Anak Sungai Derhaka |
- Bersaralah Anwar.... biar Aku bertanding pula..
- Ketua Pembangkang digantung enam bulan dari sidang DUN
- Rosmah pemangku PM? Muhyiddin jadi Tunggul..
- Kajian dapati pengundi muda sokong PAS di Galas
- Kesilapan data??? Depa buat dahhhh....
- Ini bukan Rasuah ke?
- Pemilihan PKR : Keputusan Terkini Pengundian MPP (31 Oct)
- Pemilihan PKR : Keputusan Terkini Pengundian AMK Pusat (31 Oct)
- Pemilihan PKR : Keputusan Terkini Pengundian Wanita (31 Oct)
- Taib mungkin bubar DUN Sarawak bulan ini?
- Pemilihan PKR : Zaid dan Chegu Bard berada di depan..
- Isu Tanah Melayu Penang : GPMS salahkan UDA
- Bayar RM250 salah.. ni bayar RM20 tak salah ke? (Video Inside)
| Bersaralah Anwar.... biar Aku bertanding pula.. Posted: 01 Nov 2010 06:46 AM PDT Oleh kerana sudah banyak rentak tari politiknya yang makin kelihatan tidak 'seimbang', Dr. Maza menasihatkan Anwar Ibrahim agar bersara dari arena politik.. Itu yang tersurat mungkin ini yang tersirat sebenarnya.. "Bersaralah Anwar dari politik, berilah muka-muka baru pula peluang untuk menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh tu.. selagi hang dok jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh tu.. macam mana aku nak bertanding pula.. bukan hang tak tau aku pun anak Permatang Pauh juga.. rumah aku kat IKBN tu saja.. Hang patut tau yang la ni pengikut aku semakin ramai di Mengkuang tu.. Ahli-ahli PKR pun ramai yang ikut aku di situ.. tak percaya tanya Ketua Pemuda hang yang duduk di Mengkuang tu.." boleh jadi macam tu kot.. Asri minta Anwar bersara, Pakatan perlu jadi pembangkang kualiti KUALA LUMPUR, 1 Nov — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan ahli politik veteran termasuk Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersara dari politik dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin lain untuk memberi "nafas baru" atas alasan banyak "rentak tari politiknya makin tidak seimbang."Di samping itu kata beliau, Pakatan Rakyat juga perlu melakukan pembaharuan untuk menjadi pembangkang yang kuat dan berkualiti. "Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, sudah sampai masanya untuk bersara 'politik'," kata bekas mufti Perlis ini yang kini dilihat sebagai "penggerak ketiga" dalam arena politik semasa. "Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak 'seimbang'," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Asri berkata zaman Anwar, yang juga Penasihat PKR, mungkin makin menyusur pergi. "Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat 'story-design' politik yang sama," kata Asri lagi. PKR ditubuhkan selepas Anwar dimasukkan ke penjara dan dipecat daripada jawatan kerajaan dan Umno. Malah menurut beliau, Anwar perlu diberikan peluang untuk berundur dengan aman demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. "Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. "Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar," kata tokoh agama ini. "Maaf atas pandangan ini," kata Asri (gambar) sambil menambah, beliau tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan ini. "Saya tahu sesetengah pembangkang cepat 'melenting' jika ada pandangan yang mereka tidak setuju. "Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik," kata Asri dalam pandangan ini ketika parti itu sedang melangsungkan pemilihan pucuk kepimpinan. Pertengahan tahun lalu, Asri pernah dilaporkan akan menyertai Umno tetapi beliau menafikannya dengan menegaskan akan kekal seperti sekarang. Selain itu, PKR mewakili Pakatan Rakyat menurunkan calonnya di kerusi Parlimen Batu Sapi. Asri juga berkata, politik negara ini juga memerlukan nafas baru tidak kira parti politik. "Seperti mana Umno memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama. "Saya, seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti," katanya sambil menambah, "sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini." Oleh itu kata Asri, jangan lupa bahawa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen. "Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara," katanya. Malah menurut beliau, negara perlukan politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. "Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. "Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi," katanya. Justeru, katanya, politik negara memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas. "Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai 'al-quwwah' (kemampuan) dan al-amanah (amanah). "Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. "Maka, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat," katanya sambil menambah, sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. "Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi 'hero' dalam pentas baru politik hari ini. "Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. "Jika Tun Abdullah (Ahmad Badawi) pun bersara, makin mereka yang 'sewaktu' dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata (penganalisis politik) Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula," katanya. The Malaysian Insider |
| Ketua Pembangkang digantung enam bulan dari sidang DUN Posted: 01 Nov 2010 05:28 AM PDT GEORGE TOWN, 1 Nov – Ketua Pembangkang digantung selama enam bulan berkuat kuasa 17 Ogos lepas hingga Februari tahun depan daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur hasutan pada persidangan DUN 16 Mei lepas.Keputusan itu diluluskan oleh Yang Dipertua DUN Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan hari ini setelah usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng (Air Putih-DAP) disokong oleh anggota dewan undangan negeri (Adun) dari pakatan pembangkang. Bagaimanapun segala saraan dan elaun beliau sebagai Adun Penaga dikekalkan. Terdahulu pada perbahasan yang diadakan selepas pembentangan usul itu, Azhar, dari Barisan Nasional, bertegas dengan pendiriannya tidak mahu memohon maaf disebabkan beberapa perkara iaitu tiada dakwaan khusus untuk mengenakan hukuman terhadap dirinya. "Selain itu usul yang dirujuk juga cacat dan bercanggah dengan peraturan 37 kerana usul itu tidak pernah dibahaskan sebaliknya speaker ketika itu terus mengambil keputusan mengemukakan masalah itu dan satu undi telah diambil," katanya. Katanya faktor lain, ialah setiap perkataan kesat yang dirujuk telah ditarik balik dan diterima oleh dewan tanpa sebarang reaksi. Azhar sebelum itu telah dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Abdul Halim dan telah bermesyuarat sebanyak tiga kali, beliau juga telah memberi penjelasan berhubung perkataan yang disebut pada persidangan 6 Mei lepas. Pada mesyuarat yang diadakan itu juga Azhar telah diminta untuk mengemukakan permohonan maaf tetapi beliau enggan berbuat demikian. Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata ia merupakan cara pakatan pembangkang untuk menghalangnya mengikuti persidangan DUN dan perbahasan Bajet kali ini. "Saya adalah ketua pembangkang yang paling vokal dan selalu mengkritik pemerintahan mereka, ini juga yang pertama berlaku dalam sejarah Pulau Pinang. Selepas ini Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Telok Bahang-BN) akan menggantikan tempat saya," kata beliau dipetik Bernama. Beliau yang mengakui ''sakit hati'' dengan keputusan yang diluluskan itu menyifatkan corak pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini lebih bersifat ''ala Guan Eng''. Ditanya mengapa beliau tetap enggan memohon maaf walaupun berkali-kali diminta berbuat begitu beliau berkata: "Untuk apa saya minta maaf, saya tidak bersalah, saya teraniaya, ini cara mereka untuk tutup mulut saya," katanya.- The Malaysian Insider Berita sebelumnya.. Sidang DUN Pulau Pinang 'panas' isu sumber wang ihsan GEORGE TOWN, 1 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang bermula hari ini menjadi "panas" dengan pertikaman lidah antara beberapa penyokong kerajaan negeri DAP itu dan pembangkang berhubung sumber wang ihsan kepada warga emas di negeri itu. Dalam tempoh 30 minit selepas sesi soalan lisan bermula, suasana menjadi panas apabila Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh, menjawab soalan lisan berkaitan pemberian wang sebanyak RM100 kepada warga emas oleh kerajaan negeri. Dalam menjawab soalan Jagdeep Singh Deo (DAP-Datok Keramat) itu, Phee berkata, tidak timbul isu wang judi digunakan kepada warga emas kerana peruntukan bantuan itu adalah termaktub dalam bajet 2010. Beliau berkata sememangnya kerajaan negeri telah menerima wang sumbangan Penang Turf Club sebanyak RM2 juta tetapi ia adalah pada tahun 2010 dan wang itu tidak digunakan kerana ia bukanlah wang dalam peruntukan bajet 2010. Phee berkata Umno telah memfitnah kononnya wang RM100 itu adalah wang judi sedangkan peruntukan untuk bantuan warga emas itu telah diluluskan dalam bajet 2010 pada sidang dewan tahun 2009 manakala wang dari Penang Turf Club hanya diterima pada tahun ini. Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) kemudiannya berkata, apa yang berlaku ialah umat Islam di Pulau Pinang berasa was-was dengan wang itu setelah Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri mengakui telah menerima wang sumbangan kelab lumba kuda itu. "Kita was-was dengan wang itu sebab Ketua Menteri sendiri mengaku telah menerima wang judi dan kerajaan kononnya telah membuka dua akaun berasingan untuk bantuan kepada orang Islam dan untuk bukan Islam. Adakah jawapan Exco Kebajikan (Phee) ini menggambarkan bahawa Ketua Menteri telah berbohong?" katanya. Arif Shah juga menempelak Phee yang bercakap mengenai hukum-hakam Islam dalam memberi jawapannya. Speaker Datuk Abdul Halim Hussein kemudiannya menenteramkan keadaan dengan meminta semua anggota dewan supaya tidak menjerit-jerit sebaliknya hendaklah bercakap dengan sopan. Seorang penyokong kerajaan R.S.N.Rayer (DAP-Sri Delima) mendakwa pemimpin Umno telah membuat fitnah dan telah memburuk-burukkan Lim kononnya sebagai seorang pembohong. Beliau mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap wakil rakyat BN. Jagdeep Singh kemudiannya meminta kerajaan negeri melantiknya sebagai peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Umno yang didakwanya telah membuat fitnah. Ketua pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) kemudiannya meminta penjelasan Lim mengenai jawapan Phee yang bercanggah dengan kenyataan ketua menteri itu. Katanya Lim harus bertanggungjawab kerana kenyataannya kepada media bahawa kerajaan negeri menerima sumbangan wang kelab lumba kuda dan membuka dua akaun berasingan itu telah menyebabkan umat Islam menjadi was-was dan mengambil tindakan untuk memulangkannya semula kepada kerajaan. Datuk Jasmin Mohamad (BN-Sungai Dua) pula berkata Phee gagal membuktikan bahawa sememangnya wang hasil sumbangan kelab lumba kuda itu diasingkan walaupun mendakwa ianya tidak digunakan. Lim bagaimanapun tidak melayan asakan oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sebaliknya hanya menjawab soalan seorang lagi penyokong kerajaan Koid Teng Guan (DAP-Sungai Pinang) mengenai status pengorekan pasir di kawasan Genting dan Sungai Rusa di Balik Pulau. Katanya kerajaan negeri tidak mengenakan bayaran royalti terhadap pemilik tanah berstatus gred satu itu. – Bernama |
| Rosmah pemangku PM? Muhyiddin jadi Tunggul.. Posted: 01 Nov 2010 04:09 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 Nov: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri. "Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya. Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield. Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini. Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor. Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najib juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu. Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari. "Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi. "Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin. Harakahdaily |
| Kajian dapati pengundi muda sokong PAS di Galas Posted: 01 Nov 2010 03:54 AM PDT Dapatan ini dikeluarkan oleh badan penyelidikan bebas Ilham Centre, yang sentiasa mengikuti perkembangan pilihanraya-pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu. "Kami membuat panggilan telefon semalam dan hari ini kepada 2150 pengundi muda dalam kawasan DUN Galas dan 320 melayan dengan baik dan memberi kerjasama," kata Pengarah Eksekutif Ilham, Muhamad Hisommudin Bakar di sini semalam. Mereka yang ditelefon mewakili semua daerah-daerah mengundi di Galas dan berumur antara 21 hingga 40 tahun. Daripada jumlah itu beliau berkata, 168 responden mengaku akan mengundi calon PAS, 41 akan mengundi calon BN manakala 112 lagi belum membuat keputusan. Ilham turut mengadakan kajian lapangan dalam tempoh kempen pilihan raya kecil ini dengan menurunkan 50 pembanci dan satu gambaran menyeluruh akan dikeluarkan kepada pihak media sebelum hari mengundi. Sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Ilham telah membuat kajian lapangan menjelang sesuatu pilihan raya kecil. Sehingga kini, kesemua hasil kajian Ilham adalah tepat dengan keputusan pilihan raya sebenarnya termasuk yang terakhir di Bagan Pinang di mana sejak dari awal lagi kajian Ilham menunjukkan sokongan terhadap PAS lemah di kawasan pilihan raya itu. HarakahDaily |
| Kesilapan data??? Depa buat dahhhh.... Posted: 01 Nov 2010 12:49 AM PDT Memalukan… Tiga kali pengumuman telah dibuat tentang jumlah sebenar undi yang diperolehi oleh Dato Zaid dan Azmin Ali..Ini adalah keputusan rasmi kali ketiga.. kerana menurut Saifuddin Nasution telah berlaku kesilapan manusia dalam memasukkan data keputusan yang mengakibatkan perubahan kedudukan.. Kenapa ini terjadi? Adakah hanya seorang manusia yang ditugaskan untuk mengemaskini data-data yang diperolehi dari pusat-pusat mengundi PKR? Keputusan yang lain-lain bagaimana pula? tak silap ka? Tidakkah sepatutnya terdapat seorang lagi manusia yang sepatutnya memeriksa dan mengesahkan data-data tersebut? Lagi satu.. agak menghairankan kenapa pengumuman ini dibuat oleh Setiausaha Agong Parti bukannya Jawatankuasa Pemilihan Parti yang menjalankan Pemilihan ini. Apa pun.. aku semakin pasti benar bagai dikata sesetengah pihak.. 'by hook or by crook' Azmin tetap akan menjadi Timbalan Presiden PKR.. Kesilapan data: Azmin pula mendahului Perangkaan rasmi terbaru daripada setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution menunjukkan naib presiden parti itu, Azmin Ali sedang mendahului dalam pemilihan timbalan presiden dengan mendapat 3,051.Saifuddin memberitahu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini bahawa Datuk Zaid Ibrahim pula mendapati 2,529 undi manakala seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1,149 undi. Sebelum ini, lamanweb PKR menyiarkan keputusan yang menunjukkan Zaid masih mendahului perebutan jawatan nombor dua dalam PKR. Difahamkan kesilapan itu dipercayai berlaku ketika proses memasuk data ke lamanweb berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya. Berdasarkan keputusan laman web itu yang disiarkan pagi ini, (selepas 68 cabang mengundi), Zaid mendapat keseluruhan 3,683 undi, meninggalkan pencabar terdekat Azmin Ali yang memperolehi 3,051 undi. Manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi. Bagaimanapun, halaman yang menyiarkan keputusan pengundian itu tidak dapat lagi diakses. Manakala sidang akhbar Saifuddin yang dijadualkan pada jam 11.30 pagi, telah ditangguhkan sehingga jam 1 tengahari, dipercayai ada kaitan dengan keputusan tersebut. Sementara itu, bagi kerusi naib presiden pula, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (3,543 undi) kini sudah dipintas oleh Pengarah Strategik PKR Tian Chua (3,621). Mereka diekori Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (2,852) dan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh (2,895). Keputusan bagi calon naib presiden lain seperti berikut: Gobalakrishnan (2080) Xavier Jayakumar (1679) R Sivarasa (1553) Suresh Kumar a/l Ramachandran (1237) Yahya Sahri (1178) Baru Bian (659) Ansari Abdullah (646) Jonson Chong (626) Yusmadi Yusoff (615) S Manikavasagam (492) Dominique KH Ng (284) Saiman Marjuki (166) James Ghani (106) Malaysiakini |
| Posted: 01 Nov 2010 12:13 AM PDT Penduduk sekitar Kampung Baru Cina di Gua Musang dilaporkan dibayar RM100 dan diberi sehelai kemeja-T untuk mengambil bahagian berhimpun untuk majlis 1Malaysia di kawasan perumahan mereka semalam. Kebanyakan mereka dibayar untuk memakai kemeja-T dengan logo 1Malaysia di depan dan belakang serta dilihat berkeliaran di sekitar kawasan pilihan raya kecil Gasa di Gua Musang itu sejak beberapa hari lalu. Kemuncaknya, semalam pada jam 3 petang, mereka berkumpul dan melaungkan slogan "1Malaysia" dan berarak sekitar kawasan berkenaan. Habuannya, selain wang tunai, mereka juga dibekalkan dengan sebuah beg yang mengandungi beberapa tin susu serta Milo. Selain itu, mereka juga menikmati jamuan makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur yang menamakan diri mereka sebagai 'NGO 1Malaysia' yang ditugaskan menyebarkan kempen perpaduan kerajaan, tetapi menafikan mereka berkempen untuk mana-mana parti politik."Antara 1,000 hingga 2,000 orang tiba untuk mendaftar (untuk majlis perakan itu). Ada juga yang bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Pihak penganjur hanya minta nama dan beberapa butiran lain," kata seorang penduduk yang turut mengambil bahagian selepas jamuan makan malam berkenaan. Dakwanya, ada juga penduduk yang mengambil kesempatan untuk mendaftar lebih daripada sekali dan oleh kerana majlis ini membabitkan ramai orang, makan tidak mungkin bagi penganjur mengecam mereka. Pengerusi Dewan Penyokong PAS Gua Musang, Hua Pang Chow, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata dia dimaklumkan mengenainya oleh penduduk tempatan. "Malah, saya alu-alukan penduduk supaya pergi dan ambil wang serta barangan. Yang penting, kita tetap undi PAS," katanya. Sia Teck Keong, penyelaras bagi NGO 1Malaysia di Gua Musang, ketika dihubungi berkata mereka berada di Galas untuk memupuk kempen perpaduan. Beliau menafikan mereka yang terlibat dibayar tetapi mengakui penduduk diberikan barangan dan kemeja-T."Kita lakukan ini di seluruh Malaysia dan secara kebetulan pilihan raya kecil diadakan di sini. Kita akan anjurkan sekali lagi (hari ini), pada jam 11 pagi," katanya. Ditanya sumber kewangan yang diperolehi bagi membeli barangan untuk diedarkan kepada penduduk, Sia berkata, ia hasil derma usahawan dan peniaga yang menyokong usaha kumpulan itu. Malaysiakini |
| Pemilihan PKR : Keputusan Terkini Pengundian MPP (31 Oct) Posted: 31 Oct 2010 09:21 PM PDT |
| Pemilihan PKR : Keputusan Terkini Pengundian AMK Pusat (31 Oct) Posted: 31 Oct 2010 09:09 PM PDT |
| Pemilihan PKR : Keputusan Terkini Pengundian Wanita (31 Oct) Posted: 31 Oct 2010 08:53 PM PDT |
| Taib mungkin bubar DUN Sarawak bulan ini? Posted: 31 Oct 2010 08:35 PM PDT Oleh G. Manimaran KUALA LUMPUR, 1 Nov — Di sebalik spekulasi mengenai pilihan raya negeri Sarawak, penganalisis Dr Ong Kian Ming meramalkan kemungkinan ia diadakan dalam tempoh beberapa minggu akan datang atas alasan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud kelihatan "lebih berminat" untuk membubarkannya bulan ini.Bagaimanapun Ong juga memberitahu, meskipun Taib lebih "berminat" ke arah hujung bulan depan, tetapi maklumat diterimanya juga menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersedia untuk mengendalikan pilihan raya dalam tempoh itu. "Kemungkinan ia akan diadakan hujung bulan depan adalah antara 30 hingga 40 peratus... kebarangkalian ini adalah berdasarkan tahap kesediaan untuk mengadakan pilihan raya jika Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan," kata beliau. "Sebenarnya, sukar bagi SPR untuk mengadakan pilihan raya dalam notis yang singkat," hujah Ong pada sesi taklimat berkaitan pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi serta pilihan raya negeri Sarawak di sini baru-baru ini. SPR dipercayai telah bersiap sedia dari segi sumber manusia tetapi kemungkinan berhadapan dengan kekangan logistik jika DUN Sarawak dibubarkan bulan ini. Latihan awal bagi pekerja-pekerja pilihan raya dikatakan telah diadakan pertengahan tahun ini. Kini, SPR sibuk dengan urusan pengendalian pilihan raya kecil kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi. DUN Sarawak dijadual untuk bersidang hari ini. Ong berkata, sementara komponen Pakatan Rakyat (PR) Sarawak masih "bertelagah" dalam menentukan pembahagian kerusi, Taib (gambar) kemungkinan mengambil kesempatan itu dan juga suasana pemilihan pucuk kepimpinan PKR yang akan berakhir hujung bulan ini. Proses pengundian pemilihan pucuk kepimpinan PKR secara berperingkat-peringkat bermula Jumaat ini. "PKR dan DAP belum selesai memuktamadkan pembahagian kerusi masing-masing, malah PKR pula bercelaru dengan proses pemilihan dan kongres mereka. "Saya berpendapat Taib akan menggunakan peluang ini (kecelaruan) untuk membubarkan DUN," kata beliau. Jelas beliau, sekiranya ia tidak diadakan sebelum awal Disember, kemungkinan besar pilihan raya negeri Sarawak hanya akan diadakan Mac depan. "Jika diadakan Mac depan, pembangkang berpeluang memperoleh lebih banyak kerusi, kemungkinan boleh menafikan majoriti dua pertiga BN di DUN," katanya. Katanya, jika diadakan tahun ini PR boleh memperoleh sekitar 21 kerusi, kurang tiga untuk menafikan majoriti dua pertiga BN. Mandat semasa DUN Sarawak akan berakhir Julai 2011. Sekiranya tidak dipanggil pilihan raya awal ia akan terbubar dengan sendirinya. Di DUN Sarawak, BN memiliki 62 kerusi, Barisan Bersatu Sarawak (dua), Parti Keadilan Rakyat (satu), Parti Kebangsaan Sarawak (satu), DAP (enam) dan calon Bebas (satu). Parti-parti komponen BN telah diminta mengenal pasti calon masing-masing sebelum Disember ini. Awal September lalu, Taib berkata BN Sarawak sedang memuktamadkan senarai calonnya untuk pilihan raya negeri akan datang. Katanya, beliau masih menunggu parti komponen BN negeri untuk membuat penilaian sendiri dan memuktamadkan calon mereka pada pilihan raya negeri berkenaan. Taib, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB), tunjang BN Sarawak sebelum ini berkata, beliau telah mengenal pasti 70 peratus daripada calonnya untuk pilihan raya negeri akan datang. Ong juga berkata, kecuali SUPP parti-parti komponen lain dalam BN juga belum bersedia dan rela jika pilihan raya negeri diadakan tahun depan. Menjelaskan kedudukan SUPP, katanya, parti masyarakat Cina itu kelihatan tidak akan memperoleh sokongan majoriti pengundi Cina dan oleh itu tidak kisah bila pilihan raya negeri diadakan. "Selain SUPP, parti-parti komponen BN yang lain sememangnya tidak bersedia, mereka gemar jika ia diadakan tahun depan, dilewatkan lagi," kata beliau. The Malaysian Insider |
| Pemilihan PKR : Zaid dan Chegu Bard berada di depan.. Posted: 31 Oct 2010 08:11 PM PDT Satu keputusan yang memang mengecewakan beberapa kerat pemimpin di dalam PKR.. Oleh G. Manimaran KUALA LUMPUR, 1 Nov — Keputusan rasmi tiga hari pertama pengundian pucuk kepimpinan pusat PKR menunjukkan Datuk Zaid Ibrahim dan Pengarah Strategi Tian Chua berada di depan dalam saingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.Keputusan yang dikeluarkan ibu pejabat PKR pagi ini menunjukkan Zaid, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan memperoleh 3,683 undi manakala Naib Presiden Azmin Ali mendapat 3,051 undi. Seorang lagi calon jawatan itu Mustaffa Kamil Ayub, yang juga naib presiden semasa, mengumpulkan 1,241 undi. Bagi pemilihan sayap pemuda — Angkatan Muda Keadilan — muka baru Badrul Hisham Shaharin berada di depan dan sebagaimana diramalkan, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin mendahului saingan dengan selesa. Sebanyak 68 cabang selesai mengadakan pengundian sehingga semalam. Ia bermula Jumaat lalu. Pengundian akan diadakan di cabang-cabang lain sepanjang tujuh hari lagi secara berperingkat-peringkat. Pengundian cabang Pasir Mas yang sepatutnya diadakan Jumaat lalu juga telah ditangguhkan sehingga 6 November. Chua, Ahli Parlimen Batu menerima 3,621 manakala Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memperoleh 3,543 undi dan Pengarah Pilihan Raya Fuziah Salleh dengan 2,895 undi. Nurul Izzah mendahului saingan hari pertama yang menyaksikan sembilan cabang melangsungkan pengundian. The Malaysian Insider |
| Isu Tanah Melayu Penang : GPMS salahkan UDA Posted: 31 Oct 2010 07:56 PM PDT Mengambil contoh apa yang terjadi di Tanjung Tokong, Jais berkata, UDA seolah-olah mahu mengusir orang Melayu dari kawasan itu selain meminggirkan penduduk setempat daripada arus pembangunan. GPMS salahkan UDA Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim yang mengingatkan demikian berkata, satu usaha drastik perlu dilakukan bagi menyelamatkan tanah milik orang Melayu yang tergadai gara-gara agenda pembangunan pihak swasta. "Dalam hal ini, saya lihat UDA Holdings perlu dipersalahkan apabila pihak berkenaan gagal berfungsi dalam memartabatkan Melayu khususnya dalam hal hartanah ini. Lagipun mereka sudah lama diberi peranan untuk menguruskan tanah hak milik orang Melayu Pulau Pinang. UDA diberi amanah untuk membangunkan tanah orang Melayu bagi tujuan ekonomi orang Melayu sendiri namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. "Masalah berlaku apabila UDA menjalankan projek pembangunan yang dijual bertaraf tinggi yang tidak mampu dibeli orang Melayu," katanya. Mengambil contoh apa yang terjadi di Tanjung Tokong, Jais berkata, UDA seolah-olah mahu mengusir orang Melayu dari kawasan itu selain meminggirkan penduduk setempat daripada arus pembangunan. "Saya percaya, ia berpunca dari individu-individu yang menguruskan UDA itu sendiri yang sangat pentingkan diri sendiri yang tidak memahami aspirasi dan kepentingan orang Melayu," katanya. Menurutnya, orang Melayu sendiri juga perlu membetulkan sikap yang dilihat terlalu memikirkan keuntungan jangka pendek tanpa pendek, menerima tawaran tinggi pemaju. Sinar Harian |
| Bayar RM250 salah.. ni bayar RM20 tak salah ke? (Video Inside) Posted: 31 Oct 2010 09:51 AM PDT Dalam beberapa siri Pilihanraya yang telah aku lalui di Permatang Pauh ini baik Pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil yang telah meletakkan jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Permatang Pauh berada dihadapan dari segi pengalaman, perkara yang dikatakan menjadi kesalahan oleh SPR itu iaitu membayar saguhati kepada pengundi dari luar untuk pulang mengundi sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh kedua-dua belah pihak. Baik dipihak UMNO/BN mahupun dipihak Pakatan Rakyat, contohnya ialah semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Pihak yang bertanding ialah PKR mewakili Pakatan Rakyat dan UMNO pula mewakili Barisan Nasional.Sebagai menghargai kesudian para pengundi luar yang sudi untuk pulang menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, segala kos untuk mereka pulang mengundi dibiayai oleh parti yang bertanding ketika itu. PKR yang kita tahu sebagai sebuah parti yang sengkek (kekurangan dana depa kata) hanya mampu membayar tambang pergi dan balik para pengundi luar berdasarkan harga tiket bas bukan kapalterbang yang dibawa oleh para pengundi luar sebagai bukti untuk tuntutan dan ianya terhad sehingga jumlah tertentu sahaja. Begitu juga dengan pihak UMNO, mereka juga membayar kos tambang para pengundi luar itu dan dengan sedikit lagi tambahan yang nilainya aku sudah lupa.. Ada pengundi yang bijak, mereka mengemukakan tuntutan kepada kedua-dua pihak yang bertanding.. rezeki depa la tu.. Ketika itu tidak kedengaran pula SPR mengatakan tindakan membiayai kos perjalanan pengundi luar itu satu kesalahan.. Tetapi kini ianya telahdikatakan menjadi kesalahan bilamana PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar untuk pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini. Menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi. "Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi," kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati. Tetapi bagaimana pula dengan tindakan pihak UMNO melalui Wanita mereka pada malam semalam di Batu Sapi yang telah secara terang membayar RM20 kepada setiap individu yang mendaftarkan nama mereka kepada pihak pengurusan majlis? Tindakan mereka ini telah dirakam oleh Malaysiakin yang menerima maklumat mengenai pengagihan wang tersebut dalam majlis makan malam di SMK Agama Sandakan, terletak di Taman Mawar, Batu Sapi. Berita berkaitan. Tindakan PAS bayar pengundi luar RM250 salah, kata SPR Oleh Syed Mu'az Syed Putra GUA MUSANG, 31 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini sebagai satu bentuk sogokan dan menyalahi undang-undang. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi. "Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi," kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati. "Mungkin PAS kata ia bertujuan untuk membiayai kos pengangkutan, tapi itu mereka yang cakap. "Mereka boleh memberikan pelbagai alasan seperti wang itu adalah saguhati untuk menampung kos makan minum. "Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang, jadi saya minta PAS supaya berhat-hati sebelum melakukannya," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini. Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas yang berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi. Halim berkata, pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah, sebaliknya insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka. Selain Halim, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, ia sudah menjadi amalan biasa dalam parti itu untuk menarik minat pengundi supaya pulang untuk menjalankan kewajiban. Pengundi yang berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah Klang pula RM200 manakala di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak perjalanan. "Kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka," katanya Wan Rahim. Tambah Wan Ahmad, SPR bagaimanapun tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan, sebaliknya menjelaskan ia terserah kepada parti lawan. "SPR tidak akan mengambil sebarang tindakan ia terpulang kepada kepada parti lawan. "Kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang, PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya atas perbuatan itu. "Kalau ada bukti parti lawan boleh buat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), apa-apa pun terserah kepada parti dan calon yang bertanding," katanya. Menurut Wan Ahmad, banyak cara boleh dilakukan untuk membawa pulang pengundi luar kawasan seperti penyediaan pengangkutan kepada mereka bukan memberikan wang. "Kalau nak bawa pengundi luar balik parti bertanding boleh gunakan pengangkutan dengan ambil dan hantar mereka, bukan dengan wang. "Ini namanya perkhimatan, PAS, Barisan Nasional (BN) pun boleh buat tapi bukan dengan bagi wang," katanya. Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyadangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah. DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana BN meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.- The Malaysian Insider |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan