai jilat ponggong azmin.

Kalau macam itu caranya tak ubahlah seperti dalam umno. beratus , berpuluh tuduhan di lemparkan kepada azmin dan dalam pemilihan 2010 beratus tuduhan di lemparkan tapi disebabkan azmin mengunakan antivirus KASPERSKY dia selamat.

Adakah azmin ni malaikat sehingga semua tuduhan dato seri kata tak betul. walaupun beribu penafian dari Yb azmin kita kena ingat , azmin bekas anak angkat mahatuahaprak , bekas pemimpin umno, bekas orang kuat umno so segala penipuan cara umno ada dalam kepala otak beliau. ( lagi satu mana ada orang berak tengah jalan nak mengaku dia berak ) kebanyakn ahli dan pemimpin dalam PKR tidak pernah masuk umno jadi kami tak mahir dalam penipuan.

Dato seri kata dato seri tak campur. kak wan pula hanya mendiamkan diri. sehingga dato zaid ambil tindakah mengejut itu ok lah. sdr mustafa kamil ayub salah seorang pemimpin yg di percayai dan kami mempercayainya pun buat kenyataan , ini sudah lain.

Masakan dato seri tak nampak. atau dato seri nak tunggu parti hancur baru nak ambil tindakan, ingat dato seri ingat kalau dato seri di penjara sekali lagi ,tidak akan ada lagi reformasi kedua. reformasi pertama orang keluar secara ikhlas. demi keadilan sejagat. kali kedua. no way.

Mampukan azmin atau parti keluarkan wang untuk suruh orang keluar demonstrasi. mampukan. sebab nanti akan ada yg kaya dalam pengundian boleh keluarkan wang macam umno. so nak suruh kita sokong keluarkanlah wang. kita tak akan dapat lagi sokongan seperti 1999. ingat tu. tak kan lah tak ada kecacatan langsung pada azmin. come on dato seri. soalan saya satu je dato seri . dato seri nak jaga yg 1 ka atau yg 100.000 .azmin kata dia tidak akan ikut kata zaid atau mustafa dan dia nasihat kita ikut kata ahli.tapi saya nak tanya ikut kata ahli atau ahli yg dah di beli????

Buatlah sesuatu , keluarkan lah suara. ambillah tindakan segera kalau perlu buat pengundian sekali lagi demi parti buat . kalau betul sayangkan parti buat.jangan hancurkan parti yang kami naikkan , berbagai kesensaraan, kesusahan yg kami tanggung.

Kami di perli di internet, kami di hina di internet, di sindir di internet , di mana kami nak letak muka. pemimpin tak mengapa sebaba da separuh pemimpin sama macam pemimpin umno ( muka tampal kulit babi ) tapi kami ahli di bawah kami ada maruah dan harga diri. kalau rasa dato seri tak boleh buat keputusan arahkan kak wan buat. back up kak wan untuk buat keputusan. kami akan menyokong dan mendokong demi parti. buatlah segera dato seri , buat Yb azmin jangan ambil hati , tentu Yb ada buat kesilapan cara umno yg tidak di senangi oleh ahli PKR yg bukan dari umno.

Dato seri saya memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan cara penulisan, dan saya mengaku memang ada yg kasar.tapi ini cara saya .saya tidak pandai bermadah-madah, puisi, puisi, dalam berkata, saya tak pandai mengampu untuk hidup.saya tak pandai kona-kona dalam berkata.

Saya tidak kisah kalau di pecat dari parti sekali pun kerana tulisan saya ini. bukan parti atau pemimpin yg menanggung makan minum saya tapi haiwan. so for me is nothing. saya aktif dalam keadilan pun dengan tujuan nak melingkupkan UMNO CABUK . itu sahaja bukan untuk jawatan jawatan atau kontrek dalam parti. atau kerajaan negeri.

Saya tak kata Dato zaid bagus ,tapi saya kenal Azmin dari era reformasi ok. saya ikut setiausaha agong pertama en Anuar tahir 3 tahun. saya di ibupejabat 3 tahun. tentu banyak yg saya tahu dan dengar. kami ada mata dan melhat.

Kami ahli makin papa kedana pemimpin makin kaya. apa ni. mentekedarah seorang ka. saya tak menuduh sesiapa pun tapi ada mata pandang , ada telinga dengar .

Saya sudahi dengan dua rangkap pantuh yg pernah dato seri keluarkan .satu di persidangan umno 1997 , yg satu lagi di era reformasi.

Akar nibung meresap
Akar mati dalam perahu
terbakar kampong kelihatan asap
trebakar hati siapa yang tahu.

Kalau tanam si pokok koko
Jangan tanam pisang berangan
Kalau takut dengan risiko
Jangan bicara tentang perjuangan.

Pandangan ikhlas dari jamil bin ismail (jamil kucing)
Sumber : WRLR

Ketua ARC Selangor meninggal dunia

Posted: 14 Nov 2010 12:38 AM PST

Harakahdaily

SERDANG, 14 Nov: Ketua Alternative Riding Club (ARC) Selangor, Firdaus Ibrahim meninggal dunia awal pagi tadi setelah terbabit dalam satu kemalangan motosikal malam tadi.

Kemalangan berlaku sewaktu Allahyarham bersama anaknya, dalam perjalanan pulang dari program Generasi Idaman Selangor (GeMS) anjuran kerajaan negeri di Hulu Langat.

Jenazah Allahyarham kini berada di hospital Sedang manakalah anaknya kini koma dan berada di hospital Kajang.

ARC adalah salah satu unit di bawah lajnah Sukan dan Kebudayaan (DACS) Dewan Pemuda PAS.

Sementara itu DACS negeri Selangor melancarkan derma kilat bagi membantu keluarga mangsa.
Sumbangan boleh disalurkan ke no akaun Maybank 162731037101 atas nama setiausaha Dacs negeri Selangor, saudara Ikhwan
MS: Takziah kepada keluarga allahyarham saudara Firdaus. Semoga rohnya ditempatkan diantara orang2 yang beriman ... Alfatihah

Tiada ulasan: