Selasa, 9 November 2010

pemuda cheh

pemuda cheh


Aziz Bari: Politik Apa Yang Zaid Mainkan?

Posted: 09 Nov 2010 05:25 AM PST

Sebagai seorang ahli politik yang bergerak dalam satu pasukan, Datuk Zaid Ibrahim tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak melulu hanya kerana tidak berpuas hati tentang beberapa perkara dalam parti lalu membuka ruang kepada musuh untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat, ujar Prof Dr Abd Aziz Bari.
"Sebagai ahli parti beliau boleh bercakap apa yang dia hendak. Tetapi saya rasa sebagai pemain dalam pasukan dia kena bertanggungjawab dan cerdik sikitlah.

"Jadi saya tidak fikir apa yang dilakukan oleh Zaid itu sebagai tindakan yang bijaksana. Maknanya dia tidak puas hati, dia bakar kapal," ujar Aziz.
Aziz yang juga pensyarah undang-undang berkata, Zaid perlu bertindak profesional jika ada pun ketidakpuasan hati dalam isu pemilihan parti misalnya, kerana sebagai seorang yang dikatakan komited dengan perjuangan, tindakan beliau juga hendaklah rasional dan mendokong perjuangan parti.
Menurut Aziz, semua maklum dalam soal pemilihan ada kelemahan kerana ini kali pertama dan PKR berhadapan dengan ahli-ahli yang tidak biasa dengan
proses ini selain daripada sabotaj luar dan sebagainya, dan dia(Zaid) kena bersabarlah.
"Sebagai seorang yang kononnya komited dengan perjuangan
mendemokrasikan Malaysia baru, dia tidak sepatutnya mengambil jalan ini kerana ini akan menjadi bahan kepada musuh-musuh atau mereka yang tidak mahu berubah ini.
"Jadi saya rasa Zaid telah tersilap besar dan dia dengan tidak semena-mena menyediakan peluru untuk mereka yang tidak suka demokrasi, yang tidak suka
pembaharuan Malaysia," tambah Aziz lagi.

Selepas membuat keputusan mengejut semalam dengan meletakkan semua jawatan dalam parti dan menarik diri dari pemilihan PKR, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu hari ini, turut mengecam supaya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berundur dari parti.
Ia turut mengundang reaksi dari Aziz.
"Siapa dia untuk menyuruh orang lain keluar. Dia boleh kata begitu sebagai seorang ahli parti tetapi saya fikir satu perkara yang lucu lah apa yang dia
minta itu. Orang akan kata, siapa Zaid untuk menyuruh Datuk Seri Anwar keluar dari parti.
"Datuk Zaid kena tahu siapa dia. Jangan semberono, main hentam sahaja. Apa yang berlaku ini pun tidak begitu ceria untuk masa depan dia dalam politik," kata
Aziz lagi.
Tambah Aziz, walaupun beliau tidak mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku dalam parti itu, namun beliau percaya, bahawa setiap ahli parti mestilah mempunyai iltizam yang kuat untuk membawa perubahan kepada negara dan tidak goyah ketika berhadapan dengan masalah.
Dalam nada sinis, Aziz seolah-olah memberi peringatan kepada Zaid agar kembali merenung matlamat asal pemimpin itu.
"Saya rasa kita sepatutnya tidak lupa dengan gambar besar untuk membebaskan Malaysia daripada rasuah, daripada penipuan,daripada tekanan, daripada ISA dan sebagainya. Dan saya rasa, apa yang Zaid lakukan hari ini, ialah sesuatu yang berlawanan dengan apa yang disebut sewaktu meninggalkan Umno.
"Sepatutnya sebagai seorang yang komited dengan parti dan perjuangan, dia semestinya tidak buat begitu," jelasnya kepada Tv Selangor.
Bahkan menurut Aziz, tindakan seumpana itu menjadikan Zaid tidak ada bedanya dengan mereka yang keluar dari PKR kerana tidak mempunyai semangat juang dan matlamat yang jelas dalam parti.
Malah ujarnya, tindakan kurang bijaksana Zaid itu tidak akan meninggalkan sebarang kesan kepada parti melainkan kepada diri beliau sendiri.
" Dalam jangka masa panjang saya ra

Zaid Ibrahim sertai PAS atau DAP?

Posted: 08 Nov 2010 05:09 PM PST

Tindakan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan penarikan diri daripada persaingan merebut jawatan timbalan presiden PKR telah mencetuskan satu kegemparan, yang sebenarnya tidak terlalu mengejutkan.Tindakan yang dibuat susulan kekecohan berhubung pertikaian pengundian dalam pemilihan PKR dan selepas peguam Haris Ibrahim mendakwa berlaku kepincangan dalam proses pengundian itu merupakan satu tamparan kepada PKR.


Kenyataan Zaid sendiri mengaitkan pimpinan tertinggi dengan kepincangan itu, meletakkan beliau dalam posisi bertentangan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin lain dengan lebih jelas lagi.

Zaid, ekoran persaingannya dengan Azmin Ali telah mengambil posisi mengkritik Anwar, tindakan yang belum pernah dilakukan oleh pemimpin tinggi PKR sebelum ini, terutama semasa sedang dalam persaingan merebut jawatan.

Seperti yang dilakukan kepada pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa meninggalkan jawatannya di Jabatan Perdana Menteri, tindakan Zaid dalam PKR ini memberi impak negatif yang berpanjangan kepada pihak yang ditinggalkannya.

Bagi PKR, proses pengundiannya terus menjadi perhatian, termasuk sokongan Anwar kepada tokoh tertentu.

Satu lagi persoalan besar ialah ke mana Zaid selepas ini? Adakah beliau akan terus dalam PKR dan menunggu masa merebut jawatan nombor dua atau presiden atau terus meninggalkan PKR?

Disebabkan sifat liberal beliau, Zaid juga dijangka menyertai DAP, dan berpotensi menjadi menteri besar atau ketua menteri Melayu bagi parti Cina itu.

DAP sejak kemenangan di Perak dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dilihat mencari tokoh Melayu untuk dijadikan menteri besar atau ketua menteri di negeri yang bakal dimenangi ekoran kesukaran meletakkan calon bukan Melayu di posisi itu.

Tindakan beliau menjual bangunan Umno Kota Bharu kepada PAS di Kelantan telah menimbulkan spekulasi tentang urusan dan perjanjian tertentu melibatkan beliau dengan PAS, yang dibantu dengan hubungan baiknya dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan yang juga pesuruh jaya PAS Kelantan dan Mursyidul Am PAS.

Apapun pilihan Zaid, matlamat jangka pendek beliau boleh dijangka melibatkan kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

SULTAN KELANTAN BAKAL BERANGKAT KE MEKAH BAGI MENUNAIKAN FARDHU HAJI

Posted: 08 Nov 2010 05:06 PM PST


 Sultan Muhammad Ke-V, dijangka akan berangkat ke Mekah bagi menunaikan fardhu haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang, 10 November 2010.
Mengiringi Sultan Muhammad Ke-V ke Mekah adalah Menteri Besar, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Aiseri Alias, Mufti Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Shukri Mohamad, dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Nassuruddin Daud.

Turut mengiringi Sultan Muhammad Ke-V adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamad, dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato' Mohd Fatmi Che Salleh (yang asalnya dijadualkan mewakili Datuk Seri Mustapha Mohamad).

Sama-samalah kita mendoakan semoga Sultan Muhammad Ke-V bersama-sama ahli-ahli rombongan Baginda akan selamat pergi dan selamat kembali dengan membawa pulang haji yang mabrur serta akan mendapat perlindungan dan keberkatan dari Ilahi selama mereka berada di sana.

Sultan Muhammad Ke-V dijadualkan berangkat pulang ke negara ini pada 23 November 2010.

Tiada ulasan: