MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- BOIKOT KONGRES KERJA PENGKHIANAT
- ADUAN - SAIFUDDIN SERAH PADA JPP
- CERAMAH ANWAR DI PAHANG - DAKYAH MEDIA UMNO TERSASAR
- MENYANGKAL TUDUHAN KE ATAS DR SYED HUSIN ALI
BOIKOT KONGRES KERJA PENGKHIANAT Posted: 25 Nov 2010 11:00 PM PST Oleh: Mandor Kongres PKR bermula hari ini sehingga Ahad nanti. Tentu sudah ramai perwakilan dari semua Cabang PKR mula berkampung di Shah Alam, Selangor untuk merayakan perhimpunan besar parti ini yang dinamakan `Kongres Parti Keadilan Rakyat'. Ada yang datang nanti dengan wajah suka dan ceria, ada yang datang dengan wajah tenang, juga ada yang datang dengan wajah suram dan duka. Di sebalik wajah itu tentu ada sesuatu yang ingin diperolehi dari kongres berkenaan. Umumnya, tentu mereka ingin melihat PKR bangkit dan bersatu semula untuk menjatuhkan Umno/Bn. Itu sasaran masing-masing. Jangan terperanjat jika ada yang tidak datang langsung. Bukan kerana ada masalah atau keuzuran lain, mereka tidak datang untuk menunjukkan `protes' mereka kepada parti. Meskipun dijangka jumlahnya tidak ramai, tetapi itulah dia wajah-wajah pengkhianat parti. Tabik buat ahli-ahli yang selama ini tegas dengan pendirian mereka, ikhlas dengan teguran dan kritikan mereka terhadap parti tetapi mempunyai kekuatan dan moral hadir Kongres yang diadakan. Kritikan dan rasa tidak puas hati itu aspek yang berbeza jika dibandingkan dengan rasa kasih, sayang dan setia kepada perjuangan parti. Apalah ertinya jika disebalik kita lantang mengkritik parti kununnya untuk memperbaiki parti, tetapi kita lah orangnya yang sebenar melakukan sabotaj terhadap parti. Sewajarnya mereka menggunakan peluang ini untuk menyuarakan pendapat dan teguran mereka kepada parti, di samping mereka juga akan dapat mendengar penjelasan oleh pimpinan parti dalam apa jua permasalahan yang timbul. Mari kita lihat siapakah pengkhianat-pengkhianat parti yang disebut oleh Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali sebagai `sampah' itu. Apabila sudah dikenal pasti, campakkan sahaja `sampah-sampah' ini keluar dari parti. Jika ingin protes sekalipun, datanglah ke Kongres sebagai tanda hormat kepada disiplin parti dan lakukan protes di sana dengan apa cara atau simbolik pun asalkan penuh adab dan bersopan. /mandor.blogspot.com |
ADUAN - SAIFUDDIN SERAH PADA JPP Posted: 25 Nov 2010 08:00 PM PST Komplen Chegu Bard: Saifuddin serah JPP Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail nampaknya macam sudah penat nak layan soalan pasal pemimpin dan ahli parti itu yang komplen kata pemilihan pucuk pimpinan tidak telus dan campur tangan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mahu memenangkan Azmin Ali. Ketika diminta ulas kritikan terbaru kepincangan pemilihan oleh calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, Badrul Hishsm Shaharin atau Chegu Bard, Saifuddin jawap ringkas, biar Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang teliti. "Saya tidak mahu jawab. Itu biar JPP dan Datuk Seri Anwar jawab," katanya kepada Agendadaily di Lobi Parlimen, Selasa. Menurut Saifuddin, Kongres parti tetap berjalan mengikut jadual mulai Jumaat ini. Sebelum ini, banyak pihak yang tidak puashati dengan proses pemilihan PKR minta ditangguhkan termasuk ada membawa kes itu ke mahkamah. Mengenai kes Naib Setiausaha PKR, P Jenapala yang mohon pemilihan jawatan timbalan presiden diisytiharkan tidak sahkan dan ditangguhkan, Saifuddin berkata, apa juga tindakan parti seterusnya bergantung kepada keputusan mahkamah/AgendaDaily |
CERAMAH ANWAR DI PAHANG - DAKYAH MEDIA UMNO TERSASAR Posted: 25 Nov 2010 05:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS DS Anwar telah membuat lawatan rasmi ke Ibu Pejabat PKR Pahang di Beserah pada 23 Nov 10 baru-baru ini. Pada sebelah malamnya, Ketua Umum PKR tersebut telah memberikan ceramah umum di tapak ceramah di dalam kawasan Ibu Pejabat PKR tersebut. Turut hadir pada malam tersebut di antaranya adalah Pengerusi PKR Pahang, Dato Fauzi Abd Rahman, MP Kuantan bakal Naib Presiden PKR YB Fuziah Salleh, MP Indera Mahkota YB Azan Ismail, Adun Triang dari DAP YB Leong Ngah Ngah, Adun Beserah dari PAS dan beberapa pimpinan negeri dari PKR juga pimpinan PR Pahang. Saya tidak dapat meramalkan kehadiran orang ramai pada malam tersebut, tapi apa yang pasti tapak ceramah dipenuhi oleh ribuan para penyokong PR sehingga di bahagian atas berhampiran pentas ceramah juga padat dengan orang ramai yang ingin mendengar pidato dari DS Anwar dan juga pemimpin PR Pahang. Sebelum ini, jangkaan ramai pihak bahawa DS Anwar akan menggunakan kesempatan malam itu untuk membelasah Dato Zaid Ibrahim yang akan meninggalkan PKR akibat tidak yakin dengan kepimpinan parti. Ternyata jangkaan itu meleset, DS Anwar sebaliknya menghormati pilihan Dato Zaid. Beliau menerangkan apa yang terjadi kepada PKR sekarang, telah lama berlaku di dalam semua parti samada PAS, DAP malahan Umno juga. PAS kata beliau, lebih teruji apabila Presidennya sendiri keluar parti seperti Dato Asri Muda dan juga Naib Presiden PAS, Nakhaie Ahmad yang menyertai Umno. Begitu juga dengan DAP seperti Dato Lee Lam Thye dan beberapa tokoh DAP lainnya. Namun, parti PAS dan DAP masih mampu bertahan sehingga kini malah semakin kuat. DS Anwar turut menyebut bahawa Umno lebih dahsyat lagi kerana bekas Presiden Umno dan PM sendiri pun di akhir hayat mereka di luar Umno. Pengasas Umno, Dato Onn Jaafar juga mati di luar Umno. Bekas PM, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn juga tidak bersama Umno hingga hujung nyawa. Mantan PM Tun Mahathir pula, sedikit pelik kerana beliau lebih suka keluar masuk Umno. DS Anwar yakin, Tun Mahathir akan memasuki PKR apabila PR menghuni Putrajaya nanti. Sepanjang lebih kurang 1 jam setengah beliau berucap, DS Anwar juga menyindir Utusan Malaysia yang setiap hari akan membawa cerita berkenaan dirinya. "Utusan Malaysia perlu ditukar kepada nama Utusan Anwar", selorohnya. Sebelum DS Anwar berucap, saya ternanti-nanti akan ucapan dari bakal Naib Presiden PKR YB Fuziah SAlleh yang saya minati itu. Malangnya beliau tidak sempat berucap kerana memberi peluang kepada DS Anwar untuk berucap lebih panjang. YB Azan Ismail juga turut berucap sebelum DS Anwar dan beliau banyak menceritakan apa yang berlaku dalam perbahasan bajet di Parlimen. Kerajaan Bn katanya, sudah tidak releven lagi di mana terlalu banyak perbelanjaan membazir sehingga terpaksa meminta peruntukan yang lebih besar kali ini. `Bajet seluar dalam' seperti yang dikatakan oleh YB Azan meriuhkan suasana ceramah malam tersebut. Walaupun ceramah malam itu tidak diwar-warkan lebih awal, namun sambutan orang ramai yang hadir amat memberangsangkan. DS Anwar amat berpuas hati di atas sambutan malam itu dan beliau mengucapkan tahniah kepada PKR Pahang serta PR yang berjaya melaksanakannya walaupun tidak dirancang lebih awal. Saya yang hadir malam itu tidak berkesempatan untuk mengambil gambar suasana malam itu kerana sibuk merakam melalui video kamera. Gambar-gambar yang saya siarkan di sini hanya sempat diambil sambil lalu sahaja melalui kamera telefon bimbit sahaja. Kesimpulannya, ceramah malam itu membuktikan dakyah pihak media mereka bahawa PKR dan PR semakin goyah tidak tepat. Jangkaan mereka bahawa DS Anwar atau beberapa pemimpin PKR Pahang akan menyerang Zaid Ibrahim habis-habisan ternyata meleset. Ini adalah kerana PKR mahu menumpukan kepada agenda yang lebih besar untuk rakyat. /wfauzdin.blogspot.com |
MENYANGKAL TUDUHAN KE ATAS DR SYED HUSIN ALI Posted: 25 Nov 2010 08:51 AM PST TAHNIAH DAN SYABAS BUAT DR SYED HUSIN ALITABIK dan syabas buat Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali yang baru-baru ini ada buat kenyataan bahawa `pengkhianat' di dalam parti adalah sampah sarap yang mesti dibuang dari parti. Terhindarnya sampah sarap ini nanti, maka InsyaAllah, parti lebih baik. Siapakah `pengkhianat @ sampah' yang dimaksudkan oleh beliau? Perkataan yang mudah sebegini pun ada yang tidak faham. Di dalam kenyataannya, sedikitpun beliau tidak menyebut bahawa pengkritik parti itu adalah pengkhianat yang dipanggil sampah. Pengkritik lain, pengkhianat pun lain, Jauh bezanya. PKR parti yang sering dikritik dari dalam dan luar. Sehingga kini pun, masih ramai anggota parti yang mengkritik parti tanpa menggunakan `lidah syaitan' iaitu media milik Umno/Bn, dan mereka bukanlah pengkhianat atau sampah yang dimaksudkan oleh Timbalan Presiden PKR itu. Pengkhianat dan mereka yang bergelar sampah itu adalah mereka yang menggunakan saluran `haram' yang disepakati oleh semua pimpinan PR sebagai media yang tidak boleh diguna pakai langsung untuk menyuarakan kritikan ke atas parti. Utusan Malaysia atau TV 3 umpamanya, adakah pernah media seperti ini menyanjung walau sedikitpun apa yang PR telah buat? Tepatlah apa yang dikatakan oleh Dr Syed Husin Ali, bahawa pengkhianat patut keluar atau dibuang jauh-jauh dari parti kerana mereka bersekongkol dengan `musuh' parti. Sekiranya kita mahu kritik parti tanpa menggunakan saluran haram tersebut, tiada masalah asalkan apa yang dikritik itu untuk kebaikan parti. Apakah menghina bekas Presiden PRM serta ahli-ahli PRM yang bergabung dengan PKR itu satu kritikan untuk kebaikan parti? Jika parti boleh menerima kemasukan kesemua ahli PRM untuk digabungkan bersama PKR, hanya beberapa kerat yang tidak bersetuju maka terpulanglah samada untuk terus bersama parti atau keluar sahaja dari parti. Buat apa perlu diulas kisah gabungan PRM ke dalam PKR? Mengapa diperlekehkan Dr Syed Husin dengan mengatakan beliau tidak pernah menang pilihanraya? Itu kritikan terbaikkah? Apakah PKR perlu hidup dengan `geng-geng reformasi' sahaja tanpa ada usaha untuk memperluaskannya? Berapa ramai orang-orang kuat dari kumpulan reformasi dahulu tiada masalah dan boleh menerima gabungan PRM dengan PKR. Walaupun mungkin ada yang membantah, namun keputusan parti menerima gabungan itu ternyata bijak. Cuma, mereka yang merasa `tertinggal' atau ada tujuan lain sahaja yang sanggup mengungkit penggabungan ini. Justeru itu, amat cetek fahaman sesiapa yang menganggap kenyataan Dr Syed Husin Ali itu adalah satu kenyataan biadab. Sila beri hujah apa yang biadabnya kenyataan itu, tetapi sebelum kemukakan hujah baca balik apa yang diperkatakan oleh Timbalan Presiden PKR tersebut. Sekali lagi, tahniah dan syabas buat Dr Syed Husin Ali yang masih komited terhadap parti walaupun jangkamasa beliau sebagai Timbalan Presiden PKR tinggal beberapa hari lagi. Pedulikan kata-kata mereka yang sentiasa mencari salah orang lain tanpa sedar kesilapan sendiri itu biarpun mereka menggelar dirinya pejuang reformasi yang terlalu banyak jasanya. Mungkinkah tulisan saya kali ini juga mendapat `bayaran' dari tokoh yang tidak bertanding ini? Wallahu Aklam. /wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan