Kopitiam Bang Nan |
- Rosmah: Suami saya tengah menggatal....??
- Hillary Clinton Jumpa Dr. Asri - ZulKulim Esok...??
- SYABAS MENIPU RAKYAT SELANGOR...!!
- Dr. Asri suruh Umno bubar...??
- Ceramah Anwar di Kerinting,Galas part1,26/10/10
- Ceramah Anwar di Kerinting,Galas part 2...26/10/10
- Ceramah Anwar di Kg.Kerinting, Galas,part3....26.10.10
- Ikan patin masak lemak cili padi + tempoyak....
| Rosmah: Suami saya tengah menggatal....?? Posted: 01 Nov 2010 07:55 AM PDT Rosmah beri PM air kelapa, tidur beralas daun bambu Nov 1, 10 6:35pm Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin pulih dari penyakit cacar dan kini tidak sabar untuk kembali menjalankan tugas rasmi. Rosmah berkata Najib yang pertama kali diserang penyakit itu menunjukkan perkembangan positif hasil rawatan moden serta tradisional. "Doktor pun dah datang tengok, sapu krim supaya merah-merah di kulit dia (Najib) reda. Dia dinasihatkan banyak minum untuk membuang toksin dalam badan, jangan garu dengan kuku dan elakkan makanan yang menyebabkan kegatalan," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan bas di Kilometer 38 Genting Sempah, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur. Rosmah berkata beliau turut memberi suaminya minum air kelapa dan mengalas tempat tidur dengan daun bambu agar cepat sembuh dari penyakit cacar yang dialaminya itu. Ditanya sejak bila perdana menteri mula berasa tidak sihat, Rosmah berkata ia bermula sejak mereka berada di Hanoi, Vietnam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-17 lagi. "Saya sendiri pun tak sedap badan ketika di sana. Tapi dah okay tak lama lepas itu. Cuma bila sampai di Malaysia dan doktor periksa, didapati ada tanda-tanda cacar. Jadi doktor nasihatkan berehat. Semalam kita tengok ada merah-merah lagi di muka, tapi hari ni dah kurang dan kulit dia dah semakin cantiklah," katanya. Di HKL, Rosmah dilihat begitu bersemangat menggantikan suaminya hadir pada majlis-majlis yang telah disusun awal untuk perdana menteri. Secara bergurau, Rosmah berkata beliau perlu bekerja kuat dan menggandakan usaha bagi memenuhi semua program yang telah dirancang. Dalam lawatan itu, Rosmah turut menyampai sumbangan peribadi berupa wang dan hamper bagi pihak perdana menteri kepada lima mangsa kemalangan yang masih dirawat di HKL. "Kita juga memberikan sumbangan kepada keluarga mangsa yang telah meninggal dunia. Kita harap sumbangan ini akan mampu mengurangkan penderitaan mereka," katanya. Rosmah meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk melawat lima mangsa itu, termasuk pemandu bas terbabit, Muthumani Subramaniam, 36 tahun. Dalam kemalangan Jumaat lalu, sebuah bas yang membawa 44 anggota belia 4B dari Kampung Baru, Mukim Siong, Baling, terbabit dalam kemalangan ketika menuruni bukit selepas bertolak dari Genting Highlands, menyebabkan tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah. |
| Hillary Clinton Jumpa Dr. Asri - ZulKulim Esok...?? Posted: 01 Nov 2010 07:40 AM PDT Pertemuan Clinton-Anwar: Kenapa cemburu? Nov 1, 10 7:22pm Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak yang mempertikaikan cadangan pertemuan beliau dengan Setiusaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton sebenarnya tidak memahami proses demokrasi yang sebenar, lapor Suara Keadilan. "Apa masalahnya? Kenapa mereka cemburu, Azizah pun tak cemburu saya bertemu dengan Hillary. Saya pergi ke India dan bertemu dengan Perdana Menteri Manmohan Singh, begitu juga semasa saya pergi ke Turki saya berjumpa Perdana Menteri Erdogan, kenapa tak bantah," kata Anwar pada sidang media di bilik gerakan PKR, di Sandakan hari ini. Bernama melaporkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai berkata tidak salah bagi Hillary bertemu Anwar dalam kapasiti beliau sebagai ketua pembangkang. Bagaimanapun Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California Chuck DeVore menasihati Clinton supaya tidak menemui Anwar dalam lawatan rasminya. Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan Clinton semasa lawatan rasminya ke Malaysia bermula esok untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu antarabangsa. Malaysiakini pada 30 Oktober lalu melaporkan Hillary akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan NGO dalam lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia minggu depan walaupun format perbincangannya masih belum ditentukan. Ketua Informasi kedutaan AS di Kuala Lumpur Tina Malone yang dihubungi berkata masih belum dapat menjelaskan sama ada pertemuan tersebut akan dibuat dalam bentuk dialog. |
| SYABAS MENIPU RAKYAT SELANGOR...!! Posted: 01 Nov 2010 07:30 AM PDT Tabung Budi melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air yang disubsidikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat Selangor dan diserahkan pula kepada Syabas. Faekah juga berkata, modus operandinya tidak masuk akal kerana kerajaan negeri membayar Syabas dengan harga penuh iaitu RM11 juta sebulan. Malah kata beliau, Syabas tidak layak untuk mengutip subsidi 20 meter padu tersebut dari mana-mana individu. "Jika ia dilakukan, Syabas akan dibayar dua kali untuk 20 meter padu air yang sama. "Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas dilaporkan berkata bahawa wang kutipan akan disalurkan kepada keluarga yang langsung tidak menerima 20 meter padu air percuma. "Hairannya, mengapa Syabas tidak pula secara terus memberikan air percuma kepada rakyat tanpa menuntut bayaran penuh dari kerajaan negeri?" katanya lagi. Lebih memeranjatkan lagi, kata beliau, sebahagian dari kutipan dana yang kononnya untuk membantu rakyat miskin turut datang daripada potongan gaji para pekerja Syabas sebanyak RM11.40 sebulan. "Persoalannya, apakah potongan gaji sebanyak RM11.40 adalah sama untuk semua pekerja Syabas; baik pekerja kolar putih mahupun kolar biru? "Adakah juruteknik Syabas yang berpendapatan RM2,000 sebulan akan menerima pemotongan gaji sama jumlahnya dengan Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail yang dibayar RM425,000 sebulan atau RM 5.1 juta setahun? Hentikan Tabung Budi, Selangor dakwa Syabas 'gimik' KUALA LUMPUR, 1 Nov – Kerajaan negeri Selangor membidas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), yang melancarkan Tabung Budi baru-baru ini sambil menyifatkannya sebagai langkah gimik dan sekadar latihan perhubungan awam bagi memulihkan imej hodoh organisasi itu. Selangor pimpinan Pakatan Rakyat juga menggesa Syabas menghentikan program Tabung Budi, yang disifatkan sebagai langkah sekadar topeng. "Tidak keterlaluan untuk mengatakan, ia sekadar topeng," kata beliau Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Katanya, ketidakikhlasan Syabas juga menyerlah apabila ketika Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halim Mat Som meminta supaya isu ini tidak dipolitikkan, tiba-tiba terpacul pula Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan pada pelancaran 'Tabung Budi' tersebut. Faekah berkata, lebih menghairankan, Syabas langsung tidak meminta pandangan kerajaan negeri mahupun berbincang mengenai langkah tersebut. "Apa yang lebih penting pada kami ialah Syabas tidak ada hak dan tidak layak untuk mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang telah mendapat subsidi dari kerajaan negeri. "Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan tersebut mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada Syabas," kata beliau lagi. Sehubungan itu kata beliau, kerajaan negeri mahu Syabas berhenti daripada menggunakan skim tersebut sebagai topeng menutup segala kepincangan urus tadbir. "Sekiranya Syabas benar-benar ingin menolong rakyat, kembalikan hak air kepada rakyat Selangor. "Jangan 'menderma' ratusan ringgit, namun pada masa yang sama mencuri ratusan juta wang rakyat," kata beliau. Faekah berkata, kerajaan negeri komited dengan usaha meringankan beban sara hidup rakyat Selangor. Katanya, ia adalah teras utama agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang menjadi tunggak pemerintahan Pakatan Rakyat sejak Mac 2008 lalu. "Pada masa yang sama, kita sentiasa mengalu-alukan sektor swasta yang prihatin dan ingin turut serta membantu rakyat; secara terbuka dan ikhlas, sekali gus melaksanakan tanggung jawab sosial mereka. "Ia adalah unsur penting untuk mewujudkan sebuah masyarakat madani terutama di negeri terkaya seperti Selangor," katanya. Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya melihat ada keraguan melampau dan percanggahan niat dalam program Tabung Budi yang dilancarkan oleh Syabas baru-baru ini. Tabung Budi melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air yang disubsidikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat Selangor dan diserahkan pula kepada Syabas. Faekah juga berkata, modus operandinya tidak masuk akal kerana kerajaan negeri membayar Syabas dengan harga penuh iaitu RM11 juta sebulan. Malah kata beliau, Syabas tidak layak untuk mengutip subsidi 20 meter padu tersebut dari mana-mana individu. "Jika ia dilakukan, Syabas akan dibayar dua kali untuk 20 meter padu air yang sama. "Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas dilaporkan berkata bahawa wang kutipan akan disalurkan kepada keluarga yang langsung tidak menerima 20 meter padu air percuma. "Hairannya, mengapa Syabas tidak pula secara terus memberikan air percuma kepada rakyat tanpa menuntut bayaran penuh dari kerajaan negeri?" katanya lagi. Lebih memeranjatkan lagi, kata beliau, sebahagian dari kutipan dana yang kononnya untuk membantu rakyat miskin turut datang daripada potongan gaji para pekerja Syabas sebanyak RM11.40 sebulan. "Persoalannya, apakah potongan gaji sebanyak RM11.40 adalah sama untuk semua pekerja Syabas; baik pekerja kolar putih mahupun kolar biru? "Adakah juruteknik Syabas yang berpendapatan RM2,000 sebulan akan menerima pemotongan gaji sama jumlahnya dengan Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail yang dibayar RM425,000 sebulan atau RM 5.1 juta setahun? "Kita tidak perlu mempunyai kelulusan matematik untuk melihat ketempangan skim yang cuba diperkenalkan Syabas ini," katanya. Oleh itu katanya, kalau benar Syabas secara ikhlas mahu melaksanakan tanggungjawab sosial mereka, syarikat itu harus memulakannya dengan melantik juruaudit bebas bagi membuat penilaian jumlah gaji yang munasabah diberikan kepada pengarah eksekutifnya. "Amat tidak wajar Syabas terus membebankan pekerja bawahan sementara pengerusi eksekutif menerima gaji yang cukup luar biasa. "Pengumuman pelancaran program Syabas ini juga menimbulkan tanda tanya. "Mengapa ia diilhamkan ketika intergriti Syabas begitu tercalar. Laporan audit Syabas menunjukkan bahawa lebih daripada 72 peratus kontrak yang diberikan oleh Syabas, dengan nilai sebanyak RM600 juta, telah dianugerahkan secara langsung tanpa tender terbuka dan dilaksana tanpa ketelusan," kata Faekah lagi. Katanya, tidak cukup dengan itu, terdapat juga perbezaan sebanyak RM325 juta apabila akaun awam Syabas dibandingkan dengan rekod-rekod kontrak yang dianugerahkan. "Ke mana pergi duit ini? "Rekod juga menunjukkan betapa pengurusan Syabas telah dijalankan dengan boros contohnya RM51.2 juta digunakan semata-mata untuk mengubahsuai pejabat Syabas sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor hanya meluluskan RM23.2 juta. "Audit juga mendedahkan bahawa pada Jun 2005, Syabas telah melanggar syarat konsensi dengan menganugerahkan kontrak untuk membeli paip kepada sebuah syarikat Indonesia yang bernilai RM375 juta sedangkan syarat jelas memperuntukkan hendaklah menggunakan paip buatan tempatan," katanya lagi. |
| Dr. Asri suruh Umno bubar...?? Posted: 01 Nov 2010 01:47 AM PDT Aku suka membaca tulisan Dr. Asri dalam bukunya yang terbaru "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda". Ia adalah kompilasi tulisan2 beliau yang diterbitkan oleh Mingguan Malaysia, surat khabor Umno. Antara bab yang paling menarik ialah "jangan taqlid buta"... Bila membaca gesaan Dr. Asri di bawah ni, aku mengambil keputusan untuk mengikut nasihatnya agar tidak taqlid buta, kali ini kepada Dr. Asri sendiri. Sebaliknya aku suka menyarankan kepada beliau beberapa perkara. Harap dia sendiri tidak "melenting"...: 1. Bukankah lebih wajar Dr. Asri menyuruh atau menggesa Umno supaya dibubarkan sahaja kerana, kalau mengikut 'pendapat-pendapat beliau sendiri sebelum ini', Umno sudah out of touch. Umno juga sudah menyeleweng dari Islam dan diselimuti dengan korupsi, kronisma, pecah amanah dan sebagainya. Bukankah lebih mudah bagi Umno itu ditalqin lalu dikebumikan dari cuba diangkat2, dimodified, di make-up, direcond dan sebagainya? 2. Gelihati juga membaca konklusi Dr. Asri agar Pakatan Rakyat sekadar dikuatkan dengan melenyapkan Anwar sekaligus mengkotakkan Pakatan Rakyat dalam ruang lingkup untuk menjadi pembangkang yang kuat. Justeru Umno mesti dipertahankan untuk menjadi kerajaan dan meneruskan dasarnya yang semakin hanyut termasuk mewujudkan 'hub hiburan' dalam ruang ETP yang sedang dibangga2kan oleh proksi Rosmah Mansur. Mana ada orang politik pencen kecuali Dollah Badawi kerana pada beliau nikmat tidur lebih berharga? Kawan baik Dr. Asri, Mahathirpun tak pencen lagi... 3. Apa kata Dr. Asri sendiri masuk dalam mana2 parti Pakatan Rakyat untuk menerajui perubahan? Berdiri di atas pagar dengan menghentam sana dan sini (macam konsensus bebas pulak) memanglah menyeronokkan. Jom...ayuh kita ke medan perjuangan. KALAU TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN Asri minta Anwar bersara, Pakatan perlu jadi pembangkang kualiti KUALA LUMPUR, 1 Nov — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan ahli politik veteran termasuk Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersara dari politik dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin lain untuk memberi "nafas baru" atas alasan banyak "rentak tari politiknya makin tidak seimbang." Di samping itu kata beliau, Pakatan Rakyat juga perlu melakukan pembaharuan untuk menjadi pembangkang yang kuat dan berkualiti. "Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, sudah sampai masanya untuk bersara 'politik'," kata bekas mufti Perlis ini yang kini dilihat sebagai "penggerak ketiga" dalam arena politik semasa. "Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak 'seimbang'," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Asri berkata zaman Anwar, yang juga Penasihat PKR, mungkin makin menyusur pergi. "Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat 'story-design' politik yang sama," kata Asri lagi. PKR ditubuhkan selepas Anwar dimasukkan ke penjara dan dipecat daripada jawatan kerajaan dan Umno. Malah menurut beliau, Anwar perlu diberikan peluang untuk berundur dengan aman demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. "Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. "Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar," kata tokoh agama ini. "Maaf atas pandangan ini," kata Asri sambil menambah, beliau tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan ini. "Saya tahu sesetengah pembangkang cepat 'melenting' jika ada pandangan yang mereka tidak setuju. "Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik," kata Asri dalam pandangan ini ketika parti itu sedang melangsungkan pemilihan pucuk kepimpinan. Pertengahan tahun lalu, Asri pernah dilaporkan akan menyertai Umno tetapi beliau menafikannya dengan menegaskan akan kekal seperti sekarang. Selain itu, PKR mewakili Pakatan Rakyat menurunkan calonnya di kerusi Parlimen Batu Sapi. Asri juga berkata, politik negara ini juga memerlukan nafas baru tidak kira parti politik. "Seperti mana Umno memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama. "Saya, seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti," katanya sambil menambah, "sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini." Oleh itu kata Asri, jangan lupa bahawa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen. "Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara," katanya. Malah menurut beliau, negara perlukan politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. "Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. "Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi," katanya. Justeru, katanya, politik negara memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas. "Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai 'al-quwwah' (kemampuan) dan al-amanah (amanah). "Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. "Maka, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat," katanya sambil menambah, sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. "Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi 'hero' dalam pentas baru politik hari ini. "Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. "Jika Tun Abdullah (Ahmad Badawi) pun bersara, makin mereka yang 'sewaktu' dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata (penganalisis politik) Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula," katanya. |
| Ceramah Anwar di Kerinting,Galas part1,26/10/10 Posted: 01 Nov 2010 12:39 AM PDT |
| Ceramah Anwar di Kerinting,Galas part 2...26/10/10 Posted: 01 Nov 2010 12:38 AM PDT |
| Ceramah Anwar di Kg.Kerinting, Galas,part3....26.10.10 Posted: 01 Nov 2010 12:37 AM PDT |
| Ikan patin masak lemak cili padi + tempoyak.... Posted: 31 Oct 2010 11:40 PM PDT Sesiapa yang teringin nak beli ikan fatin hidup2 dari Chenor, Temerloh bolehlah contact kawan kita Kamal @ 019-3815674. Harga cuma RM15.00 sekilo. Delivery percuma sekitar Bukit Indah dan Ampang ie 5 kilo ke atas.Kalau nak dapatkan yang dah siap masak, suruh kamal hantar dulu ke rumah kekanda Amarudin @ 019-2770764. Harga ikut menu.... Walaupun ikan fatin masak lemak cili api + tempoyak ni sebebenonye bukan favorite aku...tapi bila nengok gambor di sebelah ni....terlior jugak aku...he he!! |
| You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan