Fakulti Siyasah Syar'iyah |
- Yang ini diperbuat dari besi atau dari kambing ...?
- Aik ...? Melenting pulak ...? Cool lah bro ...!!!
- Anwar sedia undur ...? Kah, kah kaahhh ... Lawak ...
- Gambar: Mari main pondok-pondok ...?
- Bajet Selangor: Beri Tumpuan Pembangunan Luar Bandar
| Yang ini diperbuat dari besi atau dari kambing ...? Posted: 09 Nov 2010 05:32 AM PST Yang ini diperbuat dari besi atau kambing...?Kah, kah kaahhh ...?. |
| Aik ...? Melenting pulak ...? Cool lah bro ...!!! Posted: 09 Nov 2010 02:53 AM PST "Menurut Mohd Asri lagi, beliau sendiri tidak tahu bahawa dua calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub - yang turut dikaitkan dalam perancangan itu - akan mengeluarkan kenyataan mengkritik Anwar dan PKR."Hal itu berlaku selepas beberapa hari dari kenyataan saya. Tentunya, saya tidak berada di belakang mereka," kata Dr Mohd Asri." Sedutan dari sini. |
| Anwar sedia undur ...? Kah, kah kaahhh ... Lawak ... Posted: 08 Nov 2010 11:56 PM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap bidasan terbuka oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang menggesanya supaya berundur sebagai ketua umum PKR mungkin ada kaitan dengan 'kempen bersepadu' untuk mencemarkan nama baiknya sebagai ketua pembangkang. "Itu pendapat peribadinya (Zaid). Jika ada konsensus daripada kepimpinan yang saya harus berundur saya akan patuhinya tetapi saya tidak pernah mendengar perkara seumpama itu," kata Anwar apabila diminta mengulas bidasan Zaid pada sidang medianya hari ini. Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, petang ini, Anwar berkata beliau tidak akan melayan lagi karenah Zaid yang dalam kemarahan ketika ini." Sepenuhnya di sini. |
| Gambar: Mari main pondok-pondok ...? Posted: 08 Nov 2010 09:41 PM PST |
| Bajet Selangor: Beri Tumpuan Pembangunan Luar Bandar Posted: 08 Nov 2010 06:54 PM PST Dalam pembentangan pagi tadi Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan bagi "Program Pembangunan Luar Bandar kali ini bersandarkan kepada strategi dalam lima (5) aspek, iaitu Kepimpinan Desa, Pengurusan Desa, Pembangunan Ekonomi Desa, Infrastruktur Desa dan Pembangunan Modal Insan di Desa. Fokus bakal diberikan untuk meningkatkan pusat komersial di setiap kampung. Penekanan hendak diberikan terhadap industri berskala kecil juga melibatkan aspek perikanan serta penternakan seperti cendawan dan itik. Beberapa kejayaan semakin kelihatan dalam pertanian organik sayur-sayuran di Hulu Yam, projek akuakultur di Hulu Selangor dan Kuala Selangor. Disamping itu juga, kerajaan negeri mahu menyuntik tambahan dana sebanyak RM1 juta termasuk program pembangunan kebun kerang, program bantuan perikanan, program keselamatan dan kesihatan ikan, program pembangunan sumber baharu dan pemuliharaan kepelbagaian bio. Ia juga meliputi pembangunan kampung, pembangunan ekonomi kampung tradisi, penyediaan kemudahan asas di desa dan penyelenggaraan jalan kampung. "Kerajaan Negeri Selangor ada menjalankan proses temu duga dengan mereka yang memohon bantuan mengikuti Skim Kredit Mikro dan kini di peringkat pemilihan bagi penganugerahan fasa pertama. "Kaedah ini hendak diselaraskan dari semasa ke semasa kerana Kerajaan Negeri Selangor mahu mengemas kini pangkalan data berkaitan penduduk miskin dan termiskin yang disenaraikan melalui Program Merakyatkan Ekonomi Selangor serta maklumat berkaitan bakal penerima bantuan ini," katanya. Menurut Khalid lagi, kerajaan juga sedia memberikan penekanan terhadap latihan keusahawanan. Pihak SIRIM turut dilibatkan untuk memberi nasihat melalui seminar kesedaran yang bakal dianjurkan. "Kita berharap usaha ini dapat meningkatkan kemampuan masyarakat dalam hal ehwal pemasaran, pengurusan akaun, pempakejan dan pemprosesan. Bagi memenuhi tujuan ini pada tahun 2011, kita hendak menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi dana industri kampung, memberi latihan dan pembangunan kepada usahawan, mempromosi produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS), program Satu Kampung Satu Produk dan program Selangor RIA," katanya di Dewan Negeri Selangor." - http://tvsnews.net/v1/ |
| You are subscribed to email updates from Fakulti Siyasah Syar'iyah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan