Anak Sungai Derhaka |
- Surat terbuka buat DSAI..
- Chegu Bard pun pernah hantar bantahan rasmi
- Joke of the day khas buat warga Permatang Pauh
- Isu 'Beruk' dibahaskan dalam sidang DUN Pulau Pinang
- Kenyataan Media dari Mustaffa Kamil Ayub
- Pemilihan PKR : Tempoh 48 Jam diberikan!
- Pemilihan PKR : Pencalonan AMK juga didakwa diubah
- Anwar usah campur urusan parti : Janapala
- Jahat Sungguh Laporan Media ini...
| Posted: 09 Nov 2010 06:12 AM PST Surat terbuka pulak dah.. tak ada masa lain ka nak hantar surat? Bahasa tu cantik tersusun.. tapi salam pun tak bagi.. kan lebih elok kalau dimulakan dengan Assalamualaikum... SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERHORMAT DSAI 1. Untuk pengetahuan DSAI, secara peribadi saya tidak memusuhi DS. Bahkan saya simpati dengan keadaan beliau sekarang. DS sendiri tahu adanya persahabatan yang baik antara pihak saya dan DS. Kenyataan saya tidak menyebut isu peribadi DS. Kenyataan saya hanya tentang soal keberkesanan pembangkang dan memastikan keseimbangan politik antara kerajaan dan pembangkang. 2. DSAI, biasanya apabila saya ingin melontarkan pandangan politik yang besar, saya akan merujuk terlebih dahulu kepada beberapa orang 'pemikir politik' yang –bagi saya- tajam dan kritis. Mereka akan memberi pandangan balas. Mereka ini sebahagian 'tidak mesra kerajaan' dan sebahagiannya neutral. Tapi dalam isu 'pengunduran DSAI', saya tidak merujuk kepada sesiapa. Saya hanya berpada dengan pemerhatian dan kajian umum saya. Ya, setiap kita di samping apa yang kita faham, kita juga mungkin mempunyai 'instinct' tersendiri dalam mengagak sesuatu perkara. Saya sendiri agak ragu-ragu sebelum kenyataan itu saya minta moderator saya siarkan dalam Minda Tajdid. Pada awal moderator Minda Tajdid sendiri pun risau. Saya minta siarkan kerana tiada isu peribadi, ia hanya pandangan tentang politik Malaysia. Maksud saya, tiada siapa gunakan saya ketika kenyataan ini keluar. 3. Seperti yang pihak Utusan laporkan, mereka memetik dari website saya. Mereka tidak mengambil kenyataan itu dari mulut saya. Mereka memetiknya dari kenyataan yang disiarkan dalam website saya. Petikan mereka juga tepat, cuma tajuk agak 'garang'. Bukan kenyataan exclusive untuk mereka. Sebaliknya, Malaysian Insider dan Malaysiakini mendapatkannya secara langsung dari saya. Maka, tiada perancangan antara saya dan Utusan. 4. Saya pun tidak tahu bahawa Dato Zaid Ibrahim dan Saudara Mustafa Kamil Ayyub akan membuat tindakan dan kenyataan yang seperti itu. Hal itu berlaku selepas beberapa hari dari kenyataan saya. Tentunya, saya tidak berada di belakang mereka. 5. Jasa, sumbangan dan kesan DSAI dalam bidang politik akan tetap dikenang dan menjadi sejarah tanahair. Di sudut pemikiran Islam, DSAI jauh lebih luas dari banyak pihak. Dari sudut pidato, DSAI masih mantap. Dari sudut umur, DSAI belum terlalu tua dalam politik. Namun, bagi saya jangka hayat politik seseorang bukan sahaja faktor umur dan pidato, banyak lagi persoalan lain yang wajar diambil kira. Salah satu unsur yang penting; kemampuan mengendali rakyat bawahan dan kemampuan mempengaruhi rakyat tentang idea yang dibawa. Jika hal itu mula merosot, maka tahap politik seseorang juga hakikatnya mula merosot. Jika itu dapat ditingkat, atau dipertahankan, bererti kemampuan kepimpinan seseorang masih utuh. 6. Kita tetap memerlukan pembangkang yang kuat dan berkesan dalam negara ini. Jika mereka hendak menjadi kerajaan alternative pun, mereka mestilah jadi lebih baik, terurus, meyakinkan dan berkualiti. Itulah harapan rakyat marhaen seperti saya. 7. Apapun, saya tetap bersimpati dengan pergolakan akhir PKR, parti DSAI. Namun, hal ini memang boleh dijangkakan oleh ramai pemerhati dari awal lagi. Bukanlah hak saya mencampuri parti DSAI. Tetapi hak saya memberikan harapan atau pandangan kepada Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang kerana mereka mendapat peruntukan negara dan mereka penentu masa depan rakyat. 8. Apa yang berlaku, anggaplah itu pendapat saya secara peribadi. Bukan pandangan hukum, bukan juga satu paksaan. Pandangan yang boleh diterima dan ditolak. Bak kata YB Nurul Izzah, biarlah rakyat dan parti yang menentukan. Pandangan insan terdedah kepada salah dan silap. Apatahlagi pandangan insan kerdil seperti saya. Namun, masa yang berjalan dan peristiwa yang bakal terjadi akan memperlihatkan sejauh manakah kebenaran sesuatu andaian atau ramalan. Jika satu hari DSAI dapat bukti saya silap dalam andaian tersebut, maka rakyat tahu saya membuat andaian yang tidak tepat dan dengan redhanya saya akan berkata 'andaian saya salah!'. Jika sebaliknya, maka jawapannya pun sebaliknya. 9. Sebagai muslim, apa yang penting bagi saya, hubungan ukhuwwah islamiyyah antara saya dan DSAI harap tidak terputus. Politik kepartian boleh datang dan pergi, namun hati nurani Islam kita mesti kekal abadi. Saya telah sms secara peribadi kepada DSAI, agar tidak rosak hubungan Islamiyyah ini. Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi. Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi –seperti kenyataan awal- pohon kemaafan atas pandangan tersebut. Namun saya masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah S.W.T mendatangkan hal yang sebaliknya. DIA Maha Mengetahui segalanya. Dengan ini, saya harap kenyataan media DSAI itu dapat dilihat sekali lagi. Apa pun, sekali lagi saya ingin maklum kepada DSAI, Alhamdulillah, tiada siapa yang menggunakan saya dan kita tetap saudara muslim. Wassalam. Mohd Asri Zainul Abidin 9 Nov 2010, 3.30 p.m Minda Tajdid |
| Chegu Bard pun pernah hantar bantahan rasmi Posted: 09 Nov 2010 03:06 AM PST Oleh Nazli Ibrahim PETALING JAYA: Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegu Bard hari ini mengakui pihaknya ada menghantar bantahan rasmi kepada Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).Menurut Chegu Bard, beliau telah mengemukakan dokumen bantahan rasmi kepada Ibu Pejabat PKR yang didedahkan oleh individu misteri kepada FMT sebelum ini, kira-kira dua minggu lalu sebelum bermulanya pemilihan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP). "Aduan rasmi itu sebenarnya dah lama dihantar, semasa pemilihan MPP belum mula lagi, tetapi sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan diambil. "Pihak kami juga tidak menerima sebarang maklum balas dari JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) berhubung status aduan itu". Demikian beritahu beliau kepada FMT ketika diminta mengulas pendedahan dokumen bantahan rasmi yang didedahkan kepada FMT oleh sumber yang mendakwa dirinya sebagai kakitangan Ibu Pejabat PKR. Ketika ditanya kemungkinan beliau mengenali individu yang membocorkan dokumen terbabit, beliau memberitahu sehingga kini beliau tidak dapat memikirkan mana-mana individu yang berkemungkinan. "Saya belum dapat gambaran jelas tentang apa yang anda beritahu ini. Tadi, saya cuma mengetahui perkara ini apabila diberitahu oleh seorang teman yang menghubungi saya tetapi masih belum sempat baca laporan yang disiarkan itu," kata beliau lagi. Beliau juga memberitahu sehingga kini pihaknya tidak bercadang untuk mendedahkan kepada media berhubung bantahan-bantahan yang telah dibuat pihaknya. Sedia dokumen bantahan Sementara itu, calon ahli AMK Pusat, Zulkifli Ibrahim turut mengakui beliau bertanggungjawab menyediakan dokumen bantahan tersebut untuk dimajukan kepada ibu pejabat parti. Beliau yang namanya ditulis dalam surat tersebut sebagai Ketua Penyelaras Kempen Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi turut tidak dapat menjangka mana-mana individu dari Ibu Pejabat PKR yang mendedahkan dokumen bantahan tersebut. "Saya tidak dapat mengesyaki sesiapa di HQ (ibu pejabat). Tak semua kakitangan di sana saya kenal. Tetapi nampak jelas yang dia melihat kepincangan berlaku dalam pemilihan parti. "Mungkin untuk langkah berjaga-jaga, jadi sebab itulah dia mahu merahsiakan indentitinya," ulas Zulkifli lagi. Sebelum ini, FMT telah menerima satu dokumen bantahan rasmi yang didakwa tiada tindakan diambil oleh JPP dalam Pemilihan PKR daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai kakitangan Ibu Pejabat PKR. Free Malaysia Today |
| Joke of the day khas buat warga Permatang Pauh Posted: 09 Nov 2010 01:39 AM PST Bagi sesiapa yang berada dikawasan Parlimen Permatang Pauh pasti akan tahu apa yang aku maksudkan dengan 'Joke of the day' tentang kenyataan ini.. This guy said "Datuk Zaid Ibrahim is not a real fighter"... maybe he still didnt realize how he was won in Cabang Election last month.. Mansor: Zaid not real fighter GEORGE TOWN, Nov 9 — Former Minister in the Prime Minister's Department Datuk Zaid Ibrahim is not a real fighter, according to Penang Parti Keadilan Rakyat (PKR) chief Mansor Othman.Mansor who is also contesting for one of the four party vice-president posts, said Zaid could not cope with the pressure from the party grassroots. "I don't think Zaid is a real fighter because when he faces pressure, he gives up," he told reporters when met at the State Legislative Assembly building, here, today. It was reported yesterday that Zaid quit the PKR deputy presidential race, saying the party "leadership actively condones malpractices and electoral fraud to achieve its designed objectives". Mansor, who is also Penang Deputy Chief Minister I, said when Zaid saw that his chances of winning the contest were slim, he withdrew. "He (Zaid) does not face pressure from the party leaders but the voices of the grassroots have indicated that he might lose, so he gives up," he said. On the electoral fraud alleged by Zaid, Mansor said if there was such, he should raise it through the proper channel and not openly to the press. "We should not use the media to attack the party, but should raise any arising issue at a proper party meeting for solutions," he said. However, Mansor who is disappointed with Zaid's decision, admitted that the party was in a dilemma to cope with new members who were looking for posts. "They are still new in the party and when they fail in their attempt to get a post in the party, they allow themselves to be controlled by the 'enemy' to attack the party," he said. In his statement yesterday, Zaid also announced that he resigned as the party's political bureau member, Federal Territory chief and Wangsa Maju chief. Bernama |
| Isu 'Beruk' dibahaskan dalam sidang DUN Pulau Pinang Posted: 09 Nov 2010 12:48 AM PST Pertikaman lidah itu berlaku ketika Ng Wei Aik (DAP-Komtar) sedang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011. Ng berkata, kerajaan negeri sedang cuba untuk menarik pelancong asing dengan adanya projek taman tema air "Escape Water Park" di Batu Ferringhi yang dijangka siap dalam masa 18 bulan lagi. Pada ketika itu, Rayer bangkit menimbulkan isu demonstrasi baru-baru ini yang menurutnya menyebabkan pelancong asing takut untuk melawat Pulau Pinang. "Demonstrasi yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Norman Zahalan itu mengancam pelancongan negeri. Tindak tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang mengoncang pintu pagar seolah-olah nak runtuhkan pagar berkenaan," katanya. Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) bingkas bangun dan minta Rayer mengemukakan video bagi membuktikan bahawa penyokong demonstrasi itu diketuai oleh Umno dan bertindak seperti monyet. Rayer menegaskan: "Kalau perbuatan menggoncang pagar itu bukan perbuatan seekor monyet, itu perbuatan siapa? Kera kah atau beruk?" Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) cuba membantah dengan meminta dewan untuk melarang penggunaan perkataan monyet itu dalam DUN. Tan Beng Huat (DAP-Jawi) mencelah bertanya mengapa perkataan monyet boleh digunakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil. "Saya pernah terbaca sebuah artikel oleh Sharizat yang menyebut negeri-negeri yang diperintah pembangkang itu seperti cinta monyet, mengapa kita tidak boleh menggunakannya dalam dewan?," katanya. Speaker Datuk Abdul Halim Hussain terpaksa melarang penggunaan perkataan berkenaan bagi meleraikan pertengkaran. Bernama |
| Kenyataan Media dari Mustaffa Kamil Ayub Posted: 08 Nov 2010 10:39 PM PST KENYATAAN MEDIA 9 NOVEMBER 2010 PEMBATALAN DAN PENJALANAN SEMULA PEMILIHAN PARTI KEADILAN RAKYAT 2010 Pemilihan Kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 28hb. Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP.Hari ini saya dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden KEADILAN dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan Perlembagaan parti dalam Kongres Khas pada bulan Jun 2009. Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil (clean, free and fair election). Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang diantara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi. Kami juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian Pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini. Sekiranya tindakan pemberhentian Pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan. Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia. "KESINAMBUNGAN PERJUANGAN" "KEMBALIKAN SUARA RAKYAT" MUSTAFFA KAMIL AYUB Naib Presiden KEADILAN |
| Pemilihan PKR : Tempoh 48 Jam diberikan! Posted: 08 Nov 2010 10:27 PM PST Dua calon telah bersuara kini.. Mustaffa Kamil Ayub dan juga Dato Zaid Ibrahim.. adakah Presiden dan JPP akan terus memekakkan telinga demi mereliasasikan agenda yang semakin jelas atau menurut kehendak mereka berdua dan juga ahli di akar umbi. Pendapat aku.. lebih baik dibatalkan.. sebelum semua kelemahan didedahkan kepada umum.. kelemahan yang mungkin akan menjadikan PKR dianggap sama dengan UMNO! Batal dan adakan semula pemilihan, kata dua naib presiden PKR Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR, 9 Nov — Seorang lagi calon jawatan timbalan presiden PKR menggesa agar pemilihan pusat bersejarah parti itu — kaedah langsung — dibatalkan serta-merta dan diadakan semula pengundian dengan menyelesaikan segala aduan yang telah dikemukakan sebelum ini.Mustaffa Kamil Ayub, yang kini merupakan salah seorang naib presiden menegaskan, beliau memberi tempoh 48 jam kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) agar mengambil kedua-dua tindakan itu. "Kami juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini. "Sekiranya tindakan pemberhentian pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini. Terdahulu Mustaffa turut hadir pada sidang media dipanggil oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang semalam memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat - yang julung kali diadakan menggunakan kaedah langsung. Menurut Mustaffa, pemilihan kepimpinan pusat PKR sehingga kini telah membawa kepada 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP. "Hari ini saya dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden PKR dan Pengerusi JPP," katanya. Kata beliau, antara lain dalam memorandum ini pihaknya mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus, yang diperkenalkan amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan perwakilan ketika meluluskan pindaan perlembagaan tahun lalu. "Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil. "Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang di antara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi," katanya. Kata Mustaffa, beliau percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia. Semalam, Mustaffa memberitahu The Malaysian Insider bahawa sama ada beliau akan mengikut langkah Zaid ataupun sebaliknya terserah kepada tindakan JPP ke atas memorandum komprehesif itu. The Malaysian Insider |
| Pemilihan PKR : Pencalonan AMK juga didakwa diubah Posted: 08 Nov 2010 10:21 PM PST KUALA LUMPUR, 9 Nov — Di sebalik kecacatan didakwa menyelubungi pemilihan langsung Parti Keadilan Rakyat (PKR), dakwaan terbaru mengatakan pegawai-pegawai dalaman parti telah memmanipulasi senarai pencalonan dibuat cabang-cabang tertentu.Dakwaan terbaru menunjukkan perubahan dibuat ke atas senarai pencalonan jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)iaitu sayap pemuda PKR. Jawatan itu disaingi penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai "Chegubard". Dakwaan itu digariskan dalam surat yang dihantar kepada Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akhir bulan lalu, beberapa hari sebelum pemilihan pusat bermula. Salinan surat diperoleh semalam — pada hari calon jawatan timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding, juga dipanjangkan kepada Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail. Pencalonan bagi semua jawatan pusat berakhir pada 3 Oktober lalu dan kesemua cabang dikehendaki memanjangkan senarai pencalonan kepada ibu pejebat sebelum 10 Oktober dan mereka yang dinamakan dikehendaki menerima pencalonan pada 16 Oktober. Pengundian pemilihan pusat dijalankan mulai 29 Oktober lalu. Setakat ini pengundian telah dijalankan selama hari membabitkan 87 cabang dan tinggal lagi lima hari. Shamsul Iskandar kini berada di depan dalam jumlah undi dikumpulkan mengatasi Badrul Hisham yang mendahului saingan tiga hari pertama. Dalam surat itu yang dihantar kepada pucuk kepimpinan sebelum pemilihan pusat bermula 29 Oktober lalu, mendakwa pencalonan cabang Tampin menamakan Badrul Hisham untuk jawatan Ketua AMK pusat tetapi telah ditukar kepada Shamsul Iskandar kemudian. "Setelah diteliti dari pangkalan data pusat, kami menyedari bahawa beberapa cabang lain turut ditukar pencalonan. "Ini merupakan satu pencabulan demokrasi yang serius," kata surat itu yang ditulis oleh Exco AMK pusat Zulkifli Ibrahim. Bagaimanapun usaha menghubungi Zulkifli gagal sehingga berita ini ditulis. Dalam surat itu, Zulkifli menamakan dirinya Ketua Penyelaras Kempen Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi Surat itu meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak segera menyelesaikan isu berkenaan. Sistem pemilihan pusat PKR memerlukan seseorang memperoleh hanya dua pencalonan untuk bertanding dan jumlah pencalonan dilihat tidak memberi kesan besar memandangkan setiap ahli berhak keluar mengundi memilih pemimpin. "Jika nama boleh bertukar bagaimana pula dengan jumlah undi nanti," kata surat itu. Malah menurut surat itu lagi, dari sumber sebuah laman sosial Facebook pula melaporkan dinding pegawai penting AMK yang dibayar gaji oleh parti mengakui bahawa pencalonan boleh diubah berdasarkan niat tertentu. Malah katanya, pegawai tersebut juga terlibat secara langsung dalam JPP. "Ini amat menyedihkan apabila pentadbiran AMK pusat dalam keadaan celaru dan banyak perlu diperbaiki, dalam keadaan AMK cabang terpaksa mesyuarat tanpa kit manual mesyuarat tetapi ada pegawai bergaji dalam pengurusan AMK (secara sengaja atau tidak) sibuk berkempen untuk calon tertentu termasuk dirinya sendiri. "Malah terlibat dalam ketidaktelusan yang berlaku. JPP harus bertindak segera," katanya. Surat itu menambah, keadilan bukan sahaja perlu dilaksana tetapi perlu dilihat dilaksana. "Kesempatan dalam pemilihan ini juga seharusnya digunakan sepenuhnya oleh semua untuk memperbaiki parti. "Selain menuding jari menyalahkan sabotaj pihak luar yang memang tak dinafikan wujud, kita juga seharusnya berjiwa besar memperakui kelemahan sendiri dan memperbaiki. "Maka sejarah besar peristiwa berani yang ingin kita cipta dalam melebar demokrasi dalam parti akan lebih bermakna. Ubah sebelum parah, ubah demi maruah," kata surat itu lagi. Ahad lalu, Saifuddin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan blog bahawa kertas undi pemilihan pusat boleh dibeli. Semalam, Zaid pula mendakwa beliau memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding kerana kecewa apabila aduan-aduan dikemukakan tidak diambil perhatian. The Malaysian Insider |
| Anwar usah campur urusan parti : Janapala Posted: 08 Nov 2010 07:07 PM PST Menurut bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, Jenapala Perumal Subaan berkata, PKR bukan milik seorang individu sahaja, tetapi dimiliki rakyat Malaysia yang mahukan perubahan jadi Anwar dinasihatkan agar tidak mencampuri urusan parti.. Salah tu.. bukankah Anwar juga adalah penasihat kepada PKR? jadi wajarlah beliau mencampuri urusan parti dengan memberikan nasihat.. NASIHAT! korang faham tak apa makna nasihat? Nasihat.. tapi bagi segelintir ahli PKR yang mencari makan dalam PKR.. Nasihat daripada Anwar itu biasanya dianggap sebagai arahan.. barulah boleh kelihatan sebagai patuh kepada arahan.. macam lembu yang dicucuk hidung tu.. Yang sepatutnya tidak mencampuri urusan PKR adalah Jenapala sendiri kerana beliau merupakan bekas ahli PKR.. Anwar usah campur urusan parti: Janapala KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak tidak lagi mencampuri urusan parti kerana hanya akan menghancurkan parti itu.Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, Jenapala Perumal Subaan berkata, PKR bukan milik seorang individu sahaja, tetapi dimiliki rakyat Malaysia yang mahukan perubahan. Menurutnya, tindakan Anwar mencampuri urusan parti semakin jelas apabila beliau secara terang-terang menyokong calon timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali serta didakwa sebagai dalang dalam kekecohan pemilihan kali ini. "Dalam permainan ini, sorang berkata ada 'tangan ghaib' di belakang Azmin. Perkara ini bukan misteri; semua orang tahu siapa, sama seperti gelaran 'tangan emas' yang diberi kepada pemain bola sepak, Maradona. "Anwar sanggup lakukan apa sahaja demi mencapai matlamatnya. Saya cabar Anwar bawa saya ke mahkamah jika saya tidak betul," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Beliau mendakwa terdapat penipuan berhubung kertas undi, yang didakwa berlaku di Cabang Libaran dan Sandakan di mana jumlah keluar mengundi yang besar amat mencurigakan kerana pada pemilihan ketua cabang lalu, hanya 5 ke 7 peratus yang keluar. "Apa yang lebih mencurigakan, calon timbalan presiden, Datuk Zaid Ibrahim, hanya mendapat beberapa undi di kawasan ini yang dikatakan kubu kuat Zaid?" katanya. Jenapala turut mempersoalkan kepentingan pemilihan parti yang berlangsung sekarang, sekiranya Anwar benar-benar mahu Azmin menang. "Anwar patut tahu, kalau beliau mahu sangat Azmin menang, tidak perlu buat pemilihan ini. Ia cuma buang masa, duit dan tenaga," katanya. Sinar Harian Satu lagi laporan berita.. Janapala dakwa Anwar seleweng, tipu dalam pemilihan KUALA LUMPUR 8 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bertanggungjawab merancang penyelewengan dan penipuan pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya di Sabah yang menyaksikan 'anak emasnya', Azmin Ali menang besar. Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P. S. Janapala mendakwa, Ketua Umum PKR itu menggunakan kedudukannya bagi mendesak ketua-ketua cabang parti supaya memastikan pengundian di Sabah berpihak kepada Azmin. Sambil mencabar Anwar supaya mendakwanya di mahkamah jika dakwaan itu tidak benar, beliau berkata, satu petisyen bagi membatalkan pemilihan yang sedang berlangsung akan difailkan dalam masa terdekat. "Anwar bukan lagi 'tangan ghaib' di sebalik kemenangan besar Azmin di Sabah tetapi beliau adalah 'tangan terbuka' yang mengatur dan mendesak ketua-ketua cabang supaya memastikan undi diberi kepada anak emasnya itu. "Inilah proses pemilihan paling paling teruk dan paling tidak telus. PKR bercakap mengenai keadilan tetapi dalam pemilihan, segala penyelewengan dihalalkan demi memastikan kemenangan Azmin," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau mengulas penarikan diri Datuk Zaid Ibrahim daripada terus bertanding Timbalan Presiden kerana dikatakan kecewa dengan penyelewengan dan penipuan undi pada pemilihan PKR, terutamanya di Sabah. Selain menarik diri, Zaid juga melepaskan semua jawatannya selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat dan Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan dalam parti. Dakwa Janapala, Anwar menghubungi Ketua Cabang Kota Merudu, Anthony Mandiau, supaya memastikan ahli PKR cabang itu tidak mengundi Zaid mahupun anaknya sendiri, Nurul Izzah semata-mata kerana Azmin. Dalam pada itu, Janapala mendakwa, pemilihan di Sandakan, adalah bukti penyelewengan dan penipuan undi apabila Azmin memperoleh 415 undi meninggalkan Zaid (25 undi), sedangkan, ahli yang keluar mengundi dikatakan hanya 81 orang. "Di Libaran pula seramai 898 ahli dikatakan mengundi tetapi pada Perhimpunan Agung Tahunan hanya 99 sahaja yang mengundi, adalah mengejutkan apabila Azmin memperoleh 881 undi sementara Zaid hanya enam undi. "Ini sesuatu yang pelik kerana peratusan keluar mengundi dalam pemilihan PKR adalah antara lima hingga 10 peratus sahaja, tetapi di Sandakan dan Libaran, peratusannya mencecah 43 dan 60 peratus," dakwanya. Ditanya, sama ada kemenangan Azmin wajar diiktiraf atau tidak jika pemilihan diteruskan, Janapala berkata, akan berlaku migrasi besar-besaran jika anak emas Anwar itu berjaya menduduki jawatan nombor dua parti. Sementara itu, Bernama melaporkan, Anwar belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Zaid berhubung tindakannya menarik diri dan melepas semua jawatan dalam parti. "Kalau saya boleh bagi pandangan, saya kata ini hanya pertandingan biasa... persahabatan, tidak perlu menjejaskan komitmen perjuangan parti," katanya. Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Anwar berkata, PKR belum bercadang mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara itu. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula menyifatkan, keputusan Zaid itu sebagai kebenaran terhadap kenyataannya sebelum ini bahawa parti itu hanya menanti masa untuk berkubur. "Daripada apa yang berlaku sekarang saya tidak akan terkejut kalau ada lagi beberapa pemimpin kanan yang akan mengikut langkah Datuk Zaid," katanya. |
| Jahat Sungguh Laporan Media ini... Posted: 08 Nov 2010 09:14 AM PST Ini lagi satu kenyataan atau berita yang boleh kita label sebagai "Tuduhan Liar" yang sengaja mahu melihat pemimpin PKR tersungkur di pintu pagar Putrajaya.. Mereka menuduh TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman tidak bertindak langsung untuk menyelesaikan masaalah dan mententeramkan penduduk kampong yang susah hati dan gusar apabila mendapat tahu tanah mereka akan diambil.Kenapa mereka perlu membangkitkan hal ini ketika Datuk Mansor Othman sedang sibuk menjelajah Malaysia untuk berkempen bagi merebut jawatan Naib Presiden PKR? Tidak tahukah mereka TKM1 Pulau Pinang itu sedang sibuk sekarang ni? Tak prihatin langsung! Tengok result dia ni.. Minggu pertama pengundian saja jumlah undi yang diterimanya ialah 2852 menjadikan beliau calon yang keempat popular bagi jawatan Naib Presiden.Minggu kedua pula dah meningkat naik ketempat ketiga dengan 3552 undi.. Bagilah peluang supaya dia boleh terus menjelajah Malaysia berkempen untuk memenangi jawatan Naib Presiden tu.. Yang akan bangga nanti korang jugak.. tidak banggakah korang bila Pemimpin Melayu tertinggi kedudukannya dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berjaya menjadi Naib Presiden PKR? Kita patut bangga.. Bangga sebagaimana kita berbangga dengan Angkasawan kita yang menjadi penumpang ke angkasa dengan bayaran RM100 Juta.. Mana tahu bila dia berjaya menjadi Naib Presiden PKR tu nanti bila PKR dan PR Berjaya ke Putrajaya dia akan dilantik sebagai Timbalan Menteri atau boleh jadi Menteri dalam Kabinet jadi masa tu dia akan ada kuasa untuk tolong koranglah.. Isu ini memang telah kedengaran beberapa bulan yang sudah tapi korang (penduduk Kampung Genting dan Pondok Upeh) kena berkorbanlah sikit.. sabar.. bagi dia masa untuk berkempen.. penting tu jawatan Naib Presiden PKR tu.. Tapi mungkin bukan penduduk tempat itu yang berkata demikian.. tetapi Bangladesh yang diinterview oleh Media UMNO yang berkata begitu.. Jahat sungguh laporan media ini.. Mansor tiada kuasa bela hak orang Melayu Pulau Pinang GEORGETOWN 8 Nov. - Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman disifatkan sebagai pemimpin yang tidak mempunyai kuasa apabila gagal membela hak orang Melayu khususnya isu pengambilan tanah penduduk di Kampung Genting dan Pondok Upeh, Balik Pulau untuk dibangunkan sebuah universiti. Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, sebaliknya Mansor mengarahkan penduduk terbabit supaya meminta bantuan daripada pemimpin UMNO untuk menyelesaikan isu tersebut. "Dia (Mansor) suruh minta tolong UMNO, maknanya dia tidak ada kuasa, maknanya kedua-dua exco Melayu (Mansor dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Islam Abdul Malik Abul Kassim (PKR-Batu Maung) tiada kuasa dalam kerajaan. "Tiada tindakan dari Mansor untuk selesaikan masalah dan tenteramkan penduduk kampung yang susah hati dan gusar apabila mendapat tahu tanah mereka akan diambil," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. Kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk pembinaan sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari Singapura dan tujuan awam. Pewartaan tersebut dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah pada 15 Ogos lalu. Berikutan tindakan kerajaan itu, lebih 100 penduduk Kampung Genting baru-baru ini berhimpun bagi membantah cadangan pengambilan tanah seluas 40 hektar di kampung mereka untuk pembinaan sebuah IPT. Jasmin berkata, cadangan membina universiti di negeri ini sangat dialu-alukan tetapi pembinaan itu mestilah di kawasan yang sesuai dengan tidak melibatkan kawasan kediaman penduduk. "Carilah tempat yang sesuai bukan di kawasan perkampungan penduduk, tempat mereka mencari rezeki, ini mengancam punca pendapatan mereka... kita tidak bantah untuk buat universiti, Pulau Pinang sudah ada banyak universiti sama ada swasta atau awam," katanya. Bernama |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan