Ajijoi |
| Zambry dan Umno Perak raya Aidil Adha lewat seminggu? Posted: 15 Nov 2010 02:54 AM PST Jika diperhatikan kepada banner diatas, ianya bukanlah buatan Umno cawangan tetapi bertaraf negeri kerana terkandung ucapan hari raya daripada Menteri Besar Rampasan Perak serta barisan kepimpinan kerajaan rampasan mereka.Jika pada hari raya Aidilfitri yang baru lalu, Umno memperkenalkan kita dengan bulan Islam yang baru, tetapi pada hari raya Aidiladha kali ini, Umno sekali lagi membuat kejutan dengan menyambut raya lewat seminggu daripada yang telah ditetapkan. Ditika seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1431H tahun ini, Zambry dan juga Umno Perak membuat suatu kelainan dengan merayakannya pada 17 Zulhijjah 1431H (rujuk banner diatas). Sekarang ini, Zambry boleh melakukan apa saja kerana pasti mendapat pembelaan daripada Harussani biarpun perkara tersebut jelas melanggar syariat Islam. Diharap semoga Zambry tidak mengikat lembu-lembu qurbannya di mana-mana tiang seri selepas ini sudah le. Nanti tiang seri tu tumbang, payah pulak Zambry nak explain pada Mufti yang dia tolong pegang tiang seri tu aje, jangan bagi tumbang. {Dia pening lepas buat rumah terbuka Deepavali hari tu kot?} |
| Ibadah Qurban Surau Al-Ehsan 2010 Posted: 15 Nov 2010 02:36 AM PST Surau Al-Ehsan, Taman Endah Jaya, Rapat Setia, Ipoh berterusan menganjurkan Ibadah Qurban bagi tahun 2010 ini dengan mempelawa muslimin dan muslimat untuk turut serta di dalam mengerjakan ibadah qurban pada Hari Raya Pertama iaitu Rabu 17 November 2010. Bagi yang belum biasa mengerjakan ibadah qurban ini, pihak surau membukakan peluang yang seluas-luasnya untuk anda bersama-sama menimba pengalaman samada menumbang, menyembelih, melapah, memotong daging, mengapak tulang dan kepala serta memproses perut dan kaki lembu. Cara pembahagian daging-daging untuk para peserta, pekerja dan juga ahli qariah juga boleh dipelajari. Suatu yang istimewa bagi Surau Al-Ehsan tahun ini adalah penyertaan muslimat di dalam proses melapah dan memotong daging lembu dimana seekor lembu diberikan kepada muslimat untuk disempurnakan qurban itu. Majlis akan bermula jam 9.30 pagi setelah selesai Solat Sunat Aidiladha serta jamuan ringan. Semoga dengan kehadiran anda akan lebih meriahkan lagi ibadah qurban yang kita jalankan bersama tahun ini. Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussain, selaku Pengerusi Surau Al-Ehsan serta Ahli Jawatan Kuasa dan ahli kariah surau mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA serta SELAMAT MENJALANI IBADAH QURBAN. |
| You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan