MIMPI SENJA |
- Bekas Bendahari PKR Selangor bakal dipecat
- Ketuanan Melayu perdaya kaum Melayu patut di'bakul sampah'kan
- Pistol James Bond 007 dilelong
- Berita haramjadah dari Berita Harian
- PKR : Dakwaan Surat Pemecatan palsu - Polis nak siasat, siasat lah : DS Wan Azizah
- Cermin la diri tu dulu wahai Umno - DS Wan Azizah
- Ajaran sesat - Halal makan tulang babi
- Siapa sebenarnya berbahaya Ezam? - Nurul Izzah
- Perbicaraan Liwat II DSAI sekarang tidak adil - Majlis Peguam
- Himpunan Penyair-Seniman-Budayawan 1 Muharam di Madrasah Tarbiyah, Gombak
| Bekas Bendahari PKR Selangor bakal dipecat Posted: 26 Nov 2010 10:52 PM PST PETALING JAYA: Bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, K.S. Kottapan bakal dipecat ekoran tindakannya yang dianggap bertentangan dengan peraturan dan dasar parti. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, syor bagi memecat Kottapan diterima daripada Biro Politik yang bermesyuat baru-baru ini. Bagaimanapun menurut beliau keputusan muktamad hanya akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat. "Ada cadangan daripada Biro Politik supaya tindakan pecat diambil ke atasnya (Kottapan). "Mula-mula kita terima aduan, kemudian kita panjangkan aduan berkenaan kepada Biro Politik, dan akhirnya sudah ada syor agar anggota ini dipecat," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR ketujuh di sini, Sabtu. Beliau mengulas tindakan Kottapan yang mengetuai kira-kira 100 penyokong parti itu mengadakan demonstrasi aman kerana tidak berpuas hati dengan cara pemilihan parti itu dijalankan di hadapan Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang juga tempat Kongres Nasional PKR diadakan. Malah Kottapan berkata kumpulan tersebut mahu kongres tahunan parti itu dihentikan kerana mendakwa berlakunya rasuah sejak pemilihan di peringkat cabang walaupun mereka telah membuat laporan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Kottapan juga sebelum ini pernah mengetuai beberapa siri demonstrasi atas sebab yang sama. Selain itu Saifuddin turut memaklumkan bahawa sehingga kini PKR telah menggantung lebih lima individu atas pelbagai kesalahan sepanjang proses pemilihan parti baru-baru ini. "Kita telah menggantung lebih daripada lima ahli parti serta-merta sehingga tertuduh dipanggil oleh jawatankuasa disiplin untuk memberi keterangan. "Kesemua kesalahan itu termasuk yang berkaitan dengan aduan melanggar disiplin parti," katanya. Menurut Saifuddin, pihaknya telah menerima 289 aduan bagi pemilihan peringkat cabang dan menegaskan hanya tinggal 12 aduan sahaja yang masih diteliti oleh JPP. Manakala bagi pemilihan peringkat MPP, terdapat 18 aduan diterima - mStar |
| Ketuanan Melayu perdaya kaum Melayu patut di'bakul sampah'kan Posted: 26 Nov 2010 09:10 PM PST Oleh Syed Mu'az Syed Putra November 27, PETALING JAYA — Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata konsep Ketuanan Melayu harus "ditinggalkan" kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri. Beliau berkata konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu. "Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri. "Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional PKR di sini. Menurut Dr Wan Azizah, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan. "Mereka sedang dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan. Kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai. "Daripada RM54 bilion ekuiti dan saham untuk bumiputera, hanya RM2 bilion kekal di tangan. Di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak, kelompok paling miskin, dhaif dan terbiar melarat, adalah kaum bumiputera. Buruh bumiputera di Batu Sapi, hanya dibayar RM9.50 untuk kerja mereka selama sehari. "Malah, bagi setiap empat keluarga yang pendapatan isi rumahnya kurang dari RM2,000 setiap bulan, tiga keluarga itu adalah keluarga Melayu," katanya di hadapan kira-kira 1,500 peserta terdiri daripada perwakilan dan pemerhati. Dr Wan Azizah dalam ucapan dasar itu turut mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempedulikan nasib dan kedudukan Orang Asli di negara ini. "Kerajaan Umno-BN juga tidak mempedulikan nasib dan kedudukan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. "Kehidupan mereka masih terbiar dan tidak mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya. Kedaifan hidup mereka bagai sengaja dirancang untuk dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu di saat dan ketika yang mereka perlukan. "Tidak ada langsung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kepentingan merupakan kaum pribumi di negara ini. Kedudukan mereka tidak terjamin kerana hak mereka tidak dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. "Kita berjanji akan mengambil satu tindakan yang berani dan bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan Orang Asal ini dalam kerangka keupayaan kita." katanya. Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata kegagalan Umno dalam membela nasib orang Melayu dan Orang Asli membuktikan parti Melayu terbesar itu tidak berjuang untuk bangsa sendiri. "Semua ini membuktikan bahawa pemimpin UMNO bukan berjuang untuk membela orang Melayu. "Parti itu hanya berminat untuk menjaga kepentingan tauke-tauke tertentu. Umno adalah "parti tauke" dan jauh sekali untuk berwajah sebagai parti rakyat. "Maka itu, PKR dan Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik untuk semua orang Melayu dan seluruh rakyat," katanya - TMI |
| Pistol James Bond 007 dilelong Posted: 26 Nov 2010 08:37 PM PST LONDON: Pistol yang dipegang Sean Connery sebagai pemeran James Bond dalam poster untuk promosi filem From Russia With Love dijual £277,250 dalam satu acara lelong. Seperti disiar BBC, semalam pistol angin Walther itu laku sepuluh kali ganda lebih mahal dibandingkan perkiraan sekitar £15.000-£20.000 di rumah lelong Christie di London hari Khamis sebelumnya. Sementara itu, kostum Darth Vader dari seri filem Star Wars, the Empire Strikes Back tidak laku, padahal sebelumnya diperkirakan akan terjual seharga £230,000. Kostum yang dijual oleh seorang kolektor dari Amerika Syrikat yang dibeli tahun 2003 itu, merupakan kostum Vader pertama yang dilelong. Pistol James Bond lain yang digunakan dalam filem The Man With the Golden Gun, tahun 1974 dijual dengan harga £15,000. Bulan lalu, seorang penggemar kereta Amerika membayar £2.6 juta untuk kereta tahun 1964 Aston Martin DB5, lengkap dengan nombor polis, kerusi pendorong dan kaca anti peluru yang digunakan dalam filem Goldfinger dan Thunderball. Barang-barang lain yang laku dalam lelong barang-barang yang digunakan dalam filem termasuk model dinasaurus dari filem King Kong tahun 1933, berharga £25,000. Celana yang digunakan oleh Christopher Reeve dalam film Superman III pada tahun 1984 juga tidak diminati peserta lelong. - FMT |
| Berita haramjadah dari Berita Harian Posted: 26 Nov 2010 07:17 PM PST Dalam banyak-banyak berita yang boleh ditulis hasil dari Kongres PKR yang sedang berlangsung sekarang di Dewan Sivik MPPJ, akhbar haramjadah ni lebih berminat untuk memasukan berita macam ini di akhbar onlineya. Dengan harapan untuk menunjukkan betapa 'buruk'nya PKR. Aku sokong sangat artikel di Pro PAS Blog - Mari kita sama-sama lingkupkan Bharian Aku baca di Malaysiakini mengenai berita yang sama, dia kata ada la kot dalam 50 yang berdemo tu, tapi dalam laporan Bharian ni dia tak cakap pula ramai mana Hangpa baca la kat SINI harap-harap Bharian juga insyallah akan ikut jejak langkah Utusan pada tahun depan ... rugi, lingkup sebab orang dah meluat nak baca berita-berita bodek najib 1malaysia ni ... BOIKOT BERITA HARIAN |
| PKR : Dakwaan Surat Pemecatan palsu - Polis nak siasat, siasat lah : DS Wan Azizah Posted: 26 Nov 2010 07:00 PM PST SEGAMBUT, 27 Nov - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiada masalah jika polis mahu menyiasat dakwaan bekas setiausaha agungnya semalam bahawa wujudnya surat pemecatan palsu, yang kononnya ditandatangani beliau, pernah dikeluarkan kepada bekas timbalan setiausaha agung P. Jenapala yang mencabar pemilihan pusat minggu lalu. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau dimaklumkan adanya surat sedemikian dalam fail di ibu pejabat dan digunakan untuk menjawab dakwaan Jenapala. Datuk Salehuddin Hashim, yang meletakkan jawatan setiausaha agung PKR Januari lalu, membuat laporan mengenai surat bertarikh 2 Februari 2009 itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur petang semalam. Salehuddin berkata beliau hanya membuat laporan itu sekarang selepas dimaklumkan mengenai kewujudan surat tersebut dua hari lepas oleh peguam Jenapala yang menunjukkan afidavit dari Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail. Beliau dijadual untuk mengadakan sidang media Isnin ini. "Saya hanya melihat surat itu dua hari lalu. Peguam Jenapala bertanya sama ada itu surat saya dan selepas melihatnya ia bukan surat saya. Ia tidak ditandatangan oleh saya," katanya. "Mungkin Jenapala dibuang dengan sebab lain itu saya tak peduli, tapi kalau dia dibuang oleh sebab surat ini, saya marahlah... menganiaya orang sahaja," katanya. Kelmarin, Mahkamah Tinggi menolak saman pemula Jenapala yang memohon untuk mendapatkan perisytiharan bahawa pemilihan bagi jawatan timbalan presiden PKR adalah tidak sah dan terbatal atas alasan tidak mendengar masalah membabitkan parti-parti politik. "Surat itu dalam fail, bila Jenapala kata dakwaan palsu, mereka bukan fail. Kalau Datuk Salehuddin kata palsu, anda kena siasat. Parti sedia untuk disiasat," kata Dr Wan Azizah pada pertemuan dengan The Malaysian Insider di rumahnya di sini malam tadi. PKR mengadakan kongres nasional selama dua hari bermula pagi ini di Petaling Jaya. Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan esok. "Surat itu memang ada dalam fail, kata YB Saifuddin. Tetapi hakim mengatakan bahawa mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar kes... jadi, peruntukan selepas Umno diharamkan sebab itu mereka meminda peruntukan Pendaftaran Pertubuhan," katanya. Bagaimanapun Dr Wan Azizah bimbang pihak polis akan menggunakan kesempatan untuk memeriksa perkara-perkata lain yang tidak berkaitan. "Siasatlah, cuma takut polis datang mereka akan geledah (satu pejabat), benda-benda lain. Kalau berhubung surat itu, tiada masalah... tetapi bukan pada benda lain, bukan alasan untuk memeriksa perkara-perkara lain sebagaimana mereka lakukan ke atas Malaysiakini, bawa semua komputer. "Kalau nak periksa tentang perkara (surat) itu, datang periksa," kata beliau. - TMI |
| Cermin la diri tu dulu wahai Umno - DS Wan Azizah Posted: 26 Nov 2010 05:39 PM PST ![]() SEGAMBUT, 27 Nov — Jika Umno-BN terus mempertikaikan perjalanan pemilihan pusat PKR baru-baru ini, Presidennnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan pihak-pihak terbabit agar mencerminkan diri mereka dengan melihat Laporan Audit Negara yang dikeluarkan setiap tahun. Sehubungan itu Dr Wan Azizah, presiden sulung PKR, yakin dakwaan wujudnya kecacatan dan kepincangan dalam pemilihan, yang menggunakan kaedah langsung bersejarah, tidak akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap PKR dan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13. "Saya kira tidak (akan menjejaskan keyakinan rakyat) sebab, yang pertama BN, apakah yang BN sudah lakukan selepas 53 tahun kita berikan mereka mandat. "Saya tidak mahu cakap banyak, (tengok) Laporan Audit Negara sudah cukup, tiap-tiap tahun Ketua Audit Negara buka, buka... kelemahan yang sama, dibuat heboh besar-besaran dan kemudian diam, kita kena tengok yang itu... bandingkan sahaja, sudah cukup. "Sebab apa? BN, dia mempunyai kuasa, kita tak mempunyai kuasa," kata beliau pada pertemuan dengan The Malaysian Insider di sini malam tadi sempena Kongres Nasional PKR yang bermula hari ini. PKR menyelesaikan proses pemilihan pusat menggunakan sistem satu ahli satu undi baru-baru ini tetapi dicemari dengan dakwaan wujudnya manipulasi dan penyelewengan dalam proses pengundian. Selain calon jawatan timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada persaingan, bekas timbalan setiausaha agung P Jenapala membwa kes dia dilarang bertanding ke mahkamah tetapi permohonannya ditolak. Beberapa pihak minta pemilihan dibatalkan dan diadakan semula. Yang terbaru semalam bekas setiausaha agung Datuk Salehuddin Hashim, yang melepaskan jawatannya Februari lalu, membuat dakwaan surat palsu pemecatan Jenapala kononnya ditandatangani oleh beliau, digunakan sebagai surat sokongan afidavit balas oleh ibu pejabat PKR dalam kes Jenapala itu. Mengulas lanjut, kata Dr Wan Azizah, penilaian seharusnya dibuat secara keseluruhan terhadap Pakatan Rakyat tanpa hanya memfokus pada PKR sendiri. "Jangan lihat pada PKR (sahaja). Lihat dari segi Pakatan, apa yang dilakukan di Selangor, Kedah, Kelantan... ya, Kelantan sudah lama, dan Pulau Pinang.... yang ini yang kita hendakkan, bagaimana ia mencerminkan kalau Pakatan menang," katanya. Mengenai tindakan Zaid pula kata Dr Wan Azizah, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan kelihatan tidak sabar dan seharusnya lebih memahami parti terlebih dahulu. "Apabila beliau hendak bersama kami, kami semua fikir bahawa beliau boleh sertai," kata beliau. Zaid mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru tahun depan susulan keluar PKR. "Saya merasakan beliau kurang sabar," kata Dr Wan Azizah. Mengenai Azmin yang memenangi jawatan timbalan presiden dan akan disahkan esok, kata beliau, Ahli Parlimen Gombak itu seorang pemimpin yang telah terauji dan pemimpin yang setia. "Seorang yang muda, memang sudah lama dengan parti, sudah teruji, setia. Kita mempunyai darah baru Walaupun saya menghargai sangat Dr Syed Husin kerana mencari seorang seperti Dr Syed Husin, saya rasa kehilangan itu masih ada, walaupun saya tahu bahawa kita ini, dalam parti kena ada lapisan muda... kesinambungan itu penting dalam mana-mana perjuangan, tapi kita hendakkan semualah," katanya. Azmin menggantikan Senator Dr Syed Husin Ali yang tidak mempertahankan kerusinya. Pemilihan kali ini juga memilih empat muka baru sebagai naib presiden iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman. Dr Wan Azizah juga mempertahankan pemilihan Nurul Izzah, yang juga anak sulungnya sebagai naib presiden dengan berkata "Puteri Reformasi" itu menang atas kebolehannya sendiri. "Saya tidak berkempen untuk beliau, begitu juga bapanya. Ada laporan yang mengatakan ayahnya tidak gembira, tetapi dia masih menang," kata Dr Wan Azizah. Keputusan tidak rasmi menunjukkan Nurul Izzah mendapat undi terbanyak. "Dia diberi undi kali ini dan seperti yang lain dia kena membuktikan dirinya. Dia berdiri sendiri. Dia sudah dewasa," kata beliau lagi. Sehubungan itu, Dr Wan Azizah juga menolak tanggapan bahawa partinya akan diuruskan secara eksklusif oleh keluarganya ekoran kemenangan Nurul Izzah. "Di sana ada Azmin, Tian Chua, Fuziah dan Mansor. Jadi, kami akan bekerja sebagai satu pasukan," katanya lagi. "Sesiapa yang menang, kami masih dalam pasukan, malah yang kalah juga adalam pasukan kami," katanya lagi. "Sudah tentu kami tidak bersetuju dengan apa saja, tetapi apabila keputusan sudah dibuat, kami datang sebagai satu pasukan," kata Dr Wan Azizah. Mengenai perjalanan pemilihan kali ini, Dr Wan Azizah mengakui ada kelemahan dan kekurangan tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki. "Hendak kata berpuas hati keseluruhan tidak, masih boleh diperbaiki, ada ruang untuk diperbaiki. Itu saya akui, memang ada kelemahan, yang mana perkara yang baik tidak diketengahkan, yang mana kekecohan digambarkan keseluruhan parti, itu tidak baik... tapi saya kira tidak, keseluruhan OK. Yang mana yang tidak betul, kita betulkan," katanya lagi. "Ini pertama kali (pemilihan berlangsung) dalam suasana yang begitu mencabar kerana BN, yalah macam (saya) katakan BN ada segala-gala mekanisme, 'instrumental power'... ini satu percubaan, permulaan. "Saya tidak mahu mencari alasan... niat murni, niat baik kita, dalam pemilihan kali ini, dengan segala keterbatasan, kita berapa peratus.... tak perlu kira peratuslah, ini ada 70,000 ahli mengundi berbanding dengan 2,000 perwakilan dalam Umno, bagi satu parti yang sudah lama, yang lebih setengah abad berbanding dengan kita (PKR hanya) 11 tahun. "Kita baru hendak masuk ambil UPSR, tak boleh banding, niat hati kita bagus, murni, baik... saya kira kita bolehlah perbaiki keadaan, cuba sedaya upaya kita boleh baiki... itu proses kematangan, macam kita masak nasi pun, kalau silap, ia boleh rosak," kata beliau sambil mengakui bahawa "persiapan macam cukup tak cukup" dan lebih-lebih lagi selepas Salehuddin keluar parti. Ketika ditanya sama ada beliau kecewa dengan dakwaan-dakwaan kecacatan dan kepincangan, Dr Wan Azizah berkata, "kalau anda tengok, ada dakwaan, memang persepsi kata kita tidak ambil tindakan." "Macam Dr Molly (Cheah) kata, macam mana anda tahu kami tidak ambil tindakan, dalam mesyuarat kami ambil tindakan, yang ini yang ini... tetapi katakanlah dakwaan mengatakan benda ini (kepincangan) berlaku, kita hendak bukti, penelitian tentang apa yang berlaku... kalaupun kalau kita dapati ada video ini berlaku, memang kita hantar kepada jawatankuasa disiplin, itu memang tak kira siapa, tetapi mestilah kita ada satu badan yang kita anggap berkecuali yang menangani dan melihat kembali apa masalah yang kita hadapi," katanya. - TMI |
| Ajaran sesat - Halal makan tulang babi Posted: 26 Nov 2010 04:56 PM PST ![]() PUTRAJAYA: Kegiatan ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) yang antaranya menghalalkan tulang babi dimakan dikesan bergerak semula di negara ini selepas penahanan 21 pengikutnya selepas mereka melakukan solat Jumaat di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam. Kegiatan ajaran sesat yang dipercayai didalangi lelaki warga Indonesia itu menjadikan surau berkenaan sebagai markas sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kira-kira jam 1.40 tengah hari. Sebelum serbuan, beberapa penguat kuasa Jais menyelinap ke dalam kumpulan terbabit yang taksub mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang disampaikan lelaki itu. Selepas mereka selesai bersolat, penguat kuasa Jais mengepung surau itu dan menahan 21 pengikut kumpulan itu yang turut membabitkan beberapa wanita. Mereka yang berusia antara 20-an hingga 50-an, sebahagiannya ditahan di dalam sebuah rumah berhampiran surau itu dan kebanyakan mereka warga Indonesia. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata ajaran sesat IJ sudah diwartakan haram sejak 1980-an selepas ia didapati bertentangan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini. Menurutnya, ajaran itu dibawa dari Indonesia dan disebarkan di kalangan penduduk tempatan yang terpedaya kerana ingin menggunakan jalan singkat bagi mendekatkan diri dengan Allah. "Antara kepercayaan pengikut kumpulan itu ialah tulang babi halal dimakan, yang haram daging babi saja. Jelas pegangan ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar," katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau berkata, serbuan semalam dilakukan pihaknya selepas siasatan dan pemantauan Jais mendapati kumpulan ajaran sesat itu cuba mengembangkan ajaran mereka bukan saja di kalangan pendatang Indonesia, tetapi juga kepada penduduk tempatan. Menurutnya, tindakan pengikut ajaran itu yang mengadakan solat Jumaat dengan jumlah makmum hanya 20 orang satu lagi bukti kesesatan mereka. Selain itu, kata Khusrin, satu lagi kesalahan mereka yang jelas ialah melakukan solat Jumaat di surau yang tidak pernah diberikan tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan menjadikan surau itu sebagai markas menyebarkan ajaran sesat terbabit. "Jais serius untuk memastikan ajaran sesat terbabit tidak terus berkembang. Sebab itu kami menempatkan 'orang kita' dalam kumpulan itu ketika mereka melakukan solat Jumaat tadi (semalam). "Dengan tindakan itu, Jais berharap dapat memiliki bukti kukuh, malah selepas ditahan semua mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kajang untuk didakwa atas kesalahan menjadi pengikut ajaran yang difatwakan sesat," katanya. Sementara itu, portal e-Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan antara penyelewengan pengikut IJ ialah mendakwa kumpulan mereka saja mengamalkan cara Islam sebenar manakala bukan ahli dianggap kafir. Pengikutnya juga dibenarkan melakukan solat Jumaat di rumah, menganggap lelaki dan perempuan ajnabi tidak batal wuduk jika bersentuhan, selain mengeluarkan hukum binatang yang mati di perkampungan orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan - Metro |
| Siapa sebenarnya berbahaya Ezam? - Nurul Izzah Posted: 26 Nov 2010 05:17 AM PST November 26, 2010 — Merujuk kepada kenyataan terbaru bekas ketua AMK Ezam Mohd Nor yang berdasarkan fitnah dan bukan fakta bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah perosak perpaduan Negara dan juga telah memaksa beliau untuk menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebenarnya adalah satu usaha mengelirukan rakyat. Perihal perpaduan Negara, Dato' Seri Anwar adalah sebenarnya pemimpin yang telah melahirkan sebuah parti politik berbilang bangsa yang telah dikembangkan kepada Pakatan Rakyat yang komited kepada falsafah 'Ketuanan Rakyat' berbanding dengan falsafah BN yang pada pokoknya berpegang kepada 'Ketuanan UMNO ' yang mengamalkan rasuah politik untuk memaksa parti-parti berdasarkan kaum seperti MCA dan MIC untuk bertuankan UMNO. Pendekatan Pakatan Rakyat ini telah pun disahkan kemurniannya apabila baru-baru ini UMNO telah menggunakan rasuah politik terbaru dengan membuka keahlian terus ke dalam BN. Pegangan dan pandangan Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai DEB sememangnya jelas dan jitu di mana beliau tidak persoalkan tujuan DEB tetapi mempersoalkan pelaksanaan dan penyelewengan DEB untuk keuntungan golongan kecil bergelar kroni. Mungkin DEB mesti ditukarkan namanya kepada DEK, iaitu Dasar Ekonomi Kroni? Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengupas dengan teliti bahawa penyelewengan pelaksanaan DEB untuk keuntungan kroni telah merugikan rakyat apabila Negara menghadapi kehilangan keyakinan dunia dengan kemerosotan FDI yang parah, kelemahan sistem pendidikan yang hanya mampu melahirkan golongan pekerja yang 80 peratus berkelulusan SPM sahaja, ketirisan ekonomi melalui penswastaan dan pemberian konsensi penjanaan kuasa dan lebuhraya tol yang berat sebelah, pembaziran melalui projek-projek mega, pemberian komisyen tinggi untuk pembelian oleh kerajaan, kenaikan kos sara hidup yang tinggi dan kejatuhan pendapatan rakyat, penghijrahan tenaga profesional ke luar negara dan tahap hutang negara yang membimbangkan, kesemuanya telah melemahkan daya saing negara dengan tenatnya. Dan pendekatan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah terbukti kebenarannya apabila kerajaan di dalam Model Ekonomi Baru telah menyatakan akan melaksanakan tindakan afirmatif (affirmative action) berdasarkan keperluan (needs-based) dan bukan perkauman (race-based) seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini. Mengenai bahaya salah guna kuasa, rakyat dapat melihat dan menjadi saksi bagaimana institusi kehakiman dipergunakan untuk meneruskan tuduhan fitnah dan palsu kes liwat kali kedua terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Proses siasatan dan bahan bukti yang tidak mengikut piawaian asas keadilan hanya menambahkan kehilangan kepercayaan bukan sahaja rakyat tetapi seluruh dunia terhadap kerajaan cukup mengaibkan. Oleh demikian, saya amat pelik apabila Ezam yang menjadi pengasas GERAK dan ketika itu cukup bangga menerima gelaran Pejuang Rasuah No.1 telah bertukar nada daripada 'Kotak Rahsia' kepada 'Katak Rasuah' dengan propaganda untuk menjadi pelindung, pejuang dan pencanang amalan rasuah politik BN, rasuah ekonomi DEB dan rasuah kuasa Kehakiman pula. Oleh itu, siapa sebenarnya berbahaya kepada BN dan siapa sebenarnya berbahaya kepada Negara? — www.nurulizzah.com |
| Perbicaraan Liwat II DSAI sekarang tidak adil - Majlis Peguam Posted: 26 Nov 2010 03:02 AM PST Majlis Peguam berpendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat perbicaraan adil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terus menafikan beliau akses terhadap dokumen-dokumen relevan bagi membela diri. Presidennya, Ragunath Kesavan dalam satu kenyataan berkata keputusan mahkamah itu sebagai regresif dan tidak memberikan hak perbicaraan yang adil kepada tertuduh. "Mereka (Mahkamah) telah 'melemahkan' prinsip penting ini (untuk memastikan perbicaraan adil)," kata beliau merujuk kepada seksyen 51 A Kanun Prosedur Jenayah yang merangkumi hak untuk mendapatkan dokumen dan maklumat dalam perbicaraan. Mahkamah sebelum ini menghalang pasukan pembelaan Anwar daripada meneliti tiga nota klinikal doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang melakukan pemeriksaan awal terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar juga tidak dibenar mendapat kenyataan Mphd Saiful kepada polis dan bahan bukti lain. Semalam pula, mahkamah hanya membenarkan Anwar mendapatkan laporan proforma yang disediakan oleh pakar patologi HKL, Dr Siew Shueue Feng. Laporan proforma ialah borang atau senarai yang disediakan oleh doktor sebelum melakukan pemeriksaan terhadap seseorang pesakit. Ragunath berkata juga menerangkan seksyen 51 A Kanun Prosedur Jenayah bertujuan mengimbangkan hak pendakwaraya dan peguambela demi menentukan keadilan perbicaraan. "Kami percaya seksyen 51 A ini dibuat bagi permantapkan prinsip pengawalan terbitan dokuman dan kerajaan menzahirkan niat mereka untuk menambah ketelusan dan keadilan dalam sistem pengadilan jenayah negara ini," katanya. Antara dokumen lain yang juga dihalang akses kepada Anwar adalah laporan ahli kimia, nota-nota perubatan, rakaman CCTV, sampel DNA, kenyataan saksi dan senarai saksi. Menurut Ragunath, amat penting bagi pasukan pendakwaan membentangkan semua maklumat kepada mahkamah agar hakim boleh membuat keputusan yang adil dan tidak berat sebelah. "Adalah tanggungjawab semua pihak termasuk hakim untuk memastikan pihak pendakwaan mematuhi seksyen ini dan memberi maklumat kepada pihak terbabit dan menunjukkannya di mahkamah," katanya. Ragunath berkata keengganan mendedahkan dokumen atau maklumat akan menjejaskan persepsi awam terhadap sistem perundangan negara ini. "Majlis Peguam mendesak mahkamah melaksanakan seksyen ini... bagi mengekalkan hak seseorang tertuduh dan bagi menegakkan keadilan. Perkara ini bukan saja relevan dalam kes Anwar tapi juga demi kepentingan seluruh sistem kehakiman," katanya lagi - mkini |
| Himpunan Penyair-Seniman-Budayawan 1 Muharam di Madrasah Tarbiyah, Gombak Posted: 26 Nov 2010 02:48 AM PST Oleh Nazli IbrahimPETALING JAYA: Satu himpunan penyair, seniman dan budayawan akan diadakan bagi menyuarakan kebimbangan para penggiat seni tentang kepupusan kampung-kampung dari peta Kuala Lumpur. Menurut penyair terkenal negara, Pyanhabib himpunan tersebut yang dinamakan Himpunan Penyair-Seniman-Budayawan 1 Muharam tersebut bakal diadakan di Madrasah Tarbiyah, Kampung Bandar Dalam, Gombak pada 7 Disember akan datang ini. "Ini sekadar solidariti rakan-rakan seniman-budayawan-pelukis-penulis-pemuzik kepada budayawan pelukis-penulis Prof. Dr Siti Zainon Ismail yang kampung kelahirannya di situ. "Pada hari itu akan diadakan pameran lukisan, baca puisi dan muzik," kata beliau kepada FMT hari ini. Menurut beliau, himpunan tersebut diadakan bagi menyuarakan kebimbangan aktivis seni apabila tujuh buah kampung terakhir yang masih wujud akan mengalami nasib yang sama seperti mana kampung-kampung lain yang telah dihapuskan. "Apabila beberapa buah kampung yang masih wujud dalam sekitaran kota metropolitan Kuala Lumpur ini hendak dihapus dan dipadamkan daripada peta tamadun kebanggaan kita, apakah kita sebagai manusia tidak tersentuh apa-apa?," ujar beliau. "Tentu cantik kalau kampung-kampung yang dikenalpasti bukan perkampungan haram seperti tujuh kampung sekitar Bandar Dalam ini dibiarkan wujud. "Bertaraf haramkah kampung yang usianya 150 tahun dibiarkan wujud, dibina prasarana yang suasananya khusus `kampung' dan kita pun boleh berbangga di tengah bandar raya masih wujud kampung tradisi. "Kalau kita boleh bina bangunan tinggi, apa salahnya kampung tradisi dibiarkan wujud? Kalau alasan kampung tradisi itu membiakkan pendatang, boleh sahaja bertindak halau pendatang beserta tuan-tuan rumah yang membiakkan pendatang itu, bukan menghapuskan satu kampung! "Kalau saya menteri yang berkuasa, saya akan pelihara kampung ini dengan segala kemudahan infrastruktur tetapi dikekalkan sebagai kampung tradisi. Dengan kekalnya kampung tradisi ini sekurang-kurangnya kita juga sudah menyelamatkan alam sekitar!," ujarnya. Selain itu, orang ramai turut dijemput untuk menyumbangkan sebarang karya seni dengan menghantar puisi, lukisan, sketsa atau fotografi yang bermanifestasikan kepada kepupusan kampung-kampung ini ke emel pyanhabib@gmail.com. "Tugas saya hanya mengumpul puisi untuk dibukukan. Berdasarkan puisi yang terkumpul setakat ini, hampir 50 buah puisi dikirimkan kepada saya," katanya lagi. Acara yang menghimpunkan penyair dan aktivis seni lain tersebut akan dimulakan pada jam 5.00 petang dan diikuti pembacaan puisi pada sebelah malamnya dan terbuka untuk orang ramai tanpa mengira latar belakang politik dan sebagainya. "Apa pun sangat dialu-alukan penyertaan rakan-rakan tanpa kira fahaman politik dan NGO. Sama ada anda Umno, PAS, PKR, MIC, MCA atau Perkasa, anda dialu-alukan sertai solidariti seniman-budayawan ini," menurut beliau. Sebelum ini, tujuh buah kampung tradisi di pinggir Kuala Lumpur, bersempadan dengan daerah Gombak, telah dilibatkan dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 atau juga disebut Draf KL 2020. Tujuh buah kampung tersebut ialah Bandar Dalam, Padang Balang, Puah, Puah Seberang, Chubadak, Sungai Merali dan Sungai Mulia - FMT |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan