DUNIACACAMARBA |
- BERAHI TERLARANG! Persis Artis
- Siapa Mahu Beli Gelang Magnetik? RM38 Sahaja!
- Ariel Sharon Laknatullah Dipindahkan ke Rumah Selepas 4 Tahun di ICU
- Wow, Anak Najib Terlibat Projek "Melaka Alive"! Patutlah...
- Haiwan Pun Pakai Gigi Palsu?
- Menyambut Pelancong dengan "Bra Khas"
| BERAHI TERLARANG! Persis Artis Posted: 12 Nov 2010 05:30 AM PST | ||
| Siapa Mahu Beli Gelang Magnetik? RM38 Sahaja! Posted: 12 Nov 2010 04:32 AM PST Harga AS12-AS13 dolar. Kurang daripada RM40. Tidak perlu keluar duit beribu-ribu untuk memilikinya. Lanjut di sini. | ||
| Ariel Sharon Laknatullah Dipindahkan ke Rumah Selepas 4 Tahun di ICU Posted: 12 Nov 2010 12:00 AM PST AP melaporkan bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon, 82, dipindahkan ke rumah selepas empat setengah tahun berada dalam keadaan koma berikutan serangan angin ahmar. Perpindahan itu juga berikutan rungutan sesetengah pihak bahawa kos penjagaan Ariel begitu tinggi dan kos itu pula ditanggung oleh pembayar cukai. Pegawai hospital, Dr Shlomo Noi, memberitahu Radio Israel bahawa bekas pemimpin itu dipindahkan awal hari ini dengan ambulans ke kediaman di ladang biri-biri milik keluarganya di selatan Israel. Jasad bernyawa Sharon ini akan dijaga oleh dua orang anak lelakinya, iaitu Omri dan Gilad. Sharon ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Tel Hashomer sejak mengalami serangan angin ahmar pada awal 2006. Selepas serangan penyakit itu, tempatnya telah diambil alih oleh Ehud Olmert. Ariel Sharon laknatullah ini cukup dikenali kerana kekejamannya membunuh penduduk Palestine yang tidak berdosa di Kem Shabra dan Shatila di Lubnan pada tahun 1982. Pembantaian yang tidak berperikemanusiaan itu mengorbankan hampir 3000 nyawa rakyat Palestine. Kisah kejahatan Ariel Sharon laknatullah itu boleh anda baca di sini, di sini, dan di sini. Lanjut boleh dibaca di sini. | ||
| Wow, Anak Najib Terlibat Projek "Melaka Alive"! Patutlah... Posted: 11 Nov 2010 07:10 PM PST
Berita tersebut disiarkan dalam HM pada 10 November lalu. Ada juga dilaporkan di The Star pada 23 Oktober lalu. Yang menariknya, kedua-dua laporan akhbar itu langsung tidak mengaitkan Nizar dengan bapanya, Najib. Apabila teringat akan kontroversi Ali Rustam yang dituduh menipu rakyat Malaysia dengan mengumumkan Melaka Maju walhal agensi berkaitan menafikan pernah memberikan pengiktirafan tersebut, maka kita mungkin boleh mengagak sebab Najib senyap sahaja. Projek Melaka Alive yang dilaporkan di bawah ini adalah kesinambungan kepada pengisytiharan Melaka Maju 2010 dan kejayaan negeri itu yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia sejak Julai 2008 seperti diperakui oleh Mohd Nizar dalam berita di bawah ini. Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Pengunjung Bandaraya Melaka Bersejarah bakal melihat wajah baru negeri itu yang diubahsuai menjadi sejarah dalam cahaya menerusi projek 'Melaka Alive, History In a New Way', bermula April 2011. "Menerusi skrin automatik air terbesar yang pertama di Asia, pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman cerita sejarah yang dipaparkan termasuk peperangan yang pernah berlaku ketika penjajah masuk ke Melaka. | ||
| Posted: 11 Nov 2010 05:30 PM PST Berita Agensi melaporkan bahawa umat Islam di Indonesia diingatkan supaya berwaspada ketika membeli haiwan korban untuk Hari Raya Haji minggu depan kerana terdapat penternak/peniaga yang licik menipu tentang keadaan kesihatan haiwan ternakan. Selain keadaan fizikal haiwan itu, pembeli juga perlu memeriksa gigi haiwan berkenaan. Hal ini demikian kerana peniaga/penternak bertindak menipu pembeli dengan memasangkan gigi palsu pada haiwan itu untuk membolehkan haiwan itu kelihatan sihat. "Salah satu ciri haiwan yang sihat adalah pada giginya. Namun, banyak haiwan yang dijual untuk tujuan korban mengalami kerosakan gigi. Hal itu memaksa peniaga mencabutnya dan menggantikannya dengan gigi palsu," kata Ketua Jabatan Penternakan dan Perikanan Jakarta Barat, E Kusdiana. Walau bagaimanapun, katanya, hingga hari ini, enam hari lagi menjelang sambutan Aidiladha, pihaknya belum menemui haiwan bergigi palsu yang dijual oleh penternak atau peniaga untuk tujuan korban. | ||
| Menyambut Pelancong dengan "Bra Khas" Posted: 11 Nov 2010 04:13 PM PST Jepun memang gila-gila. Reuters melaporkan sebuah syarikat pembuat pakaian dalam, Triumph telah melancarkan pakaian uniform untuk pemandu pelancong. Pakaian yang merupakan sepasang coli dan seluar dalam itu akan digunakan untuk mengalu-alukan kedatangan pelawat dalam suasana intim. Pakaian dalam berwarna biru separas dada itu mempunyai pemegang di bahagian perut yang memaparkan imej destinasi utama pelancongan seperti Gunung Fuji. Skirt berpadanan yang diselak memaparkan peta Jepun. Butang pada pakaian itu apabila ditekan memainkan mesej menyatakan 'Selamat Datang ke Jepun' dalam bahasa Inggeris, Korea atau Cina. Macam-macam! |
| You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan