Isnin, 1 November 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Dr Asri minta Anwar bersara

Posted: 01 Nov 2010 01:10 AM PDT


KUALA LUMPUR, 1 Nov — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan ahli politik veteran termasuk Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersara dari politik dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin lain untuk memberi "nafas baru" atas alasan banyak "rentak tari politiknya makin tidak seimbang."

Di samping itu kata beliau, Pakatan Rakyat juga perlu melakukan pembaharuan untuk menjadi pembangkang yang kuat dan berkualiti.

"Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, sudah sampai masanya untuk bersara 'politik'," kata bekas mufti Perlis ini yang kini dilihat sebagai "penggerak ketiga" dalam arena politik semasa.

"Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak 'seimbang'," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Asri berkata zaman Anwar, yang juga Penasihat PKR, mungkin makin menyusur pergi.

"Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat 'story-design' politik yang sama," kata Asri lagi.

PKR ditubuhkan selepas Anwar dimasukkan ke penjara dan dipecat daripada jawatan kerajaan dan Umno.

Malah menurut beliau, Anwar perlu diberikan peluang untuk berundur dengan aman demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan.

"Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi.

"Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar," kata tokoh agama ini.

"Maaf atas pandangan ini," kata Asri (gambar) sambil menambah, beliau tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan ini.

"Saya tahu sesetengah pembangkang cepat 'melenting' jika ada pandangan yang mereka tidak setuju.

"Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik," kata Asri dalam pandangan ini ketika parti itu sedang melangsungkan pemilihan pucuk kepimpinan.

Pertengahan tahun lalu, Asri pernah dilaporkan akan menyertai Umno tetapi beliau menafikannya dengan menegaskan akan kekal seperti sekarang.

Selain itu, PKR mewakili Pakatan Rakyat menurunkan calonnya di kerusi Parlimen Batu Sapi.

Asri juga berkata, politik negara ini juga memerlukan nafas baru tidak kira parti politik.

"Seperti mana Umno memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama.

"Saya, seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti," katanya sambil menambah, "sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini."

Oleh itu kata Asri, jangan lupa bahawa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen.

"Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara," katanya.

Malah menurut beliau, negara perlukan politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara.

"Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.

"Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi," katanya.

Justeru, katanya, politik negara memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas.

"Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai 'al-quwwah' (kemampuan) dan al-amanah (amanah).

"Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh.

"Maka, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat," katanya sambil menambah, sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan.

"Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi 'hero' dalam pentas baru politik hari ini.

"Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat.

"Jika Tun Abdullah (Ahmad Badawi) pun bersara, makin mereka yang 'sewaktu' dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata (penganalisis politik) Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula," katanya.





ReJaM©

Kemalangan di Setiu, bayi tercampak 10 meter

Posted: 31 Oct 2010 11:38 PM PDT


SETIU: Tiga beradik, seorang wanita dan kanak-kanak maut dalam satu kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah van Ford Spectron di Kilometer 67.5 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kampung Nyatuh, di sini, semalam.

"Saya terus memangku bayi yang ada di atas jalan dan menahan sebuah kereta yang melalui kawasan itu sebelum menghantarnya ke hospital, sebelum membantu mangsa lain," kata Zakaria Ismail, 61, saksi kemalangan berkenaan.

Menceritakan detik cemas itu, Zakaria berkata, kejadian berlaku ketika hujan dan dia yang berada di depan rumahnya di Kampung Nyatoh terdengar dentuman kuat sebelum melihat sebuah Proton Wira remuk serta suara meminta tolong daripada sebuah van Ford.

"Saya lihat bayi dan pemandu Proton Wira tercampak keluar lebih 10 meter dan ketika itu saya hanya terfikir nak menyelamatkan bayi terbabit sambil bertanya kepada penumpang van, bayi ini anak siapa," katanya.

Ketika itu bayi berkenaan, Nor Amisya Maisarah, 1, masih bernyawa, bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Setiu (HS) jam 6.15 petang, semalam.




"Hanya saya saja di tempat kemalangan dan selepas itu orang ramai mula datang dan kami membantu mengeluarkan mangsa yang cedera daripada van, namun seorang penumpang daripada Proton Wira gagal dikeluarkan kerana tersepit," katanya.

Katanya, seorang penduduk menghubungi pasukan bomba dan penyelamat sebelum pasukan berkenaan tiba dan mengambil masa kira-kira setengah jam mengeluarkan mangsa yang tersepit.







ReJaM©

Rosmah Mansor kini TPM baru Malaysia?

Posted: 31 Oct 2010 10:04 PM PDT


Kebiasaannya bila sesuatu berlaku kepada Perdana Menteri, sama ada Perdana Menteri tidak sihat, bercuti atau sebagainya yang mengakibatkan urusan negara yang sepatutnya diuruskan oleh Perdana Menteri tidak dapat dilakukan, maka timbalan perdana menteri akan mengambil alih tugas tersebut.

Contohnya semasa zaman Tun Mahathir masih Perdana Menteri Malaysia, beliau pernah mengambil cuti selama 2 bulan untuk bercuti. Oleh itu Dato Seri Anwar Ibrahim yang pada masa itu timbalan perdana Menteri bertindak sebagai pengganti Mahathir untuk melakukan semua tugas-tugas yang ditinggalkan oleh Tun Mahathir.

Namun apa yang menjadi persoalan kali ini ialah, adakah Rosmah Mansor kini sudah dilantik secara rasmi menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk menggantikan Muhyidin Yassin? Sungguh lucu apabila Rosmah Mansur bertindak seolah-olah dia sebagai seorang timbalan perdana menteri menggantikan tugas suaminya merasmikan program deepavali 1Malaysia di Klang Selangor.

Tidak pernah berlaku di dalam sejarah apabila tugas Perdana Menteri diambil alih oleh isterinya! Seolah-olah Muhyidin Yassin kini dah jadi tunggul yang tidak berguna kah kah kah!




ReJaM© "Rosmah Mansor oh Rosmah Mansor! Bakal PM kot dia ni?"

Seorang lelaki dibunuh kerana merogol keldai

Posted: 31 Oct 2010 09:35 PM PDT

LONDON: Satu berita telah dilaporkan di sini berkenaan seorang lelaki berumur 68 tahun telah dikelar di lehernya oleh seorang petani di Portugal apabila mendapati bahawa lelaki tersebut telah melakukan hubungan sex dengan keldainya.

Jose Gomes Pinto, 55, telah mengelar leher Jaime Pires dengan menggunakan pisau cukur apabila mendapati bahawa dia (Pires) telah melakukan perbuatan seks luar tabii bersama dengan keldai kesayangannya yang bernama Russo.

Pires telah ditemui mati dengan lumuran darah di sebuah kampung bernama Proenca-a-Velha di Portugal, lapor akhbar The Sun.

Menurut laporan media, menyedari sikapnya yang sering ingin melakukan hubungan seks dengan binatang, Pires dikatakan telah mula tidur bersama binatang ternakan sejak 12 tahun yang lalu.

Dato bandar Francisco Silva mengatakan bahawa pembunuhan itu "Sedih dan dikesalkan"
Pinto has denied murder charges during an appearance in court.

[Times of india]





ReJaM© "Kesian keldai yang tak bersalah itu..."

UMNO rasuah RM100 untuk 1 Malaysia di Galas

Posted: 31 Oct 2010 09:04 PM PDT

Penduduk sekitar Kampung Baru Cina di Gua Musang dilaporkan dibayar RM100 dan diberi sehelai kemeja-T untuk mengambil bahagian berhimpun untuk majlis 1Malaysia di kawasan perumahan mereka semalam.

NONE
Kebanyakan mereka dibayar untuk memakai kemeja-T dengan logo 1Malaysia di depan dan belakang serta dilihat berkeliaran di sekitar kawasan pilihan raya kecil Gasa di Gua Musang itu sejak beberapa hari lalu.

Kemuncaknya, semalam pada jam 3 petang, mereka berkumpul dan melaungkan slogan "1Malaysia" dan berarak sekitar kawasan berkenaan. Habuannya, selain wang tunai, mereka juga dibekalkan dengan sebuah beg yang mengandungi beberapa tin susu serta Milo.





NONE
Selain itu, mereka juga menikmati jamuan makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur yang menamakan diri mereka sebagai 'NGO 1Malaysia' yang ditugaskan menyebarkan kempen perpaduan kerajaan, tetapi menafikan mereka berkempen untuk mana-mana parti politik.

"Antara 1,000 hingga 2,000 orang tiba untuk mendaftar (untuk majlis perakan itu). Ada juga yang bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Pihak penganjur hanya minta nama dan beberapa butiran lain," kata seorang penduduk yang turut mengambil bahagian selepas jamuan makan malam berkenaan.

Dakwanya, ada juga penduduk yang mengambil kesempatan untuk mendaftar lebih daripada sekali dan oleh kerana majlis ini membabitkan ramai orang, makan tidak mungkin bagi penganjur mengecam mereka.

NONE

Pengerusi Dewan Penyokong PAS Gua Musang, Hua Pang Chow, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata dia dimaklumkan mengenainya oleh penduduk tempatan.

"Malah, saya alu-alukan penduduk supaya pergi dan ambil wang serta barangan. Yang penting, kita tetap undi PAS," katanya.

Sia Teck Keong, penyelaras bagi NGO 1Malaysia di Gua Musang, ketika dihubungi berkata mereka berada di Galas untuk memupuk kempen perpaduan.


NONE
Beliau menafikan mereka yang terlibat dibayar tetapi mengakui penduduk diberikan barangan dan kemeja-T.

"Kita lakukan ini di seluruh Malaysia dan secara kebetulan pilihan raya kecil diadakan di sini. Kita akan anjurkan sekali lagi (hari ini), pada jam 11 pagi," katanya.

Ditanya sumber kewangan yang diperolehi bagi membeli barangan untuk diedarkan kepada penduduk, Sia berkata, ia hasil derma usahawan dan peniaga yang menyokong usaha kumpulan itu.





ReJaM©

Raja Petra Bebas dari ISA - Mahkamah Persekutuan

Posted: 31 Oct 2010 08:52 PM PDT

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan Isnin membebaskan penulis kontroversi Raja Petra Raja Kamarudin daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana tempoh penahanannya adalah tidah sah lagi.

Mahkamah tersebut bersidang bagi menentukan permohonan rayuan Menteri Dalam Negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan penulis itu pada tahun 2008.

Raja Petra ditahan di bawah ISA selama 56 hari tetapi pada bulan November 2008, Hakim Mahkamah Tinggi Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membenarkan permohonan habeas corpus Raja Petra dengan alasan Menteri Dalam Negeri telah bertindak di luar bidang kuasanya. [mStar]




ReJaM©

Serangan tentera ke atas gereja, 37 terkorban

Posted: 31 Oct 2010 08:00 PM PDT


Sekurang-kurangnya 37 orang terkorban setelah pasukan tentera keselamatan Iraq menyerang sebuah gereja Katolik di Baghdad untuk membebaskan puluhan tebusan.

Korban jiwa itu turut melibatkan 25 tebusan dan tujuh tentera keselamatan Iraq, serta sekurang-kurangnya lima dari pihak pejuang bersenjata.

Sekitar 100 orang individu berada di dalam gereja Our Lady of Salvation pada malam minggu.

Kumpulan bersenjata itu dilaporkan menuntut pembebasan pejuang al-Qaeda yang ditahan.

Stesen TV tempatan melaporkan ada menerima panggilan dari seseorang yang mengaku sebagai pemberontak dari kelompok Negara Islam Iraq, sebuah organisasi yang melindungi berbagai kelompok pejuang Sunni, termasuk jaringan al-Qaeda di Iraq.

Laporan-laporan menyebutkan kumpulan pemberontak bukanlah warga Iraq sebaliknya warga Arab yang datang dari luar negara.

Rahib terbunuh

Sekitar 100 individu berada di dalam gereja semasa serangan berlaku.

Penduduk wilayah Karada, Baghdad -tempat serangan berlaku- mengatakan mendengar letupan besar yang pertama sekitar pukul 17.00 waktu setempat atau sekitar 20.00 WIB.

Pihak Polis mengatakan sekumpulan lelaki bersenjata menyerang gudang Bursa Irak dan kemudian menguasai gereja Katolik yang berada di seberang gudang.

Pasukan keselamatan mengepung dan menyerang gereja untuk membebaskan tebusan.

Seorang tebusan yang terselamat mengatakan kepada pejabat berita AFP bahawa kumpulan bersenjata menyerbu ke dalam ruangan ibadat dan terus membunuh rahib.

Laporan-laporan menyebutkan para penyerang melempar bom tangan dan meletupkan vest mudah letup mereka.

Para saksi mengaku melihat pasukan tentera Amerika Syarikat turut dikerahkan ke medan pentempuran dan juga helikopter AS terbang di atas tempat kejadian.


ReJaM©

Ameng Spring dipenjara 2 bulan dan denda Rm 4000

Posted: 31 Oct 2010 07:53 PM PDT

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 40, dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memasukkan dadah dalam badan pada April lalu.

Majistret Zaki Asyraf Zubir memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.

Bagaimanapun, dia dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara kerana vokalis tersebut akan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi hari ini. - Utusan





ReJaM© "kebelakangan ni banyak pulak kes artis terlibat dengan dadah"

Gempar, Puteri UMNO beri rasuah RM20 di Batu Sapi! (video)

Posted: 31 Oct 2010 05:18 PM PDT


Video bukti yang menunjukkan Puteri UMNO memberikan wang rasuah sebanyak RM 20 sudah ada. Siapakah mereka ini yang diberikan RM 20? Adakah mereka merupakan pekerja untuk jentera pilihanraya UMNO di Batu Sapi? Sejak bila Puteri UMNO menerima pendaftaran ahli untuk individu selain daripada bangsa Melayu untuk menyertai Puteri UMNO? Kerana yang menerima RM 20 bukanlah bangsa Melayu!

Apa yang jelas wakil puteri UMNO memberikan wang sebanyak RM20 sebagai rasuah kepada bakal pengundi di Batu Sapi. Inilah yang telah dilakukan oleh UMNO sejak dahulu lagi untuk memancing undi di Sabah. Inilah yang dikatan budaya 'politik duit' atau 'politik rasuah' yang tidak sekali-kali akan hilang dari UMNO dan Barisan Nasional.

Sekarang kita tunggu pula apa komen dan tindakan daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, SPRM tentang bukti ini. Kita tunggu juga apa kata SPR tentang isu ini? Sebelum ini SPR dengan lantang mengatakan kononnya PAS memberi rasuah sekiranya mahu memberikan RM250 kepada pengundi. Dengan adanya bukti ini, adakah SPR akan menggerudi 'boss' nya Najib, ataupun SPR akan diam seribu bahasa macam ayam berak kapur? Biasalah kalau Be End atau UMNGOK buat SPR kata tak salah! SPR bongok!



ReJaM© "UMNO dan Rasuah bagaikan aur dengan tebing..."

Presiden wanita pertama Brazil, Dilma Roussef

Posted: 31 Oct 2010 04:11 PM PDT


Dilma Roussef sah terpilih sebagai presiden wanita pertama Brazil, setelah keputusan perkiraan rasmi suara pemilihan presiden menunjukkan dia memperoleh 55 peratus suara.

Sebelumnya, keputusan exit poll kebangsaan Brazil dalam pusingan kedua pemilihan presiden Brasil hari Minggu (31/10) menunjukkan Roussef tampaknya akan menjadi presiden wanita pertama Brasil.

Exit poll yang dilakukan Ibope memperlihatkan Roussef memperolehi 58 peratus suara, sedangkan Serra meraih 42 peratus.

Pemilihan presiden diadakan untuk memilih pengganti presiden Luiz Inacio Lula da Silva yang sangat terkenal di Brazil. Di bawah kepemimpinan da Silva Brazil telah menunjukkan kebolehan untuk menjadi negara dengan ekonomi kelima terbesar dunia.

Roussef berjanji akan meneruskan kebijaksanaan president sebelum ini yang dinilai menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang mantap dan berjaya menghapuskan jutaan rakyat daripada kemiskinan.

Roussef, yang merupakan salah satu pembantu da Silva, pernah dipenjarakan dan disiksa sewaktu pemerintahan tentera di Brazil sekitar tahun 1970-an.

[BBC]



ReJaM© "Adakah Bik Mama juga bercita-cita untuk menjadi PM?"

McDonald's disaman pekerja gemuk

Posted: 31 Oct 2010 02:59 AM PDT

SAO PAULO - Sebuah mahkamah di Brazil mengarahkan restoran makanan segera McDonald's supaya membayar pampasan kepada bekas pengurus cawangannya yang menjadi gemuk selepas bekerja di restoran itu selama 12 tahun.

Lelaki berumur 32 tahun itu dianugerahkan bayaran pampasan sebanyak AS$17,500 (RM54,000) selepas beratnya meningkat sebanyak 30 kilogram sepanjang berkhidmat di McDonald's.

Bekas pekerja yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, dia terpaksa menguji sampel makanan setiap hari bagi memastikan tahap kualiti yang tinggi kerana McDonald's mengupah 'pelanggan misteri' yang bertugas melaporkan keadaan makanan di restoran itu.

Polisi McDonald's yang memberikan makanan tengah hari percuma kepada pekerja turut menyebabkan pengambilan kalori hariannya meningkat menyebabkan kegemukan.

McDonald's dalam keterangan balas mendakwa syarikat itu memberikan pilihan makanan yang seimbang bagi pengambilan harian pekerjanya.

[Sinar Harian]


ReJaM©

Wang RM250 PAS adalah rasuah kata SPR

Posted: 31 Oct 2010 01:55 AM PDT

Seperti yang telah diramalkan sebelum ini, Parti Komponen Barisan Nasional SPR hari ini memberi amaran kepada PAS kerana ingin memberikan wang sebanyak RM250 kepada pengundi di luar DUN Galas yang sudi pulang mengundi. SPR menyifatkan perbuatan itu sebagai sogokan dan menyalahi undang-undang.

Nampak sangat SPR ni berat sebelah. Bila Najib bagi rasuah di Sibu, SPR senyap. Bila Muhyidin umumkan projek mee segera yang dikatakan "projek kebetulan" setiap kali ada PRK, SPR diam.

GUA MUSANG, 31 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini sebagai satu bentuk sogokan dan menyalahi undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

"Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi," kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.

"Mungkin PAS kata ia bertujuan untuk membiayai kos pengangkutan, tapi itu mereka yang cakap.

"Mereka boleh memberikan pelbagai alasan seperti wang itu adalah saguhati untuk menampung kos makan minum.

"Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang, jadi saya minta PAS supaya berhat-hati sebelum melakukannya," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas yang berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi.
[TMI]




ReJaM© "Moga-moga cepatlah lingkup parti UMNGOK Be End ni!"

Tiada ulasan: