Jumaat, 26 November 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ADUAN POLIS, PEMECATAN JENAPALA ADALAH SAH - SAIFUDDIN NASUTION

Posted: 26 Nov 2010 11:00 PM PST

Oleh Suara Keadilan

sn_kongresPETALING JAYA 26 Nov - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail berkata pemecatan Timbalan Setiausaha Agung P Jenapala sebagai ahli adalah sah berdasarkan kepada rekod yang disimpan di ibu pejabat parti.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat oleh bekas Setiausaha KEADILAN, Datuk Salehuddin Hashim hari ini yang mendakwa surat bertarikh 2 Februari 2009 yang ditandatanganinya dan dijadikan asas pemecatan Jenapala adalah palsu.

"Saya lihat surat itu, saya beritahu kepada pihak media bahawa Jenapala dipecat," kata Saifuddin pada sidang media di Kongres Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita di sini petang tadi.

Saifuddin berkata sebagai Setiausaha Agung beliau akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis malah mengalu-alukan sebarang siasatan.

Beliau menggantikan Salehuddin sebagai Setiausaha Agung bermula 1 Februari lalu.

Jenapala pula menyertai KEADILAN pada Mei 1998, dan dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung pada awal 2008 beliau meletak jawatan pada penghujung tahun tersebut.

Pada pukul 3.00 petang tadi Salehuddin membuat laporan di balai polis Dang Wangi dengan harapan pihak polis akan menyiasat dalang di belakang pemalsuan surat atas nama beliau itu.

"Saya mengetahui kewujudan surat ini setelah peguam dari plaintif kes Saman Pemula No: R1-24-104-2010 menunjukkan kepada saya afidavit dari Saifuddin Nasution Ismail, setiausaha agung PKR sekarang, yang menyatakan satu daripada sebab-sebab beliau bertindak dalam kes itu adalah berdasarkan surat tersebut, yang seperti telah saya nyatakan adalah sepucuk surat palsu.

"Saya yakin surat palsu tersebut telah melanggar undang-undang jenayah dan sivil serta menganiayai saya, seolah-olah saya seorang yang melakukan perkara-perkara yang tidak benar dan tepat," kata beliau dalam satu kenyataan./SK

JAMBATAN BENGKOK - MAHATHIR CUBA MENIPU RAKYAT JOHOR ?

Posted: 26 Nov 2010 09:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TUN Mahathir sebelum ini merapu apabila meminta semua ahli PKR `bertaubat' dan kembali kepada Umno. Selepas kenyataannya itu, berbagai pihak terus meminta Mantan PM itu bertaubat kerana beliaulah punca kepada perpecahan masyarakat Melayu dan Islam termasuk menghina institusi Raja-Raja sepanjang pemerintahan `diktatornya'. Terbaru, Tun Mahathir terus merepek lagi dengan mendakwa rakyat Johor ramai menolak Bn di dalam Pilihanraya Umum yang lalu hanya kerana `jambatan bengkok'. Baca di sini.

Pasal jambatan bengkok pun rakyat Johor banyak mengubah sokongan kepada Pembangkang? Ternyata Tun Mahathir sudah tidak waras lagi. Jika begitu, di Perak, Selangor, P.Pinang, Kedah dan beberapa negeri lain ramai yang menolak Bn sehingga Kerajaan Bn hilang majoriti 2/3 itu juga adalah kerana `jambatan bengkok'? Kita tahu mengapa beliau terlalu kecewa apabila jambatan bengkok sebagai pengganti Tambak Johor yang dirancang olehnya dulu dibatalkan oleh Pak Lah apabila beliau menjadi PM. Sebab itulah beliau tidak duduk diam mengganggu pentadbiran Pak Lah ketika itu sehingga sampai tahap beliau sanggup keluar dari menganut fahaman Umno.

Mahathir mahu namanya terukir indah sepertimana apabila orang melihat ketinggian Menara KLCC, pasti orang terbayang pada wajah beliau. Masalah untung ruginya bangunan itu Mahathir tidak ambil kisah. Beliau juga mahu apabila jambatan bengkok itu berjaya dibina, namanya akan dikenang. Tentulah marah bukan kepalang Tun Mahathir kepada Pak Lah kerana menghentikan jambatan bengkok tersebut. Tidak menerima idea dan perancangan Tun Mahathir seolah-olah menghinanya. Tidak hairanlah, sehingga sekarang beliau tetap menuntut jambatan itu dibina. Jika boleh, mungkin beliau mahu jika beliau mati nanti beliau akan disemadikan di bawah jambatan itu.

Tun Mahathir lupa, setiap PM selepasnya mahu mencipta sesuatu untuk kemegahan buat diri sendiri dan ingin mencipta nama sepertimana Tun Mahathir mencipta nama walaupun nama yang buruk. Jika Mahathir boleh cipta nama dengan KLCC, Pak Lah juga mahu cipta nama. Sekarang, Najib pun mahu cipta nama juga dengan perancangan membina bangunan 100 tingkat lebih tinggi dari 88 tingkat yang Tun Mahathir bina. Masalah ada untung atau rugi, masalah membazir atau tidak, rakyat semakin senang atau susah, kesemua mereka ini tidak peduli.

Pandangan Tun Mahathir bahawa rakyat Johor menolak Bn hanyalah kerana jambatan bengkok adalah satu pandangan yang cuba menipu rakyat Johor. Rakyat Johor cuba diperbodohkan oleh Mantan PM ini. Rakyat Johor sekarang mahu lebih dari jambatan bengkok yang mungkin hanya dapat memberi keuntungan dan kekayaan kepada beberapa kroni pemimpin Umno sahaja. Rakyat Johor tidak mahu menjadi seperti rakyat Terengganu yang tetap susah dan miskin walaupun dibina Masjid Kristal dan penganjuran Moonsun Cup itu./wfauzdin.blogspot.com

TIDAK TOLAK GAMBAR SEBAGAI BUKTI PENYELEWENGAN - SAIFUDDIN

Posted: 26 Nov 2010 08:00 PM PST

PKR nafi gambar 'bukti' penyelewengan

Jimadie Shah Othman
Nov 26, 10

PKR menafikan terdapat pengawas pemilihan parti itu yang terlibat dalam penyelewengan dan kecacatan dalam perjalanan pemilihannya, termasuk meminta anggotanya memilih calon tertentu.

NONESetiausaha agungnya, Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan gambar yang disiarkan di Malaysiakini dan The Star hari ini, anggota yang ditunjukkan sebenarnya bukanlah pengawas.

"Kedua-duanya bukan pengawas. Saya kenal mereka," katanya merujuk kepada gambar yang memaparkan seorang lelaki memakai lencana calon timbalan presiden Azmin Ali.

NONEMalaysiakini dan The Star hari ini melaporkan terdapat beberapa gambar didedahkan berhubung dakwaan salah laku dalam pemilihan yang dikesan di Merbok, Kubang Pasu dan Bukit Katil.

Sementara itu, merujuk kepada dakwaan bahawa seorang pengawas pemilihan di Merbok yang memberi arahan memangkah calon tertentu, Saifuddin berkata perkara itu sebenarnya tidak berlaku.

Sebaliknya, beliau yang juga ahli parlimen Machang berkata, pengawas berkenaan sebenarnya hanya membantu, memandangkan terdapat anggota PKR yang tidak boleh membaca dan menulis.

NONEKatanya, perkara itu merupakan amalan biasa seperti diamalkan dalam pilihan raya umum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Lagi pun senarai calon panjang, bukan seperti pilihan raya umum, ada dua atau tiga calon sahaja. Untuk Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sahaja kita ada 20 calon," katanya merujuk kepada gambar di cabang Merbok, Kedah.

Sambil menegur media yang didakwa memberikan "konotasi negatif", Saifuddin menjelaskan setakat ini tiada sebarang aduan diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP),

"Macam mana saya hendak siasat kalau aduan dihantar kepada pihak media, kepada Regina tetapi tidak sampai ke meja JPP. Baik saya lantik (wartawan Malaysiakini) Regina jadi anggota JPP," katanya berseloroh.

Bagaimanapun, Saifuddin menjelaskan, pihaknya tidak menolak gambar sebagai bahan bukti./Malaysiakini

BEKAS UMNO, PAS DAN PKR JADI AHLI PARTI BARU - ZAID

Posted: 26 Nov 2010 07:00 PM PST

Zaid tubuh parti baru Januari ini

Nov 26, 10

Bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan akan menubuhkan parti baru pada Januari depan.

Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya di ibunegara malam ini, Zaid berkata butiran lanjut mengenai nama parti, bentuk perjuangan dan organisasi parti baru itu akan diumumkan Januari ini.

NONEBeliau, bagaimanapun, memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menggunakan nama 'Keadilan' atau Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) dalam penubuhan parti baru itu kelak.

"Nama itu (keadilan) biarlah mereka sahaja yang pakai, begitu juga nama AKIM," katanya ketika ditanya pemberita kemungkinan beliau akan menggunakan nama itu seperti mana yang diandaikan beberapa penulis blog.

Ditanya sejauh mana keyakinannya untuk menubuhkan parti baru itu, Zaid berkata: "Saya ingin memberi keyakinan kepada kawan-kawan bahawa kita akan ada parti baru dalam negara...saya beri keyakinan bahawa kita bukan parti kecil...kita akan jadi kuat dan besar."

Mengenai sokongan kepada parti baru itu, Zaid berkata, walaupun tidak akan mendapat sokongan seratus-peratus, namun beliau yakin akan mendapat sokongan besar bukan sahaja daripada bekas anggota PKR tetapi juga Umno dan PAS.

Sebelum sidang akhabr itu, Zaid, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, mengadakan majlis untuk meraikan para penyokongnya daripada Johor, Kedah, Perak dan Melaka.

Ditanya sama ada dengan penubuhan parti baru itu sekaligus membuktikan dakwaan bahawa beliau sememangnya 'kemaruk' untuk menjadi presiden parti, Zaid sinis berkata: "Kalau saya tidak buat parti baru pun memang sudah dituduh sebegitu, jadi biarlah saya menjayakan harapan mereka itu."

Zaid menyifatkan perjuangan politiknya masih belum selesai apabila beliau membuat keputusan untuk keluar daripada PKR.

Pada 8 November lalu, Zaid yang menyertai persaingan untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan kali ini, bertindak keluar dari parti itu.

- Bernama

PESANAN TERBUKA BUAT SDR SHAMSUL DAN CHEGU BARD

Posted: 26 Nov 2010 01:51 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SEDIH juga apabila mendengar khabar bahawa dewan di mana berlangsungnya Kongres PKR agak lengang ketika mana Ketua AMK menyampaikan ucapan. Diberitakan hanya 200 perwakilan, dan ada yang kata 400 perwakilan sahaja yang berada di dalam dewan tersebut.

Ramai di antara kita faham mengapa situasi ini berlaku. Mungkin ada yang merajuk, berkecil hati, marah atau sebagai tanda protes kepada keputusan yang diumumkan bagi jawatan Ketua AMK. Mengapa demikian? Tidak perlu diulas lagi kerana sebelum ini di merata-rata blog telah menceritakan segalanya.

Saya cuma ingin mengulas samada AMK masih lagi dianggap barisan hadapan di dalam PKR. Jika dilihat suasana semalam, sukar untuk mencari jawapannya. Saya tidak tahu samada situasi ini terjadi diwaktu Ketua AMK berucap sahaja, mungkin pada ketika persidangan atau perbahasan nanti situasi bakal berubah. Sekiranya keadaan sedemikian berterusan sehingga tamatnya kongres nanti, maka berjayalah musuh parti untuk melihat AMK menjadi lemah dan lesu, lebih teruk lagi AMK bakal berpecah belah.

Jangan salahkan yang berbaju biru laut, tidak juga boleh disalahkan kepada yang `berbaju hitam' sepanjang kongres ini. Mereka semua adalah ahli parti, tetapi ada yang kurang sayang pada parti dan ada yang terlebih sayangkan parti. Ada golongan yang semenjak awal lagi mahu melihat parti ini menjadi parti yang bermaruah, telus dan adil. Terdapat juga golongan yang tidak berbuat apa-apa cuma menanti apa yang parti boleh berikan pada dirinya. Tetapi, mereka semua ahli parti.

Golongan yang mendapat tempat di dalam parti selepas pemilihan ini tidak boleh mendabik dada dengan apa yang mereka perolehi kerana kenyataannya boleh dilihat dari suasana sepi di dalam dewan. Adakah di dalam keadaan sedemikian, kita boleh meraikan kemenangan yang dicapai dengan rasa megah? Bagi satu pihak yang tidak bernasib baik pula, mereka juga tidak boleh mendakwa mereka `menang' dengan `menghukum' parti dengan tindakan seolah-olah memulaukan program parti.

Pemenang dan yang tewas, kedua-duanya tidak menang di dalam ertikata sebenar. Di dalam keadaan sedemikian, pemenangnya adalah musuh parti. Mereka sebenarnya tidak peduli siapakah Ketua AMK. Apa yang mereka mahu lihat adalah AMK tidak lagi seutuh dulu. AMK sudah tidak boleh berganding tangan dan bahu untuk melawan mereka. AMK sudah tewas di dalam gelanggangnya sendiri, bukan berdepan dengan Umno/Bn, tetapi tewas sesama mereka. Itu yang musuh parti mahu lihat.

Saya mengharapkan agar `kemenangan' yang diperolehi oleh musuh parti ini tidak lama dan kekal. AMK harus membuktikan bahawa musuh parti di luar sana silap jika ingin melihat AMK berpecah-belah. Pada waktu inilah jika kita ingin melihat mana-mana pemimpin atau ahli yang sanggup menjadi `lilin' untuk menerangi parti yang jauh lebih penting dari individu.

Setelah kita berusaha, kita patuhi arahan parti, kita kritik dan tegur parti, maka kita sudah dianggap berjaya sebenarnya sebagai seorang pejuang. Selebihnya, kita serah pada Allah yang maha kuasa. Tentulah ganjaran dari Allah lebih hebat dari apa yang sepatutnya kira terima di dunia ini. Selamat Berjuang Wahai AMK./wfauzdin.blogspot.com

FITNAH DARI MEDIA - SAIFUDDIN

Posted: 26 Nov 2010 11:00 AM PST

Harakahdaily

PETALING JAYA, 26 Nov: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail mendakwa media arus perdana sengaja memburukkan parti itu dengan menggunakan gambar-gambar dan keterangan yang mengelirukan rakyat dalam proses pemilihan parti.

Saifuddin dalam sidang media di Kongres Nasional PKR hari ini merujuk satu gambar yang memaparkan seorang pengawas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sedang menuding jari kepada seorang ahli yang sedang mengundi.

"Sedangkan, pengawas itu sedang membantu seorang pengundi yang buta huruf. Senarai calon panjang, bukan seperti pilihan raya umum yang ada dua atau tiga calon sahaja. Untuk MPP sahaja, kita ada 20 calon," katanya yang juga ahli Parlimen Machang.

Menurut Saifuddin, insiden di Cabang Merbok itu digembar-gembur akhbar The Star, seolah-olah gambar berkenaan menjadi bukti sahih hingga mendorong pembaca menyangka 'penyelewengan' sedemikian benar-benar berlaku.

Dalam laporan sebuah portal pula, beliau berkata, media itu menyiarkan gambar kiriman ahli parti dengan merujuk individu yang sedang mengundi adalah seorang pengawas JPP sedangkan ia tidak benar.

Beliau turut hairan apabila aduan beserta gambar yang diemel kepada portal berita itu tidak disalurkan kepada JPP.

"Bagaimana kita hendak siasat jika aduan dihantar kepada Regina (wartawan Malaysiakini) tetapi tidak sampai ke meja JPP?" katanya berseloroh.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, hanya 12 aduan peringkat cabang dari 289 keseluruhan aduan yang masih dalam siasatan manakala sembilan lagi di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sedang diteliti/Harakahdaily

DUA WANITA INI BERJAYA TEWASKAN EZAM SESUMPAH

Posted: 26 Nov 2010 09:56 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMBACA tulisan di sini, ada `nasi tambah' sedikit. Ezam raja sesumpah semasa berucap di dalam satu program anjuran MCA Kelang menuduh bahawa DS Anwar adalah orang yang teramat bahaya untuk semua kaum di negara ini. Wah, berubah rentak `Senatak' (Senator Katak) Ezam nampaknya, maklumlah kali ini bercakap di hadapan kaum Cina.

Semua tuduhan Ezam sesumpah hanya layak dijawab oleh anak perempuan DS Anwar iaitu YB Nurul Izzah dan beliau telah pun menjawabnya secara lebih berfakta dari omongan kosong pencacai Umno itu. Sebelum ini, di merata pelusuk negara Ezam sesumpah melabelkan DS Anwar amat bahaya kepada kaum Melayu dan Islam kerana DS Anwar kununnya begitu menyanjung kaum Cina dan DAP. Itu `fesyen lidah biawak' adik beradik lidah sesumpah. Percakapannya berubah mengikut tempat seperti juga binatang sesumpah.

Tidak seperti DS Anwar, di mana sahaja beliau berucap beliau tetap konsisten dan berprinsip. "Melayu susah kita bela, Cina susah kita bantu dan India serta semua kaum kita bantu". Itulah ayat yang sering dibawa oleh DS Anwar hatta ke luar negara sekali pun. Jauh beza dengan Ezam sesumpah ini. Darihal perjuangan, mengapa beliau keluar dari Keadilan, isu rasuah, kezaliman, ISA dan bermacam isu lagi tidak pernah konsisten dari Ezam sesumpah, malahan banyak isu penting yang beliau perjuangkan dahulu sewaktu berada di dalam PKR, kini isu tersebut disorokkan di dalam `kotak-kotak'nya.

Di hadapan kaum Melayu beliau bercakap DS Anwar pengkhianat Melayu dan lebih membela kaum Cina dan India. Di hadapan kaum Cina, DS Anwar dilabelkan berbahaya kepada semua kaum. Ezam sesumpah juga pernah memuji PAS dan cuba menjadi `batu api' agar PAS lebih layak menjadi MB di Selangor. Apabila Umno berhadapan dengan PAS di dalam mana-mana PRK, Ezam sesumpah mengutuk PAS pula kerana dikatakan sentiasa melutut kepada DAP. Ini lah wajah orang yang akan `menjilat' apa sahaja asalkan dapat cari makan.

Yang pasti, ke mana sahaja Ezam sesumpah pergi, nama DS Anwar tidak lekang dari mulutnya. Tepat seperti dakwaan ramai orang, Ezam sesumpah kini `gila talak' dengan DS Anwar. `Kotak-kotak' yang dahulunya beliau canang mempunyai banyak kes rasuah pemimpin Umno untuk didedahkan, kini isu kotak dimatikan. Terpaksa dimatikan kerana Ezam sesumpah kini berada di dalam satu kapal dengan Najib dan `sedarah' pula dengan Rafidah Aziz yang kerana mendedahkan fail rasuah tokoh inilah Ezam sesumpah disumbatkan ke penjara. Kini, beliau `bersilaturrahim' dengan bekas Ketua Wanita Umno ini.

Tahniah, buat Rafidah seorang wanita yang berjaya menundukkan `kejantanan' Ezam sesumpah. Tahniah juga buat YB Nurul yang juga dapat menundukkan `jantan' ini. /wfauzdin.blogspot.com

KONGRES PKR - HARI PERTAMA, JAKET HITAM CHEGU BARD

Posted: 26 Nov 2010 09:00 AM PST

Fariz rayu 'kedudukan baik' untuk Chegubard

Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri
Nov 26, 10

Timbalan ketua Pemuda PKR (AMK) sesi lalu Fariz Musa berharap kepimpinan baru sayap kanan parti itu tidak mengetepikan calon ketuanya Badrul Hisham Shaharin setelah mendapat mandat baru dalam sesi kali ini.

"Saya minta kawan-kawan kita daripada (kem) Badrul, saya syor Badrul diundang dalam AMK dan diberikan kedudukan baik supaya kedua gabungan tenaga ini berada dalam AMK.

"Kita mesti bekerja kerana fokus utama selepas ini untuk kita tawan Putrajaya," katanya ketika berucap kali terakhir kongres sayap itu di Petaling Jaya hari ini.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan penggulangannnya, Fariz yang tidak mempertahankan kerusinya kerana 'lebih umur' malah berkata, beliau merayu perkara itu dengan nama Allah.

"Tolong hentikan, saya merayu dengan nama Allah, saya rayu dan harap hentikan sengketa (sesama kita). Selesaikanlah," katanya.

Nada yang hampir sama disuarakan oleh naib ketuanya sesi lalu Amiruddin Shari yang tidak mempertahankan jawatannya ekoran regunya Rafizi Ramli tidak meneruskan hasrat bertanding sebelum ini.

"Yang sudah, sudahlah. Yang lepas, lepaslah. Yang menang, menanglah. Yang tewas-tewaslah.

"Yang pasti selepas ini kita harus beri keadilan dan bebeasan pada rakyat," katanya sambil menegaskan cabaran besarnya untuk mendepani 4.6 juta pengundi baru.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shamsul Iskandar ketika ditanya berhubung kesediannya melantik Badrul Hisham ke dalam barisan kabinet barunya kelihatan tidak menyatakan 'kesanggupan' yang benar-benar pasti.

"Kita menerima sesiapa sahaja. Saya tak nampak ada masalah besar (melantik Badrul)," katanya.

Terdapat lima kerusi lantikan untuk exco.

Manakala Badrul Hisham pula ketika ditemui di luar Dewan Sivik MBPJ - tempat persidangan berlangsung - berkata tidak timbul perkara itu kerana "sesiapa saja yang memperjuangkan keadilan adalah kawan".

Beliau juga menafikan terlibat dalam demonstrasi "baju hitam" yang menyokongnya petang ini.

"Saya gemuk, hendak nampak kurus," katanya sambil ketawa ketika ditanya kenapa beliau sendiri memakai jaket hitam.

Dalam keputusan rasmi pemilihan AMK yang diumumkan lewat petang ini, Shamsul Iskandar mempertahankan jawatannya mengalahkan Badrul Hisham.

Jumlah undi yang diterima mereka tidak diumumkan./Malaysiakini

RAKYAT SELANGOR, KL JOM BERARAK KE ISTANA NEGARA

Posted: 26 Nov 2010 08:30 AM PST

Rakyat Selangor Dijemput Iringi MB Serah Memo Pada YDP Agong
25/11/2010


SHAH ALAM 25 NOV : Rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dijemput mengiringi Menteri Besar Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada 5 Disember ini.

Exco Selangor, Dr Halimah Ali dalam satu sesi dialog berkenaan isu air bersama guru-guru besar di seluruh Selangor hari ini menyeru rakyat Selangor untuk bangkit berjuang bersama-sama pimpinan kerajaan negeri demi mempertahankan hak mereka. "Maka kerajaan negeri Selangor menjemput rakyat, menyuarakan hak rakyat ini kepada mereka yang tidak faham-faham. "Jadi kita semua dijemput bersama-sama dengan Menteri Besar(Tan Sri Khalid Ibrahim) pada jam 12 tengahari di Masjid Negara, kita jalan ramai-ramai, kita selawat," ujarnya.

Kira-kira 25 ribu penduduk Seksyen 24, Shah Alam dijangka menandatangani memorandum yang bakal diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus oleh SYABAS yang dianggap membebankan rakyat di negeri ini. Sesi dialog di SUK ini, Halimah mengingatkan bahawa kerajaan negeri mempunyai matlamat jelas dalam membantu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya untuk mempertahankan hak mereka.

Katanya kerajaan negeri sedaya upaya mengadakan rundingan bersama syarikat konsesi air di Selangor dalam memastikan rakyat menikmati keperluan asas itu dengan harga yang sewajarnya. "Kerajaan Selangor tidak berminat untuk berpolitik mengenai isu air, tidak berminat untuk menghabiskan masa untuk perkara asas. "Kerajaan negeri tidak berminat untuk mendapat untung dari air ini tetapi kerajaan negeri berminat untuk memberikan air percuma supaya rakyat di negeri Selangor ini mendapat air yang bersih supaya rakyatnya sihat dan kuat," katanya.

Kerajaan Selangor sebelum ini menegaskan lesen pembekalan air yang diberi kepada SYABAS akan ditarik balik jika didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidikan kerajaan negeri kepada rakyat menerusi Tabung Budi yang dilancarkannya pada Ogos lalu./TVNews

KONGRES PKR - HARI PERTAMA, JAKET HITAM CHEGU BARD

Posted: 26 Nov 2010 08:25 AM PST

Fariz rayu 'kedudukan baik' untuk Chegubard

Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri
Nov 26, 10

Timbalan ketua Pemuda PKR (AMK) sesi lalu Fariz Musa berharap kepimpinan baru sayap kanan parti itu tidak mengetepikan calon ketuanya Badrul Hisham Shaharin setelah mendapat mandat baru dalam sesi kali ini.

"Saya minta kawan-kawan kita daripada (kem) Badrul, saya syor Badrul diundang dalam AMK dan diberikan kedudukan baik supaya kedua gabungan tenaga ini berada dalam AMK.

"Kita mesti bekerja kerana fokus utama selepas ini untuk kita tawan Putrajaya," katanya ketika berucap kali terakhir kongres sayap itu di Petaling Jaya hari ini.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan penggulangannnya, Fariz yang tidak mempertahankan kerusinya kerana 'lebih umur' malah berkata, beliau merayu perkara itu dengan nama Allah.

"Tolong hentikan, saya merayu dengan nama Allah, saya rayu dan harap hentikan sengketa (sesama kita). Selesaikanlah," katanya.

Nada yang hampir sama disuarakan oleh naib ketuanya sesi lalu Amiruddin Shari yang tidak mempertahankan jawatannya ekoran regunya Rafizi Ramli tidak meneruskan hasrat bertanding sebelum ini.

"Yang sudah, sudahlah. Yang lepas, lepaslah. Yang menang, menanglah. Yang tewas-tewaslah.

"Yang pasti selepas ini kita harus beri keadilan dan bebeasan pada rakyat," katanya sambil menegaskan cabaran besarnya untuk mendepani 4.6 juta pengundi baru.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shamsul Iskandar ketika ditanya berhubung kesediannya melantik Badrul Hisham ke dalam barisan kabinet barunya kelihatan tidak menyatakan 'kesanggupan' yang benar-benar pasti.

"Kita menerima sesiapa sahaja. Saya tak nampak ada masalah besar (melantik Badrul)," katanya.

Terdapat lima kerusi lantikan untuk exco.

Manakala Badrul Hisham pula ketika ditemui di luar Dewan Sivik MBPJ - tempat persidangan berlangsung - berkata tidak timbul perkara itu kerana "sesiapa saja yang memperjuangkan keadilan adalah kawan".

Beliau juga menafikan terlibat dalam demonstrasi "baju hitam" yang menyokongnya petang ini.

"Saya gemuk, hendak nampak kurus," katanya sambil ketawa ketika ditanya kenapa beliau sendiri memakai jaket hitam.

Dalam keputusan rasmi pemilihan AMK yang diumumkan lewat petang ini, Shamsul Iskandar mempertahankan jawatannya mengalahkan Badrul Hisham.

Jumlah undi yang diterima mereka tidak diumumkan./Malaysiakini

KONGRES PKR - SENARAI PEMENANG BAKAL DIUMUMKAN ?

Posted: 26 Nov 2010 08:08 AM PST

KONGRES NASIONAL TAHUNAN
SABTU, 27 NOVEMBER 2010

9.50 - 11.00 pagi Ucapan Dasar Presiden & Perasmian


KONGRES NASIONAL TAHUNAN
AHAD, 28 NOVEMBER 2010

2.30 ptg Pengumuman Ahli Majlis Pimpinan Pusat Penggal 2010 - 2013

PIMPINAN PUSAT

Presiden: Wan Azizah

Timbalan: Azmin Ali

Naib: Nurul Izzah,Tian Chua,Fuziah Salleh,Mansor Othman


AMK

Ketua: Shamsul Iskandar Mohd Akim

Timbalan: Khairul Anuar

Naib: Azmizam Zaman Nuri, Erveana Ansari Ali dan Chan Ming Kai.


WANITA

Ketua: Zuraida Kamaruddin

Timbalan: Rodziah Ismail

Naib: Gan Pei Nei, Haniza Talha dan Nor Sham Abu Samah.

Sumber: Tranungkite

BOIKOT KONGRES KERJA PENGKHIANAT

Posted: 26 Nov 2010 07:31 AM PST

Oleh: Mandor

Kongres PKR bermula hari ini sehingga Ahad nanti. Tentu sudah ramai perwakilan dari semua Cabang PKR mula berkampung di Shah Alam, Selangor untuk merayakan perhimpunan besar parti ini yang dinamakan `Kongres Parti Keadilan Rakyat'.

Ada yang datang nanti dengan wajah suka dan ceria, ada yang datang dengan wajah tenang, juga ada yang datang dengan wajah suram dan duka. Di sebalik wajah itu tentu ada sesuatu yang ingin diperolehi dari kongres berkenaan. Umumnya, tentu mereka ingin melihat PKR bangkit dan bersatu semula untuk menjatuhkan Umno/Bn. Itu sasaran masing-masing.

Jangan terperanjat jika ada yang tidak datang langsung. Bukan kerana ada masalah atau keuzuran lain, mereka tidak datang untuk menunjukkan `protes' mereka kepada parti. Meskipun dijangka jumlahnya tidak ramai, tetapi itulah dia wajah-wajah pengkhianat parti. Tabik buat ahli-ahli yang selama ini tegas dengan pendirian mereka, ikhlas dengan teguran dan kritikan mereka terhadap parti tetapi mempunyai kekuatan dan moral hadir Kongres yang diadakan.

Kritikan dan rasa tidak puas hati itu aspek yang berbeza jika dibandingkan dengan rasa kasih, sayang dan setia kepada perjuangan parti. Apalah ertinya jika disebalik kita lantang mengkritik parti kununnya untuk memperbaiki parti, tetapi kita lah orangnya yang sebenar melakukan sabotaj terhadap parti. Sewajarnya mereka menggunakan peluang ini untuk menyuarakan pendapat dan teguran mereka kepada parti, di samping mereka juga akan dapat mendengar penjelasan oleh pimpinan parti dalam apa jua permasalahan yang timbul.

Mari kita lihat siapakah pengkhianat-pengkhianat parti yang disebut oleh Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali sebagai `sampah' itu. Apabila sudah dikenal pasti, campakkan sahaja `sampah-sampah' ini keluar dari parti. Jika ingin protes sekalipun, datanglah ke Kongres sebagai tanda hormat kepada disiplin parti dan lakukan protes di sana dengan apa cara atau simbolik pun asalkan penuh adab dan bersopan. /mandor.blogspot.com

APABILA MAJLIS PEGUAM PUN TAHU `KETIDAK ADILAN' TERHADAP ANWAR

Posted: 26 Nov 2010 07:23 AM PST

Liwat II: Majlis Peguam bidas mahkamah

Nov 26, 10 6:18pm

Majlis Peguam berpendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat perbicaraan adil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terus menafikan beliau akses terhadap dokumen-dokumen relevan bagi membela diri.

NONEPresidennya, Ragunath Kesavan dalam satu kenyataan berkata keputusan mahkamah itu sebagai regresif dan tidak memberikan hak perbicaraan yang adil kepada tertuduh.

"Mereka (Mahkamah) telah 'melemahkan' prinsip penting ini (untuk memastikan perbicaraan adil)," kata beliau merujuk kepada seksyen 51 A Kanun Prosedur Jenayah yang merangkumi hak untuk mendapatkan dokumen dan maklumat dalam perbicaraan.

Mahkamah sebelum ini menghalang pasukan pembelaan Anwar daripada meneliti tiga nota klinikal doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang melakukan pemeriksaan awal terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar juga tidak dibenar mendapat kenyataan Mphd Saiful kepada polis dan bahan bukti lain.

Semalam pula, mahkamah hanya membenarkan Anwar mendapatkan laporan proforma yang disediakan oleh pakar patologi HKL, Dr Siew Shueue Feng.

NONELaporan proforma ialah borang atau senarai yang disediakan oleh doktor sebelum melakukan pemeriksaan terhadap seseorang pesakit.

Ragunath berkata juga menerangkan seksyen 51 A Kanun Prosedur Jenayah bertujuan mengimbangkan hak pendakwaraya dan peguambela demi menentukan keadilan perbicaraan.

"Kami percaya seksyen 51 A ini dibuat bagi permantapkan prinsip pengawalan terbitan dokuman dan kerajaan menzahirkan niat mereka untuk menambah ketelusan dan keadilan dalam sistem pengadilan jenayah negara ini," katanya.

NONEAntara dokumen lain yang juga dihalang akses kepada Anwar adalah laporan ahli kimia, nota-nota perubatan, rakaman CCTV, sampel DNA, kenyataan saksi dan senarai saksi.

Menurut Ragunath, amat penting bagi pasukan pendakwaan membentangkan semua maklumat kepada mahkamah agar hakim boleh membuat keputusan yang adil dan tidak berat sebelah.

"Adalah tanggungjawab semua pihak termasuk hakim untuk memastikan pihak pendakwaan mematuhi seksyen ini dan memberi maklumat kepada pihak terbabit dan menunjukkannya di mahkamah," katanya.

bar council logoRagunath berkata keengganan mendedahkan dokumen atau maklumat akan menjejaskan persepsi awam terhadap sistem perundangan negara ini.

"Majlis Peguam mendesak mahkamah melaksanakan seksyen ini... bagi mengekalkan hak seseorang tertuduh dan bagi menegakkan keadilan. Perkara ini bukan saja relevan dalam kes Anwar tapi juga demi kepentingan seluruh sistem kehakiman," katanya lagi./Malaysiakini

KARPAL MENEGUR KERAS HAKIM

Posted: 26 Nov 2010 07:00 AM PST

Dunia sedang perhatikan liwat II, kata Karpal
Hafiz Yatim
Nov 25, 10

Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memohon lebih banyak masa berhubung permohonan pihak pembelaan yang mahu hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

NONEPeguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin (kiri) tidak hadir hari ini kerana demam dan diganti oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria.

Hanafiah berkata pihaknya memerlukan masa bagi menjawap hujah yang dikemukakan oleh pihak pembelaan pagi tadi.

"Datuk Yusof tidak sihat dan kita perlu masa untuk buat persiapan," kata Hanafiah.

Berikutan itu, Mohamad Zabidin bersetuju menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok.

Pagi tadi, makamah pagi ini mendengar permohonan peguambela utama - Karpal Singh yang mengemukakan hujah mengapa hakim, Mohamad Zabidin perlu mengundurkan dirinya kerana terdapat bahaya berat sebelah yang ketara.

Karpal berkata komen yang dibuat oleh Setiausaha Negara, Amerika Syarikat dan kehadiran pegawai kedutaan negara berkenaan yang mengikuti perbicaraan tersebut membuktikan perkara itu.

Menurutnya ini adalah kali pertama permohonan dibuat bagi memohon hakim mengundurkan diri kerana didakwa cuba mengugut seorang peguam.

Negara sedang dibicarakan

"Yang Arif, di bawah pemerhatian rapi, dan sistem perundangan negara juga sedang dibicarakan.

"Hilary Clinton menggesa supaya perbicaraan adil dijalankan. Kehadiran pegawai kedutaan asing sebagai pemerhati membuktikan perkara itu," katanya.

NONEKarpal (kanan) berkata jika ada kebimbangan atau bahaya akan berlaku berat sebelah, maka hakim sepatutnya menarik diri secara sukarela.

Beliau juga merujuk perbicaraan Mahkamah Persekutuan apabila bekas presiden Mahkamah Rayuan, Tun Abdul Malek Ahmad yang menegur hakim ketika itu, Tan Sri Augustine Paul.

"Dalam penghakimannya, Abdul Malek berkata Paul telah bertindak seolah-olah seperti pertahankan timbalan pendakwa raya," katanya.

"Saya bukan cuba untuk ugut Yang Arif dengan mencadangkan keputusan perbicaraan diterbalikkan tetapi ia adalah fakta ketika perbicaraan oleh hakim itu," katanya.

Karpal juga berkata hakim berlaku berat sebelah serta mengabaikan keputusan Mahkamah Agung dengan tidak membenarkan pihak pembelaan dibekalkan dengan laporan klinikal pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, dalam kes tertentu, hakim dengan rela menarik diri setelah mendapati berlakunya keadaan berat sebelah dan prejudis terhadap tertuduh.

Kod Etika Hakim

Karpal kemudiann memberikan contoh apabila bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang menarik diri secara sukarela apabila menyedari tidak dapat memberi keadilan.

Sambil merujuk kepada Kod Etika Hakim, Karpal berkata hakim tidak boleh meletakkan diri dalam situasi berat sebelah atau prejudis. Namun sekiranya mereka didapati menjurus ke arah itu maka hakim boleh dikenakan tindakan disiplin.

NONE"Saya beri amaran sekiranya hakim tetap ingin meneruskan perbuatan bias, bersiap sedia hadapi kemungkinan," katanya.

Karpal juga mengingatkan mahkamah bahawa mengikut Artikel 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat negara ini berhak mendapat pengadilan di mahkamah terbuka.

Menurut peguam veteran itu lagi, Mohamad Zabidin (kiri) juga perlu merenung semula ugutan menghina mahkamah yang dibuatnya semalam ke atas dirinya (Karpal) yang juga memberi kesan kepada anak guamnya (Anwar).

"Justeru, adalah perlu bagi Yang Arif, tarik diri. Terdapat bahaya berlaku berat sebelah (berikutan ugutan hina mahkamah oleh hakim)," kata Karpal semasa menggulung hujahnya.

Karpal mempertikaikan bahawa Anwar tidak akan diberikan perbicaraan yang adil jika hakim itu kekal mendengar kes tersebut.

Ini merupakan kali kedua Anwar memohon untuk hakim itu menarik diri. Permohonan pertama telah ditolak oleh Hakim Mohamad Zabidin serta oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008./Malaysiakini

BOLEHKAH PAS MENERAJUI PR?

Posted: 26 Nov 2010 01:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

KEMELUT di dalam PKR nampaknya ada harapan untuk penyelesaian memandangkan setakat ini kesemua mereka yang bertanding termasuk yang mungkin tewas baru-baru ini telah menggunakan akal yang bijak menangani masalah yang berlaku. Tiada yang memburukkan parti atau pemimpin setakat ini setelah berambusnya Zaid dari PKR.

Tahniah penyokong Zaid, syabas juga buat penyokong Sdr Mustafa Kamil dan Chegu Bard. Mereka telah menggunakan segala saluran yang ada untuk menegur dan memperbetulkan parti. Apa jua hasilnya, kita doakan semoga PKR terus mantap dan terus mara bersama PR ke Putrajaya, InsyaAllah.

Apabila berlakunya kemelut PKR yang diperbesarkan oleh media haprak, maka ada segelintir dari kita yang mencadangkan agar PR diberi peluang untuk diterajui oleh PAS. Ada asasnya cadangan ini dibuat memandangkan situasi yang berlaku, tambahan pula PAS kini giat di dalam mempromosikan parti tersebut sebagai parti yang bakal menggantikan Umno. Menggantikan Umno bukan bermakna meneruskan dasar atau budaya Umno, tetapi sebagai parti pilihan bagi masyarakat Melayu dan Islam di negara ini. Satu cadangan yang baik dan patut dipertimbangkan semasak-masaknya.

Saya cuma tidak bersetuju jika alasan PAS menerajui PR semata-mata kerana kemelut yang dihadapi oleh PKR atau masalah yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Alasan ini tidak kukuh untuk menjadi faktor mengapa PAS perlu memimpin PKR. Pada saya, pemimpin PAS boleh menggantikan DS Anwar sekiranya pemimpin itu dilihat mempunyai ketokohan, wibawa dan mempunyai intelektual yang tinggi sehingga dihormati oleh rakan-rakan di dalam PR. Sekarang, dari segi disiplin jemaah, PAS jauh meninggalkan PKR kerana zaman pemimpin dan ahli yang keluar dari PAS telah lama berlalu. PAS banyak belajar dari peristiwa itu sebagaimana PKR baru belajar mengenainya.

Disiplin ahli yang kuat dan jitu dari PAS merupakan salah satu faktor untuk kita yakin dan percaya PAS boleh memimpin PR. Walau bagaimanapun, terdapat faktor yang lebih besar perlu dilihat oleh PAS. Adakah PAS boleh meyakinkan rakannya seperti DAP untuk menerima pemimpin PAS sebagai ketua? Bagi PKR, pada pendapat saya ahli-ahli di kalangan Melayu dan berugama Islam mungkin tiada masalah menerima pemimpin PAS sebagai peneraju PR. Cuma, mungkin masih ada di kalangan pemimpin atau ahli yang terdiri dari Non Muslim agak sukar menerimanya.

Justeru itu, PAS mulai sekarang mesti lebih bijak mendekati golongan ini. Pemimpin PAS mesti membuktikan segala tindak tanduk mereka tidak mendatangkan keraguan kepada rakan di dalam PR. Tentulah ada di kalangan mereka ini gusar sekiranya PAS menerajui PR, kesempatan ini akan digunakan oleh PAS untuk mendekati Umno. Bagi saya, mustahil PAS akan bertindak sedemikian kerana sehingga kini PAS tidak pernah mengkhianati rakan mereka. Tetapi, mungkin tidak kepada beberapa pemimpin di dalam DAP dan PKR.

Faktor penting juga, pemimpin yang boleh menerajui PR ini mestilah tokoh yang bukan sahaja ternama di dalam negeri, tetapi ternama juga di luar negara. Kebijaksanaan dan kepintaran di dalam mengatur strategi politik juga amat penting sebagai peneraju PR. DS Anwar telah berjaya menyatukan PAS dan DAP dan memimpin PR dengan stategi yang baik serta berkesan. Walaupun DS Anwar tidak sempurna mana, namun kejayaannya itu banyak membantu PR keseluruhannya.

Seandainya DS Anwar perlu diganti, sudah tentu kita mahu melihat penggantinya kalau tidak dapat melebihi ketokohannya sekurang-kurangnya berjaya menyamai kepimpinannya. Saya akur sekarang ini DS Anwar diasak sedemikian rupa, sudah tentulah di peringkat usia beliau yang semakin tua sedikit sebanyak `stamina'nya berkurangan.

Maka, amat baik juga jika cadangan untuk memberi laluan kepada PAS memimpin PR difikirkan semasak-masaknya. Siapakah tokoh PAS itu? Bagi saya tidak kira siapa pun asalkan mempunyai ketokohan, kebijaksanaan dan mempunyai pandangan yang jauh dan tajam dengan situasi politik di negara ini. Pendek kata, mestilah lebih hebat dari yang ada sekarang./wfauzdin.blogspot.com

RATU MASUK MASJID, NASIB BAIK BUKAN DI MALAYSIA

Posted: 26 Nov 2010 12:00 AM PST

Ratu Elizabeth II jadi tumpuan


Kalau dekat negara kita, mesti kecoh kan....Kena pula kat Selangor, huh..mesti Pegawai Masjid kena gantung tugas oleh JAIS atai MAIS......Baca berita dari Kosmo di bawah;


RATU ELIZABETH II menyaksikan beberapa gadis membaca al-Quran di Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin.

ABU DHABI - Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II mencuri perhatian media negara kelahirannya apabila baginda menutup rambut, memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski dan berkaki ayam semasa melawat ruang solat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin.

Sebuah akhbar melaporkan Ratu Elizabeth II yang diiringi suaminya, Putera Philip dan anak ketiga mereka, Putera Andrew, tiba di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kelmarin bagi melakukan lawatan. Sebelum melawat ruang solat masjid berkenaan, baginda memberi penghormatan di makam Sheikh Zayed yang merupakan pengasas negara UAE. Baginda kemudian membuka kasut sebagai tanda menghormati ajaran agama Islam sebelum memasuki ruang solat utama masjid itu.

Lantai ruang solat utama Masjid Sheikh Zayed iaitu masjid terbesar di UAE, dilitupi karpet seberat 35 tan yang ditenun oleh 1,200 wanita Iran selama dua tahun. Semasa berada dalam Masjid Sheikh Zayed, Ratu Elizabeth II berkesempatan melihat sekumpulan gadis membaca kitab suci al-Quran. Ratu Elizabeth II mengadakan lawatan rasmi selama lima hari ke UAE dalam usaha untuk merapatkan hubungan negara berkenaan dengan Britain. - Agensi/Kosmo

Tiada ulasan: