Isnin, 1 November 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Minyak naik Lagi Umno - BN Sentiasa Dahulukan Rakyat

Posted: 01 Nov 2010 06:59 PM PDT

Berkuatkuasa 2 November, harga minyak petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadikan harga terkini minyak petrol jenis terbabit kepada RM2.15 seliter. Kali terakhir harga minyak petrol RON97 dinaikkan adalah pada 15 Julai lalu yang menyaksikan lima harga barangan keperluan asas dinaikkan.

Kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO ketika itu memberikan alasan bahawa kenaikan tersebut perlu bagi "mengurangkan beban subsidi" minyak petrol yang terpaksa ditanggung kerajaan. Kerajaan juga telah mengumumkan bahawa harga minyak petrol RON 97 akan ditentukan melalui apungan yang terkawal sambil menetapkan bahawa hanya minyak petrol RON97 sahaja boleh dijual kepada kenderaan yang berpendaftaran luar negara.

Pemotongan subsidi berkenaan adalah sebahagian daripada rancangan Kerajaan BN untuk mengurangkan subsidi bagi barangan keperluan asas seperti yang dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU) yang diketuai oleh Idris Jala, menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kenaikan harga minyak petrol RON97 berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak baru-baru ini, dalam pembentangan bajet 2011 nya mengumumkan cadangan pembangunan beberapa projek mega, antaranya Menara Warisan setinggi 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion.

Projek-projek mega tersebut, katanya boleh membawa masuk lebih banyak pelaburan disamping menarik minat lebih ramai lagi pelancong ke nagara ini. Idris pula, pada awal tahun ini juga pernah memberi amaran bahawa kenaikan lima harga barangan asas itu perlu bagi mengurangkan beban subsidi yang boleh menyebakan negara ini menghadapi kemungkinan muflis jika sebaang langkah pengurangan subsidi berkenaan tidak dilaksanakan.

Utusan Jangan Jadi Penembak Curi

Posted: 01 Nov 2010 06:26 AM PDT

DAP hari ini mencabar akhbar Utusan Malaysia supaya bersifat bertanggungjawab dan menyahut tawaran debat berhubung dakwaan parti pembangkang itu sebuah pertubuhan yang rasis.

Cabaran itu dibuat oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara , Tony Pua berikutan kolumn yang disiarkan pada Ahad lalu di Mingguan Malaysia yang melabelkan DAP sebagai parti paling rasis di dunia.

'Awang Selamat dalam pojoknya menulis: "Ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada apa-apa ancaman sekalipun yang pernah dihadapi dalam sejarah tanah air. Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi dan tanpa menggunakan senjata. Tetapi implikasinya amat besar.

"Perlembagaan termasuk kedudukan Islam dan institusi beraja menjadi taruhan, yang akhirnya membawa Malaysia menuju negara republik. Apakah itu yang kita mahu?"

Pua membalas dan menganggap serangan itu sebagai "melampau' dan "keterlaluan".

Demi 'kebenaran dan keadilan, Pua yang juga setiausaha publisiti DAP, mencabar Awang Selamat atau mana-mana wakil pengarang Utusan supaya berdebat.

"Editor dan pemiliknya tidak harus bersembunyi di belakang nama pena dan melemparkan tuduhan tanpa asas, (bertindak) sebagai penembak curi," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Sambil menyifatkan akhbar itu sebagai "pengecut", Pua mencabar mereka menyahut cabarannya "jika mereka sebenarnya mempertahankan bangsa Melayu".

Katanya, DAP akan membuktikan parti itu bukan rasis dan sedang bekerja dalam rangka Pakatan Rakyat bagi menjamin hak Melayu terus terpelihara.

"Kami akan buktikan Utusan adalah ... rasis ... dan mereka adalah ancaman kepada negara," kata Pua.

"Menolak cabaran ini hanya mencerminkan ketiadaan integriti di pihak Utusan," katanya lagi.

Beliau memberikan akhbar itu tujuh hari untuk menyahut cabaran berkenaan dan berkata perdebatan boleh dianjurkan oleh mana-mana pihak yang berkecuali.

"Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) atau TV3 (boleh menganjurkannya) dan format boleh dirundingkan," katanya.

Rosmah Pemangku PM?

Posted: 01 Nov 2010 06:19 AM PDT

Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor.

Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najib juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu.

Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.



Dari Harakah

DR ASRI PUN ADA `DAKWAH DESIGN', MAKA BERUNDURLAH DARI BERDAKWAH

Posted: 01 Nov 2010 03:57 AM PDT

"SUDAH sampai masanya DS Anwar berundur", itu kata Dr Asri.
Beliau tidak menyebut secara jelas mengapa perlu DS Anwar berundur. Cuma, beliau menyebut `politik design' DS Anwar kununnya tidak lagi bersesuaian atau tidak boleh diterima. Apa buktinya jika benar begitu? Dan, jika DS Anwar pernah berada di dalam parti dan kini kununnya sudah sampai masanya beliau perlu berundur, mengapa Dr Asri tidak pernah berada di dalam parti?

Persoalannya, mengapa Dr Asri tidak pernah ingin berjuang di dalam parti? Jika beliau tidak berminat untuk aktif di dalam parti dan sekadar untuk menjadi seperti `burung terbang bebas', maka jangan pula memandai menyuruh orang lain berundur dari politik kepartian. Apakah Dr Asri fikir politik itu `bidaah' atau tiada hukum yang mewajibkan berjuang di dalam parti? Apa `politik design' DS Anwar yang Dr Asri anggap tidak betul dan mungkin `haram' untuk kita bersama beliau? Jika Dr Asri boleh berikan hujah bahawa menyokong atau bersama parti yang dipimpin oleh DS Anwar itu bertentangan dengan ugama, saya fikir PAS lah parti pertama yang akan lari dari DS Anwar. Keengganan Dr Asri bersama gerakan Islam melalui PAS satu-satunya parti yang ingin perjuangkan Islam itulah seharusnya kita ragui.

Ini bukan melenting pasal Dr Asri menegur DS Anwar. Ianya sekadar menyuarakan rasa pelik mengapa Dr Asri mahukan DS Anwar tinggalkan perjuangan membela rakyat ini. Bukankah perjuangan itu tidak pernah tamat sehingga ke penghujung nyawa? Apa kata kita minta Dr Asri bersara dari berdakwah kerana beliau pun ada `design dakwah'nya yang kontroversi. Tentu Dr Asri rasa pelik bukan? Atau, mungkin Dr Asri bercita-cita mahu menggantikan DS Anwar sebagai tokoh agung itu? Cukupkah ketahanan Dr Asri untuk menerima ujian sepertimana DS Anwar telah alami? Jika sekadar ujian dibawa ke mahkamah atas kesalahan mengajar tanpa tauliah, saya fikir belum cukup teruji lagi beliau.

Memang Umno amat suka jika DS Anwar berundur dari politik kerana mereka tahu kerana DS Anwar lah Umno sekarang hampir lingkup. Adakah kerana Umno suka, maka Dr Asri pun suka? Jika benar DS Anwar tidak lagi layak berpolitik, Dr Asri bawalah hujah dan sebut di mana tindakan atau dasar DS Anwar yang boleh menyesatkan umat Islam atau menghancurkan negara ini. Jika setakat menyebut `politik design', jangan lupa Dr Asri juga ada `Dakwah Design'nya yang tersendiri.

Terlalu jauh untuk dibandingkan dengan pengunduran Tun Mahathir dan Pak Lah. Tun berundur kerana rakyat sendiri terlalu lama mahukan Tun berundur akibat kemungkaran dan kezalimannya. Pak Lah berundur akibat desakan dari ahli-ahli Umno sendiri. Mereka berundur bukan kerana memberi ruang kepada tokoh baru, tetapi TERPAKSA. Tidak pula Dr Asri sibuk menyuruh Najib berundur. Bukan Dr Asri tidak tahu Najib punya angkara bersama Rosmah yang terang-terang banyak melakukan kemungkaran yang nyata. Mengapa Dr Asri mendiamkan diri dan menuding jari pada DS Anwar?



Oleh: WFAUZDIN NS

Ada Pihak Tak Faham Demokrasi Bantah Pertemuan Hillary Clinton Dengan Anwar

Posted: 01 Nov 2010 03:45 AM PDT

Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak yang mempertikaikan cadangan pertemuan beliau dengan Setiusaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton sebenarnya tidak memahami prose demokrasi yang sebenar.

"Apa masalahnya? Kenapa mereka cemburu, Azizah pun tak cemburu saya bertemu dengan Hillary. Saya pergi ke India dan bertemu dengan Perdana Menteri Manmohan Singn, begitu juga semasa saya pergi ke Turki saya berjumpa Perdana Menteri Erdogan, kenapa tak bantah," kata Anwar pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat pagi tadi.

Bernama melaporkan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang berpendapat tidak salah bagi Hillary bertemu Anwar dalam kapasiti beliau sebagai Ketua Oposisi.

Bagaimanapun Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California Chuck DeVore menasihati Clinton supaya tidak menemui Anwar dalam lawatan rasminya.

Anwar dijangka mengadakan pertemuan denga Clinton semasa lawatan rasminya ke Malaysia bermula esok untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu antarabangsa.

Umno-BN Tingkatkan Undi Pos Di Pulau Pinang

Posted: 01 Nov 2010 03:42 AM PDT

PAS Pulau Pinang meragui pertambahan undi pos luar biasa sepertimana yang terdapat dalam Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun 3 bagi 2010 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha PAS Negeri, Mohd Fadzil Kemi berkata sebagai bukti terdapat 630 nama isteri-isteri anggota tentera dalam daftar DPT yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos di Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar bagi Parlimen Tasek Gelugor.

Sebahagian besar dari mereka ini adalah pengundi baru dan pengundi yang berdaftar. Oleh kerana itu bagi mereka yang telah berdaftar telah dipindahkan ke undi pos dengan alasan hilang kelayakan pengundi awam.

"Apa yang dilakukan oleh SPR ini adalah bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih), Pindaan 2002 dalam Seksyen 2 (b) yang mana menyebut isteri seseorang anggota tentera diberi pilihan samada mahu mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (Undi Pos), walaupun mereka layak mendaftar sebagai pengundi tidak hadir, mereka ini masih lagi layak sebagai pengundi awam.

"Selain dari itu kita juga mendapati isteri-isteri anggota tentera ini tidak dimaklumkan tentang pertukaran status daftar pemilih (dari Pengundi Awam kepada Pengundi Pos).Borang 1 juga dengan jelas menyatakan SPR perlu memaklumkan kepada pengundi tersebut. Apa yang lebih mendukacitakan isteri-isteri anggota tentera ini tidak pernah memohon untuk menjadi Pengundi Tidak Hadir (Undi Pos).

"Oleh kerana itu siapakah yang mengisi borang 1 bagi pihak mereka ini. Justeru itu kita pinta SPR supaya segera membuat kata Mohd Fadzil dalam sidang media yang diadakan di Pejabat PKR Cabang Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara petang semalam.

Sebagai bukti beliau menunjukkan senarai nama isteri-isteri anggota tentera yang sebelum ini adalah pengundi berdaftar tetapi telah didaftarkan sebagai pengundi baru dan pengundi pos.

Ada juga yang tidak mengisi borang tukar alamat oleh pengundi tetapi nama mereka ditukar tanpa pengetahuan.

Mohd Fadzil yang juga merupakan Timbalan Pengarah, Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Pulau Pinang turut mempertikaikan tindakan SPR yang mendaftarkan para pengundi pos ini sebagai pengundi baru sedangkan mereka sudah didaftarkan sebelum ini.

Menurut beliau lagi peraturan yang dikeluarkan oleh SPR turut menyatakan seorang yang telah mendaftar tidak dibenarkan mendaftar sebagai pengundi baru.

"Adalah tidak mustahil pertambahan yang dilakukan secara luar biasa dan tidak menurut peraturan ini melibatkan semua isteri-isteri anggota tentera seluruh negara. Kemungkinan besar ini juga merupakan salah satu agenda pihak tertentu yang mempunyai kuasa untuk menggunakan undi pos ini sebagai 'fixed deposit' atau simpanan tetap mereka menjelang pilihan raya umum yang akan datang," tegasnya lagi.

Seksyen 10 Akta Pilihan Raya 1958 ada menyebut bahawa tiada seorang pun berhak dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai seorang pemilih dalam lebih dari satu bahagian pilihan raya bagi maksud sesuatu pilihan raya.

Malah Peraturan 14A, Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981 juga menyatakan daftar pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan calon hendaklah merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pemngurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi.

Menjelangnya PRK Parlimen Batu Sapi yang menyaksikan seramai 1615 pengundi pos dan DUN Galas yang mempunyai 127 pengundi sudah pasti ia memberi impak terhadap keputusan yang akan diterima oleh parti-parti yang bertanding.

Kelaziman yang berlaku apabila keputusan undi pos tidak dimaklumkan awal walaupun pengundian berjalan terlebih dahulu telah menimbulkan keraguan kepada masyarakat.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) pada 8 Julai yang lalu turut mengalu-alukan cadangan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mahu menghapuskan kaedah undi pos dalam pilihan raya.

DPPWP bersetuju dengan pandangan Abd Aziz bahawa undi pos didapati menyusahkan dan mudah terdedah kepada kesilapan yang boleh mengakibatkan lebih banyak undi rosak, termasuk terlalu teknikal serta menyulitkan.

Namun begitu persoalan yang timbul apakah dalam suasana aman dalam negara ini perlunya undi pos dikekalkan kerana petugas-petugas keselamatan boleh keluar mengundi tanpa apa-apa halangan dan kesukaran.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengarah JPN PAS Pulau Pinang, Ustaz Khalid Man, Setiausaha JPN, Mohd Jamil Abdul Rahman dan Ketua Cabang PKR Tasek Gelugor, Mohamed Nasir Mohamad.

Islam Dan Hak Melayu Dalam Pelembagaan Tidak Tergugat

Posted: 31 Oct 2010 08:04 PM PDT

Apabila pentadbiran Mahathir terpaksa bergelut dengan Raja-Raja yang menentang pindaan perlembagaan mengenai kuasa perkenan pada 1983 dan keistimewaan imuniti pada 1993, dua peruntukan tadilah yang menjadi penghalang kepada cubaan meminda itu. Adakah UMNO sudah lupa dengan kedua-dua krisis itu? - Abdul Aziz Bari

Setelah lebih 10 tahun men:jelaskan bahawa peruntukan mengenai Islam dan Melayu tidak boleh dipadam oleh Parlimen kerana kuncinya terletak di tangan Majlis Raja-Raja, saya tidaklah terlalu gembira apabila ia akhirnya disebut Perdana Ment:eri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak, dalam perhimpunan agung parti itu bulan lalu. Hal tersebut disebut dengan jelas oleh Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan. Ketidakbolehan itu juga boleh dikaitkan dengan Perkara 38 (4). Jadi pada saya tidak ada yang baru atau menarik dengan kenyataan Najib yang disambut dengan riuh-rendah oleh akhbar-akhbar perdana.

Malah dengan segala ketakutan apa yang dibawa UMNO dan Perkasa sejak Mac 2008, apa yang disebut oleh Najib itu semacam pengakuan bahawa mereka telah mengelirukan rakyat selama ini. Dalam tempoh itu mereka cuba menakut-nakutkan orang Melayu bahawa peruntukan yang melindungi mereka dalam perlembagaan terancam sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengalahkan Barisan Nasional.

Faktanya ialah kedua-dua peruntukan yang disebutkan tadi telah berada di situ sejak 1957 lagi: ia bukan benda baru. Apabila pentadbiran Mahathir terpaksa bergelut dengan Raja-Raja yang menentang pindaan perlembagaan mengenai kuasa perkenan pada 1983 dan keistimewaan imuniti pada 1993, dua peruntukan tadilah yang menjadi penghalang kepada cubaan meminda itu. Adakah UMNO sudah lupa dengan kedua-dua krisis itu? Atau mereka tidak tahu? Saya dimaklumkan, selepas bersara Tun Dr Mahathir Mohamad ada bertanya tentang sifat dan cara pindaan perlembagaan. Saya berasa aneh kerana zaman beliaulah terjadinya krisis ekoran pindaan perlembagaan tadi meskipun itulah antara isu yang menjadi kritikan beliau terhadap pentadbiran Tunku Abdul Rahman. Kita boleh baca kritikan ini dalam bukunya The Malay Dilemma.

Saya sebenarnya terpinga-pinga dengan ucapan Najib itu. Sebagaimana disebutkan tadi secara tidak langsung ia merupakan pengakuan bersalah oleh UMNO. Ia juga menempelak Perkasa yang selama ini menjaja isu itu ke sana ke mari. Penyokong tegar UMNO dan Barisan Nasional memang tidak peduli hal ini. Tetapi untuk kekal berkuasa UMNO perlu meyakinkan mereka yang berada di atas pagar, dan golongan ini bukan sedikit jumlahnya.

Dalam rangka usia kemerdekaan negara sudah melepasi 53 tahun, hal-hal yang dikipas oleh UMNO dan Perkasa itu sepatutnya sudah selesai. Soal kedudukan Melayu dan Islam sepatutnya sudah kukuh. Jika ini masih menjadi isu dan masalah yang bersalah tidak lain dan tidak bukan UMNO kerana parti inilah selama ini memimpin negara. Jika soal Melayu dan Islam masih belum selesai, UMNO mesti bertanggungjawab kerana itulah prinsip demokrasi yang menjadi tunjang perlembagaan. Sama seperti UMNO menyalahkan Pas di Kelantan dalam soal tanah dalam Pilihan Raya Kecil Galas sekarang kerana perkara itu berada dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri yang diterajui Pas sejak Pilihan Raya Umum 1990.

Raja-Raja memang ada peranan dalam soal Melayu dan Islam. Tetapi ia lebih kepada memastikan peruntukan-peruntukan yang berkenaan seperti Perkara 153 - melindungi kedudukan istimewa Melayu tidak dimansuhkan. Raja-Raja boleh memantau dan menegur. Tetapi peranan dan fungsi :mengisi peruntukan tadi adalah tanggungjawab parti memerintah. Sebab itu saya katakan tadi kenyataan Najib itu adalah sebuah pengakuan bersalah secara tidak langsung.

Saya sudah banyak kali mengatakan, adalah lebih baik mempunyai Perdana Menteri bukan Melayu dan bukan Islam yang jujur dan mengikut perlembagaan. Dan memang ini yang dihasratkan oleh perlembagaan.

Saya juga sering mengatakan, soal Melayu dan Islam sebenarnya telah dilindungi dan dikeluarkan dari kerangka politik. Sebab itu peranan dan kuasa Raja-Raja penting. Dan kerana itulah saya fikir Nurul Izzah betul apabila mengatakan yang Melayu dan Islam mungkin lebih baik kedudukannya di bawah Pakatan. Penyokong tegar Barisan pasti benci dengan kenyataan ini. Pada saya mereka tidak penting. Apa yang lebih penting ialah kita ada masalah masih belum selesai, dan kita tidak ada pilihan; yakni mencuba ubat lain. Manalah tahu ia mujarab. Jika tidak sembuh juga nanti kita boleh gunakan ubat lama selepas lima tahun. Sebenarnya ini bukan sekadar pilihan kerana ia adalah hak dan dalam konteks generasi akan datang, ia adalah tanggungjawab.



** Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-:undang selama lebih 21 tahun.

Siapa bakal di sembelih selepas raya korban nanti di Terengganu?

Posted: 31 Oct 2010 08:02 PM PDT

Soksek-soksek dan sms dah bertebaran. Najib akan membuat perubahan keatas kepimpinan UMNO dibeberapa negeri yang dipegang oleh pimpinan luar sebagai Pengerusi Perhubungan negeri seperti Selangor, Kedah termasuklah Terengganu yang dipimpin oleh Datuk Hisyamuddin.

Mungkin Hisyamuddin dah tak larat mengemudi UMNO Terengganu yang sentiasa bergolak tak habis-habis. Masing-masing dok berperang sesama sendiri. Berpolitik takir menakir anta team Deris dan MB sekarang iaitu Mat said.

Ketika konvensyen UMNO di Terengganu baru-baru ini, bukan main lagi pimpinan UMNO Terengganu dihentam dari kalangan ahlinya sendiri termasuk exco mereka sendiri. Tetapi biasalah pimpinan UMNO masih lagi mampu buat muka sardin. Kerana itulah dalam waktu yang terdekat ini menurut maklumat yang tersebar, pengerusi perhubungan UMNO di Terengganu akan diserahkan kepada Mat Said dan teamnya. Apa nak jadi ke jadilah. Idris jusoh akan dibawa untuk bertanding di Parlimen Besut. Untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri Terengganu… Maaf! Sudah tiada tempat buatmu. Deris akan menggalas kain pergi ke Kuala Lumpur. Sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO pusat, sudah tentu ada tempat buatnya. Paling tidak pun menjadi Menteri menggantikan AP Besut yang ada sekarang sebagai menteri pacak yang terbuang setelah kejatuhan Pak Lah Badawi sebagai PM. Itupun kalau UMNO-BN masih lagi berkuasa. Kalau kapal sudah pecah dan karam di Putrajaya. Nasib ko le Labuuu…

Merujuk kepada ucapan Najib semasa persidangan baru-baru ini yang menyebut untuk membuat perubahan dan rombakan kepimpinan bagi menghadapi Pru ke 13. "Dalam masa terdekat ini saya nak buat perubahan pada kepimpinan Umno di peringkat tertentu. Moga akan lengkaplah (barisan kita)," katanya yang juga perdana menteri. Dalam ucapan penggulungan dalam mesuarat agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, Najib bagaimanapun berkata akan merundingkannya terlebih dahulu dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden parti itu. "Bincang dengan Jawa, Turki dan lanun semua apa formula terbaik," katanya berseloroh, merujuk kepada tiga naib presiden - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal - yang masing-masing mempunyai darah bangsa dan kaum yang disebutkan itu.

(Ish!!! Habis siapa yang melayu dalam UMNO ni??? Kuat sangat berjuang untuk melayu tetapi sebenarnya untuk siapa?? Jawa, Turki & Lanun??? )

Kalau benar sebagaimana rumours bahawa Mat Said akan menjadi Pengerusi Perhubungan dan Tengku Putera akan menjadi Timbalannya. Sudah tentu Pok Rosli akan senyum sampai ke telinga. Takkan tak lantik beliau kembali ke kerusi Setiausaha Perhubungan? Kalau ini terjadi. Mintak maaf le team Derih Jusoh. Sayonara & selamat Jalan. Good bye le dari politik Terengganu. Kalau ada peranan pun dalam kelab veteran UMNO atau MUBARAK iaitu kelab bekas-bekas wakrat UMNO. Deris sorang boleh le bergantung dibawah ketiak Najib? Bagaimana yang lain? Kalau 3 orang ini sebagai pencatur politik UMNO Terengganu… tiada le tempat bagi Adun budak hitam akan namanya untuk disenarai dalam Pru ke 13. Boleh le intai-intai projek. Berjinak-jinak menjadi usahawan. Tinggallah kerja ahli politik. Kecuali menebalkan muka untuk berbaik-baik dengan Mat Said dan Pok Rosli. Boleh ke????

Nampaknya UMNO Terengganu menanti belah selepas retak dah seribu. Memang tiada ubat yang paling mujarab untuk selesaikan masalah dalaman ini kecuali kekalahan UMNO dalam Pilihanraya ke 13. Apabila UMNO tersungkur barulah dibuat pemulihan semula untuk UMNO. Yelah!! Takkan Team Deris nak bairkan begitu sahaja mat Said bermaharajalela. Alang-alang celup pekasam biar sampai pangkal lengan. Alang-alang mandi biar le basah. Biar putih tulang jangan putih mata. Pada kalah sorang baik kalah berlaka.

Berilah kepada Pas untuk memerintah sementara UMNO berehat untuk berubat. Mencuci luka, berurut segala yang tergeliat dan membaik-pulih segala yang patah. Apatah wajah UMNO Terengganu amat tercalar, terpalit arang angkara Derih Jusoh menentang Sultan di Terengganu. UMNO Terengganu perlukan korban. Samalah seperti penyembelihan Pak Lah dari jawatannya. Perlu ada untuk dikambing-hitamkan. Dan semua disekeliling kambing hitam itu pun turut perlu disembelihkan. Begitulah budaya politik UMNO. Tapi nampaknya kambing putih dan isterinya yang menggantikan Pak Lah pun semakin kuat hancing kencingnya dan semakin kuat hapak tahiknya. Apakah nyawa politiknya masih bertahan selepas Pru nanti??

Siapakah bakal disembelih dalam masa terdekat ini???? Sesuai dah dengan hari raya korban dah dekat ini. Asah2 le pisau tu Mat Said!! Tetapi UMNO korban pakai keris? Perasaplah keris berlekok tu… Mat Said? Siapa bakal ditikam selepas aidiladha nanti? Tungguuuuu….




Oleh Ustaz Saiful Bahri

Tiada ulasan: