Jumaat, 26 November 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Video] Ekspo Satukan Dua Bangsa Muslim Dari Dua Dunia

Posted: 26 Nov 2010 12:30 AM PST

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersyukur Ekspo Cheng Ho 2010, telah berjaya menyatukan dua bangsa muslim dari dunia berbeza, iaitu Malaysia, China, serta beberapa buah negara lain.

Katanya, kejayaan itu juga telah berjaya memecahkan fahaman golongan tertentu selama ini yang berpandangan negatif terhadap bangsa terbabit, khususnya dari benua lain.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat pameran ekspo serta mengikuti persembahan istimewa dari Khairat Aziz, Adili dan persembahan kebudayaan dari Khazastan termasuk Shao Lin.

Menurutnya, program yang bermula 21 November lepas di Kota Bharu telah berjaya merapatkan hubungan bangsa China muslim dan Melayu muslim khususnya, kerana Islam adalah agama suci sedunia.

"Saya sentiasa terfikir bagaimana cara untuk menyatukan semua bangsa di dunia ini khususnya sesame Islam biarpun dari negara serta benua yang lain agar ianya dapat berkenalan di antara satu sama lain,"ujarnya.

Menurutnya lagi, lebih 50 tahun kerajaan secular negara ini telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk membangunkan negara, bagaimanapun rasa curiga di antara satu sama lain masih wujud.

"Kita hanya diperangkap oleh orang Eropah yang tidak mahu melihat Islam bersatu, terutama yang Yahudi agar manusia di dunia ini hanya memandang mereka dan bukannya Islam.

"Konsep hiburan juga telah disalah ertikan sehingga mereka memahami berhibur mesti ada perempuan, namun kita telah ketengahkan sesuatu yang lebih baik,"ujarnya lagi.

Katanya, kerajaan Kelantan telah mengenengahkan hiburan tanpa menggunakan perempuan, sebaliknya hanya kecerdikan dan kepakaran manusia bagi menggambarkan masyarakat berkenaan yang hebat.

Pada masa yang sama beliau mengakui begitu terhibur dengan persembahan berkenaan begitu mengagumkan.

"Seronok sungguh saya, terhibur inilah antara hiburan yang tidak bercanggah dengan Islam apa lagi tidak membabitkan golongan wanita," ujarnya gembira. -harakahdaily


Cheng Ho Expo 2010 - Kehadiran pengunjung ekpso yang luar biasa dalam
Pavilion China; Cheng Ho Expo 2010 -
1 Kejayaan Kerajaan Negeri Kelantan!!!



Cheng Ho Expo 2010 - Pengunjung Cheng Ho Expo dihiburkan dengan persembahan Dikir Barat Tradisional Kelantam.semoga terhibur!!!



Suasana meriah di sekitar tapak ekspo @ perkarangan stadium sultan muhammad IV, kota bharu, pada waktu malam, 24 November 2010:



Cheng Ho Expo 2010 : Kelantan Pavilion











Perkahwinan Beramai-ramai - Satu Tren Masyarakat Yaman

Posted: 25 Nov 2010 11:00 PM PST

Seperti kebiasaan, mengikut budaya Yaman yang sangat konservatif, Muhammed al-Khouja tidak pernah menemui tunangnya.

Pasangan itu telah bertunang hampir dua tahun dan beberapa kali menetapkan tarikh perkahwinan tetapi setiap kali tarikh itu makin hampir, setiap kali itu lah majlis terpaksa ditangguhkan.

Sebabnya? Muhammed tidak mampu untuk menanggung kos perkahwinan, sama seperti kebanyakan lelaki muda lain di Yaman.

Perkahwinan adalah sesuatu yang mahal di negara Arab itu kerana lelaki perlu membayar kepada keluarga wanita yang ingin dikahwini mereka.

Hantaran yang akan dibayar bersama oleh pengantin lelaki dan bapanya selalunya bernilai AS$5,000 (RM15,000) dan keluarga pengantin lelaki juga perlu menanggung semua kos berkaitan perkahwinan.

Jika perkahwinan diadakan di ibu negara Yaman, Sana'a, ini bermakna pengantin lelaki perlu menanggung semua bayaran termasuk sewa khemah besar yang dilengkapi dengan kerusi atau kusyen, sewa kumpulan nyanyian tempatan, memenuhi lorong-lorong berdekatan dengan lampu serta memainkan muzik selama tiga hari.

Kebanyakan pengantin lelaki juga perlu membayar kos mengadakan makan tengahari, yang selalunya melibatkan hidangan kambing, dan menyediakan daun qat kepada tetamu, iaitu daun yang kebiasaannya dikunyah pada majlis perkahwinan di Yaman.

Disebabkan Muhammed tidak mampu menanggung kos perkahwinannya, bapa Muhammed menyuruhnya mengurangkan kos perkahwinan dan berkahwin serentak dengan tiga lagi adik beradik lelakinya, salah satu cara perkahwinan yang semakin terkenal di Yaman, negara Arab termiskin.

1,600 pasangan berkahwin serentak

Dan kini, idea untuk mengurangkan kos itu dilihat berkembang ke satu tahap yang luar biasa apabila sejenis majlis perkahwinan baru wujud akibat kesusahan hidup penduduk Yaman - iaitu perkahwinan beramai-ramai membabitkan antara 10 dan 1,500 pasangan.

Bulan lalu, dalam majlis perkahwinan terbesar yang pernah dianjurkan di Yaman, 1,600 pasangan mengikat tali perkahwinan pada majlis yang dibiayai oleh Putera Arab Saudi, Sultan bin Abdul Aziz.

Kesemua pengantin lelaki yang terlibat dalam majlis itu memenuhi sebuah dewan sukan dengan memakai pakaian tradisional iaitu jubah panjang yang dihiasi dengan selendang berwarna hitam dan hijau yang dipakai di kepala.

Pengantin lelaki Yaman juga akan membawa sebilah pedang panjang berwarna emas pada hari perkahwinan mereka.

"Semua pengantin lelaki ini adalah anak yatim yang menghadapi kesukaran untuk berkahwin kerana tidak mempunyai sokongan kewangan daripada seorang bapa untuk membayar hantaran," menurut penganjur.

Di Yaman, perkahwinan menjadi majlis yang memisahkan lelaki dan wanita dengan pengantin perempuan akan mengadakan majlis sambutan secara berasingan di rumah mereka.

Kemudian barulah pasangan pengantin baru itu akan bertemu pada malam perkahwinan mereka, dan kebanyakan mereka berjumpa buat pertama kali.

Upacara perkahwinan besar-besaran di Yaman itu diserikan dengan tarian di pagi hari, bacaan sajak dan persembahan drama komedi.

Malah, ulama ulung Yaman, Sheikh Abdul Majeed al-Zindani yang dituduh Amerika Syarikat sebagai 'pengganas' juga meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan unik itu.

Kesemua pengantin lelaki kemudian menari dengan mengangkat pedang masing-masing mengikuti rentak lagu popular, sebelum bacaan beberapa ayat al-Quran didengarkan.

Perkahwinan beramai-ramai di Yaman seakan menjadi satu kegilaan dalam masyarakat. Ianya wujud kerana kebimbangan penduduk Yaman bahawa lelaki negara itu yang tidak mampu membiayai perkahwinan akan melakukan maksiat.

Ini kerana persahabatan antara lelaki dan wanita di negara itu sebelum berkahwin dianggap memalukan dan ibu bapa yang bimbang dengan keadaan itu akan mengahwinkan anak masing-masing secepat mungkin.

Perkahwinan korporat

Kaedah perkahwinan beramai-ramai ini diterima baik masyarakat Yaman sehinggakan syarikat swasta menganjurkan majlis itu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka.

Syarikat telekomunikasi Afrika Selatan, MTN yang menyediakan perkhidmatan rangkaian telefon bimbit di Yaman menganjurkan perkahwinan beramai-ramai secara tahunan bagi pekerja di Yaman sejak beberapa tahun lalu.

Dalam satu majlis terbaru, labih 30 rakan sepejabat berkahwin secara serentak.

Seorang pengurus kanan syarikat itu berkata, matlamat utama mengadakan majlis perkahwinan itu adalah bagi memastikan pekerja kekal setia kepada syarikat dan meningkatkan nilai moral masyarakat.

Bagaimanapun, perkahwinan secara beramai-ramai ini bukanlah hanya menjadi fenomena di Yaman.

Pemimpin Iran kerap menganjurkan perkahwinan sama sejak pertengahan 1990-an lagi bagi membantu golongan susah, mengelakkan orang muda berkahwin pada umur lanjut dan bagi mengelakkan maksiat.

Di Korea Selatan pula, pengasas kontroversi Gereja Unification yang menggelar dirinya sebagai 'pesuruh Tuhan', Paderi Sun Myung Moon sudah mengahwinkan puluhan ribu pasangan muda yang datang dari seluruh dunia.

Kumpulan pejuang Hamas di Palestin juga membantu golongan muda negara itu berkahwin dengan menganjurkan perkahwinan beramai-ramai secara percuma.

Mungkin cara ini juga boleh digunakan di Malaysia, terutama di zaman ekonomi meleset ini.

Kes Adik Nur Salina Digeles Treler: Rayuan Ditolak, Hukuman Ditambah

Posted: 25 Nov 2010 10:47 PM PST

Mahkamah Tinggi ketepi hukuman Mahkamah Majistret

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan seorang pemandu lori yang melanggar hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, lima tahun lalu menjalani hukuman penjara 36 bulan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan terhadap hukuman penjara 30 bulan yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Klang, sebelum ini.

Pada 2 November 2006, Mahkamah Majistret Klang menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Mukiyat Lasiran, 40, selepas didapati bersalah menyebabkan kematian Nur Salina Saparedi.

Kejadian berlaku di Kilometer 6, Lebuhraya Selat Klang Utara (SHAPADU) di hadapan Sekolah Agama Rantau Panjang, di sini pada jam 2.20 petang, 16 Mei 2005, ketika lelaki itu memandu treler bernombor pendaftaran JDV 3896 secara berbahaya.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman denda RM7,000 atau 10 bulan penjara yang dikenakan ke atas tertuduh yang juga seorang penduduk tetap warga Indonesia.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad turut menolak rayuan yang dikemukakan Mukiyat terhadap sabitan dan hukuman penjara 30 bulan serta denda RM7,000 itu yang dijatuhkan oleh Majistret Mujib Saroji ke atasnya.

Siti Mariah, ketika membacakan penghakimannya, berkata hukuman penjara 30 bulan dijatuhkan ke atas Mukiyat yang didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Nur Salina tidak memadai berikutan kemalangan itu menyebabkan trauma kepada keluarga mangsa yang menyaksikan kejadian.

Berita Sebelumnya


Nur Salina lebih manja sebelum maut digilis treler

KLANG 17 Mei - Nur Salina Saparedi, 7, yang maut digilis treler ketika dalam perjalanan ke sekolah bersama kerongsang untuk ustazahnya sempena Hari Guru semalam dikatakan rajin mengemas dan membasuh pinggan sebelum kemalangan ngeri itu.

Ibunya, Arliza Mohd. Sani, 37, berkata, pada masa yang sama anak sulungnya itu kelihatan sungguh manja apabila sering menciumnya dan ahli keluarga yang lain.

Bagaimanapun katanya, semua ahli keluarganya tidak menyangka perubahan kelakuan Nur Salina dalam tempoh dua tiga hari itu akan berakhir dengan begitu tragis.

``Saya juga masih ingat, sebelum ini dia pernah meminta duit RM1 untuk membeli sekuntum bunga di sekolah khas buat saya sempena Hari Ibu yang lalu.

``Tetapi saya tidak mahu dia belikan saya bunga kerana bagi saya memadailah jika dia memberi saya ciuman di pipi sempena Hari Ibu,'' katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Jalan Yadi, Kampung Rantau Panjang di sini hari ini.

Dalam kemalangan maut di Lebuh Raya Selat Klang Utara semalam, Nur Salina digilis oleh treler di depan Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang di depan mata Arliza sendiri.

Nur Salina yang begitu bersemangat dan riang untuk ke sekolah dengan hadiah kerongsang itu juga tidak mahu melintas jalan bersama ibunya sebaliknya mahu berjalan bersama rakan-rakan yang lain.

Sementara itu, bapa Nur Salina, Saparedi Wahid, 52, berkata, anak perempuannya itu pada mulanya mahu membeli dua kain tudung sebagai hadiah kepada dua gurunya.

Bagaimanapun katanya, kain tudung agak mahal dan dia memujuk Nur Salina supaya membeli kerongsang tudung sahaja.

``Harga satu kerongsang ini hanya RM2 sahaja, satu warna hijau untuk Ustazah Hanizah dan satu lagi warna biru untuk Cikgu Ida Rosyatina, kedua-dua kerongsang ini mempunyai bentuk yang sama.

``Apabila tiba masa untuk saya memulangkan buku teks sekolah nanti saya akan beri kerongsang kepada cikgu-cikgu Nur Salina kerana ini memang sudah niat dia untuk beri hadiah, jadi saya kena tunaikan juga,'' katanya.

Katanya, kerongsang untuk Ustazah Hanizah kini disimpan oleh rakan sepejabatnya kerana dia sungguh pilu dan tidak sanggup untuk melihat kerongsang berkenaan.


Bekas Pemain Bola Sepak Fail Nusyuz Terhadap Isteri

Posted: 25 Nov 2010 08:23 PM PST

Suami dakwa pelakon ingkar

Gambar: Asdayanti Daut, isteri Che Zambil Ahmad

KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Che Zambil Ahmad memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya yang juga pelakon drama bersiri Cinta Antara Benua, Asdayanti Daut di Mahkamah Syariah di sini, semalam.

Che Zambil, 36, yang juga bekas pemain pasukan Kedah mengemukakan permohonan itu selepas mendakwa Asdayanti, 36, enggan mematuhi permohonan perintah kembali taat yang difailkan pada 1 November lalu.

Dia hadir bersama peguam syarie Muhammad Nur Hafiz Roslan di mahkamah pada jam 3.30 petang dan terus memasuki kaunter mahkamah untuk memfailkan permohonan berkenaan.

Hafiz ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, Che Zambil dan isterinya sebelum ini pernah menjalani proses sulh (perbincangan) berhubung masalah rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, usaha itu menemui jalan buntu kerana Asdayanti didakwa masih ingkar dan sering ke luar negara bersama lelaki lain.

Menurutnya, dalam permohonan semalam, Che Zambil selaku plaintif menamakan Asdayanti sebagai defendan mengikut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan kali pertama permohonan berkenaan.

Che Zambil mendirikan rumah tangga dengan pelakon berkenaan pada 21 April 1998 di Kubang Pasu, Kedah dan dikurniakan dua anak berusia setahun dan 11 tahun.

[Bergambar & Video] Nenek Obama Doakan Obama Peluk Islam Semasa Tunai Haji Di Mekah

Posted: 25 Nov 2010 07:00 PM PST

Obama didoa neneknya di Mekah supaya peluk Islam

Gambar: Sarah Omar, nenda Barrack Obama

RIYADH - Nenek Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan dia berdoa supaya cucunya itu menganut agama Islam.

Menurut nenek Obama itu, Sarah Omar, doa itu dipohon semasa dia mengerjakan haji di Mekah.

"Saya berdoa agar Obama memeluk agama Islam," kata Sarah Omar yang berusia 88 tahun dalam satu temu ramah bersama akhbar Al-Watan Saudi di Jeddah yang disiarkan kelmarin dan dilaporkan agensi berita AFP semalam.

Akhbar itu melaporkan bahawa Sarah menunaikan haji bersama anaknya yang merupakan bapa saudara Obama, Saeed Hussein Obama serta empat orang lagi cucunya.

Sarah menyatakan dia hanya boleh bercakap mengenai haji dan tidak akan memberi komen berkaitan isu politik Obama.

Keluarga itu dijemput oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Saeed juga mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah ekoran layanan baik yang diterimanya.

Bapa Obama, Barack Hussein Obama Sr. merupakan penganut Islam dari Nyangoma-Kogel, Kenya ketika berkahwin dengan ibunya, Ann Dunham, seorang pengikut atheis dari Kansas, AS.

Pasangan itu bercerai semasa Obama berusia dua tahun. Ibu Obama kemudian berkahwin dengan Lolo Soetoro dari Indonesia.

Tinjauan pendapat di AS pada Ogos lalu menunjukkan bahawa seorang daripada lima rakyat AS percaya bahawa Obama beragama Islam.

Dakwaan itu dinafikan oleh White House yang menegaskan bahawa Obama ialah seorang penganut Kristian yang taat. - Agensi


'I prayed for Obama to convert to Islam'

By ARAB NEWS
Published: Nov 26, 2010 00:23 Updated: Nov 26, 2010 00:23

RIYADH: The Kenyan grandmother of US President Barack Obama who was on Haj pilgrimage to Makkah has said that she prayed for the American leader to convert to Islam, a newspaper said on Thursday.

"I prayed for my grandson Barack to convert to Islam," said Haja Sarah Omar, 88, in an interview with Al-Watan daily held in Jeddah after she had performed Haj.

The paper said that Haja Omar was in Saudi Arabia on pilgrimage along with her son, Obama's uncle Saeed Hussein Obama, and four of her grandchildren as guests of the Custodian of the Two Holy Mosques.

Haja Omar told the newspaper that she could only discuss Haj matters and would not comment on Obama's politics.

"I was very much delighted as I recollected what my teacher at the primary school used to tell us about Makkah and Madinah while we were children," Haja Omar, who hails from Koglilu village in western Kenya said.

However, when asked about her expectations about Obama winning a second term to the White House, Haja chuckled with a side glance at her son Saeed Obama and grandchildren, "Allah alone knows, it is a matter of the unknown future."

The grandmother also prayed for the quick relief of the Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah, adding that he is a kind king.

Prince Mamdouh hosted a dinner in honor of the Haja, her sons and grandchildren at his palace in Jeddah on Wednesday.

Faisal Ambuya, one of Obama' cousins, who embraced Islam at the hands of the Haja said, "My grandmother is very much interested in calling non-Muslims to Islam and I learned about Islam from her."

"When I will return to my village I will tell the villagers about the strength of Islam," she said.

Obama's uncle Saeed said he never thought he would be able to perform Haj this year. "I am very much delighted because I could perform the pilgrimage. I thank Allah and then King Abdullah for hosting us in the Haj."

Musa Ismail, son of Obama's maternal aunt, who acted as both spokesman and translator for the family, said he was a student at the Madinah Islamic University and felt that spiritually he belonged to Saudi Arabia. -Arabnews














[Bergambar] Ratu Elizabeth II Jadi Tumpuan Hormati Ajaran Islam

Posted: 25 Nov 2010 05:20 PM PST

Ratu Elizabeth II jadi tumpuan

Gambar: RATU ELIZABETH II menyaksikan beberapa gadis membaca al-Quran di Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin.

ABU DHABI - Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II mencuri perhatian media negara kelahirannya apabila baginda menutup rambut, memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski dan berkaki ayam semasa melawat ruang solat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin.

Sebuah akhbar melaporkan Ratu Elizabeth II yang diiringi suaminya, Putera Philip dan anak ketiga mereka, Putera Andrew, tiba di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kelmarin bagi melakukan lawatan.

Sebelum melawat ruang solat masjid berkenaan, baginda memberi penghormatan di makam Sheikh Zayed yang merupakan pengasas negara UAE.

Baginda kemudian membuka kasut sebagai tanda menghormati ajaran agama Islam sebelum memasuki ruang solat utama masjid itu.

Lantai ruang solat utama Masjid Sheikh Zayed iaitu masjid terbesar di UAE, dilitupi karpet seberat 35 tan yang ditenun oleh 1,200 wanita Iran selama dua tahun.

Semasa berada dalam Masjid Sheikh Zayed, Ratu Elizabeth II berkesempatan melihat sekumpulan gadis membaca kitab suci al-Quran.

Ratu Elizabeth II mengadakan lawatan rasmi selama lima hari ke UAE dalam usaha untuk merapatkan hubungan negara berkenaan dengan Britain. - Agensi









Keajaiban Kalimat Allah

Posted: 25 Nov 2010 03:32 PM PST


Melihat Keajaiban Kalimat Allah

ILUSI PENGLIHATAN - Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.

Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sangat kagum dengan ilusi mata kurniaanNya ini.

Tepat... sungguh indah sekali...


2 Beradik Perempuan Dipaksa Jadi Hamba Seks Oleh Abang Kandungnya

Posted: 25 Nov 2010 07:21 AM PST

Kakak bongkar rahsia 2 beradik

MERSING: Rahsia dua beradik perempuan berusia 13 dan 16 tahun yang menjadi hamba seks abang kandung sejak bertahun lalu di Felda Tenggaroh 5 di sini, terbongkar apabila kakak mereka terlihat perlakuan ganas lelaki berusia 24 tahun itu, pagi kelmarin.

Kakak mereka yang berada dalam rumah berkenaan, terlihat suspek menarik dengan ganas tangan adik yang berusia 13 tahun masuk ke dalam bilik.

Apabila lelaki itu menyedari perbuatannya dilihat kakaknya, dia melarikan diri dari rumah sebelum menumpang lori menuju ke Felda Tenggaroh 2.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sudah menahan suspek kes itu.

"Dia ditahan ketika menumpang lori tidak jauh dari kawasan Felda berkenaan dan kini direman untuk membantu siasatan.

"Suspek bekerja di sebuah ladang di Kota Tinggi dan turut positif ganja," katanya.

Mohd Nor berkata, kakak mangsa membuat laporan polis apabila terlihat perbuatan adik lelakinya itu dan siasatan mendapati gadis berusia 13 tahun itu dirogol sejak tiga tahun lalu.

Pendedahan gadis itu membongkar rahsia kakaknya yang berusia 16 tahun turut menjadi mangsa rogol abang mereka sejak awal tahun ini.

"Mangsa tidak mahu membuat laporan polis kerana suspek mengugut membunuh seisi keluarga jika tembelangnya pecah. Mereka dirogol ketika ibu bapa keluar bekerja," katanya.

Kedua-dua beradik itu yang dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, semalam, untuk menjalani pemeriksaan, berjaya dipujuk supaya membuat laporan polis berkaitan kejadian di Balai Polis Sugai Ambat, tengah hari, kelmarin.

Mohd Nor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram. -hm

Seorang Ulamak Indonesia Dipenjara Kerana Kahwini Budak

Posted: 25 Nov 2010 06:13 AM PST

Ulama Indonesia dipenjara kahwin budak

SEMARANG - Seorang ulama Indonesia yang mencetuskan kemarahan ramai kerana berkahwin dengan seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun dipenjara selama empat tahun, semalam.

Pujiono Cahyo Widianto, 46, didapati bersalah oleh mahkamah Indonesia kerana mengadakan hubungan seksual dengan kanak-kanak bawah umur dan turut didenda sebanyak 60 juta Rupiah (RM21,000).

Ulama yang juga ahli perniagaan itu mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran dihadiri ribuan tetamu semasa berkahwin dengan Lutfiana Ulfa, pada 2008.

Pujiono, yang juga dikenali sebagai Sheikh Puji menegaskan tidak melakukan kesalahan kerana mendakwa kanak-kanak itu sudah baligh semasa berkahwin.

Bagaimanapun, Pujiono membangkitkan kemarahan ramai, termasuk Majlis Ulama negara itu apabila menyuarakan hasrat untuk mengahwini dua lagi kanak-kanak yang berumur tujuh dan sembilan tahun.

Undang-undang di Indonesia menghalang kanak-kanak perempuan berumur di bawah 16 tahun daripada berkahwin. -SH

Sasaran 9 Emas Dicapai: Pasukan Skuasy Wanita Menang Pingat Emas Tewaskan Hong Kong

Posted: 25 Nov 2010 04:51 AM PST

Sukan Asia: Malaysia Capai Sasaran 9 Emas

Gambar: TERCAPAI... Pasukan skuasy negara (dari kiri) Datuk Nicol David, Low Wee Wern, Sharon Wee dan Delia Arnold meraikan kutipan pingat emas kesembilan selepas memenangi acara berpasukan wanita di Sukan Asia ke-16 di Guangzhou. - Foto GLENN GUAN/The Star

GUANGZHOU: Pasukan skuasy wanita Malaysia menguasai acara skuasy pada Sukan Asia ke-16 selepas menewaskan Hong Kong dalam pertandingan akhir berpasukan di sini, Khamis.

Pasukan Malaysia yang diketuai pemain skuasy Nombor Satu dunia, Nicol Ann David, Low Wee Wern, Delia Arnold dan Sharon Wee mengalahkan Hong Kong, 2-0.

Kemenangan itu membolehkan kontinjen Malaysia mencapai sasaran untuk memenangi sembilan pingat emas pada Sukan Asia di Guangzhou.

Pemain Nombor Dua Malaysia, Low Wee Wern memulakan langkah awal selepas menewaskan pemain berpengalaman Rebecca Chiu, 11-4, 7-11, 11-6 dan 11-9 dalam pertemuan 54 minit.

"Saya sedar ini merupakan set permainan yang mencabar. Beliau seorang yang berpengalaman dan rentak permainannya baik dan saya perlu berhati-hati.

"Ini merupakan pertemuan kali kedua dengan Rebecca. Kali pertama kira-kira dua atau tiga tahun lalu. Ranking kami lebih kurang sama dan kami tidak pernah bertemu sejak dua tahun lepas dan saya sedar ia sudah pasti mencabar," katanya yang kini merupakan pemain di ranking ke-16 dunia.

Pada pertemuan di NSC Tour 2007 dan pusingan kelayakan Terbuka Kuala Lumpur 2008, Wee Wern tewas kepada Rebecca, 3-0 dalam kedua-dua kejohanan.

Pemenang pingat emas individu wanita Nicol, memperoleh mata kemenangan dengan 11-8, 11-7 dan 11-6 ke atas Annie Au.

Bagi Nicol, kemenangan ke atas Hong Kong memberi satu perasaan yang berbeza kerana pasukan Malaysia sering bertemu pasukan itu beberapa kali pada kejohanan Asia.

"Dalam setiap kejohanan peringkat Asia dengan mereka...ia mengimbau satu kenangan tetapi ia berlainan dengan Sukan Asia," kata Nicol.

Beliau berkata Wee Wern telah melakukan tugas dengan baik dengan memenangi mata pertama buat Malaysia.

"Wee Wern telah bermain dengan cemerlang untuk menewaskan Rebecca, yang benar-benar berpengalaman dan kemenangan 3-1 itu adalah hebat.

Saya gembira kerana pasukan telah melakukan yang terbaik dan menghasilkan keputusan.

"Saya bangga kerana kontinjen Malaysia gembira dengan apa yang telah kami lakukan setakat ini," kata juara dunia lima kali itu.

Sementara itu, pasukan India dan Korea Selatan mendapat pingat gangsa sebagai pasukan yang tewas dalam peringkat separuh akhir.

Pakistan pula berjaya menafikan usaha Malaysia menyapu bersih semua pingat emas dalam acara skuasy pada Sukan Asia ke-16 di sini apabila memenangi emas acara berpasukan lelaki hari ini.

Pakistan menumpaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan akhir di Gimnasium Bandar Sukan Asia di sini setelah Farhan Mehboob menewaskan Ong Beng Hee 11-4, 11-4, 11-7 dalam masa 23 minit.

Pemain muda, Aamir Atlas Khan, 20, melakukan kejutan apabila menundukkan pemenang emas perseorangan, Mohd Azlan Iskandar 14-12, 15-13, 11-4, dalam masa 42 minit untuk mengesahkan pingat emas kedua Pakistan.

"Malangnya, kami terlepas pingat emas apabila sudah menghampirinya. Kami harap sekiranya Azlan menang, kami yakin Mohd Nafiizwan Mohd Adnan boleh menewaskan pemain nombor tiga Pakistan.

"Saya turun hari ini atas alasan teknikal. Saya mengalami keracunan makanan sejajak beberapa hari lalu dan sebab itu saya tidak turun semasa menentang India dalam perlawanan kumpulan dan Hong Kong pada saingan separuh akhir," kata Beng Hee, selaku ketua pasukan.

Mohd Azlan berkata, beliau berasa amat kecewa kerana gagal membantu menyumbang pingat emas untuk negara.

"Tiada apa-apa yang boleh saya katakan masa ini. Saya tahu saya perlu memang supaya mencerahkan peluang emas tetapi Aamir memberi persembahan baik sekali," katanya.
India dan Hong Kong masing-masing memperoleh pingat gangsa selepas tewas dalam separuh akhir.

Menteri Pertahanan Perlu Jawab: Tertuduh Kes Enjin TUDM Diculik Pegawai Tentera

Posted: 25 Nov 2010 04:00 AM PST

Peguam dakwa tertuduh kes enjin TUDM diculik pegawai tentera

SHAH ALAM, 25 Nov — Peguam bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N. Tharmendran mendakwa anak guamnya itu "diculik" oleh sekumpulan pegawai sayap Angkatan Tentera Malaysia itu di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, N Surendran berkata beliau yakin tindakan pegawai-pegawai itu bertujuan menghalang Tharmendran (gambar) daripada mendedahkan butiran mengenai skandal kehilangan enjin dua jet TUDM yang dilapor hilang dan kemudian didakwa dicuri.

"Sekumpulan kira-kira 10 pegawai TUDM diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Razif Razak menahan Tharmendran di pekarangan mahkamah kira-kira 11 pagi tadi ketika dia dan bapanya menuju ke kereta selepas keluar bilik mahkamah," kata beliau.

Kata Surendran walaupun beliau memprotes tindakan itu tetapi Razif mendakwa Tharmendran ditahan kerana tidak datang untuk lapor diri tugas.

"Saya memberitahu mereka bahawa dokumen menunjukkan Tharmendran bukan lagi staf TUDM, dokumen menunjukakn dia bukan kakitangan TUDM sejak 28 Mei lalu.

"Tetapi mereka tidak kisah, dan mahu menahan dia di Kem Tahanan Tentera," kata beliau.

Surendran berkata beliau akan memfailkan habeas corpus petang ini bagi membebaskan anak guamannya dan juga perintah hina mahkamah ke atas Razif dan TUDM.

Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini, Kementerian Pertahanan berkata Tharmendran, yang menghadapi tuduhan mencuri dua enjin pesawat F5-E, hari ini ditahan semula oleh TUDM atas kesalahan meninggalkan tugas.

Tangkapan dibuat oleh lima pegawai Jabatanarah Provos Marsyal TUDM di pekarangan tempat letak kereta Kompleks Mahkamah di sini pada 12 tengah hari ini selepas Tharmendran menghadiri pendengaran permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan ke atasnya di Mahkamah Tinggi di sini.

Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan, kegagalan Tharmendran untuk hadir bertugas setelah membayar jaminan pada 6 September lepas sehingga ke hari ini merupakan satu kesalahan meninggalkan tugas yang bertentangan dengan peruntukan Akta Tentera 1972.

Tharmendran masih lagi berada dalam perkhidmatan TUDM, kata unit itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 6 Januari lepas, Tharmendran, 42, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5-E jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini pada 30 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. -TMI

Chegu Bard Bakal Dikenakan Tindakan Disiplin?

Posted: 25 Nov 2010 03:24 AM PST

Chegu Bard bakal berhadapan tindakan?

PETALING JAYA: Chegu Bard tidak menolak kemungkinan beliau bakal menghadapi satu lagi krisis dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila khabar angin mula bertiup dikalangan ahli parti beliau bakal dikenakan tindakan disiplin.

"Saya juga ada mendengarnya dari teman-teman termasuk daripada mereka yang menganggotai Biro Politik. Beberapa media turut bertanyakan kepada saya, tapi buat masa ini saya lebih senang mengambil sikap tidak mengambil tahu tentang rancangan mereka," kata beliau kepada FMT.

Beliau turut mengulangi peringatan yang dibuatnya sebelum ini terhadap Jawatankuasa Dispilin Parti agar tidak gentar dengan mana- mana pemimpin untuk bertindak adil terhadap segala salah laku ahli-ahlinya tanpa memilih bulu.

"Jawatankuasa Disiplin Parti hendaklah tidak memilih bulu untuk siasat dan ambil tindakan. Kewibawaan mereka semakin lemah dan banyak yang rosak sebab takut kepada pemimpin tertentu dalam parti.

"Kalau mereka hendak ambil tindakan ke atas saya, pastikan punya asas yang kukuh. Apa kesalahan saya dan apa saya buat yang telah melanggar prinsip keadilan?

Berjuang untuk mendapat keadilan

"Adakah kerana menegur kelemahan parti, berjuang untuk mendapatkan keadilan itu dianggap satu kesalahan dalam parti?

"Tetapi bagaimana pula status aduan-aduan lain yang saya dan calon lain laporkan di sepanjang pemilihan? Senyap begitu sahajakah?," soal beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa beliau akan terus menentang kepincangan dalam parti tidak mengira samada ketika musim pemilihan berjalan atau sebaliknya.

"Dalam apa keadaan sekali pun, bila-bila masa pun saya tetap menentang penipuan dan penyelewengan kuasa dalam parti termasuk sikap memilih bulu dalam siasatan ini jika ada," tegas beliau lagi.

Selain itu, beliau turut meluahkan pendapat bahawa pemimpin dalam PKR termasuk Jawatankuasa Disiplinnya harus mempunyai jiwa besar untuk mengakui kesilapan dan kelemahan diri.

Tiada ulasan: