Jumaat, 12 November 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Jabatan KM Melaka belanja RM329,871 selenggara sebuah kereta!

Posted: 12 Nov 2010 08:35 AM PST

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR: Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) dilapor membelanjakan RM329,871 untuk menyenggara sebuah kereta dari tahun 2005 hingga 2009. Kereta yang diguna JKMM bernombor plat MM5 dibeli pada harga RM117,476 pada tahun 2004, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2009

Penyenggaraan kenderaan bertujuan untuk memastikan kenderaan dapat berfungsi dengan baik, selamat digunakan dan mengurangkan kerosakan.

Bagi tempoh tahun 2006 hingga 2009, JKMM telah membelanjakan sejumlah RM5.12 juta bagi tujuan penyenggaraan kenderaan.

Analisis Audit terhadap kos penyenggaraan bagi lapan buah kenderaan yang dipilih mendapati kos senggaraan adalah lebih tinggi berbanding kos perolehan kenderaan iaitu di antara 142.9 peratus hingga 280.8 peratus.

Kos senggaraan yang tinggi adalah disebabkan kenderaan tersebut mengalami masalah kerosakan enjin dan kotak gear. Kos senggaraan berbanding kos perolehan bagi tempoh 2006 hingga 2009

Pada pendapat Audit, pengurusan penyenggaraan di JKMM adalah tidak memuaskan kerana kos penyenggaraan adalah tinggi berbanding kos perolehan, kata laporan itu.

Projek Langat 2 tidak akan dilaksanakan buat masa ini, kata MB

Posted: 12 Nov 2010 06:00 AM PST

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak akan melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) tidak akan dilaksanakan buat masa ini, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata pelaksanaan projek itu tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

"Jika tiada penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor dan
pembinaan loji rawatan air itu diteruskan, rakyat akan menanggung beban dari
segi kos", katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menteri Besar menjawab soalan Mohd Isa Abu Kassim
(BN-Batang Kali) mengenai andaian bahawa Selangor bakal berdepan dengan krisis
bekalan air pada 2008 yang disifatkannya kurang tepat.

Abdul Khalid berkata walaupun sehingga kini iaitu 2010, masalah itu tidak
berlaku di negeri ini, kerajaan negeri perlu membuat persiapan bagi menangani
masalah bekalan air di Selangor pada masa depan.

"Kerajaan negeri harus mencari sumber air yang lebih murah dan cekap untuk
mengatasi masalah bekalan air di Selangor. Untuk itu, projek pembersihan Sungai
Klang dilihat sebagai alternatif yang lebih cekap dan murah daripada mengimport
air mentah dari Pahang," katanya.

Kemelut PKR Johor selesai, kini tumpu PRU-13

Posted: 12 Nov 2010 05:30 AM PST

Oleh Fazy Sahir

PETALING JAYA: PKR Johor yang dikatakan bergolak ekoran beberapa anggota tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pengerusi Negeri Datuk Chua Jui Meng, kini bertambah kukuh dan menjadikan pilihan raya umum ke-13 fokus utama mereka.

Semalam FMT difahamkan lebih lima anggota PKR dari cabang Sembrong yang diketuai bekas Setiausaha Negeri Saiman Marjuki mengumumkan keluar parti.

Bagaimanapun, perkara itu tidak mematahkan semangat PKR yang kini menerima lebih 100 anggota baru.

Menurut Chua, walaupun terdapat percubaan merosakkan parti dengan menggunakan elemen Umno, namun setiap anggota parti di setiap cabang masih utuh menyokong kepimpinan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, 23 cabang di Johor menyokong penuh kepimpinan tertinggi parti sekaligus membidas kenyataan Drs Mohd Zaid Yusof semalam bahawa 13 cabang menentang kepimpinan beliau di Johor.

"Mesyuarat malam tadi di Johor Bharu membuat ketetapan untuk menyokong kepimpinan Anwar, Azizah, saya serta kepimpinan tertinggi dalam menerajui parti.

"Walaupun wujud individu yang mahu rosakkan parti tapi kita sudah bersihkan mereka daripada parti. Pertemuan semalam memperlihatkan ahli penuh semangat dan berazam untuk kita tawan johor pada PRU ke-13 nanti.

"Malah daripada lima yang keluar parti, semalam kita turut menerima lebih 100 anggota baru," katanya yang dihubungi FMT.

Chua menjelaskan kemelut yang melanda di Johor sebelum ini disebabkan sikap tidak puas hati segelintir anggota terhadap keputusan perlantikan jawatan dalam majlis pimpinan.

"Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Kami semakin bersemangat untuk bawa perubahan. Anggota parti yakin dengan komitmen pimpinan tertinggi parti dalam meningkatkan kekuatan PKR dalam persediaan pilihan raya akan datang," katanya.

Sementara itu menurut Setiausaha Pengelola Zabidie Abas, pertemuan bersama ketua-ketua cabang memperincikan sokongan penuh kepada pimpinan PKR serta Chua.

Beliau turut menolak kenyataan Saiman dan Drs Mohd Zaid bahawa 13 cabang di negeri itu tidak berpuas hati terhadap Chua.

"Saya sudah kenal pasti dan bertemu dengan ketua-ketua cabang terbabit. Mereka menyatakan pendirian dan memberi sokongan penuh terhadap ketua umum, presiden dan Chua.

"Maka dakwaan Saiman dan Zaid bahawa cabang itu menentang Chua tidak berasas sama sekali. Mereka ini perosak dan tindakan Saiman meninggalkan parti amat bijak kerana dapat membersihkan individu seperti ini dalam parti," katanya.

Nasrudin: "Jangan letak calon tua, yang sudah kalah bertanding"

Posted: 12 Nov 2010 05:00 AM PST

Oleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: PAS akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang jika terus meletakkan calon yang sudah beberapa kali kalah bertanding, kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Sebaliknya, kata beliau kerusi tersebut diberi kepada calon baru terutama dari kalangan Pemuda.

"Kalau sudah kalah tiga atau empat kali, orang seperti ini tidak boleh diberi peluang lagi bertanding dalam pilihanraya.

"Pemimpin yang sudah lanjut usia perlu digugurkan dan beri peluang kepada orang muda," katanya ketika dihubungi hari ini.

Nasharuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai risiko parti Islam itu terus meletakkan calon yang sama setiap kali pilihanraya walaupun telah kalah.

Menjadi tradisi PAS, memberi peluang kepada calon yang sama dalam setiap kali pilihanraya.

"Meletakkan calon yang sama dalam setiap kali pilihanraya telah memberi gambaran negatif kepada parti itu.

"Masyarakat terutama sekali generasi muda akan memberi gambaran bahawa PAS ketandusan pemimpin. Ini boleh menghakis keyakinan meerka terhadap PAS.

"Dari segi parti pula ia menghalang pertumbuhan tunas atau pemimpin baru yang boleh memberi khidmat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen," katanya.

Nasharuddin juga berkata, perkara ini perlu diberikan perhatian kerana kira-kira 50 peratus merupakan pengundi muda.

Katanya, era politik negara kini di mana orang bercakap mengenai transformasi dan ini bermakna memerlukan pemikiran baru dari golongan muda.

"Jadi Pemuda berharap kami diberi lebih banyak kerusi – DUN atau Parlimen – dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.

Kalau 2008, kata Nasharuddin Pemuda bertanding di 50 kerusi, harapan kami supaya lebih banyak kerusi diberi kepada Pemuda dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau juga menegaskan sikap Pemuda ini tidak bermakna pergerakan itu mahu melupakan jasa tokoh veteran parti.

PALESTIN - Video Israel Hancurkan Gaza Disiarkan

Posted: 12 Nov 2010 04:30 AM PST

http://b.cdn.tendaweb.com/fckfiles/image/ilustrasi/24999.jpg

Seorang aktivis Israel telah menerbitkan video terbaru yang menunjukkan tentera Israel bergembira kerana telah menghancurkan rumah-rumah warga Palestin dalam serangan terhadap Jalur Gaza.

Video itu, dipost di internet pada Khamis semalam (11/11), menunjukkan askar Israel tertawa dan berteriak girang kerana mereka menyaksikan serangkaian ledakan yang menghancurkan tiga rumah warga Palestin, kantor berita Maan melaporkan.

Setelah dua rumah pertama meledak, salah seorang tentera Israel itu terdengar mengatakan, sesuai dengan subtitle berbahasa Inggeris, "Ini semua didokumentasikan. Ini semua ada kamera. Bagaimana dengan rumah ketiga? Tolong beri aku rumah ketiga [tertawa]."

Setelah ledakan ketiga, perajurit yang sama terdengar berkata, "Tidak ada yang seperti ini Bye, Gaza, bye. [Tertawa.] Wow, dude, apa itu!"

"Seberapa kecil kita. Kita begitu kecil dibandingkan dengan ini," katanya, pada saat kamera menampilkan perajurit yang berpura-pura tergeletak di tanah menjadi saksi kehancuran.

Aktivis Israel Assaf Kintzer mengatakan bahawa dia mendapatkan video itu dari seorang askar yang ditempatkan di Gaza selama serangan tersebut.

Militer Israel melancarkan serangan mematikan di Jalur Gaza pada pergantian tahun 2009, mengorbankan sekurang-kurangnya 1,400 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.(fq/mna)

Kesian! Akibat Akhbar Terlalu Nak Bodek Najib

Posted: 12 Nov 2010 04:00 AM PST

Bantuan mangsa Merapi sebenarnya daripada UMNO

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Bantuan bernilai Rp1 bilion (RM350,000) kepada mangsa bencana Gunung Merapi di Yogyakarta disampaikan semalam adalah daripada UMNO dan bukannya sumbangan peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dilaporkan, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, Najib selaku Presiden parti telah mewakilkan beliau untuk menyampaikan bantuan itu bagi pihak UMNO.

"UMNO amat bersimpati kepada rakyat Indonesia dalam bencana yang telah melibatkan 500,000 mangsa serta mengorbankan 194 orang.

"Sebagai tanda keprihatinan rakyat Malaysia, saya dan rombongan telah menyampaikan sumbangan yang berupa barangan pelbagai kegunaan kepada Sultan Yogyakarta yang juga Gabenor provinsi itu, Sri Sultan Hamengku Buwono ke-10," katanya dalam satu kenyataan di sini. - Bernama

Azmin mahu Zaid kekal dengan PKR

Posted: 12 Nov 2010 03:30 AM PST

SHAH ALAM: Azmin Ali mahu pencabarnya bagi jawatan timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim untuk meneruskan perjuangan dari dalam dan tidak menubuhkan parti baru.

Naib presiden PKR berkata, ketika menyertai PKR tahun lalu, Zaid berjanji berjuang membawa agenda reformasi dan menjana perubahan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Zaid telah menarik diri dari meneruskan bertanding jawatan timbalan presiden atas dakwaan ketidaktelusan dalam proses pemilihan.

Beliau juga meletakkan semua jawatan parti iaitu pengerusi PKR Wilayah Persekutuan da Penyelaras Pakatan Rakyat.

Beliau turut mendakwa Azmin tidak layak kerana menipu dan meminta Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan.

Zaid dalam satu majlis di Sungai Petani berkata, beliau tidak menolak kemungkinan menubuhkan parti baru jika dipecat.

Azmin bagaimanapun, menasihatkan bekas menteri undang-undang itu supaya berhati-hati dalam tindakan seterusnya.

Gambar Ngeri Dan Tragis Keadaan dan Mangsa Letusan Gunung Merapi

Posted: 12 Nov 2010 03:00 AM PST

Kenyataan Media 12 November 2010 :Demi Maruah Perjuangan & Parti Saya Tetap Menawarkan Diri Bertanding Timbalan Presiden Walaupun di Dalam Protes

Posted: 12 Nov 2010 12:00 AM PST

Sejumlah anggota-anggota parti di peringkat akar umbi terus meminta parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk mengambil tindakan terhadap memorandum yang dihantar pada 9 November 2010 yang lalu bagi memastikan Pemilihan 2010 yang telah dan sedang berlangsung sekarang benar-benar bersih, bebas dan adil mengikut etika Pemilihan 2010 yang dikeluarkan oleh JPP.

Sesungguhnya saya ingin menegaskan bahawa 'demi mempertahankan prinsip keadilan' saya dan rakan-rakan meletakkan keyakinan dan harapan kepada Pengerusi JPP agar segera membuat siasatan terhadap manipulasi pemilihan melalui aduan dan bantahan daripada cabang-cabang yang telah diterima dan yang akan menghantar bantahan seterusnya untuk tindakan praktis daripada JPP.

Sebagai sebuah parti yang berhasrat untuk mewujudkan Politik Baru, Budaya Baru seperti yang pernah dinyatakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, pemimpin dan anggota parti 12 tahun yang lalu, ianya hendaklah benar-benar dihayati dan dilaksanakan dalam Parti Keadilan Rakyat termasuklah dalam proses Pemilihan 2010 yang berlangsung kini dengan meletakkan sistem demokrasi yang tulen berlaku dalam parti dan di negara ini.

Kekuatan dan prestasi Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat (PR) terus diintai oleh Barisan Nasional (BN) dan mereka sentiasa mencari usaha-usaha yang berterusan untuk memecah dan melemahkan parti kita dari semasa kesemasa. Saya ingin mengingatkan anggota dan penyokong KEADILAN dan PR supaya jangan terpengaruh dengan manupulasi media tertentu yang sentiasa mencari jalan untuk terus menjatuhkan kredibiliti pemimpin rakyat iaitu Anwar Ibrahim.

Saya sebagai Naib Presiden KEADILAN ingin menegaskan bahawa jasa, sumbangan dan kesan Anwar Ibrahim dalam politik negara ini sangat besar khususnya menggerakkan perubahan rakyat sehingga berlakunya 'Tsunami Politik 2008'. Keupayaan beliau memperjuangkan isu-isu penyelewengan pemerintah dan penyedaran rakyat terhadap perubahan kepimpinan negara amat diperlukan oleh KEADILAN dan PR di negara ini. Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak sekian lama dan semua rakyat mestilah mendokong kepimpinan beliau.

Sekaligus saya ingin membuat penyataan bahawa tanggapan sebahagian anggota parti mengenai kehadiran saya bersama Zaid Ibrahim meminta Anwar Ibrahim berundur adalah tidak benar sama sekali. Kehadiran saya bersama Zaid Ibrahim seperti termuat didalam akhbar adalah atas prinsip bersama yang meminta JPP berlaku adil dalam proses Pemilihan 2010 ini dan menyekat unsur-unsur manipulasi yang berlaku dalam pemilihan.

Saya sedar dan faham bahawa kehadiran saya itu telah diambil kesempatan oleh pelbagai pihak termasuk sesetengah pimpinan parti untuk menjatuhkan kredibiliti saya. Jangan biarkan politik adu domba, fitnah berlaku dalam parti kita. Jangan kerana saya selaku anggota parti memberikan pandangan berbeda, senang untuk pihak yang tidak bertanggungjawab menfitnah saya dan akar umbi yang menyokong saya.

Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN dan Pengerusi JPP yang telah membuat penelitian mendalam terhadap memorandum yang diberikan dan dibawa ke dalam mesyuarat khas Biro Politik KEADILAN. Hasil pertemuan khusus selama sejam pada tengahari Khamis 11 November 2010 bersama Pengerusi JPP, merumuskan muafakat 3 komitmen utama:-

1. JPP akan diangkat sebagai sebuah badan yang benar-benar berautonomi.

2. Sebuah panel pemantau pakar akan diwujudkan bagi memantau tahap ketelusan dan integriti JPP dalam Pemilihan 2010.

3. Melaksanakan tindakan-tindakan berdasarkan cadangan-cadangan yang di buat didalam memorandum terutamanya mengenai pengendalian aduan-aduan dan bantahan-bantahan yang telah dikemukakan samada diperingkat pemilihan cabang mahupun pusat bagi membaiki kesilapan lalu.

Berasaskan kepada situasi serta bersesuaian dengan "Politik Nilai" sebagai cagaran dan misi saya yang menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden KEADILAN, saya menegaskan :-

1. JPP hendaklah segera meneliti dan membuat semakan terhadap aduan dan bantahan yang di terima.

2. JPP hendaklah menjalankan siasatan terhadap ketidakadilan, ketidaktelusan yang berlaku sejak pemilihan MATC dan pemilihan MPP kini.

Sememangnya saya amat memahami rintihan dan keluhan anggota dan pimpinan akar umbi mengenai masalah yang berbangkit serta ketidakpuasan hati yang berlaku, lantas mahu memboikot atau menarik diri dari proses pemilihan, atau memohon menangguhkan Pemilihan 2010, namun demi kepentingan parti jika Pemilihan 2010 tetap diteruskan, saya akan kekal bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden walaupun didalam protes. Tindakan ini juga sebagai menghormati pandangan dan keyakinan anggota-anggota di peringkat akar umbi, yang menginginkan saya terus bertanding bagi Timbalan Presiden KEADILAN.

Saya dengan penuh komitmen mengajak semua anggota parti bersama dengan saya mempertahankan survival dan maruah parti. Sesungguhnya saya merayu kepada semua anggota parti yang mengundi nanti supaya memberikan saya peluang untuk memenuhi harapan rakyat ini.

Sekiranya saya diberi peluang, saya akan melaksanakan polisi rakyat dalam parti dengan mengangkat semula suara rakyat akar umbi, anggota parti dan golongan Reformis sebagai suara utama parti. Saya juga akan memastikan kelangsungan politik nilai dalam parti seperti sederhana,toleransi, kasih sayang serta menolak politik fitnah dan politik wang dalam parti.

"KESINAMBUNGAN PERJUANGAN"

"KEMBALIKAN SUARA RAKYAT"

MUSTAFFA KAMIL AYUB

Naib Presiden KEADILAN

Calon Timbalan Presiden KEADILAN

www.mustaffakamil.blogspot.com / 012-324 9598 / 01

Pendapat: Masih tidak yakin akan diadakan PRU kilat dalam masa terdekat

Posted: 11 Nov 2010 11:30 PM PST

Ramli Abdul Samad


Kita tidak pasti sama ada gelombang pro-Pakatan Rakyat akan surut dengan berakhirnya pilihanraya kecil di Galas, Kelantan dan di Batu Sapi, Sabah baru-baru ini. Kedua-dua kerusi Adun dan Parlimen itu dimenangi oleh Barisan Nasional dengan majoriti yang lebih besar.

Linda Tsen wakil BN Batu Sapi mendapat majoriti 6,359. Sebelum itu arwah suaminya, Edmund Chong mendapat majoriti 3,708 sementara di Galas pula, wakil BN, Abdul Aziz Yusoff, memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi, yakni dengan majoriti 1,190. Jika dibandingkan, Allahyarham Che Hashim Sulaima wakil PAS mendapat majoriti sebanyak 646 pada tahun 2008.

Majoriti yang diperoleh kedua-dua calon BN cukup memberangsangkan dan boleh menutup mulut parti pembangkang PR. Dr Mahathir Mohamad yang tidak sunyi daripada berperanan kaki sibuk terhadap pembangkang terus menempelak sikap PR yang tidak mahu menerima 'penghukuman' rakyat di atas kekalahan mereka di Galas dan Batu Sapi.

BN sekali lagi memantapkan penguasaannya ke atas alat-alat menggendali kestabilan politik negara. Penguasaan dan pengawalan terhadap jentera kerajaan seperti media menjadi penyangga utama kekuasaan mutlak oleh segelintir elit pemerintah.

Bagi menyedari akan pentingnya perubahan bukanlah satu perkara yang mudah. Barangkali dalam jangka waktu yang singkat, sentimen pro-PR mungkin sekali lagi belum merupakan persoalan aktual atau mendesak. Keputusan pilihanraya kecil itu mempamerkan sedikit ironis yang mana dua di dua kawasan Adun dan Parlimen negeri Kelantan dan Sabah menolak kepimpinan PR dan ini bermakna rakyat masih jauh lagi untuk merealisasikan perubahan pokok yang mestinya datang dari penguasaan di pusat.

Nampaknya rakyat belum bersedia apakah tindakan yang dapat diambil untuk menuju ke tahap persiapan yang lebih memadai. Sudah tentunya jawapan terserah kepada para pemimpin PR kerana merekalah yang akan membentuk kekuatan baru di medan cakerawala politik tanah air.

Resam lama terus diamalkan

Proses mengubah sikap agar bersedia menerima perubahan amat penting dan proses ini tidak mudah dihasilkan khasnya rakyat yang konservatif. Dari segi politik rakyat Malaysia umumnya terkenal dengan sikap konservatif. Sikap ini menulari semua lapisan, baik yang tidak berpendidikan tinggi mahupun golongan yang yang dikira terpelajar.

Golongan konservatif lebih menghargai tradisi dan kebiasaan lama daripada terangsang untuk memikirkan apakah tradisi dan kebiasaan lama itu masih relevan atau tidak dengan kehidupan sekarang dan masa depan. Golongan konservatif sukar tersentuh oleh perubahan dan bahkan mungkin tidak menyukai perubahan. Sehubungan dengan ini, golongan tersebut mudah dimanipulasi oleh pihak pemerintah yang menguasai media massa.

Sejak BN memerintah selama lebih dari lima dekad, negara berhasil maju ke arah sebuah industri dan ia mulai melepaskan diri daripada bergantung pada eksport komoditi hasil perladangan seperti getah dan kelapa sawit. Ada kemajuan dan kesejahteraan yang boleh membuat rakyat hidup berpuas hati dan kurang memberi perhatian kepada kerja-kerja curang yang dilakukan seperti skandal atau rasuah berskala besar.

Namun skandal dan rasuah berskala mega oleh pemerintahan BN boleh menghancurkan negara.

Agenda demokrasi dalam pelbagai bidang tidak berapa sangat dipertimbangkan oleh golongan konservatif tadi sedangkan pemimpin-pemimpin dari parti alternatif/pembangkang selalu membangkitkan isu ini. Golongan konservatif, khasnya yang berkedudukan tinggi atau yang berpengaruh tidak dihadapkan pada desakan untuk terus memelihara yang sudah ada. Apa lagi kalau yang sudah ada memberikan manfaat yang mencukupi kepada mereka. Lebih kuat lagi desakan untuk mempertahankan hal-hal lama kalau itu memberi manfaat secara langsung bagi golongan itu.

Sehingga ini, kita berasa seni pemerintahan kerajaan BN belum berjaya sepenuhnya menciptakan iklim dan intrumen yang berkesan untuk membangunkan demokrasi politik mahupun demokrasi ekonomi negara yang berbilang agama, budaya dan agama.

Dari segi perundangan kita mempunyai pelbagai akta yang bukan saja tidak mengizinkan tetapi melelahkan perkembangan budaya politik yang sihat kerana akta-akta itu, seperti ISA, OSA, Akta Percetakan dan Penerbitan, AUKU dan Akta Polis, cuma menghambatkan dinamik demokrasi daripada perkembangan terus dengan utuh. Kita seakan-akan dipenjarakan dengan adanya akta itu tetapi sebaliknya pula akta-akta berkenaan memelihara status quo pemerintahan segelintir elit untuk terus mereka meraih semaksimum kemewahan.

Perlu memanfaatkan rakyat terbanyak

Pada umumnya PR memang berbeza pendapat dengan pihak BN. Boleh saja PR keliru tetapi boleh pula BN yang tidak tepat. Dan boleh saja masing-masing benar pada aspek-aspek tertentu. PR biasanya mahukan pembangunan sebagai proses mengubah struktur untuk mendapat kemakmuran yang lebih tinggi, bahkan juga pada tingkat demokrasi yang lebih tinggi bagi rakyat terbanyak sedangkan pemerintahan memberi manfaat besar pada segelintir elit.

Ertinya kita mahukan perubahan yang akan membawa untuk sebesar-besarnya kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Maksudnya PR tidak mahu adanya ironi seperti kewujudan kemiskinan rakyat jelata atau tiadanya tadbir urus yang baik oleh institusi tiang seri demokrasi seperti polis, kehakiman, SPR, SPRM dan Parlimen di negara kita yang kaya dengan sumber alam. Dalam hubungan ini kita perhatikan bahawa rakyat di Galas dan di Bukit Sapi mempunyai sikap politik yang tidak mahu perubahan ala PR. Sikap politik kedua-dua kawasan berkenaan bagaikan sudah terpedaya dengan manipulasi politik pihak pemerintah.

Namun kita harus menghormati keputusan yang telah diberikan oleh rakyat di Galas dan Bukit Sapi. Keputusan di Galas dan Bukit Sapi membuka mata PR yang gelombang rakyat mahukan perubahan masih tidak merata. Sesetengah tempat, khasnya di kawasan bandar, boleh dijangka yang mereka lebih cenderung kepada misi PR dan rata-rata di kawasan desa tidak pasti pula gelombang menuntut perubahan itu dianuti mereka.

BN walaupun berjaya 2-0 di Galas dan Bukit Sapi masih tidak yakin akan mengadakan pihanraya umum kilat dalam masa terdekat kerana kejayaan itu bukanlah petanda muktamad. Pun juga PR tidak akan patah hati dengan keputusan itu. Apa-apa pun kedua-dua pemain besar BN dan PR akan tetap mencari strategi terbaik bagi menghalang salah satunya daripada menguasai Putrajaya pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Rancangan Penculikan, Israel Minta Warganya Tinggalkan Mesir

Posted: 11 Nov 2010 11:00 PM PST

JERUSALEM: Dewan Keselamatan Nasional Israel, semalam mengingatkan warganya yang mengunjungi Semenanjung Sinai di Mesir untuk segera meninggalkan wilayah itu agar tidak menjadi sasaran rancangan penculikan kelompok militan.

Dengan mengutip apa yang disebutnya keterangan "terkini yang layak dipercaya", Dewan itu mengatakan, anggota Jaysh al-Islam, yang juga dikenal dengan nama Brigade Tawhid dan Jihad, kelompok yang memiliki ideologi seperti Al Qaeda, berada di Sinai saat ini dan merancang menculik pelancong Israel.

Dalam pernyataan yang disiarkan Dewan tersebut meminta, "Semua orang Israel di Sinai agar segera pergi dan pulang. Keluarga Israel di Sinai diminta menghubungi mereka dan memberi mereka peringatan baru mengenai perjalanan".

Menurut kenyataan tersebut, tindakan personel militer Israel di Gaza pada minggu lalu yang membunuh Mohammed Jamil An-Nemnem (27), komandan senior di Jaysh al-Islam, berkaitan dengan serangan yang dijangka dilancarkan di Sinai.

Jaysh al-Islam, yang juga dikenal Brigade Tawhid dan Jihad, adalah nama yang digunakan oleh Hamula (suku) Dughmush, yang kadang kala disebut Doghmush. Kelompok itu berada di Tzabra di Gaza, yang bersempadan dengan Israel dan Mesir.

An-Nemnem terbunuh hari Rabu minggu lalu (3/11/2010) ketika keretanya meledak di luar markas polis Hamas di Gaza.

Selepas itu, militer Israel mengumumkan ia telah dijadikan sasaran dalam satu operasi gabungan bersama dengan pasukan keamanan nasional Shin Bet, dan seorang jurucakap menggambarkan, An-Nemnem merupakan "bom waktu" yang merancang serangan besar terhadap warga awam Israel.

Sinai, yang dekat dengan Israel dan tempat hiburan murah, merupakan destinasi pelancong popular warga Israel.

"Saya tinggalkan MCA kerana ada yang mahu politiknya rosak"

Posted: 11 Nov 2010 10:30 PM PST

Oleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Bekas ketua MCA bahagian Bukit Bintang, Datuk Dr Lee Chong Meng menjelaskan beliau menyertai PKR bukan kerana mahu bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau berkata, keputusan sama ada beliau bertanding atau sebaliknya, ia adalah hak PKR.

Sebaliknya, katanya, beliau meninggalkan MCA kerana terlalu banyak sikap dengki di kalangan ahli dan pemimpin.

"Saya selalu turun padang tetapi ada orang yang dengki terhadap saya. Ini telah menjadi budaya MCA," katanya ketika ditemui di Gua Musang baru-baru ini.

Dr Lee menganggotai MCA selama 20 tahun menyertai PKR pertengahan tahun ini dan menang tanpa bertanding ketua cabang (bahagian) Bukit Bintang, September lalu.

Menurutnya, beliau telah menerima pengesahan dari ibu pejabat PKR bahawa beliau adalah ketua PKR Bukit Bintang.

Sebelum ini, kemenangan beliau dipertikaikan kerana mendakwa masih lagi menjadi ahli MCA.

Dr Lee berkata, beliau menyertai PKR pada bulan Januari tahun ini dan keluar MCA pada 25 September. Mesyuarat pemilihan PKR cabang Bukit Bintang ialah pada 26 September.

Katanya, peraturan PKR, sesiapa yang menjadi ahli PKR sebelum bulan Jun boleh bertanding sebarang jawatan dalam parti.

" MCA banyak masalah dengan politik dalaman, mereka mahu politik MCA rosak. Selama 20 tahun dalam MCA, saya sedih dengan parti itu," katanya.

Ditanya mengapa beliau menyertai PKR, Dr Lee berkata, kerana parti pelbagai kaum ini mempunyai masa depan cerah di negara ini.

Menurutnya, parti berdasarkan kaum sudah mula ditolak oleh rakyat Malaysia.

"Perjuangan PKR adalah untuk mewujudkan sistem dua parti di dalam negara ini, PKR merupakan parti yang terbaik," katanya.

[Gambar] Islamic Fashion Festival Rosmah Mansor

Posted: 11 Nov 2010 09:30 PM PST



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs575.ash2/149722_451950803126_209501413126_5504434_3475364_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs964.snc4/75770_451952083126_209501413126_5504440_6668319_n.jpg


inikah fasyen islamik yang di ajar oleh islam?
ini islamik ala umno dan bn.
ramai pemimpin negara sekarang menjadi sesat akibat daripada kejahilan dalam menuntut ilmu yang sebenar.

islamik ker ni?

Renunglah Amaran ALLAH S.W.T untuk semua!

Posted: 11 Nov 2010 09:00 PM PST

"Orang-orang yang dimurkai Allah" ialah orang -orang yang mengingkari atau menyembunyikan sesuatu perkara ugama yang telah diketahuinya betul dan benar,atau orang yang tidak mahu menerima sesuatu hu...kum ugama yang sampai kepadanya denganketerangan-keterangan yang sah kerana beberapa sebab yang mempengaruhi jiwanya seperti PERASAAN TA'ASSUB atau FANATIK kepada sesuatu pendapat,keinginan hendak MENJAGA NAMA dan TARAF,ingatan hendak memelihara kedudukannya yang turun temurun,atau fikiran hendak menghormati sesuatu keadaan masyarakat.

Di Malaysia semakin wujud situasi sebegini dikalangan sesetengah ulama dan pemimpin..bijaklah berfikir serta berhati-hati.

"Orang-orang yang sesat" pula ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana TIDAK BERUSAHA UNTUK MEMPELAJARINYA atau orang yang PENGETAHUAN AGAMANYA TIDAK BETUL,kerana dipelajarinya dengan tidak menurut PERATURAN dan JALAN yang sebenarnya.

Situasi sebegini banyak terdapat dikalangan kita.Tanamkan dalam diri untuk menuntut ilmu agama yang berasaskan Sunnah,bukan Wahabbi atau Syiah.Jauhkan dari ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin dan sekutunya.

Dari Abu Musa r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda:

"Perumpamaan dari petunjuk dan ilmu yang dengannya saya diutus oleh Allah itu adalah seperti hujan yang mengenai bumi. Di antara bumi itu ada bagian yang baik,iaitu dapat menerima air, kemudian dapat pula menumbuhkan rumput dan lalang yang banyak sekali, menahan masuknya air dan selanjutnya dengan air yang bertahan itu Allah lalu memberikan kemanfaatan kepada para manusia, kerana mereka dapat minum daripadanya, dapat menyiram dan bercucuk tanam.

Ada pula hujan itu mengenai bahagian bumi yang lain, yang ini hanyalah merupakan tanah rata lagi licin. Bahagian bumi ini tentulah tidak dapat menahan air dan tidak pula dapat menumbuhkan rumput. Jadi yang sedemikian itu adalah contohnya orang pandai dalam agama Allah dan petunjuk serta ilmu yang dengannya itu saya diutus, dapat pula memberikan kemanfaatan kepada orang tadi, maka orang itupun mengetahuinya - mempelajarinya, kemudian mengajarkannya - yang ini diumpamakan bumi yang dapat menerima air atau dapat menahan air, dan itu puIalah contohnya orang yang tidak suka mengangkat kepala untuk menerima petunjuk dan ilmu tersebut.

Jadi ia enggan menerima petunjuk Allah yang dengannya itu saya dirasulkan - ini contohnya bumi yang rata serta licin."

(Muttafaq 'alaih)

Nabi s.a.w juga memberi amaran kepada sesiapa yang mengampu atau
mengiyakan kezaliman pemerintah dengan sabda baginda:

Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan.

Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan
pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga).

Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga).

Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani.

"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kpd harta benda & pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka drp memandang kepada keburukan & kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)".
(Yasin : 9)

"Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya".
(Ibrahim : 3)

"Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharaNYA. "Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). "Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).
(Al-Hijr :41-43)

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan
Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir"
(al-Maidah: 44)

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim"
(al-Maidah:45)

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq"
(al-Maidah:47)

"Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya (iaitu kitab-kitab sebelumnya), maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu".
(al-Maidah:48)

"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling dari hukum Allah, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan dosa-dosa mereka"
(al-Maidah:49)

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

"Barang sesiapa solatnya tidak mencegahnya dari perbuatan keji & mungkar, ia tidak bernilai apa-apa selain semakin menjauhkan dirinya dari Allah".
(HR Al-Thabrani dari Ibn 'Abbas r.a.)

"Hai orang-orang yang beriman ! Carilah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan sembahyang! sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."
[Al-Baqarah:153]

Anwar dan kawan-kawan yang menjadi lawannya….

Posted: 11 Nov 2010 08:30 PM PST

HermanSamsudeen

"Anwar tidak wajar menjadi pemimpin negara, jika pakatan pembangkang memerintah, kerana penasihat PKR itu hanya pandai mereka cerita terhadap individu yang tidak disukainya tanpa sebarang bukti."-Datuk Zaid Ibrahim

Ayat diatas bukanlah ayat yang luar biasa bagi kita semua. Setiap kali kawan-kawan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu keluar PKR, itulah yang mereka akan ucapkan. Secara peribadi saya melihat populariti Anwar semakin menurun, khususnya selepas kegagalan 16 September.

Dan bagi mereka yang mengikuti perkembangan Anwar sejak dia bangku Universiti pasti memahami bahawa kesilapan pertama Anwar dan paling besar dalam hidupnya adalah ketika beliau menyertai Umno dan bermusuhan dengan ramai orang yang pernah berjuang bersamanya dalam ABIM.

Dalam Umno pula beliau mencipta banyak musuh ketika merebut jawatan Ketua Pemuda dan Timbalan Presiden Umno. Beliau adalah orang harapan Mahathir dan begitu rapat, namun akhirnya Tok Guru dan kawan rapat itu jugalah yang menyumbatnya ke penjara.

kita tidak lupa kisah-kisah pengkhianatan orang-orang yang dianggap begitu rapat kepada Anwar.

Dalam kes liwatnya, Ummi Hafilda Ali, Azizan Abu Bakar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah antara nama-nama yang meloyakan tekak penyokong Anwar. Mereka semua ini adalah kakitangan Pejabat yang rapat dengan Anwar.

Selepas mereka kita baca pula nama-nama seperti Ruslan kassim, Lokman Noor Adam, Datuk K.S. Nallakaruppan, Ezam Mohd Noor, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim dan beberapa MP PKR lain. Zulkifli Nordin pula adalah antara kutu dalam selimut PKR yang telah dicampak keluar.

Begitu ramai nama-nama besar PKR yang keluar akhirnya menjadi musuh Anwar. Dan hampir ke semuanya adalah bekas ahli BN yang akhirnya kembali sujud pada BN dan menikam Anwar diatas pentas BN pada hari ini.

Kini Zaid Ibrahim yang pernah bertepuk bertampar dengan Anwar di dalam Umno dan PKR pula mula menunjukkan bibit-bibit permusuhannya dengan Anwar.

Anwar diakui seorang pemimpin yang hebat berpidato. Namun harus diakui, kehebatannya itu mengundang begitu ramai teman-teman opportunis untuk merapatinya.

Secara peribadi saya melihat Anwar menjadi orang yang gagal dalam bab memilih kawan dan menyusun kedudukan kawan-kawannya dalam organisasi PKR.

Zaid yang melompat keluar dari Umno dan masuk PKR terus dilantik ke jawatan besar diperingkat Nasional. Malah dilantik pula sebagai penyelaras Pakatan. Ini adalah tindakan yang kurang bijak dari Anwar kerana beliau dengan sendirinya meletakan komponen Pakatan lain dalam telunjuk Zaid Ibrahim yang kita sudah anggap sebagai musuh terbaru Anwar.

Dengan bermodalkan dua tiga orang pemimpin ternama yang dihumban masuk ke PKR, Umno berjaya memporak perandakan parti berkenaan. Mereka semua umpama 'Trojan Horse' Umno bagi membunuh karakter Anwar dan melemahkan pengaruh PKR dan komponen Pakatan lainnya.

Strategi inilah yang digunakan oleh tentera Greek untuk menawan Kerajaan Troy yang begitu hebat benteng pertahanannya.

Anwar perlu mengambil pelajaran dari kesilapan-kesilapan politiknya dan menumpukan fokus perjuangannya bersama Pakatan untuk memenangi PRU-13.

Fokus sekarang ini adalah untuk membina semula imej beliau dan PKR sekaligus mengukuhkan hubungan dan kekuatan dalam Pakatan. Anwar perlu pantas menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dan mengunakan kaedah dalaman bagi menyelesaikan sebarang isu antara beliau dengan kawan-kawannya serta ahli PKR.

Beliau perlu membawa PKR kembali ke landasannya supaya mampu berjalan seiring dengan organisasi Pakatan yang lain. Anwar seorang yang taktikal dan strategis, namun beliau perlu bijak membuat keputusan dan pertimbangan serta perlu banyak berbincang dengan pemimpin Pakatan lain.

Beliau juga perlulah tegas dalam menghadapi ahli-ahli PKR yang bermasalah dan memastikan keahlian PKR dapar dibersihkan dari Trojan Horse sebelum mereka keluar dari kuda untuk melapah karier politik Anwar.

Dalam politik kita perlu adalah kawan yang boleh dipercayai dan musuh yang boleh menghormati kita, jika tidak! tunggulah sesuatu yang lebih buruk akan berlaku berbanding dengan apa yang terjadi sebelum hari ini.


http://syukran.wordpress.com/2010/11/12/anwar-dan-kawan-kawan-yang-menjadi-lawannya/

Iktisar Keberangan Dua Menteri Besar

Posted: 11 Nov 2010 08:00 PM PST

DALAM tempoh tidak sampai sebulan dunia dikejutkan dengan telatah MB dari kerajaan Pakatan Rakyat (Pas) yang menunjukkan kemarahan mereka yang tidak dapat dibendung. Menjelang hari mengundi di Galas dua minggu lepas, MB Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat menahan sabar bila berdepan dengan kerenah seorang manusia yang tidak 'betul setesen' menggasaknya bagaikan babi hutan terkejutkan lori balak.

Puncanya ialah kerana orang berkenaan marah dengan pendekatan dan pendirian politik Nik Aziz yang bersahabat dengan DAP. Orang itu mengherdik Nik Aziz tidak mahu bersalam dengannya kerana menganggap Nik Aziz kafir kerana bersahabat dengan DAP. Katanya dia tidak akan memaafi dan bersalaman dengan Nik Aziz selagi Nik Aziz tidak beraubat.

Entah Nik Aziz pula diusik syaitan sesat mana ikut sama mengherdik, individu berkenaan. Gara-gara itu berlakulah pertengkaran mulut yang sengit. Sampai terkeluar perkataan yang zalim dari mulut mereka bergelar ulama itu, apabila keduanya mengatakan "mu mampus dulu". Memalukan kejadian itu pula berlaku di rumah orang yng mereka kunjungi. Kalau kejadian itu berlaku di dalam Gua Musang mungkin boleh dimaafkan. Musang juga terkejut kalau mendengar keduanya bertengkar.

Dalam pertengakaran itu individu berkenaan boleh diberikan tujuh bintang kerana terus meringus macam babi hutan dikacau. Manakala Nik Aziz setakat 2 setengah bintang saja. Bagaimana pun Nik Aziz dapat menenangkan dirinya dan duduk dengan tenang. Kejadian itu memalukan.

Semalam pula giliran MB Kedah Azizan Razak menunjukkan marah dan bengkengnya. Ia berlaku terhadap wartawan RTM yang disifatkan sebagai pembohong dalam membuat liputan bantuan banjir di Kedah. Azizan Razak naik angin dengan laporan RTM yang dianggap sebagai pembohong mengatakan kerajaan Kedah tidak membantu mangsa banjir. Gara-gara marah itu Azizan Razak meninggalkan rostrum daripada meneruskan sidang akhbarnya.

Bukan pertama kali media pro kerajaan memutar belitkan berita mengenai negeri Kedah. Tetapi Azizan dapat bersabar. Kali ini nampaknya beliau kehilangan sabar. Mungkin puter belit RTM itu lebih dahsyat dari puter belit ular sawa yang memerangkap mangsanya.

Saya tidak mahu komen apa-apa atas dua kejadian itu. Cuma apa yang hendak dikatakan di sini, dan juga sedikit peringatan para pemimpin Pakatan Rakyat tidak payah berbuat baik kepada media pro pembangkang. Tindakan itu sia-sia sahaja. Selamanya kalau RTM, Utusan atau Berita Harian atau TV3 mereka tidak akan berpihak kepada kerajaan Pakatan. Bukankah mereka telah disifatkan sebagai komponen BN? Jadi sebagai komponen mereka tidak akan membantu Pakatan sampai ke hari khiamat, kecualilah Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Namun malangnya pemimpin Pakatan termasuk peringkat negeri Kedah dan Kelantan kadang-kadang tidak sedarkan diri. Mereka terus melayan media berkenaan bagaikan anak emas. Mereka tidak pernah serit dengan perminan jahat media pro pembangkang. Kalau mereka membuat kenyataan akhbar tidak sah kalau media itu tidak dipanggil.

Merujakan lagi mereka berikan segala kemudahan yang dikehendaki dan dilayan penuh kemesraan dan budi tinggi. Dalam layanan itu mereka lupa mereka adalah sebahagian daripada musuhnya. Paling meneydihkan lagi media pro pembangkang yang selama ini berjuang atau membela kerajaan Pakatan tidak pun mendapat layan seistimewa itu. Keadaan inilah menyebabkan pertugas media pro pembangkang kadang-kadang terkilan dan terkedu hati.

Macam Azizan Razak itu sering kali bertanya atau bersikap acuh tidak acuh kepada media pro pembangkang. Kalau ada wartawan surat khabar nyamuk yang selama ini membela pembangkang, susah dia nak layan. Macam-macam soalan yang ditanya. Tetapi kalau media pro kerajaan (RTM dan TV3 atau Astro Awani) tayang kamera di depannya belum suruh bercakap sudah bercakap.

Nah.. sekarang apa yang diperolehi hasil dari sikap berbaik sangka dan melayan media pro kerajaan bagaikan anak emas itu. Apa yang terjadi (pertengkaran) Azizan dengan wartawan RTM itu menunjukkan hakikat yang sebenarnya. Itulah balasan yang RTM berikan kepada Azizan atas perangai mesra mesia berat sebelah diamalkan MB Kedah itu.

Justeru kepada Azizan dan pemimpin Pakatan yang lain sedar dan insaflah bahawa betapa baik bagaimana sekalipun media pro kerajaan, mereka tidak akan ikhlas dengan anda. Mereka akan tetap menyuntik jarum jahatnya dan melepaskan anak syaitan di kaki anda untuk merosakan reputasi anda. Manakala betapa pun media pro Pakatan mengkritik anda, mendedahkan kemungkaran dan sebagainya ia masih lagi atas nawaitu hendak memperbetulkan anda kerana mereka simpati dan menyokong anda.

Kesimpulan berilah kepercayaan 100% kepada media pro pembangkang walaupun mereka tidak popular, tidak glamour ataupun tidak mempunyai jangkauan siaran yang sampai kelangit ke tujuh dan ke bumi ke tujuh. Dan kalau Pakatan melancarkan kempen boikot media pro kerajaan, boikot betul-betul jangan buat separuh jalan. Dalam pada itu kembang dan atau beri sokongan padu untuk mempertingkatkan keupayaan media pro pembangkang. Selepas makan pulut hendaklah basuh mulut!

http://msomelayu.blogspot.com/

Bukan Doa Kesyukuran Sambut Najib Tetapi Tepukan Bodek Yang Diberi

Posted: 11 Nov 2010 07:36 PM PST

Najib Diberi Tepukan Semasa Kembali Bertugas

PUTRAJAYA, 12 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak kembali bertugas dengan mempengerusikan mesyuarat kabinet Jumaat pagi selepas sembuh sepenuhnya daripada serangan cacar dan sakit ulser.

Perdana Menteri, yang tiba di pejabatnya pada 9.20 pagi, kelihatan tersenyum dan menyapa petugas-petugasnya sebelum memasuki Bilik Mesyuarat 10 minit kemudian.

Beliau disambut dengan tepukan oleh menteri-menteri kabinet yang terlebih awal menunggu.

Najib diserang cacar akhir bulan lalu dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 28 Okt akibat ulser serta gastritis ringan sebelum dibenarkan pulang pada Ahad dan dinasihatkan berehat.

Live Gambar Suasana Kuliah Jumaat

Posted: 11 Nov 2010 06:25 PM PST


Live Gambar Suasana Kuliah Jumaat
Originally uploaded by Atendent

Orang ramai penuh sesak di medan kuliah ilmu di kota bharu. Kuliah bersemangat berkaitan isu semasa.

Yb kata pejuangan islam dengan peti undi, beliau menyeru supaya pakat-pakat daftar mengundi.

[Gambar] Keadaan Di Depan Kaabah

Posted: 11 Nov 2010 06:00 PM PST

Live Yb Amar Ganti TG Nik Aziz

Posted: 11 Nov 2010 05:26 PM PST


Live Yb Amar Ganti TG Nik Aziz
Originally uploaded by Atendent

Hari ni kuliah agama yang biasanya disampaikan oleh TG Nik Aziz diganti dengan yb mohd amar, exco negeri kelantan

Kenyataan Media: KeAdilan Johor Semakin Kukuh

Posted: 11 Nov 2010 05:00 PM PST

Satu perjumpaan khas bersama saudara Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan, berlangsung di Pulai Spring Resort hari ini.

Hadir dalam majlis tersebut adalah pimpinan Keadilan peringkat Negeri dan Cabang, termasuk wakil-wakil dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita seluruh Negeri Johor.

Tujuan utama perjumpaan itu, antara lain, adalah untuk berdialog dan meningkatkan lagi hubungan organisasi antara Negeri dan Pusat.

Di peringkat awal ini, Keadilan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan dari luar dan dalam.

Di satu pihak, situasi politik sangat tidak menentu; ekonomi negara semakin memburuk dan menyusahkan; sementara rakyat pula rata-rata menuntut perubahan.

Dalam masa yang sama, berbagai kerenah timbul dalam Parti. Semua ini perlu ditangani segera.

Parti ini mempunyai masa depan yang amat cerah, tetapi jalan yang harus ditempuhnya sangat berliku-liku.

Maka, dalam majlis hari ini, semua yang hadir telah bersama-sama melafazkan ikrar taat setia kepada Parti Keadilan dan pimpinannya.

Majlis telah memberikan sokongan bulat kepada pimpinan Pusat yang diketuai Ketua Umum Anwar Ibrahim dan Presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain itu, sokongan juga diberikan kepada sdr Chua Jui Meng selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor.

[Gambar] DS Ustaz Azizan Bersama Di Pusat Bantuan Banjir. Mana Wartawan?

Posted: 11 Nov 2010 03:50 PM PST

Tiada ulasan: