WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- CERAMAH ANWAR DI PAHANG - DAKYAH MEDIA UMNO TERSASAR
- UMNO YANG KEMARUK - KHALID
- APA SANGATLAH GANTUNG 6 BULAN - ANWAR
- Kenapa mesti pijak Anwar untuk Kekal diatas?
- TAHNIAH DAN SYABAS BUAT DR SYED HUSIN ALI
- CERAMAH ANWAR DI PAHANG KELMARIN
- MAHU SIASAT GHANI PATAIL, KENA JUMPA GHANI PATAIL DULU
- CERAMAH ANWAR DI PAHANG - DAKYAH MEDIA UMNO TERSASAR
- Media Kerajaan Taksub Cari Kelemahan Pakatan Rakyat
- MAHATHIR DISERU AGAR TAUBAT NASUHA
- TAHNIAH MB SELANGOR, TAHNIAH PR SELANGOR
- Kisah dengan bekas Permaisuri Agong: Syed Abdullah menaruh harapan
- LAPORAN TELAH DIMAJUKAN MELALUI SALURAN, PARTI MESTI BERTINDAK
CERAMAH ANWAR DI PAHANG - DAKYAH MEDIA UMNO TERSASAR Posted: 24 Nov 2010 11:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS DS Anwar telah membuat lawatan rasmi ke Ibu Pejabat PKR Pahang di Beserah pada 23 Nov 10 baru-baru ini. Pada sebelah malamnya, Ketua Umum PKR tersebut telah memberikan ceramah umum di tapak ceramah di dalam kawasan Ibu Pejabat PKR tersebut. Turut hadir pada malam tersebut di antaranya adalah Pengerusi PKR Pahang, Dato Fauzi Abd Rahman, MP Kuantan bakal Naib Presiden PKR YB Fuziah Salleh, MP Indera Mahkota YB Azan Ismail, Adun Triang dari DAP YB Leong Ngah Ngah, Adun Beserah dari PAS dan beberapa pimpinan negeri dari PKR juga pimpinan PR Pahang. Saya tidak dapat meramalkan kehadiran orang ramai pada malam tersebut, tapi apa yang pasti tapak ceramah dipenuhi oleh ribuan para penyokong PR sehingga di bahagian atas berhampiran pentas ceramah juga padat dengan orang ramai yang ingin mendengar pidato dari DS Anwar dan juga pemimpin PR Pahang. Sebelum ini, jangkaan ramai pihak bahawa DS Anwar akan menggunakan kesempatan malam itu untuk membelasah Dato Zaid Ibrahim yang akan meninggalkan PKR akibat tidak yakin dengan kepimpinan parti. Ternyata jangkaan itu meleset, DS Anwar sebaliknya menghormati pilihan Dato Zaid. Beliau menerangkan apa yang terjadi kepada PKR sekarang, telah lama berlaku di dalam semua parti samada PAS, DAP malahan Umno juga. PAS kata beliau, lebih teruji apabila Presidennya sendiri keluar parti seperti Dato Asri Muda dan juga Naib Presiden PAS, Nakhaie Ahmad yang menyertai Umno. Begitu juga dengan DAP seperti Dato Lee Lam Thye dan beberapa tokoh DAP lainnya. Namun, parti PAS dan DAP masih mampu bertahan sehingga kini malah semakin kuat. DS Anwar turut menyebut bahawa Umno lebih dahsyat lagi kerana bekas Presiden Umno dan PM sendiri pun di akhir hayat mereka di luar Umno. Pengasas Umno, Dato Onn Jaafar juga mati di luar Umno. Bekas PM, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn juga tidak bersama Umno hingga hujung nyawa. Mantan PM Tun Mahathir pula, sedikit pelik kerana beliau lebih suka keluar masuk Umno. DS Anwar yakin, Tun Mahathir akan memasuki PKR apabila PR menghuni Putrajaya nanti. Sepanjang lebih kurang 1 jam setengah beliau berucap, DS Anwar juga menyindir Utusan Malaysia yang setiap hari akan membawa cerita berkenaan dirinya. "Utusan Malaysia perlu ditukar kepada nama Utusan Anwar", selorohnya. Sebelum DS Anwar berucap, saya ternanti-nanti akan ucapan dari bakal Naib Presiden PKR YB Fuziah SAlleh yang saya minati itu. Malangnya beliau tidak sempat berucap kerana memberi peluang kepada DS Anwar untuk berucap lebih panjang. YB Azan Ismail juga turut berucap sebelum DS Anwar dan beliau banyak menceritakan apa yang berlaku dalam perbahasan bajet di Parlimen. Kerajaan Bn katanya, sudah tidak releven lagi di mana terlalu banyak perbelanjaan membazir sehingga terpaksa meminta peruntukan yang lebih besar kali ini. `Bajet seluar dalam' seperti yang dikatakan oleh YB Azan meriuhkan suasana ceramah malam tersebut. Walaupun ceramah malam itu tidak diwar-warkan lebih awal, namun sambutan orang ramai yang hadir amat memberangsangkan. DS Anwar amat berpuas hati di atas sambutan malam itu dan beliau mengucapkan tahniah kepada PKR Pahang serta PR yang berjaya melaksanakannya walaupun tidak dirancang lebih awal. Saya yang hadir malam itu tidak berkesempatan untuk mengambil gambar suasana malam itu kerana sibuk merakam melalui video kamera. Gambar-gambar yang saya siarkan di sini hanya sempat diambil sambil lalu sahaja melalui kamera telefon bimbit sahaja. Kesimpulannya, ceramah malam itu membuktikan dakyah pihak media mereka bahawa PKR dan PR semakin goyah tidak tepat. Jangkaan mereka bahawa DS Anwar atau beberapa pemimpin PKR Pahang akan menyerang Zaid Ibrahim habis-habisan ternyata meleset. Ini adalah kerana PKR mahu menumpukan kepada agenda yang lebih besar untuk rakyat. /wfauzdin.blogspot.com | ||
Posted: 24 Nov 2010 09:00 PM PST Kemaruk politik UMNO
Kebelakangan ini kita melihat bangaimana UMNO melepaskan serangan demi serangan dalam usahanya untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, sebahagian besar dari isu-isu yang mereka timbulkan hanya menunjukkan betapa terdesaknya mereka untuk menyerang PR sehingga menjadi bahan gurau di kalangan mereka yang bermaklumat. Sebagai contoh, isu duit judi di Pulau Pinang.Manakala, isu-isu yang ditonjolkan sekarang pula adalah seperti berikut: 1. Isu pemilihan PKR dan Zaid Gambaran yang ingin diberi ialah PKR berada dalam keadaan huru-hara dan tunggang-terbalik. Oleh yang demikian, sekiranya benar dakwaan ini, maka tiada apa-apa yang perlu ditakutkan oleh pihak BN. Tetapi dengan liputan meluas dan tumpuan yang diberi, maka jelas bahawa PKR tetap dilihat sebagai satu ancaman yang perlu ditangani. Yang akan menjadi jawapan muktamad bagi PKR terhadap dakwaan BN itu ialah kesatuan yang akan terhasil selepas selesainya proses pemilihan ini. "After the dust settles" bak kata orang putih, sekiranya selesai dengan baik dan semua bersatu kembali, maka segala dakwaan BN akan terjawab dengan sendirinya. Berhubung dengan Zaid (gambar kiri), saya secara peribadi berasa agak terkilan. Beliau merupakan harapan masyarakat Malaysia dan hakikat bahawa beliau mendapat pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden walaupun hanya setahun menjadi ahli PKR adalah bukti betapa beliau disanjung di kalangan ahli. Kesanggupan beliau mengorbankan jawatan Menteri demi prinsipnya diketahui dan diiktiraf semua. Malangnya beliau tidak sabar menangani cabaran.Bagi saya, inilah bezanya di antara mereka yang datang untuk membawa perubahan dan mencorakkan sebuah gerakan dan mereka yang datang dengan tujuan mengepalai gerakan yang telah sedia dicorak. Kategori pertama menjangkakan akan adanya kekurangan dan perlunya melalui proses perubahan. Kekurangan dan kelemahan dilihat sebagai satu cabaran tetapi sanggup diharungi kerana pada dasarnya, wawasan tertentu telahpun diterima semua. Manakala kategori kedua tidak mempunyai perasaan yang sama terhadap gerakan yang sedang dibangunkan. Dia sebagai "orang luar" yang menuntut wujudnya suasana tertentu dengan kaedah yang tertentu. Sekiranya ianya belum lagi wujud, maka dia kesal dan berasa kecewa. Pada awalnya saya mengharapkan Zaid memiliki ciri-ciri kategori pertama dan bukan kategori kedua. Namun, kelihatan seolah-olah sebaliknya sejak kebelakangan ini. 2. Isu Banjir di Kedah Isu banjir di Kedah pun ingin BN politikkan. Kononnya kerajaan Kedah tidak membantu dan lambat bertindak. Dakwaan ini tidak perlu saya respon. Hakikatnya, bukan sekadar kerajaan Kedah bertindak cepat dan berkesan, PAS Shah Alam pun, sepertimana PAS kawasan dan negeri yang lain, telah turun membantu. Selesai sahaja bergalas di Galas, sekumpulan petugas telah terus turun ke Kedah membawa bantuan. Dalam pada itu misi bantuan disertai pula beberapa badan NGO, pihak kerajaan dan swasta seperti Muslim Care, MBSA, Bidara Flour, Angkatan Edaran dan banyak lagi. Mengikut laporan yang diterima, sejumlah lapan tan bantuan telah dihantar bernilai lebih kurang RM 20,000. Itu baru dari Shah Alam, apatah lagi dari kerajaan Negeri Kedah. Sudah pasti jauh lebih banyak. 3. Isu "penyelewengan" di Selangor PKNS dan Yayasan SelangorAkhir-akhir ini timbul pula isu "penyelewengan" di Selangor. Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh PKNS dan Yayasan Selangor untuk beberapa program yang tidak munasabah dan terlalu mewah dan boros ditonjolkan. Ya, mungkin benar. Jumlah perbelanjaan yang didedahkan dibawa oleh ADUN dari kedua-dua belah pihak mungkin dianggap tidak wajar dan tidak boleh diterima. Namun, perlu disiasat dan dibuat perbandingan dengan apa yang pernah dibelanjakan dahulu. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada yang mendedahkan perkara ini. Pada masa yang sama saya (Khalid Samad, gambar kiri) ucapkan tahniah juga kepada kerajaan Negeri Selangor atas tindakan segera mereka mengarahkan pegawai yang disyaki terlibat bercuti supaya siasatan dapat dilakukan dengan tepat, berkesan dan segera. Yang terlibat perlu dikenakan tindakan, sekiranya didapati bersalah dan tidak dilindungi. Mengarahkan mereka bercuti juga merupakan satu tindakan yang wajar sambil peranan mereka dalam kes berkenaan disiasat. Jangan buat macam kerajaan BN. Walaupun dikemukakan bermacam-macam aduan dan laporan penyelewengan, ianya "business as usual" atau semuanya berjalan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa masalah. Kalau siasat pun, pegawai berkenaan masih di situ, mengepalai siasatan tersebut! Hendak siasat Ketua Polis Negara, KPN masih bertugas sebagai KPN! Peristiwa sebegini perlu dimanfaatkan oleh PR untuk menunjukkan perbezaan di antara PR dan BN dan betapa PR telus dan tidak membela mana-mana pihak. Yang terbukti bersalah akan tetap dihukum. 4. Kembalinya Politik Samseng UMNO Baru-baru ini kita turut digemparkan dengan berita seorang ADUN, wakil rakyat Sekinchan, Ng Suee Lim dipukul samseng UMNO. YB berkenaan terpaksa dibawa ke Hospital untuk mendapat rawatan. Aneh dan ajaib, ada pula YB UMNO, Menteri pula itu, membela golongan samseng ini!Inilah bukti sahih betapa kemaruknya UMNO dewasa ini. Sehingga hilang punca dalam usaha menangani cabaran kebangkitan PR. Samseng pun dibela dan dilindungi. Mungkin BN melihat budaya samseng sahajalah yang merupakan penyelamat mereka dewasa ini. Sepertimana dalam isu "kepala lembu" di Shah Alam. Saya difahamkan UMNO Selangor yang bayarkan denda/saman golongan kepala lembu tersebut.Semasa korban minggu lepas, ada yang siap pesan, "Hati-hati, jaga kepala lembu, supaya tidak jatuh ke tangan puak-puak kemaruk ini!" WaLlahu 'Alam | ||
APA SANGATLAH GANTUNG 6 BULAN - ANWAR Posted: 24 Nov 2010 07:00 PM PST
| ||
Kenapa mesti pijak Anwar untuk Kekal diatas? Posted: 24 Nov 2010 05:00 PM PST Oleh: modayu "UMNO yang sudah hampir 60 tahun berada dipuncak kuasa sepatutnya semakin matang meniti hari dalam menyelesaikan permasalahan baik masalah negara mahupun pada masalah parti itu sendiri. Sepatutnya UMNO harus berdiri tegak bergaya dengan cara kematangan yang sepatutnya dilalui sejak 60 tahun yang lalu. Pengalaman yang sepanjang ini harus digunakan sebaiknya mengemudikan negara tanpa perlu memijak 'kepala' orang lain untuk kekal berkuasa. Tapi sekarang keadaan menjadi terlalu pelik,sebuah parti yang berpengalaman dan pernah menjadikan negara ini masyhur dimata dunia,terpaksa menggunakan nama ANwar untuk kekal berkuasa. Keadaan ini cukup mengecewakan bagi rakyat yang terbuka fikiran dan sentiasa kritis dalam menilaikan sesuatu.Sebuah kerajaan yang kuat serta berpengalaman ini semakin hari semakin menjadi kebudak-budakkan dalam membuat sesuatu.Bagaimana penasihat-penasihat kepada perdana menteri dan kepada UMNO itu sendiri melakukan dua kesalahan pada masa yang sama dan akan menerima akibatnya pada dua masa yang berbeza.Pertama,penasihat-penasihat ini menasihati ketua mereka dengan jalan burukkan Anwar serta 'telanjangkan' beliau dimata dunia. Gunakan segala perkakasan yang ada untuk burukkan beliau dan dengan itu kita akan kekal berkuasa.Kita lihat kempen begini ada kesan pada dua perkara,pertama Fitnah dan membuka aib.Jadi didunia mungkin yang lemah akan terpaksa menerima kesan yang amat dasyat serta memalukan ini.Tetapi kita terpaksa menghadapi akhirat yang sesiapapun tidak mahu mengadapinya.Tidakkah penasihat-penasihat ini melihat kesan perbuatan mereka didunia dan juga diakhirat. Kita juga lihat bagaimana menteri-menteri yang kelihatan hebat pada perwatakkan rupanya bersikap seperti kanak-kanak kampong yang tidak mahu belajar kelas agama diwaktu petang.Mereka ini tidak kreatif dalam menjalankan tugas-tugas mempertahankan jawatan mereka.Yang hanya ada dalam fikiran mereka ialah ugut pihak lawan agar tidak mengacau dikawasan mereka.Ini bukan caranya pemimpin yang partinya sudah memimpin hampir 60 tahun dinegara ini.Budaya mengugut-ugut ini budaya budak-budak nakal yang tidak boleh beralah dalam setiap segi. Bila ini berlaku,apa yang terfikir difikiran ialah adakah pemimpin itu memang kehendak dia berebut-berebut sehinggakan tidak mahu orang lain ingin membantu rakyat dikawasan dia atau takut dia akan kehilangan kuasa dan kehilangan sumber harta yang lumayan hasil daripada kerusi menteri yang dia sedang duduki ini?Kita lihat semakin jauh UMNO ini berjalan semakin kebudak-budakkan tindakkan mereka.Mereka terpaksa menongkat pada kes Anwar untuk kekal berdiri sehingga kehari ini. Cukup memalukan bagi golongan cerdik pandai yang ada didalam kerajaan mahupun didalam UMNO hanya mampu menasihati pemimpin setakat tahap sebegini sahaja.Tahap dimana hanya menggerakkan perasaan benci dan tidak langsung mengerakkan minda rakyat.Inilah hasilnya selama 60 tahun kita dididik bagaimana untuk berjaya dalam mengejar impian.Tiada jalan yang murni melainkan bunuh orang atau bunuh watak seseorang yang kita benci seteruk-teruknya untuk maju kehadapanTdakkah mereka ini ketahui bahawa semakin dihinjak dan dipijak Anwar ini semakin kukuh dan utuh nama itu berdiri. SEtiap hari didada akhbar terbentang celaan terhadap Anwar dan fitnah ditaburkan kepada beliau memberi kredit dan pahala percuma kepada hamba Allah tersebut.Tidakkah kita berasa bagaimana jikalau kita sendiri yang berada pada kedudukkan Anwar itu yang terpaksa menghadapi situasi getir ini seorang diri.Tidakkah kita berasa berdosa melihat sahabat seiman kita dimalukan sebegitu rupa tanpa ada rasa belas ikhsan dari kita yang ada kuasa ini. Untuk itu marilah kita tukar cara berfikir dan cara kita bertindak dalam kita mengejar impian dan cita-cita.Untuk mengambil hati rakyat marhain ini,kita kena laburkan masa untuk mencari jalan yang lebih kreatif bagaimana kita dapat bertahan pada kedudukkan kita selama ini dan maju kehadapan tanpa perlu mengorbankan orang lain dengan cara yang menjijikkn ini.Ingatlah bahawa kita ada lagi 3 alam yang perlu kita tempohi walaupun kita tidak suka menempohnya iaitu alam kubur, dipadang masyar dan juga alam syurga/neraka nanti. Biarlah rakyat memilih dengan akal (dimana rakyat dapat melihat kehebatan kita sebagai pemimpin mereka) dan bukan dengan hati (iaitu menyemai perasaan benci membenci dan menabur fitnah).Saya faham bahawa saya bukanlah insan yang baik seperti yang difikirkan,saya juga 'tenggelam' dalam dunia yang alpa ini.Walaupun begitu saya juga mempunyai akal untuk digunakan dalam memahami kenapa perkara ini Allah larang dan kenapa perkara ini Allah suruh kita lakukan. Yang indah itu Allah dan yang kerdil itu saya./md daud yusri | ||
TAHNIAH DAN SYABAS BUAT DR SYED HUSIN ALI Posted: 24 Nov 2010 12:51 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS TABIK dan syabas buat Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali yang baru-baru ini ada buat kenyataan bahawa `pengkhianat' di dalam parti adalah sampah sarap yang mesti dibuang dari parti. Terhindarnya sampah sarap ini nanti, maka InsyaAllah, parti lebih baik. Siapakah `pengkhianat @ sampah' yang dimaksudkan oleh beliau? Perkataan yang mudah sebegini pun ada yang tidak faham. Di dalam kenyataannya, sedikitpun beliau tidak menyebut bahawa pengkritik parti itu adalah pengkhianat yang dipanggil sampah. Pengkritik lain, pengkhianat pun lain, Jauh bezanya. PKR parti yang sering dikritik dari dalam dan luar. Sehingga kini pun, masih ramai anggota parti yang mengkritik parti tanpa menggunakan `lidah syaitan' iaitu media milik Umno/Bn, dan mereka bukanlah pengkhianat atau sampah yang dimaksudkan oleh Timbalan Presiden PKR itu. Pengkhianat dan mereka yang bergelar sampah itu adalah mereka yang menggunakan saluran `haram' yang disepakati oleh semua pimpinan PR sebagai media yang tidak boleh diguna pakai langsung untuk menyuarakan kritikan ke atas parti. Utusan Malaysia atau TV 3 umpamanya, adakah pernah media seperti ini menyanjung walau sedikitpun apa yang PR telah buat? Tepatlah apa yang dikatakan oleh Dr Syed Husin Ali, bahawa pengkhianat patut keluar atau dibuang jauh-jauh dari parti kerana mereka bersekongkol dengan `musuh' parti. Sekiranya kita mahu kritik parti tanpa menggunakan saluran haram tersebut, tiada masalah asalkan apa yang dikritik itu untuk kebaikan parti. Apakah menghina bekas Presiden PRM serta ahli-ahli PRM yang bergabung dengan PKR itu satu kritikan untuk kebaikan parti? Jika parti boleh menerima kemasukan kesemua ahli PRM untuk digabungkan bersama PKR, hanya beberapa kerat yang tidak bersetuju maka terpulanglah samada untuk terus bersama parti atau keluar sahaja dari parti. Buat apa perlu diulas kisah gabungan PRM ke dalam PKR? Mengapa diperlekehkan Dr Syed Husin dengan mengatakan beliau tidak pernah menang pilihanraya? Itu kritikan terbaikkah? Apakah PKR perlu hidup dengan `geng-geng reformasi' sahaja tanpa ada usaha untuk memperluaskannya? Berapa ramai orang-orang kuat dari kumpulan reformasi dahulu tiada masalah dan boleh menerima gabungan PRM dengan PKR. Walaupun mungkin ada yang membantah, namun keputusan parti menerima gabungan itu ternyata bijak. Cuma, mereka yang merasa `tertinggal' atau ada tujuan lain sahaja yang sanggup mengungkit penggabungan ini. Justeru itu, amat cetek fahaman sesiapa yang menganggap kenyataan Dr Syed Husin Ali itu adalah satu kenyataan biadab. Sila beri hujah apa yang biadabnya kenyataan itu, tetapi sebelum kemukakan hujah baca balik apa yang diperkatakan oleh Timbalan Presiden PKR tersebut. Sekali lagi, tahniah dan syabas buat Dr Syed Husin Ali yang masih komited terhadap parti walaupun jangkamasa beliau sebagai Timbalan Presiden PKR tinggal beberapa hari lagi. Pedulikan kata-kata mereka yang sentiasa mencari salah orang lain tanpa sedar kesilapan sendiri itu biarpun mereka menggelar dirinya pejuang reformasi yang terlalu banyak jasanya. Mungkinkah tulisan saya kali ini juga mendapat `bayaran' dari tokoh yang tidak bertanding ini? Wallahu Aklam. /wfauzdin.blogspot.com | ||
CERAMAH ANWAR DI PAHANG KELMARIN Posted: 24 Nov 2010 10:50 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS DS Anwar telah membuat lawatan rasmi ke Ibu Pejabat PKR Pahang di Beserah pada 23 Nov 10 baru-baru ini. Pada sebelah malamnya, Ketua Umum PKR tersebut telah memberikan ceramah umum di tapak ceramah di dalam kawasan Ibu Pejabat PKR tersebut. Turut hadir pada malam tersebut di antaranya adalah Pengerusi PKR Pahang, Dato Fauzi Abd Rahman, MP Kuantan bakal Naib Presiden PKR YB Fuziah Salleh, MP Indera Mahkota YB Azan Ismail, Adun Triang dari DAP YB Leong Ngah Ngah, Adun Beserah dari PAS dan beberapa pimpinan negeri dari PKR juga pimpinan PR Pahang. Saya tidak dapat meramalkan kehadiran orang ramai pada malam tersebut, tapi apa yang pasti tapak ceramah dipenuhi oleh ribuan para penyokong PR sehingga di bahagian atas berhampiran pentas ceramah juga padat dengan orang ramai yang ingin mendengar pidato dari DS Anwar dan juga pemimpin PR Pahang. Sebelum ini, jangkaan ramai pihak bahawa DS Anwar akan menggunakan kesempatan malam itu untuk membelasah Dato Zaid Ibrahim yang akan meninggalkan PKR akibat tidak yakin dengan kepimpinan parti. Ternyata jangkaan itu meleset, DS Anwar sebaliknya menghormati pilihan Dato Zaid. Beliau menerangkan apa yang terjadi kepada PKR sekarang, telah lama berlaku di dalam semua parti samada PAS, DAP malahan Umno juga. PAS kata beliau, lebih teruji apabila Presidennya sendiri keluar parti seperti Dato Asri Muda dan juga Naib Presiden PAS, Nakhaie Ahmad yang menyertai Umno. Begitu juga dengan DAP seperti Dato Lee Lam Thye dan beberapa tokoh DAP lainnya. Namun, parti PAS dan DAP masih mampu bertahan sehingga kini malah semakin kuat. DS Anwar turut menyebut bahawa Umno lebih dahsyat lagi kerana bekas Presiden Umno dan PM sendiri pun di akhir hayat mereka di luar Umno. Pengasas Umno, Dato Onn Jaafar juga mati di luar Umno. Bekas PM, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn juga tidak bersama Umno hingga hujung nyawa. Mantan PM Tun Mahathir pula, sedikit pelik kerana beliau lebih suka keluar masuk Umno. DS Anwar yakin, Tun Mahathir akan memasuki PKR apabila PR menghuni Putrajaya nanti. Sepanjang lebih kurang 1 jam setengah beliau berucap, DS Anwar juga menyindir Utusan Malaysia yang setiap hari akan membawa cerita berkenaan dirinya. "Utusan Malaysia perlu ditukar kepada nama Utusan Anwar", selorohnya. Sebelum DS Anwar berucap, saya ternanti-nanti akan ucapan dari bakal Naib Presiden PKR YB Fuziah SAlleh yang saya minati itu. Malangnya beliau tidak sempat berucap kerana memberi peluang kepada DS Anwar untuk berucap lebih panjang. YB Azan Ismail juga turut berucap sebelum DS Anwar dan beliau banyak menceritakan apa yang berlaku dalam perbahasan bajet di Parlimen. Kerajaan Bn katanya, sudah tidak releven lagi di mana terlalu banyak perbelanjaan membazir sehingga terpaksa meminta peruntukan yang lebih besar kali ini. `Bajet seluar dalam' seperti yang dikatakan oleh YB Azan meriuhkan suasana ceramah malam tersebut. Walaupun ceramah malam itu tidak diwar-warkan lebih awal, namun sambutan orang ramai yang hadir amat memberangsangkan. DS Anwar amat berpuas hati di atas sambutan malam itu dan beliau mengucapkan tahniah kepada PKR Pahang serta PR yang berjaya melaksanakannya walaupun tidak dirancang lebih awal. Saya yang hadir malam itu tidak berkesempatan untuk mengambil gambar suasana malam itu kerana sibuk merakam melalui video kamera. Gambar-gambar yang saya siarkan di sini hanya sempat diambil sambil lalu sahaja melalui kamera telefon bimbit sahaja. Kesimpulannya, ceramah malam itu membuktikan dakyah pihak media mereka bahawa PKR dan PR semakin goyah tidak tepat. Jangkaan mereka bahawa DS Anwar atau beberapa pemimpin PKR Pahang akan menyerang Zaid Ibrahim habis-habisan ternyata meleset. Ini adalah kerana PKR mahu menumpukan kepada agenda yang lebih besar untuk rakyat. /wfauzdin.blogspot.com | ||
MAHU SIASAT GHANI PATAIL, KENA JUMPA GHANI PATAIL DULU Posted: 24 Nov 2010 09:30 AM PST Surat terbuka insiden mata lebam Anwar disiasat Kerajaan akan menyiasat surat terbuka bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai peranan dalam insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira 12 tahun lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kabinet mengarahkan beliau dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim untuk berjumpa Abdul Gani bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan surat terbuka Mat Zain itu. "Saya dan Rais sudah diarahkan kabinet yang bermesyuarat pada 12 November lalu untuk berjumpa Abdul Gani bagi mendapatkan penjelasan mengenai surat terbuka itu sebelum sebarang tindakan diambil. "Buat masa ini, kami sedang menunggu Abdul Gani pulang dari Makkah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. Mohamed Nazri berkata, beliau dan Rais perlu menemui Abdul Gani berhubung surat terbuka Mat Zain itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada Isnin lalu, Mat Zain merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pada sidang Dewan Rakyat 9 November lalu. Beliau juga mengesahkan ada menghantar e-mel kepada Lim yang juga pemimpin veteran DAP pada 14 April lalu. - Bernama | ||
CERAMAH ANWAR DI PAHANG - DAKYAH MEDIA UMNO TERSASAR Posted: 24 Nov 2010 09:17 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS DS Anwar telah membuat lawatan rasmi ke Ibu Pejabat PKR Pahang di Beserah pada 23 Nov 10 baru-baru ini. Pada sebelah malamnya, Ketua Umum PKR tersebut telah memberikan ceramah umum di tapak ceramah di dalam kawasan Ibu Pejabat PKR tersebut. Turut hadir pada malam tersebut di antaranya adalah Pengerusi PKR Pahang, Dato Fauzi Abd Rahman, MP Kuantan bakal Naib Presiden PKR YB Fuziah Salleh, MP Indera Mahkota YB Azan Ismail, Adun Triang dari DAP YB Leong Ngah Ngah, Adun Beserah dari PAS dan beberapa pimpinan negeri dari PKR juga pimpinan PR Pahang. Saya tidak dapat meramalkan kehadiran orang ramai pada malam tersebut, tapi apa yang pasti tapak ceramah dipenuhi oleh ribuan para penyokong PR sehingga di bahagian atas berhampiran pentas ceramah juga padat dengan orang ramai yang ingin mendengar pidato dari DS Anwar dan juga pemimpin PR Pahang. Sebelum ini, jangkaan ramai pihak bahawa DS Anwar akan menggunakan kesempatan malam itu untuk membelasah Dato Zaid Ibrahim yang akan meninggalkan PKR akibat tidak yakin dengan kepimpinan parti. Ternyata jangkaan itu meleset, DS Anwar sebaliknya menghormati pilihan Dato Zaid. Beliau menerangkan apa yang terjadi kepada PKR sekarang, telah lama berlaku di dalam semua parti samada PAS, DAP malahan Umno juga. PAS kata beliau, lebih teruji apabila Presidennya sendiri keluar parti seperti Dato Asri Muda dan juga Naib Presiden PAS, Nakhaie Ahmad yang menyertai Umno. Begitu juga dengan DAP seperti Dato Lee Lam Thye dan beberapa tokoh DAP lainnya. Namun, parti PAS dan DAP masih mampu bertahan sehingga kini malah semakin kuat. DS Anwar turut menyebut bahawa Umno lebih dahsyat lagi kerana bekas Presiden Umno dan PM sendiri pun di akhir hayat mereka di luar Umno. Pengasas Umno, Dato Onn Jaafar juga mati di luar Umno. Bekas PM, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn juga tidak bersama Umno hingga hujung nyawa. Mantan PM Tun Mahathir pula, sedikit pelik kerana beliau lebih suka keluar masuk Umno. DS Anwar yakin, Tun Mahathir akan memasuki PKR apabila PR menghuni Putrajaya nanti. Sepanjang lebih kurang 1 jam setengah beliau berucap, DS Anwar juga menyindir Utusan Malaysia yang setiap hari akan membawa cerita berkenaan dirinya. "Utusan Malaysia perlu ditukar kepada nama Utusan Anwar", selorohnya. Sebelum DS Anwar berucap, saya ternanti-nanti akan ucapan dari bakal Naib Presiden PKR YB Fuziah SAlleh yang saya minati itu. Malangnya beliau tidak sempat berucap kerana memberi peluang kepada DS Anwar untuk berucap lebih panjang. YB Azan Ismail juga turut berucap sebelum DS Anwar dan beliau banyak menceritakan apa yang berlaku dalam perbahasan bajet di Parlimen. Kerajaan Bn katanya, sudah tidak releven lagi di mana terlalu banyak perbelanjaan membazir sehingga terpaksa meminta peruntukan yang lebih besar kali ini. `Bajet seluar dalam' seperti yang dikatakan oleh YB Azan meriuhkan suasana ceramah malam tersebut. Walaupun ceramah malam itu tidak diwar-warkan lebih awal, namun sambutan orang ramai yang hadir amat memberangsangkan. DS Anwar amat berpuas hati di atas sambutan malam itu dan beliau mengucapkan tahniah kepada PKR Pahang serta PR yang berjaya melaksanakannya walaupun tidak dirancang lebih awal. Saya yang hadir malam itu tidak berkesempatan untuk mengambil gambar suasana malam itu kerana sibuk merakam melalui video kamera. Gambar-gambar yang saya siarkan di sini hanya sempat diambil sambil lalu sahaja melalui kamera telefon bimbit sahaja. Kesimpulannya, ceramah malam itu membuktikan dakyah pihak media mereka bahawa PKR dan PR semakin goyah tidak tepat. Jangkaan mereka bahawa DS Anwar atau beberapa pemimpin PKR Pahang akan menyerang Zaid Ibrahim habis-habisan ternyata meleset. Ini adalah kerana PKR mahu menumpukan kepada agenda yang lebih besar untuk rakyat. /wfauzdin.blogspot.com | ||
Media Kerajaan Taksub Cari Kelemahan Pakatan Rakyat Posted: 24 Nov 2010 08:54 AM PST Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketaksuban Barisan Nasional(BN) untuk mencari kelemahan Pakatan Rakyat bukanlah sesuatu perkara yang baru. Menurutnya, Pakatan Rakyat sudah lali dengan tindak tanduk BN yang mempergunakan pelbagai cara termasuk media massa dan menggunakan badan-badan kerajaan dalam usaha mereka untuk melemahkan gabungan mantap parti PKR, PAS dan DAP. Anwar, mengulas laporan bahawa BN mahu mengambil kesempatan dari kekecohan yang dikatakan berlaku ketika proses pemilihan pimpinan parti itu dalam persediaan menghadapi pilihanraya umum ke13 akan datang. "Apa yang kurangnya dengan sebelum pilihanraya 2008... yang dia (BN) kutuk PAS, DAP dan PKR dan saya tidak fikir rakyat akan mudah diperbodohkan. Mereka menggunakan media untuk mempengaruhi rakyat, terutama masyarakat Melayu yang disekat sama sekali ruang untuk berfikir melalui media bahasa Melayu ," katanya lagi. Beliau yang sebelum itu, mempengerusikan mesyuarat jadual berskala Pakatan Rakyat di Parlimen petang tadi berkata tiada apa yang pelik dengan tindakan BN seperti yang dilaporkan kerana ia adalah amalan biasa gabungan berkenaan pada setiap kali pilihanraya bakal diadakan. Menurutnya, BN akan menggunakan semua isu yang difikirnya boleh menjatuhkan Pakatan Rakyat. Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyanggah dakwaan bahawa bilangan ahli parti yang mengundi bagi pemilihan jawatan baru-baru ini mencerminkan bahawa PKR tidak memiliki 400 ribu ahli seperti yang nyatakan. Menurutnya, jumlah ahli parti yang terbabit dalam pengundian terus semasa pengundian peringkat cabang dan pimpinan jelas lebih baik dari parti komponen BN sendiri seperti MCA, MIC dan Umno. "Semasa pilihan peringkat cabang lebih 70,000 ahli parti telah mengundi dan 30,000 lagi ketika pengundian peringkat pimpinan dan jelas sekali angka ini lebih baik dari parti Umno, mahupun MCA atau MIC," katanya lagi. Beliau turut menyifatkan pemilihan melalui pengundian terus ahli-ahli PKR menunjukkan trend yang sihat dalam mendukung aspirasi sebuah parti berdemokrasi. Terdahulu, beberapa pihak termasuk beberapa bekas pemimpin parti itu sendiri dilaporkan cuba memperlekehkan kewibawaan PKR dengan mempersoalkan kesahihan parti berkenaan mempunyai sehingga 400,000 anggota. Mereka mendakwa kononnya sehingga kini dakwaan itu gagal dibuktikan sama ada menerusi rekod bertulis mahupun pemilihan Majlis Pimpinan Pusat yang berakhir Ahad lalu yang menyaksikan hanya 10 peratus daripada jumlah yang dikatakan ahli parti keluar mengundi. (TVSnews) | ||
MAHATHIR DISERU AGAR TAUBAT NASUHA Posted: 24 Nov 2010 07:59 AM PST KENYATAAN MEDIA: Biro Pemahaman & Pemantapan Agama. (BIPPA), PKR, terpanggil untuk menyambut kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan dalam Sinar 24 November 2010 dengan penegasan bahawa: 24 NOVEMBER 2010 1. BIPPA menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu. Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT. 2. Beliau bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Dato' Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan. Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar. Beliau mengaibkan DSAI dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan DSAI dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.. Justeru, DSAI mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan DSAI mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil. Demikian penegesan dari sepotong ayat dalam al-Qur'an: "Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap." (al-Isra': 81). . 3. Mantan Perdana Menteri juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu 4. Menjadi satu kebiasaan mantan Perdana Menteri meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau diatas bahu orang lain. Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri. 5. Parti yang didakwa kecil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insyaallah, mengambil alih pemerintahan negara. Inilah yang digeruni oleh Tun Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah. Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi. 6. Seandainya DSAI itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Tun Dr Mahathir, mengapa DSAI masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media. Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para 'ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antara bangsa. Dr Muhammad Nur Manuty Pengerusi Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR Melalui Email
| ||
TAHNIAH MB SELANGOR, TAHNIAH PR SELANGOR Posted: 24 Nov 2010 05:00 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS SYABAS, kita ucapkan kepada Kerajaan PR Selangor yang tidak menyembunyikan atau melindungi mana-mana pegawai di bawah kerajaan negeri yang disyaki terlibat di dalam penyelewengan. Kes seorang Pengurus Kanan Yayasan Selangor yang telah ditahan reman selama 7 hari oleh SPRM bagi siasatan berhubung isu perbelanjaan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 40 yayasan itu membuktikan ketelusan Kerajaan Negeri. Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 yayasan itu yang dikatakan melebihi RM300,000 adalah satu perbelanjaan yang melampau di bawah pemerintahan PR, mungkin biasa jika di bawah pemerintahan Umno. Itu bezanya. Buktinya, rumah MB Selangor di bawah Umno dahulu berapa juta? Jika mahu tahu lebih lanjut, tanya Tun Dr Mahathir berapa agaknya harga rumah Khir Toyo. Blog-blog pro Umno termasuk media mereka cuba mengambil peluang untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri di bawah PR, namun usaha mereka gagal kerana bukan sahaja MB Selangor yang tertekan untuk menjawab isu ini bahkan tidak semena-mena pemimpin Umno Selangor yang menggelabah dengan isu sekarang. Cuba semak bila kali terakhir Yayasan Selangor itu di audit? Bermula di zaman Umno kah atau di zaman PR? Namun demikian, menyedari betapa Kerajaan PR Selangor sekarang terpaksa membersihkan segala `najis' peninggalan Umno dahulukala, MB Selangor bertindak pantas dengan mengadakan peraturan baru yang melibatkan semua syarikat di bawah Kerajaan Negeri. MB Selangor tidak mahu `pisang berbuah dua kali'. Menyerahkan kes ini terus kepada SPRM adalah satu langkah terpuji yang tidak mampu dilakukan oleh Kerajaan Negeri yang diperintah oleh Umno. Kini, biarlah SPRM siasat sepenuhnya dan jika ada pegawai lain mahu pun pemimpin politik yang turut terlibat, SPRM mestilah mengambil tindakan. Selepas ini mungkin SPRM boleh mencuba menyiasat pula berapa kos perbelanjaan lawatan ke luar negara melibatkan sepasang suami isteri bernama Najib dan Rosmah pula./wfauzdin.blogspot.com | ||
Kisah dengan bekas Permaisuri Agong: Syed Abdullah menaruh harapan Posted: 24 Nov 2010 04:00 AM PST Oleh: BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ Syed Abdullah Alattas @Uncleseekers yang bikin gamat menerusi laman blognya nampaknya langsung tidak memperdulikan berbagai-bagai andaian dan komen yang menghentam serta mempersoalkan kewajaran dia menyiarkan kepada umum kisah peribadinya dengan bekas Permaisuri Agong Cik Puan Aishah. Ketika Agendadaily menghubunginya petang Selasa, anak kepada penulis buku politik terkenal Syed Hussein Alattas ini tetap bersemangat mempertahankan tindakannya yang lain macam itu 'ada makna' yang tersendiri. Dia bagai menaruh harapan ia sebagai usahanya untuk membantu melepaskan Cik Puan Aishah daripada 'penderitaan zahir dan batin' agar dapat kembali ceria dalam hidupnya sebagai manusia biasa. "Tolong bantu dia… Cik Puan sakit dan perlukan bantuan. Pulihkan dia,'' begitulah rayu Syed Abdullah yang sebelum ini telah menyiarkan kisah mereka dalam tujuh bahagian di laman blognya www.uncleseekers.blogspot.com mulai 2 November lalu. Laman blog itu tiba-tiba jadi hot . Jumlah pelawat melonjak mendadak. Namun kebanyakan komen pembaca menghentamnya sakan termasuk dakwaan mengaibkan bekas Permaisuri Agong. Apa yang agak mengejutkan banyak pihak ialah pada bahagian tujuh yang ditulisnya THE END/TAMAT…Syed Abdullah bertindak menyiarkan alamat kondo kediaman Cik Puan Aishah dan nombor telefon bapanya. Dalam perbualan telefon dari kediamannya di Janda Baik, Syed Abdullah mengakui hubungannya dengan Cik Puan Aishah yang asalnya bermula antara perawat dengan pesakit telah bertukar menjadi 'percintaan terhalang' "Betullah tajuk Agendadaily ( mengenai kisah itu) yang menyebut perhubungan kami sebagai cinta terhalang kerana memang tidak direstui bapa Aishah,'' katanya . Namun dia pantas menjelaskan cinta itu sebenarnya ibarat 'bertepuk sebelah tangan'' sahaja ''kerana saya dah ada 'sayang' saya sendiri." Tatkala mendengar jawapan tersebut, Agendadaily lantas bertanya ," dengan Gee (penyanyi Fauziah Latif) ke?" Syed Abdullah kedengaran ketawa berdekah-dekah sambil berkata pula: "Gee dengan adik saya Hadi…. Bukan dengan saya. Sabtu ni adik saya balik (dari kembara keliling dunia). Nak jadi adik ipar kan…kenalah abangpun baik dengan Gee,''. Sebenarnya ramai yang terkeliru apabila dia telah menyiarkan gambar mesranya dengan Fauziah. Ramai yang menyangka penyanyi yang berstatus janda itulah ' sayang' yang dimaksudkan. Syed Abdullah berkali-kali menjelaskan dia sudah mempunyai 'buah hatinya' sendiri, seseorang yang amat memahami keadaan yang dilaluinya kini termasuklah hubungan dengan bekas Permaisuri Agong dan Fauziah. Dalam tulisan terkininya, Syed Abdullah mengucapkan terima kasih kepada 'sayangnya' dengan berkata" Terima kasih kerana memahami Abang.I love you so much. Ada jodoh kita ijabkabul tahun hadapan dan kepada Gee pula dia mengungkapkan: " Anda adalah sahabat karib saya. Kalau jadi adik ipar Uncle pun best gak (kalaulah)…" Ditanya kenapa dia perlu memaparkan pelbagai hal yang bersifat agak peribadi termasuk nombor telefon bapa Cik Puan Aishah dan alamat penuh kediamannya, Syed Abdullah berkata dia mahu umum mengetahui kesengsaraan hidup yang dilalui bekas Permaisuri Agong itu. Mengulas lanjut perhubungan mereka yang terhalang itu,Syed Abdullah menyifatkan dirinya ibarat pipit yang tidak mampu terbang tinggi seperti helang. "Saya dah beritahu Cik Puan…saya tidak mampu memberikan apa-apa kepada dia, saya sedar siapalah saya. Tetapi beliau perlukan seseorang dalam hidupnya. "Berilah beliau peluang. Janganlah dikurung lagi dalam kondo tu.'' Katanya. Menurut Syed Abdullah ahli keluarga Cik Puan Aishah tinggal di unit berasingan kondo Wangsa Maju itu. Dia mendakwa bekas Permaisuri itu tinggal bersendirian dan berkunci dari luar. Seperti dinyatakan dalam laman blognya, Syed Abdullah memberitahu dia akan membuat pelbagai pendedahan lain dalam bukunya bertajuk Cinta Syyhh yang akan dilancarkan bulan hadapan./Agenda Daily | ||
LAPORAN TELAH DIMAJUKAN MELALUI SALURAN, PARTI MESTI BERTINDAK Posted: 24 Nov 2010 01:00 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS TAHNIAH buat Blogger Sharpshooter, kerana membantu kita mengenalpasti secara fakta apa yang didakwa kepincangan pemilihan PKR yang baru berakhir ini. Laporan secara fakta begini amat memudahkan kita memikirkan samada perlu atau tidak siasatan dan tindakan susulan dibuat oleh kepimpinan PKR dan mereka yang bertanggungjawab. Anda dikehendaki membaca laporan tersebut jika ingin mengetahui apa yang dilaporkan. Pimpinan PKR tiada pilihan lain, kecuali meneliti laporan berkenaan, menyiasat, mengambil tindakan dan memaklumkan kepada semua ahli parti apa yang sebenarnya berlaku. Saya simpati dengan calon Ketua AMK yang berkemungkinan besar tewas (difahamkan telah pun tewas) iaitu Chegu Bard kerana beliau terpaksa melalui semua ini bukan di dalam parti Umno, tetapi di dalam parti yang beliau sendiri istiqamah berjuang selama ini. Bukan masalah kalah atau menang, tetapi masalahnya mengapa tiada ketelusan. Kita tahu, kita tiada upaya untuk memaksa pimpinan parti mengambil tindakan ke atas laporan yang dikemukakan. Selaku penyokong parti, sudah tentu kita mahu melihat parti ini bersih walaupun tidak sebersih `Malaikat' yang memimpinnya. Namun, sekurang-kurangnya tidak seperti Umno ataupun SPR yang sentiasa dilihat tidak bersih. Saya percaya, Presiden Parti, Ketua Umum dan Setiausaha Agung tidak buta lagi. Mereka mahu segala aduan dan laporan dikemukakan mengikut saluran dan tidak melalui media haprak milik Umno. Nah, aduan telah dikemukakan mengikut saluran beserta fakta yang boleh disemak. Justeru itu, parti mestilah bertindak segera sebelum pihak lain memainkan isu ini untuk merosakkan imej parti. Kongres PKR semakin hampir. Segala aduan yang dikemukakan seperti `dibeku'kan. Kita akui memang sulit untuk mengadakan pemilihan semula, tetapi perlu diingat kita lebih sulit untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan orang lain terhadap parti. Apalah salahnya parti bekerja kuat sedikit demi untuk memulihkan imej parti menjelang PRU Ke 13 yang bakal tiba ini./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan