Isnin, 1 November 2010

Muslimeen United

Muslimeen United


GAMBAR: Dr Hatta bersama-sama membantu menaikkan bendera gergasi PAS

Posted: 01 Nov 2010 10:16 AM PDT



lensa kamera Batu Gajah Mari

Sedang bersemangat para petugas menaikkan bendera 'gergasi' PAS, mereka terkejut dengan kedatangan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli. Beliau bersama-sama membantu menaikkan bendera 'gergasi' tersebut sehingga dapat mengibar dengan megah di udara. Inilah pemimpin yang diingini.


Dr Hatta mengikat tali bendera






beramal kerana Allah




bendera berjaya dinaikkan

berkibar dengan megah


Galas - Kempen bersama DAP

Posted: 01 Nov 2010 10:15 AM PDT

Sila layari weblog YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang Galas By-election campaign..

Umno memang tidak suka bila DAP membantu calun PAS dalam PRK Galas atau mana-mana Pilihanraya di Malaysia. Itu hak Umno dan tiada siapa yang boleh menghalang presepsi buruk mereka terhadap DAP.

Bagi PAS bermula dari kepimpinan tertinggi hingga ke ahli Cawangan perubahan sikap DAP terhadap orang Islam dan Melayu adalah satu anugerah Allah yang tiada tolok bandingnya. Bila ini berlaku sudah tentu PAS gembira dapat bekerjasama dengan DAP walau ini dibenci Umno.

Di Galas Umno sudah tentu merasa selesa dengan kenyataan MCA Kelantan bahawa peratusan orang Cina yang menyokong UBN adalah amat tinggi berbanding yang menyokong PAS. Ini kenyataan yang betul-betul baik untuk Umno dan tidak perlu bersusah payah lagi disamping sokongan kalau dilihat bendera UBN yang banyak di POS Broke Lojing sudah tentu mereka juga akan menang besar disana. Jika anda dapat melihat satu-satu nya bendera PAS di pasang diatas bukit berhampiran sekolah kebangsaan, itu lah yang kami mampu laku hingga kini.

Di Galas juga pimpinan DAP membukti kesungguhan mereka membantu calun PAS Dr. Zul bagi memenangi PRK ini.

Hampir setengah hari kami Sekretariat Parlimen Kota Raja cuba mengikuti dan bersama mereka berkempen di Galas.

Berkempen di hadapan Bilik Gerakan DAP di Bandar Gua Musang. Anda boleh lihat kesungguhan MP Serdang YB Teo Nie Ching berkempen untuk PAS.

UMNO Gila Meroyan Politikkan Kemenangan Kelantan Julang Piala Malaysia

Posted: 01 Nov 2010 10:14 AM PDT

UMNO politikkan kemenangan Kelantan menjulang Piala Malaysia. Memang kurang ajar betul Anuar Musa nih..apalagi kerajaan negeri Kelantan, kasi ajar sama Anuar Musa ni sikit. Kelantan menang bukannya kerana Anuar Musa, tapi kerana ALLAH. Lagipun mutu permainan bola sepak kita masih rendah. Sapa-sapa pun boleh jadi juara..

PRESIDEN KAFA, Tan Sri Annuar Musa (tengah) bersama Calon Barisan Nasional (BN) DUN Galas, Ab Aziz Yusoff (kiri) meraikan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan memenangi Piala Malaysia bersama peminat dan rakyat Gua Musang di Dataran Kesedar, Gua Musang, Kelantan, tengahari tadi. - BH Online

p/s Sukan tu sukan la....Jangan dibawa berpolitik. Tu Pasal ranking bolasepak negara ,makin turun....inilah salah satu sebabnya!

Minyak RON97 Naik Lima Sen

Posted: 01 Nov 2010 10:02 AM PDT



KUALA LUMPUR - Berkuatkuasa 2 November, harga minyak petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadikan harga terkini minyak petrol jenis terbabit kepada RM2.15 seliter.

Kali terakhir harga minyak petrol RON97 dinaikkan adalah pada 15 Julai lalu yang menyaksikan harga lima barangan keperluan asas dinaikkan.

Kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO ketika itu memberikan alasan bahawa kenaikan tersebut perlu bagi "mengurangkan beban subsidi" minyak petrol yang terpaksa ditanggung kerajaan.

Kerajaan juga telah mengumumkan bahawa harga minyak petrol RON 97 akan ditentukan melalui apungan yang terkawal sambil menetapkan bahawa hanya minyak petrol RON97 sahaja boleh dijual kepada kenderaan yang berpendaftaran luar negara.

Pemotongan subsidi berkenaan adalah sebahagian daripada rancangan Kerajaan BN untuk mengurangkan subsidi bagi barangan keperluan asas seperti yang dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU) yang diketuai oleh Idris Jala, menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Kenaikan harga minyak petrol RON97 berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak baru-baru ini, dalam pembentangan bajet 2011 nya mengumumkan cadangan pembangunan beberapa projek mega, antaranya Menara Warisan setinggi 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, dan juga rancangan menjadikan negara ini sebagai hab hiburan.

Projek-projek mega tersebut, katanya boleh membawa masuk lebih banyak pelaburan disamping menarik minat lebih ramai lagi pelancong ke negara ini seterusnya menjana pendapatan yang lebih tinggi daripada industri terbabit.

Idris pula, pada awal tahun ini juga pernah memberi amaran bahawa kenaikan lima harga barangan asas itu perlu bagi mengurangkan beban subsidi yang boleh menyebabkan negara ini menghadapi kemungkinan muflis jika sebarang langkah pengurangan subsidi berkenaan tidak dilaksanakan.tvs

UMNO dan Mimpi Ngeri - Soberi Shafii

Posted: 01 Nov 2010 10:01 AM PDT


MOHD SOBERI SHAFII

Seminggu telah berlalu selesainya Perhimpunan Agung UMNO Malaysia yang berlangsung di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur. Tentunya AMANAT PRESIDEN dipenghujung hari terakhir Perhimpunan itu menjadi tumpuan seluruh ahli-ahli UMNO terutamanya ahli-ahli perwakilan yang dipilih didalam Bahagian akan berada didalam Dewan Merdeka untuk mendengar dengan penuh minat.

Biasanya diwaktu itu Dewan Merdeka dipenohi oleh semua perwakilan dan tidak akan ada kerusi yang kosong tapi malangnya pada Perhimpunan kali ini kerusi perwakilan didalam Dewan Merdeka hanya dipenohi oleh 70% ahli perwakilan itu pun sudah termasuk saya yang mewakili UMNO Bahagian Ketereh.

Semasa pemilihan berlangsung diperingkat Bahagian untuk menjadi perwakilan terlebih dahulu dipilih melalui pertandingan, yang menang dikira hebat, tapi malangnya apabila datang ke Dewan Merdeka para perwakilan dalam sekitar 30% tidak berada didalam dewan untuk mendengar ucapan dan pesanan Presiden parti. Sedangkan pesanan Presiden itu adalah PENTING untuk ahli parti membawa pulang ke Bahagian masing-masing bagi dilaksanakan.

Dikira sebanyak 7 amanat Presiden dikutip untuk dilaksanakan di Bahagian bagi menjamin parti akan menang pada pilihanraya umum akan datang dan lebih penting lagi adalah untuk mempertahankan PUTRAJAYA supaya tidak jatuh kepada pihak pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat. Sekiranya PUTRAJAYA berjaya ditawan oleh pembangkang maka akan terbongkarlah segala bentuk perkara yang tidak baik (sekiranya ada) yang telah diperalatkan oleh Kerajaan BN.

Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Ab.Razak sebagai Presiden UMNO dalam Amanat beliau telah meminta supaya ahli-ahli mengutamakan maruah dan kepentingan parti daripada kepentingan diri. Ini adalah satu pesanan yang boleh dianggapkan sebagai kunci kekuatan parti. Persoalannya, bolehkan perkara ini dipatuhi oleh ahli-ahli parti diperingkat akar umbi sedangkan amalan pemimpin UMNO diperingkat Bahagian, Negeri dan Pusat masih banyak yang boleh dipertikaikan. Hari ini apa yang berlaku hanya ahli parti di akar umbi telah meletakkan kepentingan parti diutamakan daripada kepentingan diri sedangkan pemimpin meletakkan kepentingan diri lebih diutamakan daripada kepentingan parti. Contoh-contoh akan saya kupaskan dalam ceramah mejelajah Kelantan apabila bermulanya program "Rakyat Mesti Tahu Perkara Sebenar" tentang UMNO kini.

Perkara yang kedua yang hendak saya sentuhkan ialah berhubung dengan saranan Presiden supaya ahli-ahli pentingkan pasukan bukan kumpulan. Bercakap senang tapi apabila sampai untuk dilaksanakan terutamanya di Bahagian tentunya tidak menjadi kerana pemimpin Bahagian itu sendiri yang menciptakan kumpulan, kalau tidak pemimpin Bahagian yang ujudkan kumpulan ada pula campur tangan diperingkat Perhubungan yang meletakkan kroni supaya di Bahagian yang tidak disukainya terdapat kumpulan yang pro perhubungan ataupun pemimpin pemimpin tertentu. Saya mengalami suasana begini.

Ketiganya ialah UMNO mesti menuju sifar masaalah. Cadangan ini sama sekali tidak akan tercapai selagi pucuk pimpinan UMNO diperingkat Ibu Pejabat tidak mahu mendengar masaalah yang dibawa oleh ahli-ahli diakar umbi. Sikap memilih bulu dan mengambil mudah untuk tidak mendengar dan menyelesaikan masaalah ahli-ahli diakar umbi akan membuat ahli-ahli akan kecewa dan ianya akan menjejaskan parti apabila sampai masa pilihanraya. Ahli-ahli akan protes sama ada secara diam ataupun secara terang-terang dan ada juga ahli-ahli parti secara 'gantleman' akan meninggalkan parti walaupun sudah lama menjadi ahli bahkan lebih lama daripada Presiden parti.

Apabila seorang ahli parti mengambil keputusan secara 'gantleman' meninggalkan UMNO, itu tidak bererti orang itu hanya sebatang kara, mungkin bersamanya ada satu ratus orang, dua ratus orang ataupun seribu orang yang akan bersamanya apabila tiba masa yang sesuai. Dan apabila suasana itu terjadi maka hasrat Presiden UMNO didalam ucapan pengulungan di Persidangan Agung UMNO yang lalu untuk mempertahankan PUTRAJAYA dengan cara apa sekalipun hanya akan menjadi sebagai sebuah catitan.

7 amanat Najib yang disiarkan oleh Berita Minggu pada hari Ahad 24hb. Oktober 2010 lalu tidak akan menjadi kenyataan dan tidak akan berjaya dilaksanakan di Kelantan selagi pemimpin diperingkat negeri mengamalkan sikap melayan kepada hanya mereka yang terpilih dan dipilih. Pemimpin yang berkepentingan diri, pentingkan puak dan tidak suka mendengar dan menyelesaikan masaalah ahli-ahli masih TEBAL amalanya di Kelantan. Kasihan Dato' Sri Najib hanya berdua. - newkk.blogspot.com

UMNO BN Mainkan Isu Geran Tanah Pula, Tiada Masalah Bagi TGNA

Posted: 01 Nov 2010 09:59 AM PDT

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan kerajaan negeri pimpinannya tidak akan memberikan geran tanah kepada penduduk di Gua Musang.

Tinggal tiga hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Galas, Mursyidul Am PAS menegaskan, geran tanah akan diberikan selepas mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

"Kita akan beri geran tanah, tidak timbul isu tidak mahu beri (geran tanah).

"Kita tidak suka cakap kosong," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Bandar Baru Lojing di sini.

Selepas mesyuarat khas itu, Nik Aziz melawat perkampungan Orang Asli dan menyerahkan sumbangan kepada penduduk.

Turut hadir calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob ketika ditemui berkata, program penyerahan geran tanah kepada penduduk akan diadakan secepat mungkin.

"Kita akan ambil peluang juga dalam tempoh ini (untuk beri geran tanah).

"Ada juga masa ini (kempen) ada juga selepas (pilihan raya)," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah Dan Wilayah itu berkata, pemberian geran tanah akan dibuat selepas Pejabat Tanah dan Jajahan selesai proses persiapan yang sepatutnya.

"Persiapan untuk dapatkan geran itu dibuat oleh pejabat tanah, Exco (Kerajaan Negeri) dan ketua jajahan luluskan saja," katanya.

Tambahnya, sepertimana amalan sebelum ini, geran tanah tersebut akan dikurniakan oleh Sultan Kelantan.

"Biasanya geran tanah diserah oleh ke Bawah Duli.

"Contohnya yang Tuanku bawa pada Jumaat sebelum ini, Tuanku telah hadir. Seramai 114 orang penduduk Gua Musang telah menerima geran (tanah) dalam majlis berkenaan," katanya.

Pada 22 Okteber lalu Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan geran tanah kepada 114 penerima pelbagai kaum dari daerah Gua Musang di Istana Persinggahan di sini.

Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid berkata, daripada 114 penerima, 13 daripadanya kaum Cina, dua masyarakat India dan selebihnya masyarakat Melayu.

Menurutnya, penerima menerima geran tanah untuk tempoh sama ada 33,66 atau 99 tahun bergantung kepada jenis geran tanah sama ada bangunan atau pertanian serta bergantung kepada penerima sama ada mereka merupakan anak Kelantan atau sebaliknya.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas Khamis ini menyaksikan pertandingan antara Dr Zulkefli dan calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff.

Kerusi DUN itu kosong ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus pada 27 Sept lepas. -TMI

Galas: SPR jangan campur urusan polis

Posted: 01 Nov 2010 03:37 AM PDT


DAP mengigatkan SPR agar tidak mencampuri urusan polis berkaitan dengan kempen di DUN Galas.

HARI INI DALAM SEJARAH : Rosmah pemangku PM jadi tanda tanya

Posted: 01 Nov 2010 03:36 AM PDT


KUALA LUMPUR, 1 Nov: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor.

Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najib juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu.

Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.

Azhar Digantung 6 Bulan

Posted: 01 Nov 2010 03:33 AM PDT

Azhar digantung 6 bulan daripada hadiri sidang DUN Pulau Pinang

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menggantung Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim daripada menghadiri sidang dewan selama enam bulan kerana 'mengucapkan perkataan berbaur hasutan' dalam DUN itu Mei lalu.

Azhar, yang juga merupakan ADUN Penaga bagaimanapun, masih menerima elaunnya.

Keputusan tersebut menyebabkan kesemua ADUN Umno bertindak keluar dewan.
Azhar, yang juga ADUN Penaga dirujuk kepadajawatankuasa hak dan istimewa ekoran kenyataannya itu yang telah mencetuskan kekecohan di dewan tersebut.
Jawatankuasa tersebut, yang telah bermesyuarat beberapa kali untuk membincangkan perkara itu, dijadual menyerahkan laporannya kepada DUN pada jam 2.30 petang ini.

Difahamkan, Azhar akan diminta memohon maaf terhadap kenyataannya itu.

Jika berbuat demikian, beliau tidak akan digantung daripada menghadiri sidang dewan hari ini dan esok, serta disambung semula dari 8-16 November selepas cuti Deepavali.

Azhar, yang juga setiausaha Umno negeri, telah mendakwa prosedur yang digunakan untuk merujuk kepada jawatankuasa tersebut adalah tidak betul.

Katanya, satu resolusi perlu dicadang dan dibahaskan, dan hanya baru selepas itu, satu keputusan dibuat sama ada untuk merujuk beliau atau tidak, kepada jawatankuasa tersebut.

Mei lalu, ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh telah membentangkan usul untuk merujuk Azhar kepada jawatankuasa tersebut.

Ini berlaku selepas Azhar menggesa tentera mengambilalih tugas dari pihak polis kerana pentadbiran negeri itu telah menyatakan ia tidak lagi mempunyai kepercayaan pihak polis. Beliau memberi amaran bahawa rusuhan kaum boleh berlaku lagi jika rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan.

Azhar kemudian menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan itu kerana kerajaan negeri cenderung menghina polis.

Pada bulan Ogos, pengerusi jawatan tersebut, Datuk Hussein Abdul Halim, yang juga speaker dewan, berkata semua ADUN akan dibekalkan dengan senarai perkataan yang dianggap tidak sesuai disebut sewaktu persidangan. -mk

Kajian dapati pengundi muda sokong PAS di Galas

Posted: 01 Nov 2010 02:43 AM PDT


GUA MUSANG, 1 Nov: Kebanyakan pengundi muda yang ditemubual menerusi panggilan telefon oleh sebuah badan penyelidikan bebas berkata mereka akan mengundi PAS dalam pilihanraya kecil DUN Galas yang akan berlangsung 4 November ini.

Dapatan ini dikeluarkan oleh badan penyelidikan bebas Ilham Centre, yang sentiasa mengikuti perkembangan pilihanraya-pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

"Kami membuat panggilan telefon semalam dan hari ini kepada 2150 pengundi muda dalam kawasan DUN Galas dan 320 melayan dengan baik dan member I kerjasama," kata Pengarah Eksekutif Ilham, Muhamad Hisommudin Bakar di sini petang ini.

Mereka yang ditelefon mewakili semua daerah-daerah mengundi di Galas dan berumur antara 21 hingga 40 tahun.

Daripada jumlah itu beliau berkata 168 responden mengaku akan mengundi calon PAS, 41 akan mengundi calon BN manakala 112 lagi belum membuat keputusan.

Ilham turut mengadakan kajian lapangan dalam tempoh kempen pilihanraya kecil ini dengan menurunkan 50 pembanci dan satu gambaran menyeluruh akan dikeluarkan kepada pihak media sebelum hari mengundi.

Sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Ilham telah membuat kajian lapangan menjelang sesuatu pilihan raya kecil.

Sehingga kini, kesemua hasil kajian Ilham adalah tepat dengan keputusan pilihan raya sebenarnya termasuk yang terakhir di Bgan Pinang di mana sejak dari awal lagi kajian Ilham menunjukkan sokongan terhadap PAS lemah di kawasan pilihan raya itu.

Piala Malaysia : Hadiah Berharga Bagi 2 Perkara

Posted: 01 Nov 2010 01:17 AM PDT

Piala Malaysia : Hadiah berharga bagi 2 perkara

Gambar: Calon PAS meraikan pasukan bola Kelantan sebelum mereka bertolak ke Bukit Jalil kelmarin.

Gua Musang, 30 Oktober - "Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan kepada pasukan bola sepak Kelantan kerana berjaya pulang bersama piala kemenangan," ujar calon PAS, Dr Zulkifli Mohamed ketika ditemui dalam aktiviti kempen di Kampung Sungai Terah pagi tadi.

Beliau yang dalam lawatan ke rumah pengundi di RPT Sungai terah, Tiong dan Lembaga di sini turut menyifatkan keseluruhan prestasi permainan yang ditunjukkan pasukan Kelantan adalah sangat baik.

"Bahkan kemenangan ini akan mampu menjulang nama Kelantan di persada arena sukan negara," katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman menganggap kemenangan pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia merupakan sebuah hadiah yang besar sempena 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan.

"Sempena 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, pasukan bola sepak kita memberikan hadiah yang besar kepada kita semua," katanya.

Mengulas kenyataan yang sama, Adun Guchil turut menyifatkan kemenangan Kelantan ke atas Negeri Sembilan itu sebagai pemberian dua hadiah.

"Ia umpama sebuah sejarah dan kita dikurniakan hadiah sempena dua perkara iaitu perlantikan Sultan Kelantan yang baru serta ulangtahun ke-20 pemerintahan PAS di Kelantan," katanya.

Tegasnya, sejarah yang dicatatkan ini diharapkan merupakan signal awal kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Galas, Batu Sapi yang membuka laluan ke Putrajaya.

Dalam pada itu, Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang turut mengucapkan terima kasih serta penghargaan kepada para penyokong yang telah menyertai rombongan tajaan PAS ke Stadium Bukit Jalil semalam bagi membantu menguatkan sokongan ke atas pasukan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia semalam.

"Penyokong-penyokong yang kita hantar ini adalah jentera dan pengundi kita. Kita berterima kasih kepada mereka sekaligus meraikan mereka di dalam program-program yang mereka suka," ujarnya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan ujarnya turut menyediakan program-program susulan bagi meraikan penyokong-penyokong di Dun Galas.

Program yang disediakan adalah berbeza mengikut kawasan yang telah ditetapkan; seperti perlawanan sepak takraw, karom, futsal dan sebagainya.

Ia merupakan respon positif yang ditunjukkan setelah program menghantar penyokong menyaksikan perlawanan semalam.

"Melihat kepada maklumat yang diberikan kepada saya, penyokong-penyokong kita yang pergi ke sana menjunjukkan akhlak yang baik, tidak meninggalkan solat dan diharapkan mereka ini dapat menjadi contoh kepada pemuda-pemuda Islam lain." katanya lagi. -n45galas

Bayi Terbang Dalam Hujan, 5 Terbunuh

Posted: 31 Oct 2010 05:32 PM PDT

Bayi tercampak nahas dalam hujan

PERMAISURI: Lima terbunuh termasuk empat sekeluarga dalam nahas membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan van di Kilometer 67.5 Jalan Permaisuri-Penarik berhampiran Kampung Nyatoh di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian pada jam 1.30 tengah hari itu, pemandu van Mustafa Zulkarnain, 45, dan isterinya parah manakala 10 lagi penumpang kenderaan itu cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid berkata, tiga sekeluarga itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala bayi berkenaan yang tercampak keluar dari Proton Wira meninggal dunia selepas menerima rawatan di hospital sama pada jam 6.15 petang semalam.

Katanya, mangsa terbunuh berasal dari Kampung Bukit China Besut iaitu pemandu Proton Wira, Noor Azyd Helmi Sidek, 32, dan dua adiknya, Noor Azri Helmi, 29; Noor Efiza Helmi, 16, serta anak Noor Azyd, Noor Amysha Maisarah, 1.

Mangsa kelima dari Cherang Melintang Besut, Mek Wook Yaakob, 76, parah di kepala dan badan, meninggal dunia tiga jam selepas mendapat rawatan di Hospital Setiu.

Katanya, nahas berlaku dalam keadaan cuaca buruk dan jarak penglihatan terhad kerana hujan berterusan sejak pagi pada permulaan musim tengkujuh di Pantai Timur tahun ini.

"Siasatan awal mendapati kereta Proton Wira menghala ke Permaisuri dari Kuala Terengganu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh van, " katanya.

Katanya, keluarga dalam Proton Wira mahu ke Penarik, Setiu untuk membeli ikan segar daripada nelayan yang baru pulang ke pangkalan pada sebelah petang manakala keluarga dalam van itu dalam perjalanan dari Besut untuk menziarah saudara mereka yang sedang dirawat di Hospital Dungun.

"Kereta dipandu Noorazdy Yelwy yang menghala ke arah Permaisuri dari Penarik dikatakan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan gagal mengelak menyebabkannya bertembung dengan van Ford dari arah bertentangan.

"Kereta itu berpusing akibat hentaman kuat sebelum terputus dua."

Katanya, polis masih menyiasat punca kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Idi Irwan Irwadi Alias, di Unit Trafik Cawangan Setiu di talian 09-6098222 atau 019-5465474.


SETIU: "Saya terus memangku bayi yang ada di atas jalan dan menahan sebuah kereta yang melalui kawasan itu sebelum menghantarnya ke hospital, sebelum membantu mangsa lain," kata Zakaria Ismail, 61, saksi kemalangan berkenaan.

Menceritakan detik cemas itu, Zakaria berkata, kejadian berlaku ketika hujan dan dia yang berada di depan rumahnya di Kampung Nyatoh terdengar dentuman kuat sebelum melihat sebuah Proton Wira remuk serta suara meminta tolong daripada sebuah van Ford.

"Saya lihat bayi dan pemandu Proton Wira tercampak keluar lebih 10 meter dan ketika itu saya hanya terfikir nak menyelamatkan bayi terbabit sambil bertanya kepada penumpang van, bayi ini anak siapa," katanya.

Ketika itu bayi berkenaan, Nor Amisya Maisarah, 1, masih bernyawa, bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Setiu (HS) jam 6.15 petang, semalam. -Metro







Balik mengundi sekalipun merangkak

Posted: 31 Oct 2010 05:28 PM PDT

KUALA LUMPUR : Pengundi Dun Galas di perantauan digesa pulang mengundi pada 4 November ini sekalipun terpaksa merangkak, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, adalah menjadi satu kewajipan untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin sama ada di peringkat negara, negeri mahupun Dun, di kalangan orang yang beragama.

"Saya mintak tuan-tuan balik, kalau tak dapat balik dengan kapal terbang, balik dengan kereta, kalau tak boleh dengan kereta, balik berjalan kaki, meranggakak sekali pun kena balik.

"Dosa besar kita biar orang kafir, orang munafik 'ghanya' (merosakkan) ekonomi kita, akidah kita," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 100 anak-anak Dun Galas di perantaun pada Majlis Minum Teh bersama Menteri Besar Kelantan di sebuah hotel di ibu negara petang tadi.

Hadir sama pada majlis itu, exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Abdul Fatah Mahmood, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Halim Abdul Rahman serta pimpinan PAS kawasan Galas.

Calon PAS bagi PRK Galas, Dr Zulkefli Mohamad bagaimanapun tidak dapat hadir kerana jadual kempen di kawasan yang padat dan hanya menghantar wakil calon.

Tambah Tuan Guru Nik Aziz lagi, perebutan menjaga negeri antara hak dan batil sudah berlaku sejak zaman Nabi lagi, dan apa yang berlaku hari ini bukan rekaan PAS tetapi tuntutan agama.

Beliau juga menggesa agar orang Islam khasnya di Galas tidak percaya dengan dakwaan Umno bahawa urusan pentadbiran negara adalah urusan politik bukan urusan agama.

"Bukan PAS dengan Umno sahaja yang berebut, Nabi Muhammad SAW dulu berebut jaga negeri dengan adik beradik dia Abu Lahab, Abu Jahal dan Abu Sufian.

"Patutnya yang lawan kita MCA, MIC<>

Sementara itu, pada majlis sama, Tuan Guru turut menyerahkan bendera PAS kepada wakil anak-anak Galas di perantauan.

Beliau menyeru mereka agar memasang bendera tersebut pada kenderaan masing masing waktu pulang mengundi nanti. -Hrkh

Gambar Terbaik Dari Batu Sapi

Posted: 31 Oct 2010 03:19 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgauMl7NsKX7XR9KQByTWhpKzw7i3ct_cZnx6_Knsn4-QP2lvaXKLZLM85qwCfg75aJLP7R8pgHct3wVSzexQLalFu1qNAYRUptKSY1K9GzLKOnZ-VdgcWPNiFgl5VYfi3I5pd1zd9Icrgm/s1600/5129618667_72669e7ca4.jpg

Kononnya tak ada projek mee segera. Cakap serupa *&(^&*^^%^

Perubahan Status Pengundi Tentera, SPR Diminta Beri Penjelasan

Posted: 31 Oct 2010 03:18 PM PDT

PAS Dakwa SPR Tidak ikut Peraturan Ubah Status Pengundi Isteri Tentera

KEPALA BATAS: PAS Pulau Pinang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengubah status pengundi awam isteri tentera di negeri ini kepada pengundi tidak hadir (pengundi Pos) untuk Pilihan Raya Umum ke-13 tanpa mengikut peraturan dalam pindaan 2002 dalam Seksyen 2(b).

Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Mohd Fadzil Kemi berkata di bawah Seksyen 2(b) isteri tentera diberi pilihan sama ada mahu mendaftar sebagai pengundi pos atau pengundi awam bagi sesuatu kawasan.

"Dalam situasi ini seramai 630 isteri tentera telah didaftarkan sebagai pengundi pos bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Ayer Tawar, sebahagian daripada mereka merupakan pengundi baru dan sebahagian lagi yang telah berdaftar.

"Kami mahu SPR memberi penjelasan terperinci berhubung pertambahan bilangan pengundi yang berlaku secara mendadak ini, jumlah ini diperolehi untuk tempoh semakan bermula dari 27 Okt lepas hingga 2 Nov depan," katanya pada sidang media di sini Ahad.

Mohd Fadzil yang juga Timbalan Penolong pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Negeri juga mendakwa SPR tidak memaklumkan kepada isteri-isteri tentera terbabit mengenai pertukaran status pengundian mereka.

Ditanya sama ada PAS akan membuat laporan polis Mohd Fadzil berkata: "Kita akan dapatkan nasihat dan pandangan dari peguam". -BERNAMA

Umno Peralat Agama, Fakta Bukan Fitnah.

Posted: 31 Oct 2010 03:15 PM PDT

Partii Islam Semalaysia Pas, menegaskan memang umno peralatkan agama dan peralatkan orang agama. Ia bukan merupakan fitnah, tetapi kenyataan. Mereka gunakan isu agama apabila penduduknya kuat berpegang dengan agama seperti di Galas. Ustaz-ustaz umno disuruh berkempen untuk menghalalkan apa yang umno buat. Merekalah orang yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat yang ditaja oleh kerajaan umno BN.

Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Monarco pada 9 Ogos 2010. Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur. Mana suara ustaz umno apabila kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Banyak lagi bukti orang agama di dalam umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu.

Pas mencabar umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam umno berkesan untuk mempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam umno hanyalah membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan Pas. Hujah mereka mengenai orang bukan Islam tidak booleh masuk masjid, ditolak dnegan keputusan Majlis Fatwa kebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, umno haram duit judi, tetapi halalkan lesen judi. Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam umno yang berkelulusan tinggi, antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. Persoalannya di manakah suara mereka sekarang. Perkasakan Islam di dalam umno. Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu. Persoalannya tenangkah jiwa orang agama di dalam umno yang bergelomang dengan parti yang menyuburkan maksiat. Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang mereka sertai. Pas menyeru supaya orang agama tinggalkan sahaja umno, sertailah Pas. Habiskanlah sisa umur yang masih berbaki untuk Islam. Tidak ada makna kemewahan dunia, tetapi hati tidak tenang.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tiada ulasan: