Isnin, 1 November 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pelacur Dari Kulim

Posted: 01 Nov 2010 12:18 AM PDT

GEORGETOWN - Ahli Parlimen Bebas Kulim/ Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dilabel sebagai pelacur politik apabila meletakkan harga dirinya begitu rendah dengan mereka reka fitnah terhadap PKR dan DAP.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, Zulkifli meletakkan harga dirinya ke tahap begitu rendah apabila sanggup menjadi askar upahan UMNO semata-mata untuk memburukkan PKR dan DAP di mata masyarakat.

"Beliau telah menurunkan nilai dirinya sendiri sampai ke tahap yang paling rendah sekali apabila sanggup menjadi askar upahan UMNO semata-mata untuk burukkan PKR dan DAP dan buat kacau bilau dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas. Kita tidak memandang serius kenyataan orang yang sudah keluar parti malah kita 'malas' nak layan orang yang begini.

"Zulkifli juga sanggup membiarkan dirinya dipergunakan oleh UMNO dengan menyamakan dirinya seperti pelacur politik apabila dijadikan orang upahan menyebarkan fitnah kepada PKR dan jika dikaji semula, setiap kali adanya pilihan raya kecil (PRK), pasti ada orang yang dijadikan askar upahan ini bersuara dan apa yang disuarakannya lebih kurang sama iaitu memfitnah parti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.


Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng semalam yang mengatakan Zulkifli kurang siuman dan tidak akan melayan kenyataan orang kurang siuman itu.

Sementara itu, Exco Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam, Abdul Malik Abul Kassim ketika menghubungi Sinar Harian meminta supaya Zulkifli tidak jadi munafik dengan mengada-adakan perkara yang tiada.

Menurutnya, Zulkifli juga dilihat cuba memecah belahkan orang Islam di Pulau Pinang hanya kerana disogok oleh UMNO dan percaya ia dilakukan bagi meraih undi di PRK yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Jangan jadi munafik dengan mereka-reka cerita yang tiada. Perbuatannya itu adalah cubaan untuk memecah belahkan orang Islam Pulau Pinang yang mana beliau menerima habuan yang besar dari UMNO apabila membuat kenyataan seperti itu. Lagi besar hentaman dia kepada parti, lagi besar habuan yang dia dapat.

"Bertaubatlah, jangan cuba memecah belahkan orang Islam dengan menabur fitnah seperti ini. Yang menghairankan, beliau bukan orang Pulau Pinang, yang tidak tahu hujung pangkal tentang Pulau Pinang, mengapa boleh keluarkan kenyataan seperti itu? Jangan hanya dengan baca di akhbar dan sogokan UMNO, beliau cuba untuk menggugat Pakatan Rakyat (PR) di sini," katanya.

Abdul Malik turut memberi amaran kepada Zulkifli dan UMNO bahawa jika terus menabur fitnah, Allah akan menurunkan bala berikutan kenyataan yang dikeluarkan itu membuat orang Islam berasa gundah gulana dan 'tidak senang duduk'.

"Bertaubatlah (UMNO dan Zulkifli) sebelum Allah turunkan bala kerana apa yang dilakukan adalah dosa besar kerana memporak perandakan perasaan orang dan ia tindakan melampaui batas. Ini adalah salah satu contoh perbuatan 'ejen' UMNO bagi menjatuhkan PR.

Kelmarin, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat, Zulkifli mendedahkan wujud perjanjian rahsia melibatkan pegangan kuasa politik antara PKR dan DAP.

Kajian dapati pengundi muda sokong PAS di Galas

Posted: 31 Oct 2010 10:26 PM PDT

Kebanyakan pengundi muda yang ditemubual menerusi panggilan telefon oleh sebuah badan penyelidikan bebas berkata mereka akan mengundi PAS dalam pilihanraya kecil DUN Galas yang akan berlangsung 4 November ini.

Dapatan ini dikeluarkan oleh badan penyelidikan bebas Ilham Centre, yang sentiasa mengikuti perkembangan pilihanraya-pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

"Kami membuat panggilan telefon semalam dan hari ini kepada 2150 pengundi muda dalam kawasan DUN Galas dan 320 melayan dengan baik dan member I kerjasama," kata Pengarah Eksekutif Ilham, Muhamad Hisommudin Bakar di sini petang ini.

Mereka yang ditelefon mewakili semua daerah-daerah mengundi di Galas dan berumur antara 21 hingga 40 tahun.


Daripada jumlah itu beliau berkata 168 responden mengaku akan mengundi calon PAS, 41 akan mengundi calon BN manakala 112 lagi belum membuat keputusan.

Ilham turut mengadakan kajian lapangan dalam tempoh kempen pilihanraya kecil ini dengan menurunkan 50 pembanci dan satu gambaran menyeluruh akan dikeluarkan kepada pihak media sebelum hari mengundi.

Sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Ilham telah membuat kajian lapangan menjelang sesuatu pilihan raya kecil.

Sehingga kini, kesemua hasil kajian Ilham adalah tepat dengan keputusan pilihan raya sebenarnya termasuk yang terakhir di Bgan Pinang di mana sejak dari awal lagi kajian Ilham menunjukkan sokongan terhadap PAS lemah di kawasan pilihan raya itu.

Azmin Mendahului Zaid Ibrahin

Posted: 31 Oct 2010 10:14 PM PDT

Perangkaan rasmi terbaru daripda setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution, menunjukkan naib presiden parti itu, Azmin Ali sedang mendahului pemilihan timbalan presiden parti itu dengan mendapat 3051.

Menurut Saifuddin pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, hari ini, Datuk Zaid Ibrahim pula mendapati 2529 undi manakala seorang lagi pencabar jawatan itu, Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1149 undi.

Sebelum ini, laman sesawang PKR menyiarkan keputusan bahawa Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim masih mendahului dalam perebutan jawatan nombor dua dalam PKR.

Kesilapan dipercayai berlaku ketika usaha memasukkan data ke laman web berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya.

Berdasarkan keputusan laman web itu yang disiarkan pagi ini, (68 cabang), Zaid dilaporkan mendapat keseluruhan 3,683 undi meninggalkan pencabar terdekat Naib Presiden Azmin Ali dengan 3051 undi.


Manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi.

Sementara itu, bagi kerusi naib presiden pula, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (3,543 undi) kini sudah dipintas oleh Pengarah Strategik PKR Tian Chua (3,621).

Mereka diekori Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (2,852) dan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh (2,895).

Keputusan bagi calon naib presiden lain seperti berikut:
  • Gobalakrishnan (2080)
  • Xavier Jayakumar (1679)
  • R Sivarasa (1553)
  • Suresh Kumar a/l Ramachandran (1237)
  • Yahya Sahri (1178)
  • Baru Bian (659)
  • Ansari Abdullah (646)
  • Jonson Chong (626)
  • Yusmadi Yusoff (615)
  • S Manikavasagam (492)
  • Dominique KH Ng (284)
  • Saiman Marjuki (166)
  • James Ghani (106)

Rosmah Pemangku PM

Posted: 31 Oct 2010 09:31 PM PDT


Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor. - hrkh

Galas - Ini Bukan Rasuah.. Hahaha

Posted: 31 Oct 2010 09:20 PM PDT

RM100 untuk majlis 1Malaysia di Galas



Penduduk sekitar Kampung Baru Cina di Gua Musang dilaporkan dibayar RM100 dan diberi sehelai kemeja-T untuk mengambil bahagian berhimpun untuk majlis 1Malaysia di kawasan perumahan mereka semalam.

NONEKebanyakan mereka dibayar untuk memakai kemeja-T dengan logo 1Malaysia di depan dan belakang serta dilihat berkeliaran di sekitar kawasan pilihan raya kecil Gasa di Gua Musang itu sejak beberapa hari lalu.

Kemuncaknya, semalam pada jam 3 petang, mereka berkumpul dan melaungkan slogan "1Malaysia" dan berarak sekitar kawasan berkenaan. Habuannya, selain wang tunai, mereka juga dibekalkan dengan sebuah beg yang mengandungi beberapa tin susu serta Milo.


NONESelain itu, mereka juga menikmati jamuan makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur yang menamakan diri mereka sebagai 'NGO 1Malaysia' yang ditugaskan menyebarkan kempen perpaduan kerajaan, tetapi menafikan mereka berkempen untuk mana-mana parti politik.

"Antara 1,000 hingga 2,000 orang tiba untuk mendaftar (untuk majlis perakan itu). Ada juga yang bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Pihak penganjur hanya minta nama dan beberapa butiran lain," kata seorang penduduk yang turut mengambil bahagian selepas jamuan makan malam berkenaan.

Dakwanya, ada juga penduduk yang mengambil kesempatan untuk mendaftar lebih daripada sekali dan oleh kerana majlis ini membabitkan ramai orang, makan tidak mungkin bagi penganjur mengecam mereka.

NONEPengerusi Dewan Penyokong PAS Gua Musang, Hua Pang Chow, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata dia dimaklumkan mengenainya oleh penduduk tempatan.

"Malah, saya alu-alukan penduduk supaya pergi dan ambil wang serta barangan. Yang penting, kita tetap undi PAS," katanya.

Sia Teck Keong, penyelaras bagi NGO 1Malaysia di Gua Musang, ketika dihubungi berkata mereka berada di Galas untuk memupuk kempen perpaduan.

NONEBeliau menafikan mereka yang terlibat dibayar tetapi mengakui penduduk diberikan barangan dan kemeja-T.

"Kita lakukan ini di seluruh Malaysia dan secara kebetulan pilihan raya kecil diadakan di sini. Kita akan anjurkan sekali lagi (hari ini), pada jam 11 pagi," katanya.

Ditanya sumber kewangan yang diperolehi bagi membeli barangan untuk diedarkan kepada penduduk, Sia berkata, ia hasil derma usahawan dan peniaga yang menyokong usaha kumpulan itu.

Najb Kena Campak

Posted: 31 Oct 2010 07:27 PM PDT

Najib diserang simptom awal demam campak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipercayai mempunyai penyakit cacar dan telah dinasihatkan oleh doktor peribadinya supaya berehat di rumah.

Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najid juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.

Galas - Usaha Sogok Pengundi Dijangka Bermula Hari Ini

Posted: 31 Oct 2010 06:47 PM PDT

Berbaki tiga hari tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas 4 November ini, PAS akan memperketatkan jentera kawalannya dalam menangani gejala menabur fitnah dan sogokan.

Penasihat Operasi Jentera Pilihan Raya PAS Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah memberitahu arahan kepada anggota keselamatan di semua peti undi sudahpun dikeluarkan bersama beberapa strategi bagi mengesan amalan tersebut.

Menurutnya, langkah itu diambil selepas mendapat maklumat awal dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan usaha sogokan kepada pengundi dijangka berlaku mulai hari ini.

"Kita telah mengarahkan pihak keselamatan di semua peti undi untuk mengambil tindakan tegas terhadap usaha menabur fitnah dan juga usaha untuk membuat sogokan kepada pengundi.

"Mana-mana pihak yang hadir ke semua peti undi untuk menabur fitnah, membuat sogokan akan berdepan dengan pihak keselamatan PAS yang telahpun disusun atur untuk membuat tangkapan awam," katanya pada sidang media di sini, semalam.


Abdul Rahim berkata, jika berlaku tangkapan orang berkenaan akan dihantar ke pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Menjawab sama ada pihaknya kini telah mendapat sebarang laporan mengenai perkara itu beliau berkata, belum ada laporan rasmi.

"Belum ada laporan rasmi, cuma kita sudahpun menerima maklumat daripada pihak-pihak yang boleh dipercayai perkara ini akan berlaku mulai 1 November hingga hari mengundi nanti," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Menurut Abdul Rahim, antara bentuk sogokan yang dapat dikesan sekarang adalah dalam bentuk wang tunai RM1,000 dan set peti televisyen.

Pada perkembangan yang sama beliau berkata, dalam kempen yang telah masuk hari keenam hari ini PAS lebih menumpukan kepada undi orang Melayu.

"Tumpuan utama kedua belah pihak sekarang ini ialah di peti undi Sungai Terah kerana di situ PAS telah mendapat undi popular sebanyak 69 peratus pada pilihan raya umum 2008.

"BN sendiri berpendapat sekiranya peti undi itu boleh dicairkan maka mereka akan mencapai kemenangan. Jadi pertempuran sengit akan berlaku di Sungai Terah," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, peti undi Sungai Terah telah menyumbang kepada kemenangan PAS di Dun Galas dengan majoriti 500 undi.

Berikutan itu, beberapa langkah diambil untuk memastikan sokongan terus diberikan pada PAS di kawasan seperti Sungai Terah.

"Walau apapun parti itu tetap yakin akan dapat mengekalkan sokongan di kalangan pengundi Orang Asli dan meningkatkan undi daripada pengundi Cina di Galas," katanya.

Balik Mengundi Sekalipun Merangkak - Tok Guru Nik Aziz

Posted: 31 Oct 2010 09:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Pengundi Dun Galas di perantauan digesa pulang mengundi pada 4 November ini sekalipun terpaksa merangkak, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, adalah menjadi satu kewajipan untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin sama ada di peringkat negara, negeri mahupun Dun, di kalangan orang yang beragama.

"Saya mintak tuan-tuan balik, kalau tak dapat balik dengan kapal terbang, balik dengan kereta, kalau tak boleh dengan kereta, balik berjalan kaki, meranggakak sekali pun kena balik.

"Dosa besar kita biar orang kafir, orang munafik 'ghanya' (merosakkan) ekonomi kita, akidah kita," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 100 anak-anak Dun Galas di perantaun pada Majlis Minum Teh bersama Menteri Besar Kelantan di sebuah hotel di ibu negara petang tadi.


Hadir sama pada majlis itu, exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Abdul Fatah Mahmood, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Halim Abdul Rahman serta pimpinan PAS kawasan Galas.

Calon PAS bagi PRK Galas, Dr Zulkefli Mohamad bagaimanapun tidak dapat hadir kerana jadual kempen di kawasan yang padat dan hanya menghantar wakil calon.

Tambah Tuan Guru Nik Aziz lagi, perebutan menjaga negeri antara hak dan batil sudah berlaku sejak zaman Nabi lagi, dan apa yang berlaku hari ini bukan rekaan PAS tetapi tuntutan agama.

Beliau juga menggesa agar orang Islam khasnya di Galas tidak percaya dengan dakwaan Umno bahawa urusan pentadbiran negara adalah urusan politik bukan urusan agama.

"Bukan PAS dengan Umno sahaja yang berebut, Nabi Muhammad SAW dulu berebut jaga negeri dengan adik beradik dia Abu Lahab, Abu Jahal dan Abu Sufian.

"Patutnya yang lawan kita MCA, MIC< bukan Umno. Tapi nasib kita nak buat macam mana," katanya lagi.

Sementara itu, pada majlis sama, Tuan Guru turut menyerahkan bendera PAS kepada wakil anak-anak Galas di perantauan.

Beliau menyeru mereka agar memasang bendera tersebut pada kenderaan masing masing waktu pulang mengundi nanti.

Pemilihan PKR - Azmin Mendahului Zaid Ibrahim

Posted: 31 Oct 2010 08:27 AM PDT

Sebanyak 27 cabang PKR di lima buah negeri pada hari ke-3 mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti termasuk memilih pemimpin di peringkat sayap - Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR.

Cabang-cabang tersebut adalah enam di Pulau Pinang, Perak (8) Pahang (7), Melaka (4) dan dua cabang di Negeri Sembilan.

Keputusan untuk hari ini - setakat 10.54 malam - Naib Presiden Azmin Ali mendepani dua lagi pencabarnya dengan memperolehi 1,208 undi.

Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim mendapat 979 undi, manakala ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub meraih 332 undi.

Bagaimanapun, keputusan untuk empat lagi cabang - Bera, Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Parit - belum diperoleh setakat ini.


Berikut keputusan yang diperolehi untuk jawatan timbalan presiden di peringkat cabang-cabang:

Batu Kawan: Azmin (59), Zaid (94), Mustaffa (9)

Ipoh Timor: Azmin (50), Zaid (14), Mustaffa (2)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

Tampin: Azmin (6), Zaid (115), Mustaffa (2)

Masjid Tanah: Azmin (16), Zaid (38), Mustaffa (8)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

Rembau: Azmin (7), Zaid (49), Mustaffa (4)

Tangga Batu: Azmin (80), Zaid (85), Mustaffa (22)

Permatang Pauh: Azmin (211), Zaid (58), Mustaffa (11)

Bukit Mertajam: Azmin (100), Zaid (15), Mustaffa (6)

Bagan: Azmin (19), Zaid (6), Mustaffa (4)

Alor Gajah: Azmin (95), Zaid (104), Mustaffa (12)

Temerloh: Azmin (24), Zaid (25), Mustaffa (0)

Maran: Azmin (4), Zaid (24), Mustaffa (1)

Kuala Krau: Azmin (104), Zaid (19), Mustaffa (7)

Bentong: Azmin (99), Zaid (30), Mustaffa (1)

Paya Besar: Azmin (11), Zaid (32), Mustaffa (3)

Rompin: Azmin (19), Zaid (55), Mustaffa (2)

Kepala Batas: Azmin (39), Zaid (55), Mustaffa (2)

Tasek Gelugor: Azmin (8), Zaid (40), Mustaffa (41)

Ipoh Barat: Azmin (9), Zaid (13), Mustaffa (45)

Kampar: Azmin (21), Zaid (16), Mustaffa (22)

Tambun: Azmin (33), Zaid (10), Mustaffa (112)

Gempar - Bukti Video PAS Sedang Bagi Duit Rasuah

Posted: 31 Oct 2010 05:56 AM PDT

Galas - Pemuda Umno Akan Buat Laporan Rasuah PAS Kepada SPRM

Posted: 31 Oct 2010 05:32 AM PDT

Jika terbukti Pas membuat pembayaran RM250 kepada pengundi luar untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas 4 November ini, Pemuda BN akan buat laporan kepada SPR dan SPRM agar mengambil tindakan segera terhadap Pas, ujar Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazelan Baharuddin.

"SPR telah buat kenyataan bahawa tindakan dan cadangan mereka ini merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi," ujarnya ketika ditemui berkempen bersama calon BN, Ab Aziz Yusoff pagi tadi.

Dalam masa yang sama, Bazelan melihat ini merupakan tindakan terdesak pihak Pas yang cuba untuk mempertahankan kerusi Galas, dan hilangnya keyakinan penduduk dan masyarakat yang tinggal di Galas terhadap Pas.

"Mereka perlu mempertahankan kerusi Galas, namun mereka sudah tidak yakin lagi dengan sokongan masyarakat Galas yang kini kembali memberi keyakinan, kepercayaan dan peluang kepada calon kita, Ab Aziz Yusoff untuk mewakili mereka di DUN Galas ini," ujarnya yang juga merupakan Bendahari Pemuda UMNO Negeri Kelantan.


Terdahulu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja.

Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang.

Ini Bukan Rasuah.. Ini Kewajipan.. Tak Gitu SPR?

Posted: 31 Oct 2010 03:51 AM PDT

Muhyiddin lulus peruntukan projek pembinaan Sekolah Menengah Batu Sapi 2

SANDAKAN - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan permintaan kerajaan negeri untuk membina sebuah lagi Sekolah Menengah di Batu Sapi.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata projek membina Sekolah Menengah Batu Sapi 2 akan memakan belanja sebanyak RM30 juta hingga RM40 juta dan peruntukkan itu telahpun disenaraikan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Menurutnya, projek pembinaan sekolah itu sesuai dilakasanakan memandangkan Sandakan sedang dibangunkan sebagai sebuah hab pendidikan negara.

"Di samping itu, sebanyak RM2.5 juta lagi diluluskan bagi membantu sekolah-sekolah di kawasan ini dari segi kekurangan peralatan dan baik pulih sekolah," katanya pada Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dekat sini hari ini.

Beliau turut meminta guru-guru, terutama di Batu Sapi, supaya membantu usaha kerajaan memajukan bidang pendidikan negara. - BERNAMA

Tindakan PAS bayar pengundi luar RM250 salah, kata SPR

Posted: 31 Oct 2010 03:31 AM PDT

GUA MUSANG, 31 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini sebagai satu bentuk sogokan dan menyalahi undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

"Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi," kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.

"Mungkin PAS kata ia bertujuan untuk membiayai kos pengangkutan, tapi itu mereka yang cakap.

"Mereka boleh memberikan pelbagai alasan seperti wang itu adalah saguhati untuk menampung kos makan minum.


"Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang, jadi saya minta PAS supaya berhat-hati sebelum melakukannya," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas yang berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi.

Halim berkata, pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah, sebaliknya insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

Selain Halim, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, ia sudah menjadi amalan biasa dalam parti itu untuk menarik minat pengundi supaya pulang untuk menjalankan kewajiban.

Pengundi yang berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah Klang pula RM200 manakala di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak perjalanan.

"Kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka," katanya Wan Rahim.

Tambah Wan Ahmad, SPR bagaimanapun tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan, sebaliknya menjelaskan ia terserah kepada parti lawan.

"SPR tidak akan mengambil sebarang tindakan ia terpulang kepada kepada parti lawan.

"Kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang, PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya atas perbuatan itu.

"Kalau ada bukti parti lawan boleh buat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), apa-apa pun terserah kepada parti dan calon yang bertanding," katanya.

Menurut Wan Ahmad, banyak cara boleh dilakukan untuk membawa pulang pengundi luar kawasan seperti penyediaan pengangkutan kepada mereka bukan memberikan wang.

"Kalau nak bawa pengundi luar balik parti bertanding boleh gunakan pengangkutan dengan ambil dan hantar mereka, bukan dengan wang.

"Ini namanya perkhimatan, PAS, Barisan Nasional (BN) pun boleh buat tapi bukan dengan bagi wang," katanya.

Galas - Umno Kantoi Lagi Dalam Matematik

Posted: 31 Oct 2010 03:28 AM PDT

Ahmad Maslan: PPR RM180 juta hanya kos anggaran

Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata kos sebanyak RM180 juta untuk Projek Perumahan Rakyat Gua Musang yang diumumkan pada 24 November lalu hanyalah kos anggaran dan mungkin melibatkan beberapa fasa.

Katanya, projek pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah itu juga berharga RM80,000 dan bukannya melebihi RM100,000 seperti yang dipertikaikan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

"Itu kos anggaran. Kos terperinci itu masih belum dikira lagi. Mungkin termasuk tanah dan perkara-perkara lain lah. Ini baru anggaran.

"Yang kita diberitahu, angka sebenarnya ialah RM80 ribu satu unit. (Kos) RM180 juta ini anggaran, mungkin ada fasa.

"Maklumat terperinci itu kita tidak dapat. Mungkin ada fasa pertama, kedua (untuk projek ini)," katanya ketika bercakap kepada wartawan di Pusat Media bagi pilihan raya kecil DUN Galas di Gua Musang hari ini.


Katanya, jumlah kos sebanyak RM80,000 seunit itu juga termasuk subsidi sebanyak RM45,000.

"Saya kira yang RM180,000 ribu ini mungkin dari segi fasa dia, saya difahamkan," katanya lagi

Husam sebelum ini mempersoalkan kos pembinaan yang tinggi bagi setiap unit rumah dalam Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang yang dilancarkan timbalan perdana menteri pada 24 Oktober lalu

Menurut Husam, peruntukan untuk membina flat berkenaan terlalu tinggi sehingga RM120,000 bagi setiap untuk seluas 700 kaki persegi itu.

Beliau juga berkata, kos itu terlalu tinggi memandangkan kos untuk rumah flat kos di Kelantan hanya akan mencecah RM50,000 atau RM60,000 setiap unit.

Galas - Tahan Mahasiswa Satu Tindakan Yang Kurang Cerdik

Posted: 31 Oct 2010 01:10 AM PDT

Suhakam: Hak siswa dicabul di Galas

Kesemua empat pelajar yang ditahan polis dalam kehangatan pilihan raya kecil Galas semalam dibebaskan lewat malam tadi setelah diambil keterangan oleh polis.

Mereka disambut dengan laungan takbir dan "student power" daripada kira-kira seramai 150 orang rakan mereka yang menunggu di luar balai berkenaan.

Kesemua empat orang pelajar berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas disiasat selama enam jam.

Para pelajar berkenaan disiasat berhubung risalah yang diedarkan kepada orang ramai dalam aktiviti mereka, kata pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Md Sha'ani Abdullah.

Md Sha'ani berkata, beliau hadir ke balai berkenaan pada jam enam petang semalam untuk membantu pelajar berkenaan.


"Mereka bukan budak sekolah terlanjut umur, kita kena ubah sikap dan pandangan yang ketinggalan zaman.

"(Saranan ini) termasuk (kepada) penguasa yang pastikan keamanan," kata Md Sha'ani.

Katanya, hak para pelajar tersebut telah dicabul apabila mereka ditahan sejak tengah hari lagi.

"Saya dengar sebab mereka ditahan (dan) saya pun gelak.

"Saya tengok risalah itu tidak menyokong mana-mana pihak, tapi bila letakkan dua haiwan politik (calon yang bertanding (dalam risalah), anda main politik," katanya.

Kesemua pelajar terbabit perlu melaporkan diri semula ke balai berkenaan pada 14 November depan. -mk

Tiada ulasan: