MIMPI SENJA |
- Kenali daya seks wanita dari giginya
- Tukang kempen Azmin didakwa buat kacau di Kudat
- Aidiladha pada 17 Nov
- Pemilihan PKR : Betul ke macam tu? Kertas Undi UNTUK DIJUAL?
- Pakatan Rakyat mula kehilangan momemtum
- hahahaha ... jangan berkawan dengan orang obesiti - Alison Hill, Harvard University
| Kenali daya seks wanita dari giginya Posted: 06 Nov 2010 09:31 AM PDT Tertawalah karena tertawa itu sehat. Senyumlah, karena senyum itu membuat Anda jauh lebih menarik, selain itu ternyata tertawa dan senyum memiliki kesan tertentu bagi lawan jenis. Konon, kualitas seks kaum hawa ini dapat terbaca dari bentuk gigi yang nampak saat ia tertawa maupun senyum. Dalam sebuah buku jawa kuno bertajuk Bethaljemur Addamakna mengungkap kualitas seks yang dimiliki wanita dilihat dari bentuk giginya. Jadi jika Anda seorang wanita yang suka tertawa, Anda perlu hati-hati karena orang di hadapan Anda bisa jadi sedang membaca rahsia Anda. Buku tersebut juga menguak kaitan senyum bentuk gigi seorang wanita dengan rahasia kualitas seksual yang dimilikinya. Jadi bagaimana dengan gigi Anda? termasuk tipe wanita yang bagaimanakah Anda? 1. Gigi tampak jarang dan kecil maknanya DI SINI |
| Tukang kempen Azmin didakwa buat kacau di Kudat Posted: 06 Nov 2010 07:08 AM PDT PETALING JAYA: Gara-gara berbeza sokongan terhadap dua calon timbalan presiden Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim, Ketua cabang Kota Merudu Anthony Mandiau didakwa membuat kacau dengan menyimpan kertas senarai pencalonan pengundian di cabang Kudat sehingga pengundian sedikit tergendala pagi tadi. FMT difahamkan cabang Kudat menyokong Zaid Ibrahim manakala di Kota Marudu lebih kepada Azmin Ali dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden. Menurut ketua cabang Kudat Mursalim Tanjul, Anthony yang didakwa 'tukang kempen' Azmin bertindak dengan mengambil dokumen (kertas senarai pencalonan) daripada petugas ekoran sokongan di cabangnya berbeza di Kota Merudu. "Ada petugas daripada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) maklumkan kepada saya Anthony buat kacau. Dokumen senarai calon itu diambil oleh Anthony daripada petugas. Saya difahamkan perkara itu timbul kerana sokongan di Kudat tidak selari dengan cabang Kota Marudu. Kami di Kudat menyokong penuh Zaid Ibrahim, mereka beri sokongan kepada Azmin. "Saya hubungi beliau (Anthony) agar jangan buat kacau dan maklumkan agar segera beredar daripada pusat pengundian. Saya tidak mahu dia buat kecoh," katanya ketika dihubungi FMT. Dalam pada itu, Anthony ketika dihubungi mengakui bertindak sedemikian atas beberapa sebab yang munasabah. Anthony berkata melalui peraturan pemilihan, kertas senarai pencalonan sepatutnya tidak disimpan oleh pengawas. Maka beliau bertindak mengambil dan menyimpan dokumen itu agar pemilihan di cabang kudat berlaku dengan telus. "Saya menafikan saya buat kecoh di cabang Kudat. Sebaliknya jika dilihat dalam peraturan pemilihan kertas senarai calon tidak boleh disimpan oleh pengawas. Saya ambil dokumen dan simpan, saya tidak buang. Dokumen ini masih ditangan saya," jelasnya. Beliau tidak menafikan kehadirannya di Kudat untuk berkempen bagi Azmin Ali. "Saya datang ke Kudat berkempen untuk Azmin Ali. Mereka tidak mahu saya berkempen di sana dan saya dihalau. Niat saya bukan mahu buat kacau seperti yang didakwa," katanya. Dalam pada itu, cabang Kota Marudu dijangka membuat pemilihan esok (ahad). - FMT |
| Posted: 06 Nov 2010 06:12 AM PDT Kuala Lumpur, 6 Nov — Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini mengumumkan bahawa Hari Raya Korban atau Aidiladha akan disambut pada Rabu, 17 Nov ini. — Bernama |
| Pemilihan PKR : Betul ke macam tu? Kertas Undi UNTUK DIJUAL? Posted: 06 Nov 2010 05:19 AM PDT Dalam posting aku semalam, "PKR, and its ballot papers, up for sale', aku ada kata aku akan menemui seseorang malam tadi yang menghubungi aku dan mengatakan dia mempunyai kertas-kertas undi PKR yang digunakan dalam Pemilihan yang berlangsung sekarang. dan dia akan menyerahkan kat aku sebagai bukti dakwaannya. Malah, pertemuan tersebut dijadualkan tengahari tadi, tetapi individu tersebut risau aku diekori dan dia mungkin dilabelkan sebagai 'pihak' yang terlibat. Dan atas permintaannya, aku kata pertemuan tersebut diadakan semalam. Aku baru berjuma dengannya sejam yang lalu. Dia kelihatan gugup. Dia tunjuk kat aku satu sejumlah kertas undi. Ianya mengandungi kertas undi untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat. Kertas undi untuk Timbalan Presiden dan Naib Presiden mempunyai nombor siri manakala untuk MPP tak ada. Aku tanya sama ada itu saja yang dia ada. Dia kata, kalau aku boleh tunggu, dia boleh balik dan jumpa ditempat lain dan dia boleh bawa lebih seribu lagi kalau aku mau. aku tanya kalau dia boleh bagi lebih kurang 100 keping kertas undi yang dia bawa. Dia Dia bagi satu dengan syarat aku setuju untuk memadam nombor siri sebab dia tak mau orang yang terlibat mendapat masalah. Aku tanya sapa, tapi dia tak mau jawab. Aku tanya kat dia, macam mana kertas undi ini digunakan dalam Pemilihan ini. Dia bagi tau, bahawa Pengawas dari Jawatankuasa Pemilihan Pusat akan memanipulasi senarai ahli yang hadir semasa pemilihan, dimana kehadiran ahli sangat rendah. Tambahkan jumlah pengundi dan masukkan kertas undi kedalam kotak undi. Lebih teruk, disesetengah tempat, langsung tak ada senarai kehadiran yang menunjukkan jumlah ahli yang keluar mengundi. Ini akan memudahkan kertas undi dimasukkan kedalam kotak undi. Aku tanya sama ada dia mewakili mana-mana calon dan sebab itu dia mendedahkan perkara ini kepada aku, sebab calon yang dia sokong menerima kesan dari penipuan ini. Dia mengaku, dia melakukan ini sebab calon pilihannya ditipu, tapi dia juga berharap sesuatu dapat dilakukan untuk menghentikan penipuan ini, dan kalau tidak ada apa yang dilakukan, dia merasakan tidak ada sebab untuk dia kekal didalam parti ini lagi. Aku tanya dia sama ada dia tau siapa dibelakang ini semua. Tanpa teragak-agak, dia menyebut nama Azmin, yang dibantu oleh Sekretariat Ibupejabat, dan beberapa individu tertentu dalam JPP yang mana Pengerusinya , Dr. Molly tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa. Aku tak ada scanner sekarang ini, jadi aku ambil gambar kertas undi, dan nombor sirinya di tutup, yang boleh dilihat dibawah - ureka
MS: Aku tak pastilah samada YA atau TIDAK seperti apa yang di perkatakan di atas - tapi kalau YA memang Azmin buat kerja BODOH ... semuanya dek KUASA. Macam ni kah pemimpin yang kita cari? Lu orang fikir lah sendiri ... |
| Pakatan Rakyat mula kehilangan momemtum Posted: 06 Nov 2010 12:24 AM PDT Asri: PKR, PR perlu lapang dada terima nasihat, jangan meradang KUALA LUMPUR, 6 Nov — Sambil menekankan pentadbiran Barack Obama juga hilang momentum dalam dua tahun, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan anggotanya PKR "berlapang dada" menerima nasihatnya agar dinosaur politik termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar bersara daripada politik. Dalam kes Anwar, bekas mufti Perlis meminta Ketua Umum PR bersara agar memastikan perikatan berusia dua tahun itu kekal mantap dengan memberi laluan kepada pemimpin lapisan berkualiti. Selain PKR, PR dianggotai DAP dan PAS, dibentuk selepas pilihan raya umum ke-12. Kata Asri (gambar), jika hendak menjadi penguasa, ahli-ahli parti politik perlu belajar untuk "berlapang dada dengan rakyat jelata." "Bukan semua yang berbeza itu menzalimi anda!," kata beliau dalam kenyataan disiarkan di blognya hari ini. Kata Asri, apabila beliau menyatakan banyak dinosaur politik dalam BN dan PR yang perlu memberi ruang kepada orang lain, nama Anwar hanya disebutkan sebagai contoh. "... seperti biasa mereka melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan. "Saya kata bahawa jika tidak berlaku perubahan, momentum politik yang berkesan akan habis dan politik berkualiti akan sukar dicapai. "Mereka (PKR) enggan terima hakikat ini dan meradang serta membuat serangan peribadi," kata beliau dalam tulisannya bertajuk "Jangan buruk sangka, berlapang dada: Jika tidak, bagaimana nak jadi penguasa saksama?" Kata Asri, namun hari ini hanya beberapa hari kemudian para penganalisis politik juga mengakui PR sudah kehilangan momentum, dengan merujuk kepada tulisan dalam The Malaysian Insider bertajuk "Polls wins reveal a focused Umno, floundering Pakatan, say analysts". "Sebagai rakyat bawahan yang melihat permainan politik dalam negara ini, dengan sikap 'buta warna parti', saya dapat rasakan sejauhmanakah pertarungan itu di sudut ketangkasan dan 'manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat'. "Momentum sesebuah aliran politik bukan selamanya. Rakyat bukan sahaja akan terikat dengan 'kenangan semalam', sebaliknya mereka juga terikat dengan 'realiti hari ini' dan 'impian masa depan'," kata Asri. Susulan komen pemimpin muda PKR, semalam seorang lagi pemimpin senior parti itu membidas Asri dengan mempertikaikan motif beliau menggesa Anwar bersara daripada politik. "Persoalannya sekarang, kenapa beliau diminta berundur," kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Dr Muhammad Nur Manuty dalam satu kenyataan hari ini. Tegas beliau, Asri sepatutnya menasihatkan kepemimpinan Umno BN yang memerintah kerajaan persekutuan terlebih dahulu. Asri menambah, aliran politik yang mampu menyedarkan tentang "kisah semalam", membuktikan kebaikannya pada realiti hari ini, dan dapat memberikan keyakinan tentang mimpi hari esok akan mempunyai momentum yang kuat di persada politik demokrasi. "Maka, membentangkan kepada rakyat sejarah politik lepas, mempertontonkan kepada rakyat ketinggian nilai politik yang disanjung dan membuat perancangan jelas untuk masa depan, akan menjadi pilihan rakyat yang bijak. "Atau, jika itu tiada pada mana-mana parti, rakyat akan memilih apa yang mereka rasa paling mendekati unsur-unsur tersebut," kata pemimpin agama ini. Sebab itu, katanya, jangan hairan jika "momentum" Presiden Barack Obama boleh surut dalam hanya masa dua tahun apabila dilihat gagal merealisasikan impian rakyat seperti yang dijanjikan. "Walaupun kempennya hebat, tetapi apabila dia berada di pentas realiti, penilaian rakyat mula berbeza. "Apakah mereka yang kurang momentum daripada Obama dan gagal memperlihatkan keharmonian dan kesantunan dalam parti sendiri mampu meneruskan momentum yang lepas? "Ertinya, jika ini berterusan, PR mula kehilangan momentum," kata Asri lagi. "Banyak sebab, mungkin. Salah satunya ubat bagi saya, keperluan 'mentajdidkan' pemain utama. "Jika tidak, mungkin negara kita hilang keseimbangan politik antara pemerintah dan pembangkang," kata beliau - TMI |
| hahahaha ... jangan berkawan dengan orang obesiti - Alison Hill, Harvard University Posted: 05 Nov 2010 11:29 PM PDT Kadar obesiti di US menjelang 2050 adalah sebanyak 42% ... Di Malaysia macamana?Di Malaysia pun ramai gak yang obes ni ... dan korang pun tahu dan selalu gak tengok kan .... gemuk-gemuk dan pendek tu ... hahahaha LOS ANGELES, 6 NOVEMBER, 2010: United States obesity rate may hit 42 percent by 2050, much higher than previously estimated, China's Xinhua news agency reported citing a new study published this week. The rate of obesity among U.S. adults may rise rather than slowing down as previously suggested, according to the study by researchers at Harvard University and Massachusettes Institute of Technology. The study, published in the journal PLoS Computational Biology, runs counter to recent assertions by some experts that the obesity rate, which has been at 34 percent for the past five years, may have peaked. For the last few years, the US Centers for Disease Control and Prevention has placed the adult obesity rate at 34 percent, with another 34 percent of Americans overweight but not obese. But the new study predicts that adult obesity rates will rise for another 40 years before leveling out. And before reaching that plateau, 42 percent of adults will be obese predicts. In the study, the researchers used a sophisticated model that views obesity like an infectious disease. The modeling was done after examining the spread of obesity via "social networks" in the long-running Framingham Heart Study Network. In the analysis, a social network includes family, co-workers, friends and neighbors. The spread of obesity among U.S. adults in recent decades due to social contacts cannot be ignored, the researchers said. That idea is based on the "social contagion" theory of obesity, which means that the more obese people you know, the greater your chances of gaining weight, according to the researchers. "It's definitely true that the percent of obese people has slowed down," said study author Alison Hill, a graduate student in Harvard's Program for Evolutionary Dynamics, Biophysics Program. "But our results suggest it is not the end." The prediction is a "best-case" scenario, said Hill and Dr. David Rand, a research scientist at Harvard who was also involved in the study. That means the obesity rate might rise even higher than 42 percent. Obesity is defined as having a body-mass index (BMI) of 30 or higher. For instance, a person 5-feet-5-inches tall who weighs 200 pounds has a BMI of 33 and is considered obese. Under this theory, a normal weight person has a two percent chance of becoming obese in any given year, according to the researchers. That number increases by 0.4 percent with each obese social contact a person has, meaning that a person with five obese contacts doubles his or her risk for obesity. On the other hand, when it comes to losing weight, an obese adult has a four percent chance of losing enough to become just overweight in any given year, the team found. But they did not find that weight loss had much to do with social contacts. So an obese person who hangs out with normal-weight friends will not necessarily lose pounds because of those contacts. Other factors play into the spread of obesity, Hill and Rand explained, including the rate of "non-social transmission" of obesity, such as easier access to unhealthy foods, and the rate of "recovery" from obesity, or a weight loss that puts people below a BMI of 30. While the non-social transmission factors are still most important in the spread of obesity, Rand said, the role of social transmission has expanded in the past four decades. "One good take-home point is it's actually in your best interest to help your friends lose weight," Hill said. "The more obese friends you have, the more likely you are to gain." - Bernama |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan