PRO REFORM |
- Amaran Hujan Lebat Di Timur, Utara Semenanjung
- Perkembangan Pemilihan PKR 2010
- Chegu Bard Mendahului Untuk Ketua AMK
| Amaran Hujan Lebat Di Timur, Utara Semenanjung Posted: 01 Nov 2010 08:06 AM PDT Jabatan Meterologi Malaysia meningkatkan Amaran Peringkat Merah berikutan hujan lebat di beberapa kawasan di utara dan pantai timur Semenanjung sejak beberapa hari lepas. Kawasan terbabit adalah daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli di Kelantan, manakala di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu dan Padang Terap serta di keseluruhan Perlis. Jabatan itu, menerusi laman webnya, turut mengeluarkan Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning di beberapa daerah termasuk Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik dan Baling di Kedah, serta Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu di Terengganu juga ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat Peringkat Jingga. Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning diberikan di beberapa kawasan di Kedah termasuk daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta keseluruhan Pulau Pinang. Hujan dijangka berlanjutan di kesemua daerah sehingga Rabu ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai. – Bernama |
| Perkembangan Pemilihan PKR 2010 Posted: 01 Nov 2010 05:30 AM PDT Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mengatakan antara punca kemerosotan jumlah ahli yang keluar mengundi bagi memilih pimpinan parti peringkat pusat adalah kerana 2 PRK yang berlaku serentak iaitu di Galas dan Batu Sapi serta pertindihan tarikh pemilihan MPP dan perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu yang menyaksikan penyokong Negeri 9 dan Kelantan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil. Beliau menambah, kombinasi perkara ini menyumbang kepada faktor pengundi yang rendah iaitu 9% daripada 400,000 berbanding daripada pemilihan peringkat Cabang baru-baru ini yang menyaksikan 70,000 daripada 400,000 kalangan anggota yang berdaftar.. Dalam masa Pemilihan MPP PKR 2010 nampak hambar, hari ini PKR sekali lagi berdepan dengan cabaran. Ini kerana pengumuman rasmi keputusan di buat sampai 3 kali. Saifuddin berkata, suasana ini berlaku ekoran daripada kesilapan manusia dalam memasukkan data keputusan. Setakat hari ini Azmin Ali telah berjaya mendahului lain-lain calon dalam merebut jawatan No 2 parti dengan mendapat 3,051 undi. Pencabar terdekat beliau Dato' Zaid Ibrahim mendapat 2,529 undi manakala calon ketiga Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,149 undi. |
| Chegu Bard Mendahului Untuk Ketua AMK Posted: 01 Nov 2010 03:50 AM PDT PETALING JAYA: Persaingan jawatan tertinggi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam pusingan pertama menyaksikan Badrul Hisham Shaharin atau juga dikenali sebagai Chegu Bard mengatasi pesaingnya Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan kelebihan 104 undian. Setelah tamat pengundian untuk hari ketiga pusingan pertama semalam Chegu Bard telah memperolehi 1,123 undi berbanding Shamsul yang memungut 1,029 undi. Manakala bagi jawatan nombor dua sayap parti itu pula, sehingga hari ketiga pengundian Khairul Anuar Ahmad Zainuddin memungut 1,214 undian mendahului YB Chang Lih Kang yang meraih 833 undian. Pengundian akan disambung semula pada 6 dan 7 November minggu hadapan di 20 cabang di Sabah setelah ditangguhkan bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada Pilihan Raya Kecil Batu Sapi. Persaingan terbuka di Sabah Minggu Hadapan Calon-calon yang mendukung manifesto Anak Muda Penerus Momentum Reformasi pimpinan Chegu Bard dan kumpulan Reformasi 3.0 pimpinan Shamsul dijangka akan menerima sokongan agak seimbang dari pengundi Negeri Bawah Bayu itu.Persaingan terbuka di Negeri Bawah Bayu itu dilihat tidak memberikan kelebihan ketara kepada mana-mana calon melainkan faktor 'sentuhan' yang dibuat dalam sepanjang kempen dijalankan. Chegu Bard dijangka akan mengambil peluang untuk menjarakkan diri dari pesaingnya itu apabila baki cabang-cabang di negeri Utara khasnya dan Wilayah Persekutuan mengadakan Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bermula 12 November ini. Shamsul merapatkan jurang undi Bagaimanapun Shamsul turut berpeluang untuk mengatasi Chegu Bard dengan memberikan tumpuan di beberapa negeri di Semenanjung khususnya negeri Selangor yang akan mula mengundi pada 13 November ini.Sebelum ini, beberapa pemerhati menyebut Shamsul sebagai mempunyai 'sentuhan istimewa' dari pemimpin negeri itu yang dikatakan mampu membantu meraih undi di pihak Shamsul. Pengundi di Selangor dianggap penentu Bagi sesetengah calon yang bertanding dalam Pemilihan MPP ini, pola pengundian di negeri ini boleh dianggap sebagai 'killer' apabila pengundi-pengundi di negeri ini dianggap sebagai penentu nasib mereka.Jumlah pengundi yang bakal keluar mengundi dijangkakan meningkat di beberapa negeri, terutama bagi negeri Selangor yang mempunyai jumlah keahlian yang tinggi. Selain itu, enam dari 22 cabang di Selangor yang diarahkan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) semula turut menjadi faktor pendorong pemimpin-pemimpin peringkat cabang untuk menarik lebih ramai ahli keluar mengundi. Reformasi 3.0 berkelebihan di Melaka Sementara itu, kumpulan Reformasi 3.0 itu turut dijangka akan cuba meraih sokongan maksima daripada baki dua cabang di Melaka, Kota Melaka dan Jasin yang akan mengadakan Pemilihan MPPnya pada 13 November ini.Sebelum ini, maklumat dari satu sumber yang rapat dengan kumpulan Reformasi 3.0 memberitahu usaha untuk membawa keluar seberapa ramai pengundi di negeri itu sedang giat dijalankan. Dua calon jawatan tertinggi AMK daripada kumpulan Reformasi 3.0 yang merupakan pemimpin AMK kelahiran negeri bersejarah ini sedikit sebanyak bakal membantu untuk meraih undi. Pola pengundian secara keseluruhan kali ini dianggap lebih sukar untuk 'dibaca' berikutan sistem 'satu ahli, satu undi' yang melibatkan keseluruhan ahli parti berbanding sistem perwakilan yang diamalkan sebelum ini. Oleh Nazli Ibrahim (FreeMalaysiaToday) |
| You are subscribed to email updates from PRO REFORM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan