Sabtu, 6 November 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Kerajaan sembunyi pengakit sebenar Najib?

Posted: 06 Nov 2010 09:52 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Semacam ada sesuatu nk disembunyikan...berita yang terakhir melaporkan tiba-tiba Najib mengadu sakit perut..

Sebelum itu, laporan berita mengatakan Najib semakin sembuh dan boleh keluar dari Hospital KL...

So, apa sebenarnya tahap kesihatan PM Malaysia ni?..

p/s: Teringat pula isu doa Tok Guru yang mendoakan 'pecah perut' jika Najib dan kerajaannya benar-benar telah bertindak zalim menafikan hak rakyat Kelantan..jika Najib berlaku adil, maka didoakan dibuka hatinya dan kebaikan untuknya..semoga Najib segera sembuh seterusnya berlaku adil utk seluruh rakyat dibawahnya...wallahua'lam...


Husam: K'jaan patut terus-terang kesihatan PM

Kerajaan sepatutnya berterus-terang dengan keadaan kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

"Semalam, (Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri) Dr Mohd Ismail Merican berkata Perdana Menteri mungkin boleh keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

"Walaupun kita tidak menolak kemungkinan yang dijangkakan oleh beliau, tetapi sebelum ini juga perdana menteri dilaporkan pulih agak cepat setelah dilaporkan semakin pulih selepas diberi minum air kelapa dan tempat tidurnya dialas dengan daun bambu.

"Tetapi selepas itu, tiba-tiba dilaporkan perdana menteri masuk hospital pula," kata Husam seperti dilaporkan akhbar web PAS Harakahdaily.


(Gambar: Foto terbaru Najib bersama orang terdekat ketika sedang menjalani rawatan...)

Sehubungan itu, Husam yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS berkata, kerajaan perlu menyatakan perkara sebenarnya untuk mengelakkan tersebarnya khabar-khabar angin yang tidak sepatutnya.

Sementara itu, memetik Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, Bernama melaporkan kesan lesi akibat cacar air pulih dengan baik dan simptom gastritis pada Najib telah pun dapat diatasi.

Mohd Ismail berkata perdana menteri (kiri) dijangka dibenarkan keluar dalam beberapa hari lagi selepas dilaporkan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak Khamis untuk pemeriksaan lanjut apabila mengalami rasa tidak selesa dalam perut.

Manakala Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pula memberitahu pemberita perdana menteri berada dalam keadaan baik dan stabil dengan pakar-pakar perubatan sentiasa mengawasi keadaan kesihatan beliau, lapor Bernama.

"Perdana menteri akan sembuh dalam sedikit masa lagi," kata Liow kepada pemberita selepas perasmian pusat terapi dan rehabilitasi, di Kelana Jaya.

Lagi blogger Umno hentam Najib-Rosmah: "Najib dayus tidak tahu menjaga isteri"...

Posted: 06 Nov 2010 09:39 PM PDT


Dipetik dari blog pro-Umno, 'paneh.blogspot.com'....

NAJIB 'KERJAKAN' ROSMAH

Saya sebenarnya kasihan melihat Rosmah terpaksa menggalas tugas yang sangat besar semenjak dua menjak ni. Antaranya ialah:

1. Memastikan kesihatan Najib kembali seperti sedia kala agar dapat kekal jadi PM. Ini penting untuk memastikan RM kekal jadi 1st Lady...maklumlah,dua tahun lagi nak diadakan sidang kemuncak 1st lady lagi....Najib mesti sihat sebab nak kena fikir macam mana nak cari duit peruntukan juta-juta tu.

2. Memikul tanggungjawab menteri-menteri kabinet seperti merasmikan majlis pelancaran itu dan ini. Penat pembantu RM asyik kena buat teks ucapan walaupun isi kandungannya tak seberapa dan impak ucapan RM pun bersifat leweh.

Agaknya menteri-menteri yang ada kat Malaysia ni tak tahu berucap, kena pergi kursus pengucapan awam dulu, maklumlah, semuanya RM yang kena turun berucap. Bingai ko apo menteri-menteri yang Najib lantik ni?



3. Nak kena 'entertain' PM Australia sebab abang Najib kena cacar. (Mesti masa muda-muda dulu Najib ni kuat antibodinya sebab tak pernah kena cacar...sekarang ni baru nak kena ye?) Kesian PM Australia, datang jauh-jauh untuk mengeratkan hubungan antarabangsa Malaysia-Australia, Malaysia ni punya bingai hantar bini PM je jumpa dia...tapi bagus juga, mat-mat salleh ni tak payah la kita utamakan sangat protokol-protokol ni, kasi RM je layan...baru kellllasssss.

Jadi pesanan saya kepada DS Najib, janganlah jadi suami yang kejam dan nusyuz, suruh isteri buat itu dan ini, mendera emosi dan mental. Semua PM kita sebelum ini tidak pernah 'mengerjakan' isteri-isteri mereka seteruk ini. Malah mereka menjadikan isteri sebagai ikon kepada golongan wanita.

Isteri yang setia di sisi suami dalam saat sedih dan gembira, tidak menjatuhkan maruah dan kejantanan mereka. Hadirnya mereka disegani, tiadanya mereka dirindui. Jika RM dimaki dan dicaci, ini semuanya salah DS Najib sebagai ketua keluarga dan ketua eksekutif kerana dayus tidak tahu menjaga isteri a.k.a. First Lady.

Sumber: paneh.blogspot.com

Artikel berkaitan:
- 'First Lady' Malaysia adalah Permaisuri Agung Tuanku Nor Zahirah, bukan Rosmah Mansor! - Blogger Umno
- Isu IFF: "Kalau ada yang kata Rosmah tak bersalah, mereka adalah ANJING politik!" - Blogger Umno
- HANGIT! Mencalarkan kredebiliti Umno dan Najib: Blogger Umno desak Rosmah Mansor BERUNDUR!
- Koleksi berita/isu berkaitan Rosmah Mansor

Anggap sahaja kritikan Dr Asri sebagai kritikan membina...

Posted: 06 Nov 2010 08:55 PM PDT


Oleh: Pria Malaya

Sudah lama sebenarnya penulis memendam hasrat untuk mengulas isu ini...penulis beritahu awal2, mungkin pandangan penulis kali ini berlawanan dengan pandangan sebahagian besar penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR)..

Bagi penulis, Dr Asri berhak melemparkan teguran dan kritikan beliau terhadap sesiapa pun, baik kepada pemerintah, mahupun pembangkang..

Oleh kerana beliau berdiri atas sifatnya yang 'bebas' (neutral), iaitu tidak berpihak kepada mana-mana pihak, maka beliau bebas untuk mengkritik..beliau bukan hak ekslusif mana-mana pihak...beliau bukan hak PKR untuk diatur dan dikawal mengikut selera sendiri..

'Check And Balance'..

Sebelum ini, beliau juga ada mengkritik Umno..beliau banyak mengkritik tranformasi dan dasar Umno baru khususnya di bawah Najib, malah kritikannya adakalanya 'keras' sehingga mendakwa Umno sekarang sudah berubah ke belakang (mundur) dan pelbagai lagi..

Kali ini, kritikannya terhadap PKR, PR dan begitulah seterus2nya...



(Sekadar gambar hiasan..)

Sebenarnya, watak seperti inilah yang diperlukan ketika PR berkuasa nanti..mereka yang jelas tidak menyeblah mana-mana pihak diberikan ruang untuk mengkritik dan memuji sesiapa sahaja, asalkan sahaja tidak menjadi barua atau kuda tunggangan mana2 pihak..bukankah ini yang diperjuangkan oleh PKR? kebebasan bersuara?

Sekurangnya mampu menyedarkan mereka yg masih terlena dan enak dibuat mimpi, jangan syok sendiri..ingat, kita tidak sempurna untuk tidak memerlukan kritikan dan teguran dari orang lain...

Kritik dalam kritik...

Apapun, penulis menerima juga kritikan balas beberapa pemimpin dan penyokong PKR yg mengkritik secara matang dan positif..jika dikatakan seseorang mempunyai hak untuk mengkritik, dlm masa yg sama hak untuk orang yg dikritik mengkritik juga perlu diraikan..berhikmah...

Mudah sebenarnya untuk kita menilai mana satu kritikan balas yang bersifat hikmah dan positif..pertamanya tidak dilihat seolah2 melenting, ayat yg tenang, akui kelemahan diri, berterima kasih kpd yg mengkritik...4 kriteria ini cukup penting dalam sesuatu artikel balas tadi...baru nampak kita ini terbuka utk menerima sesuatu kritikan..

Masa ini, jangan pula Dr Asri pula yg melenting...

Ingat, bekas mufti Perlis ini berbeza dengan seorang mufti yang masih berkuasa di sebuah negeri di utara tanah air...keduanya sama dari segi tidak menyertai mana2 politik, tetapi kedua2nya berbeza dari segi ke'neutral'an dan tindak tanduknya..sebab itu penulis tidak kisah sangat krtikan dr Dr Asri..harap korang faham...

Akhir kalam...apa yg dicoretkan di atas adalah pandangan peribadi penulis semata2..yg baik jadikan pedoman, yg buruk jadikan sempadan...wallahua'lam...


Asri: PKR, PR perlu lapang dada terima nasihat, jangan meradang

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Sambil menekankan pentadbiran Barack Obama juga hilang momentum dalam dua tahun, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan anggotanya PKR "berlapang dada" menerima nasihatnya agar dinosaur politik termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar bersara daripada politik.


(Sekadar gambar hiasan...)

Dalam kes Anwar, bekas mufti Perlis meminta Ketua Umum PR bersara agar memastikan perikatan berusia dua tahun itu kekal mantap dengan memberi laluan kepada pemimpin lapisan berkualiti.

Selain PKR, PR dianggotai DAP dan PAS, dibentuk selepas pilihan raya umum ke-12.

Kata Asri (gambar), jika hendak menjadi penguasa, ahli-ahli parti politik perlu belajar untuk "berlapang dada dengan rakyat jelata."

"Bukan semua yang berbeza itu menzalimi anda!," kata beliau dalam kenyataan disiarkan di blognya hari ini.

Kata Asri, apabila beliau menyatakan banyak dinosaur politik dalam BN dan PR yang perlu memberi ruang kepada orang lain, nama Anwar hanya disebutkan sebagai contoh.

"... seperti biasa mereka melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan.

"Saya kata bahawa jika tidak berlaku perubahan, momentum politik yang berkesan akan habis dan politik berkualiti akan sukar dicapai.

"Mereka (PKR) enggan terima hakikat ini dan meradang serta membuat serangan peribadi," kata beliau dalam tulisannya bertajuk "Jangan buruk sangka, berlapang dada: Jika tidak, bagaimana nak jadi penguasa saksama?"

Kata Asri, namun hari ini hanya beberapa hari kemudian para penganalisis politik juga mengakui PR sudah kehilangan momentum, dengan merujuk kepada tulisan dalam The Malaysian Insider bertajuk "Polls wins reveal a focused Umno, floundering Pakatan, say analysts".

"Sebagai rakyat bawahan yang melihat permainan politik dalam negara ini, dengan sikap 'buta warna parti', saya dapat rasakan sejauhmanakah pertarungan itu di sudut ketangkasan dan 'manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat'.

"Momentum sesebuah aliran politik bukan selamanya. Rakyat bukan sahaja akan terikat dengan 'kenangan semalam', sebaliknya mereka juga terikat dengan 'realiti hari ini' dan 'impian masa depan'," kata Asri.

Susulan komen pemimpin muda PKR, semalam seorang lagi pemimpin senior parti itu membidas Asri dengan mempertikaikan motif beliau menggesa Anwar bersara daripada politik.

"Persoalannya sekarang, kenapa beliau diminta berundur," kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Dr Muhammad Nur Manuty dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, Asri sepatutnya menasihatkan kepemimpinan Umno BN yang memerintah kerajaan persekutuan terlebih dahulu.

Asri menambah, aliran politik yang mampu menyedarkan tentang "kisah semalam", membuktikan kebaikannya pada realiti hari ini, dan dapat memberikan keyakinan tentang mimpi hari esok akan mempunyai momentum yang kuat di persada politik demokrasi.

"Maka, membentangkan kepada rakyat sejarah politik lepas, mempertontonkan kepada rakyat ketinggian nilai politik yang disanjung dan membuat perancangan jelas untuk masa depan, akan menjadi pilihan rakyat yang bijak.

"Atau, jika itu tiada pada mana-mana parti, rakyat akan memilih apa yang mereka rasa paling mendekati unsur-unsur tersebut," kata pemimpin agama ini.

Sebab itu, katanya, jangan hairan jika "momentum" Presiden Barack Obama boleh surut dalam hanya masa dua tahun apabila dilihat gagal merealisasikan impian rakyat seperti yang dijanjikan.

"Walaupun kempennya hebat, tetapi apabila dia berada di pentas realiti, penilaian rakyat mula berbeza.

"Apakah mereka yang kurang momentum daripada Obama dan gagal memperlihatkan keharmonian dan kesantunan dalam parti sendiri mampu meneruskan momentum yang lepas?

"Ertinya, jika ini berterusan, PR mula kehilangan momentum," kata Asri lagi.

"Banyak sebab, mungkin. Salah satunya ubat bagi saya, keperluan 'mentajdidkan' pemain utama.

"Jika tidak, mungkin negara kita hilang keseimbangan politik antara pemerintah dan pembangkang," kata beliau. - The Malaysian Insider

Hub maksiat Najib-Rosmah mula mendapat respon 'positif' ahli Umno: Exco Umno Terengganu nyatakan sokongan!

Posted: 06 Nov 2010 03:48 AM PDT


Exco sokong hab hiburan malam

SETIU - Pelan yang disusun kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam memacu sektor pelancongan ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam perlu dilihat secara lebih terbuka.

Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Rahin Mohd Said berkata, soal ia mampu menggalakkan budaya Barat menular dan menyebabkan negara berhadapan dengan pelbagai penyakit sosial tidak timbul.

"Seperti yang kita maklum, sebelum ini masyarakat kita ada adat dan budaya, orang sekarang lebih terbuka dan perkara itu juga perlu dilihat secara lebih terbuka kerana sasaran kita adalah pelancong asing," katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.


(Sekadar gambar hiasan: Banner Umno K.Terengganu sokong judi Piala Dunia dinaikkan di sekitar KT beberapa bulan yang lalu..)

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengendalian Perniagaan Sektor Eco Pelancongan dan Marin di Sutra Beach Resort and Spa, di sini.

Rahin menyokong pelan program transformasi itu di mana ia dilihat mampu memacu sektor pelancongan negara dengan menggalakkan kemasukan pelancong bagi menggandakan pendapatan hiburan malam di Malaysia.

Sebelum ini, menerusi ETP, kerajaan mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurangnya 10 kelab malam menjelang 2014.

Rahin berkata, cadangan penubuhan zon hiburan hanya di kawasan tertentu iaitu di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu dan ia adalah kawasan tumpuan utama bagi pelancong asing. - Sinar Harian

Ali Rustam fitnah LKS kafirkan Umno: Akhbar talibarut Umno akhirnya mengaku salah..

Posted: 06 Nov 2010 03:38 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Bukti betapa pemimpin rasis Umno dan medianya sanggup melakukan apa sahaja termasuk melemparkan tuduhan dan fitnah terhadap lawannya...inilah bahana apabila diri diresapi pemikiran asobiyah yang tidak didasari dengan semangat Islam..

Cuma penulis ingin bertanya, apakah perkembangan isu ini?..

Bagi penulis isu ini isu besar, isu yang mampu mempengaruhi sentimen pengundi Melayu/Islam, dan boleh memberi kesan dan natijah buruk kepada masa depan Pakatan Rakyat...

Seorang pemimpin Umno telah menuduh pemimpin DAP mengkafirkan Umno, dan berita ini tersebar ke seluruh pelusuk tanah air dengan bantuan media talibarut Umno..

Selang beberapa hari, akhbar yang sama telah membuat pembetulan..namun, pembetulan yang dipaparkan seolah-olah melepaskan batuk ditangga..pembetulan atau ralat ini hanya disiarkan pada muka surat tengah dengan ruangan yang sangat kecil..



('Pengumuman' Ralat oleh Berita Harian 4 November...)

Persoalan kini, apakah tindakan dan langkah susulan pemimpin Pakatan Rakyat khususnya DAP?..sedarkah kalian isu ini adalah isu besar yg boleh sahaja menggelapkan masa depan PR?..

Penulis harap ada tindakan susulan dari kepimpinan PR atas isu ini..bangkitkan dan hangatkan balik isu ini..jadikan isu ini sebagai CONTOH kegelojohan Umno dalam menimbulkan isu perkauman..jadikan isu ini sebagai CONTOH Umno dan medianya sering membodohkan penyokong2nya dengan berita yg tidak benar mengenai parti-parti Pakatan Rakyat...fikir2kan...walllahua'lam...


Isu 'kafirkan' Umno: Berita Harian mengaku ralat

Akhbar Berita Harian hari ini membuat pembetulan berhubung laporan yang memetik ucapan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang mendakwa tokoh DAP Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan "Umno Kafir" dalam satu ceramah pilihan raya kecil di Gua Musang.



Dalam pembetulan yang disiarkan dalam akhbar itu hari ini, pada muka surat 8, pengarangnya berkata laporan mereka "bukan merujuk kepada penasihat DAP" itu.

"Ucapan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam ceramahnya, DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam di peti undi Kampung Baru Hulu, Gua Musang seperti disiarkan Berita Harian semalam, bukan merujuk kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Kesilapan dikesali - Pengarang," pemberitahuan itu dipetik.

Semalam Lim mengarahkan peguamnya mengemukakan saman terhadap laporan Berita Harian dan Mohd Ali berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan itu dalam satu ceramah di sebuah ceramah di Sungai Terah, Gua Musang.

Malah kata Lim, beliau langsung tidak hadir pada cermah di Kampung Baru Hulu di kawasan Galas yang juga dihadiri oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim .

"Saya didakwa mengatakan Umno kafir dalam satu ceramah di Galas bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini merupakan fitnah dan pembohongan oleh kerana saya tidak bercakap seperti yang didakwa oleh beliau.

"Saya juga tidak pernah menghadiri ceramah di tanah rancangan Kesedar seperti yang didakwa dan ini merupakan perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menyebarkan kebencian kaum dan agama," kata Lim pada sidang media di lobi Parlimen semalam. - Malaysiakini

Artikel berkaitan:
- Koleksi wakil rakyat non-muslim PR hormati dan santuni masyarakat Islam
- Koleksi pemimpin BN menghina dan memperlekeh hukum Islam, bangkitkan perkauman

Tiada ulasan: