PRO REFORM |
| Politik Apa Yang Zaid Mainkan? Posted: 09 Nov 2010 09:05 AM PST Betapa hebatnya perancangan jahat 'Pakatan Dajjal' yang sedang dan bakal mereka lakukan bagi menjahanamkan parti 'istimewa', Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perlu kita ingat, sebelum ini mereka telah menemui kegagalan dalam usaha menjahanamkan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka sentiasa memberi tumpuan semasa pemilihan parti. Gerak kerja yang mereka gunakan semuanya sama, iaitu mencipta fitnah seberapa banyak yang mungkin. Mengawal malah menawan media alternatif yang menjadi tumpuan rakyat dan mewujudkan blog-blog yang kononnya bebas bersuara semata-mata untuk melazatkan hidangan berlaukkan fitnah yang mereka sajikan. Untuk menjahanamkan PKR cukup-cukup senang bagi mereka berbanding dengan PAS. Mungkin sekarang mereka sedang berseronok bersama ketua mereka di atas kejayaan yang hampir selesai (bagi mereka). Zaid Ibrahim adalah antara mereka-mereka yang bertuah. Ini kerana, layanan yang Saudara Anwar Ibrahim berikan kepada beliau cukup-cukup istimewa. Sebelum ini sebaik melangkah ke dalam PKR, selepas di pecat dari UMNO, beliau cukup-cukup di kagumi rakyat. Malangnya, beliau sanggup mengkhianati kepercayaan rakyat dan mengotorkan demokrasi dalam PKR. Kemuncaknya, Zaid bertekad keluar daripada parti berkenaan dan mula menyerang pimpinan utama. Skrip yang beliau gunakan adalah sama dengan apa yang di gunakan oleh UMNO dan yang sewaktu dengannya. Beliau mencadangkan supaya Saudara Anwar Ibrahim (Ketua Umum) dan Saudara Azmin Ali (naib presiden) berundur kerana merekalah punca segala masalah dalam PKR. Zaid memberitahu, apa yang terjadi pada pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP)adalah akibat daripada kelemahan Anwar sendiri. Kewujudan krisis sepanjang tahun lalu, ekoran tindakan beberapa MP dan ADUN dari PKR melompat keluar. Anwar juga gagal memimpin pembangkang ke depan dengan polisi baru seperti mana dia gagal pada 16 September. Saya masih ingat tidak lama dulu, Saudara Anwar telah di labelkan sebagai seorang yang gelojoh untuk menjadi PM Malaysia apabila beliau beria-ia meyakinkan rakyat akan berlaku perubahan kerajaan persekutuan pada tanggal 16 September dengan mengharapkan kemenangan majoriti versi katak di dalam parlimen. Siapakah sebenarnya dalang hebat yang telah berjaya mempengaruhi Saudara Anwar? Samada sedar atau tidak, keyakinan mereka (Pakatan Dajjal) untuk menjahanamkan PKR bermula di sini. Mengapa tidaknya, Saudara Anwar sendiri pun mereka berjaya 'pengaruhi' (benda yang buruk, di katakan baik), apatah lagi anak buahnya. Bermula di sini, siri-siri serangan mula kelihatan dalam usaha untuk menggugat keyakinan rakyat terhadap PKR. Politik apa yang Zaid mainkan? Namun, dengan paparan foto ini, mungkin ianya dapat mengungkap apakah motif beliau sebenarnya. Situasi sebeginilah sebenarnya yang mereka mahukan. " Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang " |
| Mustaffa Beri JPP Tempoh 48 Jam Hentikan Pemilihan 2010 Posted: 09 Nov 2010 02:37 AM PST SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mustaffa Kamil Ayub yang bertanding jawatan Timbalan Presiden akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden KEADILAN dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Antara lain memorandum itu mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini yang kini didakwa amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan Perlembagaan parti dalam Kongres Khas pada bulan Jun 2009. "Pemilihan Kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 28 Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP. "Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil (clean, free and fair election). Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang diantara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi," kata Mustaffa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Ipoh hari ini. Mustaffa memberi kata dua bahawa sekiranya JPP gagal mengisytiharkan pemberhentian Pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum tersebut beliau bercadang mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan. "Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia," tegas beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak. (Suara Keadilan) |
| You are subscribed to email updates from PRO REFORM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan