Rabu, 24 November 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PKNS TIDAK menaja majlis makan malam perkahwinan anak saya - Bapa Sheikh Muszaphar

Posted: 24 Nov 2010 08:57 PM PST

KUALA LUMPUR: Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor has vehemently denied that Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sponsored the wedding reception of his son Datuk Dr Sheikh Muszaphar on Oct 10.

In a statement, he said the wedding gala night, held at the Putrajaya International Convention Centre (PICC), was organised by the wedding planner Cosry Wise (M) Sdn Bhd and event partners which included Datuk Bernard Chandran, Mouawad, Jakel, Bibah Songket, Lewre' and TV3 as event broadcaster.

At the Selangor state assembly earlier this month, Hulu Klang assemblyman Saari Sungib had made several allegations against PKNS, including that it had funded a RM520,000 wedding dinner for the Malaysian astronaut.

Sheikh Mustapha said the allegation that the Astronaut Dinner was organised in conjunction with his son's wedding was also not true.

"PKNS organised a Signing of MOU with Advanced Science Education Asia Sdn Bhd to set up an International Aerospace & Science Discovery Centre at PKNS Science Park in Cyberjaya, followed by a dinner with 120 astronauts and their spouses from several countries," he said.

Sheikh Mustapha said it was his responsibility to come forward and deny such allegations as Sheikh Muszaphar and wife Dr Halina Mohd Yunos were away performing the haj in Mecca.

He also expressed disappointment that some newspapers had published the allegation without first verifying its validity. - NST

Lelaki rogol anak lebih 30 tahun

Posted: 24 Nov 2010 07:19 PM PST

Seorang lelaki Argentina berusia 62 tahun ditangkap dan didakwa merogol anak perempuannya selama lebih 30 tahun dan menyebabkan anaknya itu melahirkan 10 anak, dalam kes yang "lebih teruk" daripada kes Josef Fritzl di Austria pada 2008, kata seorang hakim.

"Tertuduh menafikan pertuduhan itu tetapi ujian DNA mengesahkan beliau adalah bapa kepada anak yang dilahirkan itu," kata Hakim Virgilio Palud kepada radio tempatan.

Lelaki terbabit dituduh melakukan penderaan seksual berulang kali dan sumbang mahram, jenayah yang membawa kepada hukuman penjara 20 tahun. Tertuduh yang identitinya tidak dinyatakan, ditangkap Jun lalu kerana mencuri lembu, menyebabkan anak perempuannya itu yang kini berusia 43 tahun, melaporkan perbuatan beliau kepada polis walaupun diancam.

Wanita terbabit yang identitinya tidak dinyatakan, mendakwa beliau dipukul dan dirogol sejak berusia 13 di rumah keluarganya di perkampungan Nicanor Molinas, 600 kilometer ke utara Buenos Aires.

Palud berkata, perbuatan rogol itu menyebabkan wanita berkenaan mengandung dan melahirkan 10 anak yang kini berusia antara 7 dan 27 tahun dan hanya anak sulung yang mengetahui bahawa bapa dan datuknya adalah lelaki sama.

"Ia lebih teruk daripada apa yang berlaku di Austria," katanya merujuk Josef Fritzl yang dihukum penjara seumur hidup pada 2009 selepas mengurung anak perempuannya selama 24 tahun dan memperoleh tujuh anak serta membunuh seorang daripadanya. - AFP/BH

Kemaruk politik UmNO

Posted: 24 Nov 2010 04:45 PM PST


Kebelakangan ini kita melihat bangaimana UMNO melepaskan serangan demi serangan dalam usahanya untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, sebahagian besar dari isu-isu yang mereka timbulkan hanya menunjukkan betapa terdesaknya mereka untuk menyerang PR sehingga menjadi bahan gurau di kalangan mereka yang bermaklumat. Sebagai contoh, isu duit judi di Pulau Pinang.

Manakala, isu-isu yang ditonjolkan sekarang pula adalah seperti berikut:

1. Isu pemilihan PKR dan Zaid

Gambaran yang ingin diberi ialah PKR berada dalam keadaan huru-hara dan tunggang-terbalik. Oleh yang demikian, sekiranya benar dakwaan ini, maka tiada apa-apa yang perlu ditakutkan oleh pihak BN. Tetapi dengan liputan meluas dan tumpuan yang diberi, maka jelas bahawa PKR tetap dilihat sebagai satu ancaman yang perlu ditangani. Yang akan menjadi jawapan muktamad bagi PKR terhadap dakwaan BN itu ialah kesatuan yang akan terhasil selepas selesainya proses pemilihan ini. "After the dust settles" bak kata orang putih, sekiranya selesai dengan baik dan semua bersatu kembali, maka segala dakwaan BN akan terjawab dengan sendirinya.

Berhubung dengan Zaid (gambar kiri), saya secara peribadi berasa agak terkilan. Beliau merupakan harapan masyarakat Malaysia dan hakikat bahawa beliau mendapat pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden walaupun hanya setahun menjadi ahli PKR adalah bukti betapa beliau disanjung di kalangan ahli. Kesanggupan beliau mengorbankan jawatan Menteri demi prinsipnya diketahui dan diiktiraf semua. Malangnya beliau tidak sabar menangani cabaran.

Bagi saya, inilah bezanya di antara mereka yang datang untuk membawa perubahan dan mencorakkan sebuah gerakan dan mereka yang datang dengan tujuan mengepalai gerakan yang telah sedia dicorak. Kategori pertama menjangkakan akan adanya kekurangan dan perlunya melalui proses perubahan. Kekurangan dan kelemahan dilihat sebagai satu cabaran tetapi sanggup diharungi kerana pada dasarnya, wawasan tertentu telahpun diterima semua.

Manakala kategori kedua tidak mempunyai perasaan yang sama terhadap gerakan yang sedang dibangunkan. Dia sebagai "orang luar" yang menuntut wujudnya suasana tertentu dengan kaedah yang tertentu. Sekiranya ianya belum lagi wujud, maka dia kesal dan berasa kecewa.

Pada awalnya saya mengharapkan Zaid memiliki ciri-ciri kategori pertama dan bukan kategori kedua. Namun, kelihatan seolah-olah sebaliknya sejak kebelakangan ini.

2. Isu Banjir di Kedah

Isu banjir di Kedah pun ingin BN politikkan. Kononnya kerajaan Kedah tidak membantu dan lambat bertindak. Dakwaan ini tidak perlu saya respon. Hakikatnya, bukan sekadar kerajaan Kedah bertindak cepat dan berkesan, PAS Shah Alam pun, sepertimana PAS kawasan dan negeri yang lain, telah turun membantu. Selesai sahaja bergalas di Galas, sekumpulan petugas telah terus turun ke Kedah membawa bantuan.

Dalam pada itu misi bantuan disertai pula beberapa badan NGO, pihak kerajaan dan swasta seperti Muslim Care, MBSA, Bidara Flour, Angkatan Edaran dan banyak lagi. Mengikut laporan yang diterima, sejumlah lapan tan bantuan telah dihantar bernilai lebih kurang RM 20,000. Itu baru dari Shah Alam, apatah lagi dari kerajaan Negeri Kedah. Sudah pasti jauh lebih banyak.

3. Isu "penyelewengan" di Selangor - PKNS dan Yayasan Selangor

Akhir-akhir ini timbul pula isu "penyelewengan" di Selangor. Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh PKNS dan Yayasan Selangor untuk beberapa program yang tidak munasabah dan terlalu mewah dan boros ditonjolkan. Ya, mungkin benar. Jumlah perbelanjaan yang didedahkan dibawa oleh ADUN dari kedua-dua belah pihak mungkin dianggap tidak wajar dan tidak boleh diterima. Namun, perlu disiasat dan dibuat perbandingan dengan apa yang pernah dibelanjakan dahulu. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada yang mendedahkan perkara ini.

Pada masa yang sama saya (Khalid Samad, gambar kiri) ucapkan tahniah juga kepada kerajaan Negeri Selangor atas tindakan segera mereka mengarahkan pegawai yang disyaki terlibat bercuti supaya siasatan dapat dilakukan dengan tepat, berkesan dan segera. Yang terlibat perlu dikenakan tindakan, sekiranya didapati bersalah dan tidak dilindungi. Mengarahkan mereka bercuti juga merupakan satu tindakan yang wajar sambil peranan mereka dalam kes berkenaan disiasat.

Jangan buat macam kerajaan BN. Walaupun dikemukakan bermacam-macam aduan dan laporan penyelewengan, ianya "business as usual" atau semuanya berjalan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa masalah. Kalau siasat pun, pegawai berkenaan masih di situ, mengepalai siasatan tersebut! Hendak siasat Ketua Polis Negara, KPN masih bertugas sebagai KPN!

Peristiwa sebegini perlu dimanfaatkan oleh PR untuk menunjukkan perbezaan di antara PR dan BN dan betapa PR telus dan tidak membela mana-mana pihak. Yang terbukti bersalah akan tetap dihukum.

4. Kembalinya Politik Samseng UMNO

Baru-baru ini kita turut digemparkan dengan berita seorang ADUN, wakil rakyat Sekinchan, Ng Suee Lim dipukul samseng UMNO. YB berkenaan terpaksa dibawa ke Hospital untuk mendapat rawatan. Aneh dan ajaib, ada pula YB UMNO, Menteri pula itu, membela golongan samseng ini!

Inilah bukti sahih betapa kemaruknya UMNO dewasa ini. Sehingga hilang punca dalam usaha menangani cabaran kebangkitan PR. Samseng pun dibela dan dilindungi. Mungkin BN melihat budaya samseng sahajalah yang merupakan penyelamat mereka dewasa ini. Sepertimana dalam isu "kepala lembu" di Shah Alam. Saya difahamkan UMNO Selangor yang bayarkan denda/saman golongan kepala lembu tersebut.

Semasa korban minggu lepas, ada yang siap pesan, "Hati-hati, jaga kepala lembu, supaya tidak jatuh ke tangan puak-puak kemaruk ini!"

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Ahli Parlimen Shah Alam

Mahathir Perlu Taubat Nasuha

Posted: 24 Nov 2010 03:40 AM PST

. Biro Pemahaman & Pemantapan Agama. (BIPPA), PKR, terpanggil untuk menyambut kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan dalam Sinar 24 November 2010 dengan penegasan bahawa:

1. BIPPA menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu. Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT.

2. Beliau bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Dato' Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan. Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar. Beliau mengaibkan DSAI dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan DSAI dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.. Justeru, DSAI mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan DSAI mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil. Demikian penegesan dari sepotong ayat dalam al-Qur'an: "Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap." (al-Isra': 81).

3. Mantan Perdana Menteri juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu

4. Menjadi satu kebiasaan mantan Perdana Menteri meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau diatas bahu orang lain. Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri.

5. Parti yang didakwa kecil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insyaallah, mengambil alih pemerintahan negara. Inilah yang digeruni oleh Tun Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah. Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi.

6. Seandainya DSAI itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Tun Dr Mahathir, mengapa DSAI masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media. Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para 'ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antarabangsa.

Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA)

Lagi projek 'perabih' duit rakyat

Posted: 24 Nov 2010 02:15 AM PST

Misi kedua ke angkasa lepas diteruskan, tempoh lebih lama

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Malaysia merancang supaya angkasawan keduanya berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama beberapa minggu atau bulan, namun misi kedua ke angkasa lepas ini berkemungkinan tidak dilaksanakan dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya bukan dalam beberapa tahun akan datang.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara Dr Mustafa Subari berkata masa diperlukan untuk menyediakan maklumat berhubung persediaan dan bagi proses rundingan dengan bakal rakan usaha sama.

Beberapa perkara perlu diselesaikan sebelum misi itu boleh dilancarkan, termasuk perkongsian dan jenis eksperimen yang akan dikendalikan di atas ISS, katanya kepada Bernama. Beliau bagaimanapun, memberi jaminan bahawa program itu telah pun mendapat lampu hijau daripada kerajaan, mengambil kira manfaat yang akan dibawanya kepada negara.

"Ia masih berjalan namun tidak akan dilaksanakan dalam beberapa tahun akan datang, mungkin pada penghujung Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Namun begitu komitmen yang diberi oleh kerajaan mengikut RMK-10 adalah permulaan yang baik," katanya. – Bernama
MS: Kalau dulu depa bawa roti canai keangkasa, kali ni nak bawa apa pula? Nasi kandaq kot?

Tiada ulasan: