labun KulupSakah... |
| Posted: 01 Nov 2010 10:23 PM PDT Kata seorang mat salleh "Islam adalah seperti kulit bawang pada orang Melayu. Jika kulit itu dikoyak maka akan terlihat di dalamnya penuh kepercayaan tahyul dan karut-marut". Tahun-tahun 80an dulu heboh satu malaya (sebab disiarkan dalam akhbar melayu) kisah hantu kum-kum. Perempuan berpurdah membawa anak akan merayau dan memberi salam "Assalamualaikum-kum". Tidak dijelaskan dengan terperinci apa motif hantu alim menutup aurat itu bikin road tour keliling Malaya dan bertandang ke rumah orang. Tak pasti apa bentuk honorarium yang dia perolehi dengan menakut-nakutkan rakyat khususnya Melayu. Tidak pula dicertitakan dia nak apa dan apa jadi selepas masuk rumah orang. Dia cekik orang ke atau minta kena rogol ke, semuanya tak jelas. Yang jelas, sebagai budak aku cukup takut waktu itu sebagaimana aku takut disakat orang tua-tua ada Benggali namanya Chahu akan menyabit kepala untuk dibuat jambatan. Chahu ini memang selalu bawa sabit untuk menyabit rumput buat makanan lembu peliharaannya. Suatu ketika seorang jiran kami telah membawa bomoh ke bukit berhampiran rumah kami bertujuan untuk 'memagar' hantu setan dari mengganggu majlis perkahwinan anaknya nanti. Selepas itu heboh terdengar bunyi lolongan tangisan di bukit itu pada waktu malam. Sebenarnya bunyi salakan anak anjing. "Memang bunyi anjing tapi lama-lama ia semakin menadayu macam bunyi orang menangis, dengar tak?" kata seorang mak cik kepada aku. Ini disebabkan aku mengaku tak mendengar walau jika dibandingkan dengan rumah mereka, rumah aku paling hampir dengan bukit. Sungguh-sungguh mereka mengakui kewujudan hantu. Memang aku pun ada terdengar lolongan itu. Waktu makan malam aku pun mengada-ngada cakap dengan keluargaku yang aku takut bunyi hantu bukit itu. Tiba-tiba apak melenting, "Syirik kamu takutkan hantu. Orang Islam mesti percaya hantu tak ada dan kita lebih mulia. Bodoh kalau kita takutkan hantu." Sejak itu aku mula buang rasa takut pada hantu sebab aku tak mahu apak kata aku bodoh. |
| You are subscribed to email updates from KulupSakah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan