Kerabu Bersuara ® |
- [Gambar Artis] Rabecca Nur Islam, Islam Pada Nama?
- AMCP: Siapa kawal muka depan akhbar?
- Pilihan Raya Negeri Selangor bukan dalam masa terdekat
- Talent Corporation di Malaysia?
- Batalkan projek ikan arowana di Bukit Merah
- Syor lesen Syabas ditarik balik jika kutip wang subsidi air untuk tabung budi: Khalid
- Kongres Nasional PKR bincang mantapkan parti
- PM: Rombakan kabinet hanya khabar angin
- Mengulas isu Utusan menyebut Mei 13 'tarikh keramat'
- Pembersihan 'pengkhianat' dalam PKR bermula
- Saifudin Nasution: Zaid bukan lagi anggota PKR
- Kenapa Najib nak panggil pilihanraya?
- Ahli terbuka BN: Pakatan Rakyat perlu hadapi realiti
- Keluarga Ariel tak hadiri perbicaraan kes video lucah
- 80 jam terperangkap 18 meter bawah laut
- Bapa ayam 'ghaib' lacur wanita
- Raja Abdullah berangkat ke AS dapatkan rawatan
- Putrajaya fired over new sedition rules covering cyberspace
- Ahli terus BN, sejauh mana luaskan sokongan?
- Pondok kuning akan diroboh
- MPMUM jangan jadi ‘pak turut” HEP
| [Gambar Artis] Rabecca Nur Islam, Islam Pada Nama? Posted: 22 Nov 2010 04:00 PM PST ![]()
Mungkin ramai daripada anda tidak kenal sangat nama pelakon ni. Nama jer bukan main islam, kalah tok guru nik aziz.. psstt....jangan anda bandingkan pelakon ini dengan Rosmah lak hehehe... Kang tak pasal-pasal bergegar putrajaya. Kami sebenarnya bukanya apa, saja nak pesan berubah lah wahai artis malaysia, malu la pada agama dan bangsa. [Sumber Artikel Dan Gambar] |
| AMCP: Siapa kawal muka depan akhbar? Posted: 22 Nov 2010 02:46 PM PST Oleh H FANSURI Penyiaran laporan agar Anwar dan Azmin berundur, walaupun boleh dinilai sebagai suatu yang benar bagi sesetengah pihak, tapi ia tetap menimbulkan keraguan di sebalik pertanyaan lain, iaitu... "Adakah akhbar-akhbar arus perdana di negara ini diseru perintah dan disuruh menyiarkan laporan ini serentak dalam masa yang sama?" Sememangnya masalah dalam parti-parti pengimbang ada di mana-mana. Hal yang sama turut berlaku dalam parti pemerintah Umno. Ini bukan luarbiasa. Namun, jika tiba-tiba hampir kesemua akhbar menyiarkan secara serentak tajuk muka depan dengan mauduk sama, ia mengundang keluarbiasaan. Tidak mungkin editor yang sama dan akan berbincang bersama editor akhbar lain. Mereka akan bersaing untuk mendapatkan sesuatu yang eksklusif. Kisah peristiwa berdarah di Memali pada 19 November 1985 adalah antara hal yang kerap menjadi tajuk bualan sesetengah orang berhubung hal ini. Peristiwa ini mengorbankan 18 orang dan puluhan lain tercedera termasuk melibatkan ratusan orang tahanan. Mereka yang ditahan kemudiannya dibebaskan kecuali 36 orang. Dalam peristiwa ini, Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) terkorban. Operasi ini digelar 'Operasi Angkara / Operasi Hapus'. Hal ini terjadi ketika Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan pada yang sama Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri dan berada di China. Pendedahan seorang pensyarah "Pada ketika isu Memali ini, editorial akhbar arus perdana dipanggil dan diberikan taklimat," kata seorang pensyarah jurusan kewartawanan ketika saya berkuliah. "Mereka kemudian diberi satu laporan dan dimuatkan di muka depan akhbar, lalu laporan di laman muka depan adalah lebih kurang sama keesokannya." Kalau dakwaan beliau ini boleh dipertanggungjawabkan, maka siasatan perlulah bermula dengan penyunting akhbar yang menentukan wajah berita muka depan. Ini kerana, kerap juga disebutkan bahawa, kononnya ada wakil KDN yang memantau perkembangan berita arus perdana. Adakah pemilihan berita muka depan itu berlaku dengan arahan daripada pihak atasan; kementerian, KDN atau pun hal itu memang berlaku atas kerelaan akhbar itu sendiri? Pertanyaan ini masih juga kekal berlegar sebagai sebuah andaian dan spekulasi dan misteri yang tidak terungkap. Bagaimanapun, yang pernah saya dengar daripada Karam Singh Walia, memang ada 'SB' di tempat beliau bekerja. "Kalau saya mahu ke Semenyih, maka saya akan tulis di papan kenyataan itu bahawa saya akan ke suatu tempat lain," kata beliau dalam suatu ceramah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tidak lama dahulu. Hal ini kerana, menurutnya, akan ada seseorang (mungkin rakan sekerja) yang bertindak sebagai mata-mata, pemantau kegiatannya yang akan memberitahu pihak luar berhubung tempat beliau mahu mengadakan liputan selama ini. "Akhirnya kita mahu percayakan siapa?" soal beliau semula. "Kita tidak boleh percaya kepada sesiapa pun, melainkan Tuhan." Tentu sahaja Tuhan layak dipercayai kerana Tuhan tiada apa-apa kepentingan melainkan kepentingan menzahirkan kebenaran. Pendirian Kovach dan Rosenstiel Apakah sebabnya kewartawanan kita dikekang oleh lembaga kerajaan? Hal ini berpunca daripada sikap mendefinisikan kewartawanan itu sendiri. "Setiap generasi menciptakan (takrif) jurnalismenya sendiri," kata Bill Kovach dan Tom Rosenstiel dalam karya terbaik mereka, The Elements of Journalism, What Newspeople Should Know and the Public Should Expect. Demikian akhirnya kita terpaksa berkiblat kepada Amerika juga dalam hal ini. Kajian kedua-dua tokoh ini terkait dengan amalan pemberitaan dan tujuan akhir kewartawanan itu. Namun, akhirnya mereka akan mendapati bahawa tujuan kewartawanan itu, tetap sama. Sekali pun wartawan tidak suka mentakrifkan kedudukan kewartawanan mereka, namun kebanyakan mereka setuju dengan matlamat akhir daripada amalan kewartawanan itu; memberi ruang kepada semua orang yang mahu mendapatkan maklumat. Sejak 1997, Kovach dan Rosenstiel menjejak pendapat-pendapat dalam kalangan warga wartawan menenai hal ini. Rumusan daripada jejak-jejak pendapat itu berbunyi:- "Tujuan utama kewartawanan adalah menyampaikan kebenaran sehingga orang-orang akan mempunyai maklumat yang mereka mahukan untuk berkuasa." Kata-kata ini datang daripada Jack Fuller, seorang penulis, novelis, pengacara, dan presiden Tribune Publishing Company yang menerbitkan harian Chicago Tribunes dalam suatu forum anjuran Committee of Concerned Journalists (CCJ) pada 6 November, 1977 di Chicago. Namun, tambah Kovach dan Rosenstiel, bagi mereka yang keberatan menerima kedudukan mereka sebagai wartawan, misalnya yang bekerja dengan halaman berita internet, turut bersetuju dengan tujuan dan matlamat akhir daripada tugas kewartawanan itu. Sementara itu, Omar Wasow pendiri tapak berita maya; New York Online, melahirkan pendapatnya pada 2 Februari, 1998 di suatu forum anjuran CCJ di Ann Arbor, Michigan bahawa - sebahagian besar daripada tugasnya adalah untuk... "...membantu melahirkan masyarakat yang 'mengguna berita, pembaca yang sangat berminat, dan boleh membuktikan kepalsuan media ... melahirkan segolongan khalayak yang terikat dengan suatu barangan lalu mereka dapat memeriksa dan menyemak barangan itu dengan berhati-hati." Maka, dalam keadaan akhbar di Malaysia yang masih terikat dengan rantai belenggu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP), kita belum boleh dibenarkan bebas sepenuhnya dengan monopoli penguasaan maklumat. Usaha-usaha untuk menguasai maklumat masih lagi dilihat sebagai suatu kegiatan haram atau pun setidak-tidaknya, ia masih dianaktirikan. Penyiaran laporan agar Anwar dan Azmin berundur, walaupun boleh dinilai sebagai suatu yang benar bagi sesetengah pihak, tapi ia tetap menimbulkan keraguan di sebalik pertanyaan lain, iaitu... "Adakah akhbar-akhbar arus perdana di negara ini diseru perintah dan disuruh menyiarkan laporan ini serentak dalam masa yang sama?" |
| Pilihan Raya Negeri Selangor bukan dalam masa terdekat Posted: 22 Nov 2010 06:43 AM PST SHAH ALAM, 22 Nov – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan perihal pilihan raya negeri tersebut tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana yakin mandat kerajaan yang sedia ada masih panjang. Beliau berkata Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor yang dipilih pada pilihan raya umum lepas memerlukan masa yang secukupnya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. "Saya berpandangan pilihan raya negeri Selangor perlu diadakan dalam tempoh empat tahun selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Pilihan raya tidak harus diadakan terlalu awal dalam usaha memberi peluang kepada wakil rakyat membalas kepercayaan pengundi untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor Tahun 2010 di sini. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan negeri bersedia mengadakan pilihan raya negeri dalam masa terdekat. Abdul Khalid berkata kerajaan tidak perlu mengadakan pilihan raya terlalu awal yang mana membebankan rakyat dan ia merupakan satu pembaziran. -Bernama- |
| Talent Corporation di Malaysia? Posted: 22 Nov 2010 03:30 AM PST PENUBUHAN Perbadanan Bakat (Talent Corporation) yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) sememangnya sesuatu yang ditunggu pelaksanaannya. Setakat ini tidak banyak yang diketahui tentang bentuk dan kerangka perbadanan ini selain bertujuan untuk memujuk rakyat Malaysia yang berkemahiran yang berhijrah keluar negara sama ada bekerja atau pun berniaga di luar negara. Angka yang kita difahamkan ialah dalam lingkungan 300,000 orang rakyat Malaysia sedang bekerja di luar negara. Kita memerlukan dalam lingkungan 3.3 juta tenaga kerja untuk mencapai hasrat melaksanakan 131 projek titik kemasukan yang telah dihuraikan di bawah 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) dalam Program Transformasi Ekonomi yang telah pun dilancarkan. Ada beberapa perkara yang wajar diambil kira oleh pihak kerajaan dalam pembentukan Talent Corporation ini. Utamanya ialah apakah kita sudah mempunyai suatu pangkalan maklumat tentang pakar dan tenaga mahir kita di dalam negara yang mungkin mempunyai kemahiran dan pengalaman setanding dengan mereka yang telah berhijrah keluar negara. Misalnya, kita mempunyai ramai ahli profesional dan akademik yang telah berjaya dalam pelbagai bidang, malahan mencipta pelbagai inovasi yang menerima pengiktirafan daripada badan-badan luar negara. Kedua, kerap kali pencapaian ahli akademik, profesional atau ahli sains kita ini jarang diberikan pengiktirafan oleh orang kita sama ada pihak awam mahu pun swasta. Oleh itu tidak hairanlah kalau orang kita bertembung dengan sesuatu di luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan luar negara dan dijadikan seperti sesuatu lambang kemegahan negara tersebut. Bila ditanya siapa penciptanya. Jawapannya ialah orang Malaysia. Walaupun andaian utama rakyat kita berhijrah keluar negara adalah kerana bayaran gaji atau peluang-peluang yang lebih lumayan, banyak lagi faktor lain yang membuatkan mereka ini sanggup meninggalkan tanah tumpah darah mereka dan mencuba nasib di tempat orang. Faktor pendidikan untuk anak-anak sentiasa dikatakan sebagai alasan utama mereka yang membuat keputusan berhijrah keluar negara. Mereka melihat kurang tumpuan diberikan kepada pendidikan dalam bahasa Inggeris salah satu perkara yang dilihat meletakkan sistem pendidikan kita ketinggalan. Tidak banyak yang dapat mereka lakukan selain daripada melahirkan protes mereka dengan membawa keluarga mereka berhijrah keluar negara. Apa juga alasan utama kita dalam mengekalkan sistem pendidikan kita yang ada sekarang, tetapi kepada sesetengah mereka yang berhijrah, masa depan pendidikan anak-anak mereka adalah penting. Kemudian kita bercakap pula tentang persekitaran dan budaya kerja yang terdapat dalam dalam pekerjaan sama ada di sektor awam atau di sektor swasta. Diskriminasi terhadap sesuatu golongan bangsa masih kekal. Kadang-kadang kita lihat dengan jelas hanya di jawatan teratas sahaja diketuai oleh sesuatu golongan tetapi di peringkat pengurusan dan pertengahan dikuasai oleh sesuatu golongan lain. Oleh itu peluang untuk naik pangkat dan bonus selalunya terhad. Kadang kala syarat-syarat yang bertujuan untuk menafikan sesuatu golongan daripada memohon sesuatu pekerjaan seperti kefasihan bertutur dalam sesuatu bahasa ibunda orang lain terdapat dalam sektor swasta. Tidah hairan jugalah kalau ada sesetengah syarikat termasuk syarikat antarabangsa yang gemar menawarkan skim pemisahan sukarela bagi anggota kerja yang telah berkhidmat beberapa tahun untuk berhenti supaya dapat diganti dengan orang baru yang gaji mereka lebih rendah. Alasan yang kerap diberi ialah keadaan ekonomi yang meleset. Untuk memujuk mereka yang telah berhijrah keluar negara ini tentulah ada sesuatu pakej yang menarik bakal ditawarkan kepada mereka. Kita mengharapkan apa jua pakej yang bakal ditawarkan mengambil kira tahap kemahiran, kelayakan dan pengalaman ahli-ahli profesional, akademik dan mereka yang berkemahiran dalam negara kita supaya kita tidak menghadapi keadaan yang sama yang dihadapi oleh Taipeh dulu semasa tujuan mereka mengajak rakyat mereka yang berkemahiran untuk balik. Suatu protes besar-besaran oleh mereka yang berkemahiran dari dalam negeri disebabkan terdapat suatu ruang perbezaan pakej yang luas antara mereka dari luar dan mereka dari dalam negeri yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang sama. Mungkin pihak yang bertanggung jawab atas kejayaan Talent Corporation ini sudah memikirkan perkara-perkara yang sebegini, termasuklah siapa yang hendak dipujuk balik. Faktor pemilihan utama tentulah tahap kemahiran. Misalnya dalam skala 1 sehingga 10 sesuatu angka secara objektif boleh diberikan ke atas tahap kemahiran orang yang ingin dipujuk balik itu. Tentulah dalam segala-galanya, ketelusan pemilihan menjadi kehendak utama. Kita pun tidak mahu dalam keinginan untuk memujuk balik rakyat, kita lupa mereka yang telah pun melupuskan kerakyatan mereka. Apatah lagi hanya mereka daripada sesuatu golongan sahaja yang menjadi pilihan untuk dipujuk balik. Disebabkan usaha ini begitu penting kepada masa depan negara, mungkin boleh difikirkan suatu soal-selidik diajukan kepada mereka yang telah dikenal pasti rakyat Malaysia yang berkemahiran tentang apakah yang menjadi faktor-faktor penting kepada mereka untuk kembali balik ke negara ini. Jawapan-jawapan mereka ini perlu diteliti dan dilihat dari sudut apakah dapat dipenuhi oleh kerajaan atau tidak. Dalam merealisasikan hasrat ini gabungan awam dan swasta diperlukan dalam menggubal sesuatu pakej. Apakah definisi bakat yang bakal digunakan? Tentulah apa jua bakat yang kita maksudkan mestilah padan dengan keperluan negara. Terlalu banyak insiden yang mana kita difahamkan yang sesuatu bidang kemahiran itu diperlukan dengan jumlah yang begitu besar seperti IT, tetapi graduan kita yang berkelulusan IT tidak dapat memenuhi keperluan tersebut kerana apa yang mereka pelajari tidak selaras dengan keperluan industri. Begitu juga pakar-pakar yang bakal mengadili bakat yang diperlukan diharap tidak berat sebelah dalam pengadilan mereka. Beralih kepada perkara yang lain, saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang Hot Money atau wang panas yang sedang memasuki pasaran saham kita. Kemasukan ini adalah ekoran daripada kejatuhan dolar Amerika berbanding dengan beberapa mata wang di rantau ini termasuk mata wang kita. Keputusan kerajaan Amerika Syarikat untuk mencetak AS$600 bilion untuk disuntik ke dalam ekonomi mereka yang belum pulih sepenuhnya. Ini menyebabkan banyak mata wang di rantau ini yang nampaknya semakin kukuh tetapi sebenarnya mata wang Amerika semakin lemah. Pengurus dana luar tidak akan melepaskan peluang begini kerana dengan harga saham yang rendah dan mata wang yang tinggi, mereka boleh meraih dua keuntungan. Satu, daripada kenaikan harga saham dan kedua, daripada kenaikan mata wang. Mereka akan menjual saham yang mereka beli apabila harga saham tersebut telah mencapai suatu kemuncak. Kita kena ingat apa yang berlaku pada krisis kewangan 1997/98 apabila berlaku gelombong hartanah di Thailand yang dikejar sehingga ke tahap yang terlalu tinggi pecah. Frasa yang kerap digunakan dalam bahasa Inggeris ialah People have short memories atau manusia cepat lupa. DATO' SALLEH MAJID Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) |
| Batalkan projek ikan arowana di Bukit Merah Posted: 22 Nov 2010 03:00 AM PST Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan negeri Perak membatalkan projek ternakan ikan Arowana dekat Bukit Merah dalam daerah Kerian. Kawasan sawah padi yang ditukarguna untuk ternakan Arowana ini perlu dibaikpulih dengan kadar segera. NONELangkah itu wajar disegerakan kerana projek berkenaan bukan saja menjejaskan matlamat utama bekalan air Tasik Bukit Merah iaitu untuk penanaman padi dan kegunaan harian penduduk di daerah tersebut, malah perusahaan ini juga tidak mengikut peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan serta boleh mencemarkan alam sekitar. Projek yang bermula sejak tahun 2000 itu, dalam skala kecil dengan tidak sampai 10 pengusaha, kini sedang diusahakan oleh 70 pengusaha yang melibatkan 143 hektar tanah sawah (355 ekar) dengan pembinaan sebanyak 3,808 buah kolam. CAP kesal walaupun projek ini di peringkat awal pelaksanaannya dibantah oleh pesawah kerana menyebabkan kekurangan air untuk tanaman padi, namun tidak ada perhatian serius dan tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan. Lebih mendukacitakan lagi CAP mendapati projek yang boleh menjejaskan alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan ini dilakukan tanpa mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. NONEWalaupun projek tersebut telah bermula sejak 10 tahun yang lalu namun masih ada lot-lot tanah sawah yang terlibat belum ditukar statusnya untuk industri akuakultur. Pejabat Tanah Daerah Kerian hanya menghantar notis pelanggaran syarat tanah kepada para pengusaha terbabit tetapi tidak ada penguatkuasaan undang-undang yang dibuat bagi menutup kolam-kolam yang dibina. Kawasan penanaman padi yang produktif di bawah Projek Kerian-Sungai Manik ini tidak sepatutnya ditukar guna untuk tujuan lain. Kami amat kesal kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan walaupun syarat penggunaan tanah telah dilanggar. Kenapa tiada penyelarasan dan tanggungjawab bersama di antara agensi untuk memastikan sumber makanan kita adalah terjamin? Projek ini juga tidak dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan sama ada kajian kesan kepada alam sekitar (EIA) perlu dilakukan atau tidak. NONECAP percaya dan merasa bimbang pembuangan sisa kolam ke dalam sistem saliran pertanian di daerah ini akan mencetuskan masalah alam sekitar serta pencemaran air yang serius pada masa akan datang. Dalam tinjauan yang dibuat CAP difahamkan oleh petani-petani yang terlibat, kegiatan menyedut atau mengepam air dari saliran pertanian melalui Terusan Selinsing dan Terusan Bagan Serai di daerah ini terus dilakukan oleh pengusaha-pengusaha ternakan ikan Arowana di kawasan itu. CAP dimaklumkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian, akibat kegiatan mencuri air di sini yang berlaku secara berleluasa mereka gagal membenterasnya dengan berkesan. Para pesawah terbabit mengadu kepada CAP bahawa berikutan masalah kekurangan bekalan yang berlaku pokok padi terencat pembesarannya, buah padi kurang berisi, serangan makhluk perosak dan ancaman rumput menjadi semakin serius dan hasil pendapatan mereka merosot secara mendadak. NONEKajian JPS sehingga dari 15 Ogos hingga 26 Oktober 2010 menunjukkan takungan air di Tasik Bukit Merah menurun sebanyak 0.2 kaki sehari. CAP berpendapat jika projek ini diteruskan masalah bekalan air sawah di kawasan ini akan menjadi lebih meruncing lagi pada masa akan datang terutama sekali pada musim kemarau jika paras air di tasik berkenaan berada pada tahap yang kritikal. Air Tasik Bukit Merah bukan saja digunakan oleh lebih 10,000 pesawah daerah Kerian dan Seberang Perai Selatan Pulau Pinang yang melibatkan kawasan sawah seluas lebih 24,000 hektar, tetapi juga menjadi kegunaan harian 200,000 penduduk yang tinggal di Semanggol, Selinsing,Bagan Serai, Beriah,Parit Buntar,Tanjong Piandang dan Kuala Kurau. CAP kesal dan hairan bagaimana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kerajaan negeri Perak, termasuk jabatan serta agensi berkaitan boleh membenarkan dan membiarkan perusahaan ternakan ikan Arowana ini beroperasi dengan sewenang-wenangnya. Agensi seperti Pejabat Tanah, Jabatan Pertanian, JPS dan JAS perlu mengambil tindakan tegas berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada. CAP menegaskan, jika projek ini diteruskan tanah pertanian (sawah) akan terancam dan berkurangan, para petani di daerah ini akan terjejas kehidupan dan sumber pendapatan mereka, alam sekitar akan tercemar dan pengeluaran beras serta bekalan makanan termasuk ekonomi negara akan tergugat pada masa akan datang. Apakah ikan hiasan ini lebih penting dari kehidupan petani dan makanan untuk rakyat pada masa akan datang? Justeru itu CAP menggesa projek ternakan ikan Arowana di daerah Kerian dihentikan segera dan kawasan sawah padi dibaikpulih. Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) |
| Syor lesen Syabas ditarik balik jika kutip wang subsidi air untuk tabung budi: Khalid Posted: 22 Nov 2010 02:30 AM PST SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan meminta Kerajaan Pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi. Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu. "Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan, mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada Syabas. Syabas tidak boleh menggunakan duit subsidi itu. Duit subsidi yang saya gunakan ini ialah duit negeri untuk rakyat. "Saya akan berbincang perkara ini dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan pihak kewangan negeri sebab dalam perjanjian penswastaan yang dibuat bersama Syabas, kerajaan negeri tidak menyatakan Syabas boleh jalankan usaha ini (mengutip balik kos 20 meter padu air). "Kita mahu lesen Syabas dirampas jika didapati tidak menjalankan tugas seperti yang dijanjikan dalam perjanjian penswastaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor di sini. Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas. Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil. Abdul Khalid berkata Syabas bukanlah sebuah badan yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal kebajikan rakyat. "Tujuan Syabas bukanlah untuk jaga kebajikan. Adalah sesuatu yang 'hypocrisy' untuk katakan dia (Syabas) sekarang bertaubat menolong rakyat… itu bukan tujuannya. "Saya akan mengutus surat kepada Syabas sama ada perkara ini melanggar tatacara perjanjian yang kerajaan negeri buat bersama Syabas pada 2004," katanya. - Bernama |
| Kongres Nasional PKR bincang mantapkan parti Posted: 22 Nov 2010 02:00 AM PST Oleh Fazy Sahir PETALING JAYA: Kongres Nasional PKR kali ke-7 bermula Jumaat ini akan membincangkan secara terperinci mengenai pertambahan 'muka-muka baru' dan pembabitan ketara golongan muda wanita dalam pemilihan kali ini. Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu akan dibentangkan dalam kongres memandangkan pemilihan itu telah memberi hikmah kepada parti dalam menerima golongan muda dan baru bagi menghiasi pimpinan di cabang mahupun pusat kelak. "Selesai pemilihan hampir 60 peratus kepimpinan muka-muka baru di cabang bagi jawatan ketua,timbalan,naib,ketua wanita dan lain-lain. Semakan awal juga mendapati peratus itu merupakan pertambahan ketara bagi golongan muda dan wanita," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Saifuddin berkata tumpuan kepada ucapan dasar presiden akan memfokuskan kepada pengukuhan dan keupayaaan parti sebagai sebuah parti berbilang kaum dengan keanggotaan 50 peratus Melayu, 23 peratus India, 12 peratus Cina dan 15 peratus Sabah dan Sarawak yang dinamik dan berdaya saing. Beliau menjelaskan ucapan dasar Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyentuh daya saing parti, pengukuhan imej parti dan komitmen PKR sebagai parti alternatif untuk semua. "Tumpuan ucapan presiden turut menyentuh komitmen PKR untuk kukuh sebagai parti alternatif yang berkesan untuk menjadi pesaing Barisan Nasional (BN). "Selain itu, ucapan turut menyentuh mengenai polisi pro-rakyat yang mengupas topik pendidikan, ekonomi dan komitmen parti. Malah isu-isu Melayu seperti visi Melayu turut akan diketengahkan dalam ucapannya nanti," jelas beliau yang juga ahli parlimen Machang. Kongres tersebut yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat akan diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dekat sini. Sementara itu, kongres tahunan parti itu pada hari pertamanya akan menyaksikan perasmian serentak persidangan Wanita PKR dan AMK yang akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali. Keesokkannya, Dr Wan Azizah akan menyampaikan ucapan dasar sekaligus merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR. Semalam adalah hari terakhir cabang-cabang PKR mengadakan proses pengundian. Sebanyak 218 daripada 222 cabang PKR berjaya mengadakan pemilihan untuk memilih pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu. Saifuddin berkata selepas berakhirnya pemilihan PKR semalam sebanyak 22 peratus ahli telah keluar menjalankan tanggungjawab masing-masing. "Hari terakhir pengundian jumlah yang keluar mengundi adalah sebanyak 13.6 peratus dan minggu lalu pula adalah 8.4 peratus yang keluar. "Ia melibatkan kira-kira 30,000 ahli parti yang telah menjalankan tanggungjawab," katanya. Beliau berkata kejayaan parti menjalankan proses pengundian secara langsung ini adalah satu permulaan yang baik untuk PKR meneruskan proses yang sama pada masa akan datang. "Ini adalah proses pemilihan yang pertama kali diadakan di Malaysia, jadi kita tidak boleh bandingkan dengan mana-mana parti sama ada Umno, MCA dan MIC. "Tapi saya anggap ini merupakan satu permulaan yang baik untuk kita teruskan pemilihan ini pada masa akan datang," katanya. Seramai 2,460 perwakilan dan 1,025 pemerhati yang berdaftar akan hadir ketika kongres tersebut. |
| PM: Rombakan kabinet hanya khabar angin Posted: 22 Nov 2010 01:20 AM PST Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu laporan akhbar kononnya beliau akan mengadakan rombakan kabinet dan pilihan raya umum dalam masa terdekat ini adalah khabar angin semata-mata. "Biasalah, Malaysia tidak pernah sunyi daripada khabar angin dan laporan," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pemimpin Perniagaan Global 2010 di Kuala Lumpur hari ini apabila ditanya mengenai laporan itu yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris semalam. Laporan itu, yang tidak memetik sebarang sumber, menyebut bahawa rombakan itu adalah bagi membolehkan Najib membentuk satu pasukan yang kuat untuk membantu beliau melaksanakan dasar ekonomi dan trasformasi yang beliau perkenalkan menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. NONEDitanya mengenai langkah Barisan Nasional meminda perlembagaannya supaya ia lebih inklusif dan terbuka kepada semua rakyat, beliau berkata itu tidak ada kaitan dengan pilihan raya." "Ini adalah satu penambahbaikan politik BN. Pilihan raya adalah satu hal yang lain," kata Najib yang juga Pengerusi BN. Beliau berkata penambahbaikan politik itu sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan tahun ini bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Mengenai sokongan kepada BN ekoran kemenangannya dalam pilihan raya kecil di Galas dan di Batu Sapi baru-baru ini, Najib berkata keputusan itu menunjukkan sokongan kepada BN semakin meningkat. "Namun, kita tidak boleh ambil mudah dan menganggap kita sudah capai semuanya. Kita perlu teruskan usaha kerana kita sudah ada momentum bagi Program Transformasi Kerajaan, dan kita sedang mendapatkan momentum Program Transformasi Ekonomi, dan sekarang kita perlu pastikan (kejayaan) momentum politik," katanya. vote barisan nasional bnMengenai langkah BN meminda perlembagaannya untuk menerima ahli bersekutu dan ahli gabungan sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan parti komponen mengenai calon dalam pilihan raya umum, Najib berkata BN akan menjelaskan mengenai kelayakan bagi ahli bersekutu dan ahli gabungan untuk bertanding dalam pilihan raya. Beliau berkata bahawa pada asasnya, seseorang yang ingin bertanding sebagai calon BN mestilah menjadi ahli parti komponennya, dan sekiranya dalam kes-kes terpencil apabila tidak ada parti komponen yang mahu meletakkan calon di kawasan yang ditetapkan untuknya, maka kerusi itu akan dipertimbangkan oleh Dewan Tertinggi BN. Keputusan untuk menyerahkan mana-mana kerusi kepada ahli bersekutu atau ahli gabungan hanya akan dibuat selepas perbincangan diadakan dengan semua komponen BN dan berdasarakan semangat BN, kata Najib. "Kita tidak akan ambil kerusi daripada parti komponen BN dan menyerahkannya kepada ahli bersekutu dan ahli gabungan. Itu tidak betul," katanya. Diminta mengulas mengenai kegagalan rakyat negara ini membayar balik pinjaman bank dan kad kredit akibat kos perubatan yang tinggi, Najib berkata rakyat perlu bijak membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital tertentu. Katanya sistem hospital di negara ini adalah yang terbaik di dunia namun mengalami kekangan disebabkan hospital perlu menyediakan perkhidmatan kepada bilangan pesakit yang begitu ramai. - Bernama |
| Mengulas isu Utusan menyebut Mei 13 'tarikh keramat' Posted: 22 Nov 2010 12:30 AM PST Written by Azmi Anuar Tulisan pengarangnya Zaini Hassan di Utusan Malaysia (Nov 10) yang mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan membawa pelbagai reaksi. Perdana Menteri Najib Razak bagi pihak kerajaan telah menolak cadangan tersebut. Pada pandangannya, hari itu hanya perlu dijadikan satu peristiwa di dalam lipatan sejarah sebagai iktibar dan sempadan untuk kita supaya ia (peristiwa rusuhan kaum berdarah itu) tidak berulang. Benar juga kata-katanya. Siapa yang mahu mengenang satu peristiwa yang pahit dan sudah tentu mengguris hati mereka yang terlibat. Ramai secara langsung atau tidak langsung tahu dan pernah mendengar cerita tentang rakan-taulan serta keluarga yang menjadi mangsa keadaan ketika itu. Orang yang tidak berdosa terkorban. Kita tidak mahu peristiwa seperti itu berulang dalam misi negara mencapai kejayaan. Apa yang perlu dan lebih penting ialah kerjasama yang kukuh dan bersepadu mencapai cita-cita menjadikan negara lebih gemilang dan terbilang. Tetapi ada juga yang berpendapat hari itu memang patut diperingati seperti Rocky Bru dalam the Malay Mail (Nov 18). Dia berpendapat sekurang-kurangnya jika tarikh itu diperingati, tidak ada sesiapa yang boleh menggunakan tarikh tersebut untuk memperluaskan agenda sempit mereka. Satu ulasan yang ada kebenarannya. Ketika ini ramai yang mengingatkan sesiapa yang mahu mendengar bahawa peristiwa 13 Mei boleh berulang jika rakyat tidak berhati-hati menjaga sensitiviti perasaan masing-masing. Ini satu peringatan yang jika dipandang dari sudut yang berlainan, mungkin merupakan satu ancaman. Lebih bermanfaat jika peristiwa itu diperingati dalam konteks yang lebih positif. Satu titik permulaan perubahan dalam pradigma interaksi antara kaum di negara ini. Walau apapun yang hendak dikatakan oleh pejuang-pejuang bangsa yang hanya berfikir tentang kaum mereka sendiri, realiti Malaysia ialah sebuah negara pelbagai kaum, bangsa dan agama. Negara ini bukan sahaja kaya dari segi hasil alam semulajadi tetapi rakyat yang pelbagai ragam boleh digembleng untuk kebaikan semua. Hakikat yang mungkin tidak disedari oleh sekumpulan kecil yang hanya mahukan agenda sempit mereka diketengahkan ialah wujudnya majoriti penduduk yang mahukan keamanan dan kedamaian. Masing-masing mahu hidup aman damai dan mempunyai keluarga bahagia. Apa yang paling penting ialah diberi peluang dan kesempatan yang saksama untuk untuk mencapai cita-cita tersebut. Apa yang mengeruhkan keadaan lazimnya ialah tanggapan bahawa kejayaan seseorang jiran atau rakan itu hasil daripada kedudukan dan asal usul mereka. Berjaya kerana ada 'kabel' Senario politik semasa memberi banyak petanda bahawa kejayaan seseorang banyak bergantung kepada hubungan rapat dengan pihak yang lebih berkuasa, tidak kiralah bangsa atau kaum apa. Sama ada seseorang berada di pihak kawan atau lawan, jika kita kenal mereka yang memegang tampuk kuasa, amanlah hidup dan kemungkinan besar, hartapun bertambah. Usaha mencari nafkah untuk diri sendiri dan keluarga kadang-kadang diganggu-gugat juga oleh pihak berkuasa di peringkat bawahan. Mereka yang berniaga kecil-kecilan misalnya, sering ditakut-takutkan bahawa usaha mereka itu tidak mengikut lunas undang-undang majlis perbandaran yang sah. Jika peniaga itu mahu meneruskan usahanya, ganjaran yang berpatutan mesti diberi kepada orang tertentu. Apabila 'perjanjian' ini termaktub di antara kedua-dua belah pihak, barulah keadaan yang lebih selesa menjadi realiti. Bandingkan pula dengan mereka yang mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa. Walau apapun kesalahan, dari sekecil-kecil hama sehinggalah yang sebesar-besar alam, tidak akan ada sebarang tindakan diambil. Kalau ada suara bantahan atau usul supaya siasatan dijalankan, kerap-kali tindakan susulan akan memakan masa yang lama. Kadang-kadang kes itu tenggelam di dalam timbunan fail-fail kes yang semakin bertambah dan terus dilupakan. Kalau adapun tindakan selanjutnya, hukuman atau denda yang dikenakan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Peristiwa 13 Mei menyaksikan permulaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk: * mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan * mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak-seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Oleh kerana ada yang berpendapat DEB belum mencapai matlamatnya, ia digantikan pula dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Fokusnya masih hampir sama iaitu membasmi golongan miskin dan menyusun semula masyarakat. Dilihat sepintas lalu, banyak kejayaan telah dicapai semenjak penggubalan DEB dan DPN di dalam kedua-dua aspek ini, cuma banyak persoalan yang timbul kenapa setengah-setengah golongan sahaja yang mendapat faedah. Tarikh yang mesti dineutralkan Di sinilah peranan 13 Mei sebagai suatu tarikh yang positif perlu diperkasa. Tarikh ini adalah titik tolak negara bercita-cita bertukar menjadi sebuah negara yang tersohor. Setakat ini, tarikh tersebut telah disalahgunakan. Lebih banyak yang menggunakan tarikh tersebut sebagai peringatan tentang ketidaksamarataan yang masih wujud di kalangan pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Oleh itu mereka mahu DEB, DPN dan dasar-dasar lain diteruskan. Apa yang menyedihkan ialah penerusan dasar-dasar seperti ini tidak membantu mereka yang benar-benar memerlukan. Hakikat negara ini pada abad ke-21 ialah siapa yang kita kenal itulah yang lebih penting. Usaha dan titik peluh sendiri tidak menjadi ukuran kejayaan. Akibat pemesongan pelaksanaan dasar-dasar yang sepatutnya membantu lebih ramai lagi yang layak, hanya segolongan kecil yang mencapai taraf seolah-olah di negara maju. Serpihan agihan yang sekelumit adalah untuk yang lain. Terimalah kerana sekurang-kurangnya diberi. Jangan pula memandai meminta lebih-lebih kerana hanya yang membantu pihak berkuasa kekal dalam istananya yang layak mendapat ganjaran. Seorang penulis kepada akhbar New Straits Times (Nov 18), menyarankan kita lupakan sahaja peristiwa 13 Mei. Dia menyeru para pembaca tidak terperangkap dengan tindak-tanduk fanatik agama dan bangsa yang menggunakan tarikh itu untuk kepentingan politik mereka semata-mata dan melaga-lagakan rakyat. Memang benar. Tetapi tarikh itu tidak perlu dilupakan. Tarikh itu mesti dineutralkan. Mengulas isu Utusan menyebut Mei 13 'tarikh keramat' Print E-mail Columnists Written by Azmi Anuar Monday, 22 November 2010 13:26 Share Link: Share Link: Bookmark Google Yahoo MyWeb Del.icio.us Digg Facebook Myspace Reddit Ma.gnolia Technorati Stumble Upon Tulisan pengarangnya Zaini Hassan di Utusan Malaysia (Nov 10) yang mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan membawa pelbagai reaksi. Perdana Menteri Najib Razak bagi pihak kerajaan telah menolak cadangan tersebut. Pada pandangannya, hari itu hanya perlu dijadikan satu peristiwa di dalam lipatan sejarah sebagai iktibar dan sempadan untuk kita supaya ia (peristiwa rusuhan kaum berdarah itu) tidak berulang. Benar juga kata-katanya. Siapa yang mahu mengenang satu peristiwa yang pahit dan sudah tentu mengguris hati mereka yang terlibat. Ramai secara langsung atau tidak langsung tahu dan pernah mendengar cerita tentang rakan-taulan serta keluarga yang menjadi mangsa keadaan ketika itu. Orang yang tidak berdosa terkorban. Kita tidak mahu peristiwa seperti itu berulang dalam misi negara mencapai kejayaan. Apa yang perlu dan lebih penting ialah kerjasama yang kukuh dan bersepadu mencapai cita-cita menjadikan negara lebih gemilang dan terbilang. Tetapi ada juga yang berpendapat hari itu memang patut diperingati seperti Rocky Bru dalam the Malay Mail (Nov 18). Dia berpendapat sekurang-kurangnya jika tarikh itu diperingati, tidak ada sesiapa yang boleh menggunakan tarikh tersebut untuk memperluaskan agenda sempit mereka. Satu ulasan yang ada kebenarannya. Ketika ini ramai yang mengingatkan sesiapa yang mahu mendengar bahawa peristiwa 13 Mei boleh berulang jika rakyat tidak berhati-hati menjaga sensitiviti perasaan masing-masing. Ini satu peringatan yang jika dipandang dari sudut yang berlainan, mungkin merupakan satu ancaman. Lebih bermanfaat jika peristiwa itu diperingati dalam konteks yang lebih positif. Satu titik permulaan perubahan dalam pradigma interaksi antara kaum di negara ini. Walau apapun yang hendak dikatakan oleh pejuang-pejuang bangsa yang hanya berfikir tentang kaum mereka sendiri, realiti Malaysia ialah sebuah negara pelbagai kaum, bangsa dan agama. Negara ini bukan sahaja kaya dari segi hasil alam semulajadi tetapi rakyat yang pelbagai ragam boleh digembleng untuk kebaikan semua. Hakikat yang mungkin tidak disedari oleh sekumpulan kecil yang hanya mahukan agenda sempit mereka diketengahkan ialah wujudnya majoriti penduduk yang mahukan keamanan dan kedamaian. Masing-masing mahu hidup aman damai dan mempunyai keluarga bahagia. Apa yang paling penting ialah diberi peluang dan kesempatan yang saksama untuk untuk mencapai cita-cita tersebut. Apa yang mengeruhkan keadaan lazimnya ialah tanggapan bahawa kejayaan seseorang jiran atau rakan itu hasil daripada kedudukan dan asal usul mereka. Berjaya kerana ada 'kabel' Senario politik semasa memberi banyak petanda bahawa kejayaan seseorang banyak bergantung kepada hubungan rapat dengan pihak yang lebih berkuasa, tidak kiralah bangsa atau kaum apa. Sama ada seseorang berada di pihak kawan atau lawan, jika kita kenal mereka yang memegang tampuk kuasa, amanlah hidup dan kemungkinan besar, hartapun bertambah. Usaha mencari nafkah untuk diri sendiri dan keluarga kadang-kadang diganggu-gugat juga oleh pihak berkuasa di peringkat bawahan. Mereka yang berniaga kecil-kecilan misalnya, sering ditakut-takutkan bahawa usaha mereka itu tidak mengikut lunas undang-undang majlis perbandaran yang sah. Jika peniaga itu mahu meneruskan usahanya, ganjaran yang berpatutan mesti diberi kepada orang tertentu. Apabila 'perjanjian' ini termaktub di antara kedua-dua belah pihak, barulah keadaan yang lebih selesa menjadi realiti. Bandingkan pula dengan mereka yang mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa. Walau apapun kesalahan, dari sekecil-kecil hama sehinggalah yang sebesar-besar alam, tidak akan ada sebarang tindakan diambil. Kalau ada suara bantahan atau usul supaya siasatan dijalankan, kerap-kali tindakan susulan akan memakan masa yang lama. Kadang-kadang kes itu tenggelam di dalam timbunan fail-fail kes yang semakin bertambah dan terus dilupakan. Kalau adapun tindakan selanjutnya, hukuman atau denda yang dikenakan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Peristiwa 13 Mei menyaksikan permulaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk: * mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan * mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak-seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Oleh kerana ada yang berpendapat DEB belum mencapai matlamatnya, ia digantikan pula dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Fokusnya masih hampir sama iaitu membasmi golongan miskin dan menyusun semula masyarakat. Dilihat sepintas lalu, banyak kejayaan telah dicapai semenjak penggubalan DEB dan DPN di dalam kedua-dua aspek ini, cuma banyak persoalan yang timbul kenapa setengah-setengah golongan sahaja yang mendapat faedah. Tarikh yang mesti dineutralkan Di sinilah peranan 13 Mei sebagai suatu tarikh yang positif perlu diperkasa. Tarikh ini adalah titik tolak negara bercita-cita bertukar menjadi sebuah negara yang tersohor. Setakat ini, tarikh tersebut telah disalahgunakan. Lebih banyak yang menggunakan tarikh tersebut sebagai peringatan tentang ketidaksamarataan yang masih wujud di kalangan pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Oleh itu mereka mahu DEB, DPN dan dasar-dasar lain diteruskan. Apa yang menyedihkan ialah penerusan dasar-dasar seperti ini tidak membantu mereka yang benar-benar memerlukan. Hakikat negara ini pada abad ke-21 ialah siapa yang kita kenal itulah yang lebih penting. Usaha dan titik peluh sendiri tidak menjadi ukuran kejayaan. Akibat pemesongan pelaksanaan dasar-dasar yang sepatutnya membantu lebih ramai lagi yang layak, hanya segolongan kecil yang mencapai taraf seolah-olah di negara maju. Serpihan agihan yang sekelumit adalah untuk yang lain. Terimalah kerana sekurang-kurangnya diberi. Jangan pula memandai meminta lebih-lebih kerana hanya yang membantu pihak berkuasa kekal dalam istananya yang layak mendapat ganjaran. Seorang penulis kepada akhbar New Straits Times (Nov 18), menyarankan kita lupakan sahaja peristiwa 13 Mei. Dia menyeru para pembaca tidak terperangkap dengan tindak-tanduk fanatik agama dan bangsa yang menggunakan tarikh itu untuk kepentingan politik mereka semata-mata dan melaga-lagakan rakyat. Memang benar. Tetapi tarikh itu tidak perlu dilupakan. Tarikh itu mesti dineutralkan. |
| Pembersihan 'pengkhianat' dalam PKR bermula Posted: 22 Nov 2010 12:00 AM PST Hazlan Zakaria Pemenang kerusi timbalan presiden PKR Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam. NONEBercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin (kanan) - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini. Beliau mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu. "Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang. "Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan sahaja parti retak, malah negeri juga tumbang (kepada BN)," kata Azmin. Katanya, parti mesti menginstitusikan latihan bagi menghasilkan kesetiaan dan menyerapkan ideologi parti kepada akar umbi. |
| Saifudin Nasution: Zaid bukan lagi anggota PKR Posted: 21 Nov 2010 11:26 PM PST PKR menerima peletakkan jawatan Datuk Zaid Ibrahim dengan serta-merta walaupun bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu memberikan notis sehingga 16 Disember depan. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, ini kerana PKR merupakan parti politik dan bukannya syarikat swasta yang mempunyai kontrak bekerja. Katanya, sebagai "orang baik", PKR memenuhi hasrat bekas menteri itu untuk meletakkan jawatan justeru lebih "memudahkan Zaid merancang langkah masa depannya". |
| Kenapa Najib nak panggil pilihanraya? Posted: 21 Nov 2010 10:00 PM PST Sibuk media arus perdana memainkan isu bahawa PM Najib Tun Razak akan panggil pilihanraya awal. Dalam sebuah akhbar sehinggakan seorang tukang telek Cina menyatakan kemungkinan bulan Mei 2011. Para penganalisa politik yang terangsang oleh spekulasi itu turut menghamburkan teori masing-masing, bahawa Najib sebagaimana Mahathir dulu dan Dollah selepasnya masing-masing panggil pilihanraya awal kerana mahukan mandate baru. Maka terbitlah berbagai reaksi dan tamabhana spekulasi sehingga mengakibatkan semua orang hari ini berkata tiada isu lain selain pilihanraya awal. Kemenangan di parlimen Batu Sapi, Sabah dan DUN Galas, Kelantan menaikkan syahwat politik Umno. Kes DSAI yang dikatakan akan mengakibatkan Penasihat PKR itu sekali lagi merengkuk di penjara turut mengeletek naluri mereka. Malah terbaru apa yang dikatakan hiruk-pikuk dalam rumah tangga PKR, menjadi umpan buat Umno bagi kononnya menaikkan ikan besar, iaitu kemenangan mutlak jika dipanggil PRU awal. Benar PKR dan PAS masing-masing tewas di Batu Sapi dan Galas. Batu Sapi kerusi BN manakala Galas merupakan kerusi PAS. Bagi Umno, hakikat bahawa PAS boleh tumbang di gelanggan sendiri adalah petanda bahawa parti itu akan kecundang besar kali ini. Itu yang mencetuskan keghairahan Tun Dr M membuat ramalan bahawa Kedah, yang didominasi PAS akan kembali ke tangan BN. Perkembangan kes liwat membabitkan DSAI terus menjadi bahan politik buat Umno. Mereka mahu pastikan apa jadi pun kali ini DSAI disabitkan sekali lagi dan akan merengkuk di penjara. Ini akan mengakibatkan partinya dan PR bagaikan anak ayam kehilangan ibu. Suasana rumah tangga PKR memang tampak ribut. Keributan itu bagi Umno adalah petanda bahawa parti pimpinan DSAI itu sudah hilang daya kekuatannya dan bakal jatuh, lantas inilah masanya untuk panggil PRU awal, biar tumbang semua kerusi PKR. Jadi segala-galanya sebenarnya adalah bacaan politik Umno dan BN. Bacaan itu mungkin tepat tetapi jika tepat sekalipun adakah rakyat akan ikut rentak mereka sebagaimana yang mereka sangkakan? Adakah contohnya rakyat Selangor boleh memaafkan ketempangan dan kepincangan Umno pra 2008 begitu sahaja dan mengizinkan kembalinya Khir Toto dan rakan-rakan bertapak di negeri yang kini bebas dan bersih ini? Adakah kerana kecundang di Galas maka rtakyat Kelantan akan menolak PAS mentah-mentah dan menobatkan Mustapha Mohammad dan konconya menggnatikan Kepimpinan Ulamak? Bagaimana pula keadaan kesihatan MIC, MCA dan Gerakan. MIC masih sampai kini menanggung beberapa ekor biawak hidup yang melumpuhkan parti berkenaan yang telah pupus di Selangor. Benar kemungkinan Samy Vellu akan berundur hujung tahun ini tetapi apakah dengan pengunduran Samy masyarakat India dan rakyat Malaysia boleh menerima MIC dengan mudah? Gerakan umpamanya pupus terus di Pulau Pinang. Berupayakah mereka bangkit kembali sedangkan Penasihat dan Presidennya pun berkrisis? MCA kini diteraju oleh Presiden yang punya VCD nya sendiri. Mungkin ahli-ahli MCA boleh terima Soi Lek, apakah pengundi Cina dan rakyat Malaysia boleh terima juga beliau? Bagi saya Umno dan BN mungkin berasa seronok dengan keadaan semasa yang bagi mereka menampakkan harapan dan peluang untuk mereka lompat kemabli berkuasa dan menuntut dua pertiga majority di Dewan Rakyat. Tetapi apakah keseronokkan itu akan benar-benar terjamin sehingga pasca PRU ke 13? Atau ia sekadar keseronokkan sementara yang akan berakhir dengan tangisan besar apabila mereka menaggung padahnya selepas PRU itu. Apa pun Pakatan Rakyat perlu bekerja kuat. 2 tahun 8 bulan lebih ini kita telah berjaya membuktikan bahawa kita berbeza dari BN. Rakyat sudah melihat. Rakyat boleh membaca. Rakyat terus-terusan benci kepada pemimpin yang tempang, korap dan tidak telus. Oleh itu pastikan kita tidak termakan atau goyang oleh mimpi BN itu. Teurs bekerja biar apa pun datang Umno dan BN perlu kita lontarkan terus keluar dari politik perdana Negara. http://n32.blogspot.com/ Selamat memanggil pilihanraya awal Najib. |
| Ahli terbuka BN: Pakatan Rakyat perlu hadapi realiti Posted: 21 Nov 2010 09:21 PM PST Usaha meluaskan sokongan oleh Barisan Nasional dengan memperkenalkan ahli terus dan bersekutu mendapat respons yang pelbagai daripada pemerhati. Bagi pihak Pakatan Rakyat, mereka mendakwa tidak bimbang dengan perubahan itu kerana melihat perubahan itu sebagai tanda BN yang semakin tidak mendapat sokongan. Dari satu sudut, pandangan ini ada benarnya kerana dengan keahlian yang ramai dalam parti komponen utama, sukar untuk dibayangkan tuntutan ini akan muncul. Umno, MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen yang menarik untuk disertai memungkinkan isu keahlian terus dan bersekutu tidak timbul, kerana komponen-komponen utama kukuh dan mendapat sokongan. Walau bagaimanapun, penyertaan dalam parti terbabit kurang tarikannya, sehingga mencetuskan keperluan membuka keahlian. Hal ini menjadi lebih penting dalam usaha memenangi sokongan ramai pada pilihan raya umum dan menghadapi serangan-serangan pembangkang. Tetapi, sekiranya tindakan itu berjaya mendapatkan sokongan untuk BN, walaupun sekadar cukup untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya, sudah cukup untuk BN terutama dalam jangka masa pendek. Tuntutan untuk menjadikan BN sama-rata tidak terlaksana dengan perubahan itu kerana parti utama masih mahu mengekalkan status quo kuasa dengan menghadkan suara ahli terus dan bersekutu. Ini perlu dilihat dengan serius oleh PR, yang hingga kini masih tidak berjaya mewujudkan satu gabungan yang kohesif dan berkesan, sekurang-kurangnya dalam politik pilihan raya. PR sehingga kini masih dibelenggu agenda yang simplistik dan kurang jelas, dan pada masa sama menuntut kepatuhan yang ketat terhadap "semangat PR." Beberapa agenda PR kelihatan dipaksakan dan masih berlaku percanggahan dalam banyak isu besar, yang hakikatnya memang tidak dapat dipersetujui semua, seperti isu kalimah Allah. PR perlu sedar bahawa kepelbagaian ideologi tidak memungkinkan penyatuan seperti yang dibayangkan dalam retorik-retorik pemimpinnya. Satu perbezaan besar BN dengan PR ialah BN lebih bersikap pragmatik dan bersetuju untuk bekerjasama secara agak realistik dalam perkongsian kuasa. Parti-parti PR mempunyai ideologi yang jelas dan mengharapkan perbezaan ini ditangani dengan mudah dan PR sebagai satu badan seperti BN dapat diwujudkan dengan segera ialah sesuatu yang sangat tidak realistik. Apa yang wajar dilakukan ialah mempersetujui satu agenda yang boleh diterima semua - seperti satu lawan satu menentang BN - dan bergerak sebagai pakatan yang longgar dahulu. Kesepakatan dan kesatuan dalam kalangan parti berbeza ideologi sememangnya sukar dan memerlukan proses tawar-menawar yang panjang. http://siasahdaily.blogspot.com/2010/11/ahli-terbuka-bn-pakatan-rakyat-perlu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FIqBc+(SIASAH) |
| Keluarga Ariel tak hadiri perbicaraan kes video lucah Posted: 21 Nov 2010 09:00 PM PST ![]() MAL PUTRAJAYA memegang poster yang memprotes Ariel di Rumah Tahanan Negara Bandung di Pulau Jawa kelmarin. BANDUNG - Perbicaraan pertama penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel berhubung kes pengedaran klip video lucah yang melibatkan lelaki mirip wajahnya hari ini tidak akan dihadiri oleh keluarganya, lapor akhbar dalam talian, Inilah.com semalam. "Keluarga tidak akan datang. Sidangnya (perbicaraan Ariel) diadakan secara tertutup," kata kakak Ariel, Nazlien Fahridzal. Menurut Nazlien, pihak keluarganya menyerahkan kepada kuasa undang-undang untuk menentukan nasib Ariel. Ariel dituduh mengedarkan klip video rakaman yang menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan pengacara Luna Maya dan Cut Tari. Luna Maya adalah kekasih penyanyi itu manakala Cut Tari yang sudah bersuami merupakan bekas kekasihnya. "Ya, pastilah kita berdoa agar Ariel diberi kemudahan saat dia menjalani sidang (perbicaraan) nanti," kata Nazlien. Penyanyi itu dikatakan sudah bersiap sedia untuk menghadiri perbicaraan yang dijangka dikawal kira-kira 600 anggota keselamatan di sebuah mahkamah di sini. Menurut seorang penyelaras kumpulan yang menyokong Ariel, Udji, para penyokong berdoa untuk penyanyi itu di Rutan Kebon Waru yang menjadi tempat tahanan selebriti berkenaan. "Banyak doa yang kami berikan untuk Ariel. Intinya, supaya Ariel diberi kekuatan dari Allah untuk jalani sidang nanti," ujar Udji Pertemuan singkat antara peminat band Peterpan dengan Ariel di dalam pusat tahanan itu diakui Udji memberikan kesan ke atas jiwa Ariel. Menurutnya, Ariel semakin bersedia menjalani perbicaraannya hari ini. "Dia sangat berterima kasih dengan kedatangan dan sokongan kami," ujar Udji. Sementara itu, hasrat seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Mal Putrajaya untuk melakukan protes mengenai penyebaran pita video seks Ariel di bulatan Hotel Indonesia, Jakarta semalam tidak kesampaian kerana dia gagal mendapat permit. Menurutnya, dia dibawa oleh anggota polis ke pejabat polis Jakarta Pusat untuk disoal siasat. Kelmarin, dia turut membuat protes di Rumah Tahanan negara Bandung berhubung kes penyebaran video seks Ariel dan perbuatan selebriti tersebut. - Agensi |
| 80 jam terperangkap 18 meter bawah laut Posted: 21 Nov 2010 08:00 PM PST ![]() Fan (mata ditutup) didukung seorang pekerja selepas dia diselamatkan dari dalam paip yang terletak dalam laut di wilayah Zhejiang semalam. BEIJING - Sepasukan penyelamat China semalam berjaya menyelamatkan seorang pekerja di pelantar pesisir pantai yang terperangkap selama 80 jam di dalam paip bersaiz satu meter di bawah laut. Mangsa berusia 43 tahun dan hanya dikenali sebagai Fan itu sedang bekerja di bahagian bawah paip yang berada di kedudukan 18 meter bawah laut di wilayah Zhejiang. Malangnya, tekanan ombak tiba-tiba membuatkan paip itu tertutup seperti tin makanan dan menyebabkan Fan terperangkap, lapor agensi berita rasmi Xinhua. Sepanjang berada di dalam paip tersebut, Fan menerima makanan dan air menerusi satu tiub, di samping kaunseling daripada seorang pakar psikiatrik. Rakaman yang disiarkan oleh China Central Television menunjukkan pasukan penyelamat mengeluarkan Fan dengan menggunakan penunu bagas selepas bahagian paip itu diangkat dari laut. Fan kemudian dibawa ke sebuah hospital. Dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius. China disifatkan sebagai antara negara yang paling berbahaya untuk bekerja dengan purata 187 pekerja mati dalam kemalangan pada setiap hari dalam pertengahan pertama tahun ini. - AFP |
| Bapa ayam 'ghaib' lacur wanita Posted: 21 Nov 2010 07:00 PM PST Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI zaini.hadi@kosmo.com.my ![]() PELACUR warga China sememangnya gemar menjalankan aktiviti persundalan dengan menggoda lelaki tempatan. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR - Taktik bapa ayam memperdagangkan wanita untuk aktiviti persundalan dengan berselindung di sebalik khidmat urut dilihat semakin menjadi-jadi dengan yang terbaru mereka meletakkan nombor telefon di dinding tandas stesen minyak. Nombor telefon tersebut diletakkan di tempat strategik iaitu di atas tempat pengguna lelaki membuang air kecil. Nombor itu diletakkan sama paras dengan kepala lelaki dewasa. Taktik tersebut dilihat seakan membantu perniagaan bapa ayam tersebut walaupun pelanggan yang menghubungi nombor berkenaan pada mulanya merasa tertipu kerana mereka bukan menyediakan khidmat tukang urut tetapi pelacur. Kosmo! yang cuba menghubungi nombor yang tertera di dinding tandas berkenaan kemudian bercakap dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Richard. Richard pada mulanya berpura-pura menanyakan jika wartawan memerlukan tukang urut sebelum mengubah topik dengan menawarkan pelacur-pelacur belaannya. |
| Raja Abdullah berangkat ke AS dapatkan rawatan Posted: 21 Nov 2010 06:30 PM PST ![]() RAJA ABDULLAH (berkerusi roda) tiba di istananya di Riyadh, Arab Saudi pada Jumaat lalu. RIYADH - Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah akan berangkat ke Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan rawatan bagi merawat penyakit sakit belakangnya. Raja Abdullah yang berusia 86 tahun berlepas hari ini, selepas Putera Mahkota, Sultan bin Abdul Aziz kembali ke Riyadh dari istananya di Agadir, Maghribi, semalam. Putera Mahkota itu dikatakan menghabiskan masa untuk berehat selama 12 minggu di Agadir. Pada 12 November lalu, Dewan Diraja memberitahu bahawa Raja Abdullah mengalami masalah sakit belakang yang serius tetapi ia boleh dirawat. Pada Jumaat lalu, baginda menjalani ujian di hospital King Faisal di Riyadh selepas mengadu sakit belakang. Laporan rasmi menyatakan baginda berasa sakit berikutan masalah pengumpulan darah di sekeliling saraf tunjangnya. Raja Abdullah yang memerintah Arab Saudi sejak tahun 2005 mula memperlahakan aktivitinya mulai Jun tahun ini berikutan masalah-masalah kesihatan yang tidak dinyatakan. Lawatan Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang tidak pernah diumumkan secara rasmi berakhir dengan satu panggilan telefon melibatkan kedua-dua pemimpin terbabit. Sementara itu, pertemuan antara Raja Abdullah dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy telah dibatalkan sebanyak dua kali pada tahun ini. - AFP |
| Putrajaya fired over new sedition rules covering cyberspace Posted: 21 Nov 2010 06:00 PM PST By Debra Chong (themalaysianinsider.com) Putrajaya's plan to define the controversial sedition law for cyberspace has drawn fire from several quarters even before the details are out. Opposition lawmakers and a few others who depend on the Internet and social media applications like Twitter and Face Book to get their messages to the masses today voiced fears the archaic law is being strengthened to clamp down on freedom of speech and cut out criticism against government policies. Home Minister Datuk Seri Hishamuddin Hussein was yesterday reported saying the guidelines covering sedition on the Internet will be out next week, but not when they would be enforced. Under the ten-point Bill of Guarantees (BoGs) of the Malaysian Multimedia Super Corridor launched in 1996, the government promised not to enforce any censorship. He added Information, Communication and Culture Minister Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim; Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Abdul Aziz; and the Attorney General's Office had been roped in to draw up the new rules on sedition. PAS lawmaker Dr Dzulkefly Ahmad slammed the ruling Barisan Nasional federal government for moving to limit the spaces available for dissenting political views ahead of the 13th general elections, widely believed will be called in the next six months. "It's close to elections. They, meaning Umno-BN, want to narrow the space available to us in the cyber media to communicate our messages," the Kuala Selangor MP told The Malaysian Insider today. Dr Dzulkefly said the cyber world was the best bet for Pakatan Rakyat parties to reach out to the masses to deliver their messages because they lacked access to the traditional print and broadcast media. He added that non-governmental organizations (NGOs) and individuals critical of the BN government would also likely suffer under the new rules. "If you look at the blogs that attack the government, they cannot tolerate anymore, so they come down heavily using sedition so nobody will dare to criticise," said the PAS central working committee member. "On my blog, I have found comments challenging me that were unjustified. I don't mind that kind of dissent or attack. "The issue of sedition is where is the boundary? When do you cross the line?" said the 53-year-old who posts regularly at blog.drdzul.com. Dr Dzulfkefly said he is against enhancing the sedition act further, noting the authorities had misused the law in its present form and was likely to do once the new rules came into play. "When it comes to prosecution, it's always selective," he said. Blogger-turned-politician Jeff Ooi was more circumspect in commenting on the changes to the sedition law. "I'd like to look at the details before I comment. I'd not want the new laws to stifle the freedom of expression of online media," the Jelutong MP told The Malaysian Insider over the phone from George Town. He noted the government's greatest critics were the educated middle-class urbanites. The ruling Barisan Nasional had lost a historic five states in the 2008 general elections as well as its two-thirds control of the Dewan Rakyat, which is necessary to amend the Federal Constitution but not if it wants to pass new laws. The DAP man expressed doubt the changes will help to put down the heightened racial tension in present day Malaysia he claimed was being "pumped up" by Umno-owned Utusan Malaysia. "Traditional media has pumped up racial tensions, for example, Utusan with articles by its editor Zaini Hassan. The traditional laws have not been invoked to deal with such matters," Ooi said. He was referring to the Malay daily's recent opinion piece calling for May 13 to be remembered as a "sacred day" after the bloody racial riots that broke out 41 years ago, prompting Malaysia's second prime minister Tun Razak Hussein to revise an economic plan granting the Malays certain privileges to lift them from being mired in poverty. "I suspect it's an act for BN to stifle the freedom of speech," he added. Like Dr Dzulkefly, Ooi questioned the timing of the amendments to the sedition act. "We're fast approaching the next general elections. We already have one set of laws but it's not being invoked. "Whatever is seditious offline as in traditional media, the same principle should apply," the politician said. Lawyer Edmund Bon said he could not see the need for the Home Ministry to "refine" the law further. "We think the Sedition Act is archaic and should be abolished," said the Bar Council's constitutional law chief. Bon, a vocal civil rights activist tweets and writes with a passion for LoyarBurok.com — a free website that publishes law news. He said Malaysian society would be moving backwards if the authorities moved to control the spread of information that is widely and freely available through electronic applications like Twitter and Face Book. "With Twitter and the Internet, this kind of thing is so difficult to enforce and prosecute," he said. Bon described Putrajaya's latest move as a "form of threat" to curtail dissent against government policies. "The law must go, we should have nothing to do with perpetuating the breaches of the right to free speech on the Internet that will affect everyone and not just Malaysians," he stressed. Dhillon Andrew Kannabhiran said he is against the sedition law being enhanced to target online users. But the founder and CEO of Hack in the Box, the country's most prominent network security consultant firm, said Malaysia needed a law to deal with cybercrime, which includes acts that incite people to hate or act against a authority and threatens national security electronically. "Everyone's on Face Book, everyone's on Twitter and people are saying all sorts of things. And what they say, it's like it's going to be on the Net forever and ever," said Dhillon. "Most people are unaware of the law but ignorance is no excuse. It doesn't give them the right to shoot from the hip. "If want to say something, they better be able to back it up with evidence," he added. He said he was not sure the number of cybercrimes that had been committed, but stressed that statistics should not be an excuse to overlook a crime being done. The present laws were not enough to deal with the problems. "There are some grey areas, like where the servers are located. We'll have to wait for the guidelines to come up, the security consultant said. "There should be some new stuff. It remains to be seen if there will be enforcement. It will depend on the first test case that will be taken to court and if there's conviction," he added. Dhillon noted it was a matter of time before such a law would have been introduced in Malaysia and with the elections coming, "it is happening sooner rather than later". He does not see the changes to the sedition law compromising the MSC Malaysia BoGs. "I don't think it's going to affect foreign investment. They're not censoring the Internet," Dhillon remarked. |
| Ahli terus BN, sejauh mana luaskan sokongan? Posted: 21 Nov 2010 05:00 PM PST Barisan Nasional memutuskan untuk menerima ahli terus, sebagai ahli BN tanpa duduk di bawah parti komponen. Dalam suasana menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 kini, tindakan ini dilihat mampu meluaskan keahlian dan sokongan daripada ramai yang menyokong agenda BN tetapi tidak mahu terlibat dengan parti komponen. Dari satu sudut, keahlian terus ini boleh menjejaskan kuasa komponen besar seperti Umno yang kini mendominasi BN. Walau bagaimanapun, beberapa langkah kawalan dijangka dilaksanakan untuk menjaga pengaruh Umno dalam pakatan itu, menunjukkan satu lagi keyakinan baharu pemimpin Umno dan BN, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. Perkembangan ini merupakan satu petanda positif buat BN - dalam meluaskan sokongan - yang berdepan risiko perpecahan ekoran Pilihan Raya Umum ke-12 lebih dua tahun lalu. Tetapi sejauh mana Umno berjaya memelihara kuasanya dan tidak berkompromi dalam hal melibatkan kepentingan parti dan konstituensinya, disebabkan tuntutan-tuntutan pelbagai kepentingan dan bentuk keahlian yang menggambarkan semangat sama-rata itu. Umno merupakan pihak yang paling berkemungkinan melihat pengaruhnya terhakis melalui tindakan itu, walaupun ini masih bergantung kepada langkah-langkah kawalan yang boleh dilaksanakan. Kemasukan ramai individu berpotensi diketengahkan - misalnya untuk mengisi posisi-posisi penting - boleh mengancam pemegang kuasa dalam Umno yang terus menguasai parti itu. Walau bagaimanapun, parti-parti komponen lain turut bimbang dengan ahli-ahli terus yang berpotensi meningkat dalam BN tanpa tertakluk kepada politik parti komponen yang lebih sukar. Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad ialah antara tokoh pemerintah yang menyokong keahlian terus. SiasahDaily |
| Posted: 21 Nov 2010 04:30 PM PST ![]() KERATAN Kosmo! Ahad semalam. KOTA BHARU – Binaan pondok berwarna kuning di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, dekat sini akan dirobohkan jika siasatan membuktikan ia disalahgunakan untuk tujuan pemujaan. Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Mohd. Ab. Aziz Mohd. Nor berkata, setakat ini pihaknya telah mengarahkan Pejabat Agama Islam Daerah Tumpat supaya melakukan siasatan tersebut secara terperinci. Beliau berkata, sekiranya siasatan membuktikan bahawa dakwaan tersebut benar, pihak pendakwaan JHEAIK akan mengeluarkan arahan rasmi supaya pondok tersebut dirobohkan. Menurutnya, mereka boleh didakwa di bawah Enakmen Majlis Agama Islam Bilangan 4 1994, Seksyen 127 iaitu melakukan aktiviti pemujaan. Jika didapati bersalah, pihak terbabit boleh didenda RM4,000 atau dipenjara selama dua tahun. "Jika terbukti wujud aktiviti tidak sihat seperti yang didakwa, kami akan merobohkan binaan tersebut serta-merta selain mengenakan tindakan terhadap mereka yang terlibat,'' katanya kepada Kosmo! Ahad semalam. |
| MPMUM jangan jadi ‘pak turut” HEP Posted: 21 Nov 2010 04:00 PM PST oleh: Mohd Aizat Salleh*** Surat ini merujuk kepada surat yang bertajuk 'MPMUM sokong ETP, hab pusat hiburan malam' yang dikirim oleh Yang Di-Pertuanya, Khairul Anuar Abu Kasim. Terdapat dua perkara yang boleh dilihat. Sekiranya tulisan itu ditulis olehnya sendiri, saya selaku bekas mahasiswa Universiti Malaya dan pernah menjadi exco di dalam MPMUM tahun sebelumnya sangat malu dan kecewa dengan kenyataannya sebegitu. Amat malang sekali sebagai orang nombor satu di kalangan mahasiswa di dalam universiti yang ternama boleh memberikan pandangan sebegitu rupa. Kalaupun nak memperlihatkan usaha menyokong kerajaan, tapi janganlah sampai 'pak turut' sebegitu sekali. Namun andainya tulisannya itu disabotaj orang sebagaimana yang didakwanya itu, saya sekali lagi berasa malu kerana amat lemahnya kepimpinannya itu sehingga boleh dipermainkan orang lain. MPMUM 2008/09 Ketika menjadi ahli perwakilan MPMUM dahulu, saya rasa tidaklah seteruk kepimpinannya kali ini. Walaupun kami hanya memenangi majoriti yang tipis, namun rancangan perubahan untuk mahasiswa kami laksanakan. Dibawah kepimpinan YDP Ridzuan Mohamad, antaranya kami telah memotong elaun exco MPMUM sebanyak 30 peratus dan diberikan kepada mahasiswa OKU, memperbanyakkan wacana ilmiah antaranya wacana ekonomi, politik dan mahasiswa. Paling berjaya adalah mentranformasi Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) sehinggakan mendapat pujian Pro-Canselor UM, Raja Dr Nazrin yang bertitah sewaktu perasmian 'this is the best feskum ever' Paling penting, kebajikan mahasiswa sangat dijaga. Antaranya membela nasib hampir 200 pelajar yang telah dibuang kolej di kolej kediaman kesepuluh serta menyelesaikan kenaikan harga yuran sebanyak RM100 di kolej kediaman kelapan. Dan tidak sekali-kali MPMUM mengikuti secara membuta tuli apa sahaja keputusan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Misalnya dalam perlaksanaan sistem e-voting di dalam Pilihan Raya Kampus (PRK), kami adalah orang yang menentangnya kerana mengabaikan suara mahasiswa. Walaupun ketika itu Naib Canselor sendiri menyokong, kami tetap menentang Naib Canselor sendiri. Krisis MPMUM sesi ini Amat teruk MPMUM sesi kali ini hanya menjadi 'pak turut' kepada (HEP) universiti. Lebih mudah dikatakan menjadi 'pengawas sekolah'. Apa yang diperintah HEP diikuti, apa yang dilarang pun diikuti juga untuk dilaksanakan. Selagi mana tidak mendapat 'kelulusan' HEP, maka program tidak akan berjalan. Selagi tidak mendapat 'tandatangan' pegawai HEP, tidak boleh bergerak. Akhirnya yang paling berkuasa di universiti adalah HEP, MPMUM sekadar mengangguk-angguk. Apa makna dipilih sebagai perwakilan mahasiswa? MPMUM diundi oleh mahasiswa, sewajarnya hasrat dan kehendak mahasiswa yang perlu dituruti, bukan pentadbiran mahupun mana-mana parti politik. Malang dan sedih sekali lagi, jika wakil-wakil mahasiswa ini mendapat 'anugerah' berupa percutian ke tempat-tempat menarik, gah menghadiri program-program bersama menteri, makan malam bersama orang ternama, dalam masa yang sama mengabaikan kebajikan mahasiswa di universitinya. Krisis ini yang sedang melanda kepimpinan MPMUM malah saya kira keseluruhan universiti berlaku sedemikian. Selagi mana pemikiran mereka masih 'HEP oriented' selagi itu mereka tidak akan berani untuk bertindak. ***Penulis adalah mantan pengerusi, Exco Kerohanian, kepimpinan dan pembangunan Insan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi 2008/09 |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan