Biaqpila |
- Tabung Budi: Lesen Syabas dirampas jika langgar perjanjian, kata MB
- Laporan pemilihan: Ada 'campurtangan serius' Anwar
- Media BN terima arahan fokus ‘gambaran positif’ hadapi PRU-13
- Negeri Pakatan tidak akan bersama dalam PRU 13?
- Bapa ayam 'ghaib' lacur wanita
- Nurul, Tian, Fuziah, Mansor naib presiden baru PKR
- Fitnah Anwar, siasat APCO
| Tabung Budi: Lesen Syabas dirampas jika langgar perjanjian, kata MB Posted: 22 Nov 2010 02:00 PM PST SHAH ALAM 22 NOV: Kerajaan Selangor akan meminta Kerajaan Pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata SYABAS tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu. "Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan, mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada SYABAS. SYABAS tidak boleh menggunakan duit subsidi itu. Duit subsidi yang saya gunakan ini ialah duit negeri untuk rakyat. "Saya akan berbincang perkara ini dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan pihak kewangan negeri sebab dalam perjanjian penswastaan yang dibuat bersama SYABAS, kerajaan negeri tidak menyatakan SYABAS boleh jalankan usaha ini (mengutip balik kos 20 meter padu air). "Kita mahu lesen SYABAS dirampas jika didapati tidak menjalankan tugas seperti yang dijanjikan dalam perjanjian penswastaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor di sini. Tabung Budi dilancarkan SYABAS pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada syarikat itu. Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil. Abdul Khalid berkata SYABAS bukanlah sebuah badan yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal kebajikan rakyat. "Tujuan SYABAS bukanlah untuk jaga kebajikan. Adalah sesuatu yang 'hypocrisy' untuk katakan dia (SYABAS) sekarang bertaubat menolong rakyat..itu bukan tujuannya. Saya akan mengutus surat kepada SYABA Ssama ada perkara ini melanggar tatacara perjanjian yang kerajaan negeri buat bersama SYABAS pada 2004," katanya. TVS |
| Laporan pemilihan: Ada 'campurtangan serius' Anwar Posted: 22 Nov 2010 10:32 AM PST ![]() Satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius" Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tersebar di internet. Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November itu, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu. Menurut laporan kepada Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu, Anwar menghubungi sendiri Dr Jurin bagi tujuan itu."Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP (Jawatankuaswa Pemilihan Pusat) dari AJK (ahli jawatankuasa) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung," laporan sepuluh perkara itu dipetik. Dalam laporan itu, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga mendakwa, terdapat "usaha jahat" menggunakan laman sosial dan SMS untuk memfitnahnya dan "teman-teman". Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu mendakwa, bekas ketua AMK Pulau Pinang Amizuddin Ahmat sendiri mendapat mendapat panggilan telefon dari "seorang yang dikenali orang Shamsul" yang menuduhnya membeli undi dengan harga RM30 satu undi di Sabah dan Sarawak. Badrul Hisham ketika dihubungi mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama.Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum. Difahamkan, Badrul Hisham tewas kepada penyandang kerusi ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin dalam pemilihan sayap itu yang berakhir semalam. Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan dalam kongresnya hujung minggu ini. Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:
Sementara itu, Badrul Hisham yang juga ketua PKR Rembau turut meminta pemilihan di tempatnya sendiri dibatalkan dan dibuat semula kerana dakwaan wujudnya pengundi hanti."Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu. "Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan." MK |
| Media BN terima arahan fokus ‘gambaran positif’ hadapi PRU-13 Posted: 22 Nov 2010 05:00 AM PST Oleh Jahabar Sadiq Kebanyakan kumpulan media arus perdana di Malaysia dikuasai oleh Umno, MCA dan MIC, dan mereka mula menerbitkan laporan-laporan positif sejak lebih sebulan lalu mengenai perikatan itu, yang menurut seorang eksekutif media kanan, usaha itu sudah “mula menyaksikan momentum.” “Kami sudah menerima arahan agar hanya mengeluarkan berita-berita yang menggambarkan suasana baik. Ia sudah menerima momentum,” kata eksekuif kanan terbabit kepada The Malaysian Insider. Umno menguasai kedua-dua kumpulan media terbesar iaitu Media Prima Berhad yang memiliki akhbar bahasa Inggeris dan Malaysia, stesen televisyen dan rasio, dan Kumpulan Utusan yang menerbitkan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan akhbar tabloid Kosmo. MCA pula memiliki The Star dan beberapa stesen radio dan majalah manakala MIC memiliki Tamil Nesan. Beberapa eksekuif editorial memaklumkan The Malaysian Insider bahawa pilihan raya umum kemungkinan diadakan suku pertama tahun depan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin akan memperoleh balik majoriti dua pertiga di Parlimen dengan merampas kerusi-kerusi dimenangi PR - komponen tidak formal tiga parti itu yang memperoleh 82 kerusi pada Mac 2008. “Kami tidak boleh memainkan berita kelihatan baik (memihak BN) sepanjang masa,” kata seorang editor kanan sambil menambah, tetapi pada masa yang sama parti-parti Pakatan Rakyat tidak mempamerkan prestasi baik buat masa sekarang. Beliau merujuk kepada keputusan Datuk Zaid Ibrahim keluar PKR secara tiba-tiba dan dakwaan kepincangan pemilihan langsung yang berakhir semalam. DAP juga menyaksikan perpecahan di dua negeri utamanya iaitu Perak dan Selangor. Ketika pemilihan pucuk kepimpinan DAP Perak, kumpulan Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran disapu keluar manakala pemilihan negeri Selangor akan berlangsung hujung minggu ini. PAS pula masih mula pulih daripada kekalahan di Galas manakala pemimpin-pemimpin muda pula mempersoalkan keberkesanan barisan kepimpinan lama seperti Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat. “Kami kena fokus apa yang berlaku dalam PKR sekarang. Rakyat tahu bahawa mereka bukan lebih baik atau hebat berbanding BN sebagaimana mereka dakwa,” tambah editor itu. Media dikawal BN melakukan serangan bertubi-tubi untuk membuktikan usaha-usaha Najib yang mahu membawa kembali pelaburan dan memastikan ekonomi negara berjalan lancar seiring dengan sasaran pertumbuhan tahunan enam peratus. Suku pertama tahun ini menyaksikan pertumbuhan 9.5 peratus tetapi dijangka merosot ekoran permintaan yang rendah. Akhbar The Sunday Star semalam melaporkan Najib sedang memikirkan kemungkinan membuat rombakan Kabinet dalam usaha menghadapi pilihan raya umum tahun depan. Rombakan itu yang dijangka bulan depan akan membolehkan beliau mempunyai pasukan kuat untuk membantunya melaksanakan dasar-dasar ekonomi dan pembaharuan yang beliau rancang sebelum pilihan raya umum ke-13. Sidang Parlimen yang berlangsung sekarang akan berakhir bulan depan. Kata akhbar itu, rombakan Kabinet itu tidak akan sebesar yang beliau lakukan sejurus selepas menjadi perdana menteri dan sekecil yang diumumkan awal tahun ini. Katanya, sekurang-kurangnya tiga menteri dijangka akan digugurkan untuk memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin muda. Daripada tiga orang itu, seorang dikatakan muka kanan era Tun Dr Mahathir Mohamad manakala dua lagi menyertai Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi. “Antara pilihan beliau ialah timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah (Pengajian Tinggi), Datuk Mukhriz Mahathir (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Dr Latiff Ahmad (Pertahanan) dan Datuk Razali Ibrahim (Belia dan Sukan),” kata akhbar itu. Akhbar itu bagaimanapun tidak menyebut nama menteri-menteri yang kemungkinan akan digugurkan tetapi berkata, rombakan kali ini hanya akan membabitkan Umno meskipun akan ada perubahan portfolio menteri dan timbalan menteri. The Malaysian Insider difahamkan langkah Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan presiden MIC bulan depan akan membolehkan Senator Datuk G. Palanivel mendapat tempat dalam pentadbiran Najib. Najib mengumumkan rombakan Kabinet sebaik sahaja dilantik sebagai perdana menteri pada April 2009 yang menyaksikan lapan menteri termasuk tujuh anggota kanan digugurkan. Beliau membawa masuk tujuh muka baru sebagai menteri dan sembilan timbalan menteri muka baru. Malah beliau juga mengecilkan bilangan kementerian daripada 32 kepada 27 dan jumlah menteri daripada 22 kepada 19. Rombakan Kabinet dilakukan Jun lalu ekoran perubahan dalam kepimpinan MCA di mana Datuk Seri Ong Tee Keat yang tewas digugurkan.M/Insider DD |
| Negeri Pakatan tidak akan bersama dalam PRU 13? Posted: 22 Nov 2010 02:00 AM PST ![]() KUALA LUMPUR, 22 Nov: Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak. Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat. Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak. Pendapat beliau disokong oleh anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli. "Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily. Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membuat cadangan yang serupa. Beliau mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak mengikut secara membabi buta cadangan kerajaan pusat dan negeri BN membubarkan Parlimen dan Dun mereka. "Kita mesti ada kuasa tawar menawar. Kalau kita ikut sahaja kehendak mereka bermakna, mereka sentiasa menetapkan kehendak mereka dan kita mengikut mereka sahaja," kata Husam dalam satu kenyataannya. PRU 13 dikatakan akan diadakan pada awal tahun depan iaitu antara Mac atau April 2011. Bendahari PKR yang juga anggota Parlimen Selayang, William Leong berkata, pihaknya mendapat maklumat ia akan diadakan April tahun depan iaitu serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Para media BN pula diarahkan agar memainkan berita baik untuk BN bagi melahirkan rasa senang rakyat kepada parti yang memerintah negara itu di samping memburuk kerajaan Pakatan Rakyat. Tindakan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan PKR selepas tertinggal dalam pemilihan timbalan presiden telah dijadikan modal oleh media BN untuk menghuruharakan PKR. Pemilihan dalam PKR juga dihebohkan kononnya berlaku kekecohan besar dalam parti itu, walaupun PKR menegaskan ia hanya kekecohan kecil sahaja. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein juga menyerang Pakatan apabila menolak usahanya untuk mendaftarkan simbul bersama dalam pilihan raya negeri Sarawak kononnya Pakatan hanya bersatu dari segi simbul sahaja tetapi berpecah. Negeri-negeri Pakatan juga didakwa gagal melaksanakan manifesto pilihan raya mereka namun begitu manifesto yang mana gagal dilaksanakan tidak dinyatakan oleh beliau. HD |
| Bapa ayam 'ghaib' lacur wanita Posted: 21 Nov 2010 11:00 PM PST ![]() PELACUR warga China sememangnya gemar menjalankan aktiviti persundalan dengan menggoda lelaki tempatan. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR - Taktik bapa ayam memperdagangkan wanita untuk aktiviti persundalan dengan berselindung di sebalik khidmat urut dilihat semakin menjadi-jadi dengan yang terbaru mereka meletakkan nombor telefon di dinding tandas stesen minyak. Nombor telefon tersebut diletakkan di tempat strategik iaitu di atas tempat pengguna lelaki membuang air kecil. Nombor itu diletakkan sama paras dengan kepala lelaki dewasa. Taktik tersebut dilihat seakan membantu perniagaan bapa ayam tersebut walaupun pelanggan yang menghubungi nombor berkenaan pada mulanya merasa tertipu kerana mereka bukan menyediakan khidmat tukang urut tetapi pelacur. Kosmo! yang cuba menghubungi nombor yang tertera di dinding tandas berkenaan kemudian bercakap dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Richard. Richard pada mulanya berpura-pura menanyakan jika wartawan memerlukan tukang urut sebelum mengubah topik dengan menawarkan pelacur-pelacur belaannya. kosmo |
| Nurul, Tian, Fuziah, Mansor naib presiden baru PKR Posted: 21 Nov 2010 08:00 PM PST ![]() Keputusan akhir pemilihan PKR tidak mengejutkan apabila Azmin Ali memenangi kerusi timbalan presiden parti itu dengan majoriti besar. Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh Malaysiakini, Azmin mendapat 19,212 undi berbanding pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub yang cuma mendapat 4,567 undi. Keputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan untuk memilih pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu. Begitu juga dalam persaigan kerusi nombor tiga apabila dimenangi oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar. Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diekori oleh ahli parlimen Batu Tian Chua, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman. Berbanding keputusan minggu sudah, exco Selangor berjaya memintas ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan di tempat kelima. Malangnya, hanya empat kerusi sahaja diperuntukkan untuk pemilihan naib presiden. Berikut jumlah Undi yang diterima mereka: Nurul Izzah - 13,170 Tian Chua - 11,460 Fuziah - 8,891 Mansor - 8,477 Xavier - 6,984 Gobalakrishnan - 6,721 Yahya Sahri - 6,436 Keputusan rasmi akan diumumkan dalam kongres PKR di Petaling Jaya minggu depan. MK |
| Posted: 21 Nov 2010 05:43 PM PST ![]() Angkatan Muda keadilan mahukan syarikat perunding APCO disiasat bersabit satu lagi cubaan menfitnah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menerusi artikel pembohongan . APCO ialah syarikat perunding yang diupah oleh kerajaan pimpinan Najib Razak dengan kos lebih RM70 juta bagi memulihkan imej beliau di dalam dan luar negara. Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata tulisan Rachel Motte dalam blog New Ledger diberikan liputan meluas oleh Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia dan media lain namun fakta yang disembunyikan ialah tuduhan yang mengaitkan penulis itu kepada APCO. Dalam artikel terbarunya, Motte berbohong apabila memberi gambaran kononnya Anwar membandingkan diri beliau dengan pemimpin pro demoraksi Aung San Sun Kyi. "Antara strategi APCO adalah untuk menyerang Anwar semaksima mungkin dan apa sahaja tindakan Anwar, pandangan beliau tentang isu-isu dasar luar seperti pembebasan Aung San Suu Kyi dan juga berkaitan perkara-perkara yang diucapkan oleh beliau di luar negara seperti di Australia, diulas sendiri oleh Datuk Seri Najib, dan ada dikalangan yang direncanakan atau digerakkan untuk menyerang Anwar dari segi aspek itu," kata Shamsul. Anwar tidak pernah membandingkan dirinya dengan pengorbanan yang dilalui oleh ikon Myanmar itu. Justeru tulisan Motte adalah fitnah dan kemungkinan beliau mempunyai hubung kait dengan APCO tidak boleh diketepikan. Ketika melawat Australia, Anwar hanya menegaskan bahawa dalam mengecam kekejaman di Myanmar, kerajaan-kerajaan seperti Australia juga harus peka terhadap keadaan sebenar di Malaysia, di mana pencabulan asas- asas demokrasi dan hak asasi rakyat berlaku saban kali. Contoh-contoh ketara adalah kes Teoh Beng Hock, kematian ratusan orang dalam lokap polis, sistem kehakiman yang tidak berwibawa dan rampasan kuasa di Perak yang dihalalkan oleh mahkamah. Ini bukan kali pertama Motte mengecam Anwar atau memuji kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, malah itulah agendanya sebelum ini menerusi artikel seperti the reversal of Anwar Ibrahim. "Ini satu strategi yang kohesif, strategi yang tersusun dan kemas dalam usaha untuk menunujukkan bahawa Anwar Ibrahim ini tak layak untuk memimpin, dan komen-komennya adalah komen-komen yang tidak memberikan impak kepada masyarakat dalam dan luar negara. Sebab itu, serangan itu bertumpu kepada beliau (Anwar) sekarang ini," kata Samsul. TVS |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Menurut laporan kepada Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu, Anwar menghubungi sendiri Dr Jurin bagi tujuan itu.
Badrul Hisham ketika dihubungi mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama.
Sementara itu, Badrul Hisham yang juga ketua PKR Rembau turut meminta pemilihan di tempatnya sendiri dibatalkan dan dibuat semula kerana dakwaan wujudnya pengundi hanti.
itif’, yang boleh memberi gambaran baik tentang parti pemerintah itu di samping terus-menerus memfokus kelemahan pesaingnya — Pakatan Rakyat (PR) — menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dipercayai diadakan Mac depan.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan