Isnin, 1 November 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Kontroversi: Kesilapan Keputusan Pemilihan PKR 2010, Apakah Benar Satu Kesilapan Manusia Atau Memang Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Agaknya !!

Posted: 01 Nov 2010 01:17 AM PDT

Apa sudah jadi dengan keputusan terkini Pemilihan PKR 2010 ini. Selepas 68 cabang menjalankan proses pengundian 29, 30 dan 31 Oktober yang lalu tiba-tiba kita dikejutkan dengan kesilapan data pada keputusan terkini. Bukti jelas menunjukkan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang tidak profesional dalam menentukan data tersebut. Biarpun Setiuasaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mengatakan ia berlaku atas kesilapan manusia. "Kesilapan itu dipercayai berlaku ketika proses memasuk data ke laman web berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya", kata Saifuddin. Memang mudah menyatakan kesilapan, namun sedarkan Saifuddin bahawa ia akan mengecewakan ribuan ahli PKR sebenarnya. Perubahan kedudukan termasuk yang diumumkan Saifuddin adalah yang ketiga hari ini. Keputusan yang diperoleh dari laman web PKR sekitar 10.00 pagi menunjukkan Azmin mendapat 3,051 undi. Ketika itu, Zaid mendapat 3,683 undi manakala Mustaffa pula 1,241 undi. Kira-kira setengah jam selepas keputusan itu disiarkan, jumlah undi diperoleh Mustaffa meningkat 30 undi menjadikan jumlah keseluruhan yang diperolehinya ialah 1,271 undi. Biar pun perkara ini nampak kecil dan hanya melibatkan parti sendiri, namun ia dianggap besar bagi sesetengah orang. Soalnya, kenapa berlaku perubahan data yang amat ketara sekali. Siapakah yang telah memasukkan data-data tersebut agaknya?. Bukankah mereka semua telah dilatih untuk melakukan demikian. Jika inilah keadaannya, kami khuatir ada pihak yang akan membuat protes tentang apa yang berlaku ini. Bukankah ia akan menyusahkan semua pihak sebenarnya. Jangan anggap perkara ini remeh-temeh dan masalah kecil. Ia memberi impak kepada parti secara keseluruhannya kelak. Justeru itu, haruslah lebih berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan selepas ini. Kelak ia akan menimbulkan kontroversi yang boleh melemahkan parti.


Paparan keputusan yang telah menimbulkan kontroversi pagi tadi

[Selama ini kita sering menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jika berlaku sebarang kesilapan atau kekeliruan terutamanya dalam masalah teknikal seperti ini. Soalnya sekarang, kenapa parti tidak menerima saranan sesetengah pihak agar Polling Agent Counting Agent (PACA) disediakan. Penggunaan borang seperti "Borang 14 SPR" yang ditandatangani oleh pegawai petugas JPP dan wakil calon adalah perlu bagi menggelakkan berlaku kesilapan seperti ini. Dengan kesilapan data yang berlaku hari ini, ia bukan sahaja mencemarkan imej calon berkenaan, malahan parti itu sendiri sebenarnya. Malah, ia juga menunjukkan seolah-olah wujud ketidak telusan dalam hal-hal teknikal seperti ini. Bukankah ia boleh memberi gambaran negatif kepada rakyat secara keseluruhannya. Jika inilah caranya, maka tidak guna diadakan "satu ahli satu undi" seperti yang diwar-warkan sekarang. Kita risau, keputusan keseluruhan juga akan berlaku masalah teknikal seperti ini. Bayangkan baru 68 cabang, parti sudah membuktikan kelemahan mereka yang cukup ketara. Apakah ini namanya agenda perubahan?].

Ralat: Keputusan Rasmi Pemilihan PKR Selepas Pengundian Di 68 Cabang, Azmin Ali Ternyata Di Hadapan Dengan Majoriti 522 Undi Setakat Ini !!

Posted: 01 Nov 2010 12:33 AM PDT

Terkini keputusan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan 2010 ini ialah Naib Presiden PKR Azmin Ali (foto), akhirnya berjaya mendahului semula dengan mendapat 3,051 undi, manakala Datuk Zaid Ibrahim hanya mendapat 2,529 undi dan Mustafa Kamil mendapat Ayub 1,149 undi. Keputusan rasmi ini diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution hari ini. Saifuddin memberitahu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Dengan kedudukan itu bermakna Azmin Ali ternyata unggul didepan dengan majoriti 522 undi.
[Pihak kami memohon maaf atas kesilapan laporan terdahulu, kerana terlalu banyak sumber yang memaklumkan tentang keputusan terkini tersebut kepada pihak kami. Apapun kesilapan itu tidaklah disengajakan, malah dalam laman-laman lain termasuk Malaysiakini pun menyiarkan keputusan yang sama sebelum ini. Tidak perlu ada yang mengatakan ia disengajakan atau sebaliknya. Apapun, keputusan rasmi yang diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR itu adalah yang paling tepat sebenarnya].

Pemilihan 2010: Terkini, Datuk Zaid Ibrahim Pula Kembali Atasi Azmin Ali Untuk Jawatan Timbalan Presiden PKR Selepas 68 Cabang Siap Mengundi !!

Posted: 31 Oct 2010 10:04 PM PDT

Kedudukan terkini Pemilihan PKR 2010, menyaksikan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim (foto), kini mendahului pula Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Berdasarkan keputusan rasmi setakat semalam (68 cabang), beliau kini mendapat keseluruhan 3,683 undi meninggalkan Azmin yang hanya mendapat 3051 undi setakat ini. Manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi. Sementara itu, bagi kerusi Naib Presiden pula, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (3,543 undi) kini sudah dipintas oleh Pengarah Strategik PKR Tian Chua (3,621 undi). Mereka diekori Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (2,852 undi) dan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh (2,895 undi). Keputusan bagi jawatan Naib Presiden lain seperti berikut: Gobalakrishnan (2080), Xavier Jayakumar (1679), R Sivarasa (1553), Suresh Kumar a/l Ramachandran (1237), Yahya Sahri (1178), Baru Bian (659), Ansari Abdullah (646), Jonson Chong (626), Yusmadi Yusoff (615), S Manikavasagam (492), Dominique KH Ng (284), Saiman Marjuki (166) dan James Ghani (106). Sementara itu Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Badrul Hisham Shaharin mendahului Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dalam perebutan kerusi nombor satu dalam sayap itu dengan kelebihan 104 undi sahaja. Berdasarkan keputusan rasmi daripada kesemua 68 cabang yang dimuatkan dalam laman web PKR, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendapat 1,123 undi manakala Shamsul sebagai penyandang mendapat 1,029 undi. Bagaimanapun, bagi kerusi timbalan, berlaku perkembangan menarik apabila regu Shamsul, Khairul Anwar Zainuddin dapat 1,214 undi meninggalkan regu Badrul, Chang Lih Kang yang mendapat 833 undi.

[Nampaknya persaingan sengit masih berlaku antara kedua-dua tokoh PKR itu. Sokongan yang kuat kini berpihak kepada mereka. Apapun, masih ada satu ratus lebih lagi cabang yang belum menjalankan proses pengundian. Segalanya dijangka berubah selepas 1/3 pengundian berlaku nanti. Apapun. masih terlalu awal untuk meramalkan siapa yang akan menang dan siapa yang akan kalah. Kepada cabang-cabang yang sudah membuat pemilihan terutamanya di negeri Pahang, sila rapatkan kembali hubungan yang agak panas ketika kempen berlaku baru-baru ini. Pertembungan adalah antara adik beradik dan tidak perlu hingga terbawa-bawa budaya yang tidak sihat hingga mewujudkan perpecahan dalam parti. Musuh sedang mengintai peluang untuk "menyelinap masuk" sekarang ini. Oleh itu, berhati-hati dan teruskan perjuangan untuk membawa agenda perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang].

Pemilihan 2010: Azmin Ali Berjaya Mengatasi Zaid Untuk Jawatan 'Timbalan Presiden' Dalam Proses Pengundian Cabang-Cabang PKR Negeri Pahang !

Posted: 31 Oct 2010 08:06 AM PDT

KUANTAN, 31 Okt [10.45 pm] - Naib Presiden PKR, Azmin Ali ternyata berjaya mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahli PKR di negeri Pahang untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dalam Pemilihan 2010 setakat ini. Undi keseluruhan yang diterima Azmin ialah sebanyak 622 undi atau 58%, manakala pencabarnya Datuk Zaid Ibrahim hanya mendapat 368 undi atau 36% dan Mustafa Kamil Ayub 33 undi atau 14%. Manakala paratus keluar mengundi bagi seluruh negeri ini agak rendah iaitu sekitar 1023 orang atau 6.7% sahaja. Keadaan ini amat mengejutkan sebenarnya. Peratus keseluruhan keluar mengundi ternyata ditahap kritikal. Namun, segalanya tidak boleh dipersalahkan kerana mungkin faktor lokasi menyebabkan keadaan ini berlaku. Pusat pengundian yang terlalu jauh dan bajet yang tidak mencukupi menyebabkan ramai ahli PKR gagal hadir. Azmin mendapat sokongan terbaru hari ini. Tujuh cabang yang telah diperolehi keputusannya menyaksikan Azmin mengatasi Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 106 undi. Azmin mendapat 261 undi, Zaid 155 dan Mustafa Kamil Ayub hanya berjaya mendapat 14 undi sahaja. Antara cabang-cabang yang melaksanakan proses pengundian hari ini ialah Temerloh, Kuala Krau, Maran, Paya Besar, Bentong, Rompin dan Bera. Keputusan terperinci yang diperolehi adalah seperti berikut iaitu Cabang Temerloh: Azmin (24), Zaid (25), Mustaffa (0); Cabang Maran: Azmin (4), Zaid (24), Mustaffa (1); Cabang Kuala Krau: Azmin (104), Zaid (19), Mustaffa (7); Cabang Bentong: Azmin (60), Zaid (2), Mustaffa (0); Cabang Paya Besar: Azmin (3), Zaid (32), Mustaffa (11), Cabang Rompin: Azmin (19), Zaid (55), Mustaffa (2) dan Cabang Bera: Azmin (19), Zaid (55), Mustaffa (2). Sementara itu tiada maklumat yang diterima untuk keputusan pengundian bagi jawatan Naib Presiden, Ketua Wanita dan Ketua AMK setakat ini.

[Sesuatu yang amat menarik untuk diperkatakan ialah undi terhadap seorang lagi calon Timbalan Presiden iaitu Mustafa Kamil Ayub didapati agak merudum. Walhal, pemimpin itu jelas sekali mengamalkan politik bersih dan tidak terikut-ikut dengan rentak kedua-dua calon lain. Namun, melihat kepada keputusan ini ternyata ahli PKR masih belum matang untuk membuat keputusan siapakah calon yang lebih berwibawa untuk diangkat sebenarnya. Malah, lebih mengejutkan Mustafa Kamil langsung tidak mendapat undi di Cabang Temerloh. Dalam satu majlis di Paya Besar baru-baru ini Mustafa sekali lagi menjelaskan pendiriannya untuk tidak mengamalkan politik kotor termasuk memberi wang atau mengata calaon-calon lain. Beliau lebih selesa dengan caranya untuk bersikap telus dan jujur dalam perjuangan. Namun, apakah itu kehendak akar umbi?. Nyata akhirnya beliau ditolak oleh mereka. Kini persaingan jelas antara Zaid dan Azmin Ali. Apapun segalanya masih terlalu awal lagi].

Tiada ulasan: