Kerabu Bersuara ® |
- Dua Sahabat Karib Ditemui Lemas Di Sungai Gial
- Rezeki Dari Lembu Korban
- PDRM Serah Kepada Tentera Kawal Sempadan
- Sidang Dewan Lulus Usul Gesa Kerajaan Selangor Buka Semula IKYS
- Mitsubishi Jelaskan Kerjasama Teknikal Dengan Proton
- Terkini! Saksikan Chegubard Dan Shamsul di Astro Awani 501 Jam 10 Malam Ini !
- Zaib Ibrahim Bakal Penerima Hadiah Nobel?
- Air Bersih,Kopi O, Awang Adek.
- 60 Peratus Rakyat Malaysia Gemuk, Obes - Liow
- Pelancong Perancis Lemas Ketika Menyelam Di Perairan Pulau Mabul
- Tabib Warga Singapura Mati Ditetak
- Setiausaha PKR Pahang: Politik naungan punca kemelut
- Speaker ada kuasa larang media buat liputan sidang DUN Kedah
- Zaid Sahkan Diri Berundur
- MB nafi dakwaan Noh Omar Yayasan Selangor belanja RM800,000
- Zaid, Bisu Sajalah Mulut!
- PKR: Belum terima surat, tapi kami tak terkejut jika Zaid mahu keluar
- Hala tuju Umno kepada pengIslaman dan pengAraban
- Hanipa Maidin: Larang Media Tindakan Tidak Bijak
- Zaid akhirnya keluar PKR seperti dijangka
- PKFZ: Perbicaraan ditangguh, tunggu kes Liong Sik selesai dahulu
- Masalah PKR: Jangan Sokong Membawa Rebah
- Penuntut Universiti Berpolitik, Reaksi Berbeza MPM
| Dua Sahabat Karib Ditemui Lemas Di Sungai Gial Posted: 15 Nov 2010 08:00 AM PST KANGAR, 15 Nov (Bernama) -- Dua pelajar ditemui mati lemas di Sungai Gial, Arau dekat sini hari Isnin, selepas dilaporkan hilang ketika mandi bersama tiga lagi rakan mereka. Kehilangan kedua-dua mangsa Haswande Mohd Yusoff, 14, dan Ahmad Iqham Aziz, 9, disedari tiga rakan mereka pada 3 petang, yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada penduduk kampung. Ketua Polis Daerah Arau Supt Mohd Nadzri Hussin berkata kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Alor Ara Timur yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian, dan mereka adalah sahabat karib. "Gerakan mencari kedua-dua mangsa dilakukan oleh penduduk kampung sebaik sahaja mengetahui kehilangan mereka," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini. Beliau berkata ketika polis tiba di lokasi kejadian, mayat mangsa telah ditemui penduduk kampung dan dibawa ke HTF untuk bedah siasat. Sementara itu, abang Haswande iaitu Hasfizul Mohd Yusoff, 21, berkata beliau berada di rumah semasa kejadian, dan sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu, beliau terus bergegas ke Sungai Gial. Katanya, semasa gerakan mencari dan menyelamat dilakukan bersama penduduk kampung, kaki beliau tersentuh badan manusia di dasar sungai sedalam dua meter itu, dan membawa kepada penemuan mayat adiknya yang telah tidak bernyawa. Beliau berkata mayat Ahmad Iqham pula ditemui kira-kira 5 meter dari lokasi adiknya ditemui. Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Shahidan Kassim turut menziarahi kedua-dua mangsa di bilik mayat HTF. |
| Posted: 15 Nov 2010 07:30 AM PST Oleh Siti Zubaidah Abdullah KOTA BHARU, 15 Nov (Bernama) -- "Saya sudah biasa dengan pakaian yang dibasahi darah lembu ketika melakukan kerja penyembelihan terutama semasa ibadah korban Aidiladha," kata seorang peniaga dan penyembelih lembu dari Kelantan yang mahu dikenali sebagai Abang Li. Ghazali Mat, yang akan bersara dari perkhidmatan awam hujung tahun depan, menyifatkan pekerjaan sampingan yang dilakukannya sebagai penyembelih dan peniaga daging, mendatangkan rezeki agak lumayan. "Saya seronok jadi penyembelih dan penjual daging (lembu)...rezeki yang datang mencurah-curah tidak mampu ditolak kerana dah biasa," katanya kepada Bernama di Kampung Batu 4, Jalan Kuala Krai, di sini. Abang Li, 55, yang juga merupakan Pengerusi Rukun Tetangga (RT) kampung itu berkata setiap tahun beliau menerima tempahan lebih 10 ekor lembu, berjumlah antara RM13,000 hingga RM15,000 untuk korban semasa Aidiladha. Katanya ibadah korban yang diuruskan beliau melibatkan seramai 20 penyembelih dan hampir 100 tukang lapah akan bergotong-royong memotong dan mengagihkan daging. "Daging biasanya akan diagihkan kepada lebih 500 orang miskin yang ada dalam sesuatu kawasan selain diadakan kenduri bagi penduduk di situ," kata bapa kepada seorang anak ini. KENDURI Juga sudah menjadi kebiasaan bagi Abang Li mengorbankan seekor lembu untuk keluarganya pada Aidiladha. "Saya suka mengagih dan menjamu (orang) makan...lagi ramai yang datang lagi bagus dan juga dapat kumpul sanak-saudara yang lama tak jumpa," katanya. Abang Li yang meminati dunia perniagaan sejak kecil lagi bercita-cita untuk memulakan ladang menternak lembu selain perniagaan runcit daging bersama isterinya, Narimah Abdullah selepas bersara. "Kalau diperhatikan semakin ramai warga kampung yang menternak lembu sama ada lembu susu mahupun daging. Perniagaan ini mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya diusahakan dengan betul," katanya. Katanya sesiapa juga boleh menternak lembu tempatan mahupun import, tetapi seorang penternak itu mestilah mempunyai minat selain mempunyai kawasan tanah yang luas dan modal yang mencukupi. Abang Li melihat peluang pasaran daging lembu yang begitu luas di negara ini kerana masih banyak daging import berada di pasaran yang menunjukkan keperluan daging untuk rakyat Malaysia masih belum mencukupi. "Lagipun harga daging lembu sekarang memang bagus...mengikut pengetahuan saya harganya sekitar RM16-20 sekilogram dan berat seekor lembu yang sudah matang dan boleh dijual biasanya antara 100kg dan 200kg. "Dengan hanya menjual seekor lembu sebulan, saya boleh dapat antara RM1,300-1,500 sebulan," kata beliau, sambil menambah kini ramai orang Melayu yang melibatkan diri dalam perniagaan ini dan ini baginya suatu perkembangan yang sihat. AIDILADHA Aidiladha atau di dalam Bahasa Arab 'Eid Ul-Adha atau juga dipanggil Hari Raya Haji di Malaysia, tahun ini akan disambut pada 17 Nov. Perayaan istimewa ini mengajak umat Islam menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah. Umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban sebagai memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim untuk membuktikan kepatuhannya terhadap suruhan Allah dan peristiwa itu menjadi lambang pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Bermula dengan takbir pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha pada pagi 10 Zulhijjah, ibadah korban dilakukan sama ada pada siang 10 hingga 13 Zulhijjah. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam masa empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum terbenam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari ini umat Islam menunaikan ibadah haji, menyambut Hari Raya Aidiladha, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. |
| PDRM Serah Kepada Tentera Kawal Sempadan Posted: 15 Nov 2010 07:15 AM PST RANTAU PANJANG, 15 Nov (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari Isnin dengan rasminya menyerahkan tugas mengawal sempadan Malaysia dengan Thailand kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Majlis menandatangani serah menyerah tugas dibuat oleh Panglima Markas Dua Briged Brigadier Jeneral Datuk Zulkifli Mansor dan Panglima Markas Lapan Briged Brigadier Jeneral Abdul Rahim Mutalib bagi pihak ATM manakala Pasukan Gerakan Am (PGA) diwakili Komander Briged Tenggaranya, SAC Abdul Rahim Jaafar. Majlis penyerahan rasmi yang membabitkan kawasan sempadan Kelantan, Kedah/Perlis dan pantai barat Semenanjung Malaysia disaksikan oleh Panglima Dua Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Nor Daud dan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) bahagian Pasukan Gerakan Am, Pengurusan Sempadan dan Keselamatan Lapangan Terbang, Datuk Salleh Mat Rasid. Salleh berkata melalui perjanjian itu, ATM akan mengambil alih pengawalan sempadan dari PGA selama enam bulan bagi melihat keberkesanan sebelum kajian dibuat sama ada akan meneruskan tugas itu kepada ATM atau kembali kepada PDRM. Sepanjang tempoh itu anggota PGA akan ditempatkan di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor bagi membantu Ketua Polis Negara menangani jenayah, katanya kepada pemberita selepas majlis itu. "Polis memerlukan 10,000 anggota dan pegawai tambahan bagi menjaga keselamatan dalam negara dan tugas itu akan dibuat oleh PGA," katanya. Sementara itu, Mohd Nor berkata tugas itu akan dilakukan sebaik mungkin sejajar dengan keputusan yang dibuat bersama antara PDRM dan ATM sebelum ini. Beliau berharap tugas diamanahkan kepada ATM dapat dilakukan dengan berkesan sejajar dengan saranan kerajaan untuk memastikan negara sentiasa selamat daripada ancaman. "Kita tidak buat apa-apa sasaran dalam menentukan keselamatan dan kejayaan tetapi akan melakukan sebaik mungkin bagi memastikan negara sentiasa selamat dan aman," katanya. |
| Sidang Dewan Lulus Usul Gesa Kerajaan Selangor Buka Semula IKYS Posted: 15 Nov 2010 07:00 AM PST SHAH ALAM, 15 Nov (Bernama) --Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul supaya kerajaan negeri mempertimbangkan bagi membuka dan meneruskan semula operasi Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS). Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) semasa membentangkan usul itu berkata keputusan kerajaan negeri menutup operasi IKYS dan memindahkan pelajarnya bagi menamatkan kursus ke INPENS International College, dari segi jangka panjang tidak menguntungkan industri pendidikan di Selangor. "Penutupan IKYS ini juga boleh mengabaikan tanggungjawab sosial kerajaan negeri terhadap rakyat, katanya. Sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah mempertikaikan tindakan kerajaan negeri menutup IKYS di Bagan Terap Sabak Bernam Julai lepas kerana institusi kemahiran ini telah melatih ramai anak-anak muda dengan kemahiran vokasional seperti kemahiran pendawaian dan menyelenggara penghawa dingin. Beliau berkata sepatutnya institusi seperti IKYS dikembangkan ke seluruh negeri bagi memberi latihan kemahiran kepada ramai lagi anak muda di Selangor supaya mereka boleh mendapat pendapatan yang lebih baik. Saari juga membentangkan usul menggesa kerajaan negeri untuk menyediakan laporan lengkap untuk dibentangkan di DUN tentang asas-asas tindakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengecilkan operasinya dengan menutup beberapa anak syarikatnya yang bermasalah. Selain daripada mengecilkan operasinya yang bermula pada tahun ini, PKPS turut menamatkan perkhidmatan kakitangan yang sudah lama berkhidmat dengan Kumpulan PKPS, katanya. Saari berkata kesan daripada keputusan itu telah menimbulkan kesulitan besar terhadap kakitangan yang kehilangan pekerjaan. Beliau berkata memang perlu kerajaan negeri menyusun semula operasi PKPS yang merekodkan kerugian tetapi kebajikan para pekerja perlu diambil kira. Usul itu kemudian diluluskan. Dewan juga meluluskan usul yang dibentangkan oleh Saari untuk menggesa kerajaan negeri untuk mengarahkan amalan memberi elaun untuk menandatangani cek kepada Pengerusi dan Pengarah PKNS Infra Bhd dihentikan serta merta. Saari turut menggesa supaya penerima elaun itu yang masih memegang jawatan memulangkan kembali seluruh jumlah yang diterima kepada syarikat. Semasa membentangkan usul itu Saari berkata Pengerusi PKNS Infra menerima RM500 sebulan daripada elaun menandatangani cek itu manakala tiga hingga empat pengarah memperolehi elaun berjumlah RM400 sebulan seorang. Beliau berkata kelemahan ini telah didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan jumlah elaun yang dibayar sepanjang tahun itu ialah RM187,800. Saari juga mengusulkan kepada dewan untuk meneliti dan membuat keputusan segera supaya menutup anak syarikat PKNS Infra, Excelon Sdn Bhd kerana mengalami kerugian selepas sembilan tahun beroperasi dan cadangan ini diluluskan ahli dewan. Sejumlah 23 usul telah dibentangkan dan dibahaskan semasa sidang dewan undangan negeri yang bermula pada 8 November lepas yang berakhir hari ini. Pada hari ini sahaja sejumlah 14 usul dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan, termasuk Usul Anggaran Peruntukan Pembangunan 2011 berjumlah RM600 juta. Daripada RM600 juta itu, sejumlah besar iaitu RM225 juta diperuntukkan di bawah Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kerja Raya RM153.1 juta, Jabatan Agama Islam Selangor RM110.6 juta, Jabatan Pengairan dan Saliran RM45 juta. Pada sidang kali ini dewan juga meluluskan Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2010 dari enakmen asal Enakmen Industri Berasas Kayu 1985. Antara pindaan yang diluluskan ialah meminda Seksyen 17 Enakmen asal untuk menaikkan denda dari RM5,000 kepada RM20,000 bagi kesalahan mengganggu barang-barang yang disita di bawah enakmen itu. Seksyen 20 Enakmen itu dipinda untuk menaikkan denda daripada RM2,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya kepada denda RM20,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya kerana menghalang pegawai hutan menjalankan kuasanya di bawah enakmen itu. |
| Mitsubishi Jelaskan Kerjasama Teknikal Dengan Proton Posted: 15 Nov 2010 06:46 AM PST KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menjelaskan status kerjasama teknikal Mitsubishi Motors Corporation (MMC) Jepun dengan Proton Holdings Bhd yang menjuruskan kepada pembangunan Inspira yang bermodelkan Mitsubishi Lancer. Dalam satu kenyataan, ketua pegawai eksekutif MMM, Tetsuya Oda menyatakan selain daripada Lancer, tiada model Mitsubishi lain pada masa ini yang diedarkan oleh MMM, termasuklah kenderaan yang baru dilancarkannya - Lancer Sportback baharu dan kompak crossover ASX akan berasaskan kepada kerjasama teknikal ini di masa hadapan. Beliau berkata meskipun Inspira dimodelkan berasaskan kepada Mitsubishi Lancer, ia berbeza dalam beberapa cara -- kedua-duanya mempunyai ciri berbeza, sekali gus menyaksikan keunikan masing-masing di pasaran. Setiap jenama juga memenuhi kehendak segmen kumpulan pengguna yang berbeza dengan keinginan dan jangkaan pemanduan yang jelas berbeza, kata beliau. Dieksport ke Malaysia dan diedarkan oleh MMM, Lancer ialah kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) - di mana semua bahagian dan standard pemasangan telah memenuhi standard kualiti global ketat Mitsubishi Motors, kata beliau. Selain daripada dikeluarkan sepenuhnya oleh MMC di Jepun, Mitsubishi Lancer juga direka bentuk dan dihasilkan untuk memenuhi standard kualiti prestasi dan pengendalian pemanduan berkelajuan tinggi (Eropah); keselamatan (Amerika) dan binaan kenderaan (Jepun). Sebaliknya, Inspira pula, dipasang di kilang Proton di Shah Alam dan akan mengandungi 40 peratus bahagian tempatan dalam tempoh setahun, kata beliau. Khas untuk pemilik Lancer, MMM menawarkan lima tahun program jaminan selain daripada program penyenggaraan dua tahun percuma untuk semua alat ganti, kata beliau. Rangkaian jualan dan perkhidmatan menyeluruh MMM termasuklah 54 pusat servis, 41 cawangan jualan seluruh negara -- di mana 15 ialah pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat ganti), tambah Oda. Beliau berkata yang MMM berhasrat meningkatkan jualan rangkaian jualannya kepada 45 menjelang Mac 2011 dengan 27 pusat 3S. Menerusi MMM, MMC akan terus mengukuhkan tapaknya di Malaysia, tambahnya. Oda berkata Mitsubishi kini ialah antara empat jenama terkemuka dalam lingkungan segmen kereta bukan nasional di Malaysia. |
| Terkini! Saksikan Chegubard Dan Shamsul di Astro Awani 501 Jam 10 Malam Ini ! Posted: 15 Nov 2010 06:10 AM PST Ikuti malam ini penjelasan mengenai perjalanan Pemilihan 2010 Keadilan yang akan muncul di Astro Awani 501 dalam segmen "Sudut Pandang" yang bertajuk "Pemilihan Parti Keadilan" Sesi temuramah tersebut akan menampilkan Cikgu Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard bersama Shamsul Iskandar sebagai panelis dan juga wakil wartawan pada jam 10 malam ini (15 oktober) secara langsung. Jangan lupa, Jam 10 malam ini. Astro Awani 501 !! Saksikan Chegubard !! |
| Zaib Ibrahim Bakal Penerima Hadiah Nobel? Posted: 15 Nov 2010 05:17 AM PST DURI busuk yang bernama Zaid Ibrahim kini sudah tercabut dari daging bernama PKR, khususnya Anwar Ibrahim. Saya tidak mahu mengatakan Zaid adalah alat ataupun perkakas kepada Umno dengan tindak tanduknya. Saya tidak fikir begitu. Orang yang cerdik dan kaya macam Zaid tidak mungkin sedia untuk berbuat demikian menjadikan dirinya perkakas. Apabila Zaid keluar PKR (apakah dia pernah menjadi ahli secara rasmi), maka habislah cerita. Beliau tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan PKR dan juga Anwar. Beliau boleh mengulas dan mengkritik atas kapasitinya sebagai seorang ahli politik yang profesional yang maha hebat di negara ini. Kalau Zaid masih lagi membalun PKR statusnya samalah dengan dua tiga orang wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti berkenaan kerana baru berbau akan kebusukan Anwar. Sebelum ini mereka memeluk dan mencium Anwar tetapi selepas keluar baru merasai tangan mereka berbau tatkala memegang atau bersalam dengan Anwar. PKR dan Anwar atau sesiapa saja tidak perlu mendengar apa-apa kritikan dan pandangan dari Zaid lagi. PKR boleh biarkan begitu saja pandangan Zaid. Lainlah kalau dia masih 'ahli' PKR dengan memegang berbagai jawatan itu PKR perlu mendengarnya kalaupun tidak mahu bertindak atas pandangan dan kritikan itu. Ke mana Zaid selepas ini? Beliau memberi tahu yang tidak ada mana-mana parti yang inginkan beliau. Umno katanya tidak sudi memandangnya. Begitu juga Pas. Tetapi kalau kena cara Pas boleh menerima Zaid. Kalau Inchek Ibrahim Ali, Pas boleh menerimanya apakah dosa dan busuknya dengan Zaid. Kalau silap dan kekurangan Zaid hanya 'mabuk' saja. Tetapi apakah Inchek Ibrhaim tidak mabuk, rasanya mabuk Inchek Ibrahim lebih teruk dari Zaid! Seburuk Zaid dia tidak menghentam Nik Aziz. Dia tidak mengatakan huduh kepada Nik Aziz. Apakah itu tektik untuk menarik Nik Aziz. Sebelum inipun dia jual bangunan Umno Kota Bharu kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan. Apakah itu sebahagian daripada tektik dan pelaboran Zaid ke dalam Pas? Begitu juga bila Zaid cadangkan beberapa nama pemimpin Pas yang relevanan untuk jadi penyelaras Pakatan, apakh itu tektik atau Zaid akan bersama mereka? Semacam ada kerja mahu mengait buah di dahan lembut oleh Zaid. Tertakdir kalau Pas meneriam Zaid tidak mustahil juga masalah sama akan berlaku. Kalau Zaid menyertai Pas, dan Pas tidak mengikut kehendaknya, misalnya menghalang dia hendak jadi presiden, pasti Zaid akan meratah Pas dan Nik Aziz sekali macam dia ratah dan makan mentah PKR dan Anwar. Kalau tidak percaya Pas boleh cuba beri peluang kepadanya. Saya secara peribadi suka dan gembira campur bahagia kalau Zaid tidak menyertai mana-mana parti politik. Lebih afdal kalau beliau tubuh parti politik sendiri. Kita mahu tengok sejauh mana sambutan partinya nanti. Zaid boleh jadi presiden yang lebih baik dari Najib, Anwar ataupun Abdul Hadi. Atas keyakinan bahawa Zaid mulia, suci dan bersih tentu partinya itu akan mendapat sambutan hangat dalam masa terdekat. Mungkin ahli Pas, Umno dan PKR yang kecewa dengan parti masing-masing boleh menyertai parti Zaid. Parti Zaid mungkin sesuai dengan naluri mereka. Orang hebat seperti Zaid, orang bersih sepertinya dan orang suci, mesti akan mendapat sokongan. Anwar Ibrahim pun akan tenggelam. Begitu juga Abdul Hadi Awang juga akan tenggelam dalam kehebatan dan keagungan Zaid. Zaid boleh membawa partinya bertanding dalam pilihan raya umum nanti. Kalau menang dan tidak cukup kerusi untuk tubuh kerajaan, Zaid boleh bergabung dengan Umno. Tentu mudah bagi Umno dan Zaid untuk bergabung di antara satu sama lain kerana mereka pernah duduk dalam kloni yang sama. Marilah kita mengucapkan selamat berjuang dalam wadah baru kepada Zaid Ibrahim. Semoga beliau akan memjana demokrasi yang sihat dan subur. Demokrasi yang benar-benar adil dan tidak korup yang diharapkan oleh segenap ahli politik dunia. Mudah-mudahan juga dunia akan mengiktiraf Zaid sebagai tokoh demokrasi tulen dan seterus penerima hadiah novel kerana berjuang untuk melahirkan demorkasi tulen dalam negara Malaysia. Harapnya selepas ini Zaid akan terus dikenang dan mendapat liputan meluas dari akhbar. Rumahnya akan dikerumini para media massa yang ingin mendengar bual dan cakap Zaid. Dan selepas ini juga kita berharap nama Anwar tidak akan disebut-sebut lagi. Nama Abdul Hadi tidak diingat lagi. Semuanya akan teralih kepada tokoh baru yang hebat dan suci bersih, Zaid bin Ibrahim. Selamat! http://msomelayu.blogspot.com/ |
| Air Bersih,Kopi O, Awang Adek. Posted: 15 Nov 2010 05:00 AM PST Kerajaan Kelantan memberitahu Dewan Undangan Negeri bahawa rakyat Kelantan boleh menikmati air bersih dalam masa 17tahun lagi, satu jangka masa yang amat panjang, manakala Dato' Dr Awang Adek pula memberitahu sekiranya Kerajaan Kelantan diperintah oleh BN rakyat Kelantan akan menikmati air bersih dalam masa 3 tahun. Air adalah keperluan hidup manusia tiap-tiap hari, tak kira manusia itu menganuti fahaman politik kepartian yang mana, sama ada PAS, UMNO atau PKR. dan menjadi tanggongjawab Kerajaan bagi menyediakan kemudahan air bersih kepada rakyat ianya merupakan 'Fardu Kifayah'. Membekalkan air bersih kepada rakyat memerlukan satu peruntukan kewangan yang besar, Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS mempunyai kewangan yang terhad manakala Kerajaan Persekutan yang diperintah oleh BN mempunyai cukup wang bagi menyediakan air bersih kepada rakyat. Negeri Kelantan penduduknya adalah 99% orang melayu berugama Islam, sejak 20tahun lalu rakyat kelantan memilih PAS sebagai Kerajaan, hasil negeri Kelantan bukannya banyak sangat, cukup-cukup untuk menampung pembangunan yang sederhana. Jadi untuk melaksanakan projek yang memerlukan peruntukan yang besar agak payah untuk Kerajaan Kelantan melaksanakan dalam masa terdekat kerana hasil (cukai) pendapatan rakyat kelantan dibayar kepada kerajaan persekutuan. Tertarik dengan kenyataan Dr.Awang Adek Husein sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan bahawa BN boleh menyelesaikan masaalah air bersih di Kelantan dalam masa 3 tahun sekiranya rakyat kelantan memilih BN sebagai Kerajaan. Inilah pe'al orang melayu Kelantan yang ada kuasa, nak tolong rakyat melayu yang berugama Islam mesti ada syarat, pada hal belanja itu bukannya duit poket sendiri, belanja dari wang rakyat dari hasil mahsul yang dianugerahkan oleh Allah swt. Apa salahnya bagi pihak rakyat Kelantan Awang Adek memainkan peranan sebagai orang Kerajaan pusat memohon peruntukan bagi memberi khidmat kepada rakyat kelantan yang memerlukan air bersih. Kalau tak dapat kuasa pun bolehlah pahala untuk dibawa bersama diakhirat nanti. Jadilah 'hero' kepada rakyat Kelantan, tanpa bersyarat UMNO melalui Awang Adek telah berjaya melepaskan keresahan rakyat kelantan dari sentiasa berdepan dengan air yang tidak bersih, ambillah duit hasil daripada minyak yang terdapat dalam perairan kelantan, kerana hasil minyak itu adalah wajib dikembalikan kepada rakyat kelantan. Jangan pula Awang Adek menyeksa rakyat Kelantan dengan permainan politik assobiyah. Awang Adek diminta jangan ikut perangai ahli politik UMNO Negeri lain yang tidak suka kepada orang kelantan, tengok berapa ramai anak-anak Kelantan yang sepatutnya menjawab-jawatan penting didalam kerajaan diketepikan kalau ada seorang dua itu pun kes terpencil. Oleh kerana kerajaan persekutuan mampu menyedaikan air bersih di kelantan dalam masa 3 tahun adalah diminta seluruh rakyat kelantan mendesak kerajaan BN supaya memyediakan peruntukan melalui wang royalti minyak menyegerakan penyaluran air bersih di negeri Kelantan yang rakyat UMNO juga memerlukannya. http://newkk.blogspot.com/2010/11/air-bersihkopi-o-awang-adek.html |
| 60 Peratus Rakyat Malaysia Gemuk, Obes - Liow Posted: 15 Nov 2010 04:30 AM PST KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini. "Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat. "Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 pada hari Isnin. Sehubungan itu, Liow menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan. Mengenai persidangan itu, Liow berkata kementerian akan menyalurkan peruntukan kewangan sebanyak RM10,000 kepada setiap Lembaga Pelawat Hospital di 112 hospital di seluruh negara, tahun depan. "Peruntukan ini akan terus disalurkan kepada akaun Lembaga Pelawat Hospital bagi menjalankan aktiviti dan program yang boleh meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan hospital dan diperuntukkan untuk kesejahteraan pesakit," katanya. Beliau berkata sistem penarafan bintang bagi semua Lembaga Pelawat Hospital utama di negeri-negeri akan diperluaskan di peringkat daerah mulai tahun depan. "Bagi penilaian yang dibuat pada 2009 di 18 buah hospital negeri, tiada Lembaga Pelawat Hospital yang berjaya mendapat penarafan lima bintang, hanya lima hospital yang mendapat empat bintang iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang; Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu; Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh; Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu dan Hospital Pulau Pinang. Sementara itu, Liow menafikan dakwaan bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat bahawa beliau kini dilarang daripada menghadiri majlis anjuran kementerian itu. Semalam, Ong yang juga anggota Parlimen Pandan mendakwa beliau diketepikan dan tidak dijemput menghadiri lawatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke Hospital Ampang, yang terletak di kawasan Parlimennya, baru-baru ini. rosmah ikon gemuk, gempal, gendut |
| Pelancong Perancis Lemas Ketika Menyelam Di Perairan Pulau Mabul Posted: 15 Nov 2010 04:00 AM PST SEMPORNA, 15 Nov (Bernama) -- Seorang pelancong rakyat Perancis yang melakukan aktiviti menyelam, ditemui mati lemas di kawasan perairan Pulau Mabul, awal pagi semalam. Identiti lelaki berusia 26 tahun itu belum didedahkan kerana usaha menghubungi keluarga lelaki itu masih dijalankan. Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Azim Khan Abdullah berkata lelaki itu melakukan aktiviti menyelam bersama dua lagi rakannya di kawasan perairan pulau itu pada pukul 1.30 pagi. "Rakannya membuat laporan polis pada pukul 3 pagi apabila mangsa tidak muncul di permukaan air bersama mereka," katanya. Sehubungan itu gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan dan mayat lelaki itu ditemui terapung pada kira-kira pukul 10 pagi di kawasan dia dilaporkan hilang. |
| Tabib Warga Singapura Mati Ditetak Posted: 15 Nov 2010 03:30 AM PST KAJANG, 15 Nov (Bernama) -- Seorang tabib rakyat Singapura mati selepas tiga hari koma akibat ditetak dengan sebilah parang di kepala dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Baru, Sungai Chua dekat sini, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Sakaruddin Che Mood berkata mangsa yang dikenali sebagai Leong Sin Yu (lelaki), 60, sebelum itu dirawat di Hospital Serdang selepas mengalami pendarahan teruk di kepala. "Mangsa dihantar ke hospital sejurus selepas kejadian itu dan pada Sabtu lepas dia disahkan meninggal dunia setelah tiga hari berada dalam keadaan koma," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Beliau berkata dalam kejadian itu, Leong yang tinggal berseorangan didatangi seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 pada pukul 9.30 malam. Suspek yang berusia awal 30-an dipercayai memecah masuk dengan mengumpil pintu hadapan rumah mangsa. "Polis tidak menolak berlakunya pergelutan apabila mangsa menyedari kehadiran suspek yang menyebabkan mangsa akhirnya ditetak beberapa kali di kepala. "Tiada senjata ditemui dan pemeriksaan juga mendapati keadaan rumah mangsa berselerak namun kita tidak dapat pastikan jenis barangan yang telah dilarikan dari rumah berkenaan," katanya. Sakaruddin berkata suspek sempat melarikan diri dan meninggalkan motosikalnya yang mempunyai nombor pendaftaran NAA 1742 di perkarangan rumah mangsa. "Kami sedang berusaha menjejaki suspek. Kes itu yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 394 iaitu samun bersenjata telah diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. Sementara itu, Sakaruddin menafikan pihaknya gagal menjalankan tugas dalam mengawal keselamatan dan ketenteraman penduduk di Taman Murni, Batu 9, Cheras seperti yang dilaporkan oleh sebuah ahkbar berbahasa Cina, Khamis lepas. Beliau berkata kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana dalam tempoh 10 bulan hanya tujuh kes jenayah kecil yang dilapor berlaku di kawasan itu iaitu samun berkawan tanpa senjata, curi motosikal, kereta dan kenderaan pacuan empat roda serta pecah rumah dan curi dalam bangunan. |
| Setiausaha PKR Pahang: Politik naungan punca kemelut Posted: 15 Nov 2010 03:01 AM PST PETALING JAYA: Setiausaha PKR Pahang, Razali Alias berkata, kemelut dalam PKR telah menjejaskan sokongan rakyat kepada parti itu. Menurutnya, kemelut itu berlaku kerana semua pemimpin PKR mahu bernaung di bawah `restu' Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ini politik yang tidak sihat. Semua berpunca daripada politik naungan kerana masing-masing mahu duduk di bawah ketiak Anwar. "Semua mahu menjadi orang Anwar, menjadi orang yang dinaungi Anwar," katanya ketika dihubungi hari nini. Beliau mengulas kemelut PKR yang menyaksikan calon timbalan presiden yang juga Pengerusi Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dan meletakkan semua jawatan parti. Razali menambah, masa depan PKR kini bergantung kepada sejauh mana pimpinan parti menangani kemelut itu. Zaid, bekas menteri undang-undang juga dikatakan akan bertindak untuk keluar PKR. "Kemelut PKR ini berpunca daripada pemilihan secara langsung yang menyebabkan terdedah dengan pelbagai kemungkinan. "Pemilihan secara langsung, ada baik dan ada buruknya. (Tetapi) Yang buruk telah tersebar keluar, kini orang membuat persepsi buruk terhadap PKR, orang lihat PKR lemah. "Apa yang berlaku sekarang ialah wujud suasana tidak sihat dalam PKR. Sedikit sebanyak terjejas untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang," katanya. PKR dalam pemilihan pucuk pimpinan dari cabang (bahagian) hingga presiden melaksanakan satu ahli satu undi – di mana setiap ahli boleh memilih. Zaid yang menyertai PKR Julai tahun lalu menarik diri dari pertandingan timbalan pesiden kerana mendakwa berlaku ketidaktelusan dan penyelewengan jumlah pengundi. Beberapa pemimpin lain turut menyuarakan perkara sama. Naib Presiden PKR Azmin Ali kini mendahului seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub. Bagaimanapun, keputusan penuh akan diumumkan dalam kongres parti akhir bulan ini. Bagaimanapun, Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman berkata kemelut dalaman adalan perkara biasa bagi parti politik dan persatuan. Katanya, mana-mana parti politik akan berlaku kemelut dan masalah dalaman. "Dalam isu PKR saya tidak nampak PKR kurang sokongan. Sokongan rakyat macam dulu juga. Saya yakin PKR akan berjaya dalam pilihanraya umum akan datang," katanya. |
| Speaker ada kuasa larang media buat liputan sidang DUN Kedah Posted: 15 Nov 2010 02:30 AM PST Oleh Jamilah Kamarudin PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah mempunyai kuasa melarang media daripada membuat liputan perjalanan persidangan DUN yang sedang berlangsung sekarang. Timbalan Speaker, Ahmad Izzat Shauki berkata, kuasa tersebut terletak di bawah Perkara 90 Peraturan Dewan di mana terdapat kuasa Speaker mengenai kebebasan media memasuki DUN dan membuat liputan persidangan.` "Bergantung kepada Datuk Dr Abdul Isa Ismail yang mempunyai kuasa sebagai Speaker sama ada untuk membenarkan media membuat liputan perjalanan dalam Dewan atau tidak," katanya ketika dihubungi FMT. Ahmad Izzat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS) Bukit Lada berkata, notis 'larangan' itu juga bergantung kepada budi bicara Speaker sama ada hanya untuk sesi ini sahaja atau terus mengekalkannya sehingga sesi akan datang. "Notis itu hanya sah untuk sidang DUN sesi ini sahaja (sehingga esok). Sama ada untuk terus mengeluarkan notis yang sama untuk sesi akan datang juga terpulang kepada kuasa Speaker," katanya. Ahmad Izzat bagaimanapun mempertahankan tindakan kerajaan negeri Kedah kerana mendakwa media melakukan pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan negeri seperti yang terjadi dalam isu bantuan mangsa banjir baru-baru ini. "Kita sudah bagi ruang kebebasan kepada media khususnya arus perdana termasuk mempertahankan tindakan kami menangani isu banjir. "Namun mereka terus memutarbelitkan isu tersebut dan memfitnah kerajaan negeri," katanya. Ditanya tentang tindakan tersebut yang dikatakan melanggar Perjanjian Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang mahu mendemokrasikan media, Ahmad Izzat bagaimanapun menafikannya. "Tindakan sebegini bukan bermakna kita sekat kebebasan media. Kita tidak halang semua. Kita cuma nak elak media menyalahguna dan memanipulasi kerajaan negeri. Semalam, hanya The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan Bernama dibenarkan membuat liputan perasmian persidangan DUN Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet 2011 oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Manakala media TV3, RTM, Berita Harian, jurugambar Utusan, serta portal berita Malaysiakini tidak tersenarai daripada membuat liputan sepanjang sesi perbahasan belanjawan selama tiga hari bermula semalam. Malaysiakini, bagaimanapun menurut laporan akhbar The Star berkata pihak kerajaan negeri tidak ada masalah dengan portal berita itu, namun tidak tahu kedatangannya untuk membuat liputan. "Malaysiakini sepatutnya menghubungi pihak kerajaan negeri lebih awal supaya kita boleh memasukkan dalam senarai," kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Muhamad Helmi Mohamad Khalid. Namun ironinya, situasi sama turut terjadi dalam persidangan DUN Perak yang lalu apabila petugas media khususnya pembangkang tidak dibenarkan membuat liputan sejak 'rampasan kuasa' berlaku di negeri itu. |
| Posted: 15 Nov 2010 02:00 AM PST KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bekas ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan hari ini beliau akan meninggalkan parti itu. Teka-teki mengenai pengundurannya dari parti itu terjawab bila beliau membuat penjelasan menerusi blognya (http://www.zaiduntukrakyat.com). Dalam pos terbarunya Zaid berkata, pengundurannya dari parti akan dianggap selesai, sebaik saja beliau menyerahkan surat rasmi kepada sekretariat parti. "Saya merujuk kepada tajuk harian The Star hari ini. Adalah benar saya akan meninggalkan parti itu tetapi saya belum menyerahkan surat pengunduran rasmi dari parti. "Semuanya akan dijelaskan menerusi siaran akhbar Jumaat ini, 19 Nov, 2010," kata beliau. Akhbar itu melaporkan bahawa Zaid, yang telah menarik diri dari bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR, memutuskan untuk keluar parti, atas sebab beliau tidak dapat menerima perkembangan dalam parti itu akhir-akhir ini. Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan pada 8 Nov bahawa beliau menarik diri dari bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR dan meletakkan semua jawatannya dalam parti. Zaid berkata dalam blognya bahawa kepimpinan PKR tidak berusaha mengatasi manipulasi dan penyelewengan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung walaupun isu berkenaan telah beberapa kali ditimbulkan. Sehari selepas pengumuman itu, Zaid mendesak penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan, kerana Zaid mendakwa kedua-dua mereka adalah punca segala masalah dalam parti. Zaid kini dipercayai berada di luar negara dan tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut. |
| MB nafi dakwaan Noh Omar Yayasan Selangor belanja RM800,000 Posted: 15 Nov 2010 01:30 AM PST SHAH ALAM, 15 Nov — Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan RM800,000 telah dibelanjakan oleh Yayasan Selangor untuk menganjurkan majlis makan tengah hari sempena ulang tahun ke-40 agensi negeri itu yang sepatutnya diadakan hari ini. Menteri Besar Selangor menegaskan kos majlis itu masih kekal RM300,000 sebagaimana dimaklumkan sebelum ini. Majlis itu yang sepatutnya diadakan hari ini telah dibatalkan selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan untuk tidak hadir kerana dukacita setelah dimaklumkan perbelanjaan melebihi RM300,000. Bagaimanapun Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar mendakwa lebih RM800,000 telah dibelanjakan untuk menganjurkan majlis tersebut. "Angka yang diberikan kepada saya hanya RM300,000," kata Khalid kepada pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini. "Biar beliau (Noh Omar) tampil dan menjelaskan (angka RM800,000)," kata beliau. Semalam, Khalid berkata siasatan awal berhubung keputusan kontroversi untuk membelanjakan RM300,000 bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor menunjukkan penglibatan pejabat Timbalan Pengurus Besar yayasan itu. Sehubungan itu, Khalid yang juga pengerusi yayasan tersebut berkata bagi memastikan siasatan dilakukan dengan cepat dan bebas, kerajaan negeri telah mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Sharifuldin Sulaiman mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan selesai. "Kerajaan menghargai setiap maklumat salah laku bagi memastikan pentadbiran negeri dan anak syarikat diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab. "Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan berani termasuk membawa mana-mana individu yang terbukti melakukan salah guna kuasa ke muka pengadilan," katanya. Sultan Selangor membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan itu Jumaat lalu. Kelmarin, Noh mendakwa pembaziran dalam penganjuran majlis itu bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000. Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki sebelum ini dilaporkan berkata kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain. maaf, salah sorang menteri paling bangang kat malaysia ialah noh omar |
| Posted: 15 Nov 2010 12:20 AM PST Secara peribadi saya rasa bukan saya seorang yang meluat dengan perangai Zaid Ibrahim. Zaid sepatutnya tidak jadi Zaid sekarang. Zaid sepatutnya jadi seperti Zaid ketika dia diserang sewaktu menjadi calon PKR di Ulu Selangor dulu, yang penuh sopan, tawaduk, rendah diri sehingga ketika itu nama Zaid melonjak dan dihormati. Dengan ketawadukannya ketika itu Zaid dapat mententeramkan dirinya sendiri dan PKR, penyokong, walaupun isu beliau dengan arak sebelumnya tersangat berat hendak ditangkis. Sayang Zaid bertukar hanya kerana kononnya 'prinsip.' Saya tertanya-tanya perangai yang sebegini datangnya dari mana? Untuk apa seseorang masuk sesuatu parti politik kemudiannya apabila secara prinsip tidak setuju, dijadikan parti politik dan pemimpin sebagai tempat hentam dan perlekeh. Prinsip bukan tempikan dan bercakap, tapi sikap! Dalam Malaysia orang politik seperti ini ada dua tapi berlainan cara dan berlainan sebab. Pertama YB Zulkifli Nordin yang terumbang ambing kritikannya seperti mencari tapak baru tapi takut dibayangi ' hantu ' politik itu sendiri. Manakala Zaid menganggap semua hal, semua perkara, semua benda, semua dasar dalam politik yang diceburinya, beliau sahaja yang betul. Perangai begini sebenarnya budaya dari seorang yang memasuki Umno lebih dahulu dari parti lain. Sebenarnya Umno dan dasarnya tidak mengajar begitu, tetapi budaya ahlinya itulah yang menjadikan seseorang yang lompat keluar dari Umno selalu ada kerak daki keUmnoannya, sedangkan dasar parti Umno tidak menyuruh begitu. PKR bukanlah parti yang semua betul dan baik. Tapi Zaid menghentam PKR telah membuka ruang orang berfikir siapa Zaid yang sebenarnya dan ruang fikiran itu tidak menyebelahi Zaid. Bagi Zaid jika semua betul dalam PKR, pada Zaid ada yang tak betul sehinggalah beliau berada di atas untuk memberitahu, inilah yang betul. Zaid yang belum berhenti menyerang kepimpinan PKR dan orang-orang 'khusus' kelihatan seperti orang yang memukul dan mencakar dada kerana marah sedangkan kesan cakar dan tumbukan itu ke dadanya sendiri. Yang terbaik bagi PKR ialah tidak menyambut tepukan dan cakaran itu. Ketua Umumnya bersikap seperti tidak dengar apa pun. Diharap sehingga Zaid keluar dari PKR nanti seperti yang diakui dalam Malayskini 15 Nov 2010, PKR tidak akan meratap berhiba sebaliknya buatlah kenduri pulut kuning dengan sepanduk 'Sayonara.' Mustahil Zaid akan bersama DAP tetapi kemungkinan bersama Pas jika Zaid masih ingin bermain politik berprinsipnya. Bagaimana pun Pas diharap tidaklah seghairah Ketua Umum PKR menyanjung kehebatan Zaid ketika itu kerana Pas melihat yang orang yang bertaqwa sahaja yang patut menyertai, bukan orang yang berprinsip sendiri. http://aziziabdullah.blogspot.com/2010/11/zaid-bisu-sajalah-mulut.html |
| PKR: Belum terima surat, tapi kami tak terkejut jika Zaid mahu keluar Posted: 14 Nov 2010 11:30 PM PST Oleh Shazwan Mustafa Kama KUALA LUMPUR, 15 Nov — Sekretariat ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada Datuk Zaid Ibrahim yang dilaporkan mahu meninggalkan parti itu. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, surat peletakan jawatan perlu diserahkan kepada parti terlebih dahulu sebelum PKR mengesahkan Zaid keluar parti. "Ia seperti kerja, kalau nak berhenti, pertama serahkan surat letak jawatan kepada majikan, kemudian mereka akan buat keputusan. Kita masih belum menerima apa-apa surat daripada Zaid setakat ini yang mengatakan mahu keluar parti," katanya. Bagaimanapun Saifuddin berkata bahawa beliau tidak rasa terkejut sekiranya laporan media mengatakan Zaid mahu keluar parti adalah benar. "Tidak, ia bukan satu kejutan kepada kita. Tidak, tidak sama sekali," kata beliau. Laporan akhbar hari ini menyebut Zaid — sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini, keluar PKR, seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden. Dalam temu bual dengan The Star edisi hari ini, Zaid berkata, "saya tidak jelek dengan parti tetapi jelek dengan pemimpin-pemimpin yang sakit dalam parti." Zaid mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang. Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil. Minggu lalu, Zaid meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu. Zaid menyertai PKR pertengahan 2009 selepas dipecat oleh Umno beberapa bulan sebelum itu, di mana beliau juga kritikal dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Menurut sumber terdekat dengan Zaid, hari ini mendakwa akhbar The Star "terlalu cepat membuat kesimpulan" dengan mengatakan Zaid keluar PKR. "Saya tidak rasa Zaid mengatakan sesuatu yang ekslusif dengan The Star yang mana beliau tidak kata kepada akhbar lain. Saya percaya apa yang Zaid kata berdasarkan pemilihan bagi jawatan timbalan presiden. "Saya rasa The Star terlalu cepat membuat kesimpulan dalam perkara ini. Jika beliau ingin berkata sesuatu beliau akan kata dengan jelas dan terang," kata sumber itu. |
| Hala tuju Umno kepada pengIslaman dan pengAraban Posted: 14 Nov 2010 11:00 PM PST Written by Azmi Anuar Surat dari seorang pembaca yang terbit di akhbar theSun (Nov 12, 2010), memberikan pandangannya tentang apa yang sedang berlaku dalam parti Umno pada masa ini dan mungkin merupakan tanggapan ramai yang lain juga berhubung perkembangan parti tersebut. Penulis surat menyatakan terdapat satu proses pengIslaman yang radikal dan pengAraban yang terserlah sedang mengubah rupa bentuk parti itu. Dia memberikan beberapa contoh perkataan Arab yang telah digunakan ketika perhimpunan agung Umno berlangsung pada 24 Oktober 2010. Kenapalah agaknya apa yang terdapat dalam kosa kata bahasa Malaysia yang boleh digunakan dengan mudah tanpa salah faham digantikan dengan istilah-istilah bahasa Arab? Bukan semua yang akan faham bahasa Arab kerana bahasa kebangsaan, lingua franca para hadirin di perhimpunan tersebut, ialah bahasa Malaysia. Dia juga menyentuh tentang kenyataan Ketua Puteri Umno Johor Baru yang menyalahkan iklan tuala wanita sebagai penyebab gejala sosial di negara ini. Seterusnya gesaan menubuhkan majlis ulama menambah kegusaran tentang hala tuju parti Umno pada masa hadapan. Para perwakilan tidak belajar dari sejarah bahawa bahagian ulama Umno pada satu ketika dahulu di tahun-tahun 1940an telah bertentangan pendapat dengan ahli parti yang lain sehingga akhirnya menubuhkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Itulah di antara tanda-tanda perubahan dalam rupa bentuk Umno yang sepatutnya kekal sebagai sebuah parti Melayu nasionalis yang sekular. Penulis itu memberi hujah bahawa kesilapan paling besar Tun Dr Mahathir Mohamad ialah membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam Umno. Sejak itulah proses pengIslaman dan pengAraban mula bertapak dan berkembang sehingga ke hari ini. Istilah-istilah Arab yang sering digunapakai ingin menonjolkan kepada khalayak umum bahawa parti Umno merupakan sebuah parti Islam yang benar-benar Islam, mengikut syariah Islam dan menegakkan syiar Islam. Tempias daripada perubahan ini secara tidak langsung dirasakan juga oleh rakyat Malaysia yang lain. Tiada 'riba' tapi apa beza Sedikit demi sedikit, proses pengIslaman negara yang berlandaskan versi Umno dilaksanakan. Ramai menjadi lebih Arab daripada orang Arab sendiri. Pada permulaannya, mungkin golongan pseudo Arab ini diketawakan dan tidak diberi perhatian yang serius tetapi lama kelamaan, pengaruh golongan ini bertambah dan mereka memegang tampuk kuasa yang lebih besar. Apabila kuasa sudah di dalam genggaman, dengan mudah pula segala agenda diteruskan. Pada suatu ketika penganut agama Islam memang tidak lantang bersuara menyoal tindak tanduk para ulama kerana pengetahuan agama di kalangan orang ramai masih cetek. Tetapi dengan kemudahan pelajaran serta pendedahan dan pengalaman yang lebih meluas, ternyata ada pihak yang mula berfikir sama ada semua yang dilakukan benar-benar berlandaskan ajaran Islam yang sebenarnya. Atau semua yang dilaung-laungkan, mengikut ajaran Islam itu hanya kata-kata manis di mulut sahaja. Memang banyak kegiatan yang dijalankan dalam proses pembangunan negara cuba menerapkan nilai-nilai Islam seperti dalam bidang sosio-ekonomi yang merangkumi industri perbankan dan insurans. Tetapi cuba kita perhatikan sejauh mana keberkesanan usaha-usaha ini setelah negara melalui pelbagai krisis ekonomi dan kepimpinan. Pada hari ini bank-bank Islam dan bank-bank lain yang mempunyai anak syarikat yang menjalankan aktiviti perbankan mengikut lunas-lunas Islam di Malaysia masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Pada peringkat yang paling asaspun, misalnya perkhidmatan pelanggan, layanan dan kecekapan menangani isu-isu berkaitan seseorang pelanggan tidaklah lebih cekap atau lebih meyakinkan jika dibandingkan dengan apa yang boleh didapati daripada bank-bank konvensioal. Bank-bank Islam juga tidak terkecuali menghadapi kes-kes penyelewengan dan pecah amanah. Kakitangan institusi Islam mungkin memulakan kerja seharian dengan doa yang tulus ikhlas, meminta petunjuk dan hidayah menjalankan tugas dengan sempurna tetapi ada juga di kalangan mereka yang tidak benar-benar menghayati maksud dan intipati apa yang didoakan. Menggunakan nama Islam tidak menjamin sepenuhnya keselamatan dan penyelenggaraan kewangan yang sempurna. Acap kali pula terdengar rungutan tentang kadar keuntungan yang terlalu tinggi diambil oleh bank-bank Islam berbanding faedah yang dikenakan oleh bank-bank konvensional dalam sesuatu urusniaga. Walhal, konsep untung rugi bersama dalam urusniaga mengikut lunas-lunas Islam semestinya dan sepatutnya lebih memudahkan dan tidak membebankan berbanding konsep konvensional yang mengamalkan riba. Apa yang berlaku, pihak bank masih cuba mengaut keuntungan berlipat kali ganda daripada para pelanggannya, dan tidaklah ada apa-apa perbezaan dengan bank-bank konvensional. Kalau boleh, tidak ada siapapun yang mahu berurusan dengan bank, sama ada yang Islam atau tidak kerana semua hanya mementingkan pihak bank. Orang ramai berharap sangat kewujudan bank-bank Islam boleh mengubah persepsi pelanggan tentang bank-bank yang amat gemar mengambil kesempatan terhadap mereka. Malangnya bank-bank Islam juga dalam satu acuan, cuma berubah pada nama sahaja. Pengaruh golongan ulama Lihat pula peranan ulama di Malaysia sekarang. Mereka memang mempunyai pengaruh yang besar kerana fatwa-fatwa yang dikeluarkan dari semasa ke semasa memberi kesan kepada penduduk beragama Islam dan bukan Islam. Senarai perkara-perkara yang diharamkan untuk penganut agama Islam di Malaysia semakin panjang berjela dan jika benar-benar hendak dilaksanakan memerlukan satu jabatan penguatkuasa yang besar jumlahnya. Contoh paling mudah ialah pengharaman meminum arak. Hakikat bahawa meminum arak adalah haram bagi orang Islam memang sudah dipelajari dan sebati dengan diri setiap penganutnya sejak kecil. Tetapi entah mana silapnya, ada juga yang beragama Islam yang mahu meneguknya. Apabila didapati bersalah, hakim di mahkamah syariah cuba menjatuhkan hukuman ringan yang lebih menitikberatkan pengajaran kepada pesalah. Hukuman ringan itu diharapkan dapat memberi keinsafan kepada pesalah supaya tidak mengulangi kesalahannya. Apa yang benar-benar berlaku pula ialah kadang-kadang layanan yang lebih lembut ini tidak diberi kepada semua. Ingatkah lagi kes Kartika Sari yang dihukum rotan kerana meminum arak pada tahun 2009? Kenapa hukuman yang sama tidak dijatuhkan dalam banyak lagi kes-kes seumpamanya. Kenapa pula masih kedengaran khabar-khabar angin atau mungkin satu kenyataan hidup yang hendak dilupakan, bahawa ramai penganut agama Islam dari golongan atasan dan berpengaruh juga minum arak dan mereka tidak ditangkap atau dihukum. Atau sengaja tidak dtangkap atau dihukum. Memang begitulah pelaksanaan hukum-hukum Islam di Malaysia. Sekali lagi apa yang berlaku di Indonesia baru-baru ini memberi gambaran yang lebih positif tentang agama Islam di negara jiran kita apabila dibandingkan dengan keadaan di Malaysia. Ketika Presiden Obama dan isterinya melawat Masjid Istiqlal di Jakarta, imam besar masjid memberi penerangan kepada pasangan tersebut tentang tempat letak kereta masjid yang digunakan oleh para pengunjung gereja yang berhampiran ketika perayaan Krismas kerana tempat letak kereta gereja tersebut tidak mencukupi. Pernahkah terdengar apa-apa berita tentang perkara yang sama berlaku di Malaysia? Kemungkinannya terlalu tipis kerana hendak mencari gereja yang berhampiran masjidpun adalah amat sukar. Obama mengakhiri ucapannya di Universitas Indonesia dengan ucapan terima kasih dan assalamualaikum. Kalau di Malaysia, adakah mana-mana kumpulan yang akan memprotes? |
| Hanipa Maidin: Larang Media Tindakan Tidak Bijak Posted: 14 Nov 2010 09:00 PM PST LARANG MEDIA UMNO DI DUN KEDAH-JANGAN SAMA DENGAN DEPA oleh : Mohamed Hanipa Maidin Saya berpendapat tindakan Kerajaan Kedah melarang media pro Umno membuat liputan sidang Dun Kedah bukan satu tindakan yang bijak. Kerajaan Kedah berhak marah dengan sikap tidak profesional media pro Umno yang membuat laporan yang negatif terhadap Kedah dalam isu banjir di negeri itu. Apa yang Kerajaan Kedah harapkan dari media umno-berita yang adil dari media musuh? Harakahdaily melaporkan tindakan Kerajaan Kedah itu disokong oleh beberapa pihak atas alasan Kerajaan Bn di Perak juga pernah melarang media alternatif membuat liputan sidang Dun Perak. Kalau itu hujahnya apa beza kita dengan musuh kita? Kalau itu hujahnya bukankah itu namanya politik balas dendam? Bagi saya lebih elok kalau Kerajaan Kedah tidak mengambil pendirian yang boleh ditafsirkan tidak mesra demokrasi. Demokrasi merestui berita yang tidal memihak kepada kita walau seteruk mana berita itu . Biarlah kita berbeza dengan musuh kita . Apa pun tahniah dan syabas kepada komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh Kerajaan Kedah dalam menangani isu banjir di negeri itu. |
| Zaid akhirnya keluar PKR seperti dijangka Posted: 14 Nov 2010 08:03 PM PST KUALA LUMPUR, 15 Nov — Datuk Zaid Ibrahim akhirnya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) — sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini, seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden. Isnin lalu, beliau mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden atas alasan diselubungi kepincangan dan kecacatan. Malah ketika itu beliau juga mengumumkan akan melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan hari ini memutuskan untuk meninggalkan PKR. "Saya tahu hari saya dalam parti (PKR) sudah dihitung kerana pemimpin — pemimpinnya secara terus-menerus menyerang saya," kata Zaid yang menyertai PKR 18 bulan yang lalu. Kata Zaid, beliau mengambil keputusan keluar PKR kerana mahu memutuskan hubungan dengan pembohong dan penipu. Minggu lalu, Zaid turut meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu. Zaid, penyelaras Pakatan Rakyat, menyertai PKR pertengahan Jun 2009 selepas dipecat oleh Umno beberapa bulan sebelum itu, di mana beliau juga kritikal dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Kelmarin, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak akan menerima beliau kembali. Dalam temu bual dengan The Star edisi hari ini, Zaid berkata, "saya tidak jelek dengan parti tetapi jelek dengan pemimpin-pemimpin yang sakit dalam parti." Zaid mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang. Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil. Zaid, yang berada dalam Umno selama 23 tahun, sebelum ini merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan anggota Biro Politiknya. Pada April lalu beliau bertanding di pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor. |
| PKFZ: Perbicaraan ditangguh, tunggu kes Liong Sik selesai dahulu Posted: 14 Nov 2010 07:58 PM PST SHAH ALAM 15 Nov. – Kes Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Phang Oi Choo yang didakwa melakukan pecah amanah dalam skandal membabitkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini selepas perbicaraan kes Tun Ling Liong Sik selesai. Hakim Asmadi Hussain memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan bersetuju agar perbicaraan ditangguh bagi memberi laluan kepada kes bekas Menteri Pengangkutan itu yang didakwa atas tuduhan menipu kerajaan. Beliau yang membenarkan permohonan penangguhan oleh pihak pembelaan akan mendengar kes itu tanpa menunggu proses rayuan Liong Sik selesai. |
| Masalah PKR: Jangan Sokong Membawa Rebah Posted: 14 Nov 2010 06:30 PM PST Oleh Dr. Afif Bahardin. "Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali, kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil." QS. al-Hujurat (49) : 9 Saya ingin melahirkan rasa sedih dan kecewa melihat keadaan suasana Pemilihan Parti kali ini. Amatlah mengecewakan apabila kekalutan dan keresahan ini hadir di saat kita semakin menghampiri satu pertarungan besar iaitu Pilihan Raya Umum ke 13. Saya menyeru agar kita semua ahli dan aktivis Parti untuk kembali fokus dan melihat agenda yang lebih besar yakni melakukan Reformasi untuk negara kita Malaysia. Perjuangan kita yang telah dimangkinkan dengan episod kezaliman ke atas Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan komrade-komrade Reformasi yang saban minggu ditangkap dan dipukul FRU, janganlah dibiar hanyut dek kerana permainan politik dua tiga kerat pemimpin Parti yang hakikatnya telah diangkat kita semua untuk memimpin. Di saat Parti kita diserang begitu hebat, kenapa mudah kita menurut rentak emosi yang selalunya tidak rasional. Janganlah Parti yang telah kita bina selama lebih 11 tahun ini tergadai hanya kerana perebutan kuasa dua tiga kerat pemimpin. Begitu lama kita berjuang mempertahankan Datuk Seri Ketua Umum, dengan azab yang beliau sendiri lalui tidaklah tertanggung oleh sembarangan manusia, janganlah dibiar akhirnya menjadi sia-sia. Parti kita memerlukan pemimpin yang punya gagasan. Sejasad pemimpin hebat walau macam mana pun akan temui ajal jua, tetapi yang kekal diwariskan kepada generasi akan datang adalah gagasan. Gagasan yang mampu merubah sistem dan kehidupan masyarakat supaya menjadi lebih baik. Maka pemimpin seperti ini yang perlu kita angkat. Bukannya pemimpin yang berdiri atas kepentingan individu semata-mata, dan sanggup melanggar segala tatasusila politik demi memenuhi nafsu politik masing-masing. Kita perlu kembali kepada fitrah perjuangan Reformasi yang telah kita juangkan selama ini. Kita berasal dari berbagai latar dan rencam, tidak berjawatan tidak berkedudukan, tiada pangkat mahupun gelaran, sejarah menjadi saksi; atas kesedaran bersama – Menentang Kezaliman dan Menegakkan Keadilan – kita sahut laungan Reformasi yang dilaung Datuk Seri Ketua Umum 12 tahun lalu kerana kita percaya bahawa ada Malaysia yang lebih baik untuk kita wariskan pada anak-anak kita. Reformasi! |
| Penuntut Universiti Berpolitik, Reaksi Berbeza MPM Posted: 14 Nov 2010 05:55 PM PST PETALING JAYA: Beberapa ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) universiti tempatan di sini memberi reaksi berbeza mengenai cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk membolehkan mahasiswa menyertai parti politik atau berkempen apabila berada di luar kampus. Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Universiti Malaysia sesi 2009/2010, Khairul Anuar Abu Kasim berkata, dia menyokong cadangan tersebut kerana mahasiswa hakikatnya tidak boleh lari daripada berpolitik kerana mereka masih berpolitik dalam kampus. "Fenomena berpolitik di kampus adalah hampir sama seperti di luar. Cuma suasana berpolitik di luar berbeza dengan suasana di dalam kampus. "Kalau mereka matang berpolitik, ia adalah tiada masalah," katanya kepada mStar Online. Khairul Anuar diminta mengulas kenyataan Mohamed Nazri bahawa mahasiswa sepatutnya dibenarkan menyertai parti politik atau berkempen apabila berada di luar kampus. Mohamed Nazri berkata, mereka harus diberi kebebasan untuk mengembangkan minda dan universiti perlu menyifatkannya sebagai suatu proses pembangunan dan bukannya satu kesalahan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Bagaimanapun, Khairul Anuar berpendapat, pihak berkenaan perlu memastikan tidak wujudnya unsur negatif dalam aktiviti berpolitik. "Keduanya, mahasiswa mestilah mempunyai pendirian untuk lebih mengutamakan pengajian di universiti daripada berpolitik. Mereka juga harus tidak mengganggu status atau kedudukan mereka sebagai penuntut universiti serta mencemarkan nama baik universiti apabila berpolitik," jelasnya. Dalam pada itu, Presiden MPP Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Ridhwan Mat Salleh memberitahu, sekiranya mahasiswa dibenarkan berpolitik menerusi pindaan AUKU, kerajaan perlu mengkaji semula sama ada langkah tersebut mampu memberikan kesan kepada keputusan akademik mahasiswa. "Mereka yang sepatutnya mengulangkaji pelajaran masing-masing pada Sabtu dan Ahad pula sebaliknya menggunakan waktu belajar itu untuk berkempen," katanya. Tambah Muhammad Ridhwan, mahasiswa kurang sesuai melibatkan diri dalam kancah politik semasa. Sementara itu, Exco MPM Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Izzat Ismail menyifatkan cadangan tersebut kurang sesuai dipraktikkan kerana keutamaan mahasiswa adalah belajar dan bukannya berpolitik. Katanya, dia bimbang mereka yang taksub berpolitik akan hilang fokus pada pengajian lebih-lebih lagi universiti adalah tempat mereka mempersiapkan diri sebelum memasuki pasaran kerja kelak. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan